68284275 asmn-kepentingan-rph

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN YANG TERATUR DAN BERKESAN SERTA BAHAN SOKONGAN KONKRIT YANG BAIK DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENINGKATKAN TAHAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan kedua, catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pengaran harian yang berkesan perlu dirancang dan disediakan dengan lengkap. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti, lengkap dan teratur dapat membantu pelajar meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran terutamanya di kalangan murid bermasalah pembelajaran. Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan teratur membolehkan guru : 1. Menentukan objektif pelajaran yang sesuai dan tidak terkeluar dari apa yang dirancang 2. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam jangka masa yang diperuntukkan

Upload: wei-fen-chua

Post on 25-Jul-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 68284275 asmn-kepentingan-rph

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN YANG TERATUR DAN BERKESAN

SERTA BAHAN SOKONGAN KONKRIT YANG BAIK DAPAT MEMBANTU

PELAJAR MENINGKATKAN TAHAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI

KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan

pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu

jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan

pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara

berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum

mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada

Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Justeru, semasa merancang sesuatu

pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan

objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi

pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan

pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama, mengenai murid dan

perkara yang akan diajar; dan kedua, catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti

guru-murid dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Rancangan pengaran harian yang berkesan perlu dirancang dan disediakan dengan

lengkap. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti, lengkap dan

teratur dapat membantu pelajar meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran

terutamanya di kalangan murid bermasalah pembelajaran.

Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan teratur membolehkan guru :

1. Menentukan objektif pelajaran yang sesuai dan tidak terkeluar dari apa yang

dirancang

2. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam

jangka masa yang diperuntukkan

Page 2: 68284275 asmn-kepentingan-rph

3. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan

dan minat pelajar

4. Menentukan dan menyediakan bahan bantu mengajar yang diperlukan

5. Merancang aktiviti pelajar yang sesuai

6. Mengawal bilik darjah dengan baik

7. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid

8. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid

9. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan

10.Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan

dengan teratur

11.Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa

pengajaran

12.Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

13.Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran

Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian merangkumi item-item yang perlu

dinyatakan dengan jelas dan mudah dilaksanakan. Antara item yang perlu ada ialah

Sebagaimana contoh berikut:

Format Persediaan Mengajar / Rancangan Pengajaran Harian

Tahun (Kelas) :

Tarikh :

Masa :

Mata Pelajaran :

Tajuk / Topik :

Objektif :

Hasil Pembelajaran :

Page 3: 68284275 asmn-kepentingan-rph

Pengetahuan Sedia Ada :

Alat Bantu Mengajar :

Pemikiran Kreatif & Kritis :

Nilai Murni :

Pelaksanaan P & P

Penyampaian / masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

( 5 minit )

Langkah 1

( minit )

Langkah 2

( minit )

Langkah 3

( minit )

Penilaian

( minit )

Penutup

( minit )

Refleksi :

Page 4: 68284275 asmn-kepentingan-rph

PENENTUAN OBJEKTIF

Objektif pelajaran bagi sesuatu tajuk merupakan kenyataan yang guru harapkan dan

dapat ditunjukkan oleh pelajar pada tingkahlakunya.

Kegunaan Objektif

Kegunaan objektif pelajaran yang ditulis dalam bentuk objektif tingkahlaku atau

objektif

perlakuan adalah banyak. Antaranya :

i. Menitikberatkan tingkahlaku dan pencapaian pelajar dan tidak berpusatkan

guru, oleh itu guru perlu lebih peka pada keperluan dan kebolehan pelajar

ii. Memberi arah tuju kepada guru di samping dapat membantu menilai

kemajuan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran

iii. Sebagai panduan kepada guru untuk perancang dan memilih bahan

pengajaran yang sesuai dan relevan

iv. Membantu guru dalam merancang, memilih dan menentukan strategi

pengajaran

v. Memberi gambaran yang jelas kepada pelajar, guru, pihak pentadbir dan

penyelia apa yang harus pelajar capai di akhir sesuatu pelajaran

vi. Memberi bayangan kepada pelajar tentang bentuk penilaian yang akan diberi

vii. Membantu pelajar untuk membuat penilaian kemajuan kendiri

viii. Membantu guru dalam menyusun atur aktiviti susulan

Penulisan Objektif

Objektif perlakuan yang ditulis perlu mempunyai 3 komponen iaitu :

i. Perlakuan

Menyatakan, apakah yang pelajar akan buat atau lakukan bila mereka menunjukkan

perlakuan objektif. Adalah penting bagi guru menyatakan jenis perlakuan yang

diterima

sebagai bukti pelajar tersebut telah menguasai sesuatu objektif. Sebagai contoh

Page 5: 68284275 asmn-kepentingan-rph

perkataan yang digunakan untuk membuat objektif tingkahlaku ialah seperti memilih,

merekabentuk, mengenal pasti, menyenaraikan, menyusun dan lain-lain

ii. Syarat

Keadaan dimana perlakuan itu akan dilakukan, ia boleh terdiri daripada peralatan,

bekalan, atau bahan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan sesuatu

perlakuan.

Sebagai contoh “dengan membaca petikan yang diberi”.

iii. Kriteria

Menerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang mesti dicapai dalam

melakukan

perlakuan objektif yang dapat memberikan gambaran bagaimana cara untuk menilai

perlakuan pelajar. Contoh, “dapat memotong kayu dalam masa 10 minit”, “dengan

90%

jawapan betul” ,”dengan tepat” .

Contoh objektif perlakuan :

Di akhir pelajaran, pelajar dapat menjawab 5 dari 6 operasi tambah yang melibatkan

nombor kurang dari 10.

Rumusan penulisan objektif

· Objektif perlakuan mestilah ditulis untuk pelajar

· Objektif perlu ditulis dengan ringkas, padat, jelas, jitu dan eksplisit

· Objektif mestilah sesuai dengan peringkat dan kebolehan pelajar

· Objektif perlu ditulis degan menggunakan perkataan oerbuatan yang boleh

dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perkataan-perkataan

perlakuan itu tidak mempunyai banyak makna dan boleh dinilai atau diukur

· Tidak hanya mengkhususkan pada domain kognitif sahaja, tetapi juga melibatkan

domain afektif dan psikomotor.

Page 6: 68284275 asmn-kepentingan-rph

MENENTUKAN ISI PELAJARAN

Isi pelajaran yang perlu dinyatakan dalan Persediaan Mengajar adalah seperti yang

dinyatakan mengikut topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran . Walau

bagaimanapun , pemeringkatan isi pelajaran perlulah mengikut kebolehan pelajar

dan

prinsip-prinsip pembelajaran. Sebagai contoh pemeringkatan isi pelajaran disusun

seperti berikut :

· Dari konsep yang mudah kepada yang kompleks

· Dari senang kepada yang mudah

· Dari yang konkrit kepada yang abstrak

· Dari konsep sudah ada dalam pengetahuan sedia ada kepada yang belum tahu

· Relevan dengan objektif yang telah ditentukan

· Mengikut urutan , teratur, mengikut perkembangan semasa dan

· Dapat menggalakan penglibatan pelajar secara aktif untuk berfikir secara kritis,

analitis dan kreatif

PEMILIHAN SUMBER

Bahan yang digunakan hendaklah sesuai dengan objektif pelajaran, tahap dan

kebolehan pelajar. Menggunakan bahan yang tekini dan sesuai dengan keadaan

setempat, mempelbagaikan penggunaan bahan ( dari gambar pegun kepada

penggunaan media elektronik), bahan yang digunakan perlulah cantik , berwarna,

menggunakan saiz font yang sesuai dan dapat menarik perhatian pelajar.

PENENTUAN STRATEGI PENYAMPAIAN

Guru disarankan untuk mempelbagikan penggunaan strategi pengajaran. Walau

bagaimanapun, penggunaan strategi berpusatkan pelajar adalah lebih baik

digunakan. Ini adalah untuk memastikan pelajar memperolehi hasil yang maksimum.

Perancangan penentuan strategi akan menggabungjalinkan isi kandungan sukatan

pelajaran dengan strategi yang akan digunakan untuk menyampaikan isi tersebut. Isi

Page 7: 68284275 asmn-kepentingan-rph

pelajaran boleh dipindahkan secara terus daripada guru kepada pelajar dengan

pelbagai cara seperti berkuliah, menunjuk cara, bersoal jawab dan latih tubi. Ataupun

isi pelajaran dapat dipindahkan secara tidak langsung dengan menggunakan cara

pembelajaran melalui aktiviti kumpulan, simulasi, main peranan, sumbang saran,

inkuiri dan penemuan serta lakonan.

Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mencakupi kaedah dan teknik

yang sesuai akan memastikan keberkesanan atau peningkatan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Penentuan kepada strategi yang

melibatkan dan yang menambah kemahiran berfikir kepada pelajar perlu ditekankan.

Di samping itu penggabungjalinan kemahiran-kemahiran 3 M ( membaca, menulis

dan mengira) perlu juga di ambil kira.

Berdasarkan kepada kepentingan dan keperluan perancangan pelajaran adalah jelas

menunjukkan bahawa penyediaan Rancangan Pengajaran Harian yang teratur dan

berkesan akan dapat membantu meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran

pelajar terutamanya murid bermasalah pembelajaran.

BAHAN SOKONGAN KONKRIT

Bahan sokongan konkrit adalah merupakan antara jenis bahan bantu mengajar.

Bahan sokongan konkrit atau juga disebut bahan maujud banyak digunakan sebagai

bahan bantu mengajar terutama dalam kelas pemulihan matematik. Ini kerana bahan

konkrit dapat dilihat dan dipegang oleh murid dengan tangan mereka sendiri. Oleh

itu, semua deria dapat mereka gunakan termasuklah mata, telinga, hidung dan

tangan. Ini menggalakkan perkembangan psikomotor mereka. Contohnya lidi, batu

kecil dan jari boleh digunakan bagi membantu mereka mengira dan membuat empat

operasi asas. Manakala, model-model dua matra dan tiga matra boleh digunakan

untuk mengajar tajuk bentuk-bentuk geometri.

Bahan sokongan konkrit amat penting dalam membantu pelajar dalam proses

pembelajaran kerana bahan sokongan ini dapat menyediakan satu asas kuat untuk

pelajar memahami sesuatu konsep. Ini akan dapat membantu pelajar mendapatkan

Page 8: 68284275 asmn-kepentingan-rph

hasil pembelajaran yang lebih kekal. Bahan sokongan konkrit ini juga dapat menjadi

daya penarik kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran

mereka. Di samping itu bahan sokongan konkrit dapat menyediakan pengalaman-

pengalama yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan

pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Dalam menyediakan bahan sokongan konkrit, beberapa perkara perlu diambil

perhatian oleh guru :

i. Guru harus peka tentang menyediakan jenis-jenis alatan yang sesuai dengan

isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan kepada pelajar.

ii. Guru mesti arif dan tahu untuk mengendalikan bahan atau alat tersebut agar

pengajaran dan pembelajaran tidak membuang masa dan sia-sia.

iii. Bahan atau alatan harus sentiasa berada dalam keadaan baik, boleh

beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap mempersuaikan keperluan

murid dan masa yang diperuntukan.

Berdasarkan perbincangan ringkas di atas jelas membuktikan bahawa penggunaan

bahan konkrit adalah penting kerana penggunaannya bukan sahaja pembelajaran

menjadi menarik, malah pemahaman konsep matematik pelajar dapat di

perkembangkan lagi, kerana pelajar yang belajar dan berintraksi dengan objek akan

lebih memahami apa yang dipelajari dan pelajar-pelajar akan membina konsep dan

penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Juga dapat menjimatkan masa guru

mengajar serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.