teknik penyoalan

Upload: che-mat-mohd-nor

Post on 13-Oct-2015

56 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hope helping

TRANSCRIPT

TEKNIK PENYOALAN

TEKNIK PENYOALANKUMPULAN 3PENTINGNYA PENYOALAN DALAM P & PPenyoalan sebagai aktiviti mengembangkan dan meningkatkan pemikiran, kefahaman murid Penglibatan dan interaksi murid yang aktifKeseimbangan soalan beraras rendah dan tinggiMaklum balas dan peneguhan berlakuPengembangan daya kemahiran kreatif dan kritis

PRINSIP MENYEDIA DAN MENGGUNAKAN SOALANAras soalan harus sesuai dengan latar belakang murid peringkat umur, kebolehan, pengalamanSoalan harus dirancang sebelum mengajarPerkataan, istilah dan intonasi harus mudah difahami oleh muridPelbagaikan soalan dari masa ke masa bagi menarik minatSoalan harus boleh mendorong murid berfikirSoalan haruslah ringkas, tepat dan jelas

Ikut tertib/prosedur penyoalan iaitu guru mengemukakan soalan, berhenti sebentar (memberi masa murid berfikir), guru menyebut nama sebelum murid tersebut menjawab.Tujukan soalan kepada seluruh kelas dengan jelas dan lantang (bukan segelintir murid cerdas) dan pastikan semua mendengar dan memahami kehendak soalan. Kemudian tujukan soalan kepada sesaorang murid.

Guru boleh mengulangi soalan jika ada murid yang tidak dengar/faham.Guru boleh meminta murid lain menambah jawapan atau membetulkan jawapan yang salah atau kurang tepat

Sebut nama murid ketika menyoal. Jangan menyoal secara umum Elakkan jawapan yang diberi secara beramai-ramaiBeri pujian jika jawapan betul dan bernas dan betulkan jawapan yang salah/kurang tepat

OBJEKTIF PENYOALANMenguji pengetahuan dan kefahaman muridMencetus, meransang dan mencungkil fikiran muridMembimbing murid kepada kaedah inkuiri-penemuan kearah membuat keputusan dan penyelesaian masalahMenarik perhatian agar murid menumpu kepada sesuatu perkaraMenilai keberkesanan P & P guru

Menilai pencapaian objektif P & PMembantu murid mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan kepada ujianMenjalinkan perhubungan di antara guru dengan murid, murid dengan murid menerusi interaksi dan komunikasiMenimbulkan perasaan ingin tahu menerusi soalan yang mencabar dan menarik

Berkongsi idea dan pengalaman Memberi keyakinan diri, mengurangkan perasaan segan dan takut di kalangan murid Menambahkan minat dan tumpuan murid terhadap pelajaran

KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALANPEMBENTUKAN SOALAN jelas, tepat dan ringkasFOKUS Tumpu satu idea - konvergen Tumpu lebih drp satu idea - divergenSEBARAN sebarkan ke seluruh kelasHENTIAN memberi masa mendengar, memahami dan menjawab soalan

MELAYANI JAWAPAN memberi pujian, membetulkan/membaiki/melengkapkan soalanMEMBERI PETUNJUK Membantu murid dengan clue MENCUNGKIL FIKIRAN mencetus, menjana, mengembang

JENIS SOALANJENIS SOALAN Soalan bertumpu (konvergen) Soalan bercapah (divergen)Soalan bertumpu memerlukan jawapan yang tepat; aras rendah (pengetahuan dan kefahaman dan tinggi (aplikasi ke atas)Soalan bercapah memerlukan pelbagai jawapan; aras rendah dan tinggi

SOALAN BERTUMPU Pemikiran konvergen (Guilford 1967) adalah daya berfikir yang menggunakan integrasi logik bagi mengasilkan sesuatu penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang lazim berpandukan kepada prinsip, teori, hukum dan pengalaman sedia ada.Sering dilabel sebagai pemikiran -penaakulan, kritis, analitis

Contoh soalanApakah tema Hari Guru tahun ini? (satu jawapan)Apakah warna pelangi? (dihadkan mengikut subjek)Adakah anda tahu jawapannya? (objektif ya atau tidak)

SOALAN BERCAPAHPemikiran terbuka yang tidak terkongkong dengan teori, hukum atau pengalaman sedia ada sesaorang bagi mendapatkan pelbagai alternatif penyelesaian bagi sesuatu masalah. Pemikiran jenis ini sering disebut pemikiran lateral, mendorong kepada daya kreativiti yang memerlukan keterbukaan minda, imaginasi, intuisi, dan sebagainya

Contoh soalanApakah pendapat anda terhadap terhadap sekolah kluster? (pelbagai jawapan)Apakah pandangan anda terhadap perwatakan Hang Jebat? (terbuka/luas)Buktikan Hang Tuah adalah seorang perwira yang taat? (pemikiran penaakulan)Apakah akan terjadi kepada murid jika peperiksaan UPSR dan PMR dimansuhkan? (subjektif)

ARAS PENYOALANBerlandaskan Objektif Taksonomi Bloom, terdapat enam aras: Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

ARAS PENGETAHUANMengingat kembali fakta, istilah, erti hukum, tempat, nama tarikh dsbnya seperti perkataan namakan, nyatakan, senaraikan, siapa, dimana, bilaNamakan tiga jenis roti?Siapakah mencipta kapal terbang?

ARAS KEFAHAMANKebolehan menterjemah, menginterpretasikan fakta, prinsip, hukum dsbnya spt perkataan terangkan, huraikan, ringkaskan, jelaskanTerangkan maksud ringan tulang?Huraikan maksud keluarga bahagia?

ARAS APLIKASIKebolehan mengguna pakai konsep, prinsip dsbnya ke situasi yang lain bagi penyelesaian masalah selesaikan, kirakan, anggarkan, bagaimanakah. ContohBerapa ukuran 100sm dalam meter? Bagaimanakah untuk mengeluarkan serbuk besi dalam sebuah bekas berisi air dan serbuk besi?

ARAS ANALISISKebolehan menceraikan kepada komponen kecil berlandaskan kepada prinsip, hukum spt bezakan, bandingkan, pilih, asingkan, pilih, buat urutan, buat andaian. ContohBezakan maksud kain dan tekstil?Pilih baja yang terbaik untuk pengakaran tanaman?

ARAS SINTESISKebolehan menggabungkan, mencantumkan serta mentafsir dan merumuskan apa yang dianalisa spt merancang, mereka cipta, merangka, mengkonsepsikan. ContohHasilkan sebuah karangan berteraskan simpulan bahasa ulat bukuRekakan satu pakaian khas untuk majlis persandingan bakal pengantin iniARAS PENILIANKebolehan menilai, membuktikan, mengesahkan, memberi hujah atau komen spt mengkritik, mengesan, menyokong, menaksir. ContohBeri komen anda terhadap jalan cerita drama ini?Mengapakah anda menyokong cadangan itu? Bagaimanakah anda dapat mengesan bakteria yang menyerang penyakit pokok itu?

KESIMPULAN