bab 2

21

Click here to load reader

Upload: shinobi-dan

Post on 05-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

2

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2

BAB 2

KAJIAN KEPERLUAN

2.0 PENGENALAN

Bab ini menyatakan hasil analisis data yang diperolehi melalui soal selidik

yang diedarkan kepada responden. Data-data dianalisis bagi memenuhi

objektif kajian yang dikemukakan di dalam bab satu. Melalui kerjasama yang

baik daripada responden, semua soal selidik yang telah diedarkan telah

berjaya dikumpul dan dianalisis.

Perbincangan ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama

membincangkan dapatan kajian mengenai data-data latar belakang

responden guru yang terdiri daripada jantina, pengalaman mengajar dan

jawatan di sekolah, manakala latar belakang pelajar pula terdiri daripada

jantina dan tempoh belajar di sekolah. Bahagian kedua menerangkan analisis

deskriptif tentang persepsi terhadap persekitaran dalaman sekolah oleh guru

yang meliputi aspek komunikasi, persekitaran kerja, persekitaran

professional, kualiti pendidikan, sokongan professional, pihak pengurusan

dan am manakala persepsi pelajar meliputi aspek pengajaran-pembelajaran,

kepuasan terhadap staf, komunikasi, tingkah laku, kemudahan, peluang yang

sama dan am. Bahagian ketiga membincangkan dapatan berhubung

persekitaran dalaman sekolah berdasarkan persepsi guru dan pelajar.

Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-

kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan

yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan dasar

ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti

sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan

Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan

hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu ‘Sukan

Page 2: BAB 2

untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan’. Aktiviti sukan di bawah

Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan,

sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan,

prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di

bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah

serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh hal yang

demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai

satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik

dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Diperoleh

daripada http://anelyza.blogspot.my/2012/11/manfaat-dasar-1-murid-1-

sukan.html pada 7 Oktober 2015.

Dalam konteks tersebut pihak pentadbiran SMKPUSA pada asasnya

mementingkan aspek kesukanan dalam mewujudkan iklim sekolah yang aktif

dengan pelajar yang sihat. Walau bagaimanapun masih terdapat pelajar

SMKPUSA yang masih tidak bergiat aktif untuk bersukan. Oleh itu, pengkaji

ingin mengkaji persepsi warga SMKPUSA terhadap sukan petanque serta

kegiatan kokurikulum di sekolah. Justeru projek ini diharapkan dapat

memberikan kesedaran mengenai kepentingan kesukanan dalam melahirkan

pelajar yang sihat disamping mempunyai tahap kemahiran akademik yang

cemerlang.

2.1 ANALISIS MANDAT

2.2 ANALISIS KAJIAN KEPERLUAN

Page 3: BAB 2

Analisis kajian keperluan dilakukan bertujuan mendapatkan maklumat

berkaitan sikap dan minat pelajar terhadap sukan petanque serta tahap aktif

pelajar menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah. Kajian ini telah dilakukan

terhadap 30 orang responden yang dipilih secara rawak dengan

menggunakan Borang Soal Selidik.

2.2.1 Borang Kaji Selidik

Borang kaji selidik digunakan untuk mengetahui sikap dan minat

terhadap sukan petanque serta tahap kegiatan dalam aktiviti

kokurikulum. Jawatankuasa Kebitaraan Sukan Petanque

dipertanggungjawab untuk mengedarkan soal selidik ini. Ianya

mengandungi maklumat asas responden dan soalan-soalan berkaitan

sikap dan minat terhadap sukan petanque serta tahap penglibatan

responden dalam aktiviti kokurikulum.

i. Bahagian A : Latar Belakang Responden

Mengandungi soalan mengenai profil peribadi seperti jantina,

umur, bangsa, kelas dan jawatan.

ii. Bahagian B :

Bahagian ini mengandungi soalan yang bertujuan mengetahui

tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.

iii. Bahagian C

Bahagian ini mengandungi soalan yang bertujuan mengetahui

sikap dan minat dalam sukan petanque.

Setelah soal selidik dijawab oleh responden, ia telah dikutip untuk dianalisis

pendapat awal mereka mengenai penglibatan mereka sebagai murid dalam

aktiviti kokurikulum yang disediakan di sekolah. Secara umumnya, di dapati

dua puluh daripada tiga puluh orang murid selaku responden telah

menyatakan bahawa mereka berminat menyertai semua aktiviti kokurikulum

yang diadakan di sekolah. Manakala dua orang murid tidak berminat untuk

Page 4: BAB 2

menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah dan lapan orang murid tidak pasti

sama ada menyertai atau tidak menyertai aktiviti kokurikulum yang terlibat.

Mengenai sikap dan minat terhadap sukan petanque pula seramai sepuluh

daripada tiga puluh orang murid selaku responden telah menyatakan bahawa

mereka sangat meminati sukan petanque dan tahu cara untuk bermain sukan

ini.

Bagi mendapatkan maklumat khusus sebagai lanjutan terhadap

pendapat murid mengenai penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum di

sekolah, sesi temubual telah dilakukan terhadap semua responden yang

dipilih. Ia telah dilaksanakan secara tidak formal dan dalam keadaan santai

bagi mengelakkan murid terikat dengan jawapan tertentu yang dirasakan

sebagai pendapat yang kurang jujur daripada murid. Berbantukan soal selidik

yang telah dijawab, berikut merupakan soalan-soalan yang diajukan kepada

murid dalam sesi temubual tersebut iaitu:

1. Adakah anda diberi peluang untuk menunjukkan kecemerlangan dalam

sesuatu aktiviti kokurikulum di sekolah?

2. Apakah pendapat anda mengenai faedah kokurikulum dan aktiviti yang

terkandung dalam skemanya?

3. Adakah masalah seperti kekangan masa,kewangan dan tinggal jauh

dari sekolah merupakan faktor yang menghalang anda melibatkan diri

sepenuhnya dalam akitiviti kokurikulum di sekolah?

4. Adakah anda mendapat galakkan daripada ibu bapa anda untuk

terlibat dengan aktiviti kokurikulum di sekolah?

5. Adakah kelengkapan dan kemudahan yang disediakan oleh sekolah

untuk menjalankan aktiviti kokurikulum memuaskan?

Setelah jawapan direkodkan, berikut merupakan rumusan respon yang dapat

diperolehi daripada responden terhadap semua soalan yang telah diajukan.

Page 5: BAB 2

Responden 1

Amat berminat dengan semua aktiviti kokurikulum yang telah

dirancang dan dilaksanakan di sekolah dan mendapat sokongan yang

penuh daripada ibu bapa dan guru dari segi moral dan material.

Responden 2

Amat berminat dengan semua aktiviti kokurikulum yang telah

dirancang dan dilaksanakan di sekolah tetapi kerana masalah taraf

hidup keluarga yang dirasakan serba kekurangan menjadi halangan

untuk memiliki alatan untuk aktiviti kokurikulum iaitu raket badminton

dan kasut sukan.

Responden 3

Menunjukkan minat yang sederhana kerana hanya menyertai

beberapa aktiviti kokurikulum yang dirasakan menarik dan memberi

faedah. Responden cenderung memilih untuk menyertai aktiviti

kokurikulum yang melibatkan aktiviti di dalam bilik darjah sahaja seperti

catur dan sahibba.

Responden 4

Responden berminat menyertai aktiviti kokurikulum yang dirasakan

mencabar dan lasak seperti perkhemahan. Walaupun tinggal agak jauh

dari sekolah,ibu bapa memberi sokongan yang penuh dengan

menghantarnya setiap kali aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah

dan membelikan keperluan alatan untuk menjalankan aktiviti

kokurikulum di sekolah.

Responden 5

Page 6: BAB 2

Responden ini berminat menyertai aktiviti kokurikulum yang dirancang

di sekolah terutama dalam aktiviti sukan dan permainan. Hoki

merupakan minat utama tetapi kerana masalah peralatan yang tidak

mencukupi di sekolah,sedikit sebanyak menjadi faktor mengapa

responden tidak dapat menunjukkan bakat dalam permainan tersebut.

Responden 6

Responden ini berminat untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah

tetapi masalah kesihatan yang dihadapi menjadi halangan. Atas

nasihat doktor, responden hanya boleh menyertai aktiviti yang tidak

lasak untuk mengelakkan masalah kesihatan yang berulang.Ibu bapa

pun tidak memberi sokongan yang sepenuhnya terhadap responden.

Responden kurang berminat menyertai aktiviti kokurikulum di dalam

bilik darjah berbanding luar bilik darjah.

Responden 7

Responden ini tidak berminat langsung menyertai aktiviti kokurikulum

samada di dalam atau di luar bilik darjah kerana lebih berfokus kepada

akademik semata-mata. Pada pendapatnya, akademik lebih penting

untuk menjamin kecemerlangan hidup.

Responden 8

Murid ini berminat menyertai semua aktiviti tetapi merasakan diri

kurang berbakat. Responden merasa rendah diri kerana dia tidak diberi

peluang yang sepatutnya oleh guru untuk menunjukkan bakat dan

Page 7: BAB 2

kelebihan dalam aktiviti yang dijalankan. Tinggal jauh dari sekolah juga

menjadi faktor mengapa responden tidak dapat menyertai hampir

separuh daripada semua aktiviti kokurikulum yang dijalankan

sepanjang tahun.

Responden 9

Responden ini tidak berminat menyertai hampir keseluruhan aktiviti

yang dirancang dan dijalankan sepanjang tahun di sekolah kerana

pada pendapatnya aktiviti yang dijalankan tidak memberi faedah yang

banyak dan lebih kepada membuang masa dan dianggap sebagai

aktiviti ‘suka-suka’ sahaja. Jika tidak kerana wajib menyertai, dia lebih

suka untuk tidak mengambil bahagian.

Responden 10

Responden ini amat berminat menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah

tetapi tidak mendapat galakkan dan sokongan yang sepenuhnya

daripada ibu bapa. Pada pendapat ibu bapanya, akademik adalah lebih

penting. Aktiviti kokurikulum dianggap membuang masa dan tidak

berfaedah serta boleh menjejaskan kesihatan.

Minat terhadap aktiviti kokurikulum yang dirancang merupakan faktor

utama mengapa mereka mahu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulium di

sekolah. Minat dari konteks kokurikulum boleh di definisikan sebagai kesan

tarikan terhadap aktiviti yang dilakukan. Jelaslah di sini bahawa minat

Page 8: BAB 2

memainkan peranan yang agak penting sebagai salah satu faktor penglibatan

murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Justeru pengkaji mencadangkan

program Kebitaraan Sukan Petanque dilaksanakan. Ini kerana gelanggang

petanque telah sedia ada dan difahamkan gelanggang siap dibina pada

pertengahan tahun 2015. Penubuhan Kelab Petanque juga telah diwujudkan

bermula tahun ini sebagai salah satu aktiviti kokurikulum sekolah. Hasil

analisis juga menunjukkan ramai murid yang berminat dengan sukan

petanque. Cuma pendedahan dan promosi tentang sukan ini perlu

dipergiatkan lagi dalam kalangan pelajar, supaya dengan kemudahan yang

ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan melahirkan pemain petanque yang

berwibawa di peringkat Sarawak khususnya dan seterusnya dapat

mengharumkan nama Negara dipersada dunia.

Page 9: BAB 2
Page 10: BAB 2

Bahagian B : Penglibatan Kokurikulum Di Sekolah

Bil Perkara

Sangat Tidak

SetujuTidak Setuju Tidak Pasti Setuju

Sangat

Setuju

Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus

1 Saya sentiasa hadir di setiap perjumpaan Kokurikulum. 0 0% 3 10% 1 3% 11 37% 15 50%

2 Saya minat dan menyukai aktiviti Kokurikulum di sekolah. 0 0% 0 0% 4 13% 11 37% 15 50%

3Saya berminat menyertai semua aktiviti Kokurikulum yang di adakan

di sekolah.0 0% 2 7% 8 27% 15 50% 5 17%

4Saya diberi peluang mencukupi melibatkan diri dengan aktiviti

Kokurikulum.1 3% 2 7% 12 40% 11 37% 4 13%

5Kemudahan dan kelengkapan untuk aktiviti Kokurikulum adalah

mencukupi.1 3% 3 10% 9 30% 12 40% 5 17%

6Mendapat galakan daripada ibu bapa untuk menyertai aktiviti

Kokurikulum.0 0% 0 0% 3 10% 14 47% 13 43%

7 Waktu aktiviti Kokurikulum dijalankan adalah sesuai 0 0% 1 3% 3 10% 8 27% 18 60%

8Aktiviti Kokurikulum menjadikan saya seorang yang berdikari,

bertanggungjawab dan bekerjasama.0 0% 0 0% 7 23% 15 50% 8 27%

9Saya memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui aktiviti

yang dilakukan.0 0% 0 0% 4 13% 11 37% 15 50%

10Saya mendapat banyak manfaat daripada penglibatan dan

penyertaan saya dalam aktiviti Kokurikulum.0 0% 0 0% 3 10% 14 47% 13 43%

Page 11: BAB 2
Page 12: BAB 2

Bahagian C : Sikap dan Minat Terhadap Sukan Petanque Secara Umum

Bil Perkara

Sangat Tidak

SetujuTidak Setuju Tidak Pasti Setuju

Sangat

Setuju

Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus

1 Saya sangat meminati sukan petanque. 2 7% 2 7% 16 53% 4 13% 6 20%

2 Saya tahu cara untuk bermain sukan petanque. 5 17% 2 7% 13 43% 7 23% 3 10%

3 Saya tahu peraturan untuk bermain sukan petanque. 4 13% 6 20% 15 50% 4 13% 1 3%

4Saya diberi peluang mencukupi melibatkan diri dengan sukan

petanque4 13% 8 27% 6 20% 11 37% 1 3%

5 Saya lebih suka bermain sukan petanque setiap waktu lapang saya. 2 7% 9 30% 10 33% 4 13% 5 17%

6 Saya lebih suka berlaih bermain sendiri tanpa disuruh. 4 13% 5 17% 13 43% 3 10% 5 17%

7 Saya suka dan bijak dalam meniru teknik latihan sukan petanque 3 10% 6 20% 16 53% 0 0% 5 17%

8 Saya lebih mudah menguasai kemahiran jika berlatih selalu. 0 0% 0 0% 9 30% 8 27% 13 43%

9Saya memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui aktiviti

yang dilakukan.0 0% 0 0% 4 13% 16 53% 10 33%

10Saya mendapat banyak manfaat daripada penglibatan dan penyertaan

saya dalam sukan petanque.3 10% 1 3% 16 53% 6 20% 4 13%

11

Untuk mudah faham teknik kemahiran petanque, saya memerlukan

penerangan menggunakan rakaman atau apa-apa yang boleh saya

lihat

0 0% 2 7% 9 30% 7 23% 12 40%

Page 13: BAB 2
Page 14: BAB 2
Page 15: BAB 2

2.3 KUMPULAN SASARAN

Program Kebitaraan Petanque merupakan program khusus yang melibatkan

guru kelab petanque serta guru sukan SMK Pusa turun padang memilih 18

orang murid yang tidak aktif bersukan tetapi mempunyai otensi dalam sukan

petanque. Program kebitaraan ini dimulakan dengan program pendedahan

petanque kemudian ujian saringan kemahiran dilakukan. Program perlawanan

persahabatan dalaman pula adalah program lanjutan setelah murid yang

terpilih didedahkan dengan kemahiran petanque. Kumpulan murid yang

terpilih dalam program Kebitaraan Petanque akan dibimbing mempelajari

kemahiran asas yang terdapat dalam sukan petanque.

2.4 KEPUTUSAN MELAKSANAKAN PROJEK

Berdasarkan dapatan analisis soal selidik, temubual dengan pelajar yang

telah dijalankan serta mengadakan perbincangan dengan pengetua SMK

Pusa, saya juga telah begitu tertarik dengan keinginan tuan pengetua, En.

Patrick Bin Hj Kamis meletakkan Petanque sebagai program kebitaraan

sekolah. Seiring dengan pemilihan Petanque sebagai projek sandaran

sekolah adalah atas faktor-faktor berikut;

1. Mempunyai gelanggang Petanque yang telah siap dibina pada

pertengahan tahun 2015.

2. Minat yang mendalam dalam kalangan pelajar terhadap sukan

Petanque dan aktiviti kokurikulum.

3. Mendapat sokongan dan dokongan daripada guru sukan sekolah SMK

Pusa.

4. Sumber kewangan yang mantap terutama daripada pihak PIBG dan

pihak swasta.

5. Merupakan hasil cetusan dan idea tuan Pengetua SMK Pusa sendiri

dan digabung jalin sebagai satu program kebitaraan sekolah.

Page 16: BAB 2

Justeru dengan bermulanya projek Kebitaraan Petanque diharap secara

sedikit demi sedikit tetapi berterusan sukan ini mendapat minat dihati warga

pelajar dan budaya bersukan terus diamalkan. Sesuai dengan sambutan Hari

Sukan Negara yang telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua

bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat,

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

pada 24hb Mac 2015. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu

inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dimana ia adalah satu langkah pro aktif

didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia

sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian,

Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat

negara ke arah Wawasan 2020.Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi

dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan

masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan

Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah

air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat

keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program

dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan

rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan

peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu

pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di

negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada

masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik

dikalangan rakyat Malaysia.