bab 2

6
BAB 2: ARAH

Upload: izzatjagua

Post on 18-Jul-2015

30 views

Category:

Small Business & Entrepreneurship


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2

BAB 2: ARAH

Page 2: Bab 2

PENGENALAN

1. Bearing ialah arah sesuatu objek atautempat yang diukur dari sesuatu titikrujukan.

2. Bearing dapat menentukan kedudukansesuatu objek atau tempat dengan tepat.

3. Bearing dinyatakan dalam nilai sudut ataudarjah(o).

4. Kompas magnetik dapat digunakan untukmengukur bearing sesuatu tempat.

Page 3: Bab 2

BEARING SUDUTAN

Bearing ialah arah sesuatu objek atau tempat yang dinyatakan

dari titik rujukan lain.

Bearing diukur dalam unit darjah (0).

Terdapat dua cara mengukur bearing iaitu bearing

sudutan/azimut dan bearing sukuan.

Bearing sudutan ialah bearing yang diukur dari arah utara (0o

mengikut pusingan jam hingga 360o.

Bearing sudutan bagi empat mata angin utama iaitu, utara

(0/360o, timur (90o), selatan (180o) dan barat (270o).

Bearing sudutan bagi empat mata angin perantaraan ialah:

(a) Timur laut antara utara dengan timur (45o)

(b) Tenggara, antara timur dengan selatan (135o)

(c) Barat daya, antara barat dengan selatan(225o)

(d) Barat laut, antara utara dengan barat (315o

Page 4: Bab 2

BEARING SUDUTANBearing sudutan boleh diukur dengan menggunakan kompas dan

jangka sudut.

Langkah-langkah mengukur bearing sudutan dengan menggunakan

jangka sudut.

(a) Lukis garis lurus untuk menghubungkan titik X dan Y.

(b) Lukis garisan utara-selatan melalui titik supaya selari dengan arah

utara yang ditandakan dalam peta.

(c) Jangka sudut diletakkan tepat pada garisan utara-selatan di titik X.

(d) Baca nilai sudut mengikut pusingan jam.

(e) Bearing sudutan titik Y dari titik X ialah 105o.

Cara Menggunakan Bearing Sudutan Dengan Menggunakan Jangka

Sudut.

1. Terdapat dua kaedah untuk mengukur bearing iaitu

(a) mengukur bearing sudutan kurang daripada 180o

(b) mengukur bearing sudutan yang melebihi 180o

Page 5: Bab 2

CONTOH SOALAN 1

Nyatakan bearing sudutan A dari Q.

Langkah 1: Lukis garisan lurus dari Q ke A.

Langkah 2: Garisan melalui titik rujukan Q.

Langkah 3: Letakkan jangka sudut tepat di atas garisanutara-selatan. Pastikan titik tengah jangka sudut bertindihdengan Q.

Langkah 4: Ukuran sudut mengikut pusingan jam yang dibaca pada jangka sudut ialah 55o. Oleh itu, bearing sudutan A dari Q ialah 55o

Page 6: Bab 2

CONTOH SOALAN 2

Contoh Soalan: Nyatakan bearing sudutan B dari Q.

Langkah 1: Lukis garisan lurus dari Q ke B.

Langkah 2: Lukis garisan lurus utara-selatan pada titik rujukan di Q.

Langkah 3: Letakkan jangka sudut di sebelah timur garisan utara-selatan dan dapatkan bacaan 180oLangkah 4: Bagi mengukur sudut yang melebihi 180o, letakkan jangkasudut di sebelah barat garisan utara-selatan.

Langkah 5: Dari garisan utara-selatan, ukur sudut ke B, Ukurannya ialah135o

Langkah 6: Bearing sudutan B dari Q diperoleh dengan mencampurkan180o dengan 135o iaitu 315o