bab 2 utilitarianisme

13
Bab 2 Kebajikan, Hak & Keadilan Pensyarah: Siti Hadijah Zulkilfy ATP 391(3)/ ATW 394(3) Etika Perniagaan

Upload: zariff-rafael

Post on 20-Aug-2015

7.456 views

Category:

Sports


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 utilitarianisme

Bab 2 Kebajikan, Hak

& Keadilan

Pensyarah:Siti Hadijah Zulkilfy

ATP 391(3)/ATW 394(3)

Etika Perniagaan

Page 2: Bab 2 utilitarianisme

Utilitarian KlasikUtilitarian Klasik

• Utilitarian merupakan pendekatan etika• Utiliti : kesudahan yang baik dan yang

dihajatkan,dapat dimanfaat sepenuhnya oleh insan terbanyak.

• Contoh: Aza sedang membuat keputusan sama ada menepati temu janji dengan seorang rakan sekolah yang sudah lama terpisah atau menghadiri jemputan ke satu majlis keramaian di tempat kerjanya. Pertimbangan Aza: Memungkiri temu janji dengan rakan lama, hanya rakannya sahaja yang kecewa. Jika tidak menghadiri majlis keramaian, ramai rakannya akan kecewa.Akhirnya Aza menghadiri majlis keramaian tersebut.

Page 3: Bab 2 utilitarianisme

• Diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748-1832) & John Stuart Mill (1806-1873)

• Menurut mereka, utilitarian bukan sekadar falsafah tetapi adalah instrumen yang berkesan untuk sosial, politik, ekonomi & perubahan perundangan

• Digunakan sebagai panduan paling praktikal untuk pergerakan reformasi inggeris

Page 4: Bab 2 utilitarianisme

Prinsip Ulilitarian- Jeremy Prinsip Ulilitarian- Jeremy BenthamBentham

• Semua tindakan manusia diransang oleh keinginan untuk mendapat kegembiraan / keseronokan dan keinginan mengelakkan diri dari mendapat mudarat

• Perlakuan yang menghasilkan lebih banyak keseronokan dan kebahagiaan merupakan perlakuan yang bermoral(dilihat dari segi kuantiti)

Page 5: Bab 2 utilitarianisme

• Utilitarian berbentuk sejagat: kebaikan yang paling tinggi ialah kegembiraan / kebahagiaan yang maksimum yang dapat dirasa oleh semua orang

• Untuk mengukur kegembiraan & kesakitan (pain & pleasure) & membandingkan amaun manfaat & mudarat yang dihasilkan oleh sesuatu perbuatan yang berbeza-beza, Bentham telah membentuk pengukur etika yang dipanggil “Hedonistic Calculus”.

Page 6: Bab 2 utilitarianisme

Hedonistic Calculus mempunyai 7 tahap perasaan

i. Kekuatan perasaan (intensity of feeling)ii. Jangka masa perasaan (duration of

feeling)iii. Ketepatan perasaan (certainty of

feeling)iv. Kedekatan perasaan (propinquity)v. Kesuburan perasaan (fecundity)vi. Kesucian perasaan (purity)vii. Takat perasaan (extent)

Page 7: Bab 2 utilitarianisme

• Setiap tahap diberikan markah • Keputusan atas perbuatan diperolehi

dengan mencampurkan semua markah bagi tahap-tahap tersebut

• Jika jumlah markah +ve (baik) lebi banyak daripada –ve (buruk), maka tindakan adalah bermoralbermoral

• Bentham menyatakan sesuatu perbuatan salah bukan kerana ia kejam/berdosa, kerana menimbulkan lebih banyak perasaan dukacita (pain) daripada sukacita (pleasure)

Page 8: Bab 2 utilitarianisme

• Kritikan: Kegembiraan/sukacita memanglah menyeronokan, tetapi jika kegembiraan dijadikan pengukuran kepada manusia, ia amatlah tidak tepat kerana haiwan sendiri boleh menikmati kenkmatan/kegembiraan

• Utilitarian dianggap sebagai “pig philosophy”

• Pernyataan melampau: adalah lebih baik menjadi haiwan yang gembira daripada menjadi manusia yang berdukacita

Page 9: Bab 2 utilitarianisme

• Menolak pandangan Bentham yang menyatakan keseronokan yang dirasai itu adalah serupa

• Menyatakan bahawa keseronokan/kebahagiaan mempunyai kualiti yang berbeza; ada tinggi/rendah

• The greatest happiness principle • Melihat dari segi kuantiti dan kualiti

keseronokan.• Kuantiti : makin tinggi kesusahan, maka

makin tinggilah kebahagiaan dan keseronokan. Menyokong konsep peperangan.

Prinsip Utilitarian-John Prinsip Utilitarian-John Stuart MillStuart Mill

Page 10: Bab 2 utilitarianisme

• Kualiti keseronokan bagi Mill mengambil kira faktor pendidikan, keperihatinan terhadap orang lain dan perasaan moral daripada sesuatu tingkah laku (keseronokan intelektual)

• Untuk membuat keputusan etika, seseorang perlu mempunyai penilaian sendiri yang bersifat subjektif

• Orang yang mempunyai kualiti kebahagiaan yang tinggi= sejahtera, sihat fizikal & mental, berpendidikan, berakhlak & sensitif terhadap orang lain

• Orang yang mempuyai kualiti kebahagiaan yang rendah= bodoh, jahil, malas, mementingkan diri & suka kebahagiaan fizikal

Page 11: Bab 2 utilitarianisme

Bentuk2 UtilitarianBentuk2 Utilitarian

i. Consequentialisme- betul/salah tindakan ditentukan sepenuhnya oleh akibat daripada tindakan tersebut

ii. Hedonisme- utiliti dicapai dengan kenikmatan & kegembiraan semata-mata

iii. Maximalisme- tindakan yang betul bukan sekadar yang memberikan akibat yang baik, malah yang memberikan jumlah akibat baik yang paling banyak berbanding jumlah akibat buruk

iv. Universalisme- kesan tindakan yang diambilkira melibatkan semua orang

Page 12: Bab 2 utilitarianisme

Analisi Kos - ManfaatAnalisi Kos - Manfaat

• Alternatif kepada pendekata Bentham (Hedonistic Calculus) & menggunakan unit matawang sebagai pengukur kepada manfaat yang diterima

• Tujuan: untuk kenalpasti apakah KOS dan MANFAAT bagi semua orang terlibat

• Kelebihan: Harga bagi kebanyakan barang ditentukan oleh pasaran, maka keperluan untuk mengetahui apakah kenikmatan manusia dapat dihapuskan

Page 13: Bab 2 utilitarianisme

• Masalah: i. Tidak semua kos & manfaat boleh

ditentukan dengan nilai wang. Kadangkala harga sesetengah barang tidak menggambarkan nilainya yang sebenar

ii. Memberi nilai wang kepada sesetengah barang atau perkara akan mengurangkan nilai yang ada sedangkan ia tidak boleh dijual beli dalam pasaran

• Shadow Pricing- Kaedah untuk mengatasi masalah di atas. Nilai barangan ditentukan dengan mengambilkira gelagat pasaran & bukan pasaran. Bukan penyelesaian terbaik