kesan pemelukan islam ibu atau bapa...

20
KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA TERHADAP HADANAH DAN PENJAGAAN ANAK: PENGHARMONIAN PERTIKAIAN ANTARA PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL Liyana Binti Sihar (P63997) Dr. Mohd Al-Adib Bin Samuri ABSTRAK Polemik perkahwinan campur sering berlaku di Malaysia kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Namun begitu, pemelukan agama Islam oleh salah satu pihak telah mewujudkan pertikaian perundangan apabila kedudukan anak hasil perkahwinan daripada perhubungan perkahwinan orang bukan Islam semakin hebat dibahaskan. Kedua-dua pihak yang berpaksikan kepada perundangan yang berbeza iaitu pihak bukan Islam ditadbir oleh undang-undang Islam manakala pihak yang tidak memeluk Islam dikawal selia oleh perundangan sivil di Malaysia. Perbezaan perundangan yang ketara dan saling bertindih telah merumitkan permasalahan ini untuk diselesaikan. Kertas kerja ini bertujuan untuk menghuraikan perundangan yang mengawal selia kedua-dua perundangan yang saling berbeza dan mencari titik persamaan untuk mengharmonikan permasalahan yang wujud dalam perebutan penjagaan anak di antara pihak-pihak yang berlainan agama. Seterusnya, kertas kerja ini mengutarakan cadangan penyelesaian yang menggabung jalinkan pertikaian yang berbeza tentang permasalahan ini. Dengan menggunakan pendekatan yang disarankan oleh Islam dan pendekatan perundangan perlembagaan di Malaysia di samping merujuk kepada kes-kes yang pernah diputuskan sebelum ini sebagai batu pengukur untuk mengharmonikan pertentangan ini. Ini adalah penting untuk mencari perbezaan yang ketara dan berusaha memperbaiki pertikaian yang makin meruncing di negara ini berkaitan permasalahan kesan pemelukan Islam oleh ibu atau bapa terhadap hadanah dan penjagaan anak di Malaysia. PENGENALAN Permasalahan berkaitan dengan status kedudukan anak hasil perkahwinan orang bukan Islam selepas salah seorang pihak memeluk Islam semakin meruncing dan sering diperbahaskan di kalangan masyarakat kita kini. Dengan semangat keilmuan dan keazaman untuk mencari satu penyelesaian terbaik tanpa memberatkan sebelah pihak sahaja. Elemen emosi dan semangat perkauman hendaklah diketepikan demi mencapai solusi yang terbaik demi menjaga kebajikan anak yang perlu dijaga. Pelbagai aspek perlu diteliti termasuklah dengan memahami pendekatan Perlembagaan Persekutuan yang mengawal selia perundangan di negara ini. Dengan membincangkan bersama perundangan Islam yang sudah jelas memperuntukan penyelesaian terbaik terhadap isu ini juga akan membantu untuk menggubal dan mencadangkan solusi permasalahan ini. Selain itu juga, dengan merujuk bersama kes-kes yang telah diputuskan sebelum ini dalam permasalahan ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penghakiman tersebut sama ada berkesan atau tidak. Ini adalah penting untuk mengesan dan mengetahui titik permasalahan yang sebenarnya. Dalam masa yang sama dengan mengkaji premis yang diperuntukkan oleh landskap Islam turut dibincangkan untuk

Upload: buidien

Post on 15-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA TERHADAP HADANAH

DAN PENJAGAAN ANAK: PENGHARMONIAN PERTIKAIAN ANTARA

PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL

Liyana Binti Sihar (P63997)

Dr. Mohd Al-Adib Bin Samuri

ABSTRAK

Polemik perkahwinan campur sering berlaku di Malaysia kerana Malaysia terdiri

daripada pelbagai agama dan bangsa. Namun begitu, pemelukan agama Islam oleh

salah satu pihak telah mewujudkan pertikaian perundangan apabila kedudukan anak

hasil perkahwinan daripada perhubungan perkahwinan orang bukan Islam semakin

hebat dibahaskan. Kedua-dua pihak yang berpaksikan kepada perundangan yang

berbeza iaitu pihak bukan Islam ditadbir oleh undang-undang Islam manakala pihak

yang tidak memeluk Islam dikawal selia oleh perundangan sivil di Malaysia.

Perbezaan perundangan yang ketara dan saling bertindih telah merumitkan

permasalahan ini untuk diselesaikan. Kertas kerja ini bertujuan untuk menghuraikan

perundangan yang mengawal selia kedua-dua perundangan yang saling berbeza dan

mencari titik persamaan untuk mengharmonikan permasalahan yang wujud dalam

perebutan penjagaan anak di antara pihak-pihak yang berlainan agama. Seterusnya,

kertas kerja ini mengutarakan cadangan penyelesaian yang menggabung jalinkan

pertikaian yang berbeza tentang permasalahan ini. Dengan menggunakan pendekatan

yang disarankan oleh Islam dan pendekatan perundangan perlembagaan di Malaysia

di samping merujuk kepada kes-kes yang pernah diputuskan sebelum ini sebagai batu

pengukur untuk mengharmonikan pertentangan ini. Ini adalah penting untuk mencari

perbezaan yang ketara dan berusaha memperbaiki pertikaian yang makin meruncing

di negara ini berkaitan permasalahan kesan pemelukan Islam oleh ibu atau bapa

terhadap hadanah dan penjagaan anak di Malaysia.

PENGENALAN

Permasalahan berkaitan dengan status kedudukan anak hasil perkahwinan orang

bukan Islam selepas salah seorang pihak memeluk Islam semakin meruncing dan

sering diperbahaskan di kalangan masyarakat kita kini. Dengan semangat keilmuan

dan keazaman untuk mencari satu penyelesaian terbaik tanpa memberatkan sebelah

pihak sahaja. Elemen emosi dan semangat perkauman hendaklah diketepikan demi

mencapai solusi yang terbaik demi menjaga kebajikan anak yang perlu dijaga.

Pelbagai aspek perlu diteliti termasuklah dengan memahami pendekatan

Perlembagaan Persekutuan yang mengawal selia perundangan di negara ini. Dengan

membincangkan bersama perundangan Islam yang sudah jelas memperuntukan

penyelesaian terbaik terhadap isu ini juga akan membantu untuk menggubal dan

mencadangkan solusi permasalahan ini.

Selain itu juga, dengan merujuk bersama kes-kes yang telah diputuskan sebelum ini

dalam permasalahan ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penghakiman

tersebut sama ada berkesan atau tidak. Ini adalah penting untuk mengesan dan

mengetahui titik permasalahan yang sebenarnya. Dalam masa yang sama dengan

mengkaji premis yang diperuntukkan oleh landskap Islam turut dibincangkan untuk

Page 2: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

132

mengenalpasti peruntukan enakmen undang-undang Keluarga Islam yang mengawal

selia orang Islam sama ada selaras atau tidak dengan peruntukan syarak yang sebenar.

DEFINISI HADANAH

Hadanah menurut bahasa

Daripada segi bahasa al-hadanah atau al-hidanah (احلضانة) diambil daripada perkataaan

al-hidn (احلضن) yang bermaksud apa yang terletak antara ketiak dan perut. Selain itu,

juga membawa erti sebagai al-janb (اجلنب) iaitu lambung kiri atau lambung kanan (Ibn

Manzur t.th 122-123; Anis t.th 182). al-Razi (1980) pula mendefinisikan hadanah

sebagai merapatkan sesuatu ke dada. Dalam konteks penjagaan anak, perkataan

hadanah digunakan bagi maksud tarbiyah (pendidikan) dan juga ri’ayah

(pengawasan) (Salih 1994).

Hadanah menurut syarak

Hadanah menurut istilah syarak pula, mempunyai pelbagai pengertian. Mazhab

Hanafi memberikan definisi hadanah sebagai mendidik anak bagi sesiapa yang

mempunyai hak penjagaan ke atasnya (Ibn ‘Abidin 1386H: 555; Musa 1958: 402).

Mazhab Maliki pula mentakrifkan hadanah sebagai menjaga kanak-kanak serta

menanggung segala keperluan hidup dan kemaslahatannya termasuk memberi makan,

pakaian, tempat tinggal dan membiayai pelajarannya sehingga boleh mendatangkan

kebaikan kepadanya (al-Dasuqi t.th: 526).

Mazhab Shafi’iy pula mentakrifkan hadanah sebagai memelihara orang yang lemah

dan tidak berdaya mengurus diri sendiri seperti kanak-kanak, orang tua, orang yang

bodoh ataupun gila sungguhpun dia telah dewasa dengan memenuhi segala keperluan

hidup yang mendatangkan kebaikan kepada mereka (al-Nawawi. T.th.: 99). Menurut

mazhab Hanbali pula, hadanah ialah menjaga dan memelihara kanak-kanak daripada

sebarang mara bahaya dengan memebuhi segala keperluan hidupnya dan

menjauhkannya daripada sebarang perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan

(Ibn Qudamah 1992: 312).

Yusuf Qasim (1992: 401) pula memberi pentakrifan hadanah sebagai mengambil

berat tentang kanak-kanak dengan menjaga serta menguruskan segala keperluan

hidupnya termasuklah makanan dan kebersihannya pada peringkat awal

kehidupannya. ‘Abd al-Rahman al-Sabuni (1983: 196) menjelaskan hadanah dengan

mendidik kanak-kanak dan mengambil berat terhadap seluruh keperluan hidupnya

dengan tujuan untuk memelihara kemaslahatan dirinya bagi orang yang berhak atas

penjagaannya.

Rangkuman definisi hadanah yang agak menyeluruh dikemukakan oleh al-Zuhayliy

(1997: 7295) iaitu perbuatan mendidik dan menjaga seseorang yang tidak dapat

menguruskan dirinya sendiri kerana tidak mumaiyiz seperti kanak-kanak dan orang

gila, dan mengawasinya dari perkara-perkara memudaratkan yang dilaksanakan oleh

mereka yang mendapat hak hadanah tersebut. Tugas-tugas ini termasuklah

menguruskan keperluan kanak-kanak seperti menjaga makan minum, pakaian serta

tidur, di samping memastikan kebersihan tubuh dan pakaian pada peringkat umur

tertentu.

Page 3: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

133

Meneliti pengertian yang dikemukakan oleh ulama terdahulu dan kotemporari,

sebahagian ulama mengehadkan penggunaan hadanah bagi penjagaan kanak-kanak

dan sebahagian lagi iaitu mazhab Hanbali dan Shafi’iy merangkumkan orang bodoh

dan gila bagi maksud hadanah. Walaupun ulama-ulama dari mazhab berlainan

memberikan pengertian hadanah dengan takrifan yang pelbagai, namun

perbezaaannya hanya dari segi susuanan literal semata-mata. Hakikatnya, semua

takrifan dibuat memberi maksud yang hampir sama iaitu penjagaan, pengawasan dan

pengasuhan sama ada dari segi fizikal, jiwa dan akal adalah bagi tujuan menjaga

maslahah mereka yang lemah dan tidak mampu menjaga diri sendiri disebabkan

kekurangan keupayaan mental. Lebih tepat dan padat lagi rangkuman takrifan oleh

para cendikiawan negara kita dengan tambahan memperincikan pengertian hadanah

bahawa pendidikan yang paling penting ialah pendidikan anak-anak dalam pangkuan

ibu bapanya. Perlakuan dan tunjuk ajar tersebut dapat menyediakan mereka bagi

menghadapi kehidupan di masa akan datang (Zulkifly 2009: 121).

PERBAHASAN PERUNTUKAN HUKUM SYARAK DAN PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN TERHADAP HAK HADANAH DAN PENJAGAAN ANAK

BAGI ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP KANAK-KANAK

Permasalahan berkaitan dengan penjagaan anak hasil perkahwinan orang bukan Islam

selepas salah seorang ibu atau bapanya memeluk agama Islam semakin hebat

dibahaskan dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai agama dan

kepercayaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita melihat dan meneliti

berbekalkan dengan semangat keilmuan yang tinggi bagi mencari jawapan dan solusi

terbaik untuk kemaslahatan masyarakat bersama. Segala unsur keemosian dan

sentimen pertembungan kepercayaan perlu diketepikan demi mencapai hasrat untuk

mencari yang terbaik di samping menjaga kebajikan dan hak anak tersebut.

Terdapat pelbagai aspek yang perlu diperhatikan dalam merungkai permasalahan ini.

Pertamanya, adalah penting untuk memahami ruang lingkup Perlembagaan

Persekutuan yang berkaitan dengan sejarah penggubalan dan falsafah di sebalik

kewujudannya tanpa mengenepikan sudut prinsip hukum Syarak yang berasaskan

sumber utamanya iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah.

Selain itu, kita sewajarnya berusaha memahami konsep Perlembagaan Persekutuan

yang bersifat ‘hybrid’ itu dan berusaha mengaplikasikannya selaras dengan kehendak

hukum Syarak. Perlembagaan Persekutuan sebenarnya tidak harus diletakkan sebagai

matlamat atau ‘destiny’ tertinggi sebaliknya lebih merupakan alat bagi kita mencapai

keredaan Allah s.w.t.

Oleh itu, penulis akan menyentuh berkaitan peruntukan yang terdapat dalam undang-

undang keluarga dengan tujuan untuk melihat keberkesanannya serta menyelusuri

perbincangan sama ada ianya selaras dengan prinsip hukum Syarak atau sebaliknya.

Peruntukan Hukum Syarak

1. Status perkahwinan dan hak suami isteri

Isu utama yang perlu dilihat dan diteliti dalam mengupas persoalan apabila salah

seorang pasangan memeluk Islam adalah apakah terdapat prinsip Islam yang khusus

dan terperinci berhubung dengan perbalahan perkahwinan di antara pasangan orang

bukan Islam apabila salah seorang daripada mereka memeluk Islam? Menjawab

Page 4: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

134

persoalan ini, jawapannya adalah hukum syarak telah memperincikan dengan jelas di

dalam al-Quran dan telah banyak dikupas dan dibahas oleh ilmuan terdahulu.

Ulama terdahulu sebenarnya telah menyediakan garis panduan yang lengkap

berkaitan dengan pelbagai prinsip hukum syarak dalam isu ini dan sebahagian

daripada prinsip-prinsip yang tiada perselisihan adalah seperti berikut:

(A) Situasi melibatkan perkahwinan bukan Islam, salah seorang memeluk

Islam, suami atau isteri, secara automatik ikatan perkahwinan terdahulu

terbubar setelah tamat tempoh iddah.

Dalam situasi ini, al-Qu’ran telah menyatakan bahawa:

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang

perepuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujlah

(iman) mereka: Allah lebih mengetahui bahawa mereka beriman, maka

janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir.

Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri) dan orang-orang

kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami) dan berilah kepada

suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan dan tidaklah

menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang

berhijrah itu) apabila kamu memberi mas kahwinnya. Dan jangalah kamu

(wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu

dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir dan mintalah

balik mas kahwin yang kamu telah berikan dan biarlah mereka (suami-suami

yang kafir itu) meminta balik apa yang telah mereka belanjakan. Demikianlah

hukum Allah; Dia hukumkan di antara kamu (dengan adil) dan ingatlah), Allah

Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Berdasarkan kepada ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa perkahwinan di mana

salah seorang yang telah memeluk Islam sedangkan pasangannya enggan bersamanya,

maka perkahwinan sebelum itu adalah tidak boleh diteruskan lagi.

Merujuk kepada nas penurunan ayat (asbab al-nuzul), ayat di atas diturunkan ketika

Perjanjian Hudaibiyah. Di dalam perjanjian tersebut dinyatakan bahawa Rasulullah

s.a.w harus mengembalikan mana-mana lelaki yang telah memeluk Islam yang telah

1 al-Qur’an. Al-Mumtahanah 60 : 10

Page 5: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

135

berhijrah dari Mekah ke Madinah tetapi tidak pula disebutkan tentang kedudukan

wanita yang memeluk Islam dan berhijrah meninggalkan kaum Quraisy. Namun

begitu, selepas ada beberapa wanita Quraisy memeluk Islam dan berhijrah menuju ke

arah kaum Muslimin, maka kedudukan mereka pula menjadi pertikaian.

Ada yang berpendapat, wanita itu perlu dikembalikan kepada suami mereka yang

masih belum memeluk Islam dan ada juga yang berpandangan sebaliknya. Selepas

turunnya ayat al-Qu’ran di atas, Rasulullah s.a.w telah memutuskan bahawa wanita

yang telah memeluk Islam dan berhijrah tidak akan dikembalikan kepada suami

mereka yang kafir (Jalaluddin al-Suyuti 2008: 752-756).

Berdasarkan ayat di atas juga, adalah jelas menunjukkan bahawa wanita yang masuk

Islam perlu diselamatkan dan tidak boleh dikembalikan kepada suami mereka yang

enggan memeluk Islam. Kedudukan perkahwinan mereka pula adalah tidak boleh

diteruskan lagi bahkan adalah menjadi tanggungjawab para wali dan pemerintah

untuk memastikan mereka yang memeluk Islam tidak akan dikembalikan kepada

pihak yang enggan.

(B) Situasi perkahwinan bukan Islam, suami memeluk Islam sedangkan isteri

enggan memeluk Islam, ikatan perkahwinan dibubarkan setelah tamat

tempoh iddah

Situasi ini pula menperincikan keadaan apabila suami yang memeluk Islam dan isteri

akan akan diberi tempoh selama mana tempoh iddahnya untuk mengikut jejak

suaminya. Sekiranya isteri mengikut langkah suaminya dengan memeluk Islam, maka

status perkahwinan mereka adalah berterusan tanpa perlu mengadakan akad

perkahwinan yang baru. Sebaliknya, sekiranya si isteri enggan memeluk Islam seperti

suaminya sehingga tamatnya tempoh iddahnya, maka ikatan perkahwinan mereka

sebelum ini akan terlerai. Isteri juga terhalang daripada menuntut nafkah dan tidak

lagi menjadi tanggungan kepada suaminya yang telah Islam.

Namun begitu, situasi ini diberi pengecualian kepada isteri yang mengandung. Suami

bertanggungjawab menanggung nafkah sehingga isteri melahirkan anak. Peruntukan

ini ditegaskan di dalam al-Qur’an iaitu :

Yang bermaksud: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) itu di

tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu

adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan

hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar

meninggalkan tempat itu) dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung,

maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak

2 al-Qur’an, Al-Talaq 65 : 6

Page 6: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

136

yang dikandungnya. Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu,

maka berikanlah kepada mereka upahnya dan berundinglah di antara kamu

(dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik dan (sebaliknya) jika kamu

(dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain

menyusukannya.

Justeru itu, apabila seorang lelaki yang telah berkahwin dan memeluk Islam

sedangkan isterinya enggan dalam keadaan mengandung, maka dia wajib memberi

hak dan nafkah kepada isteri tersebut sehingga anak dilahirkan. Bahkan

tanggungjawab untuk memastikan kebajikan serta menanggung perbelanjaan anak-

anak akan tetap berterusan sehingga mereka mencapai umur baligh.

Tanggungjawab lelaki sebagai bapa telah ditegaskan di dalam al-Qur’an iaitu:

Yang bermaksud: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka

selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan

penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memnberi makan dan pakaian

kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang

melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu

menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu

menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipanyang

tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu

menghenikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh)

mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah

(melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada

orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah)

yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertaqwalah kamu

kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa

jua yang kamu lakukan.

1. Kedudukan agama anak selepas pemelukan agama Islam salah seorang

ibu atau bapa

Persoalan kedua yang perlu dikupas adalah berkaitan dengan kedudukan agama anak

selepas pemelukan agama Islam oleh ibu atau bapanya. Berdasarkan kepada ayat al-

Qur’an, Allah s.w.t telah menjelaskan bahawa:

3 al- Qur’an, Al-Baqarah 2 : 233

Page 7: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

137

Yang bermaksud: Dan orang beriman dan diikuti leh zuriat keturunan mereka

dalam keimanan, Kami hubungkan zuriat keturunan itu dengan mereka (di

dalam syurga) dan Kami tidak mengurangi sedikit pun daripada pahala amalan

mereka. Setiap manusia terikat dengan amal yang dikerjakan.

Intipati ayat ini secara umumnya menjadi dalil kepada permasalahan apabila kedua

atau salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, maka secara automatiknya anak-

anak mereka yang belum baligh dianggap Muslim dan agama mereka adalah Islam.

Sebaliknya, sekiranya anak-anak telah pun baligh, maka mereka diberi pilihan untuk

memilih memeluk Islam atau sebaliknya. Pendapat inilah yang telah disepakati oleh

ulama terdahulu.

Sebaliknya, daripada sudut perbandingan mazhab pula, para fuqaha sebenarnya

mempunyai pendapat yang berbeza tentang status agama anak-anak yang belum

baligh selepas salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk Islam. Jumhur ulama

yang terdiri daripada golongan al-Hanafiyah, as-Shafi’iyyah dan al-Hanabilah

berpandangan bahawa anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang

memeluk Islam itu bapa atau ibunya. Ini berdasarkan kepada hadith Nabi s.a.w yang

bermaksud:

Daripada ‘A’idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi s.a.w bersabda:

اإلسالم يعلو وال يعلى عليهYang bermaksud: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Namun begitu, Imam Malik mempunyai pandangan dari sudut yang berbeza iaitu

anak-anak akan mengikut agama Islam sekiranya yang memeluk agama Islam itu

adalah bapa. Sebaliknya, sekiranya jika ibu yang memeluk agama Islam, anak-anak

tidak dianggap memeluk agama Islam. Hujah yang dikeutarakan oleh Imam Malik

ialah seorang anak adalah dinasabkan kepada ayah dan bukannya pada ibunya (Anon.

1986: 270) Oleh yang demikian, hanya dengan pengislaman bapa sahaja yang akan

memberi kesan kepada anak-anak iaitu secara automatik tetapi tidak kepada ibu.

Namun begitu, menurut Imam al-Thauriy pula, anak-anak tersebut telah mencapai

tahap umur baligh, mereka adalah berhak untuk memilih agama mereka sendiri (Ibid:

271).

Berbalik pula kepada syarat-syarat sebagai hadinah kanak-kanak, Islam telah

menetapkan piawaian syarat-syarat tertentu yang perlu ada sebelum seorang hadinah

diberikan hak penjagaan ( Sayyid Sabiq 1973: 354-356) iaitu:

4 al-Qur’an, Al-Tur 52 : 21

5 Mausu’ah al-Sunnah al-Kutub al-Sittah wa Shuruhuha Sahih al-Bukhari, kitab al-Jana’iz.

Page 8: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

138

a) Berakal dan baligh (sampai umur) - Syarat ini tidak termasuk orang gila

walaupun dia hanya gila sekali setahun. Begitu juga disyaratkan dengan baligh

dan sampai umur; tidak termasuk kanak-kanak yang belum baligh kerana

kanak-kanak tidak mampu menjalankan tugas menjaga dan memelihara kanak-

kanak sedangkan orang yang baligh atau dewasa dapat menilai baik dan buruk.

b) Merdeka - Hadinah hendaklah seorang yang merdeka dan bukannya daripada

golongan hamba.

c) Berkuasa menjalankan tugas untuk kanak-kanak - Ini mengecualikan

golongan hadinah yang terlalu tua kerana dikhuatiri mereka tidak mampu

menjalankan tugas menjaga kanak-kanak tersebut.

d) Tidak mempunyai penyakit berjangkit - Penyakit berjangkit seperti kusta,

batuk kering, dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan dan

keselamatan kanak-kanak tersebut.

e) Tidak mempunyai suami - Sekiranya seorang hadinah mempunyai suami,

disyaratkan suaminya itu adalah mahram kepada kanak-kanak tersebut.

f) Mempunyai sifat amanah - Seorang hadinah mestilah memiliki sifat amanah

dan mengecualikan mereka yang fasiq dan murtad.

Seterusnya, jika diperhatikan semula, persoalan berhubung dengan kewajipan hadinah

beragama Islam diteliti sewajarnya. Dalam persoalan ini, ulama berbeza pendapat

mengenai syarat hadinah mestilah beragama Islam.

Menurut Imam Syafi’iy dan Hanbali, seorang yang diberi kuasa untuk menjadi

hadinah mestilah beragama Islam kerana sekiranya hadinah seorang yang bukan

beragama Islam, dikhuatiri akan memberi fitnah kepada agama kanak-kanak tersebut

yang berada di bawah jagaannya (Al-Zuhailiy: 7306). Ini adalah berdasarkan kepada

hadith Nabi s.a.w yang bermaksud:

Daripada Rafi; bi Sinan bahwasanya dia telah memeluk agama Islam tetapi

isterinya enggan. Lalu Nabi s.a.w menyuruh keduanya duduk bersebelahan

sementara anak tersebut duduk di tengah-tengah antara keduanya. Nabi s.a.w

menyuruh anak tersebut memilih antara keduanya dan anak tersebut telah

memilih ibunya. Lantas Nabi s.a.w mengangkat tangan dan berdoa kepada

Allah s.w.t, akhirnya anak tersebut telah memilih bapanya lalu bapanya

mengambil anak tersebut dan membawanya pulang.6

Manakala di sisi mazhab Hanafi dan Maliki pula, seorang yang berhak menjaga dan

memelihara kanak-kanak tidak disyaratkan beragama Islam bahkan Islam memberi

penjagaan dan pemeliharaan itu kepada hadinah yang berhak, walaupun tidak

beragama Islam dengan syarat hadinah tersebut tidak akan memesongkan akidah

kanak-kanak tersebut daripada agama Islam (Muhammad Ismail t.th: 1233).

Namun begitu, terdapat perbahasan yang lain di kalangan ulama tentang kadar tempoh

masa seorang kanak-kanak harus berada di bawah pengawasan pengasuh wanita

6 Sunan Abu Dawud, t.th. Sunan. Jil. 11, Beirut : Dar al-Fikr, Bab Iza Aslama Ahadu al-Abawyin

maca man yakun al-Walad, hlm. 273 , no. 2236.

Page 9: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

139

bukan Islam. Ulama Hanafi berpandangan seorang kanak-kanak boleh berada di

bawah pengawasan penjaga wanita bukan Islam sehingga dia boleh memikirkan

tentang agama iaitu setelah menjangkau umur tujuh tahun, atau apabila wujud tanda-

tanda yang menunjukkan dengan nyata iman kanak-kanak yang tinggal bersamanya

boleh tergugat. Contohnya, penjaga bukan Islam mengajar kanak-kanak di bawah

jagaannya perkara-perkara yang berkaitan dengan agamanya, atau membawa kanak-

kanak itu ke rumah ibadat, atau dia membiasakan kanak-kanak tersebut dengan

minuman arak dan memakan daging babi dan sebagainya yang jelas haram di sisi

Islam (al-Zuhailiy 1999: 7306).

Ulama Maliki juga turut berpendapat bahawa kanak-kanak boleh berada bersama

dengan penjaga bukan Islam sehingga tamat tempoh masa penjagaan kanak-kanak di

sisi syarak. Namun begitu, penjaga wanita itu adalah sangat ditegah memberi makan

daging babi dan minuman arak. Sekiranya dibimbangi penjaga itu melakukan perkara

yang haram, maka hak pengawasan hendaklah diberikan kepada orang Islam demi

memastikan agama kanak-kanak tersebut dipelihara dan tidak tergugat (al-Zuhailiy

1985: 7306-7307).

Selain itu, di sisi Islam, setiap anak yaang dilahirkan itu fitrhnya adalah suci dan

bersih. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapanyalah yang

membentuk mereka sama ada mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi,

sebagaimana haiwan yang melahirkan anaknya, adakah kamu melihat

kepadanya kecacatan?.7

Intipati hadith di atas adalah merujuk kepada Islam iaitu anak-anak yang dilahirkan

secara fitrahnya mereka adalah Islam. Namun, dengan didikan yang diberikan oleh

ibu bapa yang bukan Islam, seorang anak akan mengikut menjadi bukan Islam sama

ada Yahudi, Majusi, Nassrani atau sebagainya mengikut acuan anutan agama ibu

bapanya.

Ini juga bermakna bahawa seorang anak yang dilahirkan adalah berada dalam keadaan

selamat dari kekufuran dan itulah janji setiap jiwa kepada Allah s.w.t di dalam ayat al-

Qur’an:

Yang bermaksud: (Ingatlah wahai Muhammad)ketika Tuhanmu mengeluarkan

zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia

jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri (sambil ia bertanya dengan

firmanNya), ‘Bukankah aku Tuhan kamu?’ Mereka semua menjawab: ‘Benar

(Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi.’ Yang demikian supaya kamu

7 Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani .Fath al-Bari Sharah al-Bukhar. 2000. Kitab al-Jana’iz, Bab

Ma Qila Fi Aulad al-Musyrikin.No hadith. 1385.

8 al-Qur’an, Al-A’raaf 7 : 172

Page 10: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

140

tidak berkata pada Hari Kiamat kelak: ‘Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak

diberi peringatan) tentang (hakikat Tauhid) ini.’

Kesan Riddah Terhadap Hadanah

Seseorang yang mendapat hak hadanah terhadap kanak-kanak Islam akan gugur

sekiranya hadinah tersebut keluar daripada Islam (riddah). Perkara ini dijelaskan oleh

para ulama mazhab Hanafi dengan hujah orang yang murtad di sisi mazhab ini

dianggap seperti orang yang telah mati disebabkan hukuman yang bakal diterima

olehnya adalah hukuman bunuh. Orang yang murtad juga telah hilang amanahnya.

Oleh itu, orang yang murtad tidak layak menjaga kanak-kanak kerana dikhuatiri akan

mempengaruhi kanak-kanak tersebut. Sekiranya pelaku riddah tersebut adalah

seorang perempuan, maka hak hadanah tersebut akan lucut kerana hukuman yang

akan ditempuhi olehnya di sisi mazhab ini adalah dia akan ditahan atau dikurung

sehingga ia bertaubat dan kembali kepada Islam (al- Jaziriy t.th.: 596).

Pandangan yang sama juga dikeutarakan oleh mazhab Syafi’iy dan Hanbali (al-Bahuti

1983: 498). Ini kerana syarat penjaga di sisi kedua-dua mazhab ini alah beragama

Islam. Maka dengan ini, hak hadanah bagi seseorang itu yang keluar daripada agama

Islam akan hilang atau luput.

Berbeza pula dengan mazhab Maliki yang tidak membincangkan dengan terperinci

berkaitan dengan perkara persamaan agama dalam hadanah dalam kitab-kitab fiqh

mereka. Secara keseluruhannya, mazhab Maliki tidak meletakkan persamaan agama

sebagai syarat dalam mendapat hak hadanah. Penekanan hak perempuan dalam

mendapat hadanah begitu ditekankan sehinggakan hak tersebut tidak luput sekalipun

wujudnya unsur-unsur tidak amanah dalam diri hadinah tersebut. Sebaliknya,

tindakan yang perlu dilakukan adalah pemantauan dan pemerhatian orang ramai

terhadap gerak geri seorang hadinah yang tidak amanah itu agar tidak

menyalahgunakan hak tersebut bagi tujuan merosakkan dan menjejaskan kebajikan

kanak-kanak yang dipelihara. Secara tuntasnya, mazhab Maliki seolah-olah masih

memberi kelonggaran bagi seorang yang murtad memiliki hak hadanah untuk terus

menjadi hadinah kepada kanak-kanak tersebut dengan meletakkan syarat hadinah

tersebut perlulah diletakkan di bawah pengawasan orang ramai atau pemerintah

sehingga dijatuhkan hukuman mati atau kembali bertaubat dan memeluk Islam.

Jika diteliti, pandangan ini dilihat tidak begitu praktikal dan kurang efektif pada masa

kini khususnya apabila diperhatikan dari sudut keadaan seorang murtad kebiasaannya

menjadi terlalu sibuk dengan proses perbicaraan di mahkamah dan besar

kemungkinan juga ditahan bagi tujuan siasatan lanjut. Oleh itu, adalah besar

kemungkinan objektif utama yang diutarakan oleh mazhab Maliki sarankan adalah

sangat sukar dicapai disebabkan keadaan dan situasi berbeza pada masa kini.

Justeru itu, adalah praktikal untuk menerima pakai pendapat mazhab Hanafi kerana

pandangan tersebut adalah terbaik dan sesuai dalam permasalahan ini. Ini adalah

berasaskan kepada kebarangkalian atau kemungkinan hadinah yang murtad akan

mengambil kesempatan yang ada untuk melakukan sesuatu yang tidak baik kepada

kanak-kanak di bawah penjagaannya.

Berdasarkan perbahasan berkaitan dengan syarat-syarat seorang hadinah sama

ada perlu beragama Islam atau sebaliknya dan persoalan berkaitan dengan seorang

hadinah yang pada asalnya adalah Islam tetapi kemudiannya murtad telah dikupas

Page 11: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

141

dan dibahaskan oleh fuqaha yang terdahulu. Oleh itu, adalah di luar keraguan bahawa

isu persoalan-persoalan ini telah diberi paduan yang jelas oleh syarak tentang

bagaimana untuk menangani permasalahan ini.

Skop Peruntukan Perlembagaan

Perkahwinan antara pasangan yang berlainan agama sering berlaku dalam masyrakat

Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Namun begitu, perkahwinan bagi

pasangan bukan Islam dikawal selia oleh Akta Memperbaharui Undang-undang

(Perkahwinan dan Penceraian) 1976 atau AMU dan bagi pasangan yang beragama

Islam pula dikawal oleh Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri masing-

masing. Perkahwinan di kalangan penganut agama Hindu dan Buddha dan sebagainya

tidak akan menjejaskan kedudukan undang-undang kerana mereka masih dikawal

selia oleh satu skop AMU. Namun begitu, permasalahan akan timbul apabila

perkahwinan antara seorang yang beragama Islam dengan bukan Islam memerlukan

pihak yang bukan Islam menganut agama Islam terlebih dahulu kerana perundangan

Islam tidak membenarkan orang Islam berkahwin dengan orang bukan Islam. Oleh

yang demikian, perkahwinan tersebut dikawal selia oleh undang-undang Islam.

Apa yang cuba diketengahkan oleh penulis adalah berdasarkan pendekatan hukum

Syarak seorang Muslim (salah seorang yang baru memeluk Islam) boleh dan

mempunyai hak untuk menuntut berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan

untuk membenarkan dirinya ditadbir oleh prinsip-prinsip Islam sekalipun pihak yang

satu lagi bukan beragama Islam.

Seksyen 51 AMU telah memperuntukkan:

(1) Jika satu pihak kepada sesuatu perkahwinan telah masuk Islam, pihak

yang satu lagi itu tidak masuk Islam boleh mempetisyenkan untuk penceraian.

Dengan syarat bahawa tiada sesuatu petisyen di bawah seksyen ini boleh

diserahkan sebelum tamat tempoh tiga bulan dari tarikh masuk Islam itu.

Sebelum itu, adalah satu fakta yang perlu dipersetujui bahawa Perlembagaan

Persekutuan digarap supaya ia boleh dan dapat dilaksanakan. Ia adalah suatu

dokumen unik disediakan yang perlu diterjemah, ditafsir, diaplikasi di negara ini

untuk mentadbir dan mengurus negara mengikut perkembangan dan keperluan semasa

masyarakat kita.

Perlembagaan Persekutuan merupakan pengisytiharan bahawa Islam adalah agama

Persekutuan yang perlu diaplikasi apabila ia membenarkan dan mengguna pakai

undang-undang Islam kepada orang Islam. Hal ini jelas diperuntukkan di dalam

Perkara 3(1), dan tidak ada halangan bagi orang bukan Islam untuk mengamalkan

agama mereka berdasarkan Perkara 11(1).

Intipati sebenar serta bagaimana aplikasi Perkara 3(1) ini telah banyak dijelas dan

diterangkan dalam banyak keadaan oleh keputusan mahkamah kita. Umpamanya,

keputusan Mahkamah tinggi di dalam kes Meor Atiqulrahman bin Ishak dan lain-lain

lwn. Fatimah bte Sihi dan lain-lain9, Hakim Mohd Noor Abdullah menyatakan:

99[2000] 5 MLJ 375; [2000] 1 CLJ 393.

Page 12: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

142

Islam adalah ugama bagi Persekutuan tapi ugama-ugama lain boleh diamalkan

dalam aman dan damai. Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain

yang dianuti di negara seperti Kristian, Buddha, Hindu. Islam bukan setaraf

dengan agama lain. Bukan duduk berganding bahu dengan agama lain atau

berdiri sama tegak. Ia duduk di atas, berjalan dahulu, terletak di tempat medan,

dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati. Tinggi, teguh, dan

terang. Jika bukan sedemikian, Islam bukanlah agaima bagi Persekutuan,

tetapi adalah salah satu di antara beberapa agama yang dianuti di wilayah ini

dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan mana-mana agama yang

dianuti. Tiada lebih di antara satu sama lain.

Tidak dinafikan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung penghakiman kes di atas

telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan kemudiannya ditolak oleh Mahkamah

Persekutuan. Walau bagaimanapun, bahagian petikan di atas yang telah diputuskan

oleh Mahkamah Tinggi tidak pernah dicabar atau dibatalkan. Hakikatnya, keputusan

di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan berhubung kes di atas adalah

berdasarkan isu-isu lain yang tidak bersangkutan dengan kedudukan Islam di dalam

Perkara 3(1).

Keputusan yangdibuat berhubung kes10

ini dalam Mahkamah Persekutuan adalah

sama ada seorang budak lelaki beragama Islam yang memakai serban di sekolah

berdasarkan sunnah yang ditetapkan di dalam prinsip Islam atau tidak. Menurut

pandangan peribadi dan kesimpulan yang dibuat oleh Yang Arif adalah tindakan

memakai serban bukanlah serban yang ditetapkan. Oleh itu, beliau memutuskan

bahawa ia bukanlah kewajipan agama atau kewajipan di bawah mana-mana prinsip

Islam kepada seorang kanak-kanak lelaki memakai serban ke sekolah. Mahkamah

Rayuan mahupun Mahkamah Persekutuan tidak memutuskan bahawa penghakiman di

Mahkamah Tinggi berhubung dengan kedudukan agama Islam di dalam Perkara 3(1)

adalah salah. Hakikatnya, sebab utama menyebabkan Mahkamah Persekutuan

berhubung dengan kedudukan Islam di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan

Persekutuan.

Selain itu, penjelasan yang melibatkan Perkara 3(1) berhubung kedudukan Islam juga

boleh dilihat melalui penghakiman dalam kes Lina Joy v Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan11

, Ketua Hakim, Yang Amat Arif Tun Ahmad Fairus telah memutuskan:

Islam itu bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi

ianya juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti

manusia, persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial,

budaya, moral atau kehakiman....

Secara hakikatnya, Yang Arif Hakim telah menemui kekuatan hujah tentang

kedudukan Islam dengan merujuk sebahagian penghakiman yang kontroversi di

10Meor Atiqulrahman bin Ishak (an infant, by his guardian ad litem, Syed Ahmad Johari bin Syed

Mohd) & Ors v Fatimah bte Sihi & Ors [2006]4 MLJ 605; [2006] 4 CLJ 1

11Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Yang Lain [2007] 4 MLJ 585; [2007] 3

CLJ 577, MP.

Page 13: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

143

dalam kes Che Omar Bin Che Soh v Public Prosecutor12

, di mana Tun Salleh Abbas,

Ketua Hakim ketika itu telah mengiktiraf Islam adalah cara hidup yang sempurna.

KESAN PERTUKARAN AGAMA: PERMASALAHAN DAN CABARAN

AMALAN PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan. Kepelbagaian ini telah

membahagikan sistem perundangan di Malaysia kepada dua sistem perundangan yang

berasingan di dalam isu hadanah dan penjagaan anak. Pertamanya, bagi orang Islam

dan kedua adalah kepada orang bukan Islam.

Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan telah memberikan kuasa perundangan

kepada Badan Perundangan Negeri (kecuali bagi Wilayah Persekutuan) di dalam

perkara yang berkaitan dengan undang-undang diri bagi penganut beragama Islam.

Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984, contohnya merupakan akta yang

diperkenalkan untuk orang Islam di Wilayah Persekutuan dan masih berkuatkuasa

hingga ke hari ini. Manakala bagi orang yang bukan beragama Islam pula,

perundangan yang digunapakai bagi penjagaan dan pemeliharaan anak adalah Akta

Penjagaan Kanak-kanak 1961 (Guardianship of Infants Act 1961), Akta

Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Akta 164) (AMU),

Ordinan Penjagaan Kanak-kanak Sabah, Ordinan Penjagaan Kanak-kanak Sarawak

dan Akta Umur Dewasa.

Bagi orang-orang bukan beragama Islam, hal ehwal perkahwinan mereka dikawal

selia oleh AMU. Mengikut AMU, semua perkahwinan orang bukan Islam adalah

berbentuk monogami iaitu seorang suami dan seorang isteri.13

Semua perkahwinan

terdahulu diiktiraf dan dianggap berdaftar di bawah Akta ini.14

Akta ini secara jelas

menyatakan bahawa ianya tidak terpakai kepada orang Islam.15

Akta ini juga

menyatakan bahawa semua perkahwinan orang bukan Islam selepas Akta ini

berkuatkuasa iaitu pada 1 Mac 1982 adalah dianggap berterusan sehingga dibubarkan

apabila:

a) Melalui kematian salah satu pihak kepada perkahwinan tersebut;

b) Melalui suatu perintah Mahkamah yang berbidangkuasa kompeten; atau

c) Melalui suatu dikri yang dibuat oleh Mahkamah yang berbidangkuasa

kompeten di mana perkahwinan tersebut adalah terbatal.16

Mahkamah yang dimaksudkan sebagai mahkamah berbidangkuasa kompeten ialah

Mahkamah Tinggi.17

12Che Omar Bin Che Soh v Public Prosecutor [1988] 2 MLJ 55, MA

13Akta 164, s5

14Ibid, s4

15Ibid, s3(3)

16Akta 164, s8

17Ibid, s2

Page 14: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

144

Oleh itu, suatu perkahwinan orang bukan Islam hanya boleh dibubarkan melalui

kematian, penceraian atau pembatalan perkahwinan yang dibuat di Mahkamah Tinggi

oleh pasangan yang terlibat. Peruntukan penceraian terkandung dalam Bahagian VI,

Akta ini dan hendaklah dilihat secara mendalam kerana ia banyak menimbulkan

masalah di bawah seksyen 51 iaitu penceraian atas alasan pertukaran agama kepada

agama Islam.

Seksyen 51 AMU menyebut bahawa:

(1) Di mana satu pihak kepada suatu perkahwinan memeluk Islam, pihak yang

satu lagi yang tidak memeluk Islam boleh mempetisyenkan untuk bercerai;

dengan syarat petisyen tersebut tidak dikemukakan sebelum tamat 3 bulan dari

tarikh pemelukan Islam itu.

(2) Mahkamah semasa membubarkan perkahwinan tersebut boleh membuat

peruntukan untuk isteri atau suami dan untuk nafkah, kawalan dan jagaan

anak-anak dari perkahwinan tersebut, jika ada, dan boleh meletakkan apa-apa

syarat kepada dikri pembubaran tersebut jika dirasakan sesuai.

(3) Seksyen 50 tidak terpakai kepada suatu petisyen di bawah seksyen ini.

Jika difahami, implikasi daripada seksyen 51 ini adalah sekiranya si A dan si B telah

berkahwin di bawah AMU dengan demikian mereka hanya boleh bercerai mengikut

AMU. Sekiranya si A memeluk Islam, hanya si B sahaja yang berhak untuk memohon

cerai di bawah seksyen 51 kerana AMU terpakai kepada orang bukan Islam dan tidak

termasuk orang Islam. Kesan daripada permohonan penceraian oleh si B di bawah

AMU, si A tetap berkewajipan untuk membayar nafkah seperti yang diperintahkan

oleh Mahkamah Tinggi seperti yang telah diputuskan di dalam kes Kung Lim Siew

Wan lwn Choong Chee Kuan.18

Dalam kes ini pasangan ini telah berkahwin di bawah AMU dan mempunyai dua

orang anak. Kedua-duanya merupakan doktor gigi di Kota Bharu. Sejak 31 Julai

2000, pasangan ini telah tinggal berasingan. Plaintif, iaitu isteri telah memfailkan

sama pemula memohon perintah hak pemeliharaan sepenuhnya dan juga nafkah

kedua-dua anak dan dirinya. Defendan telah menggunakan dalihan telah memeluk

Islam pada 26 November 1974. Namun begitu, Defendan masih menggunakan nama

bukan Islam untuk urusan pasport antarabangsanya, pendaftaran di Persatuan Doktor

Gigi Malaysia dan Defendan tidak pernah mengamalkan cara hidup sebagai Islam.

Mahkamah Tinggi dengan bijaknya menolak dakwaan Defendan yang mengisytiharan

sebagai Islam bagi mengelak menunaikan tanggungjawabnya di bawah peruntukan

AMU.

Implikasi lain daripada seksyen 51 AMU ini ialah sekiranya si B tidak memohon cerai

selepas tiga bulan dari tarikh si A memeluk Islam, maka perkahwinan si A dan B terus

wujud kerana mereka dianggap tidak pernah bercerai. Ini kerana pertukaran agama

tidak membubarkan perkahwinan secara automatik. Si A dengan ini berkewajipan

untuk membayar nafkah isteri, dan anak-anaknya, jika ada. Jika si A meninggal dunia

sedangkan perkahwinannya dengan si B tidak pernah dibubarkan walaupun dia telah

lama memeluk Islam, si B tetap dianggap balu si A dan dia berhak menerima pencen

18[2003] 5 AMR

Page 15: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

145

A di bawah Peraturan Pencen 1980. Bukan itu sahaja, si B berhak menuntut pusaka si

A dan semua harta peninggalannya.

PENGHARMONIAN PERTIKAIAN HADANAH DAN PENJAGAAN ANAK

SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN BUKAN ISLAM MEMELUK

ISLAM

Tidak dapat dinafikan bahawa semua prinsip Islam yang dinyatakan sebelum ini

adalah jelas mengenai hubungan pasangan suami isteri yang pada asalnya bukan

Islam dan salah satu dari mereka memeluk Islam. Dengan menjadikan permasalahan

di negara kita sebagai lanskap yang perlu diubahsuai, penulis berpendapat ia turut

merangkumi situasi seseorang yang masuk Islam oleh seorang yang pada asalnya

bukan beragama Islam dan telah berkahwin menerusi undang-undang perkahwinan

sivil di negara ini.

Justeru itu, hak seorang Muslim di Malaysia untuk menggesa dan mendesak pihak

berwajib agar kes-kes sebegini ditadbir dan diurus oleh prinsip-prinsip Islam tidak

boleh dipersoalkan. Ia adalah sesuatu yang sewajarnya kerana ia melibatkan hak

orang Islam yang baru memeluk Islam, walaupun pada masa yang sama, ia turut

melibatkan pasangan satu lagi yang bukan Islam (Mehrun 2012).

Gesaan daripada pelbagai pihak yang mendesak agar meminda peruntukan seksyen 51

Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 menurut

pendapat penulis adalah cadangan yang kurang tepat. Tanpa menafikan penghormatan

terhadap cadangan terdahulu di dalam Dissolution on Ground of Conversion to

Islamyang pernah ditulis oleh Profesor Ahmad Ibrahim (Najibah 2006: 196-202 )

pada tahun 1992, sebaliknya kertas kerja ini bertujuan untuk melihat dari sudut

Perlembagaan Persekutuan iaitu penulis berpendapat sekiranya kita meminda AMU

bagi memaksa orang-orang Islam membawa permasalahan ini ke Mahkamah Sivil,

sebenarnya cadangan ini akan mengakibatkan utra vires terhadap Perkara 3(1) dan

Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan.

Di samping itu, terdapat persoalan yang menarik untuk dikupas iaitu adakah

perkahwinan sivil itu dianggap sebagai satu kontrak? Pada sudut pandang penulis,

penulis tidak bersetuju bahawa perkahwinan sivil itu adalah suatu kontrak seperti

mana yang ada di dalam undang-undang. Dari sudut lain pula, sungguhpun

perkahwinan itu suatu kontrak, apakah wajar sebarang pertelingkahan antara pihak-

pihak termasuklah sekiranya salah seorang memeluk Islam diselesaikan mengikut

undang-undang sivil? Sebenarnya, situasi ini memaksa kita untuk memahami dan

mendalami segala prinsip-prinsip berkaitan dengan undang-undang kontrak

termasuklah berkaitan dengan prinsip kegagalan kontrak atau ‘frustration’. Di sini,

wujud perbezaan antara kegagalan kontrak dan kemungkiran kontrak yang mana

dalam setiap kontrak, kewujudan keadaan ‘supervening event’ boleh memberi kesan

kepada perlaksanaan dan penerusan kepada terma-terma kontrak yang telah

dipersetujui oleh kedua pihak sebelum ini. Keadaan yang sama juga sekiranya

perkahwinan sivil itu adalah kontrak, maka dengan pemelukan Islam salah seorang

pihak merupakan satu ‘supervening event’ yang membawa kepada ‘frustation’

terhadap perlaksanaan kontrak yang telah dimaterai (Sakina & Azimon 2003: 193).

Justeru itu, secara kesimpulannya, pihak yang bukan Islam tidak mempunyai sebarang

hak untuk memaksa orang yang telah memeluk Islam supaya terikat dan terbeban

Page 16: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

146

dengan syarat dan undang-undang yang sedia ada berkaitan dengan undang-undang

sivil.

Oleh itu, cadangan untuk menggesa orang Islam untuk menuntut hak mereka di

Mahkmah Sivil adalah membawa kesilapan kepada kedudukan Islam di negara ini.

Undang-undang Islam mempunyai kedudukan yang tersendiri sejak zaman penjajah

lagi. Hujah ini boleh dilihat pada penghakiman Hakim Justice Thorne J dalam kes

terkenal Ramah bte Taat lwn Laton bte Malin Sultan19

yang mengatakan bahawa

undang-undang Islam adalah undang-undang tempatan dan undang-undang negara ini

(law of the land) iaitu mahkamah biasa mesti mengiktiraf dan mengambil notis

penghaiman dan menerima pakai undang-undang tersebut.

Pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pula sebenarnya adalah

mempunyai tujuan yang tinggi dengan tujuan memartabatkan kedudukan Islam di

Malaysia. Namun, satu kekreativitian perlu dilakukan bagi mencari perkaitan

permasalahan ini. Sebanrnya, Mahkamah Syariah tidak dapat lari dari bidang

kuasanya dalam menentukan dari segi hukum Syarak sama ada perkahwinan sivil itu

telah terbatal atau sebaliknya. Berpegangkan kepada peruntukan Senarai II Jadual

Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Mahkamah

Syariah dalam membuat penentuan hukum Syarak. Bertunjangkan kepada peruntukan

tersebut, maka seksyen 46(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah

Persekutuan) 1984 digarap dan menyatakan bahawa:

(1) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memeluk

sesuatu kepercayaan lain daripada Islam, maka perbuatan yang sedemikian

tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu

melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.

(2) Jika salah satu pihak kepada suatu perkahwinan bukan Islam memeluk

agama Islam, maka perbuatan yang sedemikian tidak boleh dengan sendirinya

berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan sehingga disahkan

sedemikian oleh Mahkamah.

Dicadangkan, bagi mengharmonikan pertentangan kedua konflik kedua mahkamah

ini, mahkamah sivil hendaklah apabila dipohon oleh mana-mana pihak untuk

memberi pengiktirafan kehakiman perintah mahkamah syariah yang diperolehi itu

memberikan pengiktirafan tersebut. Dengan demikian, kedua belah pihak adalah

bebas untuk memohon kepada mahkamah masing-masing tanpa menjejaskan undang-

undang dan hak di sisi perlembagaan. Ini adalah intipati sebenarnya kepada Perkara

121(1A) yang mana menghalang mahkamah sivil daripada mengenepikan,

membatalkan atau tidak menghiraukan perintah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah.

Selain itu, persoalan berkaitan dengan kedudukan anak hasil perkahwinan pasangan

bukan Islam di mana salah seorang memeluk Islam sebenarnya telah pun dinyatakan

di dalam peruntukan undang-undang terdahulu. Contohnya, Enakmen lama yang

diamalkan sebelum ini iaitu Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Selangor)

(No 3 Tahun 1952) telah memperuntukan bahawa kanak-kanak yang lahir hasil

daripada perkahwinan bukan Islam akan secara automatik disahkan Islam apabila

salah seorang pasangan memeluk Islam.

19[1927] 6 FMSLR 128

Page 17: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

147

Namun, apa yang misteri dan menyedihkan adalah peruntukan tersebut yang jelas

menepati peruntukan hukum Syarak telah ditiadakan melalui penggubalan Enakmen

yang terkemudian penggubalannya. Jelas, peruntukan Enakmen terkini menetapkan

bahawa ibu bapa yang masuk Islam perlu mengislamkan anak-anak mereka. Dengan

kata lain, pengislaman anak-anak adalah bukan secara automatik. Oleh sebab itulah,

permasalahan ini timbul dan berlaku lakuna dalam undang-undang hari ini.

Seterusnya, dengan melihat kepada semua Enakmen negeri-negeri yang melibatkan

undang-undang Islam dalam negara meletakkan peruntukan bahawa kedua-dua pihak

mestilah beragama Islam. Sewajarnya, telah tiba waktunya kita mengubah peruntukan

ini demi menjaga kedudukan Islam seperti mana yang telah diperuntukkan dalam

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Dengan meletakkan Mahkamah Syariah sebagai satu institusi kehakiman yang

memperjuangkan keadilan dan mempertahankan kedudukan Islam seperti dalam

Perkara 3(1) boleh mendengar dari mana-mana parti sama ada orang tersebut

beragama Islam atau pun tidak. Tindakan kita dengan mengehadkan Mahkamah

Syariah hanya boleh mendengar daripada pihak yang beragama Islam sahaja adalah

satu tindakan yang mengecilkan skop keadilan yang sebenarnya bertentangan dengan

prinsip keadilan Islam.

Oleh itu, sudah tiba masanya, pelbagai pihak berkuasa termasuk pihak Majlis-Majlis

Agama dan Jabatan-jabatan Agama untuk sama-sama membawa Islam seperti mana

yang diperuntukkan dalam Perkara 3(1) dengan meminda mana-mana peruntukan

yang sesuai bagi menjelaskan kedudukan Islam kepada seluruh masyarakat mudah

difahami dan kedudukan Islam tidak dipandang enteng oleh mana-mana pihak.

Sejajar dengan itu, Mahkamah Syariah juga perlulah berani dan tegas untuk membuat

keputusan yang adil dan saksama sekiranya hak bukan Islam lebih utama berbanding

daripada pihak yang beragama Islam. Mereka sewajarnya diberi pengadilan yang

saksama contohnya, sekiranya pihak yang bukan beragama Islam adalah layak untuk

menjadi penjaga kepada anak-anak yang telah diIslamkan oleh salah seorang pihak

yang telah memeluk Islam, maka hak tersebut diberikan dengan menetapkan syarat-

syarat yang tertentu dan badan-badan seperti Majlis Agama Islam hendaklah

memantau pendidikan anak dan memastikan mendapat didikan ajaran Islam yang

sewajarnya.

Dengan menjadikan negara Brunei Darussalam sebagai model terbaik dalam

mengharmonikan pertentangan konflik undang-undang ini, sewajarnya perlaksanaan

bahawa kedua-dua pihak yang bertikai di mahkamah Syariah tidak seharusnya

beragama Islam telah pun dilaksanakan. Brunei sebagai model terbaik yang boleh

dicontohi kerana kerajaan Brunei telah menyuntik roh prinsip Islam dalam

pentadbiran mereka dan dalam masa yang sama tidak menolak kemajuan. Konflik dan

kontroversi bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah yang melanda negara kita dapat

diselesaikan dengan baik di Brunei.

Sebagai contoh, dalam hal ehwal undang-undang Keluarga Brunei, Bab 5 Perintah

Darurat (Undang-undang Keluarga Islam) 1999 menyatakan bahawa peruntukan

Undang-undang Keluarga Islam terpakai dalam sebarang hal di mana sekurang-

kurangnya salah satu pihak, sama ada atau tidak dia menganut agama Islam,

bermukim atau bermastautin di negara itu, tetapi bermukim di luar negara.

Page 18: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

148

Tiada mahkamah selain daripada Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa

mendengar atau memutuskan apa-apa tuntutan atau prosiding di mana sekurang-

kurangnya salah satu pihak menganut agama Islam dan berkaitan dengan apa-apa

perkara berbangkit dalam undang-undang keluarga itu.

Jelasnya, dengan adanya peruntukan ini, sebenarnya memberi ruang penyelesaian

kepada konflik berlainan agama. Rakyat bukan Islam di Brunei tidak membantah

dengan peruntukan ini kerana mereka percaya bahawa ianya bukan bertujuan menukar

kepercayaan mereka kepada agama Islam. Malah, mereka juga menyedari bahawa

undang-undang Islam sebenarnya menawarkan keadilan dan remedi yang terbaik

kepada pihak yang bertikai berbanding dengan undang-undang sivil. Rahsia kejayaan

Brunei inilah sewajarnya dikaji dan dicontohi supaya Malaysia dapat emmperlajari

dan menambah baik peruntukan yang sedia ada kini (Zainul & Hidayah 2009).

Terakhir sekali, penulis berpendapat bahawa peruntukan seksyen 51 AMU perlu

dipinda dengan mensyaratkan pihak yang berhasrat untuk mendapatkan perintah

untuk isteri atau suami, bagi nafkah, kawalan dan jagaan anak-anak daripada hasil

perkahwinan sebelum itu perlulah memfailkan penceraian terlebih dahulu. Setelah

perintah penceraian diperolehi, maka barulah permohonan yang berkaitan dengan

nafkah dan jagaan anak boleh difailkan dan dibicarakan. Ini adalah bagi memastikan

bahawa tidak berlaku pertindihan konflik yang berturutan akibat daripada pemelukan

Islam salah seorang pihak yang terlibat. Sewajarnya, pihak yang tidak memeluk

Islam, memfailkan permohonan penceraian terlebih dahulu di bawah seksyen 51

AMU kemudian setelah itu barulah permohonan yang berkaitan daripada penceraian

itu difailkan. Ini adalah penting kerana permasalahan yang baru tidak akan terjadi dan

menyebabkan konflik yang lebih serius berlaku.

KESIMPULAN

Dengan merujuk kembali permasalahan yang wujud akibat daripada pemelukan Islam

salah seorang pihak bukan Islam yang berebut penjagaan anak hasil perkahwinan

sebelum ini, satu resolusi yang terbaik diperlukan. Perundangan Perlembagaan

Persekutuan yang mengawal selia orang-orang bukan Islam manakala Enakmen

Undang-undang Keluarga Islam negeri yang mengadili orang Islam menyebabkan

pertembungan konflik undang-undang. Situasi ini menyebabkan forum manakah yang

kompeten untuk mengadili kedua belah pihak yang berlainan perundangan.

Tanpa mengenepikan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi

kebebesan kepada orang bukan Islam menganut apa-apa kepercayaan dan

mengamalkannya malah memberi jaminan kepada orang Islam dan mengamalkan

ajaran Islam. Dengan paksi kedudukan Islam yang menjadi satu-satunya agama yang

diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan telah diikrarkan oleh Yang di-

Pertuan Agong dan Timbalannya untuk menjaga, memelihara dan

mempertahankannya setiap masa, dengan kata lain memberi keistimewaan dan hak

eksklusif kepada penganut Islam berbanding agama lain.

Oleh yang demikian, hak dan kebajikan anak setelah ibu atau bapanya memeluk Islam

hendaklah termasuk dalam makna sebagaimana yang telah dibenarkan oleh

Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Oleh itu,

dengan menggabung jalinkan perundangan sivil dan Islam untuk mencari solusi

terbaik dengan tujuan memelihara dan melindungi kebajikan anak tersebut.

Page 19: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

149

RUJUKAN

al-Qur’an al-Karim.

Al-Bahuti, Mansur b. Yunus b. Idris. 1983. Kasysyaf al-Qina’’an Main al-Iqna. Juz.

5. Beirut: ‘Alam al-Kutub.

Abu Dawud, t.th.Sunan. Jil. 11, Beirut: Dar al-Fikr.

Anis, Ibrahim et al. t.th. Mucjam al-Wasit. Juz 1. Cet 2. t.tp.

al-Dusuqi, Muhammad ibn Ahmad ibn Arfah t.th. Hashiyah al-Dusuqi ‘ala al-Sharh

al-Kabir. Juz. 2. Beirut: Maktabat al-Tijariyyah al-Kubra.

Al- Jaziriy, ‘Abd al-Rahman. T.th. al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah. Beirut: Dar

al-Fikr.

Al-Nawawi, Mahyuddin Syarf. T.th. Rawdat al-Talibin wa ‘Umdat al-Muftin. Juz. 2.

Beirut: Dar al-Ma’rifah.

Anon. 1986. al-Mansu’ah al- Fiqhiyyah. Juz. 4. Kuwait: Wazara al-Awqaf wa al-

Shu’un al-Islamiyyah.

Al-Razi, Muhammad bin Abi Bakar ‘Abd al-Qadir. 1980. Mukhtar al-Sihhah. Beirut:

Dar al-Imam.

Al-Sabuni, Abd. al-Rahman. 1983. Nizam al-Usrah wa Hal Musykilatiha fi Dau’ al-

Islam. Cet. 9. Damsyik: Maktabah Wahbah.

Al-Sayyid Sabiq. 1973. Fiqh al-Sunnah. Jil. 2, Cet. 2. Beirut: Dar al-Kitab.

Al-Zuhailiy, Wahbah. 1985. al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuhu. Jil. 7. Damsyik: Dar

al-Fikr.Ibn cAbidin, Muhammad Amin. 1386H. Raadd al-Mukhtar. Juz. 3. Cet 2.

Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn Manzur, Abu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad ibn Mukram t.th. Lisan al-Arab.

Jil. 13. Beirut: Dar Bayrut.

Ibn Qudamah, Abu Muhammad ‘Abd Allah ibn Ahmad ibn Muhammad. 1969. al-

Mughni. Juz 8. Mesir: Maktabah al-Qahirah.

Jalaluddin al-Suyuti. 1959. Al-Ashbah wa al-Naza’ir. Mesir: Matbacah Mustafa al-

Babiy.Salih, Su’ad Ibrahim 1994. Laqat al-Aba’ bi al-Abna fi al-Shari’at at al-

Islamiyyah. Jeddah: al-Kitab al-Jami’i.

Najibah Mohd Zin. 2006. Manual Undang-undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur:

Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Noor Aziah Mohd Awal. 2007. Penjagaan dan Pemeliharaan Anak. Undang-undang

Keluarga (Sivil). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Aziah Mohd Awal. 2004. Pertukaran Agama: Hak Penjagaan Anak-Isu dan

Masalah. Malayan Law Journal Articles. [2004] 3 MLJ xxxiv.

Page 20: KESAN PEMELUKAN ISLAM IBU ATAU BAPA …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/11-Liyana-Binti... · Elemen emosi dan semangat perkauman ... selepas salah seorang ibu atau

150

Mehrun Siraj. 2012. Conflict of Laws in Child Custody. Syarahan Umum Profesor

Adjung Universiti Kebangsaan Malaysia. Anjuran Fakulti Undang-undang

Universiti Kebangsaan Malaysia, 25 Julai 2012.

Musa, Muhammad Yusuf. 1958. Ahkam al-Ahwal al-Shakhsiyah fi al- Fiqh al-Islami.

Kaherah: Dar al-Kitab al-Arabi.

Sakina Shaik Ahmad Yusooff & Azimon Abdul Aziz. 2003. Mengenali Undang-

undang Kontrak Malaysia. Petaling Jaya: International Law Book Services.

Yusuf Qasim. 1992. Huquq al-Usrah fi al-Fiqh al-Islami. Kaherah: Dar al-Nahdah al-

Arabiyyah.

Zainul Rijal Abu Bakar & Nurhidayah Muhd Hashim. 2009.Kedudukan kebajikan dan

hak anak apabila ibu atau bapa memeluk islam. Shariah Law Report. [2009] 3

ShLR. 1-19.

Zulkifly Muda. 2009. Hadanah dalam kes-kes Pertukaran Agama. Dlm. Najibah

Mohd Zin (pnyt.) . Siri Isu-isu Mahkamah Syariah: Undang-undang Keluarga

dan Prosedur, hlm. 121-136. Gombak: Jabatan Undang-undang Islam & Pusat

Undang-undang Harun M. Hashim.