tugasan krb 3063 karya agung melayu

26
D20112053541/KRB3063 Page | 0 PPG PJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015 KRB 3063: PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU TAJUK ESEI ILMIAH DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK NOR AFIDA BT GHAZANI D20112053541 PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI07 (A132PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MOHD RASHID BIN MD IDRIS TARIKH SERAH: PEMARKAHAN TUGASAN A : Interlok : Falsafah, Pandangan Hidup, Nilai Ilmu TUGASAN B : Aktiviti : Teknik Membuat Projek Permainan Bahasa

Upload: nor-afida-ghazani

Post on 18-Jul-2015

276 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

D20112053541/KRB3063

Page | 0

PPG PJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015

KRB 3063: PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

TAJUK ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

NOR AFIDA BT GHAZANI D20112053541

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI07 (A132PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MOHD RASHID BIN MD IDRIS

TARIKH SERAH:

PEMARKAHAN

TUGASAN A : Interlok : Falsafah, Pandangan Hidup, Nilai Ilmu

TUGASAN B : Aktiviti : Teknik Membuat Projek

Permainan Bahasa

D20112053541/KRB3063

Page | 1

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah segala puji ke hadrat Allah S.W.T. selawat serta salam ke atas

Junjungan Besar Nabi Muahammad s.a.w. serta para sahabat baginda sekalian.

Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kepada ALLAH s.w.t. kerana dengan

‘inayah dan iziNYA, maka tugasan ini berjaya disiapkan dalam tempoh waktu yang

ditetapkan. Sesungguhnya banyak masa dan tenaga terpaksa dikorbankan dalam proses

menyiapkan tugasan yang mencabar ini. Namun, dirasakan masa dan tenaga yang dihabiskan

itu bukanlah satu pembaziran yang sia-sia kerana banyak pengetahuan dan ilmu yang dapat

dikutip sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Jutaan terima kasih yang terhingga kepada Dr.Mohd Rashid bin Md Idris selaku

pensyarah E-Learning, kawan-kawan yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar dan

mencurahkan segala pengalaman dan ilmu dalam usaha membantu menyiapkan tugasan ini.

Segala tunjuk ajar dan pengalaman serta ilmu yang dicurahkan amat-amat dihargai. Tidak

lupa kepada rakan-rakan tutorial yang turut memberi buah fikiran dan pandangan. Begitu

juga kepada keluarga yang amat memahami dan bersedia berkorban masa dan tenaga demi

memastikan hasil tugasan ini yang terbaik diantara yang terbaik.

Moga dengan siapnya tugasan ini, ilmu yang ditimba sama ada secara langsung atau

tidak langsung akan memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.

Salam hormat dan salam 1 Malaysia,

Nor Afida bt Ghazani

D20112053541/KRB3063

Page | 2

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 Pengenalan 3

2.0 Falsafah 4

2.1 Definisi 4

2.2 Kepentingan 4

2.3 Tujuan 4

2.4 Falsafah Dalam Interlok 5 - 6

3.0 Pandangan Hidup 7

3.1 Definisi Pandangan Hidup 7

3.2 Pandangan Hidup Dalam Interlok 7 - 9

4.0 Nilai Ilmu 9

4.1 Definisi Nilai Ilmu 10

4.2 Nilai Ilmu Dalam Interlok 10 - 13

7.0 Penutup 13

Rujukan

D20112053541/KRB3063

Page | 3

TUGASAN A

1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “Karya” membawa maksud buatan atau ciptaan

sesuatu. Manakala “ Agung” pula membawa makna paling besar, tertinggi, teristimewa dan

terkemuka. Maka dapat dirumuskan Karya Agung dimaksudkan sebagai ciptaan atau buatan

yang terutama , tertinggi daripada seseorang pengarang.

Buku Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan ( 2000) pula

mentakrifkan Karya Agung sebagai karya yang berjaya meninggalkan kesan seni atau

estetika, budaya dan pemikiran yang luar biasa dalam tamadun atau tradisi sesuatu bangsa.

Oleh itu , Karya Agung Melayu adalah karya yang mencerminkan keunggulan daya cipta

kreativiti penulis, pemikiran bangsa Melayu pada zaman dahulu dalam menggambarkan

idealisme atau falsafah, pandangan hidup, nilai ilmu, adat, budi, kesedaran dari segi agama,

moral dan masyarakatnya melalui bentuk-bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya

sehingga mampu untuk meninggalkan kesan dari aspek seni, budaya, pemikiran, pandangan

dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa.

Dunia ketamadunan Melayu telah memperlihatkan, terdapat banyak karya-karya agung yang

telah dihasilkan.Dalam tugasan saya ini, saya memilih novel Interlok iaitu sebuah karya

agung yang lahir pada zaman kesusateraan melayu moden.Novel ini telah dikarang oleh

Sasterawan Negara, iaitu Dato Abdullah bin Hussain.Novel ini merupakan sebuah novel yang

menggambarkan latar belakang masyarakat yang mendiami negara ini sebelum kemerdekaan.

Saya memilih novel ini untuk dikaji kerana ia merupakan sebuah novel yang menarik dan

membantu agenda nasional dalam pembentukan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang

kaum di Malaysia. Misalnya bab 1 diceritan tentang Keluarga Seman, Bab II pula tentang

Keluarga Cing Huat dan bab III pula menceritakan tentang Keluarga Maniam. Interlok lahir

daripada luapan semangat kebangsaan dan rasa cemburu kepada pendatang asing iaitu buruh

India dan Cina. Novel ini adalah sebuah novel kemasyarakatan yang bertujuan untuk meniup

semangat kebangsaan dan kesedaran orang Melayu

D20112053541/KRB3063

Page | 4

2.0 Falsafah

2.1 Definisi Falsafah

Kamus Dewan edisi keempat 2010 :406 mentakrifkan falsafah sebagai pengertian yang

dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.Perkataan ‘falsafah’

berasal daripada bahasa Yunani philosophia, iaitu philo ertinya cinta dan sophia ertinya

hikmat ( Mohd rashid Md Idris,2012 : 1). Falsafah bermaksud cinta kepada ilmu dan

kebenaran.Falsafah juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan menggunakan hikmah dan akal

fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki. Manakala Hashim Hj. Musa (1994) ,

menyatakan falsafah merupakan kajian secara renungan dan spekulatif tentang punca,

keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia yang menjadi sari pati bagi seluruh bidang

pengetahuan manusia.Kesimpulannya, daripada pendapat yang diberi menunjukkan bahawa

ilmu falsafah ialah ilmu yang mengkaji dan meneliti objek abstrak dan logikal tentang hakikat

kejadian di alam semesta.

2.2 Kepentingan Falsafah

Secara umumnya, kepentingan falsafah ialah dapat membantu seseorang memahami apa yang

sedang berlaku dalam pelajaran umpamanya. Seseorang yang ingin menceburi sesuatu bidang

perlu menguasai bidang yang ingin diceburi sedalam-dalamnya bagi membolehkan mereka

berfikir secara mendalam dan sistematik tentang isu-isu intelek ,asas pendidikan dan

kehidupan manusia.Di samping itu, dalam membuat sesuatu keputusan misalnya, seseorang

itu perlulah mempunyai pendirian berdasarkan falsafah yang dipegang tanpa dipengaruhi oleh

seseorang.Keputusan yan diambil mestilah mempunyai keperluan falsafah tersendiri.

2.3 Tujuan Falsafah

Tujuan falsafah dimasukkan dalam setiap karya agung adalah untuk mencari kebenaran

tentang sesuatu pemasalahan dengan cara berfikir secara radikal dan sistematik.Sesuatu

perkara itu akan menjadi persoalan falsafah apabila ia tidak dapat diselesaikan melalui kaedah

dan pengamatan sains.Persoalan falsafah biasanya melibatkan perkara-perkara yang abstrak

seperti persoalan konsep dan ideologi.Secara tidak langsung falsafah adalah suatu pemikiran

yang amat mendalam dan menyeluruh terhadap sesuatu perkara dalam mencari kebenaran.

D20112053541/KRB3063

Page | 5

2.4 Falsafah Di dalam Novel Interlok

Novel “Interlok” merupakan satu rakaman realiti semasa yang cukup baik mengenai

masyarakat Malaysia pada zaman pra-Merdeka. Sebenarnya di dalam novel Interlok ini,

penulis ingin menggambarkan perkembangan sejarah Malaysia berdasarkan fakta sejarah dan

kebudayaan dalam bentuk fiksyen. Di dalam novel in terdapat banyak falsafah yang ingin

disampaikan kepada pembaca. Falsafah yang ingin disampaikan oleh Abdullah Hussain dalam

novel ini adalah tentang semangat kebangsaan dan perkembangan kesedaran. Perkembangan

semangat kebangsaan dan kesedaran lahir dalam semua aspek politik, ekonomi dan sosial.

2.4.1 Sosial

Misalnya dalam bab ke II, novel ini memaparkan tentang penghijrahan masyarakat Cina ke

tanah Melayu ekoran daripada desakan hidup akibat daripada serangan belalang-belalang ke

atas tanaman padi.Digambarkan Kim Lock dan anaknya Cin Huat sanggup mengharungi

lautan luas selama tiga belas hari semata-mata ingin mencari penghidupan baru di negara

orang dan mengubah nasib keluarga.Kegigihan dan kecekalan yang mereka hadapi telah

mengubah nasib mereka sehingga disegani mayarakat setempat.Bak kata pepatah Cina ,

“Kalau tidak berwang, kemana pergi terbuang”

Interlok : 101

Dalam bab III pula diceritakan tentang penghijrahan kaum India dari Selatan India.Semasa

penghijrahan ini , penulis menggambarkan situasi alam kapal itu bersesak-sesak antara

Brahim dan Ksyatria dibawa oleh Inggeris untuk menjadi buruh. Suasana dalam kapal itu

menunjukkan nilai murni bahawa mereka sanggup menempuh cabaran untuk mengubah taraf

hidup meskipun berbeza kasta.Watak India yang digambarkan dalam novel ialah Maniam

yang berumur 30 tahun.

Kehidupan masyarakat Melayu juga digambarkan dalam Bab 1, di mana “Keluarga Seman”

mewakili kehidupan masyarakat Melayu .Sememangnya tidak terlepas daripada peraturan dan

aturan yang perlu dipatuhi berdasarkan kesepakatan masyarakat.Masyarakat Melayu sangat

mementingkan aspek nilai dalam kehidupan untuk menjamin kesejahteraan. Nilai dan etika

yang dipegang menjadi cerminan kepada masyarakat Melayu dan membentuk jati diri mereka

dalam interaksi dan kehidupan masyarakat.Ini dapat dilihat apabila Seman tidak mudah naik

angin walaupun diusir oleh Cina Panjang selepas kematian Pak Musa.

D20112053541/KRB3063

Page | 6

2.4.2 Ekonomi

Dalam novel ini juga dipaparkan tentang kemiskinan orang Melayu kerana tidak mempunyai

modal, kebodohan mereka kerana enggan bersekolah dan berubah.Orang Melayu, yang tidak

begitu lama dulu masih mempunyai tanah sendiri untuk ditanam atau digunakan seperti

pertanian dan perlombongan, semakin kehilangan hak mereka ke atas tanah. Mereka juga

semakin didorong keluar dari pekan dan sumber rezeki yang ada ke kampung yang sering

serba kekurangan.Dalam perdagangan dan perniagaan orang Cina dan orang asing lain yang

memonopolinya. Dalam Interlok keadaan kemunduran bangsa Melayu dalam merata bidang

pada jangka masa itu digambarkan secara menarik dan terperinci. Contohnya bukan sahaja

cerita tentang ayah Seman, Musa yang pernah menjual kedai runcit kepunyaanya di Pekan

Simpang Empat kepada Ching Huat dan berpindah ke Kampung Nyiur Condong, perpindahan

dari pekan ke kampung, satu jalan yang secara terpaksa diikuti pada zaman itu.

2.4.3 Politik

Dalam Novel Interlok juga penulis memaparkan tentang kesedaran politik di kalangan orang

masyarakat berbilang kaum yang dibelenggu oleh penjajah.Atas Kesedaran itulah Lazim dan

rakan-rakannya membentuk kumpulan menentang Malayan Union demi menjaga maruah

orang Melayu, Cing Huat juga menyertai persatuan untuk menjaga kepentingan orang Cina.

Raman pula berusaha menyatukan kaum India di negara yang baru merdeka itu. Penulis juga

menggambarkan tentan keberanian masyarakat yang berbilang kaum untuk menentang Jepun

dan penjajah Inggeris.Selain itu, penulis juga menggambarkan semangat patriotisme yang

kuat di kalangan masyarakat imigran terutamanya Maniam dan Cing Huat. Di mana mereka

telah menumbuh sekolah di kawasan tempat tinggal bagi memastikan anak-anak tidak lupa

akan asal-usul bahasa ibunda mereka.

2.4.4 Fasafah Islam

Falsafah Islam tidak dapat dipisahkan daripada sumber iaitu al- Quran dan as-Sunnah. Dalam

novel Interlok, juga dimasukkan perkara itu.Contoh petikan yang terdapat dalam novel

Interlok:

” Sejak bapanya meninggal, Seman cukup rajin beribadat. Cukup banyak juga dia meminta

doa daripada Tuhan supaya diberi perlindungan dan pertolongan.

(Interlok :293)

D20112053541/KRB3063

Page | 7

3.0 Pandangan Hidup

3.1 Definisi Pandangan Hidup

Pandangan hidup bolehlah dikatakan suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau

komuniti tertentu dengan tujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala pemasalahan

yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam.Setiap masyarakat selalu memiliki

pandangan hidup tesebut,begitu juga masyarakat Melayu.Sehubungan itu, pandangan hidup

yang diceritakan dalam novel Interlok ini melibatkan hubungan manusia dengan Tuhan,

dengan alam dan hubungan sesama manusia.Pandangan hidup tentang manusia dapat

dibahagikan kepada keluarga, pemimpin dan masyarakat.Secara umumnya, pandangan hidup

yang digambarkan oleh penulis dalam Interlok telah melalui beberapa peringkat

evolusi.Zaman penjajahan , zaman menuntut kemerdekaan telah mempengaruhi pembentukan

pandangan hidup masyarakat Melayu khususnya..

Justeru itu, menurut pandangan sarjana Islam, Syed Naquib al-Attas(1972), pandangan Hidup

mestilah bersumberkan Islam yang merangkumi hal dunia dan akhirat.Oleh itu, pandangan

hidup dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari

mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh Islam.

3.2 Interlok

Novel ini merupakan novel Roman-a-these atau novel kemasyarakatan yang mengangkat

tema semangat kebangsaan dan kesedaran penduduk Tanah Melayu, khususnya orang

Melayu. Novel ini juga memaparkan semangat cinta akan tanah air atau semangat perjuangan

membaiki kehidupan dan bebas daripada cengkaman penjajah dan pengaruh penjajah

Inggeris. Abdullah Hussain berhadapan dengan dengan penderitaan yang dialami bangsanya,

kemiskinan orang Melayu, kebodohan mereka kerana enggan bersekolah dan berubah.

Seperti yang dibuktikan oleh A.C. Milner dalam kajian beliau bertajuk The Invention

of Politics in Colonial Malaya (1994), konsep seperti ‘kesedaran’ dan ‘siasah’ merupakan

kata kunci, misalnya dalam sebuah karya Ibrahim Haji Yaacob yang bertajuk Melihat Tanah

Air yang diterbitkan pada tahun 1941, justeru sebelum Jepun mengalahkan British di Kota

Bharu. Dalam buku itu Ibrahim dengan gaya dan nada yang sangat polemis dan kritis

memberi tinjauan umum tentang keadaan kemerosotan bangsa Melayu pada zaman itu, baik

dari segi politik mahupun dari segi ekonomi. Pada pandangan beliau sebabnya mengapa

mereka diketepikan adalah akibat kuasa modal yang mengubah Malaya. Banyaklah tempat

D20112053541/KRB3063

Page | 8

yang mana bangsa Melayu didesak, dibanjiri dan diketepikan oleh kedatangn modal asing,

barang-barang asing dan pekerja asing. Sehingga dalam kawasan tertentu hampir semua

pekerjaan kuli dimonopoli oleh orang Cina dan India, contohnya perlombongan timah dan

pekerjaan sebagai kuli di kebun getah.

Gambaran tentang masyarakat kolonial pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an, seperti

yang telah kita temukannya dalalm Melihat Tanah Air sama dengan gambaran yang diberikan

kepada kita dalam Interlok. Dalam Interlok keadaan kemunduran bangsa Melayu dalam

merata bidang pada jangka masa itu digambarkan secara menarik dan terperinci. Contohnya

bukan sahaja cerita tentang ayahnya, Musa yang pernah menjual kedai runcit kepunyaanya di

Pekan Simpang Empat kepada Ching Huat dan berpindah ke Kampung Nyiur Condong,

perpindahan dari pekan ke kampung, satu jalan yang secara terpaksa diikuti pada zaman itu.

Oleh itu, ramai orang Melayu yang semakin miskin. Lagipun ada cerita tentang Pak Musa

yang mengalami begitu banyak kesukaran mendapat tempat kerja dilombong dan kebun getah

kerana pekerja Melayu tidak diterima.

Satu lagi cerita, yang secara sangat menarik menggambarkan sikap negatif dan

kebodohan masyarakat kampung dulu dalam hal ehwal pendidikan, ialah cerita tentang Pak

Musa yang menyorok Seman, demi untuk mengelakkan daripada terpaksa menghantar

anaknya ke sekolah, kerana pada hematnya sedikit mengkaji al-Quran dengan Pak Lebai Man

sudah merupakan bekalan yang cukup untuk seorang petani. Dalam tokoh Seman, kita

menyaksikan perkembangan sikap sedar dalam kalangan orang Melayu. Dia bukan sahaja

membuktikan diri seorang pekerja yang gigih dan mampu mencari rezeki untuk isterinya iaitu

Gayah anak Mat Ranggi, orang terkaya di kampungnya. Pada penghujung cerita, Seman juga

mula mengambil bahagian dalam politik demi untuk mempertahankan kepentingan bangsanya

dalam menentang Malayan Union. Lama-kelamaan Seman mejadi sedar tentang hak watan

yang harus dipertahankan melalui pertubuhan politik. Kesedaran baru Seman itu juga ketara

dalam sikap anti-perkauman yang semakin lama semakin kental.

Pandangan hidup bagi masyarakat Cina pula diwakili keluarga Cing Huat, di mana

mengatakan masyarakat Melayu malas berusaha. Bagi orang Cina , semua orang Melayu

biadab dan tiada kebudayaan .Bagi masyarakat Cina, mereka perlu gigih bekerja untuk

mengumpul harta dan dibawa pulang ke negara asal mereka.Dalam Interlok juga pengarang

menyentuh tentang adat perkahwinan masyarakat Cina mengikut adat istiadat negara Cina

seperti petikan di bawah :

D20112053541/KRB3063

Page | 9

’’Kim Lock bapa kepada Cing Huat mahu pengantin perempuan dijemput dengan

tandu pengantin - hua ciao yang ditutup dengan tabir sehingga tidak seorang pun dapat

melihat waktu pengantin dalam perjalanan”.

( Interlok : 181 )

Berbeza pula Pandangan hidup bagi masyarakat India yang digambarkan oleh watak

Maniam yang datang dari India dari golongan kasta paria.Maniam dipaparkan sebagai seorang

yang gigih bekerja dan sentiasa mengenang jasa sahabatnya, Musa yang pernah

menyelamatkan nyawanya.Maniam mempunyai sikap keterbukaan terhadap kaum-kaum lain.

Melayu, Cina dan India atau orang yang memerlukan bantuan ditolongnya. Sikap keterbukaan

Maniam jelas kelihatan melalui persahabatannya dengan seorang Melayu bernama Musa dan

merupakan bapa kepada Seman yang ditolongnya mendapat perkerjaaan selepas kematian

Musa.Selain itu Maniam juga menolong menyelamatkan Poh Eng anak kepada Cing Huat

daripada tentera Jepun.

Pengarang berharap, melalui penghasilan karya ini, dapat menyedarkan masyarakat

tentang tanggungjawab sebenar dalam usaha memperjuangkan dan membaiki kehidupan serta

berusaha keras untuk maju. Pengarang mahu semua penduduk Tanah Melayu tidak kira,

Melayu, India dan Cina, sedar dan bangkit dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Hal ini

amat jelas dengan ideologi, dan isu semasa yang ditonjolkan oleh pengarang. Pembaharuan-

pembaharuan perlu dilakukan dalam ketiga-tiga aspek ini, sekaligus membaiki dasar-dasar

negara ke arah mencapai kemajuan.

4.0 Nilai Ilmu

4.1 Definisi Nilai Ilmu

Menurut Kamus Dewan Edisi Kempat (2010 :1081), nilai bermakna darjat, kualiti, mutu dan

taraf manakala dalam bahasa Arab nilai juga diistilah sebagai ’al-qimah merujuk kepada

harga yang ditetapkan pada sesuatu.Nilai membolehkan manusia membezakan antara yang

baik atau buruk dan betul atau salah kerana ia bersifat asiologi.Nilai bukan sahaja berkait

denga standard sesuatu barang tetapi dasarn asas dalam menerima atau menolak perlakuan

manusia.Manakala ilmu pula didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian dalam

perkara dunia, akhirat, zahir dan batin ( Kamus Dewan Edisi Keempat : 2010) . Justeru

D20112053541/KRB3063

Page | 10

itu,ilmu adalah hal yang berkaitan kerana pemerolehan ilmu itu dan usaha kita

menyebarkannya kepada orang lain dalam bentuk pelbagai maklumat. Menurut bahasa Arab,

perkataan ilmu adalah sama dengan maklumat iaitu Alima bererti mengetahui manakal Al-

ilmu bererti pengetahuan.Melalui penggabungan kedua-dua perkataan ini, dalam bahasa

Melayu disebut sebagai ilmu pengetahuan.Kesimpulannya nilai ilmu ialah pengetahuan yang

tinggi tentang sesuatu perkara.Di dalam karya agung terdapat beberapa nilai ilmu yang dikaji.

Antaranya ialah ilmu firasat, ilmu pendukunan, ilmu jampi, ilmu bertani atau ilmu berniaga.

4.2 Nilai Ilmu dalam Interlok

4.2.1Imu Pendukunan dan ilmu Jampi

Ilmu bermaksud pengetahuan manakala pendukunan boleh ditakrifkan dari kata al- kahaanah

daripada Bahasa Arab. Ilmu dukun ini mengandungi tiga unsur iaitu usur yang pertama ialah

mesti adanya yang disebut sebagai kaahin(Si pendukun), mutakaahin(peminta atau pesakit

yag berjumpa dukun) dan mahkuun(kepada siapa dukun itu tujuan).Menurut Kamus Dewan

Edisi 2010, dukun merupakan orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara

kampung atau tradisional dengan membaca jampi serapah.Pendukunan pula merujuk kepada

sesuatu yang berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau tradisional yang berkait dengan

ilmu dukun.

Manakala Jampi pula didefinisikan oleh Kamus Dewan sebagai kata-kata tetentu yang

diucapkan untuk mendatangkan kesaktian seperti boleh menyembuhkan penyakit. Jampi juga

dikenali sebagai mentera.Masyarakat Melayu sangat dekat dunianya dengan spiritual. Ini

mungkin juga disebabkan oleh Islam yang menjadi agama rasmi orang Melayu. Agama Hindu

dan Buddha juga pernah mempengaruhi mesyarakat suatu ketika dahulu. Jika dilihat pada

zaman dahulu,hampir kesemua aktiviti diikuti dengan jampi.

Ilmu jampi dan pendukunan ini dapat dilihat dalam Interlok pada bab I apabila Keluarga

Seman iaitu bapanya jatuh sakit.Ibunya meminta Seman Memanggil dukun untuk menjampi

ayahnya. Satu-satunya dukun yang terkenal di kampung nya ialah Pak Utih.Berikut adalah

ilmu jampi dan pendukunan yang digambarkan dalam Interlok:

Dukun itu mengeluarkan bungkusan kuning dari dalam sakunya. Dikeluarkan seketul

kemenyan sebesar ibu kaki, dipecah-pecahkaqn dengan ibu jarinya. Serpihan kemenyan yang

D20112053541/KRB3063

Page | 11

jatuh ke atas bara manimbulkan asap yang wangi. Seluruh ruangan rumah ibu itu dipenuhi

dengan kemenyan di atas tikar. Kedua-dua telapak tangannya ditelengkup di atas asap.

Sambil membaca mantera dia menyapu telapak tangan yang sudah diasapkan itu ke mukanya

tiga kali berturut-turut.

Pak Utih mengambil sirih. Dipilihnya beberapa helai daun menurut petua

perubatan,ditaruhnya kapur,pinang dan gambir lalu dibaca mantera.

( Interlok : 22-23)

Selain itu, dalam Islam terdapat juga unsur-unsur jampi.Namun begitu, ayat-ayat yang dibaca

dalam jampi tersebut adalah ayat al Quran dan bergantung kepada keizinan Allah untuk

menyembuhkan sesuatu penyakit atau tidak.Pada hari ini ramai yang terkeliru antara jampi

yang diamalkan pengamal ilmu hitam dengan pengamal al-Quran.Jampi yang menggunakan

mantera adalah syrik kerana menyekutukan Allah.Misalnya dalam Interlok Pak Utih

menggunakan tangkal dan tengkorak manusia sebagai alat jampi.

Walau bagaimanapun, Islam membenarkan umatnya untuk berubat selagi mana cara

perubatan itu tidak menyekutukan Allah dan tidak membuatkan individu itu terpesong

kepercayaannya.

4.2.2 Ilmu Bertani

Bertani adalah suatu jenis produk yang berlandaskan pertumbuhan tanaman, haiwan dan

ikan.Dalam erti kata luas, bertani adalah pengelolaan tanaman, haiwan dan ikan agar

memberikan suatu produk kepada masyarakat. Ilmu bertani membawa maksud pengetahun

tentang pertanian.Sebelum zaman penjajahan lagi ilmu bertani berkait rapat dengan

masyarakat Melayu. Ini kerana masyarakat Melayu suka tinggal,di tepi-tepi sungai dan di

kampung-kampung.Ilmu bertani ini diperolehi secara tidak formal. Ilmu ini diperturunkan

daripada generasi tua kepada generasi muda turun temurun untuk digunakan dalam kehidupan

seharian.Dalam Interlok, ilmu bertani ini berkait rapat dengan Keluarga Serman. Di mana

bapa Seman, Pak Musa telah bekerja keras mengumpulkan harta dengan mengusahakan tanah

sawah di Kampung Nyiur Condong. Interlok juga menggambarkan masyarakat Melayu bukan

sahaja pandai ilmu bercucuk tanam tetapi juga ilmu ke laut untuk mencari ikan dan ilmu

D20112053541/KRB3063

Page | 12

memeliharan haiwan seperti lembu.Ilmu bertani ini telah diturun oleh Pak Musa kepada

anaknya Seman.

4.2.3 Ilmu Berniaga

Oleh kerana Interlok terhasil pada zaman kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu, maka

ilmu perniagaan telah dibawanya bersama-sama.Perniagaan merupakan pengagihan dan

pertukaran semua barangan berlebihan yang dihasilkan daripada ladang-ladang, lautan dan

hutan-hutan supaya mereka dapat diperoleh oleh pengguna terakhir pada tempat dan harga

yang berpatutan. Dalam Interlok penulis menggambarkan ilmu berniaga dimonopoli oleh

kaum Cina.Keluarga Cing Huat terlibat dengan ilmu perniagaan setelah mereka berhijrah ke

pekan Simpang Empat. Di mana Kim Lock bapa kepada Cing Huat telah membeli kedai

daripada bapa Seman.Ilmu berniaga dapat dilihat pada petikan di bawah:

Yew Hock mewarisi sedikit sifatnya,cekal hati dan berazam;sifat bapanya juga ada, mahu

mencari keuntugan sahaja.Dia sanggup bertegang urat leher untuk mempertahankan barang

yang dijualnya dengan harga yang ditetapkan.Betapa pun orang menawar, dia tidak akan

melepasnya tetapi apabila membeli barang orang dia akan menawar sampai seberapa

rendah.

( Interlok : 191-192 )

4.2.4 Ilmu Pendidikan

Abddullah Hussain dalam tulisannya turut menyelitkan betapa pentingnya ilmu pendidikan

kepada masyarakat Melayu, Cina dan India pada ketika itu.Bagi masyarat Melayu, beliau

menggambarkan hanya setakat belajar ilmu al-Quran sahaja dan hanya segelintir sahaja pergi

ke sekolah Melayu. Misalnya dapat dilihat pada petikan di bawah:

Pak Musa lebih senang Seman mengaji al-Quran dengan Lebai Man .Bukankah lebih baik

mengaji al-Quran daripada belajar di sekolah?

(Interlok :40)

Berbeza pula dengan masyarakat Cina di mana lebih suka anak mereka ke sekolah untuk

mendapat ilmu. Tambahan pula kaum Cina berniaga jadi mereka perlu tahu tulis , baca dan

D20112053541/KRB3063

Page | 13

mengira sebab itulah Cing Huat meminta anak-anak mereka belajar dan sentiasa membaca

buku untuk mengubah nasib di rantau orang.Cing Huat memandang orang Melayu malas

berusaha dan belajar.

5.0 Penutup

Abdullah Hussain mengarang novel Interlok adalah untuk menyampaikan tentang pemikiran

semangat kebangsaan dan kesedaran masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu. Novel

ini lahir selepas pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Harapan pengarang agar novel ini

dapat membangkitkan semangat orang-orang Melayu yang pada masa novel ini ditulis agar

bangkit dan tidak terus alpa dan berjuang dalam semua aspek termasuk ekonomi. Saranan ini

dibuat dalam novel Interlok agar orang Melayu tidak terus mundur berbanding kaum lain iaitu

Cina dan India yang asalnya sebagai pendatang asing dan menguasai ekonomi.

Kalau perlu dikatakan apakah yang menarik dalam novel Interlok untuk pembaca

sekarang, mungkin ada baiknya saya merujuk dulu kepada pengalaman dalam pembacaan dan

pengkajian saya tentang teks Interlok. Menariknya ialah novel ini memberi peluang untuk

menerima sedikit sebanyak kesan tentang cara manakah sesebuah masyarakat yang berbilang

kaum pernah berfungsi dan tentang cara manakah menurut seorang pengarang Malaysia

berfungsinya sesuatu masyarakat yang sedemikian boleh diperbaiki dan dipertingkatkan.

Untuk bangsa Malaysia tidak kira kaum mana sekalipun, novel ini memberi ajaran

yang sangat bermanfaat tentang apakah itu semangat kebangsaan, apakah itu semangat

kejiranan, dan bagaimanakah mencipta masyarakat yang bersatu padu, harmonis, adil dan

makmur untuk semua kaum. Ajaran disampaikan kepada pembaca dalam bentuk yang begitu

lazat sekali, kerana Dato’ Abdullah Hussain ialah seorang pencerita lancar dalam erti kata

klasik itu. Teknik bercerita beliau begitu lancar dan mempunyai ciri gaya penulisan bercorak

kewartawanan. Di samping itu cara bercerita beliau kadang-kadang mengingatkan kita kepada

teknik bercerita tukang cerita dari tradisi kesusasteraan Melayu Lama.

D20112053541/KRB3063

Page | 14

Rujukan

Abdullah Hussain. (2010). .Interlok Tingkatan 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arbaiyah Mohd Nor.(2002). Ilmu Sejarah dan pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Dr.Seri Lanang Jaya bin Hj. Rohani, Prof.Madya Abd.Rahman bin Napiah, Dr.Hj. Rashid

bin Md. Idris & Dr.Hj. Naffibin Mat.(2013). Penghayatan Karya Agung Modul

PJJ.Tanjing Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hassan Ahmad. ( Ed).(2000). Pengenalan konsep dan gagasan karya agung Yayasan

Karyawan . Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan.

Koh Boh Boon (1995) . Pengajaran Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur:Penerbit Fajar Baktif Sdn. Bhd.

Mohd Rasdid Md Idris & Abu Hassan Abdullah.(2010). Falsafah pendidikan kebangsaan.

Tanjong Malim: Emiritus Publicatons

Laman Sesawang :

http://telapaksireh.blogspot.com/2013/05/nilai-ilmu-dan-maklumat.html

http://keajaibanikhlas.blogspot.com/2013/02/pengertian-nilai.html

http://ms.wikipwdia.org/wiki/falsafah

D20112053541/KRB3063

Page | 15

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 Pengenalan 16

2.0 Aktiviti Penerapan 17

2.1 Teknik Membuat Projek 18 - 20

2.0 prermainan Bahasa 20 - 23

3.0 Penutup 24

Rujukan

D20112053541/KRB3063

Page | 16

TUGASAN B

1.0 Pengenalan

Menurut Dr. Seri Lanang ( Penghayatan Karya Agung Melayu , KRB3063 : 2012) dalam

sistem pendidikan negara, bahasa Melayu adalah subjek wajib yang perlu dipelajari secara

formal oleh murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Penyerapan bahan sastera

adalah pelengkap bagi mempelajari kemahiran bahasa.Lagipun,bahan sastera juga sebagai

pelengkap kepada kemahiran lisan, membaca dan menulis.Kesusasteraan Melayu dikatakan

bermula daripada prasasti-prasasti bertulis di dalam bahasa Melayu kuno dalam bentuk syair

seperti batu bersurat Talang Tuo di Kedukang Bukit.Bahasa sastera mempunyai susunan yang

indah dengan bantuan kata-kata yang mengangkat pemikiran penulis secara tersirat.Hasil

daripada pengajaran bahasa dengan sastera akan memberi impak besar di dalam kehidupan

pelajar.Sebagai contoh mengheret ciri Falsafah di dalam Karya Agung Interlok dapat

membekalkan keinsafan kepada murid-murid. Fasalfah daripada aspek sosial seperti

kemiskinan yang menebal di kalangan masyarakat Melayu,Cina dan India di negara mereka

menebalkan semangat juang dengan berhijrah ke Tanah Melayu untuk meneruskan

kelangsungan hidup harus diteladani dan diadaptasi oleh murid-murid dalam

kehidupan.Melalui beberapa kaedah, murid akan didekatkan dengan ciri -ciri falsafah,

pandangan hidup dan nilai ilmu yang diterapkan oleh Abdullah Hussain di dalam Interlok.

Pandangan hidup tentang masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu yang mengamalkan

cara hidup yang berbeza mengikut nilai budaya kaum masing-masing jelas digambarkan oleh

pengarang di di dalam Interlok.Pemupukan jiwa murni dengan kesediaan bekerjasama serta

tolong-menolong, bantu-membantu,saling hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat

pelbagai kaum dan berlainan bangsa dan agama, benar-benar tersuntik ranum dalam hati

sanubari dan jiwa raga ketiga-tiga watak utama akan membawa murid-murid menyelami nilai

budaya masyarakat pada era 20-an.Begitulah Interlok terungkap daripada manifestasi

dasar’pecah dan perintah” Inggeris mengelompokkan masyarakat Melayu di kampung

pedalaman, Cina peniaga, pelombong dan pedagang sementara India di ladang getah milik

Inggeris.

Terdapat banyak Nilai Ilmu yang dipaparkan di dalam Interlok. Antaranya ialah Ilmu

pendukunan,ilmu jampi, ilmu berniaga dan ilmu bertani serta ilmu keguruan yang dimainkan

oleh watak cikgu Lazim mewakili masyarakat Melayu, Cikgu Tai Long yang mewakili

D20112053541/KRB3063

Page | 17

masyarakat Cina. Di samping itu juga ilmu agama tidak ketinggalan dalam sesuatu karya

agung. Contohnya Lebai Man pandai mengaji al-Quran.

Kesesuaian Interlok sebagai khazanah sastera negara bukan sahaja perlu dilihat pada rentetan

peristiwa berdasarkan fakta sejarah lampau,tetapi juga daripada segi penyampaian dan

persembahan melalui diksi dengan kadar ‘keterbacaan’nya.Abdullah menggarapkan novel ini

berlatabelakangkan sejarah termasuk tokoh sejarah melalui jalinan peristiwa sejarah penuh

daya imaginasi dan kreatif.Sebab itulah, karya agung ini perlu dibaca, diteliti dan dihayati

secara bersepadu dan dijadikan teks KOMSAS murid tingkatan 5. Kerasionalan-

keintektualan mata fikir khalayak saja yang dapat memartabat Interlok sebagai karya

melengkapi kajian sejarah negara bangsa melalui titipan konsep 1Malaysia.

2.0 Aktiviti Penerapan

Mengaplikasikan teks sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ,guru perlu

mempelbagaikan teknik dan aktiviti P&P.Guru yang kreatif akan membuatkan murid-murid

berasa seronok untuk belajar.Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan di dalam

proses pembelajaran dan pengajaran sebagai wahana untuk menerapkan pemikiran Abdullah

Hussain kepada murid-murid.Di antaranya ialah 3 kelompok teknik dan aktiviti yang sesuai

semasa proses tersebut iaitu :

1. Kumpulan Kaedah Informatif – Kaedah bacaan terarah, Kaedah Simposium

2. Kumpulan Kaedah Partisipatif – Kaedah pernyataan,Kaedah Lampasan Otak,Kaedah

Perbincangan/Diskusi Kelompok, Kaedah Buzz-Group, Kaedah Forum, Kaedah Kuiz,

Kaedah Kajian Kes, kaedah Peristiwa, Kaedah Main Peranan.

3. Kumpulan Kaedah Partisipatif-Eksperiensial – Kaedah Penemua, Kaedah Demostarsi,

Kaedah Ungkapan Kreatif dan lain-lain.

Dua kaedah yang menjadi pilihan untuk pengajaran penghayatan karya agung ialah Teknik

Membuat Projek dan permainan bahasa. Kedua-dua kaedah ini lebih menjurus kepada

aktiviti murid-murid dengan pengawasan yang minima daripada guru dengan suntikan elemen

didik hibur untuk memastikan murid-murid tidak bosan semasa proses P&P berlangsung.

D20112053541/KRB3063

Page | 18

2.1 Teknik Membuat Projek

Teknik Membuat Projek boleh digunakan sebagai kaedah pengajaran dan dan pembelajaran

penerapan Karya Agung di sekolah.Teknik ini adalah kaedah di mana guru memberikan

tugasan dan murid-murid diminta menghasilkan sesuatu kerja secara berkumpulan dan

hasilnya dapat dilihat dalam bentuk fizikal misalnya buku skrap seperti berikut :

Projek : Membuat Buku Skrap yang berkaitan dengan pandangan hidup seperti di dalam

petikan naratif di dalam teks Interlok

Pengajaran :Ciri Budaya dan Pandangan Hidup

Kumpulan Sasaran : Murid-murid tahun 5

Objektif :

Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat memadankan dan memahami ciri budaya

masyarakat yang digambarkan di dalam teks dengan gambar dan tulisan.

Menggambarkan ciri budaya dan pandangan hidup masyarakat Melayu, Cina dan India

seperti era tersebut di dalam teks.

2.1.1 Langkah 1

Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Guru akan menerangkan kepada murid-

murid tentang ciri-ciri pandangan hidup di dalam petikan naratif daripada teks.Kemudian

murid-murid diminta mencari keratan gambar yang berkaitan dengan petikan tersebut:

‘ Dukun itu mengeluarkan bungkusan kuning dari dalam sakunya.Dikeluarkan kemenyan

sebesar ibu jari kaki lalu dipecah-pecahkan’( m/s22),

Dengan membaca mantera lagi disemburnya sirih yang sudah dikunyah itu.(m/s23),

‘Tengkorak?Bagaimanakah Pak Utih dapat ? Seman memberanikan diri bertanya.(m/s26)

dan

“Seman tidak tahu apa-apa mesti dibuat.Sirih jampi dukun telah berulang kali diberinya

tetapi batuk bapanya amat luar biasa” (m/s29)

2.1.2 Langkah 2

Guru akan membaca atau memberikan keratan perenggan di dalam teks dan menerangkan

tentang pengertian pandangan hidup dan nilai budaya seperti yang terdapat di dalam teks

D20112053541/KRB3063

Page | 19

Interlok.Murid-murid dikehendaki menyiapkan sebuah buku skrap secara berkumpulan

dengan tajuk nilai budaya dan pandangan hidup masyarakat Malaysia yang berbilang kaum

seperti yang terdapat dalam novel Interlok. Guru membahagikan murid-murid kepada

beberapa kumpulan.Guru akan menerangkan kandungan projek buku skrap yang perlu

disiapkan iaitu :

i) Muka hadapan

ii) Penghargaan

iii) kaedah kajian

iv) hasil kajian

v) Rumusan

2.1.3 Langkah 3

Setiap kumpulan dikendaki mencari gambar nilai budaya dan pandangan hidup setiap kaum

Melayu, Cina, India seperti makanan, pakaian, dan adat istiadat .

Berdasarkan gambar yang diperolehi, murid-murid dikehendaki membina beberapa ayat

mudah yang berkaitan dengan teks seperti :

a) Kenapakah penduduk Nyiur Condong tidak pergi ke hospital sebaliknya lebih percayakan

dukun dan bomoh?

b) Apakah fungsi sirih dan kemenyan dalam perubatan tradisional ?

c) Kenapakah dukun Utih menggunakan tengkorak semasa membuat jampi serapah?

2.1.4 Langkah 4

Sebelum pembentangan dimulakan,Setiap kumpulan akan merujuk kepada

guru.pembentangan hendaklah dilakukan dengan bantuan guru sebagai pemudahcara dan

murid-murid akan diberikan merit berdasarkan kerjasama di dalam dan hasil projek mereka.

2.1.5 Langkah 5

Sebagai langkah rumusan,di akhir pembentangan , guru-guru akan menyoal murid secara

rawak mengenai apa yang mereka fahami melalui projek tersebut. Guru akan menyoal

D20112053541/KRB3063

Page | 20

mengenai budaya-budaya lain yang kedapatan di dalam masyarakat Melayu, Cina, dan India

yang boleh dikaitkan dengan projek buku skrap murid-murid tersebut.

Rumusan daripada projek buku skrap ini, murid-murid Tahun 5 diharapkan dapat bekerjasama

secara kritis dan aktif dalam menyumbangkan idea berpandukan teks yang telah diberikan

untuk menilai sejauh manakah kefahaman mereka terhadap teks tersebut.

2.2 Permainan Bahasa

Teknik atau aktiviti permainan bahasa merupakah salah satu aktiviti yang berteraskan didik

hibur.Aktiviti ini amat menyeronokkan dan mampu menarik minat murid untuk mengikuti

aktiviti pembelajaran.Terdapat pelbagai jenis permainan bahasa seperti roda impian, kotak

beracun, harta karun, patung-patung, silang kata dan sebagainya.Saya memilih teka silang

kata dan mencari perkataan tersembunyi untuk penerapan sastera dalam pengajaran bahasa

Melayu.Permainan bahasa sebagai satu langkah untuk memperkukuhkan lagi kefahaman

murid-murid. Guru perlu menyediakan soalan-soalan permaianan bahasa mengikut aras

kefahaman murid –murid. Sebelum itu, murid-murid perlu membaca dan memahami teks

saatera yang disediakan. Berikut adalah contoh aktiviti yang dilakukan:

Aktiviti : Permainan Bahasa berdasarkan petikan naratif di dalam teks Interlok

Pengajaran :Ciri Budaya dan Pandangan Hidup

Kumpulan Sasaran : Murid-murid tahun 5

Objektif :

Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat memadankan dan memahami ciri budaya

masyarakat yang digambarkan di dalam teks berdasarkan teka silang kata dan Mencari

perkataan tersembunyi yang dijawab.

Menggambarkan ciri budaya dan pandangan hidup masyarakat Melayu, Cina dan India

seperti era tersebut di dalam teks.

2.2.1 Langkah 1

Untuk kaedah ini, guru-guru akan menayangkan beberapa blok petikan dialog atau naratif

daripada karya agung di dalam satu persembahan yang dipanggil novel multimedia.Novel

multimedia adalah salah satu karya kreatif bentuk terkini yang menggabungkan sistem audio,

D20112053541/KRB3063

Page | 21

teks, dan grafik di dalam satu masa.Tujuan penggabungan teknik ini adalah untuk

mengukuhkan daya ingatan murid-murid terhadap teks tersebut seperti mana mereka

menonton televisyen.Murid-murid dikehendaki mengecam nilai budaya yang terdapat di

dalam petikan tersebut.Sebagai contoh di dalam naratif :

“ Pak ,” kata Lazim sebelum turun dari rumah untuk pergi mengajar. “Bagaimana kalau kita

ajak Seman duduk di kampung kita ni?”

“ Maniam tidak kahwin lagi setelah meninggalkan isteriny Malini”.

2.2.2 Langkah 2

Murid-murid dikehendaki menyenaraikan nilai-nilai murni yang terdapat pada keratan naratif

dan menamakan watak yang terlibat secara bertulis. Guru hendaklah mewujudkan

persekitaran pembelajaran yang terbuka tanpa banyak sekatan.Murid-murid dihidangkan

tayangan video multimedia berkenaan keratan tersebut dari semasa ke semasa.

2.2.3 Langkah 3

Guru mengedar bahan Teka Silang kata dan puzzle yang terdapat unsur-unsur atau nilai

budaya yang berkait dengan keratan naratif tersebut.Guru bertindak sebagai fasilitator . Murid

menyiapkan teka silang kata dan puzzle. Murid boleh berbincang dalam mencari jawapan.

2.2.4 Langkah 4

Guru memberi penerangan dan ulasan tentang jawapan murid. Murid membaca jawapan.

Sebagai rumusan, guru membuat penerangan dan ulasan tentang nilai-nilai budaya yang

terdapat di dalam teka silang kata dan mengaitkannya dengan watak-watak yang terdapat di

dalam novel Interlok.

Sebagai penutup, guru meminta beberapa orang murid mencerita kembali perwatakan watak-

watak yang terdapat di dalam keratan yang dipertonton tadi supaya dapat mengukuhkan

ingatan.

D20112053541/KRB3063

Page | 22

Contoh Teka Silang Kata

1.P 2

4

3.I

Y

5 G

Soalan :

1. Apakah maksud semangat cintai negara.

2. Jepun bersikap tidak ______________ kepada masyarakat Cina.

3.Pertolongan Musa kepada Maniam adalah ____________________.

4. Kim Lock sangant ________________akan anaknya Cing Huat.

5.Cing Huat berusaha dengan _________________untuk mencapai cita-cita.

D20112053541/KRB3063

Page | 23

Contoh Puzzle

Arahan : Cari lapan nilai murni yang

tersembunyi.

I R A B A S R U P I

K E C P M E U B I H

U M A R O T E R U O

K E G I G I H A N R

M A S H U A U T A M

Y I U A N K I L M A

L I P T U A T A A T

R A J I N S H A N P

K P E N Y I Y A N G

B A T A L H I Z A N

D20112053541/KRB3063

Page | 24

3.0 Penutup

Kesimpulannya,bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan guru perlu

memainkan peranan ini selaras dengan konsep bahasa merentasi kurikulum.Dalam pendidikan

bahasa Melayu, teks sastera atau karya agung diperkenalkan bagi memartabatkan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Justeru itu, untuk menerapkan teks sastera di dalam mata

pelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah satu aktiviti yang benar-benar menarik

minat murid-murid harus diketengahkan.Tambahan pula aktiviti yang tidak bertepatan dengan

dengan kehendak usia murid-murid akan mendatangkan kesan negatif seperti ketiadaan

tindakbalas menyebabkan pengajaran berkesan tidak dapat disampaikan.Menurut teori Piaget

kanak –kanak dalam linkungan umur 7 sehingga 11 tahun sudah mempunyai kemahiran

berfikir secara logik walaupun masih tertakluk kepada situasi konkrit.Aktiviti yang

berteraskan didik hibur akan membuat murid-murid sentiasa terangsang untuk belajar dan

mendapat maklumat sekaligus dapat memberi suasana pengajaran dan pembelajaran yang

menyeronokkan . Dengan itu guru-guru perlulah mempersiapkan diri supaya lebih kreatif dan

kritis untuk memenuhi kehendak murid –murid.

D20112053541/KRB3063

Page | 25

Rujukan

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran bahasa Melayu.

Selangor :

Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Adenan Ayob ,Kamariah Abu Bakar, Zakaria Kasa & Aida Suraya Md. Yunus. (2011).

Multimedia dalam pengajaran bahasa Melayu.TanjongMalim : Emeritus Publications.

Dr.Seri Lanang Jaya bin Hj. Rohani, Prof.Madya Abd.Rahman bin Napiah, Dr.Hj. Rashid

bin Md. Idris & Dr.Hj. Naffibin Mat.(2013). Penghayatan Karya Agung Modul

PJJ.Tanjing Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2010 ).Buku panduan Guru Bahasa Malaysia.Putra Jaya

:Bahagia Pembangunan Kurikulum

Rahimah Haji Sabran dan rahim Syam (!987 ). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.

Petaling Jaya : Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd.

Laman Sesawang :

http://id.wikipedia.org/wiki/budaya

http://jurnalnajmu.wordpress.com/2007/11/15/24/

http://ummahonline.wordpress.com/2008/05/22/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-ilmu/

.