kkbi-edu 3106

Upload: hariz-yusoff

Post on 04-Apr-2018

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    1/29

    1.0. Pendahuluan

    Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai

    kaum, etnik dan budaya. Setelah lebih setengah abad merdeka, Malaysia telah berjaya

    keluar daripada kepompong kumpulan negara mundur menjadi sebuah negara yang

    pesat membangun. Di Malaysia, terdapat banyak kaum dan etnik yang berbeza-beza

    seperti etnik Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Setiap kaum

    dan etnik yang terdapat di Malaysia hidup dalam keadaan yang harmoni dan

    mengamalkan budaya dan cara hidup tersendiri.

    Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna

    orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya.

    Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu

    kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan

    dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

    Dari segi bahasa, etnik boleh didefinisikan sebagai kaum atau bangsa dan dari

    segi istilah pula etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan

    melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan

    ekonomi dan sebagainya.

    Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, etnik ialah berkenaan bangsa manusia dan

    ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang

    unsur. Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan

    walaupun ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan

    etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga

    maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India sepatutnya

    dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

    1

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    2/29

    Etnik dalam sesebuah kaum adalah berbeza dari aspek ciri-ciri budaya seperti

    adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik,

    kegiatan ekonomi dan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan,

    Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik secara dasarnya

    bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan

    lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan ganjil, berada

    ditahap rendah atau tidak bermoral.

    Kesimpulannya, kepelbagaian etnik di Malaysia menjadikan Malaysia sebuah

    negara yang unik berbanding negara-negara yang lain. Masyarakat di Malaysia

    terutama bakal pendidik perlu memahami dan mengetahui selok-belok budaya yang

    terdapat di negara kita supaya akan terus kekal dan harmoni sebagai sebuah negara

    yang mempunyai identiti nasional dan jati diri sebagai sebuah negara bangsa Malaysia.

    2

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    3/29

    2.0. Pengenalan Kadazandusun

    Kadazan atau Dusun merupakan kumpulan etnik (bumiputera) yang terbesar di

    Negeri Sabah. Masyarakat ini merupakan golongan petani, tetapi dengan

    perkembangan sosio- ekonomi yang dicapai oleh negara Malaysia sekarang,

    masyarakatini beransur-ansurberalih ke bidang perkhidmatan, perniagaan dan

    pertanian moden.

    Sebelum Sabah merdeka melalui Malaysia, masyarakat Kadazan/Dusun dikenali

    sebagai Dusun, iaitu nama yang diberi oleh orang luar kepada mereka. Setelah

    mencapai kemerdekaan, mereka menggunakan nama "Kadazan" secara rasmi sebagai

    identiti mereka. Tetapi, oleh 'kerana masih terdapat etnik dari pedalaman yang

    berpendirian mendukung identiti "Dusun", istilah "Kadazan"dan "Dusun"dipersatukan

    menjadi "Kadazandusun" untuk memupuk dan menyatupadukan semangat "kesatuan"

    dalam kalangan mereka.

    Banci pada tahun 1991 menunjukkan bahawa dari jumlah 1,8 juta orang

    penduduk Sabah, terdapat 372 089 orang Kadazandusun. Anggaran jumlah penduduk

    3

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    4/29

    Kadazandusun pada tahun1994 bertambah menjadi 433,600 orang, yang mana ianya

    terbahagi dalam dua kumpulan etnik iaitu Kadazan/Dusun dan Murut. Sebilangan besar

    dari mereka terdapat di daerah Penampang, Putatan, Kawang, Papar, Kimanis,

    Bongawan, Beaufort, Kuala penyu, Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Kota Marudu,

    Kudat. Pitas, Labuk Sugut, Paitan, Telupid, Ranau, Tambunan, Keningau, Tenom,

    Sook, Pensiangan dan Ulu Kinabatangan.

    Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) dan di dalam

    perlembagaannya, Kadazandusun merujuk kepada empatpuluh etnik seperti berikut:

    Bonggi,Lingkabau,Nabai,Tatana,Bundu,Liwan,Paitan,Tangara,Dumpas, Lobu, Pingas,

    Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo,L undayo, Rungus, Tobilung,Iban,

    Makiang,Sinobu,Tolinting,Kadayan,Malapi,Sinorupu,Tombonuo,Kimaragang,Mangkaa

    Sonsogon,Tuhawon,Kolobuan, Minokok,Sukang,Tutung,Kuijau, Murut, Sungai dan

    Bisaya. Kesemua etnik ini mempercayai bahawa mereka berasal dari Nunuk

    Ragang,iaitu satu petempatan awal Kadazan/dusun yang terletak di Kawasan

    perkampungan Tompios dalam daerah Ranau.

    Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh

    diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum

    Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak

    kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan

    budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap

    tahun.

    Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun

    menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazand/usun dan lagenda kelahiran kaum ini

    bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran

    suku kaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio

    4

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    5/29

    budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak

    kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat

    dalam suku kaum Kadazandusun.

    Kesimpulannya, masyarakat Sabah mempunyai pelbagai etnik yang unik dan

    Kadazandusun merupakan salah satu etnik yang terbesar di Sabah. Kepelbagaian etnik

    ini membolehkan kita mengenali budaya sesebuah kaum serta dapat membantu kita

    untuk mengkaji mengenai cara hidup seharian etnik tersebut dengan lebih mendalam.

    2.1. Struktur Masyarakat/kelas sosial

    Struktur merupakan istilah yang berasal daripada bahasa Latin iaitu structum

    yang membawa maksud menyusun. Oleh itu, struktur sosial membawa maksud

    susunan dalam masyarakat. Struktur sosial merupakan susunan daripada unsur-unsur

    sosial yang menjadi perkara asas dalam sesebuah masyarakat iaitu kelompok, kelas

    sosial, nilai dan norma sosial, serta lembaga sosial. Struktur sosial juga merupakan

    sebuah ruang abstrak dalam masyarakat.

    5

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    6/29

    Selain itu, struktur sosial juga merupakan susunan ekonomik atau kebudayaan

    kumpulan-kumpulan sosial. Di Malaysia, setiap bangsa mempunyai struktur masyarakat

    yang berbeza mengikut perbezaan bangsa.

    Terdapat dua cara untuk menganalisis struktur sosial iaitu:

    2.1.1. Melalui keturunan atau kasta, tingkat pendidikan, kekayaan dan usia.

    Pembahagian ini dinamakan sebagai stratifikasi sosial iaitu perbezaan

    tahap. Dalam konteks negara kita, struktur sosial ini dapat dilihat pada

    tatatingkat pendidikan, kekayaan dan usia.

    2.1.2. Suku bangsa, ras, golongan atau kelompok, jenis keluarga, agama dan

    sebagainya dan pembahagian ini dinamakan perbezaan sosial

    (perbezaan fungsi dan adat)

    Status, kedudukan individu atau kelompok dalam struktur sosial tidak bersifat

    statik sehingga berlaku perubahan. Perubahan posisi dalam struktur dalam struktur

    sosial yang dialami oleh individu atau sesebuah kelompok dikenali sebagai mobiliti

    sosial. Selain itu, terdapat juga kriteria sosial dalam masyarakat yang meliputi aspek

    pendidikan, profesion atau pekerjaan serta keturunan dalam kasta dan kriteria ini

    adalah berbeza mengikut etnik yang terdapat di Malaysia.

    Di Sabah, terdapat pelbagai jenis etnik. Dusun merupakan salah satu etnik yang

    terdapat di Sabah. Dusun/Kadazan merupakan etnik utama yang terbesar di negeri

    Sabah. Secara umumnya, ianya merupakan koleksi kelompok etnik yang bertutur dalam

    6

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    7/29

    bahasa dan dialek yang hampir sama. Begitu juga dari segi budaya kepercayaan

    tradisi. Di dalam Dusun/Kadazan sendiri terdapat sekurang-kurangnya 10 bahasa yang

    mempunyai lebih dari 30 jenis dialek

    Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di

    Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa

    dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku

    kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun

    Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun,

    Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.

    Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah yang terdiri daripada dua

    kaum, Kadazan dan Dusun digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan

    budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan

    lembah dan secara tradisi terlibat dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun

    tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.

    Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu

    pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti

    Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di

    lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam

    padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan

    sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan

    kawasan pendalaman.

    7

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    8/29

    Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal

    (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di

    daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan,

    Sugut, Paitan dan Pitas. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka

    menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang

    Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut

    mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli,

    Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk).

    Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang

    mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun,

    pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah

    mengalami pembangunan fizikal dan mental. Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil

    penggabungan etnik Kadazan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini

    adalah akibat pertelingkahan politik. Walau bagaimanapun, perbezaan antara kaum

    Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan

    dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

    Kesimpulannya, masyarakat etnik dusun ini hidup dalam kelompok masing-

    masing. Kebanyakan etnik dusun ini tinggal di kawasan pergunungan di Sabah

    berbanding etnik yang lain. Mereka mengamalkan cara hidup bertani dan menangkap

    ikan.

    8

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    9/29

    2.2. Kepercayaan

    Secara umumnya, kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap

    sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu

    pekara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang

    berkenaan. Kepercayaan juga dapat didefinisikan sebagai satu keyakinan

    terhadap Tuhan, roh, perkara ghaib, atau suci yang mengakibatkan penyembahan.

    Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa

    yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude). Manakala

    dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas

    pembangunan moral dan dikenali sebagai aqidah ataupun iman.

    Walau bagaimanapun, kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikapberkedudukan-memihak, kerana melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan

    daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu. Kebenaran yang dituntut itu

    mungkin sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan

    ia adalah sahih.

    Bagi etnik di Malaysia, kepercayaan adalah berbeza-beza. Bagi masyarakat

    Dusun di Sabah mereka mengamalkan kepercayaan animisme iaitu sebelum

    kedatangan agama Kristian dan agama Islam. Kepercayaan ini diwarisi berasaskan

    fahaman dan adat "pagan" kaum. Bagi masyarakat Dusun, Kinorohingan adalah satu-

    satunya Tuhan mereka yang bersemayam di dunia lain. Mengikut kepercayaan kaum

    kadazandusun juga, Kinorohingan merupakan tuhan di mana mereka meminta sesuatu

    9

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Tuhanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rohhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perkara_ghaib&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Psikologihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tuhanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rohhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perkara_ghaib&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Psikologi
  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    10/29

    seperti keselamatan dan perlindungan dari sebarang penyakit. Kinorohingan juga dapat

    menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau syaitan. Masyarakat

    kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu

    dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka.

    Di samping itu, setiap tahun selepas menuai padi, masyarakat dusun

    mengadakan upacara "Magavau" iaitu upacara kesyukuran bagi menghormati

    semangat padi. Upacara ini dijalankan oleh "Bobohizan" atau ketua bomoh dengan

    membaca mentera.. Walau bagaimanapun, pada masa kini, kebanyakan masyarakat

    Kadazandusun adalah penganut agama Kristian dan sebahagian daripada mereka juga

    beragama Islam.

    Secara tuntasnya, setiap masyarakat mempunyai kepercayaan masing-masing

    dan masyarakat Dusun di Sabah juga mempunyai kepercayaan atau pegangan mereka

    sendiri. Setiap kepercayaan atau pegangan dalam sesebuah etnik atau masyarakat

    adalah bermula sejak turun-temurun dan pendedahan mengenai kepercayaan masing-masing kepada etnik lain dapat mengelakkan berlakunya sebarang salah faham

    terutamanya dalam kalangan pelajar di sekolah.

    10

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    11/29

    2.3. Bahasa

    Bahasa ialah satu wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia.

    Sebagai keperluan sosial, bahasa adalah alat penting untuk menyampai maksud, ia

    juga sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan manusia sebagai alat

    untuk berhubung manakala dialek ialah satu variasi bahasa yang ditentukan mengikut

    wilayah dan ditutur bergantung kepada tempat seseorang itu dilahirkan (S.Nathesan,

    1995). Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987), keluarga Dusun menggunakan

    empat belas bahasa pertuturan.

    Antara bahasa Dusun ialah Liwan, Tagas, Dusun Tambunan, Tuhauwon dan

    Kuruyou. Bahasa Dusun Liwan tertumpu di daerah RanauBahasa merupakan salah

    satu Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi

    mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan suku kaum Kadazandusun dari

    satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih

    11

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    12/29

    membawa erti dan makna yang sama. Bahasa Dusun hampir menyerupai bahasa

    Kadazan tetapi terdapat sedikit perbezaan terutamanya dari segi ejaan dan sebutan.

    Contohnya "sembilan" yang disebut "siam" dalam bahasa Dusun dan "sizam" dalam

    bahasa Kadazan.

    Walau bagaimanapun, terdapat juga perkataan yang berbeza tetapi maksud

    yang sama contohnya "dimana" yang disebut "hinonggo" dalam bahasa dusun dan

    "hinombo" dalam bahasa Kadazan atau "rumah" yang disebut "walai" dalam bahasa

    Dusun dan "hamin" dalam bahasa Kadazan. Walaupun kedua-dua bahasa ini berbeza

    tetapi kebanyakan suku kaum Dusun/Kadazan menggunakan kedua-dua bahasa ini

    dalam perbualan seharian.

    2.4. Adat Resam

    Adat resam merupakan peraturan yang sudah diamalkan sejak turun-temurun

    lagi dalam sesebuah masyarakat sehinga menjadi hokum dan peraturan yang harus

    dipatuhi. Adat resam juga menjadi kebiasaan yang diwarisi dalam sesebuah

    masyarakat dan kepentingannya dalam sesebuah etnik tidka dapat dinafikan lagi. Adat

    merangkumi keseluruhan aspek kelahiran, perkahwinan sehingga kematian dalam

    hidup semua masyarakat di Malaysia.

    Kaum Dusun di Sabah mempunyai banyak amalan adat resam dan tradisi yang

    diwarisi berasaskan fahaman dan agama adat "Pagan" kaum Dusun. Prof. Madya Abu

    12

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Kadazanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Kadazanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Kadazanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Kadazan
  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    13/29

    Hassan Sham (1987) melaporkan Prof. Dr. Mohd. Taib Osman menyatakan tradisi ialah

    suatu yang diwarisi daripada nenek moyang.

    Antara ciri-ciri fahaman tradisi masyarakat Dusun yang dianggap baik ialah kaum

    ini mempercayai adanya alam ghaib seperti Tuhan dan setiap perbuatan mempunyai

    balasan baik buruknya. Bagi masyarakat Dusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" dan

    mempunyai kuasa tertinggi dari segala sesuatu. Tuhan tempat mereka

    mengkomunikasi atau meminta sesuatu khususnya kesihatan, keselamatan dan

    meminta perlindungan daripada sebarang penyakit serta kinorohingan dapat

    menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti syaitan atau "Roogon" dalam bahasa

    Dusun. Ini jelas terbukti dalam upacara-upacara masyarakat Dusun, contohnya apabila

    membuka tanah baru untuk pertanian, membina rumah dan masuk rumah baru,

    mengubati orang sakit, upacara memulakan menuai padi dan sebagainya, semuanya

    dimulai dengan mentera dan pemujaan kepada Kinorohingan.

    Menurut Ismaily Bungsu(1988) kepercayaan kaum Dusun atau Kadazan tentang

    kinorohingan ialah kinorohingan bersemayam di luar sebagai Tuhan dan dikaitkan

    dengan beberapa lagenda khususnya hal-hal berkaitan dengan mentera pemujaan.

    2.4.1. Perkahwinan

    Dalam konteksi komunikasi, ibu bapa bertanggungjawab memilih bakal isteri

    anak lelakinya. Setelah peminangan diterima oleh pihak keluarga perempuan, majlis

    perkahwinan akan dilakukan pada masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan

    lazimnya dilakukan pada waktu malam di rumah pengantin perempuan. Pada malam

    pertama si suami harus bermalam di rumah keluarga isterinya dan kemudiannya

    pasangan pengentin ini akan diarak ke rumah keluarga lelaki dan perempuan selama

    13

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    14/29

    tiga kali berturut-turut. Sebelum pengantin dibenarkan masuk ke dalam rumah, pihak

    tuan rumah keluarga lelaki atau perempuan menyanyi atau "Selakohan Sinding" dan

    dibalas oleh rombongan. Selakohan sinding ini bertujuan menyambut kedatangan

    rombongan pengantin baru tetapi diluahkan dalam bentuk nyanyian.

    2.4.2. Mendiri dan Masuk Rumah Baru

    Mendirikan dan masuk rumah baru hendaklah dimulai dengan upacara

    "Tumedek" atau menanda. Upacara ini hendaklah dilakukan pada hari-hari penting bagi

    masyarakat Dusun yang dipanggil "Tadau Rampagas, Tanob, Selimpunan do kesilau,

    Selimpunaan Tadau Daat, Selimpunaan Tulan Daat, Kepuposan Tulan Daat dan

    Selimpunan Tulan Kelimo". Begitu juga dengan masuk rumah baru harus pada hari-hari

    yang terpilih dan diiringi dengan upacara sembahyang doa atau Megembawon /

    Mengendi. Upacara ini dilakukan oleh golongan tua yang mahir untuk mengendi.

    Lazimnya golongan perempuan yang melakukan upacaramegendidan bukan daripada

    golongan lelaki.

    2.4.3. Hari Keluarga atau "Meginakan"

    Masyarakat Dusun mempunyai upacara perpaduan keluarga yang

    dipanggil meginakan. Semua ahli kelurga dijemput dan satu upacara

    14

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    15/29

    menyembahyangkan arak Gampian Kinomolyang diketuai oleh mereka yang

    mahirmegendiserta dijalankan pada waktu malam. Setelah selesai upacara tersebut,

    mereka mengambil bambu atau "Telutuk" untuk dipukul "Tontongon" bagi

    mengeluarkan bunyi. Menurut kepercayaan mereka memukul bambu bertujuan

    memperbaiki dunia. Hari keluarga ini dihadiri semua ahli keluarga dan masyarakat

    kampung selama 7 hari berturut-turut.

    2.4.4. Ketian

    Ketian ialah seorang lelaki yang menyebabkan seorang perempuan

    mengandung tanpa sebab perkahwinan yang sah. Natijahnya lelaki dicaci dan

    dikehendaki membayar denda atau sogitberupa babi atau kerbau. Tujuannya

    menyejukkan panas dalam ahli keluarga dan masyarakat kampung serta memberitahu

    masyarakat kampung bahawa pesalah telah dihukum setimpal dengan kesalahannya.

    2.4.5. Mencuri atau "Manakau"

    Pencuri dapat dikenal pasti dengan bantuan bomoh yang mahir melalui upacara

    "mengintutun". Alat-alat yang digunakan semasa mengintutun ialah telur ayam atau

    cermin. Semasa mengintutun, beberapa ahli keluarga dan masyarakat kampung datang

    sama-sama menyaksikan upacara mengintutun. Biasanya, bomoh akan memberitahu

    siapa yang mencuri dan biasanya tuduhan bomoh dipercayai oleh ahli keluarga dan

    majoriti masyarakat. Implikasinya, orang yang kena tuduh akan mendapat cacian dan

    celaan masyarakat kampung untuk beberapa waktu. Sebaliknya, pesalah yang

    melakukan kesalahan besar seperti mencuri kerbau boleh dihalau keluar "elohon" dari

    kampungnya.

    2.4.6.Kahwin Bersaudara atau "Kepingaian Miadpinai"

    15

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    16/29

    Adalah menjadi kesalahan besar bagi masyarakat Dusun, jika seseorang lelaki

    atau perempuan berkahwin dengan seseorang yang dipercayai masih ada talian

    persaudaraan. Jika perkahwinan dilangsungkan juga, si lelaki dan perempuan akan

    dikenakan hukuman denda iaitu "Pitas" yang terdiri daripada 7 kerbau, 7 ayam, 7

    perang, 7 tajau dan 7 mangkuk. Tujuannya ialah memutuskan tali persaudaraan untuk

    membolehkan mereka berkahwin. Pitas bagi lelaki hendaklah diberi kepada pihak

    keluarga perempuan danpitasperempuan pula diberikan kepada keluarga lelaki.

    Pembayaran pitas ini dipanggil"Mesulak" atau sama-sama membayar denda (bertukar-

    tukar barang denda).

    2.4.7. Curang atau "Melapau"

    Seorang lelaki atau perempuan yang telah berkahwin tidak boleh berlaku curang

    terhadap si suami atau si isteri . Jika berlaku kecurangan hendaklah dikenakan denda

    berupa kerbau atau babi. Tujuannya adalah dimakan bersama ahli keluarga yang

    dicuranginya iaitu isteri atau suami dan anak-anak.

    2.4.8. Kematian atau "Kepataiyen"

    Bila kematian berlaku dalam masyarakat Dusun tradisi, ahli keluarga si mati

    akan memukul gong "Tontong sanang"yang bertujuan memberitahu ada kematian

    dalam ahli keluarga dan disertai turun dari rumah atau "menuhon" bertujuan cuba

    menahan roh simati atau kedwo-dwo melalui benda-benda yang diambil dipersekitaran

    halaman rumah si mati untuk disapukan di ubun-ubun kepala si mati dengan harapan si

    mati hidup semula. Selain itu, satu lagi alat komunikasi digunakan untuk memberitahu

    masyarakat kampung bahawa adanya kematian dalam sesebuah keluarga iaitu

    menggunakan buluh untuk dibunyikan atau "Mengarasapong".

    16

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    17/29

    Semasa si mati dibawa ke kubur, ahli-ahli keluarga akan meraung-raung dan

    memukul bekas letak si mati. Pada malam pada hari perkuburan, ahli keluarga akan

    mengadakan upacara memisah dengan menutup semua lampu dalam rumah.

    Tujuannya ialah agar roh si mati akan balik ke rumah untuk "megoit-megoit" atau

    membawa dan mengambil barang-barang milik si mati. Pada hari ketiga (3) pula, ahli

    keluarga simati mengadakan upacara pembahagian atau "Ikidan / angkiban" . Benda

    yang boleh dijadikan angkiban ialah ternakan dan tanaman. Tujuannya ialah

    mengadakan pembahagian harta untuk simati. Contoh narrator ialah "Anu bin Dia, ini

    saja bahagian mu. Jangan lagi ganggu kami". Pembahagian ini dilakukan dengan

    tangan kiri dan membelakang. Pada hari kelima atau ketujuh pula, upacara

    keselamatan yang dipanggil "Memagompi" melalui upacaramengendidilakukan dengan

    bantuan sesorang yang mahirmegendi.

    17

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    18/29

    3.0. Isu-isu Ketidaksamaan Peluang Pendidikan Murid Peribumi di Malaysia

    Pendidikan merupakan satu perkara penting di dalam kehidupan individu. Pada

    masa kini, pendidikan menjadi salah satu teras utama dalam menentukan arah tuju

    pencapaian individu. Namun begitu, setiap individi mempunyai peluang pendidikan

    yang berbeza. Kenapa ini berlaku? Satu sebab kenapa hal ini berlaku adalah

    disebabkan oleh lokasi kedudukan individu tersebut. Sama ada individu tersebut berada

    di bandar ataupun di luar bandar. Kedua-dua ini mempunyai peluang pendidikan yang

    berbeza di mana pendudukan bandar mempunyai lebih peluang berbanding penduduk

    luar bandar.

    Pendidikan juga adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak

    faedah sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kuasa politik. Walau

    bagaimana pun semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua

    pelajar mempunyai peluang bersekolah kerana pada masa itu sekolah dibahagikan mengikut

    kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan. Ketidaksamaan peluang dalam

    pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya.

    Konsep diskriminasi atau ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan,

    pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota

    atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan

    18

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    19/29

    negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan individu atau

    kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Ketaksamaan telah berlaku

    sejak dahulu lagi iaitu semasa sistem feudal. Rakyat bawahan atau marhain, golongan

    pembesar, dan golongan istana menerima sistem pendidikan yang berbeza. Konsep ini

    telah diteruskan lagi pada zaman penjajah. Golongan pembesar mewariskan

    kecerdikan sebaliknya anak petani dan orang kampung terus ketinggalan

    Menurut Hassan Mat Nor (1998), istilah peribumi digunakan untuk merujuk

    kepada kumpulan etnik dalam sesebuah wilayah yang dituntut dan dipertahankan oleh

    sesebuah negara. Menurut beliau, kumpulan kaum yang diklasifikasikan sebagai

    Bumiputera meliputi orang Melayu di Semenanjung, orang Melayu, Iban, Bidayuh,

    Kayan, Kenyah, Kelabit serta orang Melayu, Kadazan, Dusun, Bajau, Suluk dan

    penduduk lain di Sabah. Manakala, orang Asli pula terdiri daripada tiga kelompok utama

    iaitu Kumpulan Negrito, Senoi dan Melayu-Proto.

    Menurut Kamus Dewan (2007) peribumi diertikan sebagai penduudk asli dan

    juga Bumiputera. Justeru, dapat dirumuskan bahawa peribumi merupakan istilah umum

    yang digunakan bagi merujuk kepada semua kelompok manusia yang dianggap

    sebagai penghuni asal atau terawal di Malaysia.

    Kumpulan etnik di Sabah terdiri daripada kumpulan terbesar iaitu Kadazan

    Dusun. Kumpulan Kadazan tinggal di kawasan lembah serta secara tradisi terlibat

    dalam penanaman padi, manakal kumpulan etnik Dusun tinggal di kawasan

    pergunungan di pedalaman Sabah. Kumpulan etnik yang kedua terbesar di Sabah ialah

    19

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    20/29

    Bajau yang asalnya berketurunan pelaut. Di Sarawak pula, kumpulan Iban merupakan

    kumpulan etnik terbesar di Sarawak. Majoriti kaum Iban tinggal di rumah panjang di

    lembah sungai dan masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang

    menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

    Berdasarkan tempat tinggal masyarakat Peribumi secara umumnya, kumpulan

    masyarakat ini kebanyakannya tinggal di jauh pedalaman, terutamanya di Sabah dan

    Sarawak. Disebabkan lokasi tempat tinggal masyarakat peribumi agak terpencil, maka

    sebahagian daripada mereka kurang terdedah kepada arus perubahan dalam bidang

    pendidikan khususnya. Mereka masih terikat kepada budaya kehidupan tradisional dan

    kurang menerima perubahan yang pesat selari dengan arus perubahan yang dialami

    oleh Malaysia.

    Isu ketaksamaan peluang pendidikan ini wujud dalam kalangan kumpulan

    peribumi dari aspek jurang pencapaian murid dan jurang digital akibat lokasi tempat

    tinggal, latar belakang masyarakat dan status sosioekonomi. Selain itu, kemudahan

    asas dan infrastruktur yang serba kekurangan juga merupakan salah satu lagi faktor

    penduduk peribumi ini ketinggalan dalam aspek pendidikan. Di samping itu, tempat

    tinggal yang jauh dan terpencil dari sekolah dan sistem perhubungan yang kurang baik

    merupakan faktor yang menyebabkan kadar keciciran tinggi.

    Secara tuntasnya, jika isu ketaksamaan peluang pendidikan ini dapat diatasi,

    pembangunan dalam sesebuah etnik dapat ditingkatkan dan jurang perbezaan antara

    peluang pendidikan di kawasan bandar dan kawasan pedalaman dapat dikurangkan di

    samping semua murid dapat menikmati kualiti pendidikan yang sama rata.

    20

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    21/29

    3.1.Langkah Mengatasi Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan dalam Kalangan

    Masyarakat Peribumi

    Apa yang kita sedia maklum, banyak faktor yang menyebabkan masyarakat peribumi

    serta pedalaman tidak mendapat peluang pendidikan yang sama berbanding dengan

    21

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    22/29

    masyarakat yang berada di kawasan Bandar dan kampung. Oleh itu, pihak kerajaan telah

    mengambil pelbagai langkah untuk menangani isu ini. Pihak kerajaan juga boleh melaksanakan

    pelbagai inesiatif yang lain untuk tangani isu tersebut.

    Bagi faktor yang pertama, iaitu faktor infrastruktur dan prasarana. Pihak kerajaan telah

    melaburkan jutaan ringgit untuk meningkatkan infrastruktur dan prasarana di sekolah

    pedalaman. Justeru, pihak kerajaan telah mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk membuat

    penempatan-penempatan baru kepada masyarakat di kawasan pedalaman. Penempatan-

    penempatan ini akan dibina berdekatan dengan kawasan bandar dan kampung. Infrastruktur ini

    mestilah setaraf dengan infrastruktur yang terdapat di sekolah-sekolah kawasan bandar.

    Kemudahan yang paling penting sekali adalah bekalan elektrik. Kerajaan perlu berusaha untuk

    membekalkan bekalan elektrik yang sepenuhnya ke kawasan pedalaman.

    Seperti yang kita sedia maklum, bekalan elektrik di kawasan pedalaman hanyalah

    seketika sahaja. Terdapat juga beberapa sekolah di pedalaman hanya menggunakan generator

    untuk bekalan elektrik mereka. Jika masalah ini tidak diselesaikan, sesi pengajaran dan

    pembelajaran di sekolah akan terganggu akibat bekalan elektrik yang tidak mencukupi. Selain

    daripada bekalan elektrik, kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan-kemudahan lain yang

    boleh melancarkan kehidupan masyarakat-masyarakat di pedalaman. Antaranya adalah

    bekalan air bersih dan juga klinik-klinik desa serta kemudahan-kemudahan di dalam bilik darjah

    itu sendiri untuk keselesaan pelajar dan juga guru.

    Seterusnya adalah faktor tenaga pengajar. Kerajaan perlu befikir wajar untuk

    menempatkan guru-guru di kawasan pedalaman. Majoriti guru-guru yang dihantar ke kawasan

    pedalaman pada masa sekarang ini sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di sana.

    Kebanyakan mereka hanya inginkan elaun yang diberikan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu

    22

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    23/29

    memilih tenaga-tenaga pengajar yang betul-betul ingin ke kawasan pedalaman dan mereka ini

    perlu diberikan lebih elaun. Ini akan mewujudkan suasana mengajar yang lebih kondusif.

    Tidak kira pihak kerajaan mehupun pihak swasta, pihak-pihak ini kena bergabung dan

    mencari jalan penyelesaian untuk mengubah pemikiran-pemikiran kolot masyarakat-masyarakat

    peribumi untuk mereka berfikir untuk masa hadapan. Untuk membantu dalam proses ini,

    golongan-golongan peribumi yang telah berjaya perlu memberikan motivasi dan bimbingan

    kepada mereka yang masih kuat berpegang kepada prinsip hidup mereka yang kolot tersebut.

    Mereka ini perlu menggerakan minda-minda masyarakat merka untuk berubah. Apa yang paloin

    penting sekali adalah, golongan-golongan yang telah berjaya ini mestilah tidak lupakan daratan.

    Kesimpulannya, semua pihak tidak kira kerajaan, swasta, NGO mahupun individu itu

    sendiri perlu memainkan perana yang penting untuk mengatasi masalah-masalah ketaksamaan

    peluang pendidikan di kalangan masyarakat peribumi. Semua pihak ini perlu menggembeling

    tenaga untuk mengatasi masalah ini. Ini perlu untuk memastikan golongan-golongan

    masyarakat peribumi tidak ketinggalan ke belakang sekali.

    4.0 Penutup

    23

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    24/29

    Etnik merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir

    sama termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Di Malaysia, orang

    Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi kaum boleh dianggap

    sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri

    budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang

    dipandang rendah dan ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral.

    Isu ketaksamaan peluang pendidikan merupakan isu yang telah lama

    dibincangkan. Ini kerana isu ini merupakan salah satu isu yang telah memberikan impak

    atau kesan yang besar terhadap status sosioekonomi terhadap sesebuah etnik dalam

    pencapaian akademik mereka. Ketaksamaan peluang pendidikan ini amat ketara

    perbezaannya dalam unsur-unsur kelas sosial, jantina serta kumpulan etnik yang lain

    yang disebabkan oleh faktor geografi dan pegangan budaya.

    Walau bagaimanapun, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan

    pihak tertentu untuk merapatkan kembali jurang pencapaian digital dan ketaksamaan

    peluang pendidikan melalui beberapa inisiatif yang telah dirancangkan. Secara

    tuntasnya, jika isu ketaksamaan peluang pendidikan ini dapat diatasi, pembangunan

    dalam sesebuah etnik dapat ditingkatkan dan jurang perbezaan antara peluang

    pendidikan di kawasan Bandar dan kawasan pedalaman dapat dikurangkan di samping

    semua murid dapat menikmati kualiti pendidikan yang sama rata.

    24

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    25/29

    5.0. Refleksi Kendiri

    Nama: Nur Amirul Azima Bt Shamsuddin

    K/P : 890831-03-5974

    25

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    26/29

    Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya Nur

    Amirul Azima Bt Shamsuddin dan rakan seperjuangan saya Noor Haszwani Bt Yusof

    menyiapkan tugasan Budaya dan Pembelajaran EDU 3106. Tugasan ini diberi masa

    selama empat minggu iaitu bermula pada 14 Februari 2011 dan diserahkan pada 10

    Mac 2011. Pensyarah pembimbing kami ialah Encik Shaddin b. Sabri. Terima kasih

    diucapkan kepada pensyarah pembimbing diatas tunjuk ajar dan kerjasama yang

    diberikan kepada kami.

    Tugasan ini memerlukan kami menghasilkan esei pendek dengan memilih Etnik

    Dusun sebagai kajian untuk mengkaji tentang struktur masyarakat atau kelas sosial,

    kepercayaan, bahasa dan adat resam. Melalui kajian ini, dapatlah saya dan rakan

    mengetahui serba sedikit tentang etnik ini.

    Selain itu, kami juga diminta untuk menghuraikan isu- isu ketidaksamaan

    peluang pendidikan murid- murid peribumi di Malaysia. Langkah- langkah dinyatakan

    untuk mengatasi ketidaksamaan peluang tersebut. Tugasan ini perlu disiapkan sebelum

    kami menjalankan praktikum selama sebulan di sekolah.

    Kerja kursus pendek ini akan membantu saya mengenal lebih rapat budaya

    bangsa yang terdapat di Malaysia. Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana

    Negara ini mempunyai pelbagai etnik dan budaya.

    Akhir kata, ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan- rakan yang

    lain diatas kerjasama yang diberikan. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya di

    kampung yang tidak pernah putus memberikan nasihat dan bimbingan kepada saya.

    Diharapkan tugasan ini memuaskan pihak penilai. Segala kekurangan akan kami

    perbaiki pada masa akan datang.

    26

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    27/29

    Sekian, terima kasih.

    27

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    28/29

    Nama : Noor Haszwani bt. Mohd Yusoff

    K/P : 890313-08-5728

    Alhamdulillah rasa syukur ini dirafakkan kehadrat Allah SWT kerana dengan

    limpah kurniaNya akhirnya saya bersama rakan saya iaitu Nur Amirul Azima bt

    Shamsuddin telah berjaya menyiapkan tugasan Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106).

    Tugasan yang telah diberi selama 4 minggu ini telah bermula pada 14 Februari 2011

    dan akan diserahkan pada 10 Mac 2011. Pensyarah pembimbing kami ialah Encik

    Shaddin bin Sabri.

    Tugasan pada kali ini memerlukan kami untuk mengkaji mengenai etnik-etnik

    yang terdapat di Malaysia dan kumpulan kami telah ditugaskan untuk mengkaji etnik

    Dusun yang merupakan salah sebuah etnik yang terbesar di Sabah merangkumi aspek

    kajian mengenai struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, bahasa dan adat

    resam. Melalui kajian yang telah dilakukan ini, kami telah dapat meneroka dan

    mengetahui sedikit sebanyak tentang etnik Dusun.

    Di samping itu, kami juga perlu untuk menghuraikan isu- isu ketidaksamaan

    peluang pendidikan murid- murid peribumi di Malaysia serta cadangan langkah-

    langkah untuk mengatasi ketidaksamaan peluang tersebut. Tugasan ini telah memberi

    peluang kepada saya mengetahui mengenai isu pendidikan di Malaysia.

    28

  • 7/29/2019 KKBI-EDU 3106

    29/29

    Akhir kata, saya berharap agar tugasan ini dapat membantu saya untuk

    mengetahui selok-belok mengenai etnik-etnik yang terdapat di Malaysia dan juga

    mengenai masalah ketaksamaan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

    Sekian, terima kasih.