1. pjj krb 3013 penilaian kursus prinsip pengajaran bacaan

8
PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ) KRB 3013 PRINSIP PENGAJARAN BACAAN Sem 2 2012/ 13 ABU BAKAR BIN YUSUF (PENYELARAS KURSUS) FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA Jabatan Pengajian Pendidikan

Upload: hazril-emy

Post on 13-Aug-2015

388 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. Pjj Krb 3013 Penilaian Kursus Prinsip Pengajaran Bacaan

PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ)KRB 3013 PRINSIP PENGAJARAN BACAAN

Sem 2 2012/13

ABU BAKAR BIN YUSUF (PENYELARAS KURSUS)FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA

Jabatan Pengajian Pendidikan

Page 2: 1. Pjj Krb 3013 Penilaian Kursus Prinsip Pengajaran Bacaan

PENGENALAN

Kursus KRB 3013 ini bermatlamat untuk mendedahkan pelajar dengan pelbagai teori pembacaan; kurikulum kemahiran membaca; pendekatan,kaedah dan teknik membaca;dan isu-isu dalam pengajaran pembacaan di sekolah rendah. Pengetahuan yang diperoleh menerusi pertemuan bersemuka dapat diperluaskan oleh para pelajar menerusi pembacaan, perbincangan, perdebatan dan penerokaan. Kerja kursus merupakan sebahagian dari proses pembelajaran para pelajar dalam kursus ini yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan intelektual, pemikiran kreatif & kritis dan pembinaan sahsiah profesional sebagai seorang guru berwibawa. Panduan kerja kursus ini diharapkan dapat membantu para pensyarah dan pelajar untuk melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus ini.

2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

i. Menjelaskan teori,kemahiran,pendekatan,kaedah dan teknik membaca.(C1)ii. Menggunakan pendekatan,kaedah dan teknik yang menarik serta kreatif

dalam pengajaran pembacaan di sekolah rendah(C2,A1,TS3)iii. Mengaplikasikan amalan pengajaran pembacaan menarik, bermaklumat serta

dapatmemperkembang kreativiti,pemikiran kreatif dan kritis sekaligus menghayati nilai-nilai murni dalam pembacaan. (A3,P2,CT2)

3.0 PENILAIAN KURSUS

3.1. PemberatanKategori PemberatanKerja kursus 60%Peperiksaan Akhir 40%JUMLAH 100%

3.2. Agihan Pemberatan Kerja KursusBentuk Kerja

Kursus Jenis

TugasanAgihan Markah

(Peratus)Individu Esei Ilmiah 30%

E-Forum 30%JUMLAH 60%

4.0 BENTUK KERJA KURSUS SECARA INDIVIDU

Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Page 3: 1. Pjj Krb 3013 Penilaian Kursus Prinsip Pengajaran Bacaan

Tugasan Arahan Tarikh Akhir

%

4.1. ESEI ILMIAH

Tugasan 1 : Jawab soalan di bawah.

Berdasarkan buku bacaan awal kanak-kanak yang digunakan di sekolah atau pengajaran yang dijalankan di sekolah. Bincangkan dari segi teori, model, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan. Anda boleh menentukan sendiri skop perbincangan anda berkaitan tajuk tersebut dengan mengaitkan teori dan model dalam pengajaran dan pembelajaran.

ARAHAN:

Tugasan anda mesti mengandungi:· Pengenalan· Pecahan isi ikut kreativiti · Kesimpulan / penutup· Rujukan· Sertakan bukti/bahan bagi menyokong esei anda.· Gunakan cover tugasan yang diberi(Rujuk lampiran 1)· Tugasan MESTI dihantar melalui tapak yang dibina di

Portal MyGuru di ruangan Assingment mengikut tarikh yang ditetapkan. Penghantaran melewati tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

Minggu 10

30

5.2 E-FORUM

1. Tutor E-Learning bagi setiap kumpulan akan memuat naik (upload) 5 soalan untuk dibincangkan bersama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal MyGuru (Group Forum).

2. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 200 patah perkataan) bagi setiap jawapan. Jawapan mestilah dalam bentuk hujah yang ilmiah.

3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya dua (2) jawapan yang dikemukakan oleh rakan sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang dikemukakan.

4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan.

5. Tajuk E-Forum ditentukan oleh tutor E-Learning mengikut kumpulan masing-masing.

Minggu 10

30

JUMLAH 60

5. PANDUAN MENULIS ESEI ILMIAH.

Page 4: 1. Pjj Krb 3013 Penilaian Kursus Prinsip Pengajaran Bacaan

Penulisan mestilah mematuhi format berikut:i. Format APAii. Font: Times New Romaniii. Saiz: 12iv. Spacing: 1.5v. Margins:

· Atas 1” (inci) ATAU 2.5 cm· Bawah 1" (inci) ATAU 2.5 cm· Kanan 1” (inci) ATAU 2.5 cm· Kiri 1.5” (inci) ATAU 3.0 cm

vi. Bibliografi/ Sumber rujukan mestilah ada sekurang-kurangnya:· 5 buah buku ilmiah· 4 artikel dari jurnal (bercetak/ atas talian)· 4 Sumber internet yang berwibawa.· Dinyatakan di dalam esei dan bahagian bibliografi

vii. Panjang: 18 - 20 halaman.

6. SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS

Artikel Ilmiah (30%) E-Forum (30%)A Penulisan ilmiah yang cemerlang,

menepati format, isi mencukupi, isi di olah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.

Tahap perbahasan secara ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang cemerlang & kemas, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.

A- Penulisan ilmiah yang baik, menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.

Tahap perbahasan secara ilmiah yang baik, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.

B+ Penulisan ilmiah yang sederhana, menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan bahasa.

Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi.

B Penulisan ilmiah yang sederhana, menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).

Tahap perbahasan sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan idea yang bernas.

B- Penulisan secara ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih

Ada perbahasan secara ilmiah, penyampaian yang baik & menarik dan ada idea yang kemas

Page 5: 1. Pjj Krb 3013 Penilaian Kursus Prinsip Pengajaran Bacaan

dari 3 perkara).C+ Penulisan secara ilmiah, kesalahan

format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkara).

Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada idea sendiri yang baik.

C Penulisan secara ilmiah, kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa tidak melebihi 7 perkara.

Tahap perbincangan yang rendah, penyampaian sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas.

D Penulisan lemah, kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi 8 perkara.

Tidak ada penjelasan, penyampaian yang tidak berkesan, idea yang tidak jelas.

E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

Gagal melengkapkan tugasan & Tidak menjawab soalan.

6. PERHATIAN & PERINGATAN!!!!!!!· Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut arahan

Tutor E-Learning anda. · Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB. · Ketidakhadiran boleh menyebab anda dihalang (bar) dari menduduki peperiksaan

akhir.· Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.· Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.· Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan

penghantaran tugasan secara on-line.· Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa.· Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line.

Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran.· Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab

anda sendiri dan menjejaskan markah & gred anda.· Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.· Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi

kumpulan masing-masing.

PEMARKAHAN

Page 6: 1. Pjj Krb 3013 Penilaian Kursus Prinsip Pengajaran Bacaan

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013

KRB 3013: PRINSIP PENGAJARAN BACAAN

TAJUK ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-_________

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________

TARIKH SERAH: ________________