topik 1 alam belajar - · pdf file• dalam konteks sekolah, komuniti pembelajaran...

Download TOPIK 1 ALAM BELAJAR -  · PDF file• Dalam konteks sekolah, komuniti pembelajaran profesional mempunyai lima elemen iaitu: 1) Dialog Reflektif ... Prinsip Komuniti Pembelajaran

If you can't read please download the document

Upload: dinhcong

Post on 07-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • TOPIK 1 ALAM BELAJAR

    Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

  • Kerangka Tajuk

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 2

  • Alam belajar dapat didefinisikan sebagai suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 3

    Konsep Alam Belajar

  • Konsep Alam Belajar

    Teori Urie Bronfenbrenner (ahli psikologi) telah membincangkan pengaruh persekitaran ke atas pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

    Beliau telah memperkenalkan Teori Sistem Ekologikal

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 4

  • Menurut beliau persekitaran kanak-kanak terdiri

    daripada lima sistem iaitu:

    a) Sistem Mikro

    merupakan seting dan persekitaran yang dekat dengan

    kita seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah, jiran

    b) Sistem Meso

    Hubungan interpersonal dengan orang lain

    Jika kanak-kanak mengalami masalah di rumah, besar

    kemungkinan ia akan menimbulkan masalah di sekolah.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 5

  • c) Sistem Eko:

    Pengalaman dalam seting sosial yang

    mempunyai pengaruh secara tidak langsung ke

    atas sistem keluarga dan individu.

    Contoh tekanan yang dialami di tempat kerja

    akan mempengaruhi hubungan kita dengan

    anak-anak secara tidak langsung dan anak-anak

    akan rasa kurang puas hati.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 6

  • d) Sistem Makro

    Sistem atau kepercayaan dan ideologi sesuatu

    budaya.

    Contoh: sistem perundangan, pendidikan

    d) Sistem Krono

    Merujuk kepada pola peristiwa dalam

    persekitaran dan transisi yang berlaku dalam

    kehidupan sepanjang hayat.

    Contoh: kesan negatif penceraian, jenayah,

    malapetaka, kemalangan yang berlaku ke atas

    masyarakat.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 7

  • Implikasi Sistem Teori Ekologi Bronfenbrenner Kepada Guru

    Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani seorang pelajar.

    Persekitaran yang membina dan positif akan membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam akedemik manakala persekitaran yang tidak sesuai atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar tersebut.

    Persekitaran yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah laku yang akan mencorakkan perkembangan akedemik dan sahsiah dan seterusnya mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 8

  • Aspek pembentukan murid secara menyeluruh terdiri daripada

    a) Persekitaran Pembelajaran

    b) Komuniti Pembelajaran

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 9

  • Terdapat dua faktor yang mempengaruhi

    persekitaran pembelajaran iaitu:

    1) Faktor Psikososial

    2) Faktor Fizikal

    Persekitaran Pembelajaran

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 10

  • Faktor Psikososial

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 11

  • - nada suara yang sesuai seorang guru

    - berbudi bahasa (cara becakap yang sopan)

    - norma atau tingkahlaku yang diterima

    - suasana yang kondusif

    Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramah tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan psikososial murid-murid yang diajar.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 12

    Faktor Psikososial

  • Faktor Fizikal

    Fizikal boleh diibaratkan sebagai guru yang kedua bagi seseorang pelajar dalam bilik darjah.

    Alam fizikal banyak mencerminkan gaya pengajaran seorang guru di bilik darjah.

    Sususan kerusi dan meja , pokok-pokok dalam pasu, gambar-gambar pemandangan, papan kenyataan , hasil kerja pelajar akan mengwujudkan satu keadaan yang kondisif untuk seseorang pelajar.

    Penyusunan meja kerusi pelajar sebagai gaya auditorium, gaya bersemuka, gaya off-set, gaya seminar dan gaya kluster akan membantu pelajar untuk meningkatkan pelajaran mereka.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 13

  • Contoh meja dalam kelas

    - bentuk tradisional

    - bentuk kluster/berkelompok

    - bentuk ladam kuda

    - bentuk L

    - bentuk U

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 14

    Faktor Fizikal

  • Komuniti Pembelajaran

    Komuniti pembelajaran merujuk kepada sekumpulan manusia yang belajar bersama-sama dalam satu persekitaran yang selamat lagi menggalakkan dengan adanya dialog, maklumbalas, refleksi dan penurunan kuasa.

    Komuniti pembelajaran kini dikaitkan dengan reformasi sekolah

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 15

  • Dalam konteks sekolah, komuniti pembelajaran

    profesional mempunyai lima elemen iaitu:

    1) Dialog Reflektif

    2) Amalan Awam (de-privatization of practice)

    3) Fokus bersama terhadap pembelajaran murid

    4) Kolaborasi

    5) Norma dan nilai yang dikongsikan

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 16

    Komuniti Pembelajaran

  • Ciri-ciri Satu Komuniti Pembelajaran

    Kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif;

    Penglibatan murid-murid dalam pembelajaran koperatif bersama rakan sebaya mereka;

    Sumber jaringan sokongan akademik dan sosial;

    Fokus kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 17

  • Prinsip Komuniti Pembelajaran

    Tanggungjawab ke atas pengetahuan dan kawalan terhadap ilmu yang akan diperoleh diperkongsikan bersama;

    Pembelajaran menitikberatkan pemahaman;

    Kolaborasi antara murid-murid dengan guru bagi memikirkan alternatif penyelesaian masalah;

    Guru menggunakan insentif ekstrinsik untuk mendorong mereka;

    Perbezaan antara individu dialu-alukan untuk memaksimakan sumbangan setiap murid dalam proses P&P;

    Murid-murid belajar sesama mereka dalam suasana pembelajaran yang kondusif.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 18

  • Pengalaman Belajar Kanak-kanak

    Setiap kanak-kanak akan menimba pengalaman dari

    apa yang dilakukan oleh dirinya.

    Alam belajar akan memperkembangkan mental dan

    pengalaman kanak-kanak.

    Terdapat tiga pembahagian melalui pengalaman belajar

    kanak-kanak yang optimum iaitu:

    i. Pengalaman Langsung

    ii. Penglibatan Aktif

    iii. Kebebasan Belajar

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 19

  • Pengalaman Langsung (First Hand Experience)

    Pengalaman ini selalunya melibatkan penggunaan deria seperti deria

    sentuh, bau,rasa, lihat dan dengar.

    Pengalaman ini juga adalah berkaitan dengan pengalaman kanak-

    kanak itu sendiri. Contohnya: apabila kanak-kanak menyentuh

    pemanas air di dapur, secara automatik kanak-kanak akan menarik

    tangannya kerana merasa panas.

    Di sini, kanak-kanak telah menggunakan deria sentuhnya dengan

    merasai kepanasan.

    Pengalaman yang sebegini akan mengingatkan kanak-kanak supaya

    tidak akan menyentuh sesuatu yang panas lagi. Secara tidak

    langsung kanak-kanak ini telah belajar dari pengalaman mereka

    sendiri.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 20

  • Penglibatan Aktif (Active Involvement)

    Kanak-kanak akan belajar melalui perkara yang dilakukannya.

    Kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif akan mempunyai pengalaman yang

    banyak berbanding kanak-kanak yang tidak aktif atau pasif. Untuk itu, ianya

    terpulang kepada usaha kanak-kanak itu sendiri disamping sokongan dari ibu bapa

    dan guru.

    Kanak-kanak yang dapat melibatkan diri secara aktif dapat menambah

    pengalaman dari segi komunikasi dengan rakan yang lain, menguasai bahasa

    dengan lebih baik, bentuk kemahiran fizikal, lebih berdisiplin atau tahu had serta

    batasan yang perlu mereka patuhi dalam sesuatu yang mereka lakukan.

    Contohnya: kanak-kanak yang suka bermain bola dengan rakan-rakannya pada

    setiap petang akan mendapat lebih ramai kawan dan dapat memperkembangkan

    dirinya sendiri dari sudut fizikal dan kognitif.

    Berbanding dengan kanak-kanak yang hanya mengurungkan diri di dalam bilik,

    mereka tidak mempunyai ramai kawan-kawan dan ini mungkin akan

    mempengaruhi kemahiran berbahasa kanak-kanak tersebut.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 21

  • Kebebasan Belajar

    Setiap kanak-kanak mempunyai minat, gaya belajar dan gaya berfikir

    yang berbeza.

    Pengalaman yang mereka dapati adalah ditentukan bagaimana

    kanak-kanak belajar serta minat mereka terhadap sesuatu perkara.

    Contohnya: kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam

    terhadap kereta akan mula menunjukkan bakat dalam menamakan

    jenis-jenis kereta yang diketahui atau akan membuat sendiri model

    keretanya sendiri.

    Pengalaman kanak-kanak ini akan lebih bertambah dengan adanya

    buku-buku yang berkaitan atau mereka dibawa pergi untuk

    menonton perlumbaan kereta.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 22

  • Peranan & Kepentingan Bermain Dalam Proses Pembelajaran

    Konsep Main:

    Main mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, melibatkan

    penglibatan ahli dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai

    kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini, 1995).

    Main pada kanak-kanak adalah belajar. Naluri kanak-kanak suka

    bermain dan pada waktu yang sama mereka belajar menerusi

    bermain.

    Tanggapan main antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah

    berbeza. Main pada