bab 2 krl3033-2

7
KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TAJUK DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK KUMPULAN NOOR AZLINEY BT MAMAT D20112054256 UPSI20-A142PJJ PENSYARAH/PENYELIA: RAMLAH BT JANTAN Tarikh :____________________________________ PEMARKAHAN PROPOSAL PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN PENGGUNAAN CD INTERAKTIF BAHASA MELAYU BERKESAN DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID-MURID TAHUN 6

Upload: dora-woods

Post on 14-Apr-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

upsi

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2 KRL3033-2

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KRL 3033

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK KUMPULAN

NOOR AZLINEY BT MAMAT D20112054256 UPSI20-A142PJJ

PENSYARAH/PENYELIA: RAMLAH BT JANTAN

Tarikh :____________________________________

PEMARKAHAN

PROPOSAL PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

PENGGUNAAN CD INTERAKTIF BAHASA MELAYU

BERKESAN DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN

MURID-MURID TAHUN 6

Page 2: BAB 2 KRL3033-2

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Penjelasan Konsep Kajian

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke- 21 dan perubahan ke arah

masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk

mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif

untuk mengintegrasikan penggunaan TMK dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran

(p&p) adalah perlu. Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara hidup manusia

berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa kepada implikasi

yang besar kepada P&P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana

telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan pelajar berinteraksi

secara aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CD Rom

interaktif, teknologi video dan digital telah menyediakan satu persekitaran media yang serba

boleh untuk keperluan dan reka bentuk guru dan pelajar (Ng Wai Kong, 1999).

2.2 Kajian Literatur Dalam Negara

Pengumuman mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad yang

mengumumkan cita-cita Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020

termaktub di dalam Wawasan 2020 sepertimana yang tertera di dalam perenggan dokumen

Wawasan 2020 ini yang menyatakan bahawa:

…..the Malaysian society must be information rich. It can be no accident that there is today no

wealthy, developed country that is information-poor and no information-rich country that is poor

and undeveloped. Computer literary is a must if we want to progress and develop. No effort

must be spared in the creation of information rich Malaysian society

(Malaysia – The Way Forward, para 79-80,1991)

Menurut Foo Say Fooi (2000), setiap individu pada zaman millennium perlu menguasai

kemahiran literasi komputer maklumat termasuklah menyimpan, mengakses, memproses,

Page 3: BAB 2 KRL3033-2

mewujudkan dan menyampaikan maklumat. Perubahan ini akan mendorong perubahan cara

pengendalian pendidikan di seluruh dunia semata-mata disebabkan oleh penggunaan teknologi

maklumat. Beliau juga menyatakan kesesuaian teknologi maklumat dalam pendidikan

digambarkan sebagai buku teks masa hadapan kerana melalui internet, cd dan sebagainya,

pengguna-penggunanya boleh berkongsi sumber yang tidak terbatas kuantitinya.

Holmes (1999), menyatakan bahawa integrasi teknologi dalam p&p memerlukan guru yang

bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan

mata pelajaran yang diajar. Mempelajari cara menggunakan komputer belum mencukupi untuk

membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam p&p. Elemen yang penting dalam

mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung

dengan teknologi. Satu kajian ( Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001),

mendapati bahawa TMK dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajarkan

secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif.

Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran secara konstruktivis

untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi.Dalam keadaan ini terdapat peranan TMK

dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui

penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada.

Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan menggunakan bahan visual grafik,

teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap

sesuatu konsep.

Kajian awal yang telah dijalankan oleh Nordin (1991) mendapati bahawa sistem media

elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran di

samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka. Juga terdapat

kajian yang lain menunjukkan penilaian yang positif terhadap sistem media sebagai satu proses

penyampaian bahan pembelajaran (Atan dan Idrus, 1999).

Beberapa orang pengkaji seperti Heinich et al (1996), Maizurah Omar, Fattawi Mokhtar dan

Jamaludin Mohaidin (2000) telah menjalankan kajian terhadap penggunaan audio, video, TV

dan sumber WEB secara sistematik. Mereka berpendapat penggunaan multimedia yang berulang

Page 4: BAB 2 KRL3033-2

dan dilihat berkali-kali dapat mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran murid-murid.

Maka, pengaplikasian CD Multimedia Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah adalah perlu dan tidak dapat dielakkan lagi. Ia berkembang seiring dengan perkembangan

dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Menurut Prof. Madya Dr. Noriah Mohamad (2003) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam

Seminar Antarabangsa Kesusteraan Asia Tenggara Ke-3 terdapat sepuluh kebaikan atau

”advantage” menggunakan cd interaktif. 10 kebaikan menggunakan cd interaktif ialah ia

menyediakan keselesaan pembelajaran, menyediakan kepelbagaian pembelajaran, menyediakan

penyampaian, penerimaan yang konsisten dan penilaian, pembelajaran kendiri dan

mengurangkan masa pencarian sesuatu maklumat. Seterusnya ianya juga membantu mengatasi

ketiadaan guru, mengatasi masalah penyampaian di bilik darjah, menjimatkan kos pengendalian,

sumber yang berpusat dan pembelajaran berlanjutan serta bertahap.

2.3 Kajian Literatur Luar Negara

Satu kajian telah dilakukan di 200 buah sekolah di Atlanta tentang penggunaan perisian

berbantukan cd multimedia interaktif di dalam bilik darjah berbanding dengan kaedah

pengajaran biasa. Kumpulan kawalan terdiri pada murid-murid yang belajar dengan kaedah

kuliah biasa sementara kumpulan eksperimen pula menggunakan cd multimedia interaktif dan

arahan berdasarkan komputer. Kaedah pengujian dan pemerhatian digunakan untuk menilai

keberkesanan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian mendapati

kemahiran, pengetahuan dan tahap kefahaman yang dikuasai oleh kumpulan yang mengunakan

multimedia adalah lebih tinggi dari kumpulan kawalan. (Bosco, 1986 ; Fletcher , 1989, 1990 ;

Khalili & Shashaari, 1994).

Hasil kajian yang dijalankan Kulik, Bangert dan Williams (1983), menunjukkan kadar

pembelajaran dan penguasaan ilmu adalah berbeza antara kumpulan kawalan dan kumpulan

eksperimen. Pelajar yang didedahkan dengan cd multimedia didapati menguasai kemahiran

tertentu dengan kadar 88% lebih cepat iaitu dalam masa 90 minit berbanding dengan kaedah

biasa dengan kadar 745 minit tahap penguasaan.

Page 5: BAB 2 KRL3033-2

Penggunaan cd multimedia interaktif dalam pendidikan sangat luas dan tidak terhad. Golongan

pendidik harus melihat dari aspek positif tentang keperluan berinteraksi dengan teknologi terkini

bagi membiasakan generasi yang akan datang dengan cara hidup canggih di abad ke – 21 nanti.

Penggunaan cd multimedia secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada guru dan

pelajar menggunakan sebarang cabaran teknologi baru.Menurut Micheal (2003) dalam satu

laman webnya iaitu http://members.tripod.com/~Michael001/mm1.htm#Pengenalan

(20.07.2007) tentang konsep pembelajaran kendiri iaitu mengatakan konsep pembelajaran

kendiri dapat dilaksanakan dengan jayanya jika perisian tersebut menarik dan memotivasikan

pelajar untuk terus belajar. Ini dapat dicapai jika perisian direkabentuk dengan baik

menggunakan multimedia. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif akan

menggalakkan komunikasi aktif pelbagai hala ( pelajar-guru, pelajar-pelajar, pelajar-komputer ).

Gabungan pelbagai media yang memanfaatkan sepenuhnya deria penglihatan dan pendengaran

mampu menarik minat belajar. Namun yang utamanya ialah pencapaian objektif pengajaran dan

pembelajaran dengan berkesan. Penggunaan multimedia secara tidak langsung dapat memberi

peluang kepada guru dan pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi

terkini dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran teknologi baru yang akan datang.

2.4 Teori-teori Psikologi

Ahli-ahli Teori Pembelajaran Kognitif berpendapat, dalam proses pembelajaran, murid-murid

membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Setiap kali seseorang individu itu belajar, dia

akan menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan.

Penggunaan cd multimedia interaktif adalah selari dengan pendapat mazhab kognitif yang

berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun,

menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan

dia menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah dihadapi.

Manakala menurut teori ahli-ahli psikologi tingkah laku (Behaviorisme), pembelajaran berlaku

apabila terdapat perubahan tingkah laku dalam diri seseorang iaitu perubahan tingkah laku dari

tidak tahu melakukan sesuatu perkara kepada tahu melakukannya. Penggunaan cd multimedia

Page 6: BAB 2 KRL3033-2

interaktif dalam pembelajaran adalah sejajar dengan teori mazhab ini di mana murid-murid dapat

mempelajari ilmu-ilmu yang baru yang terdapat semasa menggunakan cd tersebut.

Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam

kajiannya Howard Gardner mendapati `seven ways of knowing, preceiving and understanding

life’. Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi

konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Oleh itu, teori ini boleh digunakan

untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, boleh menjana masalah

baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang

bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Pembelajaran menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan jika guru menyepadukan Teori

Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran mereka . Pengajaran yang melibatkan

penggunaan kelapan-lapan kecerdasan boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

menyeronokkan. Oleh itu dengan menggunakan perisian cd multimedia interaktif, kelapan-lapan

kecerdasan pelbagai akan dapat murid kuasai dan digunakan dengan sepenuhnya dalam

pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran menjadi seronok, bermakna dan berkesan.

2.5 Kajian Berkaitan

Antara kajian-kajian yang berkaitan dengan kelebihan penggunaan cd multimedia interaktif

dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah daripada kajian yang dijalankan oleh Al

Ghamdi (1987), Prof. Madya Dr. Noriah Mohamad (2003) dari Universiti Kebangsaan Malaysia

dan Jamalludin Harun dan Dr. Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia (2003).

Menurut Al Ghamdi (1987), kesukaran pembelajaran sesetengah murid dapat diatasi dengan

penggunaan komputer. Kumpulan murid yang belajar berbantukan komputer mempunyai

kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat

menggunakannya dalam bidang lain daripada kumpulan murid yang tidak menggunakannya.

Beliau juga memberitahu penggunaan perisian komputer yang digunakan dalam proses

pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami apa yang diajardengan lebih berkesan.

Page 7: BAB 2 KRL3033-2

Menurut Prof. Madya Dr. Noriah Mohamad (2003) dari penggunaan cd multimedia interaktif

memberi banyak kebaikkan, kemudahan dan ”advantage” kepada penggunanya. Mereka boleh

mendapatkan maklumat sekerap mana yang mereka perlukan dan dapat menduga kefahaman

mereka sejajar dengan konsep multimedia interaktif.

Menurut Learnframe (2001) penggunaan media-media ini kebiasaanya mengandungi teks,

animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan kemudahan untuk

perbincangan menerusi talian dan bantuan profersional isi pelajaran secara dalam talian.

Manakala Jamalludin Harun dan Dr. Zaidatun Tasir dari (2003), penggunaan cd multimedia

dapat mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang merangsang minat murid untuk terus

belajar. Hal ini demikian ia memaparkan sesuatu yang berbeza daripada buku teks dan buku

latihan yang biasa digunakan. Kelainan ini mempengaruhi minat dan juga motivasi mereka untuk

terus mendalami ilmu pengetahuan atau maklumat yang di bawa bersama media tersebut.

Berdasarkan dapatan kajian di atas, dapatlah dirumuskan bahawa kaedah pembelajaran

penggunaan cakera padat interaktif telah memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian

prestasi murid-murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu.

2.6 Rumusan

Kebanyakan kajian menunjukkan konsep, fakta, maklumat akan lebih mudah difahami melalui

inkuiri penemuan yang dijalankan oleh murid melalui penggunaan cd multimedia interaktif.

Murid dapat meneroka, mengetahui maklumat dan fakta melalui penemuan-penemuan apabila

belajar menggunakan cakera padat multimedia interaktif ini seterusnya membantu mereka

memahami konsep dan dapat menjawab soalan peperiksaan. Berdasarkan literatur dan kajian-

kajian yang berkaitan telah menunjukkan bahawa kaedah penggunaan perisian cd multimedia

interaktif berbantukan komputer dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang memberikan

kesan positif terhadap pencapaian murid-murid. Ini bersesuaian dengan pandangan dan teori-

teori pembelajaran seperti Teori Kognitif , Teori Psikologi Tingkah Laku (Behaviorisme) dan

Teori Kecerdasan Gardner.