keanggotaan pelajar pendidikan khas...

27
97 KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN DALAM KOPERASI SEKOLAH MENURUT PERSFEKTIF ISLAM Muhamad Fairus Bin Sharrif Nik Abdul Rahim Bin Nik Abdul Ghani Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK: Koperasi sekolah adalah sebuah institusi sosioekonomi yang wujud dalam premis persekolahan di Malaysia dimana pergerakannya disokong dan dikawal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Koperasi pendidikan khas adalah antara koperasi yang wujud dalam sistem persekolahan di Malaysia. Keistimewaanya adalah ia dianggotai oleh pelajar pendidikan khas kelainan upaya dari aspek masalah pembelajaran seperti autisme, disleksia, lembam dan sebagainya. Keanggotaan ini memerlukan mereka untuk menyumbang bayaran syer dan melibatkan mereka secara aktif dalam pengurusan perniagaan koperasi yang dianggap sebagai tasarruf al-mal dalam istilah muamalat Islam. Justeru, timbul persoalan, adakah golongan kelainan upaya masalah pembelajaran ini layak bertasarruf dengan harta samada dalam urusan membayar yuran syer atau pengurusan perniagaan koperasi. Ini kerana, Islam mementingkan kemaslahatan harta dari kemudharatan dan kerugian kerana diurus oleh golongan yang tidak berkelayakan. Oleh itu, kajian ini akan menyoroti konsep keanggotaan pelajar pendidikan khas berdasarkan undang-undang koperasi sedia ada dan perbincangannya dari sudut perspektif Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif melalui reka bentuk analisis kandungan dan dokumen yang diperolehi melalui data tekstual yang mana ianya akan dianalisis menggunakan kaedah induktif, deduktif, dan komparatif. Hasil daripada kajian mendapati bahawa perkhidmatan koperasi sekolah sangat penting dalam menyediakan keperluan kepada warga sekolah khususnya pelajar dan ianya bertepatan dengan prinsip syarak selagimana aplikasinya bersandarkan kepada prinsip-prinsip syarak yang betul. Kajian ini penting untuk membincangkan isu keanggotaan pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran dari sudut perspektif Islam dan memberi kefahaman kepada pelajar dan masyarakat terhadap isu tersebut. Kata kunci : Keanggotaan, pendidikan khas, koperasi sekolah

Upload: doandang

Post on 31-Jan-2018

248 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

97

KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

DALAM KOPERASI SEKOLAH MENURUT PERSFEKTIF ISLAM

Muhamad Fairus Bin Sharrif

Nik Abdul Rahim Bin Nik Abdul Ghani

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK:

Koperasi sekolah adalah sebuah institusi sosioekonomi yang wujud dalam

premis persekolahan di Malaysia dimana pergerakannya disokong dan dikawal

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Dalam

Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Koperasi pendidikan khas

adalah antara koperasi yang wujud dalam sistem persekolahan di Malaysia.

Keistimewaanya adalah ia dianggotai oleh pelajar pendidikan khas kelainan

upaya dari aspek masalah pembelajaran seperti autisme, disleksia, lembam dan

sebagainya. Keanggotaan ini memerlukan mereka untuk menyumbang bayaran

syer dan melibatkan mereka secara aktif dalam pengurusan perniagaan koperasi

yang dianggap sebagai tasarruf al-mal dalam istilah muamalat Islam. Justeru,

timbul persoalan, adakah golongan kelainan upaya masalah pembelajaran ini

layak bertasarruf dengan harta samada dalam urusan membayar yuran syer atau

pengurusan perniagaan koperasi. Ini kerana, Islam mementingkan kemaslahatan

harta dari kemudharatan dan kerugian kerana diurus oleh golongan yang tidak

berkelayakan. Oleh itu, kajian ini akan menyoroti konsep keanggotaan pelajar

pendidikan khas berdasarkan undang-undang koperasi sedia ada dan

perbincangannya dari sudut perspektif Islam. Kajian ini merupakan kajian

kualitatif melalui reka bentuk analisis kandungan dan dokumen yang diperolehi

melalui data tekstual yang mana ianya akan dianalisis menggunakan kaedah

induktif, deduktif, dan komparatif. Hasil daripada kajian mendapati bahawa

perkhidmatan koperasi sekolah sangat penting dalam menyediakan keperluan

kepada warga sekolah khususnya pelajar dan ianya bertepatan dengan prinsip

syarak selagimana aplikasinya bersandarkan kepada prinsip-prinsip syarak yang

betul. Kajian ini penting untuk membincangkan isu keanggotaan pelajar

pendidikan khas masalah pembelajaran dari sudut perspektif Islam dan memberi

kefahaman kepada pelajar dan masyarakat terhadap isu tersebut.

Kata kunci : Keanggotaan, pendidikan khas, koperasi sekolah

Page 2: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

98

PENGENALAN

Penubuhan koperasi sekolah mempunyai satu impian pendidikan iaitu memberi pengajaran

dan pengalaman berkaitan pengurusan perniagaan kepada warganya terutamanya pelajar

sekolah. Pelajar mampu belajar secara teori dan amali dalam mengurus perniagaan koperasi

sekolah dengan bimbingan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), guru dan

Ahli Lembaga Koperasi (ALK).

Koperasi Pendidikan Khas merupakan koperasi yang dianggotai oleh pelajar-pelajar

pendidikan khas. Keanggotaan pelajar pendidikan dalam koperasi ini memberi peluang

kepada mereka untuk mempelajari kemahiran pengurusan perniagaan agar mereka berminat

dan mampu membina perniagaan sendiri suatu hari nanti. Tambahan pula, kemahiran

perniagaan ini mampu menjadikan mereka berdaya saing dalam bidang kemahiran mereka

tanpa bersusah payah bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dari majikan yang sering

berfikir panjang dalam mengambil golongan kelainan upaya seperti mereka.

Keanggotaan pelajar pendidikan khas dianggotai oleh pelajar pendidikan khas secara

majoriti disamping dianggotai oleh guru sebagai pembimbing. Berdasarkan perangkaan

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga Jun 2015, terdapat 8 buah koperasi

pendidikan khas didaftarkan dengan anggota seramai 709 orang. Jumlah syer/yuran

mencatatkan sebanyak 0.04 juta dengan aset 0.32 juta, perolehan 0.49 juta dan keuntungan 5

juta.

Sehubungan itu, timbul persoalan mengenai keanggotaan pelajar pendidikan khas

masalah pembelajaran yang termasuk dalam sebahagian besar jumlah statistik perangkaan

yang tersebut di atas. Adapun, pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran adalah dari

kalangan pelajar terencat akal seperti autisme, disleksian, lembam dan sebagainya.

Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai konsep keanggotaan pelajar

pendidikan khas dari sudut kelayakan berdasarkan undang-undang koperasi yang diwartakan.

Perbincangan dilanjutkan kepada penelitian prinsip-prinsip Islam dalam bab kelayakan

bertaṣarruf al-mal (membelanjakan harta) terhadap pelajar pendidikan khas masalah

Page 3: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

99

pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian berdasarkan prinsip

kelayakan bertaṣarruf dengan harta dari sudut Islam.

KONSEP KEANGGOTAAN KOPERASI SEKOLAH

Definisi Keanggotaan Koperasi Sekolah

Akta Koperasi 1993 (Akta 502), Bahagian 1, Perkara 2 mendefinisikan keanggotaan koperasi

sebagai seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang turut sama dalam permohonan

pendaftaran sesuatu koperasi, dan seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang diterima

menjadi anggota mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang kecil selepas pendaftaran.

Definisi koperasi menurut Seksyen 4 Akta Koperasi 1993 (Akta 502) adalah sesuatu

pertubuhan yang terdiri daripada orang-orang individu sahaja dan yang matlamatnya ialah

untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip

koperasi. Manakala Koperasi Sekolah yang diterjemahkan oleh Dasar Kementerian

Pendidikan Malaysia ialah sebuah badan sosial yang menceburi dalam perniagaan untuk

memberi perkhidmatan kepada semua ahli di dalam sekolah tersebut.

Oleh yang demikian, secara umum yang difahami dari pendefinisian di atas,

keanggotaan koperasi sekolah adalah individu dari kalangan warga sekolah samada pelajar

atau guru atau staf perkhidmatan lain yang berkhidmat di sekolah berkenaan memohon dan

mendaftar untuk menyertai koperasi sekolah dengan mengikuti syarat-syarat yang telah

ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi (UUK) sekolah tersebut seperti yuran, syer

dan sebagainya.

Sehubungan itu, keanggotaan pelajar pendidikan khas dalam koperasi yang menjadi

fokus penulisan ini adalah keanggotaan koperasi yang terdiri dari kalangan pelajar-pelajar

pendidikan khas masalah pembelajaran seperti pelajar autisme, lembam, disleksia dan lainnya.

PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN KEANGGOTAAN KOPERASI

Seorang anggota koperasi yang memohon dan mendaftar sebagai anggota harus mengetahui

dan memahami peraturan berkaitan hak-hak dan liabiliti mereka sebagai anggota khususnya

berkaitan kelayakan dan halangan untuk menjadi anggota. Kefahaman terhadap peraturan-

Page 4: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

100

peraturan ini membantu mereka untuk bertindak dan berperanan dengan betul sebagai anggota

yang aktif dan bekerjasama dalam gerakan memajukan koperasi.

Akta Koperasi 1993 (Akta 502) Bahagian IV (26) menyatakan bahawa untuk layak

menjadi anggota dalam sesuatu koperasi asas, seseorang mestilah :

(a) Seorang warganegara Malaysia;

(b) Telah mencapai umur lapan belas tahun atau dalam hal sesuatu koperasi sekolah, telah

mencapai umur dua belas tahun; dan

(c) Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi asas atau,

dalam hal koperasi sekolah, menjadi penuntut berdaftar sekolah itu.

Berdasarkan pernyataan di atas, difahami bahawa seorang pelajar yang ingin menjadi

anggota koperasi sekolah berkenaan hendaklah seorang warganegara Malaysia yang sah disisi

undang-undang. Warga asing yang bersekolah tidak layak untuk menjadi anggota koperasi

sekolah. Adapun, umur minimum bagi seorang pelajar yang menganggotai koperasi sekolah

adalah dua belas tahun berbanding koperasi dewasa berumur lapan belas tahun. Maka pelajar

sekolah menengah yang berumur dua belas tahun diperingkat tingkatan satu layak untuk

mendaji anggota yang sah. Tambahan pula, seorang anggota itu hendaklah penuntut yang

berdaftar di sekolah berkenaan dimana pelajar sekolah lain tidak layak untuk menjadi anggota

koperasi di sekolah yang lain. Mereka hanya layak untuk menjadi anggota koperasi di

koperasi sekolah dimana tempat dia bersekolah sahaja.

Akta Koperasi 1993 (Akta 502) Bahagian IV (27) pula menyatakan bahawa tiada seorang

pun layak masuk menjadi anggota sesuatu koperasi berdaftar jika:

(a) Dia tidak upaya dari segi mental;

(b) Dia ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan;

(c) Dia ialah seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan

boleh daftar;

Page 5: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

101

(d) Dia telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh

selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

Peraturan-peraturan di atas adalah menjelaskan mengenai hilang kelayakan seseorang

untuk menjadi anggota sesebuah koperasi antaranya seorang yang tidak upaya dari segi

mentalnya dilarang untuk menjadi anggota koperasi termasuk koperasi sekolah. Dalam

konteks koperasi sekolah, pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran adalah

diklasifikasikan sebagai pelajar yang tidak sempurna akal dan mentalnya sehingga mereka

tidak layak untuk mendapat pendidikan di arus perdana bersama pelajar normal yang lain.

Justeru, pentafsiran peraturan ini perlu diperbincangkan dan dibandingkan dalam konteks

pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran dimana adakah mereka layak untuk menjadi

anggota koperasi. Jika difahami secara umumnya, orang yang tidak upaya mental adalah

mereka yang mempunyai masalah mentalnya berbanding manusia normal yang lain. Justeru,

perbincangan selanjutnya akan memahami dan mendalami konsep pelajar pendidikan khas

masalah pembelajaran yang mendapat pendidikan di sekolah.

KONSEP PELAJAR PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Maksud Pendidikan Khas

Pendidikan khas adalah sistem pendidikan yang disediakan untuk golongan-golongan

tertentu sahaja dari kalangan pelajar yang berkeperluan khas dalam proses pendidikan.

Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 2013 menyatakan bahawa Pendidikan Khas adalah

pendidikan bagi murid berkeperluan khas di suatu sekolah khas atau di sekolah yang

melaksanakan Program Pendidikan Khas Intergrasi atau Program Pendidikan Khas Inklusif

pada peringkat pendidikan prasekolah, rendah, menengah atau lepas menengah.

Maksud Masalah Pembelajaran

Bahagain Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (BPKKPM 2015)

menyatakan bahawa masalah pembelajaran dianggap sebagai masalah neurologi. Ianya

berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat.

Masalah pembelajaran merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses

psikologi yang melibatkan kefahaman, penggunaan bahasa lisan atau bertulis. Kecelaruan ini

boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja dan

mengira. Masalah pembelajaran termasuklah masalah pembelajaran akademik, bahasa,

Page 6: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

102

ingatan, sosioemosi, kemahiran motor, dan kordinasi serta hiperaktiv. Kategori murid-murid

masalah pembelajaran seperti disleksia, attention deficit hyperactivity disoder (ADHD), slow

learner, sindrom down terencat akal ringan.

Proses Pengambilan Pelajar Pendidikan Khas

Pelajar yang dikategorikan sebagai murid pendidikan khas adalah murid berkeperluan khas

yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli psikologi, mengikut mana-mana

yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak sebagai murid yang

mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan

pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi

ketidakupaan yang disebutkan. (Peraturan-peraturan Pendidikan Khas 2013).

Adapun golongan yang memerlukan pendidikan khas perlu dipilih dan dikenalpasti

kesesuaian mereka agar mereka benar-benar mampu untuk mendapat pendidikan yang

disediakan. Pengesahan kelayakan ini melalui pelbagai tapisan termasuk kelulusan dari pakar

perubatan. Ini bertujuan agar golongan yang benar-benar mampu menerima pendidikan akan

dibenarkan ke sekolah disamping tidak akan menimbulkan pelbagai masalah dikemudian hari.

Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 2013, setelah disahkan oleh

pakar perubatan, permohonan perlu melalui sesi temuduga oleh pihak sekolah bagi menilai

pelajar lebih dekat lagi. Apabila berjaya dalam sesi temuduga, pelajar juga perlu melalui

tempoh percubaan di sekolah selama tiga bulan untuk menilai keupayaan dan kesesuaian

untuk melalui sesi pembelajaran. Tapisan tempoh percubaan ini yang akan menentukan

pelajar mampu untuk meneruskan pembelajaran di sekolah berkenaan atau tidak. Pelabagai

aspek dilihat seperti kesesuaian persekitaran sekolah, keupayaan mengurus diri dan

sebagainya bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajarn berjalan lancar disamping

pelajar tidak mengalami kesukaran dalam mengurus diri sewaktu di sekolah.

Pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran adalah kumpulan pelajar yang

mempunyai kepelbagaian masalah. Oleh itu, pendidikan yang diberikan juga berdasarkan

kepada keupayaan pelajar dan kecenderongan mereka. Ianya perlu kepada proses pemerhatian

dan penilaian serta kreativiti guru dalam memberi pendidikan kepada golongan ini. Adalah

tidak wajar sekiranya kumpulan pelnbagai masalah ini dikategorikan dalam satu bentuk

pendidikan tanpa menilai kemampuan dan kelayakan mereka. Justeru, pelajar yang cenderong

Page 7: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

103

kepada kemahiran pertanian, diberikan pendidikan pertanian, namun pelajar yang cenderung

kepada kemahiran ternakan, diberikan pendidikan penternakan. Begitu juga dalam pemilihan

pelajar yang berkecenderungan kepada keusahawanan seperti koperasi sekolah. Ahli Lembaga

Koperasi hendaklah dipilih berdasarkan keupayaan dan kecenderungan mereka berdasarkan

pemerhatian dan penilaian guru.

Pelajar Pendidikan Khas Dalam Koperasi Sekolah

Pendidikan kemahiran keusahawanan melalui koperasi sekolah memberi kesan yang positif

kepada kepimpinan pelajar. Ianya juga dilihat sangat bermanfaat kepada pelajar pendidikan

khas yang memerlukan kepada kemahiran tertentu dalam menghadapi kehidupan selepas

persekolahan. Maka, penubuhan koperasi sekolah pendidikan khas dilihat semakin mendapat

perhatian dari sekolah-sekolah berkenaan bagi memberi pendidikan kemahiran tersebut

kepada pelajar meraka.

Perangkaan dari Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA)

menunjukkan bahawa, pada tahun 2012 hanya terdapat sebuah sahaja koperasi sekolah

pendidikan khas. Kemuadian meningkat kepada tiga buah pada tahun 2013 dengan jumlah

keanggotaan seramai 561 orang. Sehingga Jun 2015, sebanyak lapan buah koperasi

pendidikan khas telah didaftarkan dengan keanggotaan seramai 709 orang. Fakta nombor ini

menunjukkan bahawa berlaku peningkatan pendaftaran koperasi sekolah pendidikan khas dari

tahun 2012 hingga 2015. Peningkatan ini menunjukkan kecenderungan pentadbiran sekolah

pendidikan khas untuk membuka koperasi sekolah sebagai medium untuk mendidikan pelajar

mereka dalam berkoperasi termasuk dalam bidang keusahawanan.

Oleh yang demikian, fenomena ini menunjukkan wujud sesuatu yang positif dari

gerakan koperasi di sekolah kepada warga pendidikan khas sehingga mendorong mereka

untuk menubuhkan koperasi di sekolah masing-masing. Keanggotaan mereka yang dianggotai

oleh pelbagai kumpulan pelajar pendidikan khas merupakan satu cabaran dan keistimewaan

kepada koperasi ini. Keupayaan pentadbiran koperasi pendidikan khas menggerakkan

koperasi sehingga maju dan berjaya adalah satu kebanggan dan pengiktirafan kepada mereka

kerana keistimewaan kumpulan pelajar yang menjadi anggota dalam koperasi tersebut.

Namun begitu, keupayaan pelajar pendidikan khas masalah dalam mengurus dan melibatkan

diri dalam koperasi sekolah mendapat perhatian pengkaji bagi membincangkannya dari sudut

Page 8: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

104

perspektif Islam kerana ianya melibatkan pembelanjaan dan pengurusan harta dari sudut

yuran, syer atau pengurusan perniagaan.

PRINSIP KELAYAKAN (AL-AHLIYYAH) DAN HALANGANNYA (AL-HAJR)

DALAM ISLAM

Definisi Ahliyyah

Secara umumnya, al-ahliyyah adalah parameter atau ukuran untuk menentukan seseorang itu

dianggap layak untuk menerima dan melaksanakan hak atau tanggungjawab. Al-Zuhayli

(2013:71) mentakrifkan ahliyyah dalam bahasa adalah kelayakan. Hassan (t.t.:54) pula

menjelaskan kelayakan itu ialah kelayakan untuk beramal dengan sesuatu. Hailani dan Sanep

(2011:56) mentakrifkannya dengan pengertian yang biasa iaitu keupayaan dan kebolehan.

Manakala, Abu Zuhrah (t.t.:329) mendefinisikan ahliyyah adalah kemampuan atau kelayakan

seseorang untuk menerima hak dari orang lain dan melakukan tanggungjawabnya kepada hak

orang lain.

Kategori Al-Ahliyyah

Adapun ahliyyah disisi ulamak usul terbahagi kepada dua iaitu ahliyyah al-wujub dan

ahliyyah al-adaa.

i. Ahliyyah Al-Wujub:

Khallaf (t.t.: 135) mentakrifkannya sebagai kelayakan seseorang untuk menerima dan

melaksanakan kewajipan-kewajipan syarak kepadanya serta daripadanya. Al-Zuhayli

(2013:71) menyatakan bahawa asas kepada ahliyyah al-wujub adalah tanggungan (al-

dzimmah) yang mana tanggungan manusia itu berdasarkan kepada hidup atau

kehidupan seseorang. Ianya juga disepakati oleh para ulama yang mana manusia yang

hidup menerima tanggungan syarak padanya samada kewajipan baginya menerima

hak-hak kemanusiaan atau kewajipan baginya melaksanakan hak-hak tersebut. Ia juga

dijelaskan oleh Hailani dan Sanep (2011:56).

Page 9: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

105

ii. Ahliyyah Al- Adā’ :

Zaidan (t.t:96) dan Al-Zuhayli (2013:72) menjelaskan bahawa ianya adalah kelayakan

manusia sebagai pihak yang dituntut melaksanakan yang mana perkataan dan

perbuatannya dipertanggungjawabkan keatasnya dan menimbulkan pengaruh

syar’ienya. Adapun asas kepada kelayakan ini adalah mumayyiz bukan lagi kehidupan

yang mana akal fikiran menjadi sandaran dan ukuran. Hanali dan sanep (2011:57)

menyatakan bahawa mumayyiz bererti seseorang sudah boleh memahami segala

tindakan yang dilakukannya dan kesan yang akan timbul. Sifat ini sudah ada pada

kanak-kanak yang berumur tujuh tahun. Adapun, seseorang yang mempunyai

kelayakan ini sudah boleh melakukan akad dan segala tindakan yang dilakukannya

akan melahirkan kesan.

Para ulamak seperti Zaidan (t.t :96-97), Abu Zuhrah (t.t:333-335) dan Hailani serta

Sanep (2011:57-59) menyatakan pembahagian al-wujub dan al-adā’ kepada dua

bahagian iaitu al-naqisah (kelayakan tidak sempurna) dan al-kamilah(kelayakan

sempurna). Pembahagian ini berdasarkan proses perkembangan umur manusia

bermula dari diciptakan oleh Allah sehingga mencapai umur dewasa dan menjadi

seorang yang berakal dan mumayyiz. Sehubungan itu, mengklasifikasikan kelayakan

taklif manusia berdasarkan peringkat kehidupan manusia adalah seperti berikut:

a) Tahap Janin: Janin yang masih dalam kandungan ibunya disifatkan sebagai

ahliyyah al-wujub al-naqisah kerana kehidupannya yang tidak pasti samada hidup

atau mati dikala kelahirannya. Namun begitu, ianya berhak menerima hak yang

tidak memerlukan akad penerimaan seperti wasiat dan pusaka. Adapun tahap ini,

kelayakan untuk melaksanakan (ahliyyah al-adā’) tidak ada sama sekali kerana

asas kelayakannya adalah sifat tamyiz dan bukan kehidupan atau nyawa seseorang

(Halani dan Sanep 2011:57-58).

b) Tahap kelahiran sehingga mumayyiz: Al-Zuhayli (2013:74) menjelaskan bahawa

umur mumayyiz tidak ditetapkan oleh ulamak terdahulu, namun ianya ditetapkan

oleh ulamak selepasnya iaitu tujuh tahun berdasarkan hadith perintah anak-anak

mendirikan solat dikala usia tujuh tahun. Apabila seseorang bayi lahir dalam

keadaan hidup, maka dia dikategorikan sebagai ahliyyah al-wujub al-kamilah yang

Page 10: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

106

mana dia berhak menerima dan menanggung segala kewajipan syarak secara

sempurna. Ini disebabkan kelayakan berdasarkan nyawa dan kehidupan sudah

dimiliki secara sepenuhnya. Namun, kelayakan untuk melaksanakan (ahliyyah al-

adā’) segala hak dan kewajipan syarak masih belum dimiliki. Adapun dalam

syariat Islam, apabila dikatakan sesuatu itu diwajibkan ke atas seseorang,

maksudnya ialah melaksanakan kewajipan tersebut dan bukan semata-mata

sesuatu itu wajib. Ada hak dan kewajipan yang boleh dilaksanakan oleh orang lain

bagi pihak kanak-kanak tersebut seperti membayar zakat atau membayar ganti rugi

kerosakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan sebagainya (Hailani dan Sanep

2011: 58).

c) Tahap mumayyiz sehingga baligh: Badran (t.t:435) Abu Zahrah (t.t:337) Said

Sabiq(1999) dan Al-Mālbariy(2008:335) menukilkan bahawa tanda baligh melalui

tanda yang kebiasaan tabi’e adalah keluar mani bagi lelaki dan haid bagi wanita.

Namun begitu, ulamak berbeza pendapat bagi penetapan had umur baligh bagi

yang lambat atau tiada tanda kebiasaan tersebut. Jumhur berpendapat bahawa had

umur baligh adalah 15 tahun bagi lelaki dan perempuan. Manakala Abu Hanifah

berpendapat bahawa umur baligh bagi lelaki adalah 18 tahun manakala bagi wanita

adalah 17 tahun. Seorang yang telah mumayyiz iaitu mampu berfikir antara

kebaikan dan keburukan yang mana kebanyakan ulamak menetapkan umur tujuh

tahun sebagai tanda mumayyiz. Adapun ditahap ini, seorang kanak-kanak sudah

mempunyai kelayakan untuk melaksanakan secara tidak sempurna (ahliyyah al-

adā’ al-naqisah). Dengan kelayakan ini, kanak-kanak hanya boleh melakukan

beberapa bentuk tindakan tertentu sahaja iaitu tindakan yang boleh mendatangkan

keuntungan dan manfaat kepadanya seperti menerima pemberian atau wasiat.

Namun, ia dilarang dalam tindakan yang boleh mendatangkan kerugian seperti

sedekah, hadiah dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dalam urusan yang

berkemunkinan untung dan rugi, kanak-kanak boleh melakukannya setelah

mendapat keizinan walinya (al-Zuhaili 1984:116, Hailai dan sanep 2011:59).

d) Tahap Baligh dan Cerdik: Seseorang yang berada ditahap ini dianggap sudah

cukup berakal, baligh dan cerdik. Maka ia sudah memiliki kelayakan menerima

(ahliyyah al-wujub al-kamilah) dan kelayakan melaksanakan (ahliyyah al-adā’ al-

Page 11: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

107

kamilah) yang mana kesempurnaan ini mengizinkannya untuk bertindak sendirian

tanpa bergantung kepada keizinan orang lain (al-Zuhayli 1984:116, Hailani dan

Sanep 2011:59)..

Kesimpulannya, empat tahap perkembangan kehidupan manusia ini menunjukkan

keadilan dan kasih sayang Allah yang mana tidak memberi bebanan dan tanggungan kepada

manusia yang tidak sepatutnya ditangung oleh meraka. Setiap yang dilakukan oleh manusia,

terikat kepada hukum sya’ie berdasarkan peringkat usia mereka. Oleh yang demikian,

ahliyyah atau kelayakan ini menjadi ukuran kepada kelayakan seseorang untuk menerima hak

dan menanggung tanggungjawab syar’ie kepadanya. Ia juga menjadi satu ukuran untuk

menetapkan kelayakan seseorang untuk berakad dan bertasarruf dengan harta untuk menjaga

kemaslahatan harta mereka.

Syarat Kelayakan Bagi Orang Yang Berakad (Matang)

Islam mementingkan keselamatan dan menjauhi kezaliman seperti penipuan dalam semua

perkara termasuk dalam urusan muamalat. Berkaitan hal yang melibat pengurusan harta yang

membawa kepada risiko untung dan rugi, maka Islam menetapkan satu syarat sah dalam

urusan tersebut adalah akad ataupun difahami sebagai kontrak. Namun begitu, caqidan atau

orang yang melakukan akad juga merupakan syarat sah kepada thabit sesuatu akad tersebut

kerana ia menjadi parameter kepada kelayakan seseorang untuk memikul tanggungjawab dan

risiko disebalik akad tersebut. Oleh itu, syarat kelayakan bagi orang yang ingin berakad

terutamanya dalam urusan mengurus harta (taṣarruf al-māl) sangat dititik beratkan di dalam

Islam. Syarat-syarat orang yang ingin berakad adalah matang, redha, boleh melihat dan

melibatkan ramai pihak. Namun, perbahasan ini hanya membahaskan berkaitan syarat matang

sahaja kerana ia bekaitan dengan isu yang diperbincangkan.

Al-Zuhaylī (2014:11) menyatakan bahawa hendaklah semua pihak yang berakad itu

matang iaitu seorang yang cukup umur (baligh dan bukan kanak-kanak), berakal dan bijak

(Rusyd iaitu bukan orang safih) dalam menggunakan harta. Al-Malbariy (2008:335)

menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan rusyd ialah kepandaian berbuat untuk

kemaslahatan agama dan harta iaitu tidak lagi melakukan perbuatan haram yang

menghilangkan keadilannya baik berupa dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil

tanpa memenangkan ketaatannya atas maksiatnya dan tidak pula membazirkan hartanya

Page 12: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

108

dengan dirugikan dalam muamalah atau dengan membelanjakannya walau seposen kepada

barang yang haram.

Kanak-kanak dan orang gila tidak sah aktiviti menjual serta membeli berdasarkan

hadith Nabi SAW:

عن ثالثة : عن النائم حىت يستيقظ ، وعن املبتلى حىت يربأ ، وعن الصيب حىت يكرب رفع القلم

Maksudnya:

Kalam diangkat dari tiga jenis manusia: dari orang yang tidur sehingga dia sedar,

kanak-kanak sehingga dia bermimpi, dan orang gila sehingga dia sembuh.1

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Nisa' 4:6 yang bermaksud :

Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kawin. Kemudian jika

menurut pendapatmu mereka Telah cerdas (pandai memelihara harta), Maka

serahkanlah kepada mereka harta-hartanya.

Al-Tabari (1994:395) menjelaskan tafsir ayat di atas adalah seseorang kanak-kanak

yatim hendaklah diuji tentang daya kefahaman mereka, kebaikan mereka dalam agama dan

kebijaksanaan mereka mengurus harta sehingga mereka bermimpi (baligh) dan jika dia telah

sampai kepada kecerdikan dalam mengurus harta, maka tiada halangan baginya dan

serahkanlah harta kepadanya. Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah 4:5 yang

bermaksud:

Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna

akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah

menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan

berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan),

dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

Al-Sābuni (1999:195) menjelaskan tafsiran ayat di atas bahawa janganlah diberikan

harta mereka kepada anak-anak yatim yang sifatnya suka membazir yang mana Allah

mengurniakannya harta untuk kehidupannya tetapi disia-siakannya. Manakala al-Tabari

(1994:393) menjelaskan bahawa jangan diberi harta kepada orang-orang safih yang mana

mereka adalah orang yang membinasakan harta kerana kelemahan mereka mengurusnya iaitu

1 Abi Daud, Sunan Abi Daud. Jil. 6. Bab Fi Al-Majnun Yasruku Au Yusibu Haddan. No 4398

Page 13: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

109

dari kalangan kanak-kanak samada lelaki atau perempuan. Sehubungan itu, kanak-kanak yang

lemah dalam pengurusan harta di anggap sebagai safih dimana tertegah dari menguruskan dan

mentadbir hartanya sendiri.

Berdasarkan kepada perbincangan fokus penulisan iaitu berkaitan kelayakan pelajar

pendidikan khas masalah pembelajaran dalam menganggotai koperasi sekolah. Adakah

mereka dikategorikan sebagai matang dalam syarat tersebut sedangkan mereka disahkan oleh

pakar perubatan mengenai masalah mental sehingga ditempatkan di sekolah pendidikan khas.

Justeru, ia perlu dilihat dari sudut syariah adakah ianya bertepatan dengan prinsip ahliyyah

ataupun tidak.

Sedia maklum, kanak-kanak adalah seorang yang belum matang juga ditakrifkan

sebagai orang yang belum bermimpi atau belum berumur 15 tahun. Manakala orang-orang

safih ialah orang yang tidak matang yang mana tidak mampu mengurus agama dan dunianya

kerana bersifat membazir dan tidak kisah ditipu oleh orang lain dalam urusan muamalat yang

merugikan. (al-Khin, al-Bugha 1992:250, Zulkifli 2013:652). Tambahan pula, Hailani dan

Sanep (2011:61) menyatakan bahawa para fuqaha’ menjelaskan bahawa bodoh sebagai tidak

pandai menguruskan harta dengan sepatutnya

Pendapat disisi Mazhab Syafie (2001:458) di dalam kitab al-Umm menyatakan

bahawa tidak sah sebarang akad yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang bodoh (safih)

dalam urusan muamalat seperti jualbeli, gadaian dan sebagainya. Setiap penjaga wajib

menguruskan harta bagi pihak mereka untuk menjaga maslahah (kepentingan) hartanya.

Sehubungan itu, Zulkifli ( 2013 :652,654,663) menyatakan bahawa kanak-kanak perlu kepada

keizinan wali bagi melaksanakan sebarang urusan berkaitan harta dan ianya harus dilakukan

dihadapan serta dibawah seliaan wali seperti dalam hal bayaran zakat. Al-Zuhaylī (2014:11-

12) pula mencadangkan penyelesaian bagi halangan ini adalah dengan cara wali

melaksanakan akad bagi kanak-kanak tersebut. Adapun, halangan ini berakhir dengan syarat

mereka memiliki dua sifat iaitu baligh dan matang. Manakala al-Nawawi (2003:411)

menjelaskan bahawa hilangnya halangan kepada kanak-kanak adalah dengan sampainya tahap

baligh dan cerdik. Namun ada dikalangan mereka yang mengatakan bahawa memadai

sampainya tahap baligh. Pendapat kedua ini mengkhususkan kanak-kanak sebagai penghalang

utama dan inilah yang lebih utama kerana kanak-kanak adalah sebab kepada halangan untuk

bermuamalat. Begitu juga, jika seorang yang baligh tetapi sifatnya membazir, maka dia

Page 14: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

110

dianggap sebagai safih (tidak cerdik) dan ianya terhalang kerana sifat safihnya bukan kerana

ianya kanak-kanak.

Adapun, al-Zuhaylī (2004,j1:167) menyatakan bahawa Mazhab Hanafi berpendapat

keadaan kanak-kanak dalam kedudukan ahliyyah Al-Adā’ al-naqisah boleh membelanjakan

hartanya kepada perkara yang bermanfaat dan menguntungkan tetapi ditegah dalam perkara

yang merugikan. Namun dalam keadaan yang tidak pasti untung ruginya, maka disyaratkan

dengan keizinan wali. Ianya juga disokong oleh al-Nasafi (2011:571). Sekiranya ianya baligh

dan tidak cerdik, maka janganlah diserahkan hartanya sehingga berumur 25 tahun. Ini kerana

manusia kadang kala tidak bebas dari sifat safih dan tegahan ini sebagai memberi pengajaran

dan hukuman kepadanya kerana cuai mengurus harta. Akan tetapi, sekiranya melewati umur

25 tahun, kecerdikan dalam mengurus harta tetap tidak dimilikinya, maka tiada gunanya

halangan dan pengajaran tersebut. (al-Zuhaylī 2013:102). Oleh yang demikian, al-Quduri

(2005:204) menukilkan bahawa Abu Hanifah berpendapat tiada halangan kepada orang safih

jika ianya baligh, berakal dan merdeka serta harus baginya mengurus hartanya.

Pendapat Mazhab Hanbali yang dinukilkan oleh Ibnu Qudamah (1997:595) bahawa

jangan diserahkan harta kepada kanak-kanak sehingga wujudnya dua perkara iaitu baligh dan

cerdik. Oleh yang demikian, sekiranya ianya tidak cerdik maka terhalang baginya untuk

mengurus hartanya walaupun sehingga ianya tua. (al-Qudamah 1994:111).

Al-Baghdadi (t.t :1171) menukilkan dari Mazhab Maliki bahawa terhalang kanak-

kanak dari mengurus hartanya sehingga ia baligh dan cerdik. Adapun sekiranya kanak-kanak

yang telah baligh tetapi memilik sifat safih, ,maka ia tetap terhalang dari mengurus hartanya

demi menjaga kemaslahatan harta tersebut.

Kesimpulannya, Mazhab Syafie , Hanbali dan Maliki berpendapat bahawa kanak-

kanak terhalang dari mengurus hartanya dan akadnya tidak sah sehingga ia baligh, berakal

dan cerdik untuk menjaga kemaslahatan hartanya. Terdapat juga cadangan penyelesaian

dengan aqad urusan tersebut dilakukan oleh walinya atau aqad dilakukan oleh kanak-kanak

tetapi dengan keizinan serta pengawasan yang ketat oleh walinya. Sekiranya mereka baligh

tetapi tidak cerdik atau safih, maka mereka tetap terhalang dari mengurus hartanya. Manakala

Imam Hanafi berpendapat bahawa kanak-kanak boleh membelanjakan hartanya pada perkara

yang menguntungkan tetapi ditegah pada perkaran yang merugikan. Bagi perkara yang tiada

Page 15: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

111

kepastian untung dan ruginya, maka ia perlu kepada keizinan wali. Oleh yang demikian,

setiap mazhab mempunyai alasan dan hujjah tersendiri bagi menguatkan pendapatnya untuk

menjaga kemaslahatan harta dan pemilik harta tersebut.

Al-Ḥajr (Halangan) Yang Menyebabkan Hilang Kelayakan Untuk Membelanjakan

Harta

Ahliyyah atau kelayakan yang diperbahaskan sebelumnya menunjukkan bahawa syariat Islam

itu terpakai kepada golongan-golongan tertentu yang mencukupi syarat-syarat kelayakan

terutamanya kepada ahliyyah al-wujub al-kamilah dan ahliyyah al-adā’ al-kamilah. Oleh itu,

setiap orang baligh dan berakal sudah memiliki kelayakan yang sempurna untuk melakukan

segala akad dan membelanjakan harta (taṣarruf al-māl). Walaubagaimanapun, terdapat

beberapa perkara yang boleh menghalang seseorang itu dari melakukan sesuatu akad

berkaitan perbelanjaan harta atau mengurusnya.

Hailani dan Sanep (2011:60) menyatakan bahawa halangan ini terbahagi kepada dua

bahagian iaitu halangan semulajadi (al-cawarid al-samawiyyah) dan halangan disebabkan

daripada manusia (al-cawarid al-muktasabah). Halangan semulajadi adalah halangan yang

terjadi dengan kehendak Allah SWT semata-mata tanpa disebabkan oleh manusia seperti gila,

sakit, terencat akal, dan tidur atau pitam dan sebagainya. Manakala halangan disebabkan

daripada manusia adalah segala halangan yang dilakukan oleh manusia dengan pilihannya

sendiri seperti paksaan, kebodohan (al-safih) atau mabuk. (al-Zuhaylī 1984:127 &

2004.j1:168).

Oleh yang demikian, beberapa halangan tersebut menjadi isu kepada kelayakan

keanggotaan koperasi sekolah menurut perspektif Islam. Namun begitu, perbincangan

mengenai halangan-halangan dari kelayakan mengurus harta atau berakad ini, pengkaji hanya

membahaskan perkara yang berkaitan isu keanggotaan pelajar pendidikan khas sahaja iaitu:

i. Gila

Hailani dan Sanep (2011:60) dan al-Zuhayli (1984:127, 2004.j1:169) menyatakan

bahawa gila adalah sejenis penyakit atau kecacatan akal yang boleh menyebabkan

segala tindakan yang dilakukan oleh sesorang itu tidak betul dan tidak seperti orang

yang baik akal fikirannya. Gila terbahagi kepada dua iaitu gila sejak dilahirkan dan

gila yang berlaku kepada seseorang setelah dilahirkan dalam keadaan waras akalnya.

Page 16: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

112

Kedua golongan ini ditegah daripada melakukan akad dan membelanjakan harta

termasuk mengurusnya samada ianya dibenarkan oleh walinya atau tidak.

Oleh yang demikian, seseorang yang gila ditegah dari membelanjakan harta

termasuk mengurus hartanya kerana ianya boleh membahawa kepada kemudharatan

harta iaitu kerugian.

ii. Terencat Akal (catah)

Hailani dan Sanep (2011:61) al-Zuhayli (1984:128, 2004:j1.170) menjelaskan iaitu

terencat akal merupakan suatu penyakit akal yang boleh menyebabkan seseorang itu

kurang daya faham, tidak betul percakapannya dan tidak tahu mengurus diri sendiri.

Ianye terbahagi kepada dua iaitu terncat akal yang serius dan terencat akal yang tidak

serius.

Terencat akal yang serius adalah orang yang mengalami akan kehilangan daya

sedar dan daya faham sama sekali. Ianya disamakan seperti keadaan orang gila.

Namun terencat akal yang tidak serius adalah orang yang mengalami masih

mempunyai daya sedar dan dapat membezakan antara suatu perkara dengan perkara

yang lain. Adapun daya sedarnya tidak seperti orang normal.

Orang yang terencat akal tidak serius memiliki kelayakan untuk melaksanakan

secara tidak sempurna seperti kanak-kanak yang mumayyiz. Segala kewajipan yang

sepatutnya dipertanggungjawabkan kepadanya tidak wajib dilaksanakan seperti solat,

puasa dan sebagainya. Namun, segala hak dan kewajipan yang boleh dilakukan oleh

orang lain sebagai ganti masih tetap wajib dilaknakan. Begitu juga dengan urusan

yang menguntungkan baginya dianggap sah, manakala yang merugikannya pula

dianggap tidak saha. Manakala dalam urusan yang berisiko untung atau rugi, ianya

perlu mendapat keizinan walinya atu penjaganya terlebih dahulu. (Hailani & Sanep

2011:61, al-Zuhaylī 1984:128, 2004:j1.170)

iii. Bodoh (al-safih)

Zulkifli (2013:648) menyatakan bahawa bodoh adalah orang yang tidak bijak

menggunakan harta dan menggunakannya bukan pada tempat yang sepatutnya. Para

fuqaha’ mmentakrifkan bodoh (al-safih) sebagai tidak pandai mengurus harta dengan

sepatutnya sesuai dengan kehendak syarak dan akal. Dalam hal ini, jumhur fuqaha’

Page 17: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

113

selain daripada Zahiriyyah bersetuju bahawa seorang yang telah baligh, tetapi bodoh

tidak boleh diserahkan harta kepadanya. Sementara fuqaha’ Zahiriyyah pula

berpendapat, seseorang yang baligh dan berakal boleh diserahkan harta kepadanya

kerana bagi mereka cerdik ertinya seorang yang baligh dab berakal. Berdasarkan

pandangan ini, setiap orang baligh dan berakal dianggap cerdik. Manakala berbeza

dengan pendapat jumhur bahawa cerdik adalah bijak atau pandai mengurus harta.

Maka ia bermaksud tidak semua orang yang baligh dan berakal itu pandai mengurus

hartanya, walaupun setiap orang yang cerdik itu berakal. (Al-Zuhayli 1984:129,

Hailani & Sanep 2011 :62-63).

Al-Jazairi (2013, j3: 1240-1245) menyatakan bahawa larangan pembelanjaan

harta bagi orang bodoh adalah seperti larangan pembelanjaan harta bagi anak-anak dan

orang gila. Hasil dari perbahasan tersebut, jelas bahawa jumhur ulamak dari kalangan

Maliki, Syafie, dan Hanbali berpendapat bahawa orang safih terhalang dari mengurus

hartanya dan akadnya tidak sah sehingga ia cerdik untuk menjaga kemaslahatan

hartanya kecuali dengan izin walinya. Walaupun mereka mencapai umur baligh tetapi

sifat safih itu masih wujud pada dirinya, maka mereka tetap tertegah dari mengurus

hartanya. Manakala Imam Hanafi berpendapat bahawa orang yang sudah baligh tetapi

masih dengan sifat safihnya, maka dibenarkan untuk memberi hak bagi mengurus

hartanya apabila sampai umurnya 25 tahun kerana disisi beliau penangguhan ini

adalah bertujuan pendidikan. Adapun jika pendidikan melalui penangguhan ini gagal

sehingga usianya 25 tahun, maka tiada gunanya penangguhan tersebut dan serahkanlah

harta tersebut kepadanya.

Olwh yang demikian, seorang yang bodoh dalam mengurus harta juga boleh

dikategorikan sebagai seorang yang mumayyiz dalam mengurus hartanya dimana

perlu kepada keizinan wali bagi menjaga kemaslahatan harta untuk mengelak daripada

dibelanjakan kearah yang tidak sepatutnya dan merugikannya.

Kesimpulan

Berdasarkan perbahasan dalam bab ini, jelas bahawa Islam memartabatkan keadilan bagi

sekelian manusia dimana ianya dapat dilihat bahawa tidak ada bebanan taklif kepada orang

yang belum atau tidak layak memikulnya. Kelayakan seseorang untuk menanggung taklif

Page 18: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

114

adalah berdasarkan kemampuan dan perkembangan fizikal dan mental seseorang itu.

Kesempurnaan akal yang bersesuaian dengan usianya menjadi salah satu justifikasi kelayakan

seseorang untuk menerima beban taklif bagi dirinya. Oleh yang demikian, memahami prinsip

al-ahliyyah, al-ḥajr dan syarat-syarat seorang yang berakad adalah satu perbincangan penting

untuk membahaskan berkaitan keharusan pelajar pendidikan khas dalam membelanjakan

harta. Kesimpulannya, ketiga aspek ini iaitu al-ahliyyah, al-ḥajr dan syarat orang berakad,

menjadi prinsip utama untuk membincangkan berkaitan pesoalan kajian mengenai hukum

keanggotaan pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran dalam koperasi sekolah.

PERBINCANGAN DAN HASIL KAJIAN

Keprihatinan KPM terhadap golongan pelajar pendidikan khas untuk mendapatkan

pendidikan yang sewajarnya dan bersesuaian dengan mereka adalah satu tindakan yang bijak

bagi menjamin kebajikan mereka seperti insan normal lain. Golongan pelajar masalah

pembelajaran adalah kumpulan yang dominan berbanding kumpulan pelajar masalah

pendengaran dan masalah penglihatan. Malah kumpulan ini terdiri dari pelbagai kategori khas

seperti masalah autisme, masalah lembam, masalah terlalu aktif dan sebagainya yang

memerlukan kepelbagaian bentuk pendidikan yang sesuai untuk mereka.

Kajian mendapati bahawa gerakan koperasi sekolah melatih anggotanya sifat

kepimpinan. Justeru ia juga bersesuaian untuk mereka belajar menjadi usahawan. Bagi

mendapatkan maklumat yang lebih tepat, kajian dan temubual dilakukan di sekolah

pendidikan khas yang mempunyai koperasi sekolah seperti Sekolah Menengah Air Baloi

Pontian, Sek Men Pendidikan Khas Vokasional Kuantan Pahang dan Sekolah Menengah

Pendidikan Khas Vokasioanl Indahpura, Johor.

Akta Koperasi 1993 (Akta 502) menyatakan bahawa golongan tidak upaya mental

dilarang daripada menyertai keanggotaan koperasi. Menerusi temubual bersama Dr. Hayati

(2016) mentafsirkan bahawa tidak upaya mental adalah orang gila dimana ianya perlu kepada

pengesahan pakar perubatan. Pengesahan pakar perubatan penting untuk membuktikan

masalah mental mereka kerana mereka yang menganggotai koperasi layak menjadi ALK.

Justeru, keupayaan mental untuk mengurus koperasi sangat penting bagi memajukan koperasi.

Adapun dalam konteks pelajar masalah pembelajaran, mereka tidak dikategorikan sebagai

Page 19: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

115

tidak upaya mental atau gila kerana pelajar ini adalah pelajar yang mempunyai masalah

mental yang tidak serius. Tambahan pula, proses pengambilan pelajar pendidikan khas

melalui satu tapisan pakar perubatan dan tapisan kelayakan oleh institusi pendidikan bagi

mengenal pasti kelayakan mereka untuk mendapatkan pendidikan di sekolah tersebut.

Pada asasnya, seseorang yang ingin bertaṣarruf dengan mal seharusnya mempunyai

kelayakan dari sudut ahliyyah samaada ahliyyah al-wujub kamilah dan ahliyyah Al-Adā’

kamilah. Inilah yang telah dibahaskan dalam bab sebelumnya yang menjadi prinsip asas

kepada perbincangan ini. Ianya bertujuan menjaga maslahah dan kebajikan pemilik harta dari

tertipu dan dizalimi hartanya hingga mengakibatkan kerugian. Begitulah sempurnanya agama

dalam memelihara kebajikan ummatnya. Namun begitu, terdapat beberapa perkara lain yang

boleh menghalang seseorang dari bertaṣarruf dengan harta iaitu disebabkan gila, terencat akal

(‘atah) dan bodoh (safih). (al-Zuhayli 1984:127, 2004 j1:168).

Hailani dan Sanep (2011:60) dan al-Zuhayli (1984:127, 2004.j1:169) menyatakan

bahawa gila adalah sejenis penyakit atau kecacatan akal yang boleh menyebabkan segala

tindakan yang dilakukan oleh sesorang itu tidak betul dan tidak seperti orang yang baik akal

fikirannya. Oleh yang demikian, seorang yang gila ditegah dari mengurus dan membelanjakan

hartanya samada dengan keizinan wali atau tidak. Ianya bertepatan dengan Akta Koperasi

1993, bahagian IV perkara 27 (a) iaitu hilang kelayakan untuk menjadi anggota jika dia tak

uapaya dari segi mental.

Hailani dan Sanep (2011:61) al-Zuhayli (1984:128, 2004:j1.170) menjelaskan iaitu

catah (terencat akal) merupakan suatu penyakit akal yang boleh menyebabkan seseorang itu

kurang daya faham, tidak betul percakapannya dan tidak tahu mengurus diri sendiri. Ianya

terbahagi kepada dua iaitu terncat akal yang serius dan terencat akal yang tidak serius.

Terencat akal yang serius diumpamakan seperti orang yang gila dan terencat akal yang tidak

serius diumpamakan seperti orang yang belum baligh (mumayyiz), tidak matang daya

pemikirannya dan daya sedar pemikirannya tidak seperti orang normal lain yang seusia

dengannya. Orang yang terencat akal yang tidak serius memiliki ahliyyah Al-Adā’ naqisah

seperti kanak-kanak yang mumaiyyiz. Berkaitan bertaṣarruf dengan harta, dalam urusan yang

menguntungkan baginya dianggap sah, manakala yang merugikannya pula dianggap tidak

sah. Adapun, dalam urusan yang berisiko untung atau rugi, ianya perlu mendapat keizinan

Page 20: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

116

walinya atu penjaganya terlebih dahulu. (Hailani & Sanep 2011:61, al-Zuhaylī

1984:128,2004.j1.170)

Golongan safih adalah orang yang belum matang akalnya iaitu orang yang tidak bijak

menggunakan harta dan menggunakannya bukan pada tempat yang sepatutnya (Zulkifli

2013:648). Walaupun umurnya sudah melebihi umur kebiasaan baligh tetapi sifat dalam

menggunakan harta tidak matang sehingga menyebabkan pembaziran dan kerugian. Jumhur

ulamak dari kalangan Syafie, Hanbali dan Maliki berpendapat bahawa orang safih terhalang

dari mengurus hartanya dan akadnya tidak sah sehingga ia cerdik untuk menjaga

kemaslahatan hartanya kecuali dengan izin walinya walaupun mereka sudah baligh. Manakala

Imam Hanafi berpendapat bahawa orang yang sudah baligh tetapi masih dengan sifat

safihnya, maka dibenarkan untuk memberi hak bagi mengurus hartanya apabila sampai

umurnya 25 tahun kerana disisi beliau penangguhan ini adalah bertujuan pendidikan. Adapun

jika pendidikan melalui penangguhan ini gagal sehingga usianya 25 tahun, maka tiada

gunanya penangguhan tersebut dan serahkanlah harta tersebut kepadanya.

Persoalan kajian yang berkaitan keanggotaan pelajar pendidikan khas masalah

pembelajaran telah mendorong pengkaji untuk menemubual beberapa orang guru yang

mentadbir koperasi yang melibatkan pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran. Koperasi

sekolah yang terlibat dalam kajian adalah:

Koperasi Intergrasi Pendidikan Khas Pontian Berhad.

Koperasi S.M. Pendidikan Khas Vokasional Kuantan Berhad

Koperasi SMPK Vokasional Indahpura kulai Berhad

Temubual separa struktur bersama guru pentadbir koperasi tersebut dilakukan untuk

melihat peranan, halangan, kebaikan dalam keanggotaan pelajar masalah pembelajaran dalam

gerakan koperasi sekolah mereka. Berdasarkan temubual yang dijalankan di ketiga-tiga

sekolah berkenaan, beberapa hasil dapatan yang boleh dirumuskan bahawa:

Pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran tidak tergolong dalam Akta 502 yang

menghalang orang tidak upaya mental untuk menganggotai koperasi sekolah kerana golongan

yang dimaksudkan dalam akta tersebut juga adalah golongan yang tidak dibenarkan untuk

sekolah malah mereka adalah golongan yang harus mendapatkan rawatan psikologi di

Page 21: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

117

hospital. Namun, golongan pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah dari golongan

yang mempunyai masalah terencat akal tidak serius (catah) dan sebahagiannya safih (cuai

dalam mengurus harta).

Keanggotaan pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran dalam koperasi sekolah

memberi pengalaman dan pembelajaran yang baik kepada mereka dalam membentuk

kecenderungan mereka kearah keusahawanan dan melatih mereka untuk hidup berdikari tanpa

bergantung kepada orang lain dalam menghadapi cabaran hidup.

Keanggotaan kumpulan pelajar ini mendapat sambutan yang baik dari ibubapa yang

percaya bahawa aktiviti berkoperasi memberi manfaat kepada anak-anak mereka. Adapun,

proses pendaftaran sebagai anggota adalah seperti biasa dimana perlu kepada pengisian

borang dan pembayaran yuran atau syer yang ditetapkan.

Berdasarkan borang keanggotaan, Koperasi SMPK Vokasional Kuantan Berhad

menyediakan ruang kebenaran ibubapa sebagai bukti persetujuan kebenaran kepada anak

mereka untuk menyertai koperasi sekolah. Manakala dua koperasi lain yang ditinjau tidak

menyediakan ruangan tersebut.

Ketiga-tiga koperasi sekolah melibatkan pelajar pendidikan khas masalah

pembelajaran dalam mengurus dan mentadbir koperasi melalui penjawatan ALK dengan

kerjasama dan bimbingan guru. Adapun, kesemua guru yang ditemubual menyatakan bahawa

perlantikan ALK adalah atas cadangan dan pemilihan berdasarkan pemerhatian guru terhadap

kebolehan pelajar tersebut dalam mengurus koperasi sekolah. Ini kerana, kepelbagaian ciri

masalah pembelajaran dan kebolehan mereka memerlukan kepada kriteria yang ditetapkan

oleh guru agar perlantikan mereka sebagi ALK dapat menyumbang kepada kemajuan koperasi

tersebut.

Penglibatan mereka dalam mengurus koperasi seperti menyusun atur, mengemas,

menjual, mengira stok dan sebagainya bergantung kepada arahan guru mereka. Mereka juga

terlibat dalam mesyuarat ALK dalam memberi maklum balas dan cadangan untuk

menambahbaik kemajuan koperasi. Namun, hakikatnya segala keputusan dibuat oleh ALK

dengan persetujuan oleh guru mereka.

Berdasarkan temubual dan pengalaman guru koperasi berkenaan, beberapa peristiwa

yang berlaku melibatkan pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran yang mengakibatkan

kerugian. Adapun, punca kepada kerugian adalah kelalaian pembimbing atau pemantau

kerana segala aktiviti yang melibatkan mereka adalah dibawah pemantauan ibubapa atau

guru.

Page 22: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

118

Adapun, dalam konteks sekolah pendidikan khas, golongan pelajar masalah

pembelajaran adalah golongan majoriti berbanding golongan masalah lain seperti masalah

pendengaran dan masalah penglihatan. Justeru, penglibatan mereka dalam ALK lebih aktif

berbanding yang lain kerana terdapat juga pelajar yang “high funtion” yang boleh terlibat

dalam gerakan koperasi secara optimum.

Berdasarkan perbincangan prinsip al-ahliyyah di atas, difahami bahawa seorang yang

mempunyai masalah mental yang dikategorikan dalam pelajar pendidikan khas masalah

pembelajaran adalah berkemungkinan untuk digolongkan dalam al-ahliyyah al-ada’ al-

naqisah kerana sifat kekurangan fungsi akal mereka menghalang untuk mereka menjadi

seorang yang berfikiran normal setelah baligh. Namun begitu, ianya tidak bersifat pasti kerana

berkemungkinan juga mereka yang digolong dalam kumpulan matang dalam membuat

keputusan. Maka, pemerhatian dan penilaian oleh wali atau guru tentang keupayaan mental

mereka penting dalam menilai pelajar berkenaan. Apatah lagi, dalam proses pemilihan

keanggotaan koperasi dan pemilihan Ahli Lembaga Koperasi seharusnya dipilih dari kalangan

yang paling matang pemikirannya dikalangan mereka yang tidak normal. Oleh yang

demikian, sekiranya penilaian dan pemerhatian oleh guru mendapati kelemahan akal yang

menunjukkan mereka tidak matang, maka mereka ditegah dari mengurus dan membelanjakan

harta disisi jumhur ulama’ Maliki, Syafie dan Hanbali kerana mereka mensyaratkan seorang

yang layak bertasarruf dengan harta adalah seorang yang baligh, berakal dan rusyd(bijak).

Seorang yang baligh tetapi kurang berakal dan tidak bijak dalam mengurus harta dilarang

bertasarruf dengan hartanya. Adapun, disisi Mazhab Hanafi ianya diharuskan dalam perkara

yang memberi manfaat baginya, dilarang dalam perkara yang memudharatkan hartanya dan

dibenarkan dengan izin wali bagi perkara yang tidak pasti untung ruginya. Namun, sekiranya

ia beumur 25 tahun dan tetapi memiliki sifat tidak bijak dalam mengurus hartanya, maka ia

dibenarkan untuk mengurus sendiri hartanya kerana tahanan sebelumnya dalah bersifat

pendidikan baginya. Inilah pendapat disisi Mazhab Hanafi. Walaubagaimana pun, ulamak-

ulamak dalam kitab-kitab kebelakangan ini berpendapat bahawa mereka dibenarkan

bertasarruf dengan harta mereka dengan syarat keizinan dari wali mereka. Justeru, pengkaji

berpendapat bahawa pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran yang lemah mentalnya

harus menyertai koperasi sekolah kerana wujud maslahah baginya dengan syarat mendapat

keizinan walinya kerana gerakan koperasi terdedah kepada untung dan risiko kerugian.

Page 23: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

119

Pengkaji juga berpendapat bahawa kaedah lain selain penyertaan dengan keiziznan

ibubapa adalah dengan konsep hibah ibubapa dalam yuran koperasi sekolah kepada anak

mereka. Ianya boleh ditakyīfkan dengan kaedah fiqh al-cibratu fi al-cuqud li al-maqasid wa

al-macani iaitu apa yang dipegang dalam akad itu ialah maksud dan makna. Ab. Latif dan

Rosmawati (2000:51) menjelaskan bahawa apabila sesuatu akad itu berlaku yang mana

terdapat padanya perbezaan diantara niat atau maksud orang yang melakukannya dengan lafaz

atau apa yang diucapkannya, maka yang dikira sebagai suatu akad adalah maksudnya selagi

maksudnya itu dapat diketahui. Tambahan pula al-Jauziyyah (1421H:242) menjelaskan

bahawa sesungguhnya maksud dan niat diiktiraf dalam segala akad dan urusan dan ianya

memberi kesan kepada sahnya akad dan terbatalnya, serta dalam hal halal dan haramnya. Oleh

yang demikian, amalan yang disandarkan kepada kaedah fiqh tersebut berlaku dalam situasi

berikut dimana apabila ibubapa membayar yuran untuk anak mereka menyertai koperasi

sekolah maka pada hakikatnya ibubapa telah menghibahkan jumlah bayaran tersebut kepada

anaknya untuk mereka menjadi anggota yang sah dalam kopersi sehinggan mereka layak

untuk mendapat manfaat dan keuntungan daripadanya.

Justeru, pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran terkecuali dari tafsiran Akta

502 yang menghalang golongan tidak upaya mental untuk menganggotai koperasi sekolah.

Justeru, pengkaji melihat kemaslahatan yang wujud ini harus menjadi dasar kepada keharusan

mereka untuk menjadi anggota koperasi sekolah secara sah menurut syarak dan Akta 502

dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan bagi mengelak kemudharatan. Antara syarat

tersebut adalah:

Pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran mestilah mendapat kebenaran ibubapa

dalam menyertai keanggotaan koperasi agar ianya dibawah makluman dan pemantauan

ibubapa sebagai wali mereka.

Kebenaran ibubapa hendaklah dizahirkan dalam bentuk dokumen atau borang

keanggotaan koperasi kerana itulah yang disarankan dalam Islam bagi mengelak masalah

dikemudian hari. Inilah yang dijelaskan oleh Dr. Sabri dan Dr. Zaini (2016) dalam temubual

bersamanya berkaitan kajian ini. Adapun, beliau menambah bahawa dalam urusan yang

remeh, mereka dibenarkan untuk bertaṣarruf dengan mal kerana ianya dianggap curuf atau

sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat kita seperti urusan membeli makanan

di kantin dan sebagainya. Ia juga disokongn oleh pakar lain yang ditemubual oleh pengkaji.

Page 24: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

120

Segala kegiatan dan keputusan yang melibatkan untung dan rugi hendaklah dibawah

seliaan dan pemantau guru koperasi. Ini berdasarkan pengalaman kecuaian dalam pemantauan

boleh mengakibatkan kerugian kerana golongan pelajar ini sememangnya memerlukan

pemantaun yang maksimum dari orang yang normal.

Justeru, membantu dan menjaga kebajikan orang kelainan upaya ini adalah

tanggungjawab masyarakat bagi memudahkan urusan kehidupan mereka. Urusan kehidupan

mereka harus dibantu dan dimudahkan kerana kaedah fiqh menjelaskan “al-mashaqqah

tajlibu al-taysir” iaitu kesulitan menyebabkan kemudahan. Oleh itu, kesulitan yang dihadapi

oleh mereka yang menghadapi masalah kekurangan dari segi mental perlu dibantu dan

dipermudahkan terutamanya dalam hal-hal yang uruf yang biasa bagi mereka iaitu yang tidak

menimbulkan masalah dan isu yang bersar bagi mereka dan orang lain.

Kesimpulan

Anggota koperasi sekolah memberi impak yang besar kepada pergerakan koperasi sekolah

terutamanya dalam aspek sumbangan modal untuk melaksanakan perniagaan. Maka,

perjalanan koperasi sekolah bergantung kepada jumlah anggota yang ramai dari kalangan

pelajar. Adapun, prinsip keanggotaan itu harus bertepatan denganprinsip-prinsip Islam.

Berdasarkan perbicangan diatas, keanggotaan pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran

sebagai anggota koperasi adalah diharuskan disisi syarak dengan syarat ianya dengan

pengetahuan dan keizinan walinya. Ia juga boleh menjadi anggota dengan kaedah yuran

sebagai hibah dari ibubapa kepadanya dan akad dilakukan oleh ibubapa. Tambahan pula, kos

yuran yang rendah boleh dikategorikan sebagai perkara yang remeh walaupun berhadapan

dengan risiko kerugian yang sangat kecil. Namun, nilai pendidikan melalui pengalaman

perniagaan itu memberi manfaat dan pengajaran yang besar kepada anggotanya walaupun

pengalaman kerugian dalam perniagaan yang itu juga dianggap sebagai ilmu pengetahuan.

Adapun, hujjah yang lebih kukuh adalah pengurusan perniagaan koperasi tersebut tidaklah

diurus oleh mereka sendiri melainkan diurus ahli lembaga koperasi (ALK) yang dilantik

melalui undian anggotanya dari kalangan yang mahir dan berketerampilan dalam pengurusan

perniagaan. Justeru, risiko kerugian dan kegagalan adalah bukan atas dasar keanggotaan

pelajar belum baligh atau safih, tetapi bergantung kepada kecekapan tadbir urus ahli lembaga

itu sendiri. Oleh yang demikian, perbincangan dan perbahasan di atas harus difahami dan

ianya boleh dijadikan rujukan dan panduan bagi mengemaskini sistem pengurusan koperasi

Page 25: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

121

sekolah khususnya dalam pengurusan keanggotaan koperasi agar ianya bertepatan dengan

prinsip-prinsip Islam. Seterusnya semua pihak menanam satu cita-cita untuk menjadikan

koperasi sekolah sebagai koperasi patuh syariah dari pelbagai sudut terutamanya dari aspek

keanggotaannya.

RUJUKAN

Al-Quran

Ab. Latif B. Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. 2000. Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh.

Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.

Abi Daud, Sulaiman Bin Al-Asy’ath Al-Azdie Al-Sajistani. 2009. Sunan Abi Daud. Jil. 6.

Damsyiq: Dar Al-Risalah Al-Alamiyyah.

Abu Zahrah, Muhammad. T.t. ‘Usul Fiqh. Dar Al-Fikr Al-Arabi.

Al-Baghdadi, Abdul wahab. T.t. Al-Maunah Ala Mazhab Alim Al-Madinah Li Al-Imam Malik

Bin Anas. Hamish Abdul Haq. Jil 2. Makkah: Al-Maktabah Al-Tijariah.

Al-Jauziyyah, Ibn Al-Qayyim. 1421H. Al-Qawacid Al-Fiqhiyyah Li Al-cAllamah Ibn Qayyim

Al-Jauziyyah. Abi Abdul Rahman Abdul Majid Jumcah Al-Jaza’ri, Al-Syeikh Bakr

bin Abdullah Abu Zaid. Mesri: Dar Ibn Affan.

Al-Jazairi, Syaikh Abdul Rahman. 2013. Fiqh 4 Mazhab. Juz. 1, 2 & 3. Terj. Johor:

Perniagaan Jahabersa.

Al-Mālbariy, Zainuddin Bin Abdul Aziz. 2008. Fathul Mucin. Terj. Johor : Perniagaan

Jahabersa.

Ibn Qudamah, Al-Maqdisi, 1994. Al-Kafi Fi Fiqh Al-Imam Ahmad Bin Hanbal. Muhammad

Faris, Mus’ad Abdul Hamid Al-Sa’dani. Jil. 3. Beirut: Dar AL-Kutub AL-Ilmiah.

Ibn Qudamah, Al-Maqdisi. 1997. Al-Mughni. Abdullah Bin Abdul Muhsin, Abdul Fatah

Muhammad. Jil 6. Riyadh: Dar Alim Al-kutub.

Al-Nasafi, Abdullah Bin Ahmad. 2011. Kanzu Al-Daqa’iq Fi Al-Fiqh Al-Hanafi. Said

Bakdash. Madinah: Dar Al-Siraj.

Al-Sobuni, Muhammad Ali. 1999. Sofwah Al-Tafasir. Jil. 1. Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiah.

Page 26: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

122

Al-Syafice, Muhammad Bin Idris. 2001. Al-Umm. Rif’at Fauzi Abdul Muttalib. Jil 4.

Mansurah : Dar Al-Wafa’.

Al-Tabari. 1994. Tafsir Al-Tabari. Basyar Awwad Makruf, Ussam Faris Al-Harsatan. Jil 2.

Muassasah Al-Risalah.

Al-Zuhaylī, Wahbah. 2004. Usul Al-Fiqh Al-Islami. Jil. 1. Damsyik: Dar Al-Fikr.

Al-Zuhaylī, Wahbah. 2013. Kaedah Usul Fiqh. Muhammad Ammar Adly. Selangor: Pustaka

Al-Ehsan.

Al-Zuhaylī , Muhammad Mustafa. 2014. Al-Muktamad Fi Al-Fiqh Al-Syafice. Terj. Azhar

Yahya, Zulqarnain Dollah, Fadilah Yaacob & DZ Al-bakri Group. Jil. 5. Kuala

Lumpur: Jamiah Dakwah Al-Islamiah.

Anon 2005. Akta Koperasi 1993 (akta 502) & Peraturan-Peraturan. Selangor International

Law Book Services.

Badran, Abu Al-Ainain Badran. t.th. Tarikh Al-Fiqh Al-Islami Wa Nazariyyah Al-Milkiyyah

Wal uqud. Beirut. Dar Al-Nahdhah Al-Arabiah.

Hailani Muji Tahir, Sanep Ahmad. 2011. Aplikasi Fiqh Muamalat Dalam Sistem Kewangan

Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan UITM.

Hasan, Kahlid Ramadhan. T.t. Mukjam Usul Al-Fiqh. Dar Al-Tarabisyi Lil Dirasah Al-

Insaniah.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian

Pelajaran Malaysia, Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Pembangunan

Koperasi Sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia. T.th. Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian

Pelajaran Malaysia, Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Pembangunan

Koperasi Sekolah.

Khallaf, Abdul Wahhab. T.t. Ilmu Usul Al-Fiqh. Kaherah: Maktabah Al-Dakwah Al-Islamiah

Syabab Al-Azhar.

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. 2005. Akta Koperasi 1993 (akta 502) & Peraturan-

Peraturan. Selangor: International Law Book Services.

Malaysia. 2013. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013. Warta Kerajaan

Persekutua PU(A) 230.

Page 27: KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/04-Muhamad... · 99 pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian

123

Sabiq, Said. 1999. Fiqh Al-Sunnah. Jil.3. Kaherah: Dar Al-Fatah.

Zaidan, Abdul Karim. T.t. Al-Wajiz Fi Usul Al-Fiqh. Kaherah: Dar Al-Tauzik Wa Al-Nasyr

Al-Islamiah.

Zulkifli Al-Bakri. 2013. Fiqh Al-Manhaji; Wasiat Dan Jenayah Dalam Fiqh Al-Syafie.

Selangor: Darul Syakir Ent.

Temubual:

Mohamad Sabri bin Haron.2016. Keanggotaan Pelajar Dalam Koperasi Sekolah Menurut

Perspektif Islam. Bangi. Temubual.

Ahmad Dahlan bin Salleh. .2016. Keanggotaan Pelajar Dalam Koperasi Sekolah Menurut

Perspektif Islam. Bangi. Temubual. 29 Julai.

Mohammad Zaini Yahaya. .2016. Keanggotaan Pelajar Dalam Koperasi Sekolah Menurut

Perspektif Islam. Bangi. Temubual. 28 Julai.

Haslena Binti Abdul Aziz. 2016. Keanggotaan pelajar Pendidikan Khas Dalam Koperasi

Sekolah. Pontian. 13 Jun.

Zalita Binti A. Jamal. 2016. Keanggotaan pelajar Pendidikan Khas Dalam Koperasi Sekolah.

Kuantan.17 Jun.

Norfarhana. 2016. Keanggotaan pelajar Pendidikan Khas Dalam Koperasi Sekolah. Johor. 22

Jun.

Hayati Binti Md. Salleh. Undang-undang Koperasi. Batu Pahat. 27 Julai.

Rujukan Internet:

www.skm.gov.my

www.angkasa.coop/

www.mkm.edu.my (20 Oktober 2015)