rancangan malaysia ke-10

12
RANCANGAN MALAYSIA KE-10 (RMK 10) DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN NAMA : RENU PRIYA MANIMARAN KOMATHI ELANGOVAN CANTHIRIKKA MOHGAN

Upload: renu-priya-manimaran

Post on 12-Sep-2015

58 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

RMK 10

TRANSCRIPT

RANCANGAN MALAYSIA KE-10 (RMK 10)

RANCANGAN MALAYSIA KE-10(RMK 10)DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAANNAMA : RENU PRIYA MANIMARAN KOMATHI ELANGOVAN CANTHIRIKKA MOHGANLATAR BELAKANG RMKe-10

Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan.

Pakej transformasi sosioekonomi RMKe-10 yang mengandungi 6 hala tuju strategik dirangka berteraskan Misi Nasional.

Hala tuju strategik ini akan memastikan negara kembali kepada trajektori Wawasan 2020 dan menyediakan landasan yang kukuh lagi mampan bagi kesinambungan rancangan pembangunan seterusnya.

Hala tuju strategik RMKe-10 adalah seperti berikut:

Mempergiatkan sektor swasta yang berdaya saing sebagai peneraju pertumbuhan

Menyediakan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran abad ke-21

Mengaplikasi pendekatan inklusif bagi menangani jurang pembangunan

Mempertingkatkan kualiti hidup setaraf dengan negara maju

Meningkatkan peranan kerajaan sebagai pemudah cara yang efektif dan berintegriti.

RMK PENDIDIKANPenyediaan Asas Pendidikan yang Kukuh kepada Lebih Ramai Kanak-kanak

Pendidikan adalah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

NKRA pendidikan merupakan landasan dan titik permulaan dalam usaha menambah baik prestasi pelajar dalam sistem pendidikan peringkat sekolah secara menyeluruh, serta membolehkan mereka mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Sistem pendidikan adalah penting untuk memperkukuh daya saing negara dan membangunkan 1Malaysia. Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar.

Prestasi pelajar dalam mata pelajaran kritikal, terutamanya bahasa Kebangsaan,bahasa Inggeris,Sains dan Matematik akan juga dipertingkatkan dengan menambah bilangan guru berkualiti.

Syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepadaDiplomadan Sarjana Muda.

. Calon lulusanUnifiedExamination Certificate (UEC) dengan sijil SPM akan dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian di institut pendidikan guru bagi program bahasa Cina bagi memenuhi keperluan guru bahasaMandarindi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Kebangsaan.

Pertimbangan yang sama kepada calon lepasan Sijil Menengah Agama atau SijilTinggi Agama kelolaan Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama IslamNegeri-negeri yang telah memiliki SPM untuk menjadi guru program pendidikan agama Islam dan J-Qaf.

Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan

Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran.

Menyusun semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan ditambah kepada 100 buah pada akhir tahun 2012 terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh

UniversitiTeknologiMalaysia(UTM) diiktiraf sebagai universiti penyelidikan selepas Universiti Malaya,Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

Komposisi pekerja berkemahiran tinggi perlu ditambah kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuahnegaramaju.

Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantara utama

Kurikulum dan peperiksaan selaras untuk semua

9 tahun Pendidikan Asas

Mempertingkatkan Pedidikan Kerohanian,Moral dan DisiplinMemartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris Peningkatan Prestasi Sekolah melalui Program Sekolah Berprestasi TinggiPeningkatan Sokongan dan Bimbingan kepada Guru Besar dan PengetuaPengukuhan Latihan Perguruan Melalui Latihan Praktikum

Perkongsian Awam-Swasta dalam Pendidikan Asas-memberi autonomi signifikan kepada pengendali sekolah, sebagai tukaran kepada penambahbaikan yang spesifik dalam prestasi pelajar sebagaimana dipersetujui dalam kontrak rasmi. Sebagai contoh, charter school di Amerika Syarikat, specialist school dan academy school di United Kingdom dan independent school di Sweden. Model serupa juga telah diguna pakai di sekolah persendirian Cina di Malaysia.

KESIMPULANSistem pendidikan adalah penting untuk memperkukuh daya saing negara dan membangunkan 1Malaysia. Untuk mempercepat penambahbaikan prestasi pelajar secara berkesan, berterusan dan menyeluruh, Kerajaan tidak akan hanya memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal tetapi akan lebih menumpukan kepada aspek yang memberi impak besar kepada prestasi pelajar seperti kualiti guru dan kepimpinan di sekolah.SEKIAN TERIMA KASIH