(10) prevalen anemia semasa mengandung dan faktor 1

Upload: farhana-othman

Post on 06-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 (10) Prevalen Anemia Semasa Mengandung Dan Faktor 1

    1/14

    Malaysian Journal of Public Health Medicine 2010, Vol.10 (1):70-83

    PREVALEN ANEMIA SEMASA MENGANDUNG DAN FAKTOR-FAKTORMEMPENGARUHINYA DI JOHOR BAHRU

    Siti Khatijah AR. 1, Rosnah S. ,1 Rahmah M.A. 1

    1Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

    ABSTRACT

    Introduction: Anemia in pregnancy is still a public health problem in developing countries includingMalaysia. Early screening of pregnant mothers who have risk factors of anemia could help identifyingthese potential anemic mothers and hence targeted for intervention.Methodology: A cross sectional study IN 2008 was conducted among pregnant women who attendedgovernment health clinics in Johor Bahru district to assess the prevalence of anemia in pregnancy and

    factors associated with it using a structured questionnaire.Result: Prevalence of anemia in pregnancy (Hb

  • 8/2/2019 (10) Prevalen Anemia Semasa Mengandung Dan Faktor 1

    2/14

    Malaysian Journal of Public Health Medicine 2010, Vol.10 (1):70-83

    PENGENALAN

    Anemia semasa mengandung masihmerupakan masalah utama walaupun ianyasering dikaji dan pelbagai tindakan telah

    diambil bagi menyaring dan merawatnya.Ia boleh menimbulkan pelbagai komplikasiseperti kerencatan pertumbuhan janin,lahirmati1 dan kematian ibu semasakelahiran2. Bagi menganalisa anemiasemasa mengandung definasi berdasarkanparas hemoglobin mengikut PertubuhanKesihatan Sedunia (WHO) selalu digunakaniaitu paras hemoglobin kurang dari 11.0g/dl pada trimester pertama dan ketiga3.Manakala pada trimester kedua pula, akibatpertambahan isipadu plasma ibumengandung yang tidak seimbang dengan

    pertambahan sel darah merah, makaanemia didefinasikan sebagai hemoglobinkurang dari 10.5 g/dl. Anemia semasamengandung boleh diklasifikasikan kepadatiga kategori iaitu anemia yang ringan Hb 9-11 g/dl, sederhana Hb 7-9 g/dl dan terukHb < 7 g/dl4.

    Berdasarkan laporan WHO hampir 50% ibumengandung di seluruh dunia mengalamianemia4. Di negara maju prevalen anemiadalam kalangan ibu mengandung adalah18% dan di negara membangun pula,prevalennya adalah 56%3. WHO jugamenyatakan taburan anemia ini dikatakanpaling tinggi di Asia Selatan di mana tigaperempat daripada jumlah ibu mengandungmengalami masalah anemia. Kajian diklinik-klinik desa di pedalaman Kelantanpada 1997, menunjukkan prevalen anemiasemasa mengandung adalah 47.5 peratus5.Mengikut Unit Sistem Maklumat danDokumentasi, Kementerian KesihatanMalaysia (2005) terdapat 73,196 kes anemiadi seluruh Malaysia di mana 5,385 (2.4%)paras hemoglobin kurang dari 9.0 gm% dan67,811 orang (30.5%) dengan hemoglobin 9-11 gm%6. Kajian irisan lintang terkini yangdijalankan oleh Jamaiyah di 56 buah klinik-klinik kesihatan primer di seluruh Malaysiapula menunjukkan prevalen anemia adalah35%7.

    Kajian di pedalaman Kelantan jugamenunjukkan pariti mempunyai hubunganyang bererti dengan anemia di mana

    taburan anemia adalah 37.5% dalamkalangan kandungan primid, 47.1% dalamkalangan multigravida, 52.9% pada

    kandungan yang melebihi 5 dan 64.0% padakandungan yang melebihi sepuluh5.Pemakanan yang tidak mencukupi dariaspek komposisi nutrien yang diperlukanterutamanya kekurangan zat besi jugamenyebabkan anemia3. Kajian diSingapura pula menunjukkan prevalenanemia semasa melahirkan anak adalah15.3% dan 81.3% daripada kes anemiatersebut adalah disebabkan olehkekurangan zat besi8. Walaubagaimanapun,setiap ibu mengandung akan diperiksapenyebab dan jenis anemia yang

    dihadapinya serta diberikan rawatan yangsepatutnya sama ada dengan pil ferustambahan ataupun rujukan ke hospital bagikes anemia yang teruk.

    Bengkel nasihat pengambilan pemakananyang kaya dengan zat besi, makanan yangmeningkatkan penyerapan danmengurangkan penghalang penyerapan zatbesi juga telah diberi oleh pegawai zatmakanan kepada anggota kesihatan diJohor Bahru pada tahun 2007 dan padatahun 2008 kursus pemakanan untuk ibu-ibuyang anemia telah dijalankan sebanyak 3kali. Berbagai langkah untuk mengatasimasalah anemia seperti pemberianhematinik ( ferrous fumarate, asid folik,vitamin C dan vitamin B kompleks) telahdijalankan secara percuma. Bahan-bahanpendidikan yang berupa risalah mengenaianemia telah diterbitkan dan ceramah-ceramah di kelas keibubapaan oleh anggotakesihatan juga dilaksanakan untukpenyebaran maklumat.

    Kajian ini dijalankan untuk melihatprevalen anemia serta mengenalpastifaktor-faktor berkaitan iaitusosiodemografi, reproduktif dan pemakanandengan kejadian anemia di kalangan ibumengandung.

    METODOLOGI

    Johor Bahru merupakan sebuah bandarayadan juga ibu negeri Johor, yang terletak di

  • 8/2/2019 (10) Prevalen Anemia Semasa Mengandung Dan Faktor 1

    3/14

    Malaysian Journal of Public Health Medicine 2010, Vol.10 (1):70-83

    selatan tanah air. Keluasannya adalah 185km2. Pada tahun 2007, anggaran jumlahpenduduknya pada pertengahan tahunadalah 1 425 600 (Jabatan PerangkaanMalaysia 2007). Penduduk perempuan yangberumur 15 hingga 44 tahun di Johor Bahru

    adalah 92 800 orang dan jumlah kes baruyang mengandung adalah 31, 338 orang.

    Kajian irisan lintang telah dijalankanselama empat bulan iaitu dari Januari 2008sehingga Mei 2008. Populasi sasaranadalah semua wanita mengandung di JohorBahru manakala populasi sampel adalahwanita mengandung yang datang ke 13buah klinik kesihatan di Johor Bahru.Persampelan multitahap digunakan yangmana pada tahap satu persampelan rawakberstratum digunakan dengan memilihempat buah klinik kesihatan dari kawasanbandar dan dua buah klinik dipilih darikawasan luar bandar. Pada tahap duapula, pemilihan unit sampel mengikutsetiap selang empat nombor telah dipilihdari senarai ibu yang mendaftar di klinikkesihatan. Dengan menggunakanpengiraan sampel mengikut Altmansnomogram9, saiz sampel yang diperlukanpada kuasa kajian 80% adalah seramai 98orang. Untuk dua kumpulan perbandingandan penambahan sebanyak 10% bilangansampel untuk penolakan, maka jumlahsampel yang diperlukan adalah seramai 216

    orang.

    Dalam kajian ini anemia didefinasikansebagai Hb

  • 8/2/2019 (10) Prevalen Anemia Semasa Mengandung Dan Faktor 1

    4/14

  • 8/2/2019 (10) Prevalen Anemia Semasa Mengandung Dan Faktor 1

    5/14

    Malaysian Journal of Public Health Medicine 2010, Vol.10 (1):70-83

    Gambarajah 2 Min hemoglobin dengan kekerapan pengambilan pil ferus

    Analisa bivariat mendapati tiada perbezaanbererti bagi faktor umur ibu, jumlahpendapatan, bilangan isi rumah danjangkamasa kandungan di antara kumpulananemia dan normal berdasarkan ujian MannWhitney U. Jadual 1, 2 dan 3menunjukkan beberapa faktor yang dikajidan hubungkait dengan variabel bersandariaitu kumpulan anemia dan normal. Faktorjarak kelahiran, pemakanan yang kaya zatbesi dan kekerapan pengambilan pil ferus

    menunjukkan perbezaan yang bererti diantara kumpulan anemia dan normal.Manakala faktor demografi seperti umur,bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan,pendapatan dan bilangan isirumah (Jadual1), faktor reproduktif (Jadual 2) sepertijangkamasa kandungan , pariti danperancang keluarga serta faktor pemakanan(Jadual 3) seperti pantang larangpemakanan tidak menunjukkan perbezaanyang bererti.

    02468101214

    1 2 3 4 5 6 7kekerapan pengambilan pil ferus dalam seminggu

    arasHb

    /dl

  • 8/2/2019 (10) Prevalen Anemia Semasa Mengandung Dan Faktor 1

    6/14

    Malaysian Journal of Public Health Medicine 2010, Vol.10 (1):70-83

    Jadual 1 Taburan anemia menurut faktor demografi (n=254)

    Faktor Anemia(Hb < 11 g/dl)

    (n=93)

    Normal(Hb > 11 g/dl)

    (n=161)

    2 Nilai

    p

    n % n %

    Umur20-35 tahun 85 38.1 138 61.9 1.78 0.18> 35 tahun 8 25.8 23 74.2

    BangsaMelayu 70 34.8 131 65.2 4.57 0.10

    Cina 9 32.1 19 67.9India 14 56.0 11 44.0

    Tahap pendidikanTidak sekolah 0 0 1 100.0 2.62 0.62

    Sekolah rendah 3 25.0 9 75.0Sekolah menengah 64 39.8 97 60.2Prauniversiti/maktab 17 31.5 37 68.5Universiti 9 34.6 17 65.4

    PekerjaanSurirumahtangga 43 37.4 72 62.6 0.06 0.82Bekerja 50 36.0 89 64.0

    Pendapatan< RM1500 28 35.9 50 64.1 0.03 0.88> RM1500 65 36.9 111 63.1

    Bilangan isirumah< 5 orang 62 36.9 106 63.1 0.02 0.89> 5 orang 31 36.0 55 64.0

  • 8/2/2019 (10) Prevalen Anemia Semasa Mengandung Dan Faktor 1

    7/14

    Malaysian Journal of Public Health Medicine 2010, Vol.10 (1):70-83

    Jadual 2 Taburan anemia menurut faktor reproduktif (n=254)

    Faktor Anemia(Hb < 11 g/dl)

    Normal(Hb > 11 g/dl)

    Nilai

    pn % n %

    Jangkamasa

    kandunganTrimester 1 1 14.3 6 85.7 5.56 0.06Trimester 2 22 28.2 56 71.8Trimester 3 70 41.4 99 58.6

    Pariti0 41 35.7 74 64.3 1.25 0.54

    1-4 51 38.3 82 61.7> 5 1 16.7 5 83.3

    Jarak kelahiran*< 2 tahun 30 46.2 35 53.8 4.46 0.04> 2 tahun 22 28.9 54 71.1

    PerancangkeluargaTidak 77 39.7 117 60.3 3.35 0.07Ya 16 26.7 44 73.3

    Sejarah perubatanTidak 87 36.4 152 63.6 0.08 0.78Ya 6 40.0 9 60.0*n=141

  • 8/2/2019 (10) Prevalen Anemia Semasa Mengandung Dan Faktor 1

    8/14

    Malaysian Journal of Public Health Medicine 2010, Vol.10 (1):70-83

    Jadual 3 Taburan anemia menurut faktor pemakanan (n=254)

    Faktor Anemia(Hb < 11 g/dl)

    (n=93)

    Normal(Hb > 11 g/dl)

    (n=161)

    2 Nilai p

    n % n %

    Pemakanan yang kaya zat besiYa 11 57.9 8 42.1 4.01 0.04Tidak 82 34.9 153 65.1

    Pantang larang pemakananTidak 84 137 1.43 0.23

    Ya 24

    TehTidak 43 42.2 59 57.8 2.70 0.26Kadang-kadang 25 35.7 45 64.3Selalu 25 30.5 57 69.5

    KopiTidak 73 37.2 123 62.8 2.7 0.26Kadang-kadang 13 34.2 25 65.8Selalu 7 35.0 13 65.0

    Pengambilan pil ferus1 kali seminggu 5 83.3 1 16.7 22.85

  • 8/2/2019 (10) Prevalen Anemia Semasa Mengandung Dan Faktor 1

    9/14

    Malaysian Journal of Public Health Medicine 2010, Vol.10 (1):70-83

    Jadual 4 Logistik regresi berbilang di antara faktor risiko dengan anemia

    Variabel PekaliRegresi ()

    RalatPiawai

    Wald Nisbah OddsTerselaras(95% SelangKeyakinan)

    p

    Kekerapanpengambilan pil ferusdalam seminggu

    13.57 0.00

    1 kali 2.51 1.17 4.61 12.36(1.24-122.76)

    0.03

    2 3 kali 1.27 0.49 6.85 3.56(1.38-9.23)

    0.01

    4 5 kali 1.49 0.58 6.61 4.43(1.42-13.77)

    0.01

    7 kali e

    Pemakanan kaya zat besiYa 1.67 0.71 5.50 5.31

    (1.32-21.44)0.02

    Tidak e

    PERBINCANGAN

    Dengan menggunakan definasi anemiasebagai hemoglobin kurang daripada 11.0g/dl didapati sebanyak 93 orang (36.6%) ibumengandung mengalami anemia.Keputusan ini menyokong kajian Jamaiyah

    pada 2007 di Malaysia di mana prevalen ibumengandung adalah 35%7 dan kajian Hassanpada 2005 di Kelantan pula denganprevalennya adalah 34.6%12. Kajianterdahulu oleh di Kuala Selangormendapati, prevalen anemia ibumengandung adalah 55.1%13 dan kajian olehdi Kelantan pula mendapati taburan anemiaadalah 47.5%5. Jika dibuat perbandingandengan kajian terdahulu, prevalen anemiadalam kandungan ibu mengandung adalahsemakin berkurangan. Ini kerana pelbagailangkah kawalan telah diambil oleh anggota

    kesihatan untuk mengatasi masalah anemiasemasa mengandung seperti ceramah,pemberian risalah dan poster-postermengenai risiko dan akibat anemia semasamengandung.

    Jika dibandingkan dengan negaramembangun yang lain, prevalen anemiasemasa mengandung di Malaysia adalahlebih baik. Contohnya seperti di

    Coimbatore, India, prevalennya adalah70.4%14. Kajian di Bali, Indonesia pulamenunjukkan prevalennya adalah 46.2%15.Ini mungkin disebabkan faktor sosioekonomiyang berbeza di mana penduduknya lebihramai, tahap pendapatan dan tahappendidikan wanita yang lebih rendah16.Namun demikian kajian di Chiang Mai,Thailand menunjukkan prevalen anemianyasemasa mengandung adalah jauh lebihrendah iaitu 20.1%17. Begitu juga jikadibandingkan dengan negara maju, yangmana prevalen anemia mereka lebihrendah. Contohnya di Singapura, kajianyang dijalankan mendapati prevalenanemia pada ibu mengandung semasa mulamendapatkan rawatan antenatal adalah20.6% dan semasa melahirkan anak adalah15.3%8.

    Taburan anemia adalah lebih tinggi padaresponden yang berumur 20-35 tahun iaitu38.1% tetapi didapati tiada perbezaan yangbererti di antara faktor umur dan anemia.Keputusan kajian ini adalah sama dengankajian Jamaiyah7. Ini berbeza dengankajian Zulkifli di mana 56.6% umur ibu yangmelebihi 40 tahun mengalami anemia danterdapat perbezaan yang bererti5. Inimungkin disebabkan kajian tersebutdijalankan di kawasan pedalaman dan ibu-

  • 8/2/2019 (10) Prevalen Anemia Semasa Mengandung Dan Faktor 1

    10/14

    Malaysian Journal of Public Health Medicine 2010, Vol.10 (1):70-83

    ibu kurang memahami kepentingan pilferus. Manakala kajian Ridwan, A. &Wahyuddin di Indonesia pula menunjukkantaburan anemia adalah tinggi pada umuribu yang kurang dari 20 tahun dan melebihi35 tahun iaitu 74.1% berbanding dengan

    umur 20-35 tahun, iaitu 50.5% danperbezaan ini adalah bererti18.

    Kaum India merupakan bangsa yang palingbanyak mengalami anemia semasamengandung iaitu 56.0%. Ini mungkindisebabkan faktor pemakanan danpendapatan yang rendah di mana 40%daripada responden bangsa India tersebutadalah berpendapatan rendah. Manakalataburan anemia pada bangsa Cina adalahyang terendah iaitu 32.1%.Walaubagaimanapun tiada perbezaan yangbererti dalam pendapatan dengan anemiasemasa mengandung. Ini mungkindisebabkan ibu-ibu telah diberi pendedahantentang kepentingan pil ferus semasamengandung. Ini berbeza dengan kajianoleh Jamaiyah di mana didapati terdapatperbezaan bererti di antara minhemoglobin bangsa Cina dan India7. Kajianoleh Singh pada 1998 di Singapura jugamenunjukkan terdapat perbezaan bererti diantara faktor bangsa dengan anemia dimana jika dibandingkan dengan bangsaCina, bangsa Melayu adalah 1.95 lebihuntuk mendapat anemia semasa melahirkan

    anak dan bangsa India pula 1.58 kali lebihuntuk mendapat anemia8.

    Ibu-ibu yang berpendidikan sekolahmenengah adalah paling lebih ramai yangmengalami anemia (39.8%). Namundemikian perbezaan dalam tahappendidikan dengan anemia adalah tidakbererti. Ini mungkin kerana ibu-ibu telahdidedahkan dengan pengetahuan tentangkepentingan zat besi di dalam kelaskeibubapaan di mana kelas ini terbukakepada sesiapa sahaja yang mengandung

    tanpa mengira tahap pendidikan. Disamping itu, setiap kali mendapatkanrawatan, jururawat akan memberi nasihatpemakanan terutamanya jika pesakitdidapati mengalami masalah anemia.Keputusan kajian ini adalah sama dengankajian Jamaiyah7.

    Di Malaysia, semua ibu mengandung yangmenjalankan rawatan berkala di klinikkesihatan kerajaan akan diberi hematiniksecara rutin melainkan jika ibu didapatimengalami anemia, dos ferusnya akanditambah. Ini adalah salah satu faktor yang

    menyebabkan kajian ini mendapati tiadaperbezaan bererti di antara pendapatandan pekerjaan dengan anemia. Di dapatitaburan anemia tidak banyak berbeza diantara bilangan isirumah yang sedikit iaitukurang dari 5 orang dengan yang lebihramai. Kajian ini menunjukkan tiadaperbezaan yang bererti. Ini mungkindisebabkan ibu-ibu di sini lebih fahamtentang pemakanan yang berkhasiat disamping mengambil pil ferus yang telahdiberi setiap kali datang mendapatkanrawatan antenatal. Ini berbeza dengankeputusan kajian yang dijalankan di India14.

    Kajian ini menunjukkan taburan anemiasemakin bertambah dengan bertambahnyajangkamasa kandungan. Keputusan iniadalah sama dengan kajian di Malawi19 dankajian di Thailand17. Ini disebabkankeperluan zat besi yang bertambah denganmeningkatnya jangkamasa kandunganterutamanya pada trimester ketiga.Walaubagaimanapun perbezaan dalamtrimester ini dengan anemia adalah tidakbererti. Begitu juga tiada perbezaan yangbererti di antara pariti dengan anemia.

    Keputusan ini adalah sama dengankeputusan kajian Jamaiyah7 dan Tee20. Inimungkin disebabkan ibu-ibu telahmemahami kepentingan pil ferus.Walaubagaimanapun kajian oleh Noraihandi Kuala Lumpur menunjukkan terdapathubungan yang bererti di antara anemiadengan grandmultipara21. Ini mungkindisebabkan kajian ini dilakukan di hospitalyang merupakan pusat rujukan kesbermasalah. Kajian di pedalaman Kelantanjuga menunjukkan terdapat perbezaan yangbererti di antara anemia dan pariti di mana

    prevalen anemia bertambah denganpertambahan pariti5. Ini mungkindisebabkan apabila pariti bertambah, ibu-ibu tiada masa ataupun terlupa akibatkesibukan menjaga anak untuk mengambilpil ferus, jadi lebih terdedah kepadaanemia.

  • 8/2/2019 (10) Prevalen Anemia Semasa Mengandung Dan Faktor 1

    11/14

    Malaysian Journal of Public Health Medicine 2010, Vol.10 (1):70-83

    Taburan anemia adalah lebih tinggi padajarak kandungan yang kurang dari 2 tahunberbanding dengan jarak kandungan yangmelebihi 2 tahun dan perbezaan ini adalahbererti. Ini mungkin disebabkan prosespemulihan selepas bersalin belum

    sepenuhnya berlaku, dan ini mengakibatkansimpanan zat besi masih kurang. Jadiapabila ibu-ibu mengandung lagi dalamjangkamasa yang kerap, mereka ini lebihterdedah kepada anemia. Keputusan iniadalah sama dengan keputusan kajian diIndonesia18.

    Kajian ini menunjukkan hanya 26.7%responden sahaja yang mengamalkanperancang keluarga. Dari segi taburananemia, didapati responden yang tidakmengambil perancang keluarga lebih ramaiyang anemia berbanding dengan yangmengambilnya. Ini kerana perancangkeluarga memainkan peranan penting untukmenjarakkan antara kelahiran dan denganini membolehkan badan ibu mengumpulsemula simpanan zat besi untuk kandunganyang seterusnya. Walaubagaimanapun,didapati tiada perbezaan bererti. Ini samadengan kajian yang dijalankan dipedalaman Kelantan5.

    Kajian ini juga mendapati median ferussehari bagi pengambilan makanan yangkaya dengan zat besi adalah 6.35 mg (julat

    interquartil 4.18-9.80). Ini adalah lebihrendah jika dibandingkan dengan keperluanzat besi semasa mengandung iaitu 30 mgsehari. Walaubagaimanapun kajian inihanya mengambil kira makanan yang tinggidengan zat besi dan tidak meliputi semuajenis makanan. Perbezaan yangditujukkan adalah bererti. Analisamultivariat pula menunjukkan respondenyang mengambil pemakanan yang kayadengan zat besi adalah 5 kali lebih berisikountuk mendapat anemia berbanding denganyang kurang pemakanannya dengan zat

    besi. Ini mungkin disebabkan tidak semuazat besinya diserap ataupun respondenmempunyai penyakit kelainan sepertithalasemia. Keputusan yang bercangah darikebanyakkan kajian yang sebelum mungkinjuga disebabkan oleh limitasi kajian yangmana responden mungkin telah diberitahuoleh anggota kesihatan mengenai masalahanemia dan menggalakkan responden

    mengambil makanan yang kaya dengan zatbesi. Pengambilan makanan yang kayadengan zat besi mengambil masa lebih daridua minggu untuk menampakkan kenaikkanparas hemoglobin. Pengambilan pil ferusjuga memainkan peranan dalam memenuhi

    keperluan zat besi. Bagi pengambilan tehdan kopi pula didapati tiada perbezaanbererti dengan anemia. Ini mungkin keranapengambilan tersebut tidak serentakdengan pengambilan makanan ataupengambilan pil ferus, jadi ia tidakmenghalang penyerapan zat besi.

    Perbezaan dalam pantang larang dalamkajian ini adalah tidak bererti. Ini mungkindisebabkan makanan yang dipantang adalahtidak berkaitan dengan makanan yang kayadengan zat besi seperti tapai, air kelapadan nenas dielakkan untuk menghalangkeguguran, ikan keli dan pari dipantanguntuk mengelakkan anak menjadi degil danmakanan laut seperti ketam dan udangdielakkan kerana ditakuti anak menjadicacat. Ini berbeza dengan kajian di Mali,Afrika di mana terdapat perbezaan yangbererti di antara faktor pantang larangpemakanan dengan anemia semasamengandung22. Berdasarkan kajiantersebut, di antara makanan yang dielakkansemasa mengandung adalah telur keranaditakuti menyebabkan malaria. Manakaladaging pula dielakkan kerana ditakuti bayi

    menjadi besar dan seterusnya menyukarkanproses kelahiran.

    Pil ferus adalah sangat penting untukmembantu ibu-ibu mengandung memenuhikeperluan zat besi terutamanya semasatrimester kedua dan ketiga. Kajian inimendapati responden yang mengambil pilferus setiap hari adalah lebih rendahmengalami anemia berbanding yang kurangmengambilnya. Perbezaan dalampengambilan pil ferus ini adalah bererti. Inidisokong dengan keputusan analisa

    multivariat di mana responden yang hanyamengambil pil ferus sekali seminggu adalah12 kali lebih risiko untuk mendapat anemiaberbanding dengan yang mengambil pilferus setiap hari. Keputusan ini adalahsama dengan kajian di Pakistan di mana iamenunjukkan ibu-ibu mengandung yangmenerima pil ferus setiap harimenunjukkan peningkatan hemoglobin yang

  • 8/2/2019 (10) Prevalen Anemia Semasa Mengandung Dan Faktor 1

    12/14

    Malaysian Journal of Public Health Medicine 2010, Vol.10 (1):70-83

    tinggi berbanding yang hanya mengambil pilferus dua kali sahaja seminggu23. Didapati68.1% responden mengatakan merekamengambil pil ferus setiap hari. Ini adalahlebih baik jika dibandingkan dengan kajiandi Pakistan di mana hanya 36.0% sahaja ibu

    mengandung yang mematuhi arahanpengambilan pil ferus24.Walaubagaimanapun, kajian ini tidakmengkaji sama ada kepatuhan pengambilanpil ferus ini betul ditepati atau tidak. Inikerana kajian oleh di Jakarta menunjukkan64.0% daripada ibu mengandungmengatakan mereka patuh kepada arahanpengambilan pil ferus tetapi apabila dilihatdari segi keputusan najis, sebenarnya tidaksampai 50.0% daripada mereka yangmematuhi arahan pengambilan piltersebut25. Bila dianalisa bagi jawapan yangdiberi oleh responden yang tidakmengambil pil ferus setiap hari, 50.6%mengatakan mereka lupa, 37.1% pulamengatakan bermasalah dan 12.3% tidaksuka ubat25. Bagi kesan sampingan ferus,masalah yang sering dihadapi ialahsembelit, loya dan cirit birit. Namundemikian didapati sebanyak 58.7% daripadaresponden yang mengalami masalah inimeneruskan pengambilan pil ferus keranamereka faham kepentingannya. Hanya1.3% sahaja yang berhenti mengambil piltersebut. Jadi, masalah yang bolehdiperbaiki dari segi pengambilan ferus

    adalah responden yang lupa mengambil pilferus. Mereka ini perlu diberi pendidikankesihatan agar faham kepentingan ferusserta kerap diberi motivasi agar mereka

    bersemangat untuk mematuhi arahanpengambilan pil ini.

    KESIMPULAN

    Kajian ini mendapati taburan anemia dalam

    kalangan ibu mengandung di Johor Bahruadalah 36.6% dan kebanyakan merekamengalami anemia yang ringan. Terdapathubungkait di antara faktor jarak kelahirandan kekerapan pengambilan pil ferusdengan anemia semasa mengandung.Kekerapan pengambilan pil ferusmerupakan risiko yang utama terhadapanemia semasa mengandung. Pendidikankesihatan haruslah diperkasakan agar ibu-ibu mengandung ini patuh kepadapengambilan pil ferus. Selain itu, kajiankepatuhan pengambilan pil ferus dalam

    kalangan ibu mengandung dankeberkesanan kos haruslah dibuat diMalaysia untuk menentukan keberkesananpil ini dalam menangani masalah anemia.

    PENGHARGAAN

    Kami ingin mengucapkan terima kasihkepada Jawatankuasa Etika danPenyelidikan Perubatan, KementerianKesihatan Malaysia dan Jabatan KesihatanNegeri Johor di atas kebenaranmenjalankan kajian ini di klinik-klinik

    kesihatan yang terpilih. Ribuan terima kasihjuga diucapkan kepada Sekretariatpenyelidikan perubatan, Fakulti perubatanUKM di atas kelulusan dana penyelidikanHUKM (FF-038-2007).

  • 8/2/2019 (10) Prevalen Anemia Semasa Mengandung Dan Faktor 1

    13/14

    Malaysian Journal of Public Health Medicine 2010, Vol.10 (1):70-83

    RUJUKAN

    1. Bakhtiar, UJ., Khan, Y., Nasar, R.Relationship between maternalhemoglobin and perinatal outcome.

    Rawal Med. J 2007; 32: 102-104.

    2. Brabin, BJ., Hakimi, M., Pelletier, D.An analysis of anemia and pregnancy-related maternal mortality. J. Nutr2001; 131: 604S-615S.

    3. WHO. The prevalence of anaemia inwomen: a tabulation of availableinformation. Geneva: World HealthOrganization, 1992.

    4. WHO. Iron deficiency anaemia

    assessment, prevention and control a guide for programme managers.Geneva: World Health Organization,2001.

    5. Zulkifli, A., Rogayah, J., M. Hashim,M.H., Mohd Shukri, O., Azmi, H.Anemia during pregnancy in ruralKelantan. Mal. J. Nutr1997; 3: 83-90.

    6. Kementerian Kesihatan Malaysia. UnitSistem Maklumat dan Dokumentasi,2005.

    7. Jamaiyah, H., Anita, D., Lim, TO. et al.Anemia in pregnancy in Malaysia: across-sectional survey. Asia Pac. J.Clin. Nutr2007; 16(3): 527-536.

    8. Singh, K., Fong, YF., Arulkumaran, S.Anaemia in pregnancy a cross-sectional study in Singapore. Eur. J.Clin. Nutr1988; 52(1): 65-70.

    9. Petrie, A., Sabin, C. Medical statisticsat a glance. Ed. ke-2. India: BlackwellPublishing, 2006.

    10. National Coordinating Committee onFood and Nutrition. RecommendedNutrient Intakes for Malaysia. KualaLumpur: Ministry of Health., 2005.

    11. Tee, ES., Mohd Ismail, N., Mohd Nasir,A., Khatijah, I. Nutrient composition ofMalaysian foods. Ed. ke-4. Kuala

    Lumpur: Institute for Medical Research,1997.

    12. Hassan, R., Abdullah, WZ., Nik Hussin,N.H. Anemia and iron status of Malaywomen attending an antenatal clinic inKubang Kerian, Kelantan. Southeast

    Asian J. Trop. Med. Pub. Hlth 2005;36(5): 1304-1307.

    13. Fatimah, A. The etiology of irondeficiency anemia during pregnancyamong rural mothers in Malaysia. Tesis

    Dr. Falsafah. University of BritishColombia, 1984.

    14. Thangaleela, T., Vijayalakshmi, P.Prevalence of anaemia in pregnancy.Indian J. Nutr. Diet 1984; 31(2): 26-29.

    15. Suega, K., Dharmayuda, TG., Sutarga,IM., Bakta, IM. Iron deficiency anemiain pregnant women in Bali, Indonesia: aprofile of risk factors andepidemiology. Southeast Asian J. ofTrop. Med. and Pub. Hlth 2002; 33(3):604-607.

    16. WHO. World health report. Geneva:World Health Organization, 2001.

    17. Sukrat, B., Sirichotiyakul, S. Theprevalence and causes of anemia duringpregnancy in Maharaj Nakom ChiangMai Hospital.J. Med. Assoc. Thai 2006;89: S142-146.

    18. Ridwan, A., Wahyuddin. Studi kasuskontrol faktor biomedis terhadapkejadian anemia ibu hamil diPuskesmas Bantimurung.Jurnal MedikaNusantara 2006; 25: 71-75.

    19. Broek, NR., Letsky, EA. Etiology ofanemia in pregnancy in south Malawi.

    Am. J. Clin. Nutr2000; 72: 247S-256S.

  • 8/2/2019 (10) Prevalen Anemia Semasa Mengandung Dan Faktor 1

    14/14

    Malaysian Journal of Public Health Medicine 2010, Vol.10 (1):70-83

    20. Tee, ES., Mirnalini, K., Ali, J., et al. Anutritional anemia in pregnancy: astudy at the maternity hospital KualaLumpur. Mal J. Reproductive Health1984; 2(1): 32-50

    21.

    Noraihan MN., Choong, KF., Suhaimi, I.,Symonds, EM. Is grandmultiparity asignificant risk factors in this newmillennium? Malaysian Journal ofMedical Sciences 2006; 13(2): 52-60.

    22. Ayoyo, MA., Spiekermann-Brouwer,GM., Traor, AK., Stoltzfus, RJ., Garza,C. Determinants of anemia amongpregnant women in Mali. Food Nutr Bull2006; 27(1): 3-11.

    23. Mumtaz, Z., Shahab, S., Butt, N., AbdurRab, M., DeMuynck, A. Daily ironsupplementation is more effective thantwice weekly iron supplementation inpregnant women in Pakistan in arandomized double-blind clinical trial..J. Nutr2000; 130: 2697-2702.

    24. Awan, M., Akhbar, MA., Khan, MI. Astudy of anemia in pregnant women ofrailway colony, Multan. Pakistan J.Med. Res 2004; 43(1): 11-14.

    25. Schultink, W., Ree, M., Matulessi, P.,Gross, R. Low compliance with an iron

    supplementation program: a studyamong pregnant women in Jakarta,Indonesia.Am. J. Clin. Nutr1993; 57:135-139.