[2] diskusi ketujuh

10
 OBJEKTIF  Menanam keimanan dalam hati umat Islam supaya mentauhidkan Allah S.W.T dan tidak mensyirikk anNya.  Menyedarkan umat manusia tentang kewajipan berbuat baik kepada kedua ibu bapa sama ada melalui percakapan, perbuatan ataupun perasaan.  Berbuat baik kepada kaum kerabat, fakir miskin dan orang yang bermusafir dalam membantu memenuhi keperluan asas yang diperlukan oleh mereka.  Menegaskan bahawa sikap membazir itu merupakan perbuatan yang dikeji oleh Allah dan mereka yang menghambur-hamburkan hartanya secara boros merupakan saudara syaitan. 1.0 MUQADDIMAH Surah ini merupakan wahyu al-Quran yang ke-50 yang diterima oleh nabi Muhammad S.A.W. Surah ini diturunkan selepas surah al-Qasas dan sebelum surah Yunus. Al-Biqa’i berpendapat bahawa tema surah ini adalah ajakan menuju ke hadrat Allah S.W.T, dan meninggalkan selainNya, kerana hanya Allah pemilik segala sesuatu dan Dia juga yang mengutamaka n sesuatu atas lainnya. Surah al-Isra’ adalah surah yang ke-17 dalam al-Qur’an. Surah ini tergolong dalam surah Makiyyah yang terdiri daripada 111 ayat. Surah ini dinamakan al- Isra’ yang bererti “Memperjalankan di Malam Hari” dan terdapat juga pendapat mengatakan surah ini dinamakan “Bani Isra’il” yang bererti “Keturunan Israil”. Maka dalam surah ini, perbincangan kita akan berfok us kepada beberapa ayat iaitu ayat ke-23 sehingga ayat ke-27. 2.0 AL-QURAN DAN TERJEMAHAN                                                                                                                                                                                                                                               DISKUSI 7 : MENCARI SYURGA DI TELAPAK BONDA (AL-ISRA’ :23-27)

Upload: dzarrin

Post on 02-Jun-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: [2] DISKUSI KETUJUH

8/10/2019 [2] DISKUSI KETUJUH

http://slidepdf.com/reader/full/2-diskusi-ketujuh 1/10

Page 2: [2] DISKUSI KETUJUH

8/10/2019 [2] DISKUSI KETUJUH

http://slidepdf.com/reader/full/2-diskusi-ketujuh 2/10

 

                                                                                               

                                                                             

                                                                                

                                                                  

23. Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia

dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.

 Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut

dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada

keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan

ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang

dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana

mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".

25. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu, jika kamu orang-orang

yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang

bertaubat.26. Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada

orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu

menghambur-hamburkan [hartamu] secara boros.

27. Sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan dan

syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.

3. 0 INTIPATI AYAT

Kandungan ayat-ayat di atas menerangkan hakikat asas keimanan iaitu kewajipan

dalam mengesakan Allah S.W.T dan penafian dalam mensyirikkan Allah S.W.T. Hal

ini menunjukkan betapa kaum Muslimin memiliki kedudukan yang sangat tinggi

berbanding dengan kaum yang menyekutukan Allah S.W.T.

Dalam ayat ini juga terdapat perkaitan tentang akhlak, etika pergaulan,

tanggungjawab peribadi dan sosial, serta perkaitannya dengan akidah dalam

ketauhidan kepada Allah S.W.T. Bahkan dengan akidah itu dikaitkan dengan segala

ikatan dan hubungan seperti hubungan kekeluargaan, kemasyarakatan dan

kehidupan.

Page 3: [2] DISKUSI KETUJUH

8/10/2019 [2] DISKUSI KETUJUH

http://slidepdf.com/reader/full/2-diskusi-ketujuh 3/10

 

                                                                                                

                                                                                  

 “ Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia

dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika

salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam

 pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya

 perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada

mereka perkataan yang mulia” .

Ayat ini dimulakan dengan menegaskan ketetapan yang merupakan perintah Allah

S.W.T untuk mengesakan Allah S.W.T dalam beribadah, mengikhlaskan diri dan tidak

menyekutukanNya. Keyakinan akan keEsaan Allah serta kewajipan mengikhlaskan

diri kepadaNya adalah dasar yang padanya bertitik tolak segala perbuatan manusia.

Kewajipan pertama selepas kewajipan mengesakan Allah S.W.T dan beribadah

kepadaNya adalah berbakti kepada ibu bapa. Terdapat tiga ayat di dalam al-Quran

yang saling berulang, yang dapat kita gunakan untuk mengetahui betapa besar

kedudukan ibu bapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada

mereka.

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan

kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan Allah dengan sesuatu apa pun

dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa. ”  

[al-An’aam :151] 

“ Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan

kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa” .

  [al-Isra’ :23] 

Jika kita mengkaji ketiga-tiga ayat di atas, maka kita akan dapati bahawa ia memiliki

tiga persamaan :

Pertama: 

Ayat-ayat di atas kesemuanya berkaitan perintah berbuat baik kepada ibu bapa serta

perintah mentauhidkan Allah S.W.T. Dalam erti kata yang lain, setelah diperintahkan

kepada kita untuk mentauhidkanNya, yakni dengan mengesakanNya dan beribadahkepada-Nya sahaja, Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada kedua ibu

Page 4: [2] DISKUSI KETUJUH

8/10/2019 [2] DISKUSI KETUJUH

http://slidepdf.com/reader/full/2-diskusi-ketujuh 4/10

 

bapa. Ini menjadi ukuran pertama tentang betapa besar kedudukan ibu bapa dan

betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Seandainya kedudukan

dan tuntutan ini adalah biasa sahaja, nescaya Allah tidak akan meletakkannya di

tangga kedua selepas perintah mentauhidkanNya.

Perlu difahami bahawa mentauhidkan Allah S.W.T tidak semata-mata dengan

berkata “Tidak ada tuhan melainkan Allah”. Bahkan pa yang tersemat di hati dan

dituturkan melalui lisan perlu dibuktikan kemantapan dan kemurniannya dengan

perbuatan, yakni amal ibadah. Amal ibadah pula dapat dibahagikan kepada dua

 jenis:

  Ibadah yang bersifat “menegak (vertical )”, iaitu yang melibatkan hubungan antara

kita dengan Allah S.W.T. Ini adalah ibadah-ibadah yang masa, tempat dan caranya

telah ditentukan secara terperinci oleh Allah dan RasulNya. Wudhu’, solat, puasa,

haji dan zikir termasuk dalam kategori ini.

  Ibadah yang bersifat “mendatar (horizontal )”, iaitu yang melibatkan hubungan

antara kita dengan sesama makhluk. Ini adalah ibadah-ibadah yang telah ditentukan

secara umum manakala perincian pengamalannya diserahkan kepada manusia,

selari dengan suasana masing-masing. Berbuat baik kepada ibu bapa, jiran, sesama

manusia, haiwan dan alam sekitar termasuk dalam kategori ini. Pada waktu yang

sama tidak berjumpa dengan bomoh, tidak berdoa kepada sesama makhluk dan

tidak mempercayai kekuasaan tertentu pada kejadian tertentu juga termasuk dalam

kategori ini.

Berbuat baik kepada ibu bapa termasuk salah satu bentuk pembuktian akan

kemantapan dan kemurnian tauhid kita kepada Allah S.W.T. Tidak sempurna tauhid

seseorang yang hanya bersolat dan berpuasa akan tetapi dia tidak mengendahkan

hal ehwal ibu bapanya. Demikian juga, tidak sempurna tauhid seseorang jika dia

hanya memerhatikan ibu bapanya sehingga melalaikan kewajipan solat, puasa dan

sebagainya. Ketauhidan seseorang hanya akan mencapai tahap kesempurnaan jika

dia memerhatikan dengan adil ibadah yang bersifat menegak dan mendatar.

Kedua: 

Dalam rangka perintah berbuat baik kepada ibu bapa, Allah S.W.T menggunakan

perkataan Ihsan حسانا) ) yang bererti berbuat kebaikan dengan sebaik-baiknya,

melebihi kebiasaan. Penjelasan Muhammad Quraish Syihab menjadi tumpuan :

“  Al-Quran menggunakan perkataan Ihsan ( ا ا سح

 ) sebanyak enam kali, lima di

antaranya dalam konteks berbakti kepada kedua orang tua. Kata Husn سن )   ( ح

mencakupi “Segala sesuatu yang menggembirakan dan disenangi.

Page 5: [2] DISKUSI KETUJUH

8/10/2019 [2] DISKUSI KETUJUH

http://slidepdf.com/reader/full/2-diskusi-ketujuh 5/10

 

Hasanah digunakan untuk menggambarkan apa yang menggembirakan manusia

kerana memperolehi nikmat berkaitan dengan diri (rohani), jasmani dan

keadaannya.

” Demikian dirumuskan oleh pakar kosa kata al-Quran, ar-Ragib al-Asfahani.

Seterusnya, menurut pakar tersebut, perkataan Ihsan digunakan untuk dua keadaan

iaitu : memberi nikmat kepada pihak lain dan kedua : perbuatan baik. Kerana itu,

kata Ihsan lebih luas dari sekadar “memberi nikmat atau nafkah”. 

Bahkan ia mempunyai makna yang lebih tinggi dan mendalam daripada kandungan

makna “adil”, kerana adil adalah “memperlakukan orang lain sama dengan

 perlakuannya kepada anda”, sedangkan Ihsan adalah “memperlakukannya lebih

baik daripada perlakuannya terhadap anda”. Adil adalah mengambil semua hak

anda atau memberi semua hak orang lain sedangkan Ihsan adalah “memberi lebih

banyak daripada apa yang harus anda berikan dan mengambil lebih sedikit daripada

apa yang seharusnya anda ambil. ”  

Ketiga: 

Apabila menyentuh perihal ibubapa, ketiga-tiga ayat di atas menggunakan

perkataan bi iaitu ,(ب) wa bil walidain ihsana (وال لديإحسانا

). Diingatkan bahawa

firman-firman Allah S.W.T di dalam al-Quran bukanlah sesuatu yang berlaku secara

rambang, akan tetapi setiap pilihan perkataan dan susunan ayat memiliki maksud

dan tujuannya yang tersendiri. Dalam kes ini, Muhammad Quraish Syihab

menjelaskan maksud dan tujuan penggunaan perkataan bi :(ب)

“  Al-Quran menggunakan kata penghubung ‘’ bi ’’  ketika berbicara tentang bakti

kepada ibubapa ‘ wa bil walidain ihsana’ ديإحساا ) اب و )  padahal bahasa juga

membenarkan penggunaan li ( ل ) yang bererti “untuk” dan ila ( ى ) yang bererti

“kepada” sebagai penghubung kata Ihsan. Menurut pakar-pakar bahasa,

kata ila ( ى ) mengandungi makna “jarak” sedangkan Allah tidak menghendaki

adanya jarak walau sedikit pun dalam hubungan antara anak dan orang tuanya.

 Anak harus selalu mendekati dan merasa dekat kepada ibubapanya, bahkan kalau

dapat (hendaklah) dia melekat kepadanya. Kerana itu digunakan kata bi yang

mengandung erti Ilshaq ( قا ص ) yakni “kelekatan”.  Kerana itulah, maka bakti yang

dipersembahkan oleh anak kepada orang tuanya, pada hakikatnya bukan untuk ibu

bapanya tetapi untuk dirinya sendiri. Dan kerana itu juga tidak digunkan kata

 penghubung li ( ل ) yang mengandung makna [peruntukan]” .

Demikianlah tiga ayat yang saling berulang dan tiga persamaan dalam ayat-ayat

tersebut yang menunjukkan kepada kita betapa mulianya kedudukan ibu bapa dan

Page 6: [2] DISKUSI KETUJUH

8/10/2019 [2] DISKUSI KETUJUH

http://slidepdf.com/reader/full/2-diskusi-ketujuh 6/10

Page 7: [2] DISKUSI KETUJUH

8/10/2019 [2] DISKUSI KETUJUH

http://slidepdf.com/reader/full/2-diskusi-ketujuh 7/10

 

Dan Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila anak Adam mati maka terputuslah semua

amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak

soleh yang mendoakannya. ”   (HR. Muslim kitab al-Washiyyah)

Manakala ibu bapa yang kafir dan masih hidup, tetap boleh didoakan. Para mufassir

antaranya al-Baidhawi menerangkan bahawa ayat ini memerintahkan agar berdoa

untuk keduanya supaya memperoleh rahmat Allah yang kekal dan tidak sekadar

memohon rahmatNya yang sementara di dunia. Ini juga bermaksud walaupun kedua

ibu bapanya kafir, masih tetap boleh mendoakan mereka kerana ianya termasuk

dalam cakupan rahmat Allah iaitu penganugerahan hidayah kepada keduanya.

ا رغ بٲو  ڪن  هۥ  صـ  ن       س ى ب م ع   ر 

Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu, jika kamu orang-orang

yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang

bertaubat.

Tuntutan ayat-ayat sebelum ini haruslah didasari dengan keikhlasan kerana Allah

telah menegaskan bahawa Dia mengetahui apa yang terdetik dalam hati seseorang,

termasuklah sikap dan usaha kita dalam menghormati kedua ibu bapa. Maka Allah

akan menghitungkannya jika seseorang itu termasuk dalam kalangan orang-orang

yang soleh, yakni selalu berusaha untuk mematuhi dan menghormati kedua ibu

bapa, dan hatinya benar-benar tulus ikhlas, maka apabila dia sesekali terlanjur

sehingga melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan mereka, maka

mohonlah maaf kepada mereka, nescaya Allah akan mengampuninya.

ا

 ر

 و

 ٱ

  وٱ

  وٱ

 هۥح

 بى ٱ

 ذا

 وءات

 

Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang

miskin dan orang yang dalam perjalanan, dan janganlah kamu menghambur-

hamburkan [hartamu] secara boros.

Setelah diturunkan perintah tuntutan supaya berbakti kepada kedua ibu bapa, ayat

ini berkisar tentang tuntutan berbuat baik kepada kaum kerabat dan selain mereka.

Allah memerintahkan kepada kaum Muslimin agar menunaikan kewajipan

memenuhi hak keluarga terdekat, fakir miskin dan orang yang bermusafir,

maksudnya ialah menyantuni mereka dengan membantu memenuhi keperluan asas

yang diperlukan oleh mereka.

Hak yang harus ditunaikan antaranya ialah mengeratkan tali persaudaraan dan

hubungan kasih sayang, mengunjungi rumah dan bersikap sopan santun, serta

membantu meringankan penderitaan-penderitaan yang mereka alami. Kalausekiranya ada di antara keluarga-keluarga yang dekat, ataupun orang-orang miskin

Page 8: [2] DISKUSI KETUJUH

8/10/2019 [2] DISKUSI KETUJUH

http://slidepdf.com/reader/full/2-diskusi-ketujuh 8/10

 

dan orang-orang yang ada dalam perjalanan itu memerlukan kewangan yang

diperlukan untuk keperluan hidupnya maka hendaklah diberi bantuan secukupnya

untuk memenuhi keperluan mereka. Orang-orang yang dalam perjalanan yang patut

diringankan penderitaannya, ialah orang yang melakukan perjalanan kerana tujuan-

tujuan yang dibenarkan oleh agama. Orang yang demikian perlu dibantu agar segeratercapai apa yang menjadi tujuannya.

Pada ayat terakhir, Allah S.W.T melarang kaum Muslimin membelanjakan harta

bendanya secara boros. Larangan ini bertujuan agar kaum Muslimin mengatur

perbelanjaannya dengan perhitungan yang sangat cermat, agar apa yang

dibelanjakannya sesuai dan tepat dengan keperluannya. Selain itu, tidak boleh

membelanjakan harta kepada orang-orang yang tidak berhak menerimanya, atau

memberikan harta melebihi dari yang seharusnya. Sebagai keterangan lebih lanjut,

bagaimana seharusnya kaum Muslimin membelanjakan hartanya, disebutkan firmanAllah S.W.T:

                                                                         

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak

berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kedekut, dan adalah (pembelanjaan itu) di

tengah-tengah antara yang demikian. 

(al-Furqan : 67)

 

Adapun keterangan yang dapat menjelaskan makna yang terkandung dalam ayat

tersebut, yang kita temui dari hadis-hadis Nabi adalah sebagai berikut:

ا رسل صى عه وسم بد و ض ل: وع عد اب ع قل:

اف سد؟ قل أو ي اضء سف؟ قل م وإن ك عى جر

 

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, ia berkata: "Rasulullah S.A.W bertemu dengan

Saad pada saat berwuduk, lalu Rasulullah bersabda: "Alangkah borosnya wudukmu

itu hai Saad!". Saad berkata: "Apakah di dalam berwuduk ada pemborosan? "

Rasulullah S.A.W bersabda: Meskipun kamu berada di tepi sungai yang mengalir. "

ا

 رك

 هۦ

  طـ ٱش

 وكن

     طـ شٱ

 خٲن

 ك

 ر

ٱ

 ن

 

“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan

syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. 

Page 9: [2] DISKUSI KETUJUH

8/10/2019 [2] DISKUSI KETUJUH

http://slidepdf.com/reader/full/2-diskusi-ketujuh 9/10

 

Kemudian Allah S.W.T menyatakan bahawa orang yang suka membazir adalah

saudara syaitan. Ungkapan seperti ini biasa digunakan oleh orang-orang Arab. Orang

yang membiasakan diri mengikuti sesuatu peraturan dan sesuatu kaum atau

mengikuti jejak langkahnya, disebut saudara-saudara kaum itu. Jadi orang-orang

yang memboroskan hartanya, bererti orang-orang yang mengikuti langkah syaitan.

Dan yang dimaksud pemboros-pemboros dalam ayat ini ialah orang-orang yang

menghambur-hamburkan harta bendanya dalam perbuatan maksiat dan perbuatan

itu tentunya di luar perintah Allah. Orang-orang seperti inilah yang disebut kawan-

kawan syaitan. Di dunia mereka itu tergoda oleh syaitan, dan di akhirat mereka akan

dimasukkan ke dalam neraka Jahanam bersama-sama syaitan itu pula. Firman Allah

S.W.T :

                      

           

           

            

          

   

Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (al-

Quran) Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkannya), maka syaitan

itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.

(az-Zukhruf: 36)

                                                                

(Kepada malaikat diperintahkan): "Kumpulkanlah orang-orang yang zalim

beserta teman sejawat mereka dan sembahan-sembahan yang selalu mereka

sembah. "  

(as-Saffat: 22)

Di akhir ayat ini, Allah S.W.T menjelaskan betapa ingkarnya syaitan kepada

Tuhannya, iaitu sangat ingkar kepada nikmat Allah yang diberikan kepadanya, dan

tidak mahu mensyukurinya, bahkan syaitan itu membangkang tidak mahu mentaati

perintah Allah, malah menggoda manusia agar berbuat maksiat. Maka apabila

syaitan itu dinyatakan kafir (sangat ingkar), tentulah teman-temannya, iaitu orang-

orang yang mengikuti ajakan syaitan itu akan menjadi kayu bakar api neraka.

Al-Karkhi menjelaskan bahawa demikian pulalah keadaan orang yang diberi

limpahan harta dan kemuliaan, kemudian apabila orang itu memanfaatkan harta dan

kemuliaan itu di luar batas-batas yang diredhai Allah, maka orang itu dikira

mengingkari nikmat Allah. Orang yang berbuat seperti itu dapatlah disamakan

dengan perbuatan syaitan.

Page 10: [2] DISKUSI KETUJUH

8/10/2019 [2] DISKUSI KETUJUH

http://slidepdf.com/reader/full/2-diskusi-ketujuh 10/10

 

Ayat ini diturunkan oleh Allah dalam rangka menjelaskan perbuatan orang-orang

Jahiliyah. Telah menjadi kebiasaan bagi orang-orang Arab mengumpulkan harta yang

mereka peroleh daripada harta rampasan perang, rompakan dan menyamun,

kemudian harta tersebut digunakan untuk berfoya-foya, untuk mendapatkan

kemasyhuran. Orang-orang musyrik Quraisy juga telah menggunakan harta untukmenghalang penyebaran agama Islam, melemahkan umat Islam, dan membantu

musuh-musuh Islam, maka turunlah ayat tersebut untuk menyatakan betapa

buruknya usaha mereka.

4. 0 NILAI DAN PENGAJARAN

1.  Tauhid merupakan asas keimanan, dan mensyirikkan Allah merupakan punca

kekufuran dan kesesatan.

2.  Berbuat baik kepada kedua ibu bapa merupakan kewajipan kepada setiap

manusia, yakni berbicara seperti yang dianjurkan oleh Allah S.W.T adalah dengan

menggunakan bahasa yang sopan dan halus.

3.  Menderhakai kedua ibu bapa merupakan dosa besar melainkan jika mereka

menyuruh berbuat perkara-perkara yang melanggar perintah Allah S.W.T, maka

wajib untuk kita tidak mengikuti perintah mereka.

4.  Berbuat baik kepada kedua ibu bapa tidak dikhususkan untuk umat Islam sahaja,

bahkan wajib kita berbuat baik kepada keduanya walaupun mereka dalam

keadaan kafir.

5.  Allah memerintahkan kewajipan memenuhi hak keluarga terdekat, orang-orang

miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan yakni menyantuni, membantu

dan memenuhi keperluan asas mereka.

6.  Islam melarang menghambur-hamburkan harta yang dimiliki dengan secara

boros dalam perbuatan maksiat dan perbuatan itu tentunya di luar perintah Allah

S.W.T.

RUJUKAN

1)  Dr. Wahbah Mustaffa al-Zuhaily, Tafsir al-Munir.

2) 

Muhammad Quraish Shihab ,Tafsir al-Mishbah, (Lentera Hati, Djuanda, 2000-2004), Jilid 2.