bab 2

12
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.Kurikulum ataupun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 ). Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) merupakan perintis kepada model-model kurikulum di Malaysia . Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah,

Upload: abdul-razak-mat-husin

Post on 11-Jan-2016

10 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks

pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum  adalah didasari oleh falsafah

dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi

kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.Kurikulum ataupun skop

kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara.

Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum

yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan

cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 ).Kurikulum Baru Sekolah Rendah,

(KBSR) merupakan perintis kepada model-model kurikulum di Malaysia.

Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula

dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan

transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa

bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum

persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan

mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti

dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen

Page 2: BAB 2

keusahawanan. Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah,

KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan

negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang

dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut

mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti

Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan

kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah

berasaskan standard dibangunkan.

Konsep kurikulum perse kolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa

Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan

berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan

kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah

dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara Kurikulum baru sekolah rendah yang dikenali

sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan

subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.Kurikulum

tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan

satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

 KSSR bertujuan untuk melahirkan modal insan yang kreatif, kritis, inovatif

dan memiliki kemahiran berfikir aras tinggi. Pendidikan dilihat sebagai wahana yang

dapat melahirkan insan dan warga yang berketrampilan, berkemahiran dan sedia

menghadapi cabaran masa depan termasuk di peringkat global. Ini bersesuaian

dengan usaha kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai negara maju dan

menjanjikan rakyat yang berpendapatan tinggi. Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Page 3: BAB 2

atau KSSR merupakan kurikulum baharu yang telah diperkenalkan kepada murid

Tahun 1 bermula pada tahun 2011. Mulai persekolahan tahun 2014 murid yang sama

akan memasuki Tahun 4 dan mereka akan mengikuti KSSR Tahap II pula .

2.2 Teori

2.2.1 Teori Kurikulum

Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu

dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Manakala

menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk

memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula

mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau

senarai kesemua mata pelajaran di sekolah.Kurikulum merupakan keseluruhan kegiatan dan

pengalaman yang diperoleh di dalam dan di luar sekolah. Ralph Tyler (1957) menegaskan bahwa

kurikulum adalah seluruh pengalaman belajar yang direncanakan dan diarahkan oleh sekolah

untuk mencapai tujuan pendidikannya. McDonald pula berpendapat bahawa kurikulum adalah

"statement of objectives" sementara ada pula yang menyatakan bahawa kurikulum adalah

perancangan bagi guru untuk mengembangkan proses pembelajaran (Saylor, Alexander,dan

Lewis, 1981).

2.2.2 Teori Persepsi Guru

Clark dan Yinger (1977) menyatakan apa yang dibuat oleh guru dipengaruhi oleh pemikiran

mereka. Sikap dan kefahaman guru terhadap sesuatu inovasi adalah faktor penting dalam

Page 4: BAB 2

menentukan kejayaan pelaksanaannya. Pelaksanaan kurikulum di bilik darjah tetap ditentukan oleh

guru kerana guru ialah orang yang membuat keputusan sama ada hendak melaksanakan atau menentang

kurikulum tersebut (Anna Christina, 1989). Zainal (1988) mendapati bahawa penghujung proses

pelaksanaan bukan persoalan tentang penerimaan atau penentangan inovasi, tetapi penggubahsuaian

untuk memenuhi keperluan dan halangan.

2.3 Konsep KSSR

 KSSR melibatkan perubahan pendekatan pengajaran, organisasi, peruntukan masa, mata

pelajaran, kaedah pentaksiran, bahan pembelajaran dan pengurusan kurikulum di

sekolah. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenalkan pada 2011 menambah

baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dari segi reka bentuk, organisasi pedagogi,

penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. Ianya juga masih mengekalkan

prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) iaitu perkembangan individu secara

menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan

seumur hidup sebagai prinsipnya.

Page 5: BAB 2

Rajah 2.1: Tranformasi Pendidikan- Elemen-eleman Pembentukkan KSSR

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010

2.3.1 Reka Bentuk KSSR

Dari segi reka bentuk, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan kepada

enam tunjang iaitu tunjang komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan. perkembangan

fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan keterampilan diri. Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menyepadukan

beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih

menyeronokkan, bermakna dan berkesan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) juga

mementingkan standard, sehubungan itu Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen

Standard Prestasi (DSP) diguna pakai.

Page 6: BAB 2

Rajah 2.2 : Rekabentuk Kurikulum Persekolahan KSSR

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010

2.3.2 Pedagogi KSSR

Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan menarik ke arah pembelajaran

berterusan. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku untuk menjadikan learning

is fun. Belajar sambil bermain, melakukan inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif,

pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah boleh

dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KSSR. Pada masa yang sama, pengajaran

guru sewajarnya dapat membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan, mengembangkan

daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai murni.

2.3.4 Dokumen Standard Kurikulum dan Dokumen Standard Prestasi

KSSR Tahap I menggunakan Dokumen Standard Kurikulum (DSK). Sementara itu KSSR Tahap

II menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang mana kurikulum

dan pentaksiran dilaksanakan seiring bagi setiap unit pembelajaran. Ini bertujuan supaya murid

berupaya menguasai ilmu dan kemahiran yang telah ditetapkan sebelum mereka melangkah ke

tahun persekolahan seterusnya.Pada dasarnya DSKP mengandungi standard pembelajaran iaitu� �

satu penetapan kriteria atau indikator terhadap kualiti pembelajaran. Sementara itu pencapaian

standard kandungan boleh diukur dan dinilai. Dalam masa yang sama standard prestasi� �

digunakan sebagai satu set kriteria umum yang menggambarkan penguasaan murid terhadap

sesuatu tajuk, konsep dan istilah yang telah dipelajari.

Page 7: BAB 2

KSSR adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.Standard� � � �

kandungan bermaksud pernyataan spesifik dalam sukatan pelajaran iaitu perkara yang perlu�

diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid. Sementara itustandard pembelajaran pula� �

merupakan satu penetapan kriteria atau indikator terhadap kualiti pembelajaran.Dokumen

Standard Kurikulum digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada

standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh

dan tahap persekolahan.

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau petunjuk ( indicator ) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Jadual 2.3Definisi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam KSSR

(Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM, 2011)

2.3.5 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif

(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).PBS dioptimumkan

untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Dalam usaha penambahbaikan kepada

Page 8: BAB 2

pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu

menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth)

pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan

maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang

dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap

pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran

formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif

(pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah . Bagi

memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan Dokumen Standard

Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan

utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid.Untuk mentaksir guru tidak semestinya

menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti

penguasaan murid boleh diperolehi melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku

latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah. PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah

tentunya lebih mengenali murid mereka.

2.3.6 Elemen Merentas Kurikulum

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini

diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan

serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang

sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan

Page 9: BAB 2

Patriotisme.Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi,

Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap

kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.Guru hendaklah memastikan kesemua

elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Terdapat 3 elemen baru yang diperkenal dalam KSSR iaitu Elemen Kreativiti dan

Inovatif, Elemen Keusahawanan dan Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Maksud

Elemen Kreativiti dan Inovatif ialah kebolehan individu untuk menghasilkan atau mencipta

sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif. Ia juga merujuk kepada

kebolehan individu menggunakan daya imaginasi, idea dan pemikiran kreatif. Elemen

Keusahawanan pula ialah satu proses dalam membentuk cirri-ciri, sikap, kaedah berfikir dan

nilai kea rah menjadi seorang usahawan. Terdapat 5 fokus elemen keusahawanan iaitu sikap

keusahawanan, nilai moral dan etika keusahawanan, formulasi pengetahuan dan kemahiran

teknologi dan vokasional, pengetahuan dan kemahiran keusahawanan, dan pemikiran

keusahawanan. Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi pula ialah teknologi yang

digunakan khasnya dalam penggunaan computer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi

untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan

melindungi maklumat di mana dan bila masa sahaja. Terdapat beberapa pendekatan dalam

membudayakan TMK di dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu pengetahuan dan

kemahiran TMK, pencapaian maklumat, ilmu pengetahuan dan penggunaan bahan pengajaran

dan pembelajaran yang dicapai atau diakses melalui media TMK.

2.4 Kajian Lalu

Page 10: BAB 2

Sejak tahun 1980an, banyak inovasi kurikulum telah diusahakan dan dilaksanakan lebih-lebih

lagi pada tahun 1960an dan 1970an merupakan tahun-tahun yang memberikan penumpuan

terhadap proses pelaksanaan kurikulum (Fullan, 1991; Berman dan McLaughlin, 1978). Pada

ketika itu, banyak usaha dilakukan untuk memperkembangkan kurikulum dan inovasi kurikulum

ini. Fullan (1991) mendapati kebanyakan usaha perkembangan kurikulum ini tidak dilaksanakan

dalam amalannya. Berman dan McLaughlin (1978) juga mendapati hampir semua kajian yang

dibuat, penerimaan program kurikulum bukan menjadi isu utama tetapi masalah pelaksanaan

terhadap kurikulum yang diterima menguasai hasil dan kejayaan semua projek yang dikaji.

Secara relatifnya, tidak banyak idea yang telah berjaya dilaksanakan di dalam bilik darjah

sedangkan pelaksanaan kurikulum merupakan agenda dan matlamat yang penting dalam sistem

pendidikan. Dalam usaha untuk melaksanakan sesuatu inovasi, wujudnya dua faktor utama iaitu

kekangan yang akan menghalang dan peluang yang menggalakkan inovasi itu. Kekangan

merupakan faktor-faktor yang menghalang kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

pada akhir pengajaran. Peluang pula merujuk kepada faktor-faktor yang menggalakkan

pencapaian matlamat akhir yang telah ditetapkan (Taylor et al, 1974).

Aplikasi pentaksiran formatif masih lemah kerana guru kurang mahir

mengintegrasikanteknik pentaksiran formatif dalam proses P&P kerana menganggap bahawa ia

sesuatu yang asing atau terpisah walhal teknik tersebut amat biasa dengan amalan mereka (Black

& Wiliam, 1998; Brookhart, 2007; Hall & Burke, 2003). Guru juga kurang pengetahuan terhadap

penggunaan teknik pentaksiran formatif. Sebagai contoh, kajian Mohd Azhar dan Shahrir (2007)

mendapati guru mengunakan teknik soal jawab sebagai teknik pengajaran dan bukan sebagai

teknik pentaksiran. Ini disokong oleh kajian Zamri dan Nor Razah (2011) mendapati keserasian

guru mengunakan teknik menyoal dalam meningkatkan pembelajaran masih ditahap rendah.Satu

Page 11: BAB 2

tinjauan awal terhadap perlaksanaan KSSR Sains Tahun 1 oleh Fazliza Che Amat

(2012.Berdasarkan kajian tersebut juga menunjukkan semua guru masih lagi menggunakan

pendekatan yang sama seperti yang dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini. Guru-guru

melaksanakan pengajaran mereka berdasarkan apa difahami semasa kursus KSSR dan tiada

perubahan dari segi amalan pengajaran dilakukan kerana guru sendiri tidak pasti apa yang

sepatutnya mereka laksanakan. Semua guru mengetahui tentang Modul Pengajaran Sains Tahun

1 ini dan menggunakan modul ini sebagai panduan tetapi dalam dapatan ini, ada juga guru yang

hanya menggunakan modul ini pada topik yang awal sahaja, sementara bagi topik-topik yang

lain menggunakan lembaran kerja yang dibina sendiri.

2.5 Rumusan

Dengan adanya kepastian bahawa perubahan kurikulum sentiasa berlaku, sudah semestinya akan

timbul kesan-kesan kepada guru. Guru harus sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ingin

memberikan yang terbaik dalam apa jua inovasi yang berlaku.Antaranya seperti berlaku kejutan

budaya dalam proses pengajaran baru. Oleh itu, guru seharusnya sentiasa bersedia menempuh

pembaharuan yang akan terjadi. Di samping itu, guru juga perlu pandai menyesuaikan diri

dengan keadaan semasa. Guru juga memerlukan sedikit masa untuk memastikan murid-murid

terbiasa dengan perubahan kurikulum ini. Proses komunikasi juga akan menjadi sedikit

bermasalah kerana perubahan bahasa perantaraan yang jelas. Ini juga akan memakan masa bagi

murid serta guru menyesuaikannya. Ia bukan proses yang mudah tetapi tidak mustahil untuk

dicapai.