proposal ar- teknik penyoalan kbat dalam membimbing murid kearah inkuari penemuan yang betul

Upload: nurul-syafeyqa

Post on 18-Oct-2015

637 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

proposal

TRANSCRIPT

1. PENDAHULUAN

Saya merupakan seorang guru pelatih major sains di sebuah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan yang sedang menjalani latihan praktikum selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Berangan 2. Sepanjang saya menjalani latihan praktikum saya telah melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berorientasikan inkuari penemuan. Apabila saya membuat refleksi kembali terhadap sesi PdP yang telah berlangsung, saya mendapati terdapat kekurangan dalam kaedah inkuari penemuan yang saya jalankan sewaktu PdP berlangsung. Secara literalnya, kelemahan yang saya kenal pasti menjadi punca teknik inkuari penemuan yang dijalankan tidak menepati kaedah pembelajaran sains yang sebenar ialah kekurangan dari strategi penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam membimbing murid kearah inkuari penemuan yang betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sains. Pada pendapat saya KBAT merupakan medium yang paling utama dalam membimbing murid membuat belajar secara inkuari penemuan selaras dengan definisi inkuari penemuan ; Gulo (2002) menyatakan strategi inkuiri bererti suatu rangkaian kegiatan belajar yang melibatkan secara maksimum kemampuan pelajar untuk mencari dan menyelidik secara sistematik, kreatif dan kritis, logik, dan analitik sehingga mereka dapat merumuskan sendiri penemuannya dengan yakin diri.

2. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Berdasarkan pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang lepas, saya mendapati bahawa PdP yang berlangsung bagi mata pelajaran Sains di sekolah ini berjalan dengan baik dan lancar. Aktiviti berorientasikan inkuari penemuan sangat menyeronokkan namun teknik penyoalan soalan aras tinggi yang saya gunakan untuk menerapkan KBAT tidak dapat memberikan pengalaman belajar inkuari penemuan secara holistic terhadap murid. Sebagai contoh, semasa sesi PdP tajuk Litar Bersiri dan Selari yang lalu, saya telah menyuruh murid menjawab soalan berstruktur Kemahiran Aras Tinggi sebagai pengukuhan. Umumnya, soalan ini melibatkan kemahiran aras tinggi iaitu di peringkat sintesis dan penilaian berdasarkan Taksonomi Bloom. Rata-rata murid memberikan respon negative terhadap soalan yang saya berikan kerana mereka berpendapat soalan tersebut sangat susah untuk dijawab. Murid dilihat lemah dalam menjawab persoalan tersebut dengan baik dan ada segelintir daripada mereka gagal untuk menjawab soalan yang .Implikasi terhadap PdP pula ialah, pelajar menghadapi masalah dalam memahami konsep sains dengan betul. Hal ini akan membawa kepada kegagalan murid membina konsep serta idea pembelajaran dalam belajar sains secara inkuari penemuan. Menerusi pemerhatian semasa perbincangan kumpulan yang diadakan , didapati pelajar lemah tersisih dan tidak menunjukkan minat dalam PdP kerana mereka gagal mengaplikasi, mengaanalisis, menaakul, sintesis dan membuat penilaian tugasan yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Hal ini begitu merungsingkan saya kerana objektif pembelajaran gagal dicapai sepenuhnya.Selain itu, saya juga tidak dapat mengukur adakah amalan pengajaran saya sebelum ini tidak mementingkan kemahiran berfikir aras tinggi yang gagal membantu murid untuk menjawab persoalan yang melibatkan aras kognitif tinggi. Sekiranya terdapat segelintir pelajar yang gagal menjawab persoalan melibatkan aras kognitif yang tinggi, keadaan ini sedikit sebanyak akan mengganggu aktiviti perbincangan berkumpulan.Oleh itupemikiran aras tinggi ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami(Nordin Tahir PIPP) dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.Untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran berorientasikan inkuari penemuan yang sebenar, penerapan KBAT dalam mengintegrasikan pengajaran aras tinggi dalam kurikulum sekolahperlulah menggunakan strategi yang sesuai dan efektif. Justeru, saya berpendapat untuk memastikan orientasi inkuari penemuan yang betul, saya perlu mengubah amalan pengajaran di dalam kelas. Saya melihat intervensi terbaik dalam orientasi inkuari penemuan yang betul adalah dengan menggunakan teknik penyoalan KBAT.

3. FOKUS KAJIAN

Isu yang akan dititik beratkan dalam kajian tindakan ini adalah amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara punca masalah yang telah dikenal pasti adalah amalan guru yang kurang menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Guru-guru sains sekolah rendah cenderung mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan hal ini membawa kepada inkuari penemuan yang tidak holistic.Secara umumnya, focus kajian saya ialah teknik penyoalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam inkuari penemuan Sains. Pada dasarnya, kajian tindakan yang akan saya jalankan ini berfokuskan kepada bagaimana teknik penyoalan KBAT dapat membantu murid membuat inkuari penemuan Sains dengan betul. Semasa menjalani latihan praktikum, saya telah meminta guru pembimbing untuk melakukan cerapan terhadap pengajaran dan pembelajaran saya. Beliau duduk di belakang bilik darjah bagi memudahkan pemantauan. Berdasarkan catatan refleksi guru pembimbing, saya mendapati saya perlu membaiki cara saya mengajukan soalan berbentuk KBAT dalam membimbing murid kearah inkuari penemuan. Guru pembimbing menyatakan bahawa soalan berbentuk KBAT yang saya ajukan tidak dapat menghubungkan fakta dengan konsep sains dengan tepat.

Stategi pengajaran dan pembelajaran yang guru gunakan sangat menarik. Aktiviti juga dapat menarik minat murid. Namun guru perlulah pandai dalam mengajukan soalan berbentuk KBAT supaya wujud perkaitan antara fakta dan konep sains yang mana murid boleh membuat penemuan sendiri berdasarkan soalan yang diajukan.

Berdasarkan komen oleh guru pembimbing di atas, saya perlu memastikan soalan yang diajukan mempunyai kesinambungan agar murid dapat membuat inkuari penemuan dengan sendiri. Teknik penyoalan yang baik serta menerapkan unsur KBAT dapat membimbing murid untuk menjana idea serta berfikir secara kritis dan kreatif dalam membina pengetahuan baru.Dalam pengajaran konsep sains, guru perlu mengubah tanggapan bahawa murid tidak sewajarnya di dedahkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi kerana hanya melalui pemikiran KBAT murid-murid berupaya manaakul, menjana idea, menganalisis, membuat sintesis dan berfikiran kreatif dengan sendirinya tanpa mempunyai batasan dalam mencari jawapan kepada persoalan yang timbul semasa proses inkuari penemuan.Menurut Fisher(1990) yang beranggapan berfikir kritis menggambarkan bagaimanakah sesuatu perkara difikirkan oleh seseorang. Belajar untuk berfikir kritis bermakna seseorang akan mempelajari bagaimana untuk menyoal dan apakah bentuk soalan yang ditanyakan. Selain itu, menurut Som dan Mohamad Dahalan (1998), kemahiran berfikir secara kritis merupakan kecekapan dan keupayaan seseorang menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kesahan dan mengenalpasti kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang sewajarnya dengan menggunakan alasan atau bukti yang munasabah.Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan untuk mengubah amalan guru daripada teknik penyoalan lisan Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) kepada teknik penyoalan lisan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam membimbing murid kearah inkuari penemuan. Guru perlu mempunyai kemahiran dalam membangunkan pemikiran pelajar dan bukannya berfokus kepada pemindahan maklumat semata-mata. Justeru, peranan guru ialah untuk mewujudkan peluang untuk murid berfikir, melatih proses berfikir melalui pembelajaran inkuari penemuan.Guru mestilah melaksanakan pendekatan pemindahan maklumat dalam mengajar KBAT di mana mereka memberikan langkah-langkah yang jelas dalam membimbing murid menyelesaikan permasalahan (Sapora Sipon,2001). Selain itu, guru perlu menerapkan teknik penyoalan Sokratik yang dapat menggalakkan pemikiran bebas dalam meneroka sesuatu ilmu. Teknik penyoalan Sokratik juga dapat meningkatkan pemikiran metakognitif murid bagi melahirkan murid yang berkemahiran aras tinggi dalam sains.Kajian ini dilaksanakan bagi mengubah amalan pengajaran guru kearah melahirkan murid yang dapat membuat inkuari penemuan sendiri melalui teknik penyoalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

i. KebolehtadbiranDalam menjalankan kajian berkaitan KBAT saya berpendapat bahawa focus kajian iaitu amalan guru dalam PdP secara tradisional dapat diatasi dengan mengubah amalan guru kepada kaedah inkuari penemuan melalui teknik penyoalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kriteria kebolehtadbiran dipatuhi dalam kajian saya apabila saya boleh melaksanakan kajian ini di sekolah. Sebagai seorang guru, wajar bagi saya membimbing murid belajar secara inkuari penemuan melalui teknik penyoalan KBAT. KBAT merupakan komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Umumnya, KBAT melibatkan empat aras tertinggi dalam Taksonomi Bloom iaitu, aplikasi, sintesis, analisis dan penilaian. Oleh itu, inkuari penemuan yang dijalankan mestilah mempunyai unsur teknk penyoalan berbentuk KBAT. Saya juga berpengetahuan dalam kaedah pengumpulan data seperti temu bual separa berstruktur, soala selidik sertapemerhatian dan yakin bahawa subjek kajianmampu menunjukkan perubahan tingkah laku selepas intervensi dijalankan. Justeru, kajian yang akan dijalankan dilihat mempu dipraktikkan disekolah ini.

ii. KepentinganSecara literalnya kajian ini dilihat penting dalam mengubah amalan pengajaran guru secara tradisional kepada kaedah inkuari penemuan menggunakan teknik penyoalan KBAT. Dalam pembelajaran murid perlu menjadi pemikir aktif dan tidak hanya bergantung kepada guru sahaja untuk mendapatkan ilmu. Kajian ini amat penting bagi jangka masa yang panjang dalam melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dalam subjek sains. Sekiranya guru gagal membimbing murid kearah kemahiran berfikir,masalah akan timbul dalam proses pembelajaran melalui inkuari penemuan. Oleh itu, adalah penting bagi guru untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu pelajar pada era ini yang kurang didedahkan dengan KBAT bagi mengelakkan kepincangan dalam proses pembelajaran inkuari penemuan. Ini bermakna, jika muri tidak didedahkan dengan soalan-soalan aplikasi, sintesis, analisis dan penilaian mereka akan mengalami kesukaran dalam memahami konsep sains dan menyesuaikannya dengan reality kehidupan seharian pelajar. Amalan ini dipercayai mampu membantu murid tahun 5 yang lemah dalam membuat tafsiran serta menjana idea dalam pembelajaran subjek sains.

iii. KebolehgunaanTidak dapat dinafikan bahawa KBAT menjadi teraju utama dalam menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke 21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Kaedah ini berkesan kepada semua murid yang berbeza tahap kognitif kerana ianya menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pemikiran kreatif dan kritis ialah pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks (George,1970). Ianya juga dikenali sebagai pemikiran divergen. Dalam proses pemikiran divergen, pelajar tidak lagi dikongkong oleh pengetahuan ataua pengalaman sedia ada , tetapi berfikir secara kreatif dan kritis untuk mencari idea baru yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang mempunyai pelbagai jawapan. Oleh itu, pemikiran divergen ini dikenali sebagai pemikiran lateral atau mendatar, atau pemikiran bercapah. Umumnya, pemikiran divergen ini menggunakan pemikiran intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa. Hasil pembelajran inkuari penemuan menggunakan teknik penyoalan KBAT boleh digabungjalinkan dengan subjek lain juga.

iv. KawalanMasalah kegagalan murid untuk membuat inkuari penemuan sendiri secara betul biasa berlaku sekiranya teknik penyoalan KBAT yang digunakan kurang sesuai. Justeru, kajian dijalankan bagi membantu murid dalam membina konsep sains melalui inkuari penemuan menggunakan teknik penyoalan KBAT. Focus kajian ini berada dalam kawalan saya yang mana kajian ini akan dijalankan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Saya telah menetapkan untuk melakukan pengajaran subjek sains dan kaedah pemerhatian. dari segi penglibatan murid pula, saya akan memastikan murid memberikan komitmen sepenuhnya. Kawalan terhadap perancangan kajian ini akan saya lakukan dari segi pemantauan dan pemerhatian.

v. KolaborasiDalam proses pelaksanaan kajian ini, saya mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Mereka telah memberikan sokongan penuh kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Selain itu, saya juga telah meminta kebenaran daripada pihak sekolah agar membenarkan saya melakukan kajian terhadap murid serta guru secara khusus terhadap teknik penyoalan KBAT dalam membimbing inkuari penemuan yang betul. Rakan sejawat saya turut membantu dalam memberikan pandangan bernas serta proses pengumpulan data. Kajian ini boleh diguna pakai oleh banyak pihak di sekolah yang terlibat agar dapat memperbaiki atau menambah baik pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. Sememangnya kajian ini dapat membina satu hubungan baik antara saya sebagai pengkaji dengan organisasi sekolah.vi. Kerelevenan kepada sekolahSaya berpendapat bahawa teknik penyoalan KBAT dalam membimbing murid kearah inkuari penemuan dalam subjek sains sangat releven kepada sekolah. Kajian ini dilakukan setelah meneliti dan melihat kepentingannya dari aspek akademik dan kurikulum. Secara literalnya, hasil dapatan kajian ini adalah untuk membantu murid dalam pembelajaran secara inkuari penemuan. Peningkatan prestasi kurikulum akan dapat dicapai apabila murid bermotivasi dan seronok dengan pembelajaran mereka. Perkara ini disokong oleh pendapat Stein dan Lane (1996):

Stein and Lane (1996) describe HOT as the use of complex, non-algorithmic thinking to solve a task in which there is not a predictable well-rehearsed approach or pathway explicitly suggested by the task, task instruction, or a work out example.

Secara umumnya, KBAT adalah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak dan gagasan.

4. OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

OBJEKTIF UMUM

Objektif kajian saya adalah untuk mengkaji sejauh mana amalan teknik penyoalan KBAT dapat membimbing murid kearah inkuari penemuan yang betul.

OBJEKTIF KUSUS

Objektif khusus kajian saya adalah seperti berikut:i. Mengenalpasti sama ada amalan teknik penyoalan KBAT dapat membimbing murid membuat inkuari penemuan dengan betul.ii. Mengenalpasti kesan terhadap hasil tindakan amalan guru dalam membimbing murid kearah inkuari penemuaniii. Mengnalpasti keberkesanan KBAT dalam membantu murid menyelesaikan permasalahan kajian.

PERSOALAN KAJIAN:1. Bagaimanakah teknik penyoalan KBAT dapat membantu murid dalam proses pembelajaran inkuari penemuan?2. Apakah impak terhadap hasil tindakan amalan guru dalam membimbing murid kea rah inkuari penemuan.3. Sejauh manakah teknik penyoalan KBAT dapat membantu murid dalam menyelesaikan permasalahan harian.

5. KUMPULAN SASARAN

Menurut Chua (2006), persampelan bertujuan merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden. Oleh yang demikian, kajian tindakan ini melibarkan 32 orang murid iaitu 10 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan Tahun 5 Bestari. Kelas 5 Bestari merupakan kelas pertama. Menurut guru sains kelas tersebut, sebahagian besar daripada murid tahun 5 Bestari merupakan murid yang sederhana cemerlang dari segi akademik. Ini bermakna, tahap kognitif murid juga adalah sederhana dan tidak tinggi. Hal ini mungkin disebabakan kurangnya pendedahan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi kepada pelajar.

6. PELAKSANAAN KAJIANJadual 5 di bawah adalah jadual perancangan langkah-langkah untuk menjalankan penyelidikan ini;Kaedah I TeknikPenyoalan KBAT dalam membimbing nurid kearah inkuari penemuan

Cara pelaksanaanLangkah 1

Murid akan diberikan rangsangan berkaitan tajuk yang akan di ajar. Contoh rangsangan adalah simulasi, video, penyataan masalah, gambar.

Langkah 2

Murid akan disoal menggunakan teknik penyoalan KBAR bagi mencetuskan konsep sains

Langkah 3

Murid akan disoal menggunakan teknik penyoalan KBAT yang meliputi aras aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian bagi membentuk konsep sains

Langkah 4

Murid membuat penemuan sendiri berdasarkan konsep sains yang difahami

6.1 PERANCANGAN LANGKAH TINDAKAN (MODEL)

Kajian ini dijalanakan mengikut model penyelidikan tindakan yang dikemukakan oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988). Konsep penyelidikan yang diutarakan ialah berasaskan kepada konsep Lewin. Namun, saya mengintegrasikan penyelidikan pendidikan di dalam model ini. Kajain pendidikan adalah satu proses yang berterusan tetapi terdapat gelungan-gelungan refleksi kendiri dalam perkembangan kajian. Langkah kajian perancangan, tindakan, pemerhatian, refleksi dan semak semula perancangan sebagai asas kepada penyelesaian masalah sendiri.

Pelan tindakan : Kitaran 1

Pelan tindakan : Kitaran 2

AKTIVITI TINDAKAN PDP

Amalan teknik penyoalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diaplikasikan di peringkat aplikasi idea semasa pengajaran Sains. Amalan pengajaran menggunakan kaedah penyoalan pemikiran aras tinggi ini digunakan ke atas kelas 5 Bestari. Pada permulaan saya membimbing murid menjawab soalan KBAR yang melibatkan aras pengetahuan, kefahaman, dan aplikasi di dalam Taksonomi Bloom di mana murid di soal soalan yang mudah. Seterusnya, saya membimbing murid menjawab soalan KBAT untuk merangsang pemikiran kreatif dan kritis dalam membuat inkuari penemuan. Umumnya, soalan kemahiran aras tinggi melibatkan aras sintesis,analisis dan penilaian dalam Taksonomi Bloom. Kajian ini memerlukan suatu perancangan tindakan dan cara pelaksanaan yang tertatur, terancang dan sistematik. Saya telah memilih untuk menggunakan Model Kemmis & Mc Taggart dalam kajian ini.

6.2 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA

Saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan tiga instrument iaitu soal selidik, temubual separa berstruktur dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data.

Soal SelidikSoal selidik merupakan satu instrumen untuk mengumpulkan data secara formal. Soal selidik perlu memenuhi objektif atau soalan yang hendak dikaji, soal selidik telah dijalankan keatas semua responden. Soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian bahagian A dan bahagian B. bahagian A mengandungi maklumat peribadi responden seperti jantina dan latar belakang keluarga. Bahagian B pula mengandungi 10 item soal selidik yang telah dirangka mengikut criteria yang telah ditetapkan untuk meninjau impak amalan guru terhadap penggunaan teknik penyoalan KBAT dalam membimbing inkuari penemuan. Responden mempunyai pilihan jawapan Ya atau Tidak bagi setiap item. Instrumen ini digunakan bagi menjawab persoalan kajian pertama.

Temu bual Separa BerstrukturTemu bual berstruktur ini akan digunakan untuk mengesahkan data yang diperolehi daripada soal selidik. Temubual ini merupaka penyelidikan kualitatif. . Di dalam temu bual separa berstruktur, urutan soalan, cara soalan diaju dan bentuk soalan boleh berubah-ubah, bergantung kepada reaksi dan tindak balas yang diberi oleh peserta penyelidikan (Noraini, 2010). Semasa temubual berlangsung, saya membuat rakaman audio dan video. Tujuannya adalah untuk memudahkan saya mengekod dan melakukan transkrip ketika menganalisis dan menginterpretasi data. Seterusnya, kesimpulan akhir terhadap jawapan pelajar akan dibuat sama ada mereka menerima kaedah penyoalan KBAT atau sebaliknya.

PemerhatianMelalui pemerhatian, saya dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pembolehubah-pemboleh ubah yang dikenalpasti. Peranan saya adalah sebagai pemerhati terhadap perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku responden. Umumnya, aspek yang dilihat adalah seperti tingkah laku responden di dalam kelas, perubahan sikap, penglibatan murid, cara mereka menjawab soalan serta penglibatan dalam perbincangan kumpulan.Secara literalnya, tujuan data dikumpulkan dengan menggunakan lebih daripada satu instrument adalah untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan kajian melalui triangulasi data. Menurut Weirsma (1991) dalam Noraini (2010) triangulasi merupakan teknik kesahan silang kualitatif yang digunakan untuk menilai atau mentaksir sama ada data yang diperoleh mencukupi melalui pemusatan (convergence) maklumat ke arah dapatan umum yang dipersetujui bersama.

Cohen and Manion (2000) define triangulation as an "attempt to map out, or explain more fully, the richness and complexity of human behavior by studying it from more than one standpoint.

7. PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

a. Jadual pelaksanaan kajianJadual dibawah menunkjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian ini

BIL.AKTIVITITARIKH PELAKSANAANCATATAN

1Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal20 MAC 2014

2Menulis proposal kajian26 MAC 2014

3Merancang tindakan

4Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian

5Analisis data untuk ujian pra dan pemerhatian

6Pelaksanaan ujian pos

7Refleksi kajian

8Penulisan laporan kajian

9Pembentangan dapatan kajian

Carta Gant perancangan pelaksanaan kajian tindakan mengikut minggu

BIL.AKTIVITIM 1M2M3M4M5M6M7M8M9

1.Mengenalpasti masalah

2.Membuat rujukan pada internet dan buku

3.Berbincang dengan pensyarah pembimbing

4.Merancang kajian

5.Mengumpul maklumat berkenaan

6.Membuat draf awal kajian tindakan

7.Merancang pelaksanaan kajian tindakan

8.Penulisan kertas cadangan

9.Penyerahan kertas cadangan

b. c. Kos kajianKos yang terlibat sepanjang perancangan kajian tindakan ini ditunjukkan pada jadual kos kajian di bawah.

BIL.JENIS BAHANKUANTITI X HARGA SEUNITJUMLAH KOS

1Kertas A42 x RM 8.50RM 17.00

2Printer Cartridge1 x RM 50.00RM 50.00

3Minyak kenderaan26LX RM 2.10RM 54.60

4Fotostat bahan & laporan kajianRM 30.00

5Buku catatan guru3 x RM 2.00RM 6.00

JUMLAHRM 157.60

8. RUJUKAN

Lilia Halim, Mohamad Idris, T. Subahan, M. Meerah & Kamisah Osman. (2006). Analisis Keperluan Guru-guru Sains Sekolah Rendah dalam Aspek Pengajaran Sains di Daerah Kota Sedar, Kedah. Jurnal Teknologi, 44(E), 13-30.

Zamri Mahamod, Nor Razah Lim.(2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu:Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1),51-65.

Nessel, D. D. & Graham, J. M. (2007). Thinking Strategies for student achievement: improving learning a cross the curriculum, K-12. (2nd . Ed.). Thousand oaks, Carlifonia: Corwin Press. A SAGE Publication Company.

Rajendran, N. (2001). Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi: kesdiaan guru mengendalikan proses pengajajaran dan pembelajaran. Kertas kerja dibentang pada Seminar Projek KBKK: Poster Warisan-Pendidikan-Wawasan 2001.

Rajendran, N. (2008). Teaching & acquiring higher-order thinking skills: theory &practice. Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.Rosnani Hashim & Suhailah Hussein (2003). The teaching of thinking in Malaysia. 1stE.d. Kuala Lumpur: Research Centre, International Islamic University Malaysia. Samsoo & Nik Suryani Nik Abd Rahman (2007). Factors Influencing TeachersPerceptions on Teaching Thinking: A Case Study in Kuala Lumpur, Malaysia. The 4th International Postgraduate Research Colloquium IPRC Proceedings. International Islamic University Malaysia

Supramani, S. (2006). Penyoalan guru: pemangkin pemikiran aras tinggi murid. JurnalPendidikan Universiti Malaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Kes di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1) (2009): 131-153. Thibeault, J. (2004). The relationship between student teachers and cooperating teachersas a foundation for the development of reflective thinking: An exploratory study based on student teachers perceptions (Ph.D. dissertation, McGill University). Diperolehi Mac 23, 2011, daripada ProQuest Dissertations and Theses.

Tyler, K. M. (2006). A descriptive study of teacher perceptions of self-efficacy and differentiated classroom behaviors in working with gifted learners in Title I heterogeneous classrooms (Ph.D. dissertation, The College of William and Mary). Diperolehi pada Mac 23, 2011, daripada ProQuest Dissertations and Theses.

Yildirim, A. (1994). Promoting student thinking from the practitioners point of view: teachers conceptions, attitudes and activities (thinking skills). (Ed. D. dissertation, Columbia University Teachers College). Dissertation Abstracts International. 54,

08.Chong. (2008). High Order thinking Skills amongst High School Students. Boston: Allyn and Bacon

Fisher. (2007). Thinking, Strategiesfor developing Higher Order Thinking Skills.CA:Shell EducationAdimin, D. J. (2012). Pemikiran Peringkat Tinggi. Pemikiran Peringkat Tinggi. Retrieved from http://drjamiladimin.wordpress.com/2012/11/19/pemikiran peringkat-tinggi/.

Edward, E. (2005). How to acces High Order Thingking Skills in your classroom. Alexandria;USA: Library Cataloging

Kratwohl.(1994). Assessment of higer order thinking skills. USA: Information Age Publishing

Mooi, L. M. (2013). Penyelidikan Tindakan Panduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur:Freemind Horizon Sdn. Bhd

Rosli, S., Kartini, A.B.,Badrul Hisham, A.O., Ahmad Shabudin, Y. (2011). Kajian Tindakan Untuk PISMP. Perak: IPG Kampus Ipoh Perak