bab 2 tambahan

50
DISEDIAKAN OLEH : HASNUL MUNAWAR BIN GHANI POLITEKNIK JOHOR BAHRU JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL BAB DUA ( 2 ) ALAT – ALAT TANGAN

Upload: hasnul73

Post on 19-Jun-2015

4.605 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 tambahan

DISEDIAKAN OLEH :HASNUL MUNAWAR BIN GHANI

POLITEKNIK JOHOR BAHRUJABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

BAB DUA ( 2 )ALAT – ALAT TANGAN

Page 2: Bab 2 tambahan

ALATAN TANGANPEMBARIS KELULI , PENGGARIT , PENEBUK , SESIKU

L , JANGKA TOLOK

JANGKARIT , SESIKU BERGABUNG , PLAT SUDUT , TOLOK PERMUKAAN

ANGKUP , SESIKU SERONG , JANGKA SUDUT , TOLOK JEJARI DAN TOLOK KEMBI

TOLOK PERENGGANG , BONGKAH VEE , PENGAPIT ALAT TUKANG

BILAH SELARI , MEDIA PENANDA , MEJA PENANDA

PLAT PERMUKAAN , JANGKA SUDUT VERNIER , TOLOK DAIL

Page 3: Bab 2 tambahan

GAMBARAJAH PEMBARIS KELULI

Page 4: Bab 2 tambahan

PEMBARIS KELULI-Diperbuat daripada keluli kalis karat atau keluli alat. -Skalanya ialah dalam unit inci dan metrik.-Boleh didapati dalam berbagai-bagai unit panjang, iaitu daripada 6 milimeter hingga 1 meter.Bagaimanapun yang lazim digunakan ialah ukuran 150mm hingga 300mm.-pembaris keluli metrik disenggatkan kepada setengah dan satu milimeter manakala pembaris keluli inci disenggatkan dalam pecahan dan perpuluhan.-pembaris keluli metrik lebih senang dibaca kerana ia tidak dibuat dalam bentuk pecahan dan tidak perlu dikecilkan.

Page 5: Bab 2 tambahan

-mengukur jarak lelurus.

-menguji keratan permukaan benda kerja.

-membuat garisan lurus.

KEGUNAANYA

Page 6: Bab 2 tambahan

GAMBARAJAH PENGGARIT

Page 7: Bab 2 tambahan

-Diperbuat daripada keluli alat yang dikeraskan dan dibaja. Matanya halus dan tajam, hujungnya pula bengkok.

-kegunaan utama penggarit ialah untuk membuat garisan di atas pemukaan benda kerja dan biasanya digunakan bersama-sama alat lain.

-matanya mestilah sentiasa tajam supaya garisan-garisan yang dibuat terang dan jelas.

-terdapat juga penggarit jenis kocek yang mudah dibawa.

PENGGARIT

Page 8: Bab 2 tambahan

-mata penggarit mestilah dicondongkan berhampiran dengan tepi pembaris.-Penggarit pula mestilah dicondongkan mengikut arah garisan.

-gariskan dengan teguh bagi mendapatkan garisan yang jelas.

KEGUNAANNYA

Page 9: Bab 2 tambahan

GAMBARAJAH PENEBUK

Page 10: Bab 2 tambahan

-Terdapat 2 jenis penebuk :

1. Penebuk cucuk dan penebuk pusat.

2. Penebuk cemat.

PENEBUK CUCUK DAN PENEBUK PUSAT

-diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang dikeraskan dan dibaja.

-mempunyai bentuk yang hampir sama kecuali hujung matanya berlainan sudut.

-penebuk cucuk mempunyai hujung mata yang halus, biasanya ia dicanau dengan sudut 30-60.

-hujung mata penebuk pusat pula dicanai dengan sudut 90 untuk mendapatkan kesan tebuk yang lebih lebar.

PENEBUK CEMAT

-berbeza daripada penebuk laind adri segi bentuk dan hujungnya.

-garis pusat bahagian hujung yang tirus ialah 3mm hingga 6mm sementara jenis selari mempunyai garis pusat 1.5mm hingga 8mm.

PENEBUK

Page 11: Bab 2 tambahan

PENEBUK CUCUK

-Membuat tanda tekan yang halus pada garisan tandaan supaya tandaan tidak hilang.

-menempatkan kaki jangka tolok untuk melukiskan bulatan.

PENEBUK PUSAT

-menanda lubang pusat gerudi.pusat lubang yang ditebuk mestilah tepat kedudukannya.

PENEBUK CEMAT

-digunakan untuk mengeluarkan cemat atau menanggalkan rivet dari benda kerja.

KEGUNAANNYA

Page 12: Bab 2 tambahan

GAMBARAJAH SESIKU L

Page 13: Bab 2 tambahan

-Merupakan satu tolok yang digunakan untuk memasang dan mengukur sudut 90 sama ada bahagian luar ataupun dalam.

-bahagian badan sesiku L lebih tebal dan lebih pendek daripada bahagian mata.

-mata dipasang bersudut tepat dengan badan dengan cara menerpa atau merivet.

-Panjang sesuatu sesiku L bergantung pada matanya.

-diperbuat daripada keluli yang dikeraskan supaya tidak mudah haus.

SESIKU L

Page 14: Bab 2 tambahan

-menguji ketepatan sudut tepat 90.

-membuat garisan tegak dan selari.

-mengeset benda kerja supaya tegak.

KEGUNAANNYA

Page 15: Bab 2 tambahan

GAMBARAJAH JANGKA TOLOK

Page 16: Bab 2 tambahan

-mempunyai dua batang penggarit keluli yang dikeraskan.

-hujung matanya tajam dan pada pangkalnya pula terdapat pegas yang disangga dengan tuas bagi membolehkan ia dilaraskan dengan mudah.

KEGUNAAN JANGKA TOLOK

-membuat lengkok dan bulatan.

-mengukur dan menguji jarak.

JANGKA TOLOK

Page 17: Bab 2 tambahan

JENIS-JENIS JANGKA TOLOK

1. Jangka tolok bercantum pegas

2. Jangka tolok suku bulat

3. Jangka tolok bergabung

Jangka tolok

Page 18: Bab 2 tambahan

GAMBARAJAH JANGKARIT

Page 19: Bab 2 tambahan

-terdiri daripada satu batang rusuk yang lurus dan panjang.

-dua kepala jangkarit yang boleh digerakkan pada batang rusuk memegang matanya.

-salah satu daripada kepala penggaritdilekapkan dengan nat pelarashalus supaya mudah dianjakkan.

KEGUNAANNYA

-menanda bulatan atau lengkok yang besar yang tidak boleh dibuat oleh jangka tolok biasa.

-membahagi garisan dan menanda selari.

JANGKARIT

Page 20: Bab 2 tambahan

GAMBARAJAH SESIKU BERGABUNG

Page 21: Bab 2 tambahan

-merupakan kombinasi empat alat yang dipasangkan pada pembaris , iaitu :

a) Pembaris keluli

b) Kepala sesiku

c) Kepala jangka sudut

d) Kepala pusat

1. Pembaris keluli

-bahagian belakangnya terdapat lurah bagi membolehkan bahagian kepala berkesot.

2. Kepala sesiku

-mempunyai sudut tepat 90 dan 45.

-dilengkapi dengan pengaras spirit.

-kombinasi kepala sesiku dan pembaris ini membolehkan ia digunakanuntuk menanda garisan selari atau bersudut tepat.

-sebagai tolok penguji dalam dan juga menguji sudut tepat atau sudut 45.

SESIKU BERGABUNG

Page 22: Bab 2 tambahan

GAMBARAJAH PLAT SUDUT

Page 23: Bab 2 tambahan

3. Kepala jangka sudut

-ia disengatkan kepada 0-180 atau 0-90 sebelah menyebelah.

-memboleh pembaris disetkan kepada sebarang sudut.

4. Kepala pusat

-digunakan untuk menanda pusat bar bulatan atau membuat garisan pada sisi bongkah bersudut tepi.

Page 24: Bab 2 tambahan

-berbentuk L dan diperbuat daripada besi tuang atau keluli yang dikeraskan.

-dicanai rata dan bersudut tepat 90.

-saiznya ialah antara 75mm-300mm panjang.

KEGUNAAN PLAT SUDUT

-untuk menyokong benda kerja supaya kedudukannya kukuh semasa menanda.-benda kerja biasanya diikat atau diapit pada plat sudut ini.

PLAT SUDUT

Page 25: Bab 2 tambahan

GAMBARAJAH TOLOK PERMUKAAN

Page 26: Bab 2 tambahan

-digunakan bersama-sama plat permukaan untuk menandakan garisan.

-terdiri daripada tiga bahagian :

1. Tapak

2. Turus

3. Penggarit

TAPAK

Diperbuat daripada besi tuang atau keluli.ia adalah berat supaya kedudukannya tetap.bentuk tapak ini samada segiempat atau bulat.lurah vee terdapat pada bahagian bawah tapak

TURUS

Dipasangkan terus pada tapak berbentuk bulat, atau menerusi jumpelang.lengan jumpelang boleh dijongketkan supaya membolehkan turus dikilas dengan bebas.

PENGGARIT

Diperbuat daripada keluli tahan lasak yang dikeraskan dan dibaja.satu daripada hujung matanya lurus dan satu lagi bengkok.

TOLOK PERMUKAAN

Page 27: Bab 2 tambahan

-menandakan garisan selari di atas plat permukaan atau meja penanda.

-menanda keselarian atau penjajaran.

-menguji atau mengeset benda kerja bulat dalam cuk mesin pelarik supaya kedudukannya sepusat dengan pusat cuk.

-mencari pusat bahagian hujung benda kerja bulat.

KEGUNAANNYA

Page 28: Bab 2 tambahan

GAMBARAJAH SESIKU SERONG

Page 29: Bab 2 tambahan

-memindahkan ukuran.

-kaki angkup yang disendikan di bahagian pangkalnya boleh dilaraskan.

-terbahagi kepada dua iaitu angkup bercantum ketat dan bercantum pegas.

1. Angkup bercantum ketat

-kakinya bercantum dengan ketat menggunakan skru segienam dan nat.

2. Angkup bercantum pegas

-terdapat satu pencengkam pegas yang boleh mengenakan tekanan pada nat pelarasnya.

JENIS JENIS ANGKUP

3. Angkup luar

4. Angkup dalam

5. Angkup pemindah

6. Angkup vernier

7. Angkup jenny

ANGKUP

Page 30: Bab 2 tambahan
Page 31: Bab 2 tambahan

-diperbuat daripada keluli berkarbon dan semua permukaan serta tepinya dicanai

-terdapat dalam berbagai-bagai bentuk , matanya boleh dikilaskan kepada sebarang sudut dan dikuncikan kepada sebarang kedudukan.

KEGUNAANNYA

-menanda garisan bersudut

-menguji ketepatan tepi serong.

SESIKU SERONG

Page 32: Bab 2 tambahan

GAMBARAJAH JANGKA SUDUT

Page 33: Bab 2 tambahan

-badan jangka sudut berbentuk separuh bulatan dan mempunyai skala 0-180.

-bilah keluli boleh dikilas seperti jarum jam dan dikuncikan kepada sebarang sudut.

KEGUNAANNYA

-untuk menanda garisan bersudut.

-untuk menguji, mengeset atau memindahkan sudut yang diketahui kepada benda kerja.

JANGKA SUDUT

Page 34: Bab 2 tambahan

GAMBARAJAH TOLOK JEJARI

Page 35: Bab 2 tambahan

-terdiri daripada kepingan keluli yang mempunyai jejari yang terdapat dalam berbagai-bagai saiz.

-kepingan tolok ini terdapat berpasang-pasang dan tersusun dalam satu rumah.

-saiznya boleh didapati dalam unit inci dan metrik

KEGUNAANNYA

-untuk menguji permukaan yang melengkung dan pepenjuru jejari.

TOLOK JEJARI

Page 36: Bab 2 tambahan

GAMBARAJAH TOLOK PERENGGANG

Page 37: Bab 2 tambahan

-merupakan bilah-bilah keluli nipis yang dijambak dalam rumah.

KEGUNAANNYA

-untuk mengambil ukuran yang kecil seperti lurah sempit.

-untuk menentukan jenis gegas dalam pemasangan kompenen mesin.

-di dalam bengkel auto, ia digunakan untuk menetapkan telusan bagi injap atau palam pencucuh.

-untuk memberi ruang kecil diantara mata peraut dengan bongkah penetap.

TOLOK PERENGGANG

Page 38: Bab 2 tambahan

Gambarajah bongkah vee

Page 39: Bab 2 tambahan

-diperbuat daripada besi tuang atau keluli yang dikeraskan.

-terdapat dua lurah berbentuk vee dan di kedua-dua belah tepinya pula dibuat lengkung lurah bersudut 90.

-terbahagi kepada jenis iaitu bongkah vee kecil dan besar.

-bongkah vee kecil diperbuat daripada keluli tahan lasak yang dikeraskan dan dibaja manakala bongkah vee besar diperbuat daripada esi tuang.

KEGUNAANNYA

-untuk memegang dan menyokong benda kerja bulat semasa menanda atau menggerudi.

BONGKAH VEE

Page 40: Bab 2 tambahan

-digunakan untuk mengapit benda kerja bulat yang diletakkan pada bongkah vee semasa menanda atau menggerudi.

-kerap digunakan untuk mengapit kepingan logam yang banyak.

PENGAPIT

Page 41: Bab 2 tambahan

-terdiri daripada dua pengapit yang dipegang dengan dua skru pelaras.

-kegunaannya sama dengan pengapit.

PENGAPIT ALAT TUKANG

Page 42: Bab 2 tambahan

-diperbuat daripada keluli berkarbon yang dikeraskan dan dibaja.

-ia dicanai rata.

-bentuknya segiempat tepat atau segiempat bujur yang berbeza ukuran panjangnya.

KEGUNAANNYA

-untuk menyokong dan melapik benda kerja supaya rata kedudukannya di atas meja.

-dalam kerja memesin, bilah selari sangat berguna untuk melapik benda kerja supaya ketinggian benda kerja dapat dilaraskan.

BILAH SELARI

Page 43: Bab 2 tambahan

-media penanda ialah bahan yang disapukan di atas di atas permukaan benda kerja sama ada kasar ataupun licin.

KEGUNAANNYA

-untuk memastikan garisan-garisan yang ditanda nampak jelas, terdapat barbagai-bagai bahan yang boleh dijadikan media penanda, iaitu :

1. Kapur tulis

2. Larutan kuprik sulfit

3. Plumbum putih dan turpentin

4. Kapur cair dicampur dengan air

5. Warna warna penanda

6. varnish

MEDIA PENANDA

Page 44: Bab 2 tambahan

-diperbuat daripada besi tuang.

-saiznya antara 300mm x 1mm – 6mm x 1mm.

-permukaannya dicanai hingga rata.

-kaki meja biasanya dilengkapkan dengan nat pelaras supaya permukaannya betul-betul datar.

KEGUNAANNYA

-menguji keselarian dan kesejajaran kompenen yang telah dimesin.

-menanda benda kerja yang besar seperti kelonsong, engkol, meja mesin, turus dan barangan fabrikasi yang lain.

MEJA PENANDA

Page 45: Bab 2 tambahan

-diperbuat daripada besi tuang, granit atau seramik yang bermutu tinggi.

-saiznya antara 100mm x 150mm hingga 1m x 1m.

-plat permukaan mempunyai berbagai-bagai gred.gred A mempunyai ketepatan kurang daripada 0.02 mm, ia dicanai dan dikikis.

KEGUNAANNYA

-digunakan untuk kerja-kerja penandaan yang jitu.

-bahagian bawah plat permukaan adalah bertulang untuk mengelakkan nya daripada melending.

PLAT PERMUKAAN

Page 46: Bab 2 tambahan

GAMBARAJAH JANGKA SUDUT VERNIER

Page 47: Bab 2 tambahan

KEGUNAANNYA

-untuk mengukur sudut dengan tepat.

-ketepatan boleh dibaca sehingga kepada 5’ atau 1/12.

-untuk kerja-kerja menanda atau menguji sudut.

Bahagian jangka sudut vernier

1. Bilah

-Mempunyai berbagai-bagai ukuran, biasanya 150mm atau 300mm.

-ia dimasokkan ke dalam dail, boleh dikilas, dilaraskan dan dikunci pada sebarang sudut.

2. Dail

-terdiri daripada 2 skala

a) Skala utama

b) Skala vernier

JANGKA SUDUT VERNIER

Page 48: Bab 2 tambahan

GAMBARAJAH TOLOK DAIL

Page 49: Bab 2 tambahan

-mempunyai senggatan-senggatan tentukuran untuk menunjukkan jumlah ralat bagi sesuatu saiz atau penjajaran yang diuji.

-tolok dail metrik mempunyai senggatan 1/100mm ataupun 1/200mm.tolok dail imperial pula mempunyai senggatan pada 1/100inci ataupun 1/10000inci.

-terdapat dua bentuk senggatan pada tolok dail, iaitu :

1. Senggatan imbangan

2. Senggatan terus

-putaran jantungnya bergantung pada panjang pelocok.

-biasanya jarum hanya berputar dalam satu putaran.

-dail yang berputar lebih daripada satu putaran mempunyai jarum yang boleh membilang berapa kali jarum dail berputar.

KEGUNAANNYA

-menguji penjajaran sesuatu komponen dengan tepat.

-menempatkan benda kerja yang hendak di mesin pada satu kedudukan.

-menguji dengan pantas benda-benda yang berukuran serba sama.

TOLOK DAIL

Page 50: Bab 2 tambahan