130446997-soalan-ulangkaji-edu-3106-1.pdf

Upload: siaw-sing-ong

Post on 08-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • SOALAN ULANGKAJI BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

    (EDU 3106)

    BAHAGIAN A

    1. Budaya boleh ditakrifkan sebagai (A) unsur-unsur warisan yang menjadi identiti dan kebangaan sesuatu kelompok sosial (B) bahasa dan cara tradisional yang merupakan seni warisan sesuatu kelompok sosial (C) cara hidup berasaskan sisitem kepercayaan, fikiran dan nilai sesuatu kelompok sosial (D) segala simbol dan objek material yang dapat mencerminkan tamadun sesuatu

    kelompok sosial

    2. Kelompok didefinisikan sebagai dua individu atau lebih yang berinteraksi, saling bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu. Alasan orang saling bergantung dan bergabung adalah untuk (A) kesejahteraan kendiri (B) kesejahteraan sekolah (C) kesejahteraan keluarga (D) kesejahteraan masyarakat

    3. Etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang (A) membentuk rumpun bangsa (B) mengamalkan budaya yang sama (C) mengamalkan adat resam yang hampir sama (D) mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal

    4. Kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-

    biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya dikenali sebagai

    (A) Ras (B) Kaum (C) Bangsa (D) Nasionaliti

    5. Bangsa Malaysia merujuk kepada warganegara yang

    (A) menggunakan bahasa pengantar yang sama (B) mempunyai kepercayaan dan bahasa yang sama (C) mengamalkan nilai dan budaya yang lebih kurang sama (D) mempunyai aspirasi dan semangat kebangsaan yang sama

    6. Kepelbagaian sosio-budaya mendatangkan implikasi kepada elemen berikut kecuali

    (A) Guru (B) Murid (C) Sekolah (D) Kurikulum

    7. Antara berikut manakah aktiviti paling sesuai dilaksanakan oleh guru untuk meningkatkan

    kefahaman pelbagai budaya dalam kalangan murid?

    (A) Aktiviti gotong royong (B) Pertandingan masakan tradisional (C) Program memperkasa Bahasa Kebangsaan (D) Pameran tentang kepercayaan dan adat resam

  • 8.

    Ciri-ciri di atas menunjukkan ketaksamaan peluang pendidikan dari segi

    (A) lokasi (B) bangsa (C) gender (D) sosio-ekonomi

    9. Sabah mempunyai 23 suku kaum dan antara kaum yang terbesar dari senarai ialah (A) Bisaya (B) Murut (C) Rungus (D) Kadayan

    10. Pendidikan inklusif ialah program pendidikan untuk

    (A) membantu ibu bapa mengajar anak mereka (B) melibatkan murid dalam pembelajaran aktif (C) kanak-kanak berkeperluan khas di dalam kelas biasa (D) melatih guru tentang kanak-kanak berkeperluan khas

    11. Iklim bilik darjah yang sihat dari segi emosi penting untuk mewujudkan suasana yang kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakah di antara pernyataan berikut yang menggambarkan usaha guru dalam mewujudkan iklim tersebut?

    (A) Membenarkan pelajar memasuki kumpulan pilihannya (B) Bersikap adil dan bertimbang rasa semasa memeriksa tugasan (C) Menggunakan bahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid (D) Memastikan murid belajar di dalam bilik darjah yang bersih dan teratur

    12. Pengurusan fizikal bilik darjah meliputi aspek keselamatan dengan mewujudkan peraturan dan amalan bilik darjah. Apakah tujuan peraturan bilik darjah diwujudkan?

    (A) Untuk memantapkan disiplin sekolah supaya sentiasa terkawal

    (B) Untuk menyekat kebebasan yang keterlaluan di kalangan murid (C) Untuk mengawal tingkah laku murid supaya tidak melanggar peraturan dan

    budaya sekolah (D) Untuk mengawal dan mencorak tingkah laku yang positif dan mencegah

    perlakuan yang tidak diingini

    Latihan teknik dan vokasional

    Penglibatan dalam sektor perladangan

    Penglibatan dalam sektor perkhdimatan keselamatan

  • 13. Manakah antara berikut menerangkan konsep kurikulum pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok?

    I Satu program pengajian II Huraian kandungan pelajaran III Pernyataan wawasan pendidikan IV Pengalaman yang diperoleh pelajar

    (A) I, II dan III sahaja (B) I, II dan IV sahaja (C) I, III dan IV sahaja (D) II, III dan IV sahaja

    14. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah yang mesra

    budaya dapat dicapai dengan kaedah dan cara berikut kecuali

    (A) Merancang objektif pembelajaran yang tepat, jelas dan mampu dicapai oleh semua murid

    (B) Menggalakkan murid-murid dari kaum tertentu dan minoriti terlibat lebih aktif supaya peranan mereka turut menonjol

    (C) Isi pelajaran dan aktiviti yang dijalankan hendaklah melibatkan interaksi murid dari pelbagai budaya dan latar belakang

    (D) Memberi motivasi yang bersesuaian untuk semua murid pelbagai budaya supaya mereka dapat memahami perbezaan antara budaya sesama mereka

    15. Bagaimanakah pengetahuan penilaian berasaskan budaya tentang fitrah manusia dapat

    membantu seseorang guru?

    (A) Mewujudkan komunikasi (B) Memahami keunikan personaliti murid (C) Mendorong murid berinteraksi dengan rakan sebaya (D) Mengembangkan potensi murid ke tahap yang maksimum

    16. Kelas bercantum diwujudkana atas sebab-sebab berikut kecuali

    (A) Bilangan bilik darjah tidak mencukupi (B) Bilangan murid tidak melebihi 145 orang (C) Bilangan semua guru termasuk guru besar kurang 10 orang (D) Bilangan murid dalam bilik darjah kurang daripada 15 orang

    17. Penerimaan mesej oleh penerima dari penutur menurut Model Komunikasi Wilbur Schramm (1954) adalah (A) Sumber - Enkod - Isyarat - Dekod - Destinasi (B) Sumber - Isyarat - Enkod - Dekod - Destinasi (C) Isyarat - Sumber - Enkod - Dekod - Destinasi (D) Destinasi - Isyarat - Sumber - Enkod - Dekod

    18. Ciri-ciri komunikasi berkesan yang boleh ditunjukkan oleh guru adalah I menjadi pendengar yang baik II membantu murid menjawab soalan yang sukar

    III penggunaan bahasa yang mudah difahami dan sopan IV menggunakan pergerakan fizikal seperti tangan dan mimik muka V memberi hadiah kepada murid yang dapat menjawab soalan ujian

    (A) I, II dan III sahaja (B) I, III dan IV sahaja (C) II, III dan IV sahaja (D) III, IV dan V sahaja

  • 19. Merancang pelan tindakan penting untuk mewujudkan persekitaran mesra budaya.

    Antara berikut, tujuan utama pelan tindakan dirancang adalah untuk (A) mengenalpasti masalah yang wujud (B) menerapkan nilai-nilai murini di kalangan murid (C) membuatkan murid berasa selesa dan selamat (D) mewujudkan rapo yang baik antara guru dan murid

    20. Pelan tindakan yang sesuai untuk mewujudkan persekitaran mesra budaya berkaitan dengan

    (A) penggunaan ICT terkini (B) teknik dan strategi relevan (C) susun atur kelas kondusif (D) bahan bantu mengajar menarik

  • Bahagian B

    Jawab semua soalan. 1. (a) Budaya adalah cara hidup yang boleh diterima oleh komuniti setempat. Ia meliputi sisitem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

    Jelaskan tiga ciri budaya. (6 markah)

    (b) Masyarakat adalah satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama (Roucek & Warren, 1979) Jelaskan dua ciri utama masyarakat. (4 markah)

    2. (a) Semua kelompok etnik masyarakat tradisional mempunyai kelas sosial mereka sendiri. Senaraikan empat kelas sosial masyarakat Melayu tradisional. (4 markah) (b) Terdapat pelbagai pantang larang dari pelbagai kaum yang masih diamalkan sehingga hari ini. Pantang larang yang diamalkan ini masih relevan dan dapat diterima oleh masyarakat umum. Senaraikan enam pantang larang yang terdapat dalam kaum-kaum di Malaysia.

    (6 markah) 3. (a) Menurut Max Weber, ada lima kelas sosial dalam masyarakat yang menyebabkan wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan.

    Nyatakan enam faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. (6 markah)

    (b) Isu ketaksamaan peluang pendidikan merupakan antara cabaran utama Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Huraikan dua usaha yang telah dilakukan Kementarian Pelajaran Malaysia untuk mengurangkan jurang ketaksamaan pendidikan dalam kalangan penduduk pedalaman.

    (4 markah) 4. (a) Jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar merupakan tinggalan sejarah pembangunan pendidikan yang tidak setara antara lokasi.

    Nyatakan lima pelan tindakan dari segi penyediaan kemudahan fizikal untuk membantu meningkatkan pendidikan masyarakat luar bandar. (5 markah)

    (b) Penubuhan Sekolah Wawasan adalah satu daripada usaha kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk yang pelbagai kaum.

    Senaraikan lima kepentingan penubuhan Sekolah Wawasan. (5 markah)

  • Bahagian C

    Jawab mana-mana dua soalan sahaja. 1. Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk banyak memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan serta suasana pembelajaran. Salah satu daripadanya ialah kurikulum tersirat. (a) Jelaskan lima ciri kurikulum tersirat yang terdapat dalam sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini. (10 markah) (b) Bincangkan implikasi-implikasi kurikulum tersirat di sekolah terhadap masyarakat yang terdiri daripada pelbagai sosio-budaya. (10 markah) 2. Murid yang datang daripada pelbagai kaum akan membawa keunikan budaya mereka yang berbeza ke dalam bilik darjah. (a) Huraikan lima pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya. (10 markah) (b) Bincangkan lima cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengelakkan proses pembelajaran dimonopoli oleh pelajar dari kaum tertentu sahaja. (10 markah) 3. Komunikasi sama ada lisan dan bukan lisan merupakan kunci kejayaan dalam setiap pengurusan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. (a) Bincangkan lima cara komunikasi bukan lisan yang boleh digunakan oleh guru ketika melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah. (10 markah) (b) Jelaskan lima implikasi terhadap murid sekiranya guru gagal melaksanakan komunikasi dengan berkesan dalam bilik darjah. (10 markah)

  • PANDUAN JAWAPAN

    BAHAGIAN A

    1. B 2. A 3. C 4. A 5. C 6. D 7. D 8. C 9. B 10. C 11. A 12. D 13. D 14. B 15. D 16. C 17. A 18. B 19. A 20. B

    BAHAGIAN B 1. (a) Ciri-ciri budaya

    Boleh dipelajari Boleh dikongsi Boleh diwarisi Bersifat sejagat Sentiasa berubah-ubah Mempunyai unsur simbolik Mempunyai pandangan alam semesta Lain-lain jawapan yang munasabah

    Pilih mana-mana tiga jawapan di atas. (b) Ciri-ciri masyarakat

    Berkelompok Berbudaya Mengalami perubahan Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar) Mempunyai kepimpinan Mempunyai aturan sosialnya (kelas, status dan kasta) Lain-lain jawapan yang munasabah

    Pilih mana-mana dua jawapan di atas.

  • 2. (a) Empat kelas sosial masyarakat Melayu tradisional i. Sultan ii. Bangsawan iii. Pembesar iv. Rakyat biasa

    (b) Pantang larang dalam kaum-kaum di Malaysia

    Melayu: Tidak boleh duduk di atas bantal Tidak boleh menjahit waktu senja Anak gadis tidak boleh bersiul/menyanyi di dapur Cina: Tidak boleh menyapu sampah pada malam Tahun Baru Cina Tidak boleh memakai baju warna warni semasa kematian Tidak boleh memakai baju warna puti, biru/hitam semasa Tahun Baru Cina India: Tidak boleh bersiul pada waktu malam Pengantin baru perlu jadi vegetarian selama 3 hari untuk cuci badan Masuk ke rumah mesti cuci kaki jika tidak semangat jahat ikut Umum: Habiskan makan nasi, jika tidak ia menangis Jangan kencing di busut, jika tidak kemaluan tak elok Jangan tunjuk pada pelangi, nanti jari kudung Lain-lain jawapan yang munasabah

    3. (a) Faktor mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan

    Kemudahan mendapatkan kepakaran guru Kemudahan bahan rujukan Kelas sosial masyarakat kemudahan dan sokongan Lokasi sekolah dan tempat tinggal Kemudahan ICT Tempat tinggal

    Pilih mana-mana enam jawapan di atas. (b) Usaha KPM untuk mengurangkan ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan penduduk pedalaman

    Rancangan Makanan Tambahan (RMT) - memastikan semua pelajar mendapat makanan berkhasiat

    Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) - membantu pelajar miskin dari segi kewangan

    Bantuan makanan asrama Bantuan perjalanan dan pengangkutan murid Jaket keselamatan Elaun bulanan pelajar kurang upaya Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Skim Baucer Tuisyen (SBT)

    Pilih mana-mana dua jawapan di atas.

  • 4. (a) Pelan tindakan dari segi penyediaan kemudahan fizikal untuk membantu meningkatkan pendidikan masyarakat luar bandar

    Pertambahan sekolah, bangunan dan bilik darjah Penyediaan asrama Penyediaan rumah guru Penyediaan bekalan elektrik Penyediaan kemudahan ICT Penyediaan bekalan air

    Pilih mana-mana lima jawapan di atas. (b) Kepentingan penubuhan Sekolah Wawasan

    Menyatupadukan pelajar pelbagai kaum Menjimatkan kos pembinaan infrastruktur Menggalakkan kerjasama/tolak ansur Menggalakkan perbincangan antara kaum Memupuk semangat nasionalisme (meraikan Hari Merdeka bersama) Menggalakkan persaingan sihat antara kaum Lain-lain jawapan yang munasabah

    Pilih mana-mana lima jawapan di atas. BAHAGIAN C 1. (a) Ciri-ciri kurikulum tersirat

    Merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang diperolehi Hasil pembelajaran yang bersifat relatif dan tidak dapat diukur secara kuantitatif Meliputi nilai-nilai yang dibentuk bersama melalui pelaksanaan kurikulum Kewujudannya adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum. Tidak dinyatakan secara bertulis tetapi wujud sama ada pada matlamat/objektif Jenis/kategorinya berbeza-beza mengikut jenis institusi, tahap pembelajaran dan matlamat kurikulum itu sendiri

    Huraikan mana-mana lima jawapan (b) Implikasi kurikulum tersirat

    Membentuk bangsa yang bersatu Saling menerima perbezaan budaya Membentuk sifat tolak ansur antara satu sama lain Penerapan nilai budaya masyarakat melalui pelaksanaan kurikulum Pembentukan amalan perpaduan melalui aktiviti kokurikulum Mewujdukan pertandingan yang sihat untuk memupuk semangat kekitaan

    Huraikan mana-mana lima jawapan 2. (a) Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya

    Pendekatan koperatif Pendekatan kolobaratif Kaedah mediatif Kaedah direktif Kajian masa depan Kaedah generatif Kaedah kontekstual metakognitif

  • (b) Bincangkan lima cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengelakkan proses pembelajaran dimonopoli oleh pelajar dari kaum tertentu sahaja

    Adil / demokrasi Menggunakan bahan-bahan serta contoh-contoh daripada pelbagai budaya Kedudukan murid atau susun atur bilik darjah mengambilkira pelbagai kaum Perancangan P&P - memberi peluang interaksi yang lebih antara pelbagai kaum Membantu murid memupuk sikap positif

    3. (a) Lima cara komunikasi bukan lisan yang boleh digunakan oleh guru ketika melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah

    Renungan mata Pergerakan tangan Ukiran senyuman di bibir Ekspresi muka berdasarkan perubahan air muka Pergerakan kecil tubuh badan Memberi gerak badan positif semasa berinteraksi

    Huraikan mana-mana lima jawapan

    (b) Lima implikasi terhadap murid sekiranya guru gagal melaksanakan komunikasi dengan berkesan dalam bilik darjah

    Murid tidak dapat menerima mesej dengan jelas Objektif pengajaran tidak tercapai Murid tidak dapat mendengar dengan jelas Kawalan kelas kurang berkesan Murid tidak seronok untuk belajar Hilang motivasi Wujud masalah disiplin dalam bilik darjah

    *Jawapan yang diberikan di atas adalah sebagai panduan sahaja. Cikgu-cikgu boleh

    tambah dan ubah suai mengikut kesesuaian.