hak warga emas menurut perspektif islam...

14
HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Suziana Binti Ishak Zuliza Mohd Kusrin Abstrak Warga emas merupakan golongan yang semakin meningkat populasinya. Berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukan, golongan ini bakal mendominasi sebanyak 11.7 peratus menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kes yang melibatkan warga emas berada dalam keadaan terabai dan tidak terjamin dalam mencapai kesejahteraan hidup. Fokus kertas kerja ini membincangkan hak-hak warga emas menurut perspektif Islam. Kaedah penulisan kertas kerja ini menggunakan kaedah pendekatan analisis dokumen untuk menghuraikan takrif dan hak warga emas ini. Dapatan kertas kerja menunjukkan bahawa hak warga emas dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu : hak ahli waris terhadap warga emas dan hak pemerintah terhadap warga emas. PENDAHULUAN Penuaan adalah satu proses semula jadi yang akan berlaku dalam setiap kitaran kehidupan manusia. Proses yang berlaku ini kadangkala membimbangkan kerana dibayangi dengan segala perkara yang menakutkan. Warga emas atau golongan lanjut usia adalah sebahagian daripada organisasi keluarga, masyarakat dan negara. Berdasarkan ucapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan bajet 2013, Malaysia dijangka mencecah populasi 3.2 juta atau 9.5 peratus penduduknya adalah terdiri daripada warga tua. Hal ini selaras dengan perangkaan penduduk Malaysia terkini yang menyatakan bilangan warga tua telah mencapai 2.2 juta atau 7.7 peratus. Peningkatan populasi warga emas ini adalah disebabkan timbulnya kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan amalan gaya hidup yang sihat. Kempen-kempen yang dijalankan sama ada dari peringkat persatuan, badan-badan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan sebagainya telah menjadikan rakyat Malaysia semakin prihatin dan mengambil berat mengenai soal penjagaan kesihatan. Namun begitu, peningkatan jumlah warga emas ini telah mewujudkan kebimbangan terhadap jaminan kesejahteraan dan keamanan mereka dalam meneruskan kehidupan. Berdasarkan beberapa kes yang melibatkan golongan ini, menunjukkan bahawa kesedaran dan tanggungjawab masyarakat umum kepada golongan veteran ini berada di tahap yang amat rendah. Penyataan ini disokong oleh kajian Jal Zabdi Mohd Yusoff (2009) yang menyatakan penderaan terhadap warga tua ini pada awalnya diklasifikasikan sebagai masalah sosial, tetapi kini diertikan sebagai satu perbuatan jenayah akibat berlakunya peningkatan kes-kes yang melibatkan warga emas sebagai mangsa. Selain daripada itu, terdapat juga ahli keluarga terdekat yang sepatutnya menjadi tempat berlindung bagi golongan tua, tetapi mereka pula yang mengambil kesempatan di atas kelemahan dan keuzuran warga emas ini. Ini adalah bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh Abdullah (1992) yang mengatakan sebanyak 87.2 peratus warga

Upload: tranngoc

Post on 03-Feb-2018

304 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/10-Suziana... · HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Suziana Binti Ishak Zuliza Mohd

HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Suziana Binti Ishak

Zuliza Mohd Kusrin

Abstrak

Warga emas merupakan golongan yang semakin meningkat populasinya. Berdasarkan

beberapa kajian yang telah dilakukan, golongan ini bakal mendominasi sebanyak 11.7

peratus menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kes yang

melibatkan warga emas berada dalam keadaan terabai dan tidak terjamin dalam

mencapai kesejahteraan hidup. Fokus kertas kerja ini membincangkan hak-hak warga

emas menurut perspektif Islam. Kaedah penulisan kertas kerja ini menggunakan

kaedah pendekatan analisis dokumen untuk menghuraikan takrif dan hak warga emas

ini. Dapatan kertas kerja menunjukkan bahawa hak warga emas dalam Islam terbahagi

kepada dua iaitu : hak ahli waris terhadap warga emas dan hak pemerintah terhadap

warga emas.

PENDAHULUAN

Penuaan adalah satu proses semula jadi yang akan berlaku dalam setiap kitaran

kehidupan manusia. Proses yang berlaku ini kadangkala membimbangkan kerana

dibayangi dengan segala perkara yang menakutkan. Warga emas atau golongan lanjut

usia adalah sebahagian daripada organisasi keluarga, masyarakat dan negara.

Berdasarkan ucapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan

bajet 2013, Malaysia dijangka mencecah populasi 3.2 juta atau 9.5 peratus

penduduknya adalah terdiri daripada warga tua. Hal ini selaras dengan perangkaan

penduduk Malaysia terkini yang menyatakan bilangan warga tua telah mencapai 2.2

juta atau 7.7 peratus. Peningkatan populasi warga emas ini adalah disebabkan

timbulnya kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan amalan gaya hidup

yang sihat. Kempen-kempen yang dijalankan sama ada dari peringkat persatuan,

badan-badan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan sebagainya telah menjadikan

rakyat Malaysia semakin prihatin dan mengambil berat mengenai soal penjagaan

kesihatan.

Namun begitu, peningkatan jumlah warga emas ini telah mewujudkan kebimbangan

terhadap jaminan kesejahteraan dan keamanan mereka dalam meneruskan kehidupan.

Berdasarkan beberapa kes yang melibatkan golongan ini, menunjukkan bahawa

kesedaran dan tanggungjawab masyarakat umum kepada golongan veteran ini berada

di tahap yang amat rendah. Penyataan ini disokong oleh kajian Jal Zabdi Mohd

Yusoff (2009) yang menyatakan penderaan terhadap warga tua ini pada awalnya

diklasifikasikan sebagai masalah sosial, tetapi kini diertikan sebagai satu perbuatan

jenayah akibat berlakunya peningkatan kes-kes yang melibatkan warga emas sebagai

mangsa.

Selain daripada itu, terdapat juga ahli keluarga terdekat yang sepatutnya menjadi

tempat berlindung bagi golongan tua, tetapi mereka pula yang mengambil kesempatan

di atas kelemahan dan keuzuran warga emas ini. Ini adalah bertepatan dengan kajian

yang dilakukan oleh Abdullah (1992) yang mengatakan sebanyak 87.2 peratus warga

Page 2: HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/10-Suziana... · HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Suziana Binti Ishak Zuliza Mohd

118

tua mengatakan kesediaan anak-anak menerima mereka untuk tinggal bersama

mereka bukan secara ikhlas dan jujur sebaliknya ada muslihat tersendiri.

Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan pentakrifan konsep hak dan

kepentingannya dalam menjamin kesejahteraan hidup manusia. Kemudian akan

menghuraikan pengertian warga emas menurut Islam dan hak-hak yang telah

ditetapkan. Oleh yang demikian, pengertian warga emas menurut Islam diambil untuk

menjelaskan pentakrifan dan konsep sebenar warga emas.Justeru, huraiannya

menyentuh tentang definisi hak, kemudian dilanjutkan dengan definisi warga emas

secara perbandingan dan analisis serta hak yang dmiliki oleh golongan ini menurut

perspektif Islam.

DEFINISI HAK MENURUT ISLAM

Dari sudut bahasa hak diertikan dengan pelbagai makna dan huraian. Tetapi

kepelbagaian makna ini membawa maksud yang sama. Menurut Mucjam Al-Wasit,

benar atau jujur. Sementara al-Mu , (ثبيت ) tetap ,(حص ) diertikan sebagai betul حق cjam

al-Wasit mendefinisikan احلق sebagai salah satu nama Allah swt yang bermaksud

sesuatu yang sabit dan tiada keraguan, sesuatu bahagian yang wajib bagi manusia atau

sekumpulan manusia. Seterusnya dalam kitab al-Fiqh al-Islam wa Addillatuh,

kalimah hak dijelaskan dalam bahasa Arab dengan makna yang berbeza, tetapi

kesemua makna yang diberi mengandungi makna sabit dan wajib. Manakala Sheikh

Ali al-Khafif mengertikan hak sebagai kepentingan yang patut diperolehi yang telah

ditetapkan oleh sharac.

Dari perspektif Islam juga, konsep hak dalam konteks kemanusiaan sekarang bukan

merupakan hasil dari sebarang evolusi pemikiran manusia. Akan tetapi, ianya hasil

penerangan syiar agama yang diberi panduan oleh rasul-rasul sejak awal kewujudan

umat manusia di muka bumi ini (Showkat Hussain 1991).

Islam merupakan agama yang amat menekankan konsep keadilan dalam kehidupan

seharian bagi pengganutnya. Oleh sebab itu, tidak hairan apabila banyak ayat Al-

Quran dan hadith Nabi Muhammad saw yang menceritakan tentang konsep, balasan,

ganjaran dan segala yang berkaitan mengenai keadilan (Mohd Azizuddin 2002:10).

Keadilan yang dimaksudkan meliputi dari segenap sudut dan bahagian termasuklah

keadilan sesama makhluk di dunia ini. Ketidak patuhan terhadap garis panduan yang

telah ditetapkan oleh ajaran menjadi punca utama dalam berlakunya pelbagai

kerosakan dan penindasan yang boleh membawa kepada kezaliman.

Pelanggaran terhadap hak yang telah ditetapkan akan mengundang kepada berlakunya

ketidakadilan kepada manusia. Sepertimana firman Allah swt yang berbunyi:

ٱإن سن إ تبىء ذى ٱ أ باأ أ بء ٱاأق أب ن أهى عن ٱإلحأ نأ ٱال أ جاأ أ ٱ

....۞ Maksudnya: “ Sesungguhnya Allah swt menyuruh supaya berlaku adil dan

berbuat kebaikan serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat dan

melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, munkar serta

kezaliman … (Surah al-Nahl 16: 90)

Firman Allah swt:

Page 3: HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/10-Suziana... · HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Suziana Binti Ishak Zuliza Mohd

119

لهب ٱ ن ا أ كمأ أنأ ت ؤد اأ إ ۞.......أل نت إل أىأ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah swt menyuruh kamu supaya menyerahkan

segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). (Surah al-

Nisa‟ 4: 58)

Ayat-ayat di atas telah menjelaskan bahawa keadilan merupakan tunjang utama dalam

menentang sebarang kezaliman dan penindasan. Konsep keadilan ini juga dapat

dilihat sekiranya setiap individu masyarakat dapat menunaikan dan menjalankan

tanggungjawab masing-masing dengan cara yang betul. Ini kerana keadilan yang

mutlak hanya dapat dicapai apabila setiap manusia dapat mematuhi sharia’at Allah

swt (Abu Zahrah 1968:31). Dengan adanya asas keadilan yang kuat dalam sebuah

masyarakat, setiap individu akan merasa aman dan tenteram kerana tugas keadilan

ialah memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta, agama dan keturunan

manusia. Oleh yang demikian, keadilan dan hak mempunyai kaitan yang sangat rapat

untuk mengetahui hak-hak yang perlu dijaga sama ada hak diri individu itu sendiri

dan hak orang sekeliling khususnya hak warga emas.

PENTAKRIFAN WARGA EMAS

Dalam membincangkan hak-hak warga emas ini, amat penting untuk mengetahui dan

mendekati dunia mereka yang telah menjadi wasilah kepada kehidupan pada hari ini.

Pentakrifan dan konsep warga emas ini perlu diketahui agar timbul kesedaran

mengenai sebab dan kepentingan dalam memelihara hak-hak mereka serta seterusnya

dapat dipraktikkan sama ada di peringkat individu, masyarakat dan negara.

Konsep warga emas adalah satu konsep yang agak sukar untuk diperjelaskan dengan

tepat.Ini kerana terdapat banyak pentakrifan dan penjelasan yang perlu diambil kira

dalam menghuraikan pengertian warga emas ini.Dalam kajian ini, dua pendekatan

yang berbeza diambil dalam usaha untuk menjelaskan pengertian warga emas iaitu

pengertian warga emas menurut perspektif Islam dan pengertian warga emas menurut

kefahaman sivil.

Pentakrifan Warga Emas Menurut Perspektif Islam

Dalam Islam, terdapat beberapa pentakrifan yang dibuat oleh ahli ulamac tafsir dalam

menjelaskan pengertian warga emas. Antaranya ialah:

Warga emas merujuk kepada kronologi kehidupan yang bermula daripada bayi,

kanak-kanak, dewasa dan tua. Ia juga merupakan sebahagian daripada fasa kehidupan

bagi setiap makhluk yang diciptakan.. Sepertimana firman Allah swt yang berbunyi :

ل وا أش كم ث ٱىو اذى خلق م ن ت اب ث ن نطألة ث ن علقة ث يأ ج مأ طلأال ث ات أات ونواأ شي وأخب

جMaksudnya: Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis)

air benih. Kemudian dari sebuku dari darah beku, kemudian dari seketul

daging; kemudian Ia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian

kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu

(dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. (Surah Ghafir, 67: 40)

Page 4: HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/10-Suziana... · HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Suziana Binti Ishak Zuliza Mohd

120

Ayat di atas telah menjelaskan bahawa usia tua adalah urutan dalam kitaran

kehidupan. Dalam Kitab al-Bukhari nabi Muhammad saw ada menjelaskan usia tua

melalui sabda Baginda:

أعذر ا إل ا ىء أخ أجلو حىت ل و ستني : "عن ايب ى ة، عن اانيب صلى ا عليو سلم "سنة

Maksudnya: Dari Abu Hurairah, daripada Nabi (saw) telah bersabda: “Allah

telah memberikan kesempatan yang cukup kepada orang yang telah

dilanjutkan usianya sehingga 60 tahun.

Berdasarkan hadis nabi di atas dapat dinyatakan bahawa mereka yang mencapai usia

60 tahun adalah kurniaan (dilanjutkan usia) oleh Allah swt agar terus membuat amal

kebaikan dan berbakti dalam Islam. Walau bagaimanapun, hadis ini umum dalam

memperincikan pentakrifan warga emas.

Bagi menjelaskan pentakrifan bagi warga emas ini, Ibnu Jauzi (dalam, Abdullah

Hadad 1982: 41) telah membahagiakan usia tua kepada dua peringkat umur iaitu

peringkat tua dan peringkat tua bangka. Pada usia peringkat tua adalah warga tua yang

berumur antara 50 tahun hingga 70 tahun. Manakala peringkat tua bangka adalah

mereka yang berumur 70 tahun hingga akhir hayat. Menurut beliau juga, kurniaan

Allah swt dalam memanjangkan usia seseorang agar mereka bersyukur dengan

melakukan amal kebaikan dalam kehidupan mereka seharian.

Selain menyentuh aspek keumuran, golongan ini dikatakan mengalami perubahan

fizikal dan mental yang semakin lemah. Sepertimana firman Allah swt yang berbunyi:

اذى خلق م ن ض أف ث ج ل نٱالو ٱ أ ض أف ق وة ث ج ل نم

أ ق وة ض ألب م شيأ ة

۞اأق أ ٱاأ ليم ٱ ىو صىليألل ب ء ج Maksudnya: Allah swt yang menciptakan kamu bermula dengan kedaan

lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua

beruban.Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua Yang Maha

Mengetahui lagi Maha Kuasa. (Surah al-Rum 54: 30)

Perubahan-perubahan yang dialami secara berperingkat dapat membezakan seseorang

itu tua atau muda. Al-Maraghi (2001: 5347) menyatakan Allah swt berkuasa

mengawasi manusia sehingga setiap tahap perubahan tertentu daripada lemah iaitu

bayi kepada kuat dewasa dan kuat kembali lemah iaitu usia tua. Selain itu, Abu

Hayyan (1993: 495) turut menjelaskan perkara yang sama mengenai warga emas iaitu

mereka yang telah lemah panca indera dan ditandai dengan kelemahan pada perkataan

dan fikiran mereka terutamanya terhadap daya ingatan mereka terhadap sesuatu.

Perubahan-perubahan yang dialami oleh golongan emas ini memberikan banyak

kesan terhadap aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Fizikal dan

mental yang dulu menjadi lambang kehebatan telah ditarik sedikit demi sedikit.

Seperti mana pendapat Al-Syihab al-Din (1994: 425) mengatakan warga emas ini

akan kembali menjadi lemah kekuatan fizikal, dan rosak panca indera seperti mana

pada waktu mereka kanak-kanak dahulu.

Page 5: HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/10-Suziana... · HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Suziana Binti Ishak Zuliza Mohd

121

Bagi Hamka (1999: 3934), beliau telah menghubungkaitkan dari aspek keumuran dan

perubahan-perubahan yang dialami dalam menjelaskan pengertian warga emas.

Beliau menyatakan usia tua adalah mereka yang berumur 50 tahun dengan berlaku

beberapa perubahan secara berperingkat kepada akal dan fizikal sedikit demi sedikit

hingga ke peringkat umur 75 tahun ke atas. Dari aspek pemikiran pula, beliau

menyatakan mereka yang sampai pada tahap umur ini mereka akan kembali kepada

akal kanak-kanak dengan ingatan yang sudah kurang berfungsi. Ini disebabkan

imunisasi badan yang semakin lemah dan berhadapan dengan masalah kesihatan.

Pengertian Warga Emas Menurut Kefahaman Sivil

Terdapat banyak pentakrifan dan huraian yang diberi bagi menjelaskan perihal

golongan warga emas ini.Dalam mendefinisikan golongan ini, aspek keumuran

dijadikan kayu asas dalam menetukan seseorang itu termasuk dalam golongan warga

emas ataupun tidak.Terdapat empat aspek keumuran yang disentuh dalam memberi

pentakrifan kepada golongan warga emas ini, iaitu berdasarkan kepada umur

ekonomi, umur fizikal, umur psikologi dan umur sosial.

Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersetuju

mentakrifkan warga tua sebagai mereka yang telah meningkat usia 60 tahun ke atas

(Pala 1998). Pengertian ini seterusnya membahagikan warga tua kepada dua

golongan yang berbeza, pertamanya ialah golongan yang sihat, waras dan

berpengalaman. Mereka ini dikatakan masih mampu untuk menyumbangkan tenaga

kepada pembangunan negara. Manakala golongan kedua adalah golongan warga tua

yang lemah dan memerlukan perlindungan, penjagaan dan rawatan yang rapi supaya

mereka terus dapat menikmati kehidupan dalam keadaan yang sejahtera dan selesa

sebelum kematian menjemput mereka meninggalkan dunia ini (Kandiah 1990).

Umur ekonomi dijadikan ukuran dalam menjelaskan warga emas adalah apabila

seseorang itu telah mencapai umur persaraan dan tidak mengambil kira sama ada

golongan ini masih produktif ataupun tidak. Penetapan umur persaraan ini bergantung

kepada sektor di sesebuah tempat dan negara. Oleh yang demikian mereka terpaksa

diberhentikan kerja kerana umur mereka telah mencecah tahap umur persaraan dan

dianggap tidak lagi produktif (Cowen 1987) .

Warga emas juga turut dikaitkan dengan umur fizikal. Perubahan-perubahan yang

berlaku secara berperingkat dalam proses kehidupan manusia dapat membezakan

setiap individu dengan individu yang lain. Perubahan-perubahan yang berlaku ini

menjadikan orang sekeliling mudah untuk mengklasifikasikan seseorang dalam setiap

peringkat perkembangan manusia.

Ini kerana warga tua dikatakan adalah seseorang yang mengalami perubahan fizikal

dari segi postur, cara berjalan, keadaan kulit muka, warna rambut, suara, keanjalan

kulit, kontur badan, pendengaran dan penglihatan (Kalish 1981). Perbezaan yang

berlaku pada diri seseorang secara perlahan ini menjadikan mereka akan berbeza

sama ada dalam keadaan mereka sedar ataupun tidak.

Selain itu, warga emas juga dikaitkan dengan umur psikologi yang merujuk kepada

perubahan aspek perasaan, sikap dan fikiran seseorang atau penjelasan. Ia merupakan

umur yang menggambarkan keupayaan individu mengadaptasikan proses kognitif

atau personality trait (Kart 1997). Bagi Cowen (1987) menyatakan, tanda-tanda

seseorang itu menghampiri usia tua dapat dikenal pasti dengan mudah melalui

Page 6: HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/10-Suziana... · HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Suziana Binti Ishak Zuliza Mohd

122

penelitian ke atas aspek perasaannya. Hal ini kerana mereka akan mengalami satu

perubahan perasaan yang jelas, melibatkan gangguan sensitiviti emosi seperti cepat

marah, runsing, mudah tersinggung dan bersedih. Manakala sikap akan mula berubah

dan dapat diperhatikan melalui tingkah laku, khususnya dalam pergaulan dengan

rakan-rakan pada peringkat umur yang sama. Kadangkala mereka juga berfikiran

ortodoks, menolak pendapat orang lain, mempunyai daya ingatan yang lemah,

berkecenderungan untuk bercakap tidak jelas pada setiap patah perkataan yang

diucapkan dan mempamerkan ciri-ciri dementia.

Dari aspek umur sosial pula, seseorang itu dikatakan tua berdasarkan kedudukan

mereka dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Perubahan peranan dan hubungan

individu dalam struktur sosial merupakan salah satu proses keumuran dalam

menentukan keumuran seseorang (Hooyman dan Kiyak 1988). Hal ini juga berkaitan

dengan tabiat seseorang dan autoriti dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan.

Ana Aslan (1982: 9), seorang Pengarah Besar Institut Gerontologi, Burcharest

menyatakan bahawa usia tua adalah bermula pada masa yang sama dengan kehidupan.

Apabila berhenti pembesaran seseorang ketika dewasa, maka kemerosotan fungsional

secara beransur-ansur akan berlaku disebabkan kehilangan sel aktif dalam diri

seseorang. Beliau juga kurang bersetuju sekiranya usia tua dikatakan bermula pada

umur 60 tahun. Selain itu, warga tua juga mengalami proses kehilangan serta

gangguan pada post mitotic (neuron) dalam badan.

Ahli gerontologi Cary S.Kart (1996: 22) menganggap proses menjadi tua adalah

lanjutan daripada proses kehidupan manusia dan benda-benda hidup yang lain dengan

adanya permulaan pastinya diakhiri dengan kematian.

Ahli sosiologi, Dorothy Rogers (1979 :75), berpendapat warga tua ditandai dengan

beberapa masalah lain, iaitu manusia yang telah pencen, mereka yang telah

mendahului yang lebih tua dan mereka berhadapan dengan permasalahan ekonomi.

Persekitaran juga menjadi faktor dalam mempengaruhi proses tua seperti faktor

pemakanan, pencemaran, merokok, dan juga tempat tinggal.

Berdasarkan pentakrifan warga emas menurut perspektif Islam dan tafsiran-tafsiran

yang di bawa oleh kefahaman sivil dapat dinyatakan bahawa pendefinisian yang

diutarakan oleh dua aliran ini membawa maksud yang sama. Walaupun penjelasannya

terhadap isu yang berbeza namun ianya membawa satu pengukuran yang sama dalam

menjelaskan makna warga emas. Perbandingan berdasarkan aspek keumuran dan

perubahan-perubahan yang dialami oleh seseorang manusia itu sama ada perubahan

dalam aspek fizikal, mental, perasaan dan sebagainya menunjukkan seseorang itu

tergolong dalam warga emas atau sebaliknya.

Justeru, berdasarkan pelbagai tafsiran mengenai pentakrifan dan konsep warga tua

dapat disimpulkan bahawa warga tua adalah mereka yang melepasi umur persaraan

iaitu 55 tahun dan ke atas.Ini adalah selaras dengan pendefinisian dan pandangan

yang diberi oleh kebanyakan pakar sosiologi, biologi, psikologi, gerontologi serta

pakar tafsir dan hadis. Walau bagaimanapun, tafsiran yang tepat untuk menjelaskan

pengertian sebenar warga tua masih belum dapat dijelaskan memandangkan usia

warga tua terlalu subjektif dan ia bergantung mengikut situasi, tempat, masa, dan

keadaan negara masing-masing. Setiap pentakrifan yang diberi adalah berasaskan

kepada bidang dan kemahiran masing-masing.Ini kerana masing-masing membuat

penilaian terhadap perubahan-perubahan yang berlaku dalam diri seseorang individu

Page 7: HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/10-Suziana... · HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Suziana Binti Ishak Zuliza Mohd

123

berdasarkan kepentingan bidang atau sektor yang diceburi oleh warga emas sebelum

ini. Oleh yang demikian, dalam mencari pentakrifan yang tepat mengenai warga

emas, perlu mengambil kira dari pelbagai aspek dan bidang dalam memerihalkan

pengertian yang tepat untuk warga yang telah berjasa ini.

HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Secara pasti, setiap agama mempunyai asas yang tersendiri dari segi kewujudan warga

emas dalam sesebuah keluarga dan organisasi masyarakat. Setiap agama di muka

bumi ini amat memelihara kedudukan warga emas dengan menitikberatkan agar setiap

penganutnya sentiasa menghormati orang yang lebih tua. Keutamaan dalam menjaga

hak-hak mereka khususnya, menunjukkan nilai-nilai positif yang terkandung dalam

setiap ajaran dan kepercayaan agama yang wujud di atas muka bumi ini.

Walau bagaimanapun, kertas kerja ini hanya membincangkan kedudukan warga emas

menurut perspektif Islam. Seperti sedia maklum, aqidah yang sebenar hanyalah

kepercayaan tauhid yang berpaksikan kepada ajaran Tuhan yang Esa. Oleh yang

demikian, kesyumulan yang terkandung dalam Islam memberi jaminan kepada setiap

makhluk yang diciptakan sama ada di bumi, di langit dan di setiap tempat akan diberi

dan digariskan hak-hak yang perlu dijaga bagi menjamin untuk menikmati hidup

dalam keadaan yang selesa dan aman. Manusia yang ditaklifkan sebagai khalifah di

dunia ini lebih-lebih lagi, sudah pasti dikurniakan hak yang akan melindungi

kesejahteraan hidup di muka bumi Allah swt ini. Bermula dari awal kelahiran,

seterusnya peringkat kanak-kanak, remaja, dewasa dan lanjut usia pemeliharaan hak

yang diberikan ini amat penting untuk diketahui dan dipraktikkan di semua peringkat

kehidupan.

Dalam membincangkan hak warga emas, kertas kerja ini memfokuskan hak ahli waris

terhadap warga emas dan hak pemerintah terhadap warga emas menurut perspektif

Islam.

Hak Ahli Waris Terhadap Warga Emas

Dalam ajaran Islam, warga emas telah diletakkan di tempat yang sangat

istimewa.Malah, golongan ini diletakkan dalam satu kerangka pemikiran yang luas

samada dari sudut pentakrifan, kedudukan, mahupun hak-hak yang telah dikhususkan

kepada mereka.

Kebiasaanya dalam menjalankan tanggungjawab atau hak, tumpuan utama adalah

mereka yang paling hampir dan dekat. Maka, individu yang paling hampir dengan

warga emas ini ialah ahli keluarga atau ahli waris.Antara suruhan yang telah

dianjurkan oleh Islam dalam menjalankan hak waris terhadap warga emas :

Berbuat Baik Terhadap Warga Emas

Suruhan berbuat baik kepada warga emas ini termasuklah memberi perhatian, kasih

sayang, bercakap dengan lemah lembut dan sebagainya. Selagi mana setiap perbuatan

yang dilakukan hanyalah bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah swt, maka

setiap perbuatan ini dikira sebagai berbuat baik kepada mereka.

Kewajipan berbuat baik terhadap warga emas ini amat penting kerana ia merupakan

satu keperluan spiritual bagi warga emas untuk meneruskan kehidupan mereka tanpa

rasa tersisih oleh ahli keluarga dan masyarakat. Dalam suruhan ini, para ulama telah

Page 8: HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/10-Suziana... · HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Suziana Binti Ishak Zuliza Mohd

124

bersepakat dan tidak ada satu pun yang bercanggah dalam menyatakan suruhan

berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu ini adalah wajib. Suruhan ini termasuklah

dalam semua perkara selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahkan

suruhan wajib ini, merupakan suruhan kewajiban yang paling penting selepas suruhan

mentaati kepada Allah swt dan suruhan mentaati Rasul saw. Sepertimana firman

Allah swt di dalam Al-Quran yang berbunyi:

سنب ا ب شيأئبےالو ت أ كواأ و ٱعأ اأ ٱ ۞....اأوا أن إحأ

Maksudnya: Beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan-

Nya dengan sesuatu. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua ….. (Surah

al-Nisa‟ 4: 36)

Firman Allah swt:

سنب ۞ .... قضى ر ك أ ت أ اأ إ إ به باوا أن إحأ

Maksudnya: Rabbmu telah memerintahkan kepada supaya kamu jangan

beribadah kecuali kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik pada kedua

orang tuamu dengan sebaik-baiknya. (Surah al-Isra‟ 17: 23)

Dalam hadis Rasulullah saw juga banyak menyentuh tentang kewajipan berbuat baik

kepada kedua ibu bapa. Antaranya ialah:

Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amr Radiallahu Anhu bahawa Nabi

Muhammad saw pernah bersabda:

.رضى ا رضى ااأواا أن س ا س ااأواا أن Maksudnya: Redha Allah bergantung kepada redha kedua orang tua. Begitu

juga murka Allah bergantung kepada murka kedua orang tua. (Riwayat

Tarmizi dan Baihaqi)

Sesungguhnya Allah swt telah memerintahkan kepada semua manusia dan ahli waris

khususnya berbuat baik kepada orang yang lebih tua terutamanya kepada kedua ibu

bapa. Kewajipan ini sememangnya adalah suruhan yang tiada keraguan dalam

menidakkannya. Kedua ibu bapa telah diberi hak yang sangat besar untuk mendapat

hak berbuat baik daripada anak-anak mereka dan ahli waris. Berdasarkan kepada

pengorbanan dan kesabaran mereka dalam membesarkan anak-anak sama ada dalam

keadaan senang dan sukar adalah selayaknya mereka mendapat balasan yang boleh

memberikan kesenangan dan kegembiraan terutamanya ketika mereka sudah

dimamah usia. Suruhan ini adalah membawa erti wajib selagi mana tidak dalam

perkara yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah swt. Kenyataan ini selaras

dengan kata-kata Imam Al-Fakhrur Razi iaitu, “ jika suruhan itu untuk mematuhi

dalam kalangan manusia, maka yang paling layak untuk dipatuhi adalah kedua

orangnya. Namun begitu kepatuhan ini selagi mana tidak termasuk dalam perkara-

perkara maksiat.”

Page 9: HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/10-Suziana... · HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Suziana Binti Ishak Zuliza Mohd

125

Menjaga dan Memberi Nafkah kepada Warga Emas

Nafkah merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam menjamin kesejahteraan

hidup manusia di dunia. Nafkah yang dimaksudkan termasuklah memberi makanan,

minuman, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan asas yang lain.

Firman Allah swt yang berbunyi:

ئ لونك بذا نلقون سأتم ن خ أ للأو صلى قلأ أنلقأ

س ني ٱ ا ىاايت ٱألق أ ني ٱا أن ا أن ٱ

لواأ ن خ أ إن قلىاس يل ٱ ۞ عليم ے و ٱ ب ت لأMaksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang

akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah?) katakanlah: Apa jua harta

benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu

bapa, kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-

orang yang terlantar dalam perjalanan.” Dan (ingatlah) apa jua yang kamu buat

dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui-Nya

(dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). (Surah al-Baqarah 2:215)

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada keutamaan dalam suruhan anak-anak atau ahli

waris untuk membuat kebajikan kepada warga emas. Setiap kebajikan yang dilakukan

dipandang mulia oleh Allah swt dan akan memperoleh balasan dan ganjaran.

Setiap perihal yang berkaitan dengan warga emas perlu diambil berat bagi

memastikan golongan ini mendapat penjagaan yang baik untuk menghabiskan sisa-

sisa kehidupan.Oleh yang demikian sebagai ahli waris yang sangat prihatin terhadap

golongan warga emas ini, hendaklah sentiasa menziarahi dan menghulurkan bantuan

dalam pelbagai bentuk agar mereka berasa didampingi dan dihargai. Hal ini dijelaskan

dalam hadith Nabi saw yang berbunyi:

نأ ى از برة اا أو كتب ا او ل خطأوة ئبةحسنة ر ع او بئة درجة إذا جلس نيأ أو إذا ى نيأ أهمب ت لم همب طيأب ااأ الم أعأطبه ا ت بل وأم ااأقيب ة ن وأرا سأ

أخأ ج نأ عنأ ب خ ج ألوأرا او Maksudnya: Barang siapa berjalan untuk berkunjung kepada kedua orang

tuanya, Allah akan mencatat serta mengangkatnya ke seratus tiap-tiap langkah

seratus pahala dan menghapuskan baginya seratus dosa serta mengangkat ke

seratus tingkat (darjat) dan jika dia duduk berbincang dengan kedua orang

tuanya dengan kata-kata yang baik dan lemah lembut, maka diampuni dosanya

oleh Allah dan di hari kiamat akan dikurniakan cahaya mendampinginya.

Namun demikian, sekiranya warga emas atau ibu bapa khususnya, sudah tidak

mempunyai tempat tinggal atau tempat yang mereka duduki tidak sesuai dan tidak

selamat untuk didiami maka sebagai anak atau waris yang paling hampir dengan

golongan yang lemah ini perlu menyediakan tempat tinggal mereka. Sama ada

menyediakan kediaman secara berasingan atau mengajak mereka untuk tinggal

bersama. Tempat tinggal yang dimaksudkan bukan bermakna perlu mencari rumah

yang besar dan mahal tetapi sekadar dapat berlindung daripada hujan dan panas.

Tetapi, sekiranya dapat menyediakan lebih daripada sepatutnya, itu adalah lebih baik.

Page 10: HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/10-Suziana... · HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Suziana Binti Ishak Zuliza Mohd

126

Mendoakan Kebaikan

Anak-anak dan ahli waris yang baik ialah mereka yang sentiasa mendoakan untuk

kedua ibu bapa. Setiap titik peluh dan pengorbanan yang dilakukan oleh kedua ibu

bapa memang tidak dapat dibalas oleh anak walau dengan cara apa sekalipun. Namun

demikian, si anak amat digalakkan untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk

kedua ibu bapa.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

عنأ أيب ى أ ة رض ا عنأو أن رسو ا صلى االلو عليو سلم قب إذا بت اإلنأسبن ان أقطع عواو عملو إ نأ الث ص قة جبر ة علأم نأت لع و ا صبا أ

Maksudnya: Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW

bersabda, "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala

amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan

memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain

dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu

bapanya. (Hadis riwayat Tirmizi, Nasa‟I dan Ahmad).

Berdasarkan hadis di atas, walaupun mereka sudah tiada di dunia, hak ahli waris tetap

terus dipikul bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan warga emas ini. Warga

emas atau ibu bapa amat mengharapkan doa daripada anak-anak untuk

menyelamatkan mereka daripada kesengsaraan apabila sudah meninggal kelak. Oleh

yang demikian amat penting bagi anak-anak mendoakan kesejahteraan untuk ibu

bapa.

Sebagai anak dan ahli waris yang paling hampir, selayaknya sentiasa berdoa dan

memohon kesejahteraan warga emas agar mereka memperoleh kesenangan dan

keampunan oleh Allah swt. Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu

Hurairah RA:

ت ألبر ا اك نة ي قو أ ىذا ي قب بسأ إن اا جل ات أ ع درجتو أ ااأMaksudnya: Sesungguhnya seseorang diangkat darjatnya di dalam syurga, lalu

ia bertanya (kehairanan), „Dari mana ini semua?‟ Dijawablah kepadanya, „Ini

disebabkan permohonan ampunan (istighfar) anakmu untukmu”. (HR Ibnu

Majah)

Sekiranya setiap ahli waris memahami dan melaksanakan semua hak yang

diperintahkan oleh Allah swt dan Rasul-Nya, sudah pasti warga emas yang dimiliki

pada hari ini terjamin kehidupannya di dunia dan selepasnya.

Hak Pemimpin Terhadap Warga Emas

Dalam menjelaskan hak-hak warga emas menurut perspektif Islam, peranan dan

tanggungjawab pemimpin amat penting untuk diketahui dan diperjelaskan.Seperti

yang diketahui, warga emas merupakan sebahagian daripada organisasi bagi sesebuah

masyarakat.Maka yang bertanggungjawab dalam membela nasib warga emas ini

adalah tergalas di bahu pemerintah dalammelaksanakan hak warga emas ini lebih-

lebih lagi apabila mereka sudah tidak mempunyai sesiapa di dunia ini.

Page 11: HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/10-Suziana... · HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Suziana Binti Ishak Zuliza Mohd

127

Oleh yang demikian, Islam amat menitikberatkan peranan serta tanggungajawab

pemimipin terhadap setiap pimpinanya.Sepertimana firman Allah swt yang berbunyi:

۞ا سو تونواأ أ نت مأ أنتمأ ت ألمون ٱ ٱاذ أن ءا نواأ تونواأ ٱ هب Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati

(amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati

amanah-amanah yang dipercayakan ke atas kamu, sedang kamu mengetahui

(salahnya).

Peranan dan tanggungjawab pemimpin menurut perspektif Islam sangat luas untuk

dibincangkan. Namun begitu, fokus utama dalam kertas kerja ini adalah berdasarkan

hak pemimpin terhadap warga emas.

Menjaga Kebajikan Warga Emas

Antara ciri pemerintah berdasarkan ajaran Islam adalah mereka yang sentiasa menjaga

tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan sebaik mungkin. Pemimpin sebenar

adalah mereka yang akan bertanggungjawab dalam setiap pimpinannya termasuklah

menjaga kebajikan, menyelesaikan masalah rakyatnya dan tidak melarikan diri dari

tanggungjawab. Warga emas khususnya, antara golongan yang sangat memerlukan

perlindungan daripada pemimpin atau pemerintah.Ini kerana perubahan-perubahan

fizikal yang dialami menyebabkan golongan ini semakin lemah dan tidak berdaya

untuk meneruskan kehidupan tanpa sokongan daripada pihak-pihak tertentu.

Peningkatan umur yang dialami menjadikan mereka sangat bergantung kepada pihak

yang boleh melindungi mereka. Perkara ini selaras dengan kajian saintifik

membuktikan kemampuan manusia akan menurun selari dengan peningkatan umur

(Azhar Abdul Halim & Zaidi Che Cob 2000).

Firman Allah swt yang berbunyi:

اذى خلق م ن ض أف ث ج ل نٱالو ٱ أ ض أف ق وة ث ج ل نم

أ ق وة ض ألب م شيأ ة

۞اأق أ ٱاأ ليم ٱ ىو صىليألل ب ء ج Maksudnya: Allah swt yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan

lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua

beruban.Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua Yang Maha

Mengetahui lagi Maha Kuasa. (Surah ar-Rum 54:30)

Pemerintah yang bercirikan ajaran Islam, tidak akan sekali-kali membiarkan

rakyatnya berada dalam kesukaran dan kepayahan dalam menjalani kehidupan.

Kesusahan yang dialami oleh pimpinanya akan turut dirasai oleh pemimpin kerana

sikap tanggungjawab pemimipin ke atas rakyatnya.

Sepertimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

لمة عنأ باك عنأ ع أ ا أن د نبر عن ع أ ا أن عم أن رسو ا ح نب ع أ ا أن سأؤ عنأ رعيتو ...صلى ا عليو سلم قب أ كل مأ راا كل م سأ

Page 12: HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/10-Suziana... · HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Suziana Binti Ishak Zuliza Mohd

128

Daripada Abdullah bin Umar RA. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas

kepimpinanya..

Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud:

Sesiapa yang diberi Allah swt kuasa untuk menguruskan sesuatu urusan kaum

Muslimin, tetapi dia berlindung tidak menunaikan keperluan mereka atau

menghiraukan kemiskinan mereka, nescaya Allah swt berlindung Diri tidak

melayani hajat dan permintaannya”. (Hadith Sahih)

Gambaran yang jelas dalam ajaran Islam mengenai saranan hak pemerintah terhadap

setiap pimpinan khususnya golongan yang lemah dalam memberi jaminan

kesejahteraan hidup rakyatnya tanpa berlaku pengabaian dan kezaliman.

Melakukan Amar Makruf Dan Nahi Mungkar

Antara hak pemerintah ke atas pimpinannya adalah sentiasa berusaha untuk mengajak

setiap golongan rakyatnya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dan

kemungkaran. Sepertimana firman Allah swt yang berbunyi :

ن باأم أ أف تنهوأن عن أ ة أخأ جتأ النبس ت أ أ ن وأن بالو ٱكنتمأ خي أ اأمن ت ؤأ اوأ صلى

ل اأ تب ا بن خي أ ا لمٱءا ن أىأهم ج ث ىم ٱ ن أ نون أكأ ۞األسقون ٱاأمؤأ

Maksudnya: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,

menyuruh kepada makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman

kepada Allah. Sekiranya ahli yang beriman, tentulah ia lebih baik bagi mereka;

di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-

orang yang fasik. (Surah Ali-Imran 110)

Pemerintah yang mengikut acuan Islam akan sentiasa melakukan kebaikan dan

meninggalkan kejahatan. Dalam konteks warga emas khususnya, pemerintah yang

baik bukan sahaja melakukan kebaikan untuk peringkat dirinya sahaja tetapi sentiasa

mendorong rakyatnya juga untuk bersama-sama melakukan kebaikan dan

meninggalkan kemungkaran.

Tauladan yang ditunjukkan oleh pemimpin yang melakukan amar macruf ini dapat

memotivasikan seluruh rakyatnya untuk bersama menolong dan melakukan kebaikan

sesama sendiri. Firman Allah swt yang bermaksud:

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,

dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.Dan

bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.

(Surah al-Ma‟idah: 2)

Disiplin yang ditunjukkan oleh pemerintah kepada rakyatnya juga, dapat

mengelakkan penindasan dan kezaliman antara golongan muda ke atas golongan tua

dan golongan kuat ke atas golongan lemah. Perilaku yang ditonjolkan oleh pemerintah

dijadikan ikutan dalam membentuk masyarakat yang dapat mengamalkan budaya

murni dalam kehidupan.

Page 13: HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/10-Suziana... · HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Suziana Binti Ishak Zuliza Mohd

129

Atas sikap amar makruf dan nahi mungkar oleh pemerintah juga, menjadikan warga

emas untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan dan menginsafi kehidupan mereka

sebelum ini yang lebih ke arah duniawi semata-mata.

Sepertimana firman Allah swt yang berbunyi :

وة حسنة امن كبن أجواأ ٱاق أ كبن ا مأ أ رسو خ ذك ٱاأي وأم ٱ ٱ أسأ ۞ كثي أ اٱألأMaksudnya: “ Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan

yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan

(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (Surah al-Ahzab 21)

Galakan daripada pemerintah ke arah kebaikan ini jelas menunjukkan kepimpinan

dalam bentuk ajaran Islam ini dapat menjamin keselamatan dan keamanan hidup

manusia di setiap peringkat kehidupan.

Larangan dan penegasan terhadap mereka yang suka melakukan kejahatan atau

penindasan menjadikan warga emas lebih berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan

dengan rasa selamat tanpa rasa ancaman dan penindasan.

KESIMPULAN

Kajian mengenai hak warga emas menurut perspektif Islam merupakan satu disiplin

yang mengkaji dan menganalisis konsep hak dalam konteks warga emas menurut

perspektif Islam. Ajaran Tauhid ini yang sangat menekankan hubungan sesama

manusia membuktikan bahawa setiap makhluk diberi perlindungan dalam mencapai

kesejahteraan hidup di dunia. Ketidakpatuhan terhadap suruhan ini menjadi punca

berlakunya pengabaian dan kezaliman terhadap golongan yang telah banyak

melakukan jasa dan pengorbanan.

Hak-hak perlindungan yang telah digariskan perlu dipraktikkan dalam memastikan

golongan warga emas ini memiliki kualiti hidup yang terjamin sama ada dari aspek

fizikal, emosi, ekonomi dan perundangan. Kesedaran terhadap melindungi hak dan

keperluan mereka merupakan suatu kesediaan yang penting dalam mencapai status

negara tua pada masa hadapan.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim, Pustaka Darul Iman.

1994. Ensiklopedi Islam. Jakarta: PT Lehtiar Baru Van Hoeve.

Abdul Aziz Jemain, Lukman Z. Mohamad, and Wan Norsiah Mohamed. 2001.

Jaminan Sosial Warga Tua. Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

al-Islamiyyah, Izarah al-Auqaf wa al-Su'un. 1990. al-Mausucah al-Fiqhiyyah, Juz 18.

zat al-salasil, Kuwait.

al-Zuhaily, Wahbah. 1898. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Vol. Juz 4. Damshiq: Dar

al-Fikr.

Esposito, John L. 1995. The Oxford Encyclopeadea of the Islamic World. New York:

Oxford University Press.

Page 14: HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/10-Suziana... · HAK WARGA EMAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Suziana Binti Ishak Zuliza Mohd

130

Hadith Nabi SAW

Ibrahim Mustafa, Hamid Abdul Qadir, Ahmad Hasan Al-Zayyat, and Muhammad Ali

al-Najjar. t.th. Mucjam al-Wasit. Istanbul: Dar Al-Da

cwah

Lane, EW. 1984. Arabic-English Lexicon. In The Islamic Texts Society Trust.

England.

M. Abdul Mujib, Mabruri Tholhah, and Syafiah Am. 1997. Kamus Isltilah Fiqih.

Selangor: Advanced Publication.

Salafuddin Abu Sayyid. 2010. Surga di Telapak Kaki Bunda. Sukarta: WIP Wacana

Ilmiah Press.

Yusri Abdul Malik, and Siti Pujiah. 1995. Warga Tua dan Anak Yatim (siri

masyarakat penyayang): Terbitan Setiamas.