151105 - tugasan 1

3
Mengapa Aku Ingin Masuk Kuliah BKAF 101 01. Ahsan Taqwiim Firman Allah Ta’ala dalam surah At-Tiin ayat ke 4: ٖ م يِ وۡ قَ تِ نَ سۡ حَ ٓ يِ فَ نٰ َ س نِ ۡ ل اَ نۡ قَ لَ خۡ دَ قَ ل٤ Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik- baiknya. “Penciptaan insan dalam bentuk yang terbaik” adalah asas utama yang mendorong minat saya mempelajari beberapa bidang ilmu seperti iridology, stimulaterapi, acupressure dan terkini anatomi & fisiologi. 02. Kuliah BKAF Mengatasi Masalah Dalam Belajar Asalnya saya cuba mempelajari anatomi dan fisiologi melalui pembacaan. Tapi ada sedikit masalah seperti: 1. Tiada ilmu asas berkaitan anatomi dan fisiologi 2. Penguasaan yang tidak seberapa dalam Bahasa Inggeris 3. Kurang rujukan dalam Bahasa Melayu (Malaysia) Sehinggalah saya terjumpa group Bicara Kajian Bekam Klinikal di Facebook. Penulisan AbuHijama My (semoga Allah merahmatinya) dalam bidang anatomi amat mudah difahami. Penerangan yang diberikan oleh beliau menyelesaikan semua masalah yang saya nyatakan di atas: 1. Hanya melibatkan asas yang paling penting bagi perawat 2. Dalam Bahasa Melayu 3. Istilah asal anatomi diterangkan dengan gaya bahasa mudah Jadi bila ditawarkan untuk menyertai group telegram, tak mungkin saya menolaknya. 03. Anatomi dan Fisiologi BerDALIL Ketika mengikuti kuliah di group-group awal sebelum tertubuhnya “Bilik Kuliah Anatomi & Fisiologi – Yakin Sabar Istiqamah”, penerangan admin yang selalu dikaitkan dengan ayat-ayat Al-Quran menjadi pendorong untuk cuba melayakkan diri untuk masuk ke bilik kuliah rasmi. Bila dan di mana lagi saya boleh menemui guru dan kelas anatomi sebegini?

Upload: akmanizam

Post on 30-Jan-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tugasan 1 Kuliah Anatomi

TRANSCRIPT

Page 1: 151105 - Tugasan 1

Mengapa Aku Ingin Masuk Kuliah BKAF 101

01. Ahsan Taqwiim

Firman Allah Ta’ala dalam surah At-Tiin ayat ke 4:

و�ي � ن� ت س� � ن� ف�ي أ �نس� إ �ا ن � ل �ق� خ� م� ل ق� ق� ق� ٱ ق� ٤ق�Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

“Penciptaan insan dalam bentuk yang terbaik” adalah asas utama yang mendorong minat saya mempelajari beberapa bidang ilmu seperti iridology, stimulaterapi, acupressure dan terkini anatomi & fisiologi.

02. Kuliah BKAF Mengatasi Masalah Dalam Belajar

Asalnya saya cuba mempelajari anatomi dan fisiologi melalui pembacaan. Tapi ada sedikit masalah seperti:

1. Tiada ilmu asas berkaitan anatomi dan fisiologi2. Penguasaan yang tidak seberapa dalam Bahasa Inggeris3. Kurang rujukan dalam Bahasa Melayu (Malaysia)

Sehinggalah saya terjumpa group Bicara Kajian Bekam Klinikal di Facebook. Penulisan AbuHijama My (semoga Allah merahmatinya) dalam bidang anatomi amat mudah difahami. Penerangan yang diberikan oleh beliau menyelesaikan semua masalah yang saya nyatakan di atas:

1. Hanya melibatkan asas yang paling penting bagi perawat2. Dalam Bahasa Melayu3. Istilah asal anatomi diterangkan dengan gaya bahasa mudah

Jadi bila ditawarkan untuk menyertai group telegram, tak mungkin saya menolaknya.

03. Anatomi dan Fisiologi BerDALIL

Ketika mengikuti kuliah di group-group awal sebelum tertubuhnya “Bilik Kuliah Anatomi & Fisiologi – Yakin Sabar Istiqamah”, penerangan admin yang selalu dikaitkan dengan ayat-ayat Al-Quran menjadi pendorong untuk cuba melayakkan diri untuk masuk ke bilik kuliah rasmi. Bila dan di mana lagi saya boleh menemui guru dan kelas anatomi sebegini?

04. Guru Sains Memiliki Lebih al-Yaqiin Berbanding Guru Agama

Mungkin pelik, tapi berdasarkan pengalaman semasa bertugas di Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu (sekarang bertugas di Pusat Bahasa Arab), seorang kawan yang mengajar Sains selalu menyokong dengan bersemangat bila ada mana-mana ustaz menimbulkan isu seperti:

1. Saranan Rasulullah supaya memadamkan api / pelita sebelum tidur:beliau dengan bersemangat akan menceritakan berkenaan kajian saintis yang menyatakan bahawa tidur dalam gelap mengurangkan risiko kanser

Page 2: 151105 - Tugasan 1

2. Larangan zina:beliau akan menceritakan kajian sains berkaitan percampuran mani lelaki berlainan dalam rahim yang meningkatkan risiko penyakit pada wanita.

Mungkin bagi orang lain ini perkara biasa, tapi bagi saya yang mengenali guru Sains berkenaan sebagai seorang pendiam dan lebih benyak mendengar, tiba-tiba menyampuk perbualan dengan suara bersemangat dan wajah penuh keyakinan… menimbulkan kesedaran bahawa bidang Sains termasuk anatomi dan fisiologi boleh meningkatkan keyakinan kita tentang kebenaran Al-Quran dan As-Sunnah.

05. Meningkatkan Kefahaman Tentang Bekam

Mendapat seorang guru anatomi yang juga pengamal bekam, satu rahmat, Alhamdulillah. Banyak persoalan yang timbul di pemikiran seperti:

1. Sayatan nipis, kenapa?2. Perlu ke keluar darah yang banyak?3. Berapa lama tempoh pembiaran yang ideal?4. Kenapa si A bekam 1 cup demi 1 cup, si B buat 5 cup demi 5 cup, si C 12 cup sekaligus dan si D pula sampai 14 cup sekaligus?5. Kenapa buku bekam sinergi cakap sayatan mesti vertical kecuali di al-katifain yang horizontal, Ustaz Mansuruddin pula beberapa kali memaparkan ilustrasi arah sayatan di FBnya.

Kesemua persoalan ini menerima jawapan satu persatu. Jika guru anatomi di Kuliah BKAF bukan orang yang biasa dengan bekam, tak mungkin semua soalan terjawab.

06 Belajar Secara Berjemaah / Berkumpulan

Jemaah pelajar di Kuliah BKAF adalah sama dari segi:1. minat2. kerja utama atau sampingan sebagai perawat3. mula belajar dari asas

Jadi di sini kami bersaing secara sihat. Jika ada yang lebih MENONJOL kefahamannya, bererti dia mempunyai kelebihan dari segi KESUNGGUHAN.