33760961 topik-1-alam-belajar-2

17

Click here to load reader

Upload: shahrul

Post on 14-Jun-2015

3.834 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

Alam Belajar

Konsep Alam Belajar

- Psikososial

- Fizikal

- Komuniti Pembelajaran

Page 2: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

Konsep Alam Belajar

Konsep alam belajar ialah persekitaran yang menggalakkan dan mempercepat perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa kepada perubahan tingkah laku

Perubahan tingkah laku berkenaan ialah perubahan tingkah laku yang positif dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Persekitaran yang dimaksudkan termasuklah psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran.

Page 3: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

Psikososial

Psikososial ialah berkaitan dengan jiwa dan hubungan sesorang indivudu dengan individu lain. Antara komponen yang termasuk dalam psikososial ialah keselamatan, kesihatan, kebersihan dan perapatan atau kemesraan.

Page 4: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

Amalan keselamatan dan kesihatan yang positif dapat membentuk keyakinan diri pelajar. Kemampuan fizikal pelajar dari segi psikomotor dan kesihatan minda juga dapat dikembangkan dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan juga alam sekitar.

Page 5: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

Perapatan atau kemesraan ialah merupakan hubungan antara individu dengan individu lain contohnya hubungan dengan ibu bapa dan keluarga, hubungan dengan rakan sebaya, guru dan sebagainya.

Page 6: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

Fizikal

Keadaan fizikal pula termasuklah keadaan fizikal bilik darjah, bahan-bahan bantu mengajar dan persekitaran.

Bilik darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti pelajar. Bagi menggalakkan pemikiran yang kreatif suatu suasana yang selesa perlu disediakan.

Page 7: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

Bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting dalam mengembangkan minat serta pemikiran pelajar untuk belajar.

Guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam menyediakan bahan-bahan bantu mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan untuk menarik minat pelajar.

Page 8: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

Guru yang bijak mengubahsuai isi pelajaran dan mengambil kira ilmu pengetahuan pelajar dan menambahkan nilai-nilai murni yang sesuai dengan isi pelajaran akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan berjaya menarik perhatian seluruh bilik darjah.

Page 9: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

Seterusnya suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas dan bersih membolehkan pelajar belajar dengan mudah. Ia juga dapat mencetuskan minda yang positif dan tenang.

Page 10: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

Komuniti Pembelajaran

Komuniti pembelajaran melibatkan hubungan kerjasama antara manusia contohnya rakan sebaya, keluarga, kakitangan sekolah dan sebagainya yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkahlaku.

Dengan pergaulan ini wujudlah hubungan kerjasama, bantu membantu dan perkongsian idea seterusnya dapat mengembangkan sosial dan minda pelajar.

Contohnya pelajar melakukan sesuatu itu bersama-sama dengan rakan mereka bagi mendapatkan ganjaran bersama. Dalam persekitaran ini, pelajar berjaya bersama-sama membantu pelajar lain bagi mencapai kejayaan bersama.

Page 11: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

Tutorial & Pembentangan

1. Rumuskan semua isi kandungan kuliah dalam bentuk peta konsep atau pengurusan grafik dan bentangkan dalam kelas semasa tutorial nanti.

2. Pilih satu permainan tradisional dan bincangkan kepentingannya kepada perkembangan intelek, sosioemosi, dan fizikal kanak-kanak. Bentangkan hasil perbincangan.

Page 12: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

PENGALAMAN BELAJAR KANAK-KANAK

Prinsip Pembelajaran semula jadi kanak2 (John Holt) ; Mempunyai kekuatan daya ingin tahu dan

berkeupayaan utk belajar secara langsung Kanak tahu dgn sendiri cara hendak belajar. Kanak perlu jumlah masa senyap yg byk utk bfikir Kanak tdk takut mengaku tdk tahu dan brani buat

kesilapan. Kanak menghayati nilai intrinsik dlm perkara dipelajari.

Page 13: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

PENGALAMAN BELAJAR KANAK-KANAK

Prinsip Pembelajaran semula jadi kanak2 (John Holt) ;

Kanak belajar paling baik ttg hub org lain melalui interaksi dgn pelbagai usia.

Belajar melalui pengalaman langsung. Kanak perlu masa yg mencukupi bersama

keluarga. Tekanan akan menganggu pembelajaran kanak.

Page 14: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

PENGALAMAN BELAJAR KANAK-KANAK

Kanak belajar bertanggungjawab Mematuhi peraturan Berkongsi Belajar peranan org dewasa. Kuat rasa ingin tahu (byk menyoal dan cuba

sesuatu yg baru.

Page 15: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

PENGALAMAN BELAJAR KANAK-KANAK

Kaedah dan aktiviti pengalaman langsung;

1. Lawatan

2. Kajian lapangan

3. Membuat uji kaji

4. Membuat pemerhatian

5. Menjahit menanam pokok

6. Memelihara ikan dlm akuarium

7. Lakonan, drama, bermain.

Page 16: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

PENGALAMAN BELAJAR KANAK-KANAK

Merancang pembelajaran berkesan;

1.Berpusatkan pelajar.

2.Berasaskan maklumat @ pengetahuan

3.Berpandukan pentaksiran pembelajaran

4.Berlandaskan komuniti pembelajaran.

Page 17: 33760961 topik-1-alam-belajar-2

PERANAN MAIN DLM PROSES PEMBELAJARAN