[2] diskusi ke-10

Upload: dzarrin

Post on 02-Jun-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 [2] DISKUSI KE-10

    1/4

    OBJEKTIF

    i. Memahami isi-isi kandungan dalam surah al-Hujurat.

    ii. Membaca dan mengikut hukum tajwid dalam membaca al-Quran.

    iii. Melahirkan insan yang beramal dengan surah al-Hujurat.

    1.0 MUQADDIMAH

    Surah ini dinamakan al-Hujurat, jama' kepada 'hujrah' yang bermaksud bilik. Ia

    merujuk kepada rumah Rasulullah S.A.W yang hanya rumah asas satu bilik. Kalimah

    hujurat ditemui dalam ayat ke-4 dan kerana keunikannya, maka surah ini dinamakan

    al-Hujurat (bilik-bilik). Surah ke-49 ini diturunkan di Madinah pada tahun ke-9 Hijrah

    selepas Fath al-Makkah (Pembukaan Kota Mekah). Selepas Nabi membuka Kota

    Makkah pada tahun ke-8 Hijrah, tahun ke-9 dikenali dengan 'Tahun Delegasi atau

    Perutusan' di mana kabilah-kabilah Arab dari Semenanjung Arab berpusu-pusu

    mengutus delegasi untuk menemui Rasulullah S.A.W mewakili kaum mereka. Oleh

    kerana kabilah-kabilah ini adalah Arab badawi, maka akhlak mereka adalah amat

    kasar kerana persekitaran padang pasir. Maka turunlah surah al-Hujurat meluruskan

    dan membentuk acuan adab dan akhlak terhadap pemimpin terutama Rasulullah

    S.A.W.

    Sayyid Qutb dalam Tafsir az-Zilal menulis dengan amat indah mengenai muqaddimah

    surah al-Hujurat. Umat contoh yang hebat ini (generasi pertama Islam) tidaklah lahir

    secara mendadak atau kebetulan atau sekelip mata, tetapi umat contoh ini lahir

    dalam satu proses yang panjang dan bertahap, maka turunnya surah al-Hujurat ini

    adalah sebahagian dari proses membentuk umat contoh ini hingga lahir sebagai

    suatu kelompok umat yang paling unggul dalam sejarah kemanusiaan.

    2.0 AL-QURAN DAN TERJEMAHAN

    Surah al-Hujurat Juzuk 27, muka surat 515.

    DISKUSI 10 :

    HAK PERSAUDARAAN

    (AL-HUJURAT)

  • 8/10/2019 [2] DISKUSI KE-10

    2/4

    3.0 PENGENALAN SURAH AL-HUJURAT

    Surah Al-Hujurat adalah surah yang ke-49.

    Mengandungi 18 ayat dan surah Madaniyyah (Madinah)

    4.0 INTIPATI SURAH AL-HUJURAT

    Surah ini menegaskan bahawa pembangunan manusia adalah daripada segi iman

    dan akhlak serta beberapa lagi elemen penting, antaranya :

    Hubungan orang beriman dengan Allah dan Rasul.

    Hubungan orang Islam dan bukan Islam.

    Kepentingan mengkaji maklumat yang benar bukannya maklumat yang salah.

    Menjauhkan diri daripada semua prasangka buruk.

    5.0 SEBAB DITURUNKAN

    Syaikhain (Bukhari dan Muslim) mengetengahkan sebuah hadith yang bersumber

    dari Anas r.a bahawasanya pada suatu hari, Nabi S.A.W menunggang keldai

    kendaraannya dengan tujuan menemui Abdullah bin Ubay. Abdullah bin Ubay

    berkata, "Jauhilah dariku! Kerana sesungguhnya bau keledaimu menyesakkan

    hidungku". Salah seorang dari kalangan sahabat Ansar menjawabnya, "Demi Allah,

    bau keledainya sungguh lebih enak daripada bau tubuhmu".

    Salah seorang dari kalangan kaum Abdullah menjadi marah mendengar perkataan

    itu, dan akhirnya teman-teman daripada kedua orang itu saling bertengkar.

    Terjadilah perkelahian di antara kedua belah pihak dan mereka saling menghentam

    dengan pukulan dan terompah. Lalu turunlah ayat ini berkenaan dengan peristiwa

    mereka itu, iaitu firmanNya,

  • 8/10/2019 [2] DISKUSI KE-10

    3/4

    Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang

    hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar

    perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu

    perangi sampai redha kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah redha,

    damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlakuadil, Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.

    6.0 NILAI DAN PENGAJARAN

    Dalam Surah al-Hujurat terkandung beberapa pengajaran kepada manusia

    antaranya:

    1. Masyarakat umum perlu menjaga kesatuan ummah daripada berpecah-

    belah.

    2. Allah S.W.T menuntut supaya sentiasa berdamai antara kedua pihak (yang

    berselisih) seperti memberi nasihat, peringatan untuk mewujudkan tali

    persaudaraan di antara kedua pihak seterusnya bertakwa kepada Allah

    S.W.T.

    3. Allah S.W.T melarang sifat cela-mencela antara satu sama lain, saling

    memanggil dengan gelaran yang buruk, sikap banyak prasangka, mencari

    kesalahan orang lain dan mengumpat sebahagian yang lain kerana ia adalah

    dosa. Perbuatan mengumpat seperti memakan daging saudaranya yang

    sudah mati.

    4. Penciptaan manusia antara lelaki dan perempuan, berbangsa-bangsa dan

    bersuku-suku adalah supaya manusia dapat mengenali antara satu sama lain.

    Orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang paling bertakwa.

    RUJUKAN

    1. Tafsir Munir Fi al-Aqidah, Syariat Dan Manhaj, oleh al-Ustaz Doktor Wahbah az-Zuhaili ,Jilid

    13, Juz 25-26.

    2.

    Asbabun Nuzul, Imam Jalaludin as-Suyuti, Cetakan pertama, m/s 201.

  • 8/10/2019 [2] DISKUSI KE-10

    4/4