[2]diskusi kedua

Upload: dzarrin

Post on 02-Jun-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEDUA

    1/16

    DISKUSI KEDUA : ISLAM, IMAN DAN IHSAN

    (HADITH KEDUA)

    OBJEKTIF

    i. Mengetahui dan memahami maksud hadith ini untuk diterjemahkan dandiaplikasikan ke dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim yang sejahteraaqidahnya.

    ii. Mengetahui dan mengambil pelajaran yang diwahyukan oleh Jibrail kepada BagindaRasulullah S.A.W tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah, iaitu Iman,Islam dan Ihsan.

    1.0 MUQADDIMAH

    Projek Kristianisasi yang semakin hebat menggempur segenap pelosok dunia dan kinitidak terkecuali juga di Malaysia yang mencapai tahap kebimbangan ke paras palingkritikal. Pembinaan Pusat Latihan Pendakyah di Sabah baru-baru ini menjelaskan lagikesungguhan mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.Lebih menyedihkan lagi apabila majoriti umat Islam dalam keadaan lalai dan lekadengan hiburan dan kemewahan, ibu bapa masih lagi sibuk mengejar duniasedangkan anak-anak mereka sudah pun murtad tanpa mereka sedari.

    Kes Lina Joy yang me nggemparkan negara pada tahun 2007 kelihatan seperti tidakcukup tragis untuk memberikan impak yang besar kepada umat Islam di Malaysia.Saban tahun statistik umat Islam yang murtad semakin bertambah berlipat ganda.Apakah puncanya? salah siapa? dan bagaimana cara untuk kita atasi permasalahanini?

    2.0 HADITH DAN TERJEMAHAN

    (: : :

    . . : . :.

    : .:

    : :. :

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEDUA

    2/16

    : .: (

    Maksudnya:

    Daripada Saiyidina Umar R.A. juga, beliau berkata: Pada suatu hari, ketika kamisedang duduk di sisi Rasulullah S.A.W tiba-tiba muncul di hadapan kami seoranglelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidakternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun dikalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi S.A.W laludisandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapaktangannya atas dua paha baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkankepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: lslam itu bahawa engkau

    naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, dan bahawa engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasadi bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Makkah) sekiranya engkauberkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kami

    pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: lman itu ialahbahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, paraRasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar yang baik danburuk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku

    tentang Ihsan. Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allahseolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya makasesungguhnya dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentangKiamat, Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Kiamat tidaklah lebihmengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlahkepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: Antara tanda-tandanya ialahapabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihatorang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yanghanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitubertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.Kemudian Baginda bertanya: Wahai Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yangbertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda:Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkamu tentang agama kamu.

    (Hadith Riwayat Al-lmam Muslim)

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEDUA

    3/16

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEDUA

    4/16

    Firman Allah S.W.T surah al- Araf 158 :

    Katakanlah: "Hai manusia, Sesungguhnya Aku adalah utusan Allah kepadamu

    semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, tidak ada Tuhan(yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan, Makaberimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, nabi yang ummi yang berimankepada Allah dan kepada kalimat-kalimatNya (kitab-kitabNya) dan ikutilah Dia,supaya kamu mendapat petunjuk".

    Mendirikan solat

    Mendirikan sembahyang adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas umatIslam setiap hari. Erti mendirikan ialah melakukannya menurut sebagaimanayang diperintahkan oleh Rasul sejak dari permulaan takbirnya, bacaannya,perbuatannya, hingga ke akhir rukun iaitu salam dengan hati yang penuh rasataqwa.

    Orang yang beriman mesti mendirikan sembahyang, kerana sembahyang itutuntutan iman, dan iman sifat jiwanya. Firman Allah:

    Iaitu orang -orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, danmendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan)sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

    Al-Quran telah menegaskan bahawa mendirikan solat mengikut tertib adalahsebagai satu bisikan dan munajat kepada Tuhan, akan dapat mendidik fikiran,hati dan jiwa ke arah kesucian dan kemuliaan. Juga akan berupaya membimbingakhlak dan gerak-geri hidup ke jalan yang sejahtera, terpelihara dari segala anasiryang menyebabkan kerosakan serta terhindar daripada melakukan sebarang

    perbuatan dan tindakan di luar batas-batas kesopanan.

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEDUA

    5/16

    Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45 :

    Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dandirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji danmungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar

    (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yangkamu kerjakan.

    Segala kejahatan dan kemungkaran yang merosakkan masyarakat danmenimbulkan kekacauan akan dapat dicegah oleh tenaga jiwa yang yang terdidikdengan ibadah solat kerana solat adalah salah satu didikan yang sangat pentingdalam pengajaran Islam.

    Seseorang yang taat mengerjakan ibadah solat sepanjang hayatnya, dalam masayang sama mengerti betapa besarnya kepentingan solat itu kepada dirinya,

    mereka yang menghayati pula hikmah dan rahsia bacaannya, akan dapatmenanam dalam jiwanya untuk menghadapi segala macam fitnah dan ujian .

    Mengeluarkan zakat

    Zakat ialah ibadah mengeluarkan harta benda dari seseorang individu muslim.Orang Islam yang mempunyai sumber pendapatan atau memiliki harta pencarianyang kukuh diwajibkan mengeluarkan zakat menurut ketentuan syariat.

    Zakat ialah penyucian dan penambahan, diwajibkan ke atas orang yang memilikiharta benda yang tertentu untuk mengeluarkan bahagiannya kepada orang yangberhak menerimanya menurut ketetapan hukum.

    Zakat yang dikeluarkan dengan jiwa yang suci menjadikan harta benda itu suci,dan peribadi orang yang mengeluarkannya terhindar daripada perasaan kedekutdan tamak kepada harta keduniaan. Di samping itu, keberkatan dari Allah S.W.Takan melimpah atas harta yang dikumpul sepanjang hidup.

    Antara bantuan yang diwajibkan Islam ialah bantuan zakat yang diambil daripadaorang yang berkemampuan dan diberikan kepada orang yang tidakberkemampuan.

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEDUA

    6/16

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEDUA

    7/16

    Berpuasa di bulan Ramadhan

    Ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yangboleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah

    terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripadamenipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar ataubergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran,kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalanpuasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadiharapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

    Puasa wajib ditunaikan menurut ketentuan syariat. Allah menetapkan syariat

    puasa dengan firmannya :

    Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasasebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamubertakwa

    (Surah Al-baqarah : 183)

    Taqwa yang dijadikan maksud utama daripada puasa adalah satu perkataan yangmudah disebut dan diingat, disebabkan amat sedikit hurufnya tetapi sangatbanyak dan luas pengertiannya. Ianya terbukti daripada pelbagai pengertian dantafsiran para ulama daripada beberapa jurusan ilmu. Di antaranya menegaskanbahawa puasa adalah untuk mencegah diri dan jiwa daripada penyakit dankerosakan akhlak akibat nafsu yang tidak pernah dikawal dan dipelihara.Penegasan ini berdasarkan kepada keadaan taqwa itu kerana setiap perkataanatau perbuatan yang dimaksudkan untuk mencegah kejahatan serta memeliharadari terjerumus ke kancah maksiat yang merosakkan adalah bererti taqwa.

    Dalam al-Quran banyak disebut perkataan taqwa yang diikuti denganpengertiannya serta banyak didapati ayat yang menerangkan sifat-sifat orangbertaqwa dan anjuran untuk menjadi orang bertaqwa sebagaimana ayatdiperintahkan puasa.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Mataharihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Matahari
  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEDUA

    8/16

    Mengerjakan Haji

    Dari Abu Hurairah R.A, dia berkata, Rasulullah berkhutbah kepada kami danBaginda bersabda, Wahai manusia, Allah telah mewajibkan ibadah haji ke atas

    kamu, maka berhajilah. Seorang berkata, Wahai Rasulullah, apakah setiaptahun? Maka beliau diam sampai orang itu mengajukan pertanyaannya tiga kali.Maka Rasulullah S.A.W bersabda, Jika saya mengatakan ya bererti menjadiwajib, dan kalian tidak akan sanggup melakukannya. Kemudian Bagindabersabda, Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepada kamu .

    Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kamu ialah mereka yang banyakbertanya kepada Nabinya. Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu,maka kerjakanlah semampu kamu dan jika aku melarang kamu melakukan

    sesuatu, maka tinggalkanlah ia.

    (Riwayat Muslim)

    Tiap-tiap umat Islam yang cukup syaratnya, wajiblah mengerjakan haji diMakkah. Haji adalah ibadah adalah bererti menurut perintah. Orang yangmenunaikan haji bukanlah kerana hendak mendapat maksud keduniaan keranahaji itu bukanlah urusan dunia tetapi urusan agama.

    Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim,

    barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah Dia; mengerjakanhaji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yangsanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari(kewajipan haji), Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya (Tidak memerlukansesuatu) daripada semesta alam.

    (Surah Ali-Imran : 97)

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEDUA

    9/16

    3.3 RUKUN IMAN

    Pertama : Beriman kepada Allah1. Aqidah dari segi bahasa bererti simpulan iman, pegangan yang kuat atau satu

    keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat 2. Aqidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang

    muktamad, ianya tidak bercampur dengan syak atau keraguan padaseseorang yang beraqidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.

    3. Aqidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabbdan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya jugaberiman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat danberiman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segalaapa yang datang daripada Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala

    ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, aqidah Islam ialah keimanan dan keyakinanterhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dandilaksanakan dalam kehidupan.

    Kedua : Beriman kepada Malaikat

    Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nahl ayat 49 50 :

    Dan kepada Allah sajalah bersujud segala apa yang berada di langit dansemua makhluk yang melata di bumi dan (juga) para malaikat, sedang

    mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri. Mereka takut kepadaTuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yangdiperintahkan (kepada mereka ).

    Perkataan malaikat merupakan kalimah jama dalam bahasa Arab bagi perkataanmalak yang bererti kekuatan. Dengan kata lain, malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah. Malaikat dari segiistilah syarak ialah hamba ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya yangmulia dan terpelihara daripada segala bentuk maksiat.

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEDUA

    10/16

    Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapadan juga tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum.Mereka mampu menjelma dengan pelbagai rupa yang dikehendaki dengan izinAllah. Allah Taala mencipta malaikat daripada nur (cahaya) sebagaimana yang

    dinyatakan dalam sebuah mafhum hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah r.abahwa Rasulullah bersabda, Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan darinyala api dan Adam dicipta daripada apa yang telah diterangkan kepada kamusemua.

    (Diriwayatkan oleh Muslim)

    Malaikat mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengandengan cahaya yang bergerak laju). Mafhum firman Allah dalam surah al-Fatirayat 1 :

    Segala puji bagi Allah. Maha Pencipta langit dan bum, yang mencipta malaikatsebagai utusan-utusan yang mempunyai sayap-sayap, ada yang dua, tiga atauempat. Allah menambah pada ciptaanNya apa yang dikehendakiNya,sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

    Allah Taala mencipta malaikat berupa makhluk bersayap dan antaranya ada yangbersayap dua pasang, tiga pasang, empat pasang dan ada pula yang lebihdaripada itu.

    Semua ini menunjukkan nilai dan perbezaan pangkat di sisi Allah Taala jugatentang kekuasaannya cepat atau lambatnya semasa dalam proses berpindahdari satu tempat ke tempat lain. Al-Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadithdaripada Ibn Masud R.A. Rasulullah S.A.W melihat Jibril A.S. dan ia mempunyaienam ratus sayap. Banyaknya sayap adalah sebagai tanda lebih cepatmenunaikan perintah-perintah Allah Taala serta menyampaikan risalahNya.Dalam al-Quran disebutkan daam surah as-Saffat ayat 164-166 :

    Tiada siapapun antara kami (malaikat) melainkan mempunyai kedudukan yangtertentu. Sesungguhnya kami bershaf-shaf (dalam menunaikan perintah Allah)dan sesungguhnya kami benar-benar bertasbih (mensucikan Tuhan).

    Malaikat sentiasa berbakti kepada Allah secara sempurna, tunduk dan patuhpada kekuasaan dan keagunganNya serta melaksanakan semua perintahNya.Mafhum firman Allah Malaikat itu takut kepada Tuhan yang berkuasa di atasmereka dan mengerjakan apa saja yang diperintahkan .

    (Surah al-Nahl:50)

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEDUA

    11/16

    Bahkan malaikat adalah para hamba Allah yang dimuliakan. Mereka tidakmendahului Allah dengan perkataan dan mereka mengerjakan sesuai dengan

    perintahNya. Allah mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yangada di belakang mereka. Mereka juga tidak dapat memberikan pertolongan,

    melainkan kepada orang yang disukai oleh Allah dan mereka pun selalu berhati-hati karena takut kepadaNya.

    (Surah al-Anbiya:26-28)

    Malaikat tidak ingkar kepada Allah mengenai apa-apa yang diperintahkanolehNya kepada mereka dan tentu mengerjakan apa-apa yang diperintahkan .

    (Surah al-Tahrim:6)

    Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan bahwa Rasulullah S.A.W bersabda, Apabila

    Allah menentukan suatu keputusan di langit, maka semua malaikat memukulkansayap-sayapnya kerana tunduk pada firmanNya seolah-olah sebagai suatu bunyi-bunyian yang nyaring di atas sebuah batu yang licin. Selanjutnya apabila lenyapketakutan itu dari hati mereka, mereka pun berkata, Apakah yang diucapkanoleh Tuhanmu? Jawab salah satu daripada mereka Kebenaran dan Dia adalahMaha Luhur lagi Maha Besar .

    Ketiga : Beriman kepada Kitab-kitab Suci

    Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan rasulNyadan kepada Kitab yang Allah turunkan kepada rasul-Nya serta Kitab yang Allahturunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari Kemudian. Makasesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.

    (Surah An- Nisa : 136(

    Al-Quran adalah mukjizat yang berkekalan yang telah ditetapkan oleh Allah

    S.W.T. Allah S.W.T telah menurunkan al-Quran kepada Rasulullah S.A.W untukmengeluarkan manusia dari kejahilan serta kesesatan kepada jalan yang benar.

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEDUA

    12/16

    Firman Allah yang bermaksud : Dengan kitab itulah Allah menunjuk orang -orangyang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan dan dengan Al-Quran. Allahmengeluarkan orang-orang dari gelap-gelita ke jalan yang terang benderangdengan keizinanNya dan menunjuki mereka jalan yang lurus.

    Al-Quran mengandungi :AqidahAqidah adalah ilmu yang mengajarkan manusia mengenai kepercayaanyang pasti wajib dimiliki oleh setiap orang di dunia. Al-Quranmengajarkan aqidah tauhid kepada kita iaitu menanamkan keyakinanterhadap Allah S.W.T yang satu, tidak pernah tidur dan tidak beranak-pinak. Percaya kepada Allah S.W.T adalah salah satu rukun iman yangpertama. Orang yang tidak percaya terhadap rukun iman disebut sebagaiorang-orang kafir.

    Ibadah Ibadah adalah taat, tunduk, ikut atau menurut dari segi bahasa. Daripengertian "fuqaha" ibadah adalah segala bentuk ketaatan yangdijalankan atau dikerjakan untuk mendapatkan redha dari Allah S.W.T.Asas bentuk ibadah dalam ajaran agama islam yakni seperti yangtercantum dalam lima perkara rukun Islam. Mengucapkan dua kalimahsyahadat, solat lima waktu, membayar zakat, puasa di bulan suciRamadhan dan beribadah pergi haji bagi yang telah mampumenjalankannya.Akhlak Akhlak adalah perilaku yang dimiliki oleh manusia, baik akhlak yangterpuji atau akhlakul karimah mahupun yang tercela atau akhlakulmazmumah. Allah S.W.T mengutuskan Nabi Muhammd S.A.W tidak laindan tidak bukan adalah untuk memperbaiki akhlak umat manusia. Setiapmanusia harus mengikuti apa yang diperintahkanNya dan menjauhilaranganNya.Hukum-Hukum Hukum yang ada di dalam al-Quran adalah berkisarkan suruhan atauperintah kepada orang yang beriman untuk mengadili dan memberikanpenjatuhan hukuman pada sesama manusia yang terbukti bersalah.Hukum dalam Islam berdasarkan al-Quran ada beberapa jenis ataumacam seperti jinayat, mu'amalat, munakahat, faraidh dan jihad.Peringatan Tazkir atau peringatan adalah sesuatu yang memberi peringatan kepadamanusia akan ancaman Allah S.W.T iaitu berupa seksa neraka. Tazkir jugaberupa khabar gembira bagi orang-orang yang beriman kepadaNyadengan balasan berupa nikmat syurga jannah atau waa'ad.

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEDUA

    13/16

    Sejarah-Sejarah atau Kisah-KisahSejarah atau kisah adalah cerita mengenai orang-orang yang terdahulubaik yang mendapatkan kejayaan akibat taat kepada Allah S.W.Tmahupun yang mengalami kebinasaan akibat tidak taat atau ingkar

    terhadap Allah S.W.T. Dalam menjalankan kehidupan seharian, sebaiknyakita mengambil pelajaran yang baik daripada sejarah masa lalu.

    Dorongan untuk berfikirDi dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang mengulas suatu perbahasanyang memerlukan pemikiran manusia untuk mendapatkan manfaat dan

    juga membuktikan kebenarannya, terutama mengenai alam semesta.

    Keempat : Beriman kepada RasulBeriman kepada Rasul bererti meyakini bahawa Allah telah memilih hamba-

    hambaNya yang terbaik untuk menjadi Nabi atau Rasul. Termasuk di dalamnyakeyakinan bahawa para Nabi dan Rasul itu menyampaikan petunjuk, perintah,larangan dan peringatan - peringatan Allah kepada umat manusia, sertamemberikan contoh perilaku terpuji seperti yang telah mereka amalkan. Olehitu, kita sebagai umat Islam haruslah beriman kepada Rasul kerana Rasul ituadalah utusan Allah S.W.T. Sebagaimana kewajipan seorang mukmin kepadaRasulullah S.A.W iaitu :

    Mengimaninya

    Banyak ayat yang menyebutkan iman kepada Allah dan RasulNya, secarabersamaan. Ertinya bahawa iman kepada Rasul tidak boleh dipisahkandengan iman kepada Allah. Keislaman seseorang dianggap batal bilahanya iman kepada Allah tapi tidak beriman kepada Rasul, disebut inkarusunnah.MencintainyaIman seseorang dianggap sempurna bila ia telah mencintai Allah danRasulNya lebih besar cintanya kepada yang lain bahkan kepada dirinyasendiri.MengagungkannyaJasa dan pengorbanannya untuk umat ini berdasarkan sifat-sifatkesempurnaan yang Allah berikan kepadanya membuatkan mereka layakuntuk diagungkan. Namun pengagungan ini tidak boleh melampaui bataskerana Islam melarang kultus.

    MembelanyaMembelanya adalah kewajipan mukmin. Caranya, dengan ittibakehidupannya, maka Allah pasti akan memberi penghargaan ke atasnya.

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEDUA

    14/16

    Mencintai mereka yang mencintainyaMereka cinta Allah dan RasulNya, mereka bertemu dan berpisah keranadorongan cinta tersebut. Mereka seumpama bahagian tubuh yang satu,bila ada yang sakit, semua yang lain turut merasakan sakit bersama.

    Kelima : Beriman kepada Hari KiamatSudah semestinya kita ummat Islam perlu menghayati betapa pentingnya urusanmengimani dan mempersiapkan diri menghadapi hari Akhir. Sebab Allah S.W.Tsendiri di dalam al- Quran mengkondisikan Nabi Muhammad S.A.W agar tidakmenganggap bahawa hari Akhir atau hari Kiamat atau hari kebangkitan itu masih

    jauh.

    Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah:"Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi

    Allah". dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itusudah dekat waktunya.

    (Surah Al-Ahzab ayat 63)

    Oleh sebab itu, Nabi Muhammad S.A.W juga meletakkan para sahabatnya dankita semua selaku ummatnya untuk menghayati bahawa hari Akhir semakindekat dan hampir.

    Keenam : Beriman dengan Qadha dan Qadar

    Daripada Jabir R.A. bahawa Nabi S.A.W bersabda : Tidak dikira seseorangberiman sehingga ia percaya dan mengakui benarnya Qadadan Qadar baik dan

    jahatnya dan sehingga ia menyakini bahawa apa yang ditakdirkan berlaku atausampai kepadanya, tidak sekali- kali akan menyimpang daripadanya dan apa yangditakdirkan menyimpang daripadanya, tidak sekali-kali akan berlaku atau sampaikepadanya.

    (Hadis riwayat at-Tirmizi)

    Qada bermaksud pelaksanaan. Ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

    1. Qada Mubram : Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidakdapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).Firman Allah Taala dalam surah al- Anam ayat 59 bermaksud, Dan pada sisiAllah Taala jua kunci- kunci semua yang ghaib.

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEDUA

    15/16

    2. Qada Muallaq : Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkanbergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantungkepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain).Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud, Tidak boleh di tolak qadar Allah Taala

    melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkanmembuat baik kepada ibubapa.

    (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi)

    Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:1. Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini. 2. Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak

    menentukan urusan di dunia ini. 3. Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah

    Taala. 4. Hikmah qada dan qadar disembunyikan daripada pengetahuan hamba

    adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taatkepadaNya.

    3.4 IHSAN

    : ,

    Apakah itu ihsan ? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadatkepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidakmelihatnya , akan tetapi Allah melihat kamu

    (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

    Beribadah perlu kepada ihsan untuk menaikkan seseorang kepada maqammusyahadah. Dan daripada maqam ini menaikkan lagi darjat seseoranghingga ke maqam siddiqin , iaitu ke darjat orang-orang yang benar lagi jujur

    kepada Tuhan Robbul Alamin.

    4.0 PENGAJARAN

    1. Digalakkan kita memakai pakaian yang bersih dan menggunakan bau-bauan yang harumuntuk memasuki masjid dan menghadiri majlis ilmu

    2. Kita perlu menjaga adab di dalam majlis ilmu dan ketika berhadapan dengan

    guru/murabbi.

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEDUA

    16/16

    3. Ihsan ialah ikhlas dan tekun. Iaitu kita ikhlas dalam beribadah kepada Allah dan disertaidengan penuh ketekunan seolah-olah kita melihat Allah. Jika tidak mampu mencapai tahaptersebut maka ingatlah bahawa Dia melihat segala perbuatan kita kecil atau besar.

    4. Seorang Muslim hendaklah bertanya mengenai perkara yang bermanfaat untuk dunia danakhiratnya sahaja, serta meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.

    5. Jika kita menghadiri majlis ilmu dan merasakan bahawa hadirin perlu mengetahui sesuatuperkara tetapi tiada seorang pun yang bertanya, maka perlu kita bertanya tentang perkaratersebut meskipun kita telah mengetahuinya. Agar hadirin turut dapat mengambil manfaat.

    RUJUKAN

    1. Al-wafi fi syarah arabain an-nawawi , Dr Mustafa Bugho, Darul Kalam, Damsyik,1428H-2008, Cetakan pertama

    2. Pdf hadith 40 Imam Nawawi3. Jami Ulum wal Hukum f i Syarah Khomsina Hadithan min J awami Kalam, Ibnu rejab

    Al-Hanbali, Darul Fajar li turath, Qaherah, 1431H-20064. Hadith 40 dan terjemahannya, Mustafa Abdul Rahman, 2008, Dewan Pustaka dan

    Fajar, Shah Alam