bab 2 tingkatan 2

26

Click here to load reader

Upload: anizah-asimin

Post on 17-Dec-2015

314 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

bab 2NUTRISI

Kelas-kelas PemakananSetiap hidupan (living things) memerlukan makanan untuk meneruskan hidup.

Kita memerlukan makanan untuk:mendapatkan tenaga kimia (chemical energy) untuk menjalanakan aktiviti, dan haba bagi mengekalkan suhu badan (body temperature) pada 37C.membina tisu baru semasa pembesaran dan juga untuk pembaikan tisu yang lama atau rosak yang terdapat di dalam badan.mengekalkan kesihatan badan serta melindunginya daripada sebarang penyakit dan jangkitan.

Makanan yang dimakan oleh manusia boleh dibahagikan kepada tujuh (07) kelas seperti berikut:Karbohidrat (carbohydrate)ProteinLemak (fat)VitaminMineralSerat (fibre)Air (water)

Kelas Makanan dan KhasiatnyaKARBOHIDRATMakanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigenFungsi : Membekalkan tenagaContoh : nasi, roti, coklat, ubi

KarbohidratKarbohidrat (carbohydrates) adalah nutrien yang mengandungi karbon (carbon), hidrogen (hydrogen) dan oksigen (oxygen).Nisbah(ratio) hidrogen kepada oksigen adalah 2:1.

Karbohidrat terbentuk daripada molekul-molekul ringkas yang dikenali sebagai gula ringkas (simple sugar).

Karbohidratboleh dibahagikan kepadatiga jenis, berdasarkan bilangan gula ringkas yang terdapat didalam molekul:Monosakarida(monosaccharide) - terdiri daripada lebih daripada satu unit gula ringkas.Contoh: Glukosa, fruktosa, galaktosa.Disakarida(disaccharide) - terdiri daripada dua unit gula ringkas.Contoh: Laktosa, maltosa, sukrosa.Polisakarida(polysaccharide) - terdiri daripada banyak unit-unit gula ringkas.Contoh: Kanji, glikogen, selulosa.

Sumber karbohidrat:Makanan yangberkanji(starchy food) seperti roti, nasi, dan kentang.Makanan yangmanis/bergula(sugary food) seperti madu, buah-buahan, tebu dan susu.

Makanan-makanan yang kaya dengan karbohidrat.

Jadual di bawah menunjukkan peratusan kandungan karbohidrat didalam beberapa jenis makanan:SumberKandungan karbohidrat (%)

Nasi76

Roti74

Pisang53

Daging10

Ikan2

Fungsi karbohidrat:Untukmembekalkan tenagasupaya sel-sel badan dapat berfungsi dengan lebih cekap (efficiently). Satu gram (1g) karbohidrat boleh menghasilkan17 kJtenaga apabila dioksidakan sepenuhnya (completely oxidised).Sebagaisimpanan makanan(as stored food) pada haiwan dan sel-sel tumbuhan, sebagai contoh:i) Glukosa yang berlebihan akan ditukar kepadaglikogenuntuk disimpan dalam sel-sel haiwan.ii) Sel-sel tumbuhan menyimpan lebihanglukosa(excess glucose) dalam bentuk kanji (starch).iii) Kanji dan glikogen boleh ditukarkan semula kepada gula ringkas apabila diperlukan.

Ujian makanan untuk karbohidrat.

Kehadiran kanji dan glikogen (glycogen) boleh diuji dengan larutan iodin (iodine solution). Apabilaiodinyang berwarnaperang kekuningan(yellowish brown) dititiskan ke dalam larutan berkanji, warna larutan akan berubah kepadabiru gelap(dark blue) atau biru kehitaman (blackish blue).

Kehadiran glukosa (glucose), galaktosa (galactose), laktosa (lactose), dan maltosa (maltose) boleh diuji dengan menggunakan larutan Benedict atau larutan Fehling. Apabilalarutan Benedictdititiskan kedalam larutan glukosa dan kemudiannyacampuran larutan tersebut dipanaskanperlahan-lahan selama dua minit, larutan tersebut secaraberansur-ansur(gradually) akanberubah warnadaripada biru muda (light blue), hijau (green), kuning (yellow), jingga (orange) dan akhirnya kepadamendakan merah bata(brick-red precipitate).PROTEINMakanan yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan kadangkala sulfur serta fosforusFungsi : membina sel baharu, baiki tisu rosakContoh : Daging, Ikan, Putih Telur, Susu dan Kacang SoyaProteinProtein adalah nutrien yang mengandungikarbon(carbon),hidrogen(hydrogen),oksigen(oxygen) dannitrogen. Ada juga protein mengandungi sulfur (sulphur) dan fosforus (phosphorus).

Sifat-sifat protein:Unit asas bagi protein adalahasid amino(amino acid). Terdapat 20 jenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti serine, methionine, glycine dan alanine.Kebanyakan protein terbentuk daripada 100-300 unit rantaian asid amino. Ini menjadikan molekul protein besar dan kompleks. Protein tidak dapat menembusi membran plasma di dalam sel dan juga tidak larut (insoluble) dalam air.Terdapatdua kelas protein, iaituprotein kelas pertama(protein daripada haiwan) yang mengandungi semua jenis asid amino danprotein kelas kedua(protein daripada tumbuhan) yang mana terdapat kekurangan beberapa jenis asid amino.Sesetengah asid amino tidak boleh dibentuk oleh sel-sel badan. Jadi, asid amino ini hendaklah diperolehi daripada makanan.

Sumber protein:Protein haiwan seperti daging, ikan, telur, susu dan produk tenusu (keju dan mentega).Protein tumbuhan seperti kekacang (soya, kacang tanah, kacang pea) dan bijirin (oat, gandum, jagung).

Makanan-makanan yang kaya dengan sumber protein.

Jadual di bawah menunjukkan peratusan kandungan protein dalam beberapa jenis makanan.

SumberKandungan Protein (%)

Ikan (Fish)26.0

Daging (Meat)23.0

Telur (Egg)14.0

Milk (Susu)6.0

Sayur-sayuran (Vegetables)3.2

Fungsi protein:Untukpertumbuhan badan(growth of the body) kerana protein adalah salah satu komponen utama dalam protoplasma (protoplasm) sel.Untukpembentukan sel-sel baru(formation of new cells) bagi menggantikan sel-sel lama atau sel-sel yang telah rosak.Untukmensintesiskan sebatian protein yang lain(synthesise other protein compounds) seperti enzim, hormon dan antibodi.Untukmemberikan tenaga(provide energy). Protein boleh ditukarkan (broken down) kepada glikogen (glycogen) apabila tubuh badan kekurangan karbohidrat (carbohydrate) dan lemak (fat). Glikogen adalah tenaga yang tersimpan (stored energy) yang mana ianya boleh menghasilkan tenaga apabila dioksidasikan (oxidised) melalui respirasi sel.

Ujian protein:Ujian untuk mengesan kehadiran protein dalam sampel makanan dikenali sebagaiUjian Millon(Millon's test).Mendakan merah bata(brick-red precipitate) akan terbentuk apabila makanan yang mengandungi protein (seperti albumin telur) dipanaskan bersama-sama (heated together) denganreagen Millon(Millon's reagent).

LEMAKMakanan yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, tetapi dalam nisbah berlainanFungsi : Memanaskan badan, mengekalkan suhu badan, membekalkan tenaga, melindungi organ dalaman daripada gegaranContoh : Mentega, Kuning Telur, Minyak Ikan, Lemak DagingLemakLemak (fats) adalah sebatian (compounds) yang mengandungikarbon(carbon),hidrogen(hydrogen)danoksigen(oxygen), tetapi nisbah hidrogen dengan oksigen adalah lebih tinggi daripada 2:1.Sebagai contoh, nisbah hidrogen kepada oksigen dalam tricerine (sejenis lemak haiwan) adalah18:1.

Sifat-sifat lemak:Unit asas bagi lemak adalahasid lemak(fatty acid) dangliserol(glycerol).Satu molekul lemak adalah terbentuk daripadasatumolekul gliserol dantigamolekul asid lemak.Lemak wujud dalam bentukpepejal(solid). Pada suhu bilik (room temperature), lemak wujud dalambentukcecair(liquid) dan dikenali sebagaiminyak(oils).Lemaktidak larut(insoluble) dalam air tetapi boleh larut (dissolve) dalamalkohol(alcohol).Lemak juga boleh melarutkan vitamin A, D, E dan K.

Sumber-sumber lemak:Lemak haiwan seperti mentega (butter), keju (cheese), kuning telur (egg yolk), minyak sapi (ghee)dan minyak ikan kod (cod fish oil). Lemak haiwan mengandungi paraskolestrol(cholestrol) yang tinggi.Lemak tumbuh-tumbuhanseperti sayur-sayuran (margerine), minyak kelapa, minyak zaitun, minyak sawit,minyak jagung, minyak bijirin dan minyak kacang soya.

Jadual berikut menunjukkan peratusan lemak/minyak yang terdapat didalam beberapa jenis makanan:

SumberKandungan lemak/minyak (%)

Ayam7

Telur11

Daging28

Keju35

Mentega82

Fungsi-fungsi lemak:Sebagaisumber yang kayadengan tenaga. Pengoksidaan (oxidation) satu gram (1g) lemak bolehmenghasilkan38kJtenaga, iaitu dua kali ganda jumlah tenaga yang dihasilkan oleh satu gram (1g)karbohidrat (carbohydrates).Sebagaipenebat haba(heat insulator) kepada badan. Lemak berlebihan yang disimpan sebagai tisuadipos (adipose tissues) dibawah kulit, boleh mengekalkan suhu badan.Sebagai pelarut vitaminA,D,E, danKuntuk membolehkan/memudahkan pengangkutan kebahagian-bahagian tertentu badan.Menyekat kehilangan airdari permukaan kulit melalui rembesan minyak (secretion of oil) olehkelenjar sebum pada kulit (skin).

Ujian mengesan kehadiran lemak:Ujian bagi mengesan kehadiran lemak dalam sampel makanan dikenali sebagaiujian emulsi alkohol(alcohol-emulsion test).Beberapa titik etanol/ethanol (sejenis alkohol) ditambahkan kepada sejumlah kecil lemak dancampuran tersebut digoncang dengan bersungguh-sungguh untuk melarutkan lemak. Kemudianditambahkan air sejuk dengan jumlah amaun yang sama. Emulsi putih keruh (cloudy white emulsion)menunjukkan kehadiran lemak atau minyak.

VITAMINSebatian organik yang penting untuk badanTerbahagi kepadaVitamin Larut Lemak(A,D,E,K) danVitamin Larut Air(B,C)Fungsi : Penting untuk kesihatan badanContoh :Tomato, Susu, Limau, Telur, Ikan Kod

GARAM MINERALSebatian organik yang penting untukmemelihara kesihatan badanDiperlukan dalamkuantiti yang sedikitsahajaFungsi : Penting untuk kesihatan badanContoh :Ikan Bilis, Garam, Tomato, Limau, Telur, Ikan Kod

PELAWASBahan bergentian yang tidak dapat dicernakan badanMerangsang pengecutan otot di sepanjang salur pencernaanFungsi : Mencegah sembelitContoh :Nangka, Nenas, Betik, Jagung

AIR67% daripada badan manusia terdiri daripada airFungsi : Mengangkut bahan terlarut ke seluruh badan, mengawal suhu badan dan kepekatan darahContoh :Air minumanUjian MakananUjian makanan adalah ujikaji yang dijalankan bagi menguji kehadiran sesuatu bahan dalam satu sampel makanan. Ada banyak ujian makanan. Namun dalam entri ini hanya difokuskan kepada 4 jenis ujian makanan sahaja, iaitu Ujian Iodin, Ujian Lemak, Ujian Benedict dan Ujian MillonUjian IodinUjian Iodin digunakan bagi menguji kehadiran KANJI dalam sampel makanan. Caranya adalah dengan menitiskan beberapa titisan larutan Iodin ke dalam sampel. Sekiranya sampel berubah menjadi biru gelap atau biru kehitaman, maka sampel tersebut memang mengandungi kanji. Jika tiada perubahan, maka sampel tersebut tidak mengandungi kanji.Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji kanji adalah air nasi, roti dan ubi.

Ujian LemakUjian lemak mempunyai 2 kaedah. Kaedah pertama adalah dengan menggunakan kertas turas. Titiskan beberapa sampel makanan ke atas kertas turas dan sekiranya terdapat tompokan lutsinar, maka sampel terbukti mengandungi lemak.

Kaedah kedua pula adalah dengan menggunakan etanol. Sampel dicampurkan dengan sedikit larutan etanol. Jika sampel makanan mengandungi lemak, maka kita akan dapat satu emulsi lemak.Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji lemak adalah minyak masak, dan marjerin.

Ujian BenedictUjian Benedict digunakan bagi menguji kehadiran GLUKOSA dalam sampel makanan. Caranya adalah dengan mencampurkan sampel dengan larutan Benedict yang berwarna biru. Kemudian campuran tadi dipanaskan dalam kukus air. Sekiranya sampel mengandungi glukosa, maka larutan akan berubah menjadi mendakan merah bata.Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji glukosa adalah air gula.

Ujian MillonUjian Millon digunakan bagi menguji kehadiran PROTEIN dalam sampel makanan. Caranya adalah dengan mencampurkan sampel dengan Reagen Millon. Campuran tadi kemudiannya dipanaskan dalam kukus air. Sekiranya sampel mengandungi protein, maka larutan akan berubah menjadi mendakan merah bata.Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji protein adalah albumen, dan putih telur.Pemakanan atau Gizi SeimbangGizi bermaksudmakanan yang dimakansetiap hari. Gizi yangseimbangadalah penting bagi manusia. Banyakfaktor yang mendorong kepada keperluan gizi seimbang, termasuklah aktiviti seharian. Ini kerana dalam melakukan aktiviti seharian, kita akan bergantung kepadakeperluan tenaga yang mencukupidaripada makanan yang kita makan. Selain daripada itu juga, kita perlukan kelas makanan yang betul bagimenjamin pertumbuhan tumbesarandan jugamenjaga kesihatan.

GIZI SEIMBANGPemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi

Hidangan makanan kita mestilah mengandungikesemua kelas makanan yang diperlukan. Sebagai contohnya, hidangan makan tengahari perlulah mengandungikarbohidratuntuk tenaga kita (nasi),proteinuntuk tumbesaran dan baikpulih sel (ayam / daging),mineral dan vitaminuntuk kesihatan badan (sayur dan buah-buahan) serta bahanpelarutbadan (air). Semua ini perlu adadalam kuantiti yang betul dan mencukupiseperti yang diperlukan oleh badan.

GIZI TIDAK SEIMBANGPemakanan yang tidak lengkap serta hanya mengandungi kelas makanan tertentu sahaja

Hidangan makanan yang mengandungihanya kelas makanan tertentusahaja dan lazimnya banyak denganbahan makanan yang tidak berkhasiatkepada badan. Sebagai contohnya makanan ringan atau makanan segera yang mempunyai kandungan garam atau gula yang tinggi, sedangkan kandungan karbohidrat dan protein yang sangat rendah. Ini yang dikatakan dengan gizi tidak seimbang.

Rancang Gizi Seimbang Dengan Senarai Kalori Makanan SeharianAdalah merupakan satu keperluan bagi setiap individu dalam merancangpemakanan seimbangdengan menggunakan senarai kalori makanan yang kita makan seharian. Sebagai contohnya, wanita dewasa memerlukan 1600-2000 kalori sehari manakala lelaki dewasa pula memerlukan sehingga 2000-2500 kalori sehari.

Keperluan kalori juga adalah bergantung kepada beberapafaktor lainseperti jantina, umur, saiz badan, jenis pekerjaan, iklim dan keadaan kesihatan. Manakala setiap 8000 kalori yang lebih atau terkumpul pula akan menaikkan 1kg berat badan anda. Di bawah ini, disenaraikan kalori-kalori mengikut makanan harian kita.

Kategori: Makanan Rutin1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori14. Emping jagung kosong (secawan) = 160kalori

Kategori: Lauk Pauk1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori12. Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Kuih Muih1.Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori5. Popia goreng (satu) = 130 kalori6. Popia basah (satu) = 95 kalori7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori9. Karipap (sebiji) = 130 kalori10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Makanan Segera1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori5. Burger keju (satu) = 425 kalori6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori2. Betik (sepotong) = 45 kalori3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori4. Durian (5 ulas) = 64 kalori5. Limau (sebiji) = 42 kalori6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori7. Nenas (sepotong) = 59 kalori8. Epal (sebiji) = 63 kalori9. Ciku (sebiji) = 44 kalori10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori: Minuman1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal2. Minuman kotak 250g = 105 kal3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal4. Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal5. Aiskrim 2 skop = 390 kal6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal8. Mentega 2 sudu teh = 75 kalSumber

Untuk merancang pemakanan yang sihat dan seimbang juga, kita juga perlu mengambilkira beberapa faktor lain seperti:a) keperluan kalori seharian kitakeperluan kalori seharian adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Sebagai contoh, keperluan kalori bagi seorang budak lelaki yang aktif dengan seorang budak perempuan yang kurang aktif adalah berlainan.b) kelas makanan yang seimbangmengandungi kelas makanan yang seimbang dan mencukupi. Tidak ada kelas makanan yang berlebihan atau tidak mencukupi, kerana setiap zat makanan adalah penting dan mempunyai fungsi masing-masing.Cubalah kira berapa banyak kalori yang anda ambil dalam satu hari. Atas sikap tak pernah ambil tahu dan tak nak ambil tahulah menyebabkan Malaysia tergolong dalam kalangannegara yang menghadapi masalah OBESITI....

20 Negara Paling Malas Dalam Dunia!Satu majalah British, iaituThe Lancettelah mengeluarkansenarai 20 negara yang paling malas dalam duniasebelum bermulanya Sukan Olimpik 2012 pada tahun lepas.Tahap kemalasan adalah diukur kepadatahap keaktifan rakyatnya dalam bersukan.Greecemencatatkan keputusan terbaik pada 15.0%.

Malaysia?..Jom tengok katsenarai di bawahsama ada termasuk dalam senaraiatau pun tidak.. ;)

Sistem Pencernaan Manusia

SISTEM PENCERNAAN MANUSIA(Human Digestive System)

PERINGKAT 1 - MULUTPercernaan secara fizikal - mengunyahPencernaan secara kimia - Kanji akan ditukar kepada maltosa bila bercampur dengan enzim Amilase dalam air liur

PERINGKAT 2 - ESOFAGUSGerakan Peristalsis akan menggerakkan bolus (makanan yang dikunyah) ke arah perut

PERINGKAT 3 - PERUTPencernaan secara kimia- Jus Gastrik bagi membunuh bakteria dan mengaktifkan enzim protease- Enzim Protease bagi menguraikan protein- Menghasilkan kim (makanan separa pepejal)

PERINGKAT 4 - DUODENUMPencernaan secara kimia- Hempedu akan mengemulsikan lemak dan meneutralkan kim- Jus pankreas : enzim Amylase, enzim Protease, enzim Lipase

PERINGKAT 5 - USUS KECILPencernaan secara kimia- Jus Usus : enzim Maltase, enzim Protease, enzim LipaseBagaimana Makanan Yang Anda Makan Diserap oleh Tubuh?Apabila, seseorang manusia makan, makanan tersebut akanmelalui beberapa fasasebelum dapat diserap oleh tubuh manusia.

Makanan perludikunyahdalam mulut,kemudiaan mengalamipencernaan kimiasebelum akhirnya sampai ke usus kecil.

Usus kecila.k.a small intestine?

Ya! Di sini lah makanan tadi akan mula diserap oleh tubuh badan kita. Dalam usus kecil terdapatstruktur kecil(seperti bulu-bulu halus) yang dinamakanVIRUSVILUS.

Unjuran kecil ini terdapat pada sepanjang usus kecil,banyak dan sangat kecil. Jadi, ini akanmeningkatkan lagi luas permukaanbagi proses penyerapan yang lebih berkesan.

Makanan yag tercerna tadi akan diangkut melaluikapilari darah(salur darah paling kecil) dan juga melaluilaktealyang terdapat pada vilus.

Seterusnya, akan pergi keHATI(liver), pergi keJANTUNG(heart)dan akandipam ke seluruh badanyang lain.Penyerapan Semula Air dan PenyahtinjaanKhasiat makanan yang kita makan akandiserap pada bahagian badan yang tertentudalam sistem pencernaan manusia. Sebagai contoh, usus kecil akan menyerap zat makanan yang dicernakan melalui struktur kecil yang dinamakan VILUS yang terdapat dalam usus kecil.

Air pula akan diserap olehUSUS BESAR(large intestine).

Air yang diserap ini akan disingkirkan melaluiproses perkumuhan dan juga respirasi.

Makanan yang tidak dicernakan akan mengeras menjadinajis separa pepejaldan kemudiannya akan disingkirkan melaluiproses penyahtinjaan.

Selainair, mineral dan vitaminjuga akan diserap di usus besar.

Malnutrisi: Penyakit Akibat Kekurangan Zat MakananMakanan mesti dimakan secarabersederhanabagi mengelakkan pelbagai penyakit.

Berikut adalah beberapa penyakit yang diakibatkan daripadakekurangan zat makananatau pun juga lebih dikenali sebagaiMALNUTRISI.

BERIBERIKekuranganVitamin B

GOITER atau BEGUKKekuranganIodin

KWASHIORKORKekuranganProtein

RIKETKekuranganVitamin D dan Kalsium

SKURVI atau GUSI BERDARAHKekuranganVitamin C