pengantar bahasa melayu(krb 3033)

23
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) PENGANTAR BAHASA MELAYU (KRB3033) NAMA PENSYARAH: ABDUL RAHIM B. RAZALI NAMA: MUNALIZATUL BINTI DAUD NO MATRIK: D20102043877 KUMPULAN: EL-A23 Pembuka Bicara: Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan walaupun tidak sesempurna yang diinginkan oleh pensyarah. Namun saya bersyukur dengan kesihatan dan kudrat yang diberikan serta kelapangan waktu yang ada, saya berjaya juga menyiapkannya walaupun menghadapi beberapa kekangan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah tutor kumpulan saya iaitu En. Abdul Rahim b. Razali kerana telah memberikan tunjuk ajar serta garis panduan dalam menghasilakn penulisan ini. Terima kasih juga kepada suami tercinta, Hisham bin Ibrahin serta anak-anak yang memahami tugas saya sebagai seorang pelajar jarak jauh UPSI serta rakan-rakan seperjuangan yang selalu memberi sokongan kepada saya. Saya mohon maaf andai ada kesilapan serta kelemahan dalam penulisan tugasan ini. Harapan saya agar tugasan D20102043877 Page 1

Upload: shamona-daud

Post on 24-May-2015

5.801 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU (KRB3033)

NAMA PENSYARAH: ABDUL RAHIM B. RAZALI

NAMA: MUNALIZATUL BINTI DAUD

NO MATRIK: D20102043877

KUMPULAN: EL-A23

Pembuka Bicara:

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah dapat menyiapkan tugasan yang

diberikan walaupun tidak sesempurna yang diinginkan oleh pensyarah. Namun saya bersyukur

dengan kesihatan dan kudrat yang diberikan serta kelapangan waktu yang ada, saya berjaya juga

menyiapkannya walaupun menghadapi beberapa kekangan. Terima kasih yang tidak terhingga

kepada pensyarah tutor kumpulan saya iaitu En. Abdul Rahim b. Razali kerana telah

memberikan tunjuk ajar serta garis panduan dalam menghasilakn penulisan ini. Terima kasih

juga kepada suami tercinta, Hisham bin Ibrahin serta anak-anak yang memahami tugas saya

sebagai seorang pelajar jarak jauh UPSI serta rakan-rakan seperjuangan yang selalu memberi

sokongan kepada saya. Saya mohon maaf andai ada kesilapan serta kelemahan dalam penulisan

tugasan ini. Harapan saya agar tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Semoga

usaha saya ini mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah.

D20102043877 Page 1

Page 2: Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)

Soalan 1(Dialog)

Jawapan:

Guru: Siapakan nama kamu?

Norji: Nama saya Norji, cikgu.

Guru: Kamu berasal dari mana?

Norji: Saya berasal dari Kampung Pinang, cikgu.

Guru: Bagaimana keadaan kamu belajar di sini?

Norji: Saya berasa seronok belajar di sekolah ini, cikgu.

Guru: Kenapa kamu berasa seronok belajar di sini?

Norji: Di sekolah ini saya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman

dan ada juga guru yang baru menamatkan pengajian dari luar Negara, cikgu.

Guru: Apakah perasaan kamu bila cikgu menggunakan ‘smart board’?

Norji: Saya baru tahu tentang ‘smart board’ dan saya berasa bersemangat untuk belajar.

Guru: Oh, dahulu sebelum adanya ‘smart board’, kamu tidak bersemangat untuk belajar ya?

Norji: Bukan begitu cikgu. Dengan adanya ‘smart board’, lebih menambahkan semangat saya

untuk belajar. Namun walaupun ada banyak kebaikan ada juga kelemahannya cikgu.

Guru: Apakah kelemahan ataupun kekurangan ‘smart board’, Norji?

Norji: Penggunaannnya terhad cikgu. Paparan yang singkat menyebabkan saya tidak sempat

untuk menyalin nota.

Guru: Oh, maksud kamu masa terhad apabila menggunakan ‘smart board’?

D20102043877 Page 2

Page 3: Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)

Norji: Ya, cikgu. Masa terhad sebab terdapatnya masalah teknikal semasa menggunakannya,

maka saya tidak sempat untuk menyalin nota.

Soalan 2 ( Esei)

Bincangkan lima(5) peranan yang anda boleh lakukan dalam menjayakan Dasar MBMMBI.

PENGENALAN

Kabinet telah memutuskan untuk memansuhkan PPSMI( Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris) pada tahun 2012 setelah mendapati dasar tersebut gagal

mencapai matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid dan

pada masa yang sama turut menjejaskan pencapaian murid khususnya bagi murid yang berada di

luar Bandar dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Langkah kabinet dengan memansuhkan

PPSMI setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang

menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan oleh

kerajaan. Pemantauan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2008 mendapati hanya

sebilangan guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran

matapelajaran Matematik dan Sains dan sebilangan guru menggunakan dwi bahasa. Namun

pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris.

Sebaliknya penguasaan bahasa Inggeris murid akan dipertingkatkan dengan beberapa langkah

penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris. Kenyataan ini

telah disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika membuat pengumuman mengenai

strategi “ Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

D20102043877 Page 3

Page 4: Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)

baru-baru ini. Pengerusi Gerakan Pemansuhan PPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad turut

menyokong dasar baru ini dan berharap bahasa Malaysia akan dijadikan teras utama dalam

pembinaan gagasan 1 Malaysia. Satu pendekatan (soft landing)1 akan diambil untuk memastikan

pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di

bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas. “Yang lama dikelek, yang baharu di dukung”.

SEJARAH PPSMI

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris(PPSMI) ialah nama

rasmi satu dasar Pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa

kebangsaan ataupun bahasa ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan

Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI ini sering menjadi isu perdebatan yang

hangat semenjak dilaksanakan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun

2003.

RASIONAL DASAR PPSMI

Di atas dasar keperihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber manusia, maka wujudlah

satu peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam

bahasa Inggeris. Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi

asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai

inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat

mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Selain itu

bahasa Inggeris merupakan bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini

memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

1 Perubahan secara perlahan dan berperingkat

D20102043877 Page 4

Page 5: Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)

PERANAN BAHAGIAN BUKU TEKS(BBT) DALAM PPSMI

Peranan BBT telah bermula sejak 2002 sebaik sahaja kabinet memutuskan dasar PPSMI

dilaksanakan mulai tahun 2003. BBT berperanan dalam menguruskan penghasilan dan

pembekalan Pakej Buku Teks dan Buku Glosori Sains dan Matematik untuk sekolah rendah dan

menengah. Beberapa perubahan telah dilakukan oleh BBT yang melibatkan komponen bagi

Pakej Buku Teks Sains dan Matematik dengan tujuan membantu guru dan murid dalam

menjayakan program PPSMI ini dan antaranya ialah Pakej Buku Teks Matematics Year 1

merangkumi komponen buku teks, buku aktiviti, cd-rom untuk murid(MyCD), CD-ROM untuk

guru dan panduan guru.

KRONOLOGI PPSMI

19 Julai 2002

-PPSMI termaktub sebagai keputusan dasar Kerajaan Malaysia hasil dari Mesyuarat Jemaah

Menteri pada Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr

Mahathir b. Mohamad.

Tahun 2003

-Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat bermula pada

sesi persekolahan yahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid tahun 1 untuk peringkat

Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingakatn 6 Rendah untuk peringkat sekolah Menengah.

Tahun 2007

-Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat Sekolah Menengah. Kelompok pelajar sekolah

menengah pertama yang melalui PPSMI mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)

dan keputusan rasmi memperlihatkan peningkatan khususnya bagi mata pelajaran berkenaan

ilmu sains dan matematik.

D20102043877 Page 5

Page 6: Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)

Tahun 2008

-Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah. Seramai 518,616 orang murid

sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). Para murid

dipilihan menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau

Tamil atau selebihnya lebih dari satu bahasa tersebut. Seramai 159,234 murid(31%) menjawab

kertas soalan Sains dalam bahasa Inggeris sementara untuk kertas Matematik bilangannya ialah

238,153 orang(46%). Presiden Kesatuan Guru-Guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri b

Mohd Arshad mempertikaikan keputusan ini dan mendakwa seramai 31.1% murid yang

menguasai pembelajaran itu dari kalangan murid yang tinggal di kawasan Bandar.

April 2008

-Pemimpin de faco Parti Keadilan Rakyat, DSAI telah menyatakan tidak akan bertolaj ansur

mengenai kedudukan bahasa kebangsaan. Sekitar akhir tahun 2008 dan awal 2009, Gerakan

Mansuhkan PPSMI(GPM) ditubuhkan dan dipimpin oleh Datuk Hassan Ahmad, bekas Ketua

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

31 Januari 2008

-GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, pusat membeli-belah Sogo di

Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bekas pengerusi MAS, Tan Sri Dato’ Dr Abdul Aziz Abdul

Rahman berkata PPSMI tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan seksyen

17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan

tujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Malaysia.

Kesimpulan Dasar PPSMI

Keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik

dalam Sains dan Matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya

adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung PPSMI diharapkan akan tururt

meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja di kalangan guru malahan di kalangan

murid juga.

D20102043877 Page 6

Page 7: Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)

DASAR MBMMBI

PENGENALAN

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

adalah dasar yang menggantikan Dasar PPSMI dan dirangka akan dilaksanakan pada tahun 2012

namun pihak kerajaan mengkaji untuk mempercepatkan pelaksanaan dasar baru ini bagi murid

Tahun 1 mulai 2011 yang lalu .Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin

menyatakan bahawa murid Tahun 1 mulai 2011 tidak terlibat dengan dasar lama. Pelaksanaan

dasar MBMMBI bagi murid Tahun 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4 pula akan bermua pada tahun

2012. Langkah itu katanya adalah untuk membolehkan Kementerian Pelajaran membuat

persediaan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran

disediakan secara teratur. Beliau juga menyatakan bahwa dasar MBMMBI ini adalah selaras

dengan keperluan Negara untuk memartabatkan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

Dasar MBMMBI yang dilaksanakan oleh kerajaan ini adalah satu dasar baru yang merupakan

sebahagian daripada proses penambaibaikan berterusan dasar pendidikan Negara.Keputusan

mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malsyia di sekolah kebangsaan

merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkukuhkan dan memartabatkan

kedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan negara.

Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sulatan Idris(UPSI),

Profesor Datuk Dr Zainal Kling, berkata pelaksanaan dasar baru iaitu MBMMBI yang

menggantikan dasar PPSMI tidak boleh dilengahkan lebih lama kerana sejak PPSMI

diperkenalkan enam tahun dahulu, ia memberi kesan negatif kepada murid sekolah rendah

khususnya murid di kawasan luar bandar. Pihak Kementerian juga telah membentuk enam

jawatnkuasa kecil sebagai persiapan untuk melaksanakan dasar MBMMBI ini. Jawatankuasa ini

bertanggungjawab untuk memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks,

lojistik, personel dan penerangan. Melalui kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh

warga pendidik dalam menjayakan dasar ini akan dapat mencapai matlamat menambahbaik

kualiti pendidikan di negara kita secara berterusan demi kepentingan masa depan negara.

D20102043877 Page 7

Page 8: Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)

RASIONAL DASAR MBMMBI

Antara rasional dasar MBMMBI ialah:

i. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran sains dan Matematik di

sekolah rendah dan menengah menghakis bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang

tersebut.

ii. Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata

pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an lagi.

iii.Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan

mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.

PELAKSANAAN

Pelaksanaan dasar MBMMBI ini adalah seperti berikut:

i. Bermula dengan Tahun 1 dan 4, tingakatan 1 dan 4. Pada masa yang sama Bahasa Cina di

gunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di SKJT.

ii.Perubahan tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.

iii.Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun.

iv.Peperiksaan SPM, Sains dan matematik dalam dwi bahasa sehingga tahun 2015.

STRATEGI PERKUAT DASAR MBMMBI

Pihak Kerajaan telah merangka beberapa strategi bagi memartabatkan Bahasa Malaysia

dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris bagi menjayakan dasar MBMMBI ini. Antaranya

ialah penggunaan bahasa Malaysia dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik bagi

pelajar tingkatan 1 hingga 5 di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan manakala

penggunaan bahasa ibunda masing-masing bagi SJK. Selain itu, penambahan waktu dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di SJKC dan SJKT iaitu

penambahan 30 minit bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk Tahap 1 menjadikan

keseluruhannya 300 minit dan 90 minit untuk Tahap 2 dengan keseluruhan 270 minit. Manakala

D20102043877 Page 8

Page 9: Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)

bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris penambahan masa 90 minit menjadikan keseluruhan 300

minit di Sekolah Kebangsaan dan 150 minit untuk Sekolah Jenis Kebangsaan. Tumpuan

penggunaan teknologi dan maklumat selaras membangunkan generasi murid berkemahiran

dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi( ICT) dan seterusnya menjana ilmu dan

teknologi baru dalam bidang sains dan seumpamanya pada masa akan datang serta menyediakan

bahan bacaan Bahasa Malaysia. Selain itu, memperkenalkan seni bahasa dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa.

Transformasi kurikulum sekolah atau lebih dikenali sebagai Kurikulum standard Sekolah

Rendah (KSSR) dan dilaksanakan untuk murid Tahun 1 pada tahun ini dengan beberapa

pendekatan umpamanya penekanan terhadap literasi asas Bahasa Malaysia dan Inggeris melalui

modul pengajaran dan pembelajaran asas berbahasa seperti kaedah ‘phonics’ dan ‘penmanship’,

elemen didik hibur dan seni bahasa manakala pengajaran dan pembelajaran tatabahasa pula

berasaskan system bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu. Aktiviti ko-akademik

peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan melalui aktiviti bahasa seperti choral speaking,

deklamasi sajak, drama, spelling bee dan story telling untuk memberi ruang kepada murid

menonjolkan bakat dan minat masing-masing seterusnya mencapai kejayaan di peringkat lebih

tinggi lagi. Program bahasa seperti Program Literasi dan Numerasi di bawah Bidang

Keberhasilan Utama Negara(NKRA), Program 3M( PROTIM) untuk menangani masalah murid

sekolah rendah Tahap 2 yang masih lemah dalam membaca, menulis dan mengira.

Strategi yang lain ialah menyediakan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi menerusi

pengambilan guru bersara, guru dari luar Negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui

IPGM dan IPTA.Kualiti guru menjadi elemen penting dalam usaha menjayakan dasar

MBMMBI. Justeru, Kementerian Pelajaran memberi tumpuan:

i. Menyediakan standard Guru Malaysia (SGM) yang mengandungi komponen standard dan

keperluan sebagai rujukan piawaian kualiti guru di seluruh Negara.

ii. Meningkatkan jumlah guru siswazah dan guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang

berkualiti. Guru yang layak ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian diperingkat

sarjana dan doctor falsafah.

D20102043877 Page 9

Page 10: Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)

iii. Mengenal pasti Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk dijadikan pusat kecemerlangan bahasa

dalam latihan dan kursus pra dan dalam perkhidmatan.

iv. Melaksanakan Program Penutur Jati dengan melantik 360 penutur jati dari luar Negara

sebagai mentor di 1,800 buah sekolah rendah manakala 15 sebagai traning fellows di Pusat

Kecemerlangan Bahasa Inggeris.

Pihak kerajaan juga merangka strategi bagi memperkuatkan lagi dasar MBMMBI ini

dengan menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris dan memperkenalkan language arts dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.

PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN DASAR MBMMBI

Guru merupakan penggerak utama dalam menjayakan dasar MBMMBI ini agar ianya

selaras dengan hasrat Kerajaan bagi memartabatkan pengunaan Bahasa Malaysia yang

merupakan Bahasa Kebangsaan Negara kita dan selari dengan hasrat Kerajaan untuk

memperkukuhkan penggunaan Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa dunia agar kita mampu

bersaing di peringkat antarabangsa dengan melahirkan generasi yang bertaraf dunia pada masa

akan datang.( “Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang”)2. Oleh

itu, usaha semua pihak amatlah diperlukan bagi menjayakan dasar MBMMBI.

Antara peranan guru ialah:

i. Guru sebagai agen penyampai maklumat dan penyebar ilmu.

Rajah1: Penggunaan laras bahasa dan gaya bahasa yang betul di bilik darjah.

2 Sesuatu yang diinginkan tidak akan diperolehi dengan mudah.

D20102043877 Page 10

Page 11: Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)

Guru sebagai seorang yang berpendidikan adalah merupakan agen penyampai maklumat kepada

murid-muridnya agar murid-murid mendapat informasi yang betul tentang sesuatu topik dengan

mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi dalam bidang Bahasa Malaysia mahupun Bahasa

Inggeris serta mampu menjadi pakar rujuk kepada murid yang menghadapi masalah dalam

pembelajaran. Guru haruslah merancang strategi dalam menterjemahkan ilmu yang diberikan

dengan menggunakan pelbagai kaedah yang boleh menarik perhatian murid dan seterusnya

memupuk perasaan cintakan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan serta memahami

peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa global. Guru juga seharusnya menjadi model bahasa

dengan menggunakan laras bahasa yang betul ketika bercakap dengan murid, rakan-rakan guru ,

ibu bapa serta pihak pentadbir dan masyarakat. Elakkan penggunaan kata pasar , (dialek)3 dan

bahasa yang ringkas kerana ini bisa mengelirukan murid. Ini amat penting agar murid tahu

tentang peradaban mengggunakan bahasa yang betul dan mengikut laras bahasa yang standard.

Seperti ketam mengajar anaknya berjalan begitulah peranan guru, jangan guru pula yang

mencemarkan bahasa. Begitu juga dengan penggunaan bahasa Inggeris. Peranan guru ialah

memastikan murid faham tentang apa yang dituturkan dan guru sebaiknya menggunakan laras

bahasa yang rendah dan memudahkan pemahaman murid terutama ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Guru juga harus memperbetulkan kesilapan bahasa murid secara

spontan agar murid tidak melakukan kesilapan yang sama untuk masa hadapan. Guru sebagai

penyebar ilmu bertanggungjawab menyebarkan ilmu serta kemahiran kepada murid serta

mewujudkan budaya cintakan ilmu sejajar dengan salah satu pernyataan yang terkandung dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru berperanan memupuk nilai budaya ilmu supaya menjadi

teladan bagi murid mencontohi serta membentuk budaya ilmu sebagai ciri utama dalam

kehidupan mereka. Ini dapat melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan terutama

dalam bidang bahasa bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini.

3 Loghat sesuatu negeri ataupun daerah

D20102043877 Page 11

Page 12: Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)

2. Guru berperanan sebagai pemupuk budaya membaca.

Rajah 2: Memupuk minat membaca di usia muda.

Guru juga berperanan sebagai pemupuk budaya membaca di kalangan murid-murid bagi

melahirkan generasi yang berjaya selari dengan hasrat Dasar MBMMBI memartabatkan

pengunaan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan

murid-murid.’ (Melentur buluh biarlah dari rebungnya)4’. Walau apa sahaja kecanggihan

perkakasan dan perisian yang digunakan dalam system penyampaian maklumat, membaca

merupakan satu proses yang amat diperlukan untuk mengakses, menterjemah dan akhirnya

memahami maklumat tersebut. Proses ini berlaku di sekolah dan guru merupakan sumber uatama

yang mampu memupuk budaya membaca ini dalam kalangan murid. Memang tidak dapat

dinafikan membaca merupakan proses yang bosan serta tidak digemari oleh sebahagian besar

murid-murid. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana membaca memerlukan daya tumpuan

yang tinggi. Sedangkan isi bacaan, gaya penulisan dan olahan serta susunan grafik yang terdapat

pada halaman-halaman buku tersebut amat mempengaruhi daya tarikan membaca. Tidak

hairanlah kenapa buku-buku atau majalah yang mempunyai saiz huruf yang besar serta susunan

grafik yang menarik dan berwarna-warni menjadi pilihan murid. Guru memainkan peranan yang

penting dalam usaha memupuk budaya membaca sama ada bahan bahasa Malaysia mahupun

bahan bahasa Inggeris bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini.

3. Guru sebagai pakar rujuk.

Pakar rujuk bermaksud seseorang guru tersebut akan menjadi bahan rujukan bagi rakan sekerja

dan juga murid-murid. Oleh demikian, seorang guru yang ingin menjadi pakar rujuk mestilah

mempunyai kriteria-kriteria berikut:

4 . mendidik anak biarlah dari usia muda

D20102043877 Page 12

Page 13: Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)

1. Mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam mata pelajaran yang

diajarnya.

2. Menguasai pengetahuan mata pelajaran dan kemahiran-kemahiran yang lain.

3. Berjaya mencari, mengenalpasti dan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh

pelajar dan rakan sekerja.

Sebagai seorang pakar rujuk, guru seharusnya mempunyai ciri guru yang berilmu,

berpengetahuan luas, mengetahui kebenaran sesuatu perkara dan mempunyai keyakinan dalam

melakukan serta menyelesaikan sesuatu bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini. Peranan guru

sebagai pakar rujuk bermakna guru itu mempunyai kesanggupan dalam menggunakan ilmunya

untuk menegakkan kebenaran dan keadilan terutama ketika menjalankan tugas di sekolah dan di

dalam kelas khususnya serta sanggup memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada

dirinya sendir, anak murid, ibu bapa serta masyarakat. Guru yang mengajar mata pelajaran

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris perlu memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi yang

mereka miliki serta mahu untuk menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberi

pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa

daripada pakar dari dalam dan luar Negara. Oleh itu guru akan mampu menjadi pakar rujuk

yang paling berkesan bukan sahaja di kalangan murid-murid, malahan masyarakat juga

meletakkan sepenuh kepercayaan kepada guru dalam melahirkan generasi yang mampu bersaing

di peringkat dunia.

4. Guru sebagai pemupuk budaya cintakan ilmu.

Budaya Ilmu bermaksud sesuatu perkara atau amalan baik yang diamalkan oleh seseorang

manakala ilmu pula merupakan susunan konsep sesuatu perkara yang mempunyai perkaitan

dengan kehidupan dan kesejahteraan manusia. Begitulah juga dengan peranan guru sebagai

pemupuk budaya cintakan ilmu di kalangan murid-murid bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini.

Guru wajar memiliki ilmu untuk menjadi seorang yang berkesan antaranya ilmu pengetahuan

yang berkaitan dengan mata pelajaran yang di ajar terutama bagi guru Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris. Ilmu merupakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan kefahaman atau

pengetahuan terhadap sesuatu perkara yang amat berguna terutamanya kepada warga pendidik.

Pengetahuan tersebut berhubungan dengan penemuan tentang sesuatu perkara di dunia ini

D20102043877 Page 13

Page 14: Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)

melalui cara yang sistematik. Ilmu pengetahuan tidak hanya sebuah kumpulan pengetahuan

tetapi juga sebuah proses penyelidikan. Ilmu pengetahuan juga merupakan proses yang

mempunyai kesinambungan untuk mencari pengetahuan baru, penjelasan baru dan pemahaman-

pemahaman yang lebih dalam agar ianya dapat diaplikasikan oleh guru-guru terhadap anak

muridnya bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini.

5. Guru sebagai egen sosialisasi

Guru memberi peluang kepada murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang

difikirkan sesuai untuk perkembangan diri serta masyarakat. Antaranya menggalakkan murid

menyertai aktiviti seperti pertandingan bercerita, choral speaking, deklamasi sajak, spelling bee

dan story telling untuk memberi ruang kepada murid menonjolkan minat dan bakat masing-

masing seterusnya mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi. Ini dapat melahirkan murid yang

berani, punyai keyakinan diri yang tinggi dan mampu berdaya saing. Guru juga berperanan

membawa ilmu pengetahuan dan mengajarnya kepada masyarakat di samping mengubah cara

hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai pengetahuan yang boleh digunakan dalam

kehidupan seharian. Selain itu guru juga berperanan memodenkan cara hidup masyakarat

setempat dengan ilmu-ilmu terkini yang diajarkan kepada mereka. Oleh itu guru mampu

membawa perubahan-perubahan baru untuk memenuhi aspirasi dan kehendak murid, masyarakat

dan negara yang semakin kompleks dan progresif. Iklim sekolah yang dinamik dan memenuhi

keperluan dan cabaran masa depan yang sering berubah serta meningkatkan dari semasa ke

semasa mampu menjayakan Dasar MBMMBI ini.

RUMUSAN

Bak kata pepatah Melayu5,(Bara yang digenggam, biarlah sampai menjadi arang). Begitulah

hasrat Kerajaan bagi memastikan agar Dasar MBMMBI mampu merealisasikan harapan bagi

mengatasi kelemahan yang terdapat dalam Dasar PPSMI. Secara umumnya, pengenalan dasar

MBMMBI jelas bukan sahaja bertujuan melahirkan generasi yang berkeyakinan untuk bertutur

dan mempraktikkan penggunaan Bahasa Malaysia dan Inggeris standard dalam perbualan, malah

menggunakan kelebihan sedemikian untuk sebarang urusan rasmi, penerokaan ilmu serta

5 Sesuatu yang dilakukan biarlah hingga mencapai kejayaan.

D20102043877 Page 14

Page 15: Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)

pengisiannya di bidang kerjaya pada suatu masa kelak. Kefasihan dan keyakinan penggunaan

Bahasa Malaysia dapat dipupuk melalui bahasa pengantar utama dalam pendidikan. Pengukuhan

bahasa ini di peringkat awal persekolahan akan memperkasakan penguasaan Bahasa Malaysia

sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan dan penggunaanya dalam bidang lain termasuk

undang-undang, penyiaran dan sector tertentu. Tidak hairanlah usaha meletakkan Bahasa

Malaysia ditempat sewajarnya dilaksanakan melalui beberapa langkah di sekolah dan paling

utama ialah penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi mata

pelajaran sains dan matematik.

Menerusi penekanan terhadap penguasaan Bahasa Inggeris pula dilihat dapat membantu

generasi baru bersaing di arena antarabangsa serta menguasai pemindahan teknologi dan

maklumat. Apa yang jelas, pembudayaan Bahasa Malaysia dan penguasaan Bahasa Inggeris

yang bermula di peringkat sekolah juga akan menjurus kepada mencapai matlamat membentuk

perpaduan kebangsaan untuk membangunkan perpaduan kebangsaan untuk membangunkan

sebagai negara ekonomi baru dalam dunia global yang dinamik dan semakin mencabar. Malah

dasar MBMMBI yang mengambil kira maklum balas pelbagai pihak diyakini berupaya

membentuk generasi 1 Malaysia yang mempunyai jati diri kuat, progresif serta mempunyai

minda kritis, kreatif dan inovatif. “Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air”. Ayuh rakan

guru, kita laksanakan dasar ini dengan jayanya.

D20102043877 Page 15

Page 16: Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)

BIBLIOGRAFI

1. Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007) Bahasa Melayu Apa Susah Jadi?. Percetakan Zafar

Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

2.Ahmad Adam. (1994) Isu Bahasa dan Pembentukan Bangsa. Sarjana Enterprise, Kuala

Lumpur.

3.Kulanzsalleh.com/guru dan alam pendidikan

4.i.puisi.com/koleksi peribahasa Melayu

5.Kosmo online 21 Oktober 2009

6. Wiki pedia.org

7.Dr Aminuddin Mansor (2011) Bahasa Melayu Bahasa Ilmu, Kalau Bukan Kita Siapa Lagi?”

Harian Metro. November 2011

8. Sisipan. (2011) Untungnya MBMMBI mampu lahir generasi fasih Bahasa Malaysia,

Inggeris, Harian Metro, September 2011

D20102043877 Page 16