130122566 topik 2 mte3106 bahan bantu belajar

48
MTE3106 Resos Dalam Matematik 1 Topik 2 Bahan Bantu Belajar 2.1 Sinopsis Topik ini membincangkan tentang bahan bantu belajar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Bahan bantu belajar terdiri daripada bahan manipulatif, pukat dan pepejal, alat pengukur dan alat mengira. Beberapa contoh penggunaan bahan manipulatif seperti papan Geometri, rod Cuisenaire dan blok asas sepuluh(contoh: blok Dienes) juga akan dibincangkan. Manakala pukat dan pepejal pula terdiri daripada bentangan dan bungkah. Alat pengukur yang biasa digunakan adalah seperti alat penimbang serta alat mengira seperti kalkulator, abakus, rod & batang kayu juga merupakan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. 2.2 Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: Membina satu set bahan manipulative yang kreatif untuk membantu pengajaran dan pembelajaran Mengaplikasikan kefahaman penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai bagi tajuk bentuk dan ruang

Upload: corrine-chan

Post on 19-Jan-2016

68 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

MTE3106 Resos Dalam Matematik

1

Topik 2 Bahan Bantu Belajar

2.1 Sinopsis

Topik ini membincangkan tentang bahan bantu belajar yang boleh digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Bahan bantu belajar terdiri

daripada bahan manipulatif, pukat dan pepejal, alat pengukur dan alat mengira.

Beberapa contoh penggunaan bahan manipulatif seperti papan Geometri, rod

Cuisenaire dan blok asas sepuluh(contoh: blok Dienes) juga akan dibincangkan.

Manakala pukat dan pepejal pula terdiri daripada bentangan dan bungkah. Alat

pengukur yang biasa digunakan adalah seperti alat penimbang serta alat mengira

seperti kalkulator, abakus, rod & batang kayu juga merupakan bahan bantu mengajar

yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

2.2 Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:

Membina satu set bahan manipulative yang kreatif untuk membantu pengajaran

dan pembelajaran

Mengaplikasikan kefahaman penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai bagi tajuk bentuk dan ruang

Menggunakan alat pengukur yang berkesan bagi mempelajari konsep berat

Menerokai konsep nombor dengan menggunakan alat mengira yang sesuai

Menggunakan bahan bantu mengajar secara kreatif dan inovatif

1

Page 2: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

2

MTE3106 Resos Dalam Matematik

2.3 Kerangka Konseptual

Bahan BantuBelajar

BahanManipulatif

Bentangan DanBungkah

Alat Pengukur Alat Mengira

2.4 Bahan Manipulatif

Bahan manipulatif (Manipulaitve Kit) amat sesuai digunakan untuk pengajaran

pembelajaran matematik sekolah rendah. Pembelajaran konsep akan menjadi sangat

bermakna jika bahan manipulatif yang sesuai digunakan. Walau bagaimanapun, keberkesanan

penggunaan bahan manipulatif dalam pengajaran dan pembelajaran sangat bergantung kepada

jenis dan cara ia digunakan. Bahan manipulatif yang biasa digunakan sebagai bahan

bantu belajar adalah seperti papan Geometri, blok asas sepuluh (contoh:blok Dienes)

dan rod Cuisenaire.

2.4.1 Papan Geometri

Papan geometri ialah salah satu bahan manipulatif yang boleh dijadikan bahan bantu

belajar bagi mengenali konsep asas dalam satah geometri seperti perimeter, luas,

segitiga serta poligon. Bentuk-bentuk yang dihasilkan kemudiannya boleh dilukis pada

kertas geometri. Papan geometri juga boleh digunakan dalam membina objek tiga

matra dengan menggunakan kertas geometri isometrik. Papan geometri terdiri

daripada sekeping papan atau plastik yang mempunyai beberapa paku yang tersusun

untuk membentuk petak atau bulatan. Gelang getah boleh dipasang pada paku-paku

untuk menghasilkan bentuk-bentuk geometri seperti Rajah 1.0 berikut.

Page 3: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

Papan KayuGeometri 3x3

Papan PlastikGeometri 5x5

Rajah 1.0: Contoh Papan Geometri

2.4.1.1 Contoh Penggunaan Papan Geometri

Aktiviti berikut adalah bagi tujuan membandingkan luas segi tiga yang mempunyai

bentuk yang berbeza.

Langah1: Pelajar diberikan gambar suatu segi tiga dan diarah untuk membentuk

semula segi tiga tersebut di atas papan geometri mereka dalam

kedudukan yang sama.

Langkah 2: Kemudian pelajar diminta untuk menghasilkan beberapa bentuk segi tiga

yang mempunyai tapak dan tinggi yang sama.

Langlah 3: Buat perbandingkan luas setiap segi tiga yang telah dihasilkan dalam

bentuk jadual.

Langkah 4: Adakah luas segi tiga yang dibentuk sama walaupun mempunyai bentuk

yang berbeza? Kaitkan aktiviti ini dengan rumus segi tiga kepada pelajar.

(Setiap langkah perlu dihuraikan dengan gambar rajah yang lengkap)

1. Bincangkan rumus yang boleh dikaitkan antara luas dan perimeter

Segi tiga dengan menggunakan papan geometri.

2. Senaraikan beberapa topik dan kemahiran dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik sekolah rendah yang boleh menggunakan

papan geometri sebagai bahan bantu belajar serta huraikan kelebihan

penggunaannya dengan memberikan beberapa contoh.

Page 4: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

Bentuk Blok Dienes Nama BlokDienes

Saiz BlokDienes

Nama Dalam BlokAsas Sepuluh

1- blok 1 unit Sa

10-blok 10 unit Puluh

100-blok 100 unit Ratus

1000-blok 1000 unit Ribu

2.4.2 Blok Dienes

Blok Dienes merupakan contoh penggunaan blok asas sepuluh yang mana digunakan

bagi memahami konsep nilai tempat bagi pengajaran dan pembelajaran matematik

sekolah rendah. Blok Dienes juga boleh digunakan dalam mengenali konsep

penambahan, penolakan, pendaraban dan juga bahagi. Bentuk dan ciri-ciri blok Dienes

adalah seperti dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1 : Blok Dienes

Page 5: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

2.4.2.1 Contoh Penggunaan Blok Dienes

Berikut adalah beberapa contoh penggunaan blok Dienes dengan menggunakan

konsep asas blok sepuluh dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah

rendah.

1. Bagi menunjukkan perwakilan nombor bulat

Contoh : 214

Jawapan:

Blok Dienes

2. Penambahan dengan mengumpul semula

Contoh : 78 + 39

Langkah 1

Wakilkan 78 dan 39 dengan menggunakan 10-blok dan 1-blok

10-blok 1-blok

78

39

Page 6: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

Langkah 2

Kumpulkan semua 1-blok

10-blok 1-blok

Langkah 3

Sepuluh 1-blok digantikan dengan satu 10-blok

10-blok 1-blok

Page 7: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

Langkah 4

Jumlahkan semula bilangan 10-blok dan 1-blok

10-blok 1-blok

78 + 39= 117

3.Penolakan dengan pengumpulan semula

Contoh : 63 – 25

Langkah 1:Wakilkan 63 dengan menggunakan 10-blok dan 1-blok

10-blok 1-blok

63

Langkah 2

Satu 10-blok digantikan dengan sepuluh 1-blok

10-blok 1-blok

Page 8: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

7

Page 9: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

10-blok 1-blok

Langkah 3Kumpulkan semula semua 1-blok

10-blok 1-blok

Langkah 4Keluarkan dua 10-blok dan lima 1-blok

Langkah 5

Jumlahkan baki 10-blok dan 1-blok yang tinggal

63 – 25 = 38

Page 10: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

8

Page 11: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

4.Pendaraban dengan menggunakan konsep model luas

Contoh : 24 x 13

Langkah 1: Wakilkan 24 dan 13 dengan menggunakan 10-blok dan 1-blok

dalam bentuk mengufuk dan mencancang

Langkah 2: Penuhkan ruang yang ada dengan mengisikan blok yang sesuai

bagi membentuk satu segi empat tepat

Langkah 3: Jumlahkan bilangan blok yang digunakan (sama seperti mencari

luas bagi segi empat tepat yang berwarna biru)

Jawapan: Dua 100-blok (200), sepuluh 10-blok(100), dua belas 1-blok(12)

Oleh itu : 200+100+12 = 312

24 x 13 = 312

Page 12: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

9

Page 13: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

5. Bahagi dengan menggunakan konsep model luas

Contoh : 308 ÷ 14

Langkah 1 : Wakilkan 308 (luas diberi) dan 13 dengan menggunakan 100-blok

dan 10-blok dan 1-blok.

Langkah 2 : Susunkan blok yag sesuai secara mengufuk

Jawapan : dua 10-blok dan dua 1-blok

Oleh itu 308 ÷ 14 = 20 + 2 = 22

Huraikan dengan menggunakan blok Dienes berasaskan asas blok

sepuluh dalam menerangkan konsep perpuluhan yang berikut;

(i) penambahan dengan pengumpulan semula

(ii) penolakan tanpa pengumpulan semula

(iii) penolakan dengan pengumpulan semula

(iv) pendaraban dan

(v) pembahagian

Page 14: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

MTE3106 Resos Dalam Matematik

11

2.4.3 Rod Cuisenaire

Rod Cuisenaire merupakan batang rod kayu atau rod plastik berbentuk kuboid yang

mempunyai luas keratan rentas 1 cm x 1 cm dengan panjang 1 cm, 2 cm, 3cm,....... 9

cm dan 10 cm.

1-10 cm

1cm

1cm

Rajah 1.3 : Sebatang Rod Cuisenaire

Setiap batang rod itu diwarnakan. Semua rod yang sama panjang mempunyai warna

yang sama. Susunan warna adalah dari putih, merah, hijau, ungu, kuning, hijau tua,

hitam, coklat, biru dan oren. Semua sekali, terdapat sepuluh warna yang mewakili rod

yang berukuran dari 1 cm hingga 10 cm masing-masing.

1cm putih

2cm

3 cm

4 cm

5cm

6 cm

7cm

8 cm

9cm

10 cm

Merah

hijau

ungu

kuning

hijau tua

hitam

coklat

biru tua

oren

Rajah 1.4 : Sepuluh Warna Rod Cuisenaire

Page 15: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

12

Kelebihan menggunakan rod Cuisenaire ialah dapat menyediakan model konkrit untuk

membantu pelajar berfikir secara matematik serta membantu pelajar mengalih dari

peringkat konkrit ke peringkat separa konkrit dan seterusnya ke peringkat abstrak.

1. Bincangkan sekurang-kurang lima aktiviti memperkenalkan rod

Cuisenaire.

2. Berikan beberapa contoh aktiviti yang boleh digunakan bagi

mengaitkan panjang dan warna Cuisenaire dengan nilai nombor

yang diwakilinya

2.4.3.1 Contoh Penggunaan Rod Cuisenaire

Operasi tambah dan tolak dengan menggunakan rod Cuisenaire hanya boleh dilakukan

selepas pelajar menjalankan beberapa aktiviti memperkenalkan rod Cuisenaire serta

beberapa aktiviti mengaitkan panjang dan warna dengan nilai nombor yang diwakilinya.

1. Aktiviti Operasi Tambah

Konsep ini boleh disampaikan dengan menggunakan bahan maujud. Rod Cuisenaire

digunakan untuk menggambarkan konsep tambah secara menggabungkan atau

menyambungkan dua set objek maujud. (nyatakan 2 kelebihan kat sini)

Page 16: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

13

Contoh : 4 + 5 =

Diwakili oleh

4 5

Ungu kuning

Rod tersebut digabungkan untuk mencari hasil tambah

9

Biru

2. Aktiviti Operasi Tolak

Pelajar juga boleh dibimbing untuk memahami dan menguasai konsep tolak sebagai

mencari beza dengan membandingkan mana-mana dua atau tiga rod.

Contoh:

COKLAT

HIJAU MERAH

Aktiviti soal jawab dijalankan seperti berikut :

1. Rod warna apakah yang berpadanan dengan kombinasi rod hijau dan rod

merah?

2. Rod warna apakah yang sama panjang dengan rod coklat?

3. Jika rod merah diasingkan dari sambungan itu, rod warna apakah yang

tinggal?

4. Jika rod merah diasingkan dari kombinasi itu, rod warna apakah yang

tinggal?

5. Jika rod hijau diasingkan dari sambungan itu, rod warna apakah yang

tinggal?

6. Jika rod hijau diasingkan dari kombinasi itu, rod warna apakah yang

tinggal?

Page 17: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

14

7. 6 tambah berapakah sama dengan 8?

8. 2 tambah berapakah sama dengan 8?

9. 8 dibuang 2 sama dengan berapa?

10. 8 dibuang 6 sama dengan berapa?

Kefahaman dan penguasaan konsep tolak boleh dipertingkatkan dengan mengulangi

aktiviti di atas menggunakan contoh-contoh yang lain sehingga semua murid boleh

menjawab semua soalan di atas dengan betul.

3. Aktiviti Operasi Darab

Langkah 1 : konsep oeprasi darab

Konsep darab diperkenalkan sebagai opersi tambah yang berulang-ulang di mana

objek yang terlibat adalah objek diskrit.

Contoh 1 :

3 x 2 , bermaksud 3 kumpulan yang mengandungi 2 objek setiap kumpulan.

Contoh 2 :

4 x 5 bermaksud 4 kumpulan yang mengandungi 5 objek setiap kumpulan

Langkah 2 : susunan dalam lajur /baris

Contoh : operasi darab 3 x 2

Page 18: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

15

Dalam rajah di atas, Rod Cursenaire berwarna merah mempunyai nilai 2

Rajah bagi operasi darab 4 x 5

Dalam rajah di atas, Rod Cursenaire berwarna kuning mempunyai nilai 5

Dalam kedua-dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini, penekanan adalah

membilang untuk mendapatkan jawapan. Model-model ini juga mempunyai hadnya iaitu

tidak boleh memodelkan operasi darab bagi nombor pecahan atau perpuluhan.

Langkah 3: Luas Permukaan Rod Cuisenaire

Konsep luas permukaan memanjang Rod Cuisenaire

Dimensi rod putih (1 cm 1 cm 1 cm)

Ukuran satu daripada permukaan rod putih dan luasnya

Ukurannya adalah 1 cm 1 cm; iaitu 1 cm persegi.

Dianggapkan sebagai 1 1 = 1

Perbincangan bagi rod merah

Luas permukaanya adalah 2 cm persegi,

o iaitu 1 2 = 2 dan 2 1 = 2.

Page 19: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

16

Langkah 4 : Model Luas Segiempat Pendaraban

Pra-syarat

Model luas kawasan pendaraban perwakilan dimensi rod

Memodelkan pendaraban; contoh 7 5.

kuning

kuning

kuning

7 kuning

kuning

kuning

kuning

5

(a) Apa jenis rod yang anda akan gunakan?

(b) Berapa (rod oren) yang anda gunakan?

(c) Bagaimanakah rod-rod itu akan disusunkan?

(d) Bagaimana anda menentukan luas segiempat tepat itu?

(e) Apakah nilai 7 5?

Langkah 5 : Algoritma Pendaraban

Contoh 6 13

oren hijau muda

oren hijau muda

oren hijau muda

6 oren hijau muda

oren hijau muda

oren hijau muda

13

Memodelkan 6 13

Berapa rod oren?

Page 20: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

Berapa rod hijau muda?

Berapa jumlah nilai rod oren?

Bagaimana anda dapatkan jumlah nilai rod oren?

Bagaimana anda dapatkan jumlah rod hijau muda?

Berapakah jumlah semua rod?

Bolehkah anda tunjukkan proses pendaraban dalam bentuk lazim bagi 6 13.

1 3

6 1 8 6 3 = 18

6 0 6 10 = 60

7 8 18 + 60 = 78

4. Aktiviti Operasi Bahagi

Langkah 1 : Konsep Kongsi Sama Rata

Konsep ini merupakan konsep yang paling asas dan kerap diajar di peringkat awal

pengajaran pembelajaran kemahiran pembahagian. Pelajar menggambarkan

konsep dan menguasai kemahiran ini dengan mengagihkan objek yang ada satu

demi satu sehingga habis kepada bilangan kumpulan yang ditetapkan supaya

setiap kumpulan menerima bilangan yang sama.

* * * * * *

*** ***6 ÷ 2 juga boleh digambarkan dengan menggunakan Rod Cuisenaire dan

soalan-soalan bimbingan berikut dikemukakan.

Page 21: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

1. Pilih rod yang mewakili 6. (Rod hijau tua)

2. Bagaimana anda membahagikan rod ini kepada dua bahagian yang sama

panjang?

(Menggantikan rod hijau tua dengan dua rod yang sama warna)

3. Rod warna apakah yang akan dipilih? (Rod hijau muda)

4. Adakah jumlah panjang dua rod yang dipilih itu sama panjang dengan

panjang rod hijau tua? (Ya)

5. Jika dua rod ini diasingkan, apakah nilai setiap rod? (3)

6. Apakah kesimpulan anda mengenai 6 ÷ 2? (Hasil bahagi ialah 3)

Langkah 2 : Konsep Pengumpulan

6 ÷ 2 juga dijelaskan sebagai pengumpulan 6 objek diskrit menjadi kumpulan-kumpulan

2 objek untuk mengetahui berapa kumpulan 2 objek yang boleh dibuat daripada 6

objek.

* * * * * *

* * * * * *

Jika Rod Cuisenaire digunakan, maka rod hijau (6) akan dletak di permukaan meja

kemudian menentukan bilangan rod merah (2) yang boleh dimuatkan dalam rod hijau

(6).

merah merah merah

hijau

Dalam model ini, pelajar boleh menunjukkan konsep bahagi kepada peserta secara

kuantitatif dan juga secara kualitatif di mana 2 ditolak secara berulang-ulang dari 6.

Page 22: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

Pelajar dikehendaki menggunakan rod Cuisenaire bagi contoh berikut:

18 ÷ 3 dan 20 ÷ 4; 50 ÷ 10 .

Langkah 3 : Model Luas Segiempat Tepat

Operasi bahagi boleh dikaitkan dengan model luas segiempat tepat yang digunakan

untuk mendemonstrasikan operasi darab.

Contoh : 18 ÷ 3

“Berapa rod hijau muda (3) boleh dimuatkan dan dalam sambungan rod jingga

dan rod coklat (18)?”

jingga Coklat

hijau

muda

hijau

muda

hijau

muda

hijau

muda

hijau

muda

hijau

muda

Model di atas dapat membantu pelajar menjawab soalan yang telah dikemukakan ,

iaitu

“Terdapat 6 rod hijau muda yang boleh dimuatkan di dalam rod jingga yang

disambungkan dengan rod coklat”

Maka , 18 ÷ 3 = 6.

Contoh di atas juga boleh dilanjutkan untuk mewakil 18 ÷ 3 = 6 dengan model luas

segiempat tepat. Soalan-soalan bimbingan berikut boleh digunakan.

Page 23: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

1. Bagaimanakah anda menggambarkan operasi bahagi 18 ÷ 3 dengan

model luas segiempat tepat? [Membina segiempat tepat yang luasnya 18]

2. Berapakah luas kawasan segiempat tepat itu? [18]

3. Apakah rod-rod yang digunakan untuk mewakili luas berkenaan? [Rod

jingga dan rod coklat]

4. Apakah ukuran sisi menegak segiempat tepat yang dikehendaki? [3]

5. Jadi, rod-rod (jingga dan coklat) akan ditukar dengn rod jenis apa? [Hijau

muda]

6. Bolehkah anda membina sebuah segiempat tepat dengan rod itu? [Ya]

7. Apakah panjang sisi mendatar segiempat tepat itu? [6]

8. Apakah jawapan bagi 18 ÷ 3? [6]

Susunan rod dalam rajah di atas boeh diubah kepada bentuk segiempat tepat

Jingga Coklat

hijau

muda

hijau

muda

hijau

muda

hijau

muda

hijau

muda

hijau

muda

3

6

3 18

6

Page 24: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

3 18

Page 25: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

1. Apakah kelebihan penggunaan Rod Cuisenaire dalam pengajaran

pembelajaran operasi tambah dan tolak berbanding dengan pembilang

konkrit lain?

2. Pecahan setara adalah satu konsep yang penting untuk murd menguasai

kemahiran menyelesaikan operasi yang melibatkan pecahan

Pecahan Setara

1

2

4

2 4 8

Huraikan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagaimana Rod

Cuisenaire boleh digunakan untuk membantu murid sekolah rendah

memahami konsep pecahan setara seperti di atas.

2.5 Bentangan Dan Bungkah

Bentangan merupakan bentuk yang terhasil apabila bungkah tiga matra dibentangkan

dengan semua permukaannya terbuka rata. Bentangan geometri adalah dalam bentuk

dua matra dan apabila dilipat akan menjadi bentuk tiga matra atau bungkah. Pelbagai

bentuk bentangan boleh diperolehi dari bungkah yang berbeza bergantung kepada ciri-

ciri nya dari segi bilangan permukaan, bucu dan sisi. Pemahaman tentang bentangan

membantu pelajar dalam menerokai konsep perimeter, luas dan isipadu bungkah.

Page 26: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

2.5.1 Bentuk Dan Ruang

Bagi memahami konsep bentuk dan ruang, pelajar boleh menggunakan bentangan

pelbagai bentuk . Bentangan hanya boleh membentuk bungkah jika bilangan dan

bentuk permukaan bagi bentangan dan bungkah adalah sama. Di samping itu,

bentangan juga perlu boleh dilipat untuk membentuk bungkah.

2.5.1.1 Contoh Bentangan Bungkah

Rajah 1.5: Bentangan Kuboid Rajah 1.6: Bentangan Kiub

Rajah 1.5 dan Rajah 1.6 merupakan bentangan bagi sebuah kuboid dan kiub. Hasil

daripada bentangan boleh memberikan beberapa maklumat bentuk dan ruang dalam

bungkah tiga matra tersebut. Bentangan kuboid menunjukkan bentuk yang hampir

sama dengan kiub ,yang membezakannya adalah permukaannya terdiri daripada enam

segiempat tepat berbanding dengan kiub yang terdiri daripada enam segiempat sama.

Page 27: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

Berikut adalah 11 bentangan yang boleh dihasilkan daripada sebuah kiub.

Rajah 1.7 : Jumlah Bentangan Kiub

1. Bincangkan dalam kumpulan, bagaimanakah menentukan bilangan

jumlah bentangan yang boleh dihasilkan oleh sesebuah bungkah

seperti dalam Rajah 1.7? Huraikan perbincangan anda dengan

pelbagai contoh bungkah tiga matra yang lain.

2. Senaraikan tajuk dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar yang

mempelajari matematik sekolah rendah yang berkaitan dengan

bentangan dan bungkah.

3. Hasilkan satu aktivti permainan yang kreatif yang melibakan konsep

bentangan dan bungkah.

Page 28: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

Lengkapkan maklumat Jadual 1.0 berikut .

Bentuk Bungkah Tiga

Matra

Ciri-Ciri Bungkah

BilanganPermukaan

BilanganSisi

BilanganBucu

Luas Isipadu

Prisma

Kuboid 6 segiempat tepat

Piramid 4 segitiga &1 segiempat sama

Tetrahedron 4 segitiga

Kiub 6 segiempat sama

Oktahedron 8 segitiga

Ikosahedron 20 segitiga

Dodecahedron 12 pentagon

Jadual 1.0: Ciri-Ciri Bungkah

2.6 Alat Pengukur

Pelbagai alat pengukur yang sesuai boleh digunakan sebagai bahan bantu belajar

untuk matematik sekolah rendah. Alat pengukur yang berbeza digunakan bagi

mengukur masa, panjang, berat dan cecair.

Page 29: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

2.6.1 Ukuran Masa

Bahan bantu belajar yang boleh digunakan bagi mengukur masa ialah perkakasan

teknologi dan perisian kursus yang bersesuaian serta model atau objek sebenar seperti

pelbagai jenis jam, kalendar, jadual kelas,program televisyen, jadual perjalanan

pengangkutan awam, carta pertukaran unit masa dan teks cerita perlu digunakan.

Pendekatan atau aktiviti seperti perbincangan, bercerita tentang sejarah masa dan

waktu, mengukur masa, mereka cerita tentang masa, dan membuat kerja projek boleh

digunakan bagi mengembangkan kemahiran proses mengukur, menganggar dan

menyelesaikan masalah berkaitan masa dan waktu.

1 dekad = 10 tahun, 1 abad = 10 dekad ,1 abad = 100 tahun ,1 alaf = 1 000 tahun

2.6.2 Ukuran Panjang

Bagi ukuran panjang, perkakasan teknologi dan perisian kursus yang bersesuaian serta

model atau objek sebenar dan bahan manipulatif seperti kertas jalur, tali, pita pengukur,

rod meter dan pembaris boleh digunakan. Pendekatan atau aktiviti seperti

perbincangan, bercerita tentang ukuran panjang, meneroka ukuran panjang, mengukur

objek dan jarak, melukis objek dan pelan, serta kerja projek boleh digunakan bagi

memperkukuhkan kemahiran proses mengukur, menganggar dan menyelesaikan

masalah dalam ukuran panjang.

2.6.3 Ukuran Berat

Bahan bantu mengajar ang boleh digunakan alam ukuran berat ialah dengan

menggunakan perkakasan teknologi dan perisian kursus yang bersesuaian serta model

atau objek sebenar dan bahan manipulatif seperti pemberat dan alat

penimbang. Di samping itu, pendekatan atau aktiviti seperti perbincangan, bercerita,

meneroka timbangan berat, menimbang objek, simulasi berdasarkan resepi masakan

dan menu, dan kerja projek boleh digunakan bagi mengembangkan kemahiran proses

menimbang, menganggar dan menyelesaikan masalah berkaitan timbangan berat.

Page 30: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

2.6.4 Ukuran Cecair

Bagi mengukur cecair pula di samping menggunakan perkakasan teknologi dan

perisian kursus yang bersesuaian serta model atau objek sebenar, bahan manipulatif

seperti sudu, cawan, botol, bekas bersenggat piawai dan silinder penyukat boleh

digunakan. Pendekatan atau aktiviti seperti perbincangan, bercerita, meneroka isi

padu cecair, mengukur isi padu cecair, dan kerja projek boleh digunakan bagi

mengembangkan kemahiran proses mengukur, menganggar dan

menyelesaikan masalah berkaitan isi padu cecair .

Cadangkan alat pengukur yang kreatif untuk digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Perbincangan perlu meliputi pelbagai bentuk ukuran;

Masa dan Waktu

Ukuran Panjang

Timbangan Berat

Isipadu Cecair

2.7 Alat Mengira

Bahan bantu belajar yang boleh digunakan sebagai alat mengira ialah kalkulator,

abakus dan rod serta batang kayu. Kalkulator, rod serta batang kayu boleh digunakan

dalam menerokai konsep nombor. Abakus pula lebih menekankan kepada kefahaman

konsep nilai tempat. Walaubagaimanapun adalah menjadi kebijaksanaan seorang guru

dalam memilih alat mengira yang sesuai untuk menjadikan kelas lebih bermakna dan

konsep yang disampaikan lebih mudah difahami.

Page 31: 130122566 Topik 2 MTE3106 Bahan Bantu Belajar

Bincangkan alat mengira yang kreatif dan sesuai digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah dengan merujuk

kepada topik yang tertentu. Dalam perbincangan perlu dihuraikan perkara

yang berikut;

a. Alat mengira yang digunakan(kalkulator, abakus, rod dan

batang kayu)

b. Kelebihan alat yang dipilih

c. Berikan contoh serta huraikan langkah-langkah penggunaan

dengan gambar rajah yang sesuai

Dr.Hjh.Salwa Bte Abu Bakar

Ketua Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus temenggung Ibrahim Johor

Tn.Hj.Md Nordin Bin Monel

Pensyarah Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus temenggung Ibrahim Johor