bab 2

9

Click here to load reader

Upload: wan-nur-aziemah-izyan

Post on 03-Jul-2015

154 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2

BAB 2

TAKSONOMI DAN DOMAIN

TAKSONOMI BLOOM

- PENGENALAN TAKSONOMI BLOOM

Diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom (1959).

Taksonomi Bloom ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam

pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma

itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Taksonomi ialah satu model yang digunakan untuk menganalisis bidang-bidang

pendidikan.

Berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang

seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.

Terdapat tiga domain:

- Domain kognitif

- Domain afektif

- Domain psikomotor

Rajah 1 : Domain Taksonomi Bloom

DOMAIN TAKSONOMI BLOOM

DOMAIN KOGNITIF

Melibatkan pemikiran pelajar.

Menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian dan keterampilan berfikir.

DOMAIN AFEKTIF

Melibatkan perkembangan sikap, perasaan, emosi, nilai pelajar (minat, sikap, aspresiasi, dan cara menyesuaikan diri.

DOMAIN

PSIKOMOTOR

Melibatkan perkembangan kemahiran fizikal

pelajar.

Page 2: Bab 2

- DOMAIN TAKSONOMI BLOOM

Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.

Bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah ke tahap tahap tinggi.

Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom.

Elemen-elemen ini terbahagi kepada dua aras pemikiran:

o Aras rendah

o Aras tinggi

- ELEMEN-ELEMEN DALAM ARAS TAKSONOMI BLOOM

Rajah 2 : Elemen-elemen Taksonomi Bloom

Aras Pengetahuan Aras Kefahaman Aras Aplikasi

Aras Analisis Aras Sintesis Aras Penilaian

Page 3: Bab 2

a) Aras Pengetahuan

Menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingati fakta yang

telah dipelajari.

Terdapat tiga peringkat,

o 1 : Pengetahuan fakta khusus (berkaitan dengan istilah berbentuk

perkataan atau simbol).

o 2: Pengetahuan tentang proses , aliran, pemeringkatan,penjenisan,

teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.

o 3 : Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak

dalam sesuatu dalam sesuatu bidang.

Ciri khusus :

o Murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula.

b) Aras Kefahaman

Memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu

perkara.

Terdapat tiga aras,

o 1 : Penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa

lain kepada bahasa lain tanpa mengubah makna.

o 2 : Mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat

dalam ayat sendiri.

o 3 : Ekstrapolasi atau membuat inferens tentang apa yang akan

berlaku pada masa hadapan.

Ciri-ciri:

o Membuat interpretasi mudah.

o Menunjukkan bukti kefahaman

o Dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada

bentuk yang baru.

Page 4: Bab 2

c) Aras Aplikasi

Menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum

dan prosedur.

Memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum

untuk menyelesaikan masalah.

Memerlukan penggunaan proses aplikasi mental.

Melibatkan tiga frasa.

Perkataan yang sering digunakan ialah selesaikan, tunjukkan dan

susunkan.

d) Aras Analisis

Mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-

unsur kecil.

Memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur.

Menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur-unsur dan struktur.

Jenis aras analisis :

o 1 : Yang memerlukan murid menentukan unsur-unsur.

: Murid perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia

ada.

o 2 : Analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis.

o 3 : Aras analisis prinsip ( murid perlu mengenal pasti prinsip

sesuatu organisasi yang digunakan

Ciri-ciri soalan :

o Menggunakan proses mental analisis.

o Memerlukan kefahaman perhubungan khasnya dengan

memecahkan kepada komponen.

o Melihat perkaitan antara komponen.

Page 5: Bab 2

e) Aras Sintesis

Keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya

sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur dan tersusun.

Pelajar perlu gabung sesuatu struktur.

Jenis :

o Sintesis penyampaian

o Sintesis himpunan

o Sintesis cadangan

Ciri-ciri Soalan :

o Soalan sesuai dengan proses mental sintesis.

o Memberikan kebebasan kepada calon menjawab sama ada dari

segi isi atau masa.

o Masalah, tugas atau situasi hendaklah baru.

o Hasilnya dinilai oleh pengguna seperti pembaca.

f) Aras Penilaian

Keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu

diketahui oleh pelajar.

Pertimbangan dibuat berdasarkan piawaian tertentu seperti tepat,

berkesan, baik, buruk dan lain-lain.

Perkataan yang digunakan :

o Pertimbangkan

o Tafsirkan

o Tentukan

o Pertahankan

Ciri-ciri soalan :

o Soalan uji proses mental peringkat penilaian.

o Situasi perkara yang hendak dinilai mestilah baru dan tak pernah

disentuh semasa pengajaran.

Page 6: Bab 2

- Kata-Kata Kerja yang Biasa Digunakan

Aras Kemahiran Kata-Kata Kerja

1) Pengetahuan - Aras ini menguji kebolehan calon

mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukuman, definisi yang telah dipelajari.

Manakah, Apakah, Siapakah, Bilakah, Berikan, Senaraikan, Nyatakan

2) Kefahaman - Aras ini menguji kebolehan calon

memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukuman, teori yang telag dipelajari.

Huraikan, Jelaskan, Terangkan, Tukarkan, Mengapa

3) Aplikasi - Aras ini menguji kebolehan calon

menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. .

Tunjukkan, Kirakan, Selesaikan, Demonstrasikan, Susunkan, Uruskan, Gunakan

4) Analisis - Aras ini menguji kebolehan calon

membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.

Bezakan, Bandingkan, Asingkan, Tafsirkan, Bahagikan, Klasifikasikan

5) Sintesis - Aras ini menguji kebolehan calon

mencantumkan, menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan.

Gabungkan, Merekabentuk, Bentukkan, Kumpulkan, Susunkan, Gubahkan, Karangkan

6) Penilaian - Aras ini menguji kebolehan calon

membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Nilaikan, Rumuskan, Taksirkan, Kritikkan, Bandingkan, Ulaskan, Bezakan, Huraikan, Buktikan

Rajah 3 : Kata-kata Kerja yang Digunakan Dalam Setiap Aras

Page 7: Bab 2

DOMAIN KRATHWOHL

Diasaskan oleh David R.Krathwohl.

Merupakan bidang yang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.

Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu

suasana pembelajaran yang baik.

Pembelajaran berkesan dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya

murid yang dapat membentuk sikap positif.

Terdapat lima peringkat bagi domain ini.

Rajah 4 : Lima Peringkat Domain Krathwohl

a) Penerimaan

Kesediaan seseorang untuk terima sesuatu yang ingin disampaikan.

Peringkat ini bermula dengan kesedaran.

Misalnya, penerima sedar akan irama, lirik lagu dan keadaan kehidupan.

Selepas kesedaran, individu berkenaan tidak akan menjauhkan diri

daripada ransangan yang diterima.

Penerimaan Tindak Balas Penilaian

Organisasi Perwatakan

Page 8: Bab 2

Seterusnya, individu berkenaan mula bertindak secara terhad, iaitu cuba

membezakan.

b) Tindak Balas

Seseorang akan bertindak balas terhadap ransangan yang dterima.

Hal ini disebabkan individu tersebut mempunyai motif tersendiri untuk berbuat

demikian.

Motif ingin tahu tentang sesuatu boleh menyebabkan seseorang itu bertindak

balas terhadap ransangan yang diterima.

c) Penilaian

Memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya terhadap masyarakat.

Jenis nilai :

o Penerimaan semua nilai

Menerima semua nilai yang terdedah kepada individu tersebut

yang menjadi landasan kepada perlakuannya.

o Pemilihan nilai tertentu

Memilih nilai tertentu.

o Komitmen

Berpegang teguh dengan sesuatu kepercayaan yang menjadi

landasan kepada perlakuannya.

d) Organisasi

Bermaksud seseorang boleh menyusun semua nilai yang diterimanya.

Penyusunan nilai terbahagi kepada dua, iaitu

o Menkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian antaranya.

o Menyusun nilai-nilai ini sehingga menjadi satu sistem nilai.

Page 9: Bab 2

e) Perwatakan

Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya

sebagai satu cara hidup.

Seseorang itu akan memperlihatkan ;

o Perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat

keputusan mengikut keadaan tanpa berasaskan perasaan atau sogokan.

o Sistem nilai tersendiri, iaitu mempunyai falsafah atau prinsip hidup

tersendiri,