assigment teknik penyoalan

7
8/6/2019 assigment teknik penyoalan http://slidepdf.com/reader/full/assigment-teknik-penyoalan 1/7 1. Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa langkah dalam penyoalan yang apabila diikuti mampu merangsang kemahiran berfikir dan pembelajaran di bilik darjah. Dengan menggunakan contoh-contoh spesifik, bincangkan bagaimana langkah-langkah penyoalan dapat dilaksanakan bagi menyokong dapatan kajian tersebut. Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling popular digunakan dalam bidang  pendidikan. Ianya dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Disamping itu ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri sendiri di kalangan pelajar. Lima langkah utama utama menyoal yang disarankan ialah, ajukan soalan kepada seluruh kelas, beri masa berfikir yang sesuai (wait-time), pilih murid untuk menjawab, beri respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan murid dan beri penekanan dan buat ringkasan jawapan yang tepat yang boleh diterima. Setelah sesuatu topik disampaikan guru boleh mengajukan soalan kepada seluruh kelas, elakkan dari memilih murid tertentu sebelum mengajukan soalan agar semua murid  berfikir dan memainkan peranan dalam bembina idea. Soalan dinyatakan dengan tepat dan mudah difahamai, contoh soalan bagi matapelajaran ibadah tahun dua : ³  Apakah perkara-  perkara yang membatalkan wuduk ?´. Soalan yang dikemukakan hendaklah pelbagai tahap. Tahap rendah menggalakkan penyertaan lebih ramai murid, manakala soalan aras tinggi membina kemahiran berfikir. Contoh soalan aras tinggi, soalan situasi:  Muaz memimpin tangan neneknya ke masjid, adakah wuduk Muaz terbatal? Berikan alasan. Murid berasa seronok apabila mampu menjawab dan seronok untuk melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif. Selepas soalan diajukan dan sebelum guru memberi respon kepada jawapan murid, guru hendaklah memberi peluang kepada murid untuk berfikir sekurang-kurangnya 3 hingga 5 saat bagi soalan mudah, dan masa yang lebih panjang diperlukan bagi soalan yang lebih mencabar dan berkemungkinan memerlukan perbincangan dalam kumpulan. Masa ini memberi ruang untuk murid mencerna ingatan dan menggunakan pengetahuan menerusi informasi-informasi yang disalurkan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya guru memilih murid yang hendak menjawab secara sukarela bagi membangkitkan keseronokkan dan kesediaan murid menyertai aktiviti pembelajaran. Pemilihan murid secara rawak juga dapat mengekalkan tumpuan murid sepanjang sesi soal  jawab. Jika sebaliknya berlaku, sesi soal jawab tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana murid tidak akan bersedia untuk menjawab dan menggalakkan murid melakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan pembelajaran, ini memunggkinkan objektif pembelajaran guru pada waktu itu tidak tercapai. Jika murid menjawab secara beramai-ramai, panggil nama murid tertentu dan elakkan memanggil murid yang telah menjawab soalan. Ini memberi ruang

Upload: abdul-rahman-shuib

Post on 08-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: assigment teknik penyoalan

8/6/2019 assigment teknik penyoalan

http://slidepdf.com/reader/full/assigment-teknik-penyoalan 1/7

1. Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa langkah dalam penyoalan yang

apabila diikuti mampu merangsang kemahiran berfikir dan pembelajaran di bilik 

darjah. Dengan menggunakan contoh-contoh spesifik, bincangkan bagaimana

langkah-langkah penyoalan dapat dilaksanakan bagi menyokong dapatan kajian

tersebut.

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling popular digunakan dalam bidang

  pendidikan. Ianya dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan.

Disamping itu ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan

memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri sendiri di

kalangan pelajar.

Lima langkah utama utama menyoal yang disarankan ialah, ajukan soalan kepada

seluruh kelas, beri masa berfikir yang sesuai (wait-time), pilih murid untuk menjawab, beri

respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan murid dan beri penekanan dan buat

ringkasan jawapan yang tepat yang boleh diterima.

Setelah sesuatu topik disampaikan guru boleh mengajukan soalan kepada seluruh

kelas, elakkan dari memilih murid tertentu sebelum mengajukan soalan agar semua murid

 berfikir dan memainkan peranan dalam bembina idea. Soalan dinyatakan dengan tepat dan

mudah difahamai, contoh soalan bagi matapelajaran ibadah tahun dua : ³ Apakah perkara-

  perkara yang membatalkan wuduk ?´. Soalan yang dikemukakan hendaklah pelbagai tahap.

Tahap rendah menggalakkan penyertaan lebih ramai murid, manakala soalan aras tinggi

membina kemahiran berfikir. Contoh soalan aras tinggi, soalan situasi:   Muaz memimpin

tangan neneknya ke masjid, adakah wuduk Muaz terbatal? Berikan alasan. Murid berasa

seronok apabila mampu menjawab dan seronok untuk melibatkan diri dalam pembelajaransecara aktif.

Selepas soalan diajukan dan sebelum guru memberi respon kepada jawapan murid,

guru hendaklah memberi peluang kepada murid untuk berfikir sekurang-kurangnya 3 hingga

5 saat bagi soalan mudah, dan masa yang lebih panjang diperlukan bagi soalan yang lebih

mencabar dan berkemungkinan memerlukan perbincangan dalam kumpulan. Masa ini

memberi ruang untuk murid mencerna ingatan dan menggunakan pengetahuan menerusi

informasi-informasi yang disalurkan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya guru memilih murid yang hendak menjawab secara sukarela bagi

membangkitkan keseronokkan dan kesediaan murid menyertai aktiviti pembelajaran.Pemilihan murid secara rawak juga dapat mengekalkan tumpuan murid sepanjang sesi soal

 jawab. Jika sebaliknya berlaku, sesi soal jawab tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana

murid tidak akan bersedia untuk menjawab dan menggalakkan murid melakukan aktiviti yang

tidak berkaitan dengan pembelajaran, ini memunggkinkan objektif pembelajaran guru pada

waktu itu tidak tercapai. Jika murid menjawab secara beramai-ramai, panggil nama murid

tertentu dan elakkan memanggil murid yang telah menjawab soalan. Ini memberi ruang

Page 2: assigment teknik penyoalan

8/6/2019 assigment teknik penyoalan

http://slidepdf.com/reader/full/assigment-teknik-penyoalan 2/7

kepada murid-murid lain menyampaikan idea mereka. Jika perlu, ingatkan murid tentang

 peraturan menjawab, seperti mengangkat tangan dan sebagainya.

Apabila murid menjawab soalan yang dikemukakan, Guru hendaklah memastikan

murid lain memberi tumpuan kepada jawapan rakannya. Guru hendaklah memberi respon dan

reaksi yang bersesuaian kepada jawapan murid, dan olah jawapan murid menggunakan ayat

yang berbeza. Jika jawapan yang diberikan adalah betul hargai murid dengan peneguhan

  positif. Jika jawapannya salah kenalpasti bahagian yang betul (jika ada), atau meminta

  jawapan alternatif dari murid lain. Murid yang tidak boleh menjawab soalan hendakklah

diberi pembayang kepada jawapan sama ada isyarat atau guru mengolah semula soalan dalam

 bentuk yang lebih mudah difahami. Soalan yang sama juga boleh dikemukakan kepada murid

lain sebelum menerima sesuatu jawapan. Setelah pelbagai idea diperolehi daripada murid-

murid, guru bolehlah mengaitkan semua jawapan dan idea murid untuk membantu murid

membuat satu kesimpulan.

Akhir sesi soala jawab, guru menyatakan semuala tujuan atau soalan utama dengan

 jawapan yang tepat atau yang boleh diterima berdasarkan jawapan yang murid berikan. Bagaisoalan yang tujuannya untuk mencungkil idea pada awal pengajaran langkah ini tidak perlu

dilaksanakan. Kerana murid boleh dilibatkan dengan penyiasatan bagi memperolehi jawapan

 jika soalannya bersifat inkuiri.

Tujuan utama penggunaan teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

untuk mengesan pengetahuan berbahasa pelajar, menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif 

inovatif, logik dan juga kritis. Pelajar juga didorong untuk menyusun dan menghuraikan

  bahan yang diajar. Peranan guru amat penting dalam teknik ini kerana guru memastikan

 proses teknik inindapat dijalankan dengan lancer dan berkesan. Soalan yang terancang dan

  bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan

iklim pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Page 3: assigment teknik penyoalan

8/6/2019 assigment teknik penyoalan

http://slidepdf.com/reader/full/assigment-teknik-penyoalan 3/7

2. Kaedah inkuiri induktif terbimbing merupakan salah satu kaedah yang boleh

digunakan bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaaran yang melibatkan

 penyiasatan tentang perhubungan antara pembolehubah.

a) Kenalpasti satu hasil pembelajaran bagi sertiap domain hasil

pembelajaran yang boleh dicapai melalui aktiviti tersebut di atas .

Domain hasil pembelajaran terbahagi kepada 4 iaitu domain kognitif, domain

  psikomotor, domain afektif dan domain sosial. Melalui Matapelajaran Adab dan

akhlak islamiyah tahun 2 topik adab masuk tandas :

1)  Domain Kognitif 

Domain yang mengandungi perlakuan yang memerlukan pengetahuan mengenai

konsep, prinsip atau ketetapan am. Contoh, selepas pengajaran murid dapat

menyenaraikan 5 adab masuk tandas dengan betul.

2)  Domain afektif 

Domain yang melibatkan sikap, perasaan atau kepercayaan. Contoh, selepas

tunjuk cara murid akan menunjukkan kesedaran mengamalkan adab-adab masuk 

ke tandas dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

3)  Domain Psikomotor 

Domain yang berkaitan dengan kemahiran. Contoh, selepas penerangan dan

tunjuk cara murid masuk tandas menggunakan kaki kanan dan keluar tandas

menggunkan kaki kiri serta beristinjak dengan cara yang betul.

4)  Domain sosial

Domain tingkah laku manusia, hubungan murid dengan murid, murid dengan guru

dan murid dengan orang tua. Contoh, murid menegur rakannya yang becakap-

cakap ketika berada di dalam tandas.

b) Beri justifikasi pemilihan hasil pembelajaran iaitu mengapakah anda

berpendapat hasil pembelajaran yang anda pilih itu boleh dicapai dengan

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah ini.

Bagi saya hasil pembelajaran boleh dicapai dengan melaksanakan pengajaran

melalui kaedah inkuiri induktif terbimbing ini ialah, pelbagai jenis aktivitidilaksanakan bagi membantu murid membina pengetahuan, kemahiran dan sikap

serta nilai yang diharapkan Contoh aktiviti yang paling mudah difahami ialah

melalui simulasi cara masuk ke tandas yang betul diikuti amali serta soal jawab.

Guru bertindak sebagai pembimbing.

Aktiviti meneroka menyediakan ruang kepada murid membuat penyiasatan

sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Sebagai contoh kenapa murid perlu

Page 4: assigment teknik penyoalan

8/6/2019 assigment teknik penyoalan

http://slidepdf.com/reader/full/assigment-teknik-penyoalan 4/7

  beristinjak selepas membuang air besar atau air kecil. Pembelajaran ini bukan

memberi penekanan kepada hasil pembelajaran semata-mata juga proses

 bagaimana proses hasil pembelajaran dicapai.

Matlamat utama adalah mencapai menyelesaikan masalah dalam kehidupan

seharian yang akan membolehkan murid mempraktikkan apa yang dipelajari didalam kehidupan sebenar. Kerana perubahan tingkah laku murid dapat

diperhatikan oleh guru setelah selesai satu topik pengajaran. Contoh, guru dapati

murid tidak lagi bercakap-cakap ketika berada di dalam tandas.

c) Jana dan huraikan dengan terperinci aktiviti pengajaran dan pembelajaaran

semasa fasa ke dua pengajaran (menstruktur/menstruktur semula idea)

mengikut model pengajaran 4-fasa dengan memberikan contoh-contoh

spesifik merujuk kepada tajuk yang dipilih dengan peruntukan masa lebih

kurang 30 minit.

Matapelajaran :Pendidikan Islam

Tahun :1 Mawar 

Bilangan Murid :30 orang

Tema :Ibadah

Tajuk :2. Solat Fardhu

Tarikh :2 Mei 2011

Masa :8.00-8.30 pagi

Fasa kedua

Penjanaan idea dan sintesis idea.

2.1.Guru memberi penerangan mengenai pengertian dan hukum solat fardhu.

(Pengertian solat: perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbiratul

Ihram dan disudahi dengan salam).

(Hukum solat fardhu:wajib)

2.2. Guru menyoal dan murid menyebut semula pengertian dan hukum solat

fardhu secara latih tubi.

2.3.Murid mendengar lagu solat melalui pita rakaman.

(Lampiran lagu solat:Solat subuh dua rokaat, zuhur asar empat rokaat, akhir 

isyak empat rokaat :rentak selawat nabi)2.4.Murid menyayikan lagu solat secara kelas.

2.5.Murid memerhatikan waktu-waktu solat yang ditunjukkan oleh guru

 berpandukan jam solat.

(subuh:6.00 pagi. Zuhur:1.25 tengahari, Asar: 4.40 petang, maghrib:7.30

malam dan isyak: 8.40 malam)

2.6.Murid menyenaraikan nama-nama dan bilangan waktu solat di atas kad

imbasan dalam kumpulan.

Page 5: assigment teknik penyoalan

8/6/2019 assigment teknik penyoalan

http://slidepdf.com/reader/full/assigment-teknik-penyoalan 5/7

2.7.Wakil kumpulan diminta mempamerkan hasil tugasan yang telah diberikan

2.8.Sumbang saran mengenai hasil tugasan.

2.9.Guru merumuskan hasil tugasan setiap kumpulan dengan mengulang kembali

waktu-waktu solat fardhu.

d. Apakah ciri utama dalam aktiviti yang anda janakan itu yang menunjukkanpengajaran dan pembelajaran itu mengaplikasi pendekatan inkuiri induktif 

terbimbing.

Ciri utama dalam aktiviti dijanakan yang mengaplikasi inkuiri induktif 

terbimbing:

1)  Penyoalan ; guru menyoal murid erti solat fardhu.

guru menyoal murid hokum solat fardhu

2)  Mencari maklumat: Murid menyenaraikan nama-nama dan bilangan waktu

solat di atas kad imbasan dalam kumpulan.

3)  Membina konsep dan perkaitan daripada data: Sumbang saran mengenai hasil

tugasan

e) Huraikan dengan ringkas aktiviti fasa 2 menggunakan kaedah inkuiri

terbimbing yang tidak melibatkan penyiasatan perhubungan antara

pembolehubah.

1. Murid memerhatikan waktu-waktu solat yang ditunjukkan oleh guru

  berpandukan jam solat. (subuh:6.00 pagi. Zuhur:1.25 tengahari, Asar:

4.40 petang, maghrib:7.30 malam dan isyak: 8.40 malam). Melalui aktiviti ini

guru memberi ruang kepada murid menjana idea berdasarkan paparan yang

diberi, serta menggalakkan murid memberikan jawapan yang tepat.

2. Guru menyoal dan murid menyebut semula pengertian dan hukum solat

fardhu secara latih tubi. Murid berminat menyertai aktiviti soal jawab yang

diadakan. Guru dapat memastikan murid memahami topik yang diterangkan

diawal pembelajaran.

3. Sumbang saran mengenai hasil tugasan. Proses yang bermula denganmenggunakan deria seperti melihat dan mendengar untuk mengumpul

maklumat dan data setelah membuat perbincangan dalam kumpulan. Melalui

aktiviti ini murid berkolaborasi dan bertukar maklumat untuk mencari

 jawapan.

Page 6: assigment teknik penyoalan

8/6/2019 assigment teknik penyoalan

http://slidepdf.com/reader/full/assigment-teknik-penyoalan 6/7

4. Guru merumuskan hasil tugasan setiap kumpulan dengan mengulang

kembali waktu-waktu solat fardhu. Murid membuat refleksi ke atas topik yang

telah diajar dan guru membuat kesimpulan.

Page 7: assigment teknik penyoalan

8/6/2019 assigment teknik penyoalan

http://slidepdf.com/reader/full/assigment-teknik-penyoalan 7/7