topik 3 masyarakat pluralistik alam melayu

Upload: awiestep

Post on 14-Oct-2015

68 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • TAJUK 3PLURALITI & MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

  • TAJUK 3: PLURALITI & MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA 3.1Pengenalan3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kesultanan Melaka3.2Pluralisme Budaya Alam Melayu3.4 Pembentukan Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah3.5 Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia3.6 Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka

  • 3.1 PengenalanPluraliti budaya bukan fenomena baru.Interaksi Alam Melayu dengan HBI dan Eropah (PSBB).Dua tahap utamaPluraliti budaya di Alam MelayuPluraliti budaya di Malaysia

  • 3.1 PengenalanPluralisme: Ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat.Pluraliti: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi masyarakat Melaka.Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan era penjajah British.

  • 3.2 Pluralisme Alam MelayuKonsep pluraliti alam Melayu perlu difahami sbg asas utk memahami masyarakat plural.Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian.Kedatangan penjajah berteraskan tiga matlamat utama iaitu Gospel, Gold dan Glory telah memberi kesan dalam sistem kehidupan masyarakat di alam Melayu.

  • 3.2 Pluralisme Alam MelayuMasyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan orang Eropah terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial, politik dan agama telah sedia ada dalam dunia baru mereka. Mereka secara suka rela sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan.

  • 3.2 Pluralisme Alam MelayuMenurut al-Attas, pengaruh Hindu-Buddha tidaklah begitu mendominasi masyarakat di Alam Melayu berbanding dengan kekuatan pengaruh ajaran Islam.Antara bukti bagi perkara ini, tiada kitab-kitab klasik mereka yang membincangkan secara meluas dan mendalam aspek-aspek falsafah, metafizik, sistem sosial dan sebagainya.Namun, dalam beberapa aspek pengaruhnya agak jelas, seperti dalam aspek kesusasteraan dan pemerintahan

  • 3.2 Pluralisme Alam MelayuFaktor perdagangan menjadi punca wujud hubungan dua hala antara Cina dan India.Alam Melayu telah menjadi tempat utama persinggahan bagi kedua-dua pihak.Keadaan ini tanpa disengajakan telah mewujudkan pluraliti di Alam Melayu.Kemuncaknya, Alam Melayu pada abad ke 7M, telah menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu pengetahuan

  • 3.2 Pluralisme Alam MelayuOrang-orang Cina dan India terutamanya dibawa masuk ke Alam Melayu adalah demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris. Mereka dibawa masuk oleh Inggeris tanpa disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak mereka. Oleh kerana tumpuan dan hasrat kedatangan mereka ialah untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik Inggeris maka asimilasi budaya dan cara hidup di antara masyarakat tidak berlaku.

  • 3.2 Pluralisme Alam MelayuPerubahan konsep ilmu (epistemologi)Sebelum penjajahan, berasaskan metafizik (ilmu bersumberkan alam ghaib, di luar pengalaman pancaindera manusia- bomoh, dukun, jampi, dll.)Penjajahan British membawa konsep ilmu berteraskan kaedah rasional dan saintifik (boleh dibuktikan menerusi pancaindera manusia- statistik, peta, dll.)

  • 3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kesultanan MelakaPemerintahan: Era Melaka adalah kemuncak keagungan kerajaan Melayu, dianggap Venice of The East.Masyarakat plural yang wujud dapat hidup dengan aman dan damai, hasil dari sistem pemerintahan yang adil.Perlaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang berteraskan Islam mampu memberi keadilan kepada masyarakat plural Melaka pada waktu tersebut.

  • 3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kesultanan MelakaPerdagangan: Aktiviti perdagangan antarabangsa juga berjalan dengan baik hasil dari sistem urus tadbir berteraskan Islam.Kependudukan:Masyarakat Melaka pada waktu tersebut terdiri dari pelbagai etnik antarabangsa yang hidup dalam suasana aman dan damai.Penghijrahan semjulajadi, tanpa paksaan.Akomodasi antara pedagang Cina dan India dengan penduduk tempatan.

  • 3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kesultanan MelakaKebudayaan: Kedatangan para pedagang antarabangsa ke Melaka juga telah menyumbang kepada multi budaya yang tersendiri.Wujud masyarakat baru seperti masyarakat Baba.Melaka adalah kemuncak pluraliti Alam Melayu

  • 3.4 Pembentukan Masyarakat Pluraliti oleh PenjajahPerdebatan ilmu di Eropah, membawa kepada pemisahan besar antara ilmu dan sains modenStephen Jay Goul dalam bukunya Rocks of Ages: Science and Religion- masyarakt terbahagi kepada dua:Menyokong agamaMenyokong sains moden (diterima Eropah)

  • 3.4 Pembentukan Masyarakat Pluraliti oleh PenjajahKedatangan Inggeris ke Alam Melayu membawa konsep pemikiran pemisahan negara dan agama, negara kolonial sekularAgama dianggap penyumbang kepada perselisihan, manakala sains dianggap penyumbang kepada kemajuan.Inggeris turut memperkenalkan sistem pentadbiran berasaskan 3 unsur penting, iaitu: Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan

  • 3.4 Pembentukan Masyarakat Pluraliti oleh PenjajahBernard Cohn, pengkaji India British berpendapat kolonialisme bukan hanya melibatkan penaklukan ruang, tetapi juga epistemologi atau sistem pemikiran penduduk peribumi.melibatkan proses penggantian sistem pemikiran tempatan dengan sistem pemikiran sistematik modus penyiasatan

  • 3.5 Pembentukan Masyarakat Pluralistik di MalaysiaKedatangan orang China dan India ke Tanah Melayu untuk memenuhi peluang-peluang pekerjaan seperti perlombongan, perladangan dan perniagaan yang disediakan oleh pihak penjajah British.Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak, kekalutan ekonomi dunia serta galakan daripada British menjadi faktor penggerak kedatangan orang-orang China dan India ke Tanah Melayu.

  • 3.5 Pembentukan Masyarakat Pluralistik di MalaysiaBerlaku interaksi yang baik di antara orang-orang China dan India yang datang dengan orang-orang Melayu, telah berlaku akomodasi cara hidup yang harmoni.Kolonialisme British memberi impak sangat besar terhadap masyarakat negeri di Malaysia sama ada dalam bentuk material mahu pun non-material. Al-Attas: kehadiran kolonialisme Barat membawa dasar memisahkan orang Islam daripada agama mereka

  • 3.5 Pembentukan Masyarakat Pluralistik di MalaysiaBritish mula bertapak kukuh menerusi satu campurtangan secara tidak langsung pada tahun 1786 apabila Pulau Pinang diperolehi dari Kedah. Bagi memastikan penaklukkan mereka berjalan lebih tersusun dan sistematik penasihat British kemudiannya turut di tempatkan di Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB). Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 merupakan titik permulaan penguasaan British di Tanah Melayu.

  • 3.5 Pembentukan Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPerkembangan ini dengan jelas memperlihatkan agama dipisahkan daripada urusan politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Ringkasnya, agama Islam dan adat istiadat Melayu terletak di bawah urustadbir. British kemudiannya gagal kotakan janji tidak campurtangan dalam urusan agama dan adat istiadat Melayu.

  • 3.6Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka 3.6.1 Politik3.6.3Pendidikan3.6.2Perlembagaan3.6.4Ekonomi

  • 3.6.1 PolitikPolitik:Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang berupaya melaksanakan sistem demokrasi dengan berkesan. Demokrasi di negara ini telah berjalan lancar terutamanya semenjak pilihan raya umum pertama tahun 1955, di mana tiga kumpulan etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan kemerdekaan

  • 3.6.1 PolitikSelepas era 1960an perjalanan politik terus berkembang dinamik. Kerjasama parti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahliannya, cth penubuhan Barisan Nasional 1974. Dasar-dasar kerajaan berkaitan HE melalui formula tolak ansur telah berjaya mengekalkan keharmonian masyarakat di Malaysia.

  • 3.6.2 PerlembagaanPerlembagaan:Kontrak sosial merupakan satu kesepakatan yang telah dirunding,pembentukan parti-parti politik etnik dan coalition sebagai model permuafakatan politik (Parti Perikatan, Barisan Sosialis, Barisan Nasional, Barisan Alternatif). Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini. Perlembagaan mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini.

  • 3.6.2 PerlembagaanSebagai panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini. mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini. Dari segi sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam Melayu.Pertama, berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling menghormati ini diistilahkan sebagai waad.Sosial kedua berlaku dalam konteks masyarakat plural hasil daripada syarat dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Malaysia.

  • 3.6.2 PerlembagaanKontrak sosial pertama- Demang Lebar Daun mewakili rakyat, Sang Sapurba mewakili raja atau pemerintah.Kontrak sosial kedua- hasil daripada syarat British untuk kemerdekaan Tanah Melayu:Orang Melayu bersetuju memberi taraf kerakyatan kepada orang bukan MelayuOrang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-hak istimewa orang MelayuSetiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan mencapai persepakatan untuk hidup dalam aman dan damai.Dengan itu terbentuklah CLC (Communities Liaison Committee/Perhubungan Antara Kaum) pada tahun 1949, usaha Tan Cheng Lock dan Dato Onn Jaafar.

  • 3.6.3 PendidikanPendidikan:Sebelum Penyata Razak, ada 4 aliran sistem pendidikan, iaitu aliran-aliran IMCI.Semasa penjajahan dibahagikan kepada 3 peringkat:Pendidikan British rendah dan menengah (elit MCI)Sekolah Melayu peringkat rendah (dibantu oleh British, untuk jadi petani yang pandai sikit. Terdapat juga sekolah agama/QuranSekolah vernakular Cina dan India.

    Bahasa pertuturan sesuatu golongan

  • 3.6.3 PendidikanSistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi. Laporan Razak 1956Laporan Rahman Talib 1960. Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan tersebut ialah untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu (Wan Hashim, 1983). Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan 1957, BI masih bahasa rasmi.

  • 3.6.3 PendidikanPucuk pimpinan parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 di atas prinsip: (i) sekolah berbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan; (ii) oleh kerana Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran; (iii) pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku teks yang lain mestilah berteraskan Malaysia, dan bukan lagi berteraskan negara Cina dan India (John Lowe 1960).

  • 3.6.4 EkonomiEkonomiPada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik. Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat; Rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960)Perancangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru.Dasar Pembangunan Negara hingga.

  • 3.6.4 EkonomiSistem ekonomi dualisme ini merujuk kepada dua orientasi dan tumpuan yang berbeza namun bergerak seiringan dengan garis etnik:Pertama, sistem ekonomi moden yang mendominasi keseluruhan organisasi pengeluaran (cth getah, bijih timah). Kedua, sistem ekonomi tradisional yang diidentifikasikan dengan sektor ekonomi pertanian. Komoditi utamanya ialah padi dan perikanan. Teknik pengeluarannya, pemasaran, tenaga kerja serta modal adalah didominasi oleh etnik Melayu. Ia bercirikan budaya luar bandar (Ness, 1967).

  • 3.6.4 EkonomiIsu yang berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada semua pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada. Keperluan untuk memperbetulkan kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai salah satu asas utama dalam memupuk kerjasama antara etnik. Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia dapat menjadi sumber pencetus konflik (cth peristiwa 13 Mei 1969).

  • KesimpulanMemahami pluraliti adalah asas penting ke arah memahami pembentukan masyarakat plural.Pluraliti telah sedia wujud di Alam Melayu.Ideologi sekular telah mempengaruhi perubahan dalam sistem masyarakat sepadu.Pluraliti masyarakat Malaysia diperkukuhkan melalui dasar-dasar negara yang dibentuk berteraskan persetujuan bersama.

    *