1. krm3053 tugasan sem 2 2013 14 (1)

6
KRM3053 Kemahiran Dalam Matematik (Skills in Mathematics) [PANDUAN KERJA KURSUS] SEMESTER 2, SESI 2013_14 ARAHAN 1. Kursus KRM 3053 ini mengandungi tugasan BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B sahaja. 2. Jawab KESEMUA tugasan tersebut. 3. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah E-Learning melalui link yang tertentu dalam myguru3. 4. Tempoh masa penghantaran tugasan mestilah dipatuhi. Tempoh masa yang telah ditetapkan itu tidak akan dilanjutkan. 5. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Upload: jaya-lakshmi

Post on 20-Jun-2015

373 views

Category:

Automotive


2 download

DESCRIPTION

assigment

TRANSCRIPT

Page 1: 1. krm3053 tugasan sem 2 2013 14 (1)

KRM3053Kemahiran Dalam Matematik

(Skills in Mathematics)

[PANDUAN KERJA KURSUS]SEMESTER 2, SESI 2013_14

ARAHAN

1. Kursus KRM 3053 ini mengandungi tugasan BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B sahaja.

2. Jawab KESEMUA tugasan tersebut.

3. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah E-Learning melalui link yang tertentu dalam myguru3.

4. Tempoh masa penghantaran tugasan mestilah dipatuhi. Tempoh masa yang telah ditetapkan itu tidak akan dilanjutkan.

5. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Page 2: 1. krm3053 tugasan sem 2 2013 14 (1)

KATEGORI TUGASAN

PECAHAN TUGASAN

ARAHAN MARKAH TARIKH AKHIR

MENGHAN-TAR

TUGASAN

BAHAGIAN A

(ESEI)

40 markah

Bahagian A ini mengandungi 2 (DUA) tugasan iaitu Tugasan 1 dan Tugasan 2.

TUGASAN 1: (Individu)

Satu cabaran yang perlu ditangani oleh para guru dalam pengajaran matematik ialah memastikan murid-muridnya memiliki kemahiran penaakulan yang baik. Bincangkan empat cabaran yang perlu ditangani oleh guru dalam memastikan kemahiran penaakulan yang baik dapat diterap dalam pengajaran bilik darjah. Bagi setiap cabaran tersebut bincangkan cadangan mengatasinya. Perbincangan anda perlulah kritikal berasaskan fakta dan juga pendapat anda sendiri.

20 markah Minggu ke 6

TUGASAN 2: (Individu)

Bagi setiap heuristik yang tersenarai di bawah, rancangkan 1 (SATU) aktiviti pengajaran penyelesaian masalah matematik berdasarkan fahaman konstruktivisme kapada murid-murid sekolah rendah. Setiap aktiviti yang anda rancangkan itu mestilah bersesuaian dengan pengajaran selama 30 minit. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Aktiviti ini adalah asli atau berdasarkan pengalaman anda sendiri.

Tajuk 1: heuristik analogi.

Tajuk 2: heuristik gambar rajah jalur.

20 markah Minggu ke 9

Terdapat 5 soalan untuk dibincangkan secara

Page 3: 1. krm3053 tugasan sem 2 2013 14 (1)

BAHAGIAN B

(E-FORUM)

20 marks dlm forum

on-line menerusi laman MyGuru3. Pelajar perlu menjawab setiap soalan forum yang diberikan SEBANYAK SEKALI (SEKURANG-KURANGNYA). Kepada setiap soalan forum itu juga, pelajar perlu memberi kementar kepada mana-mana DUA (2, SEKURANG-KURANGNYA) jawapan yang diberi oleh rakan pelajar yang lain. Jawapan dan komentar mestilah diselesaikan dalam tempoh yang dinyatakan sahaja (Peringatan: lanjutan tarikh forum tidak akan dilakukan). Kualiti jawapan dan komentar yang anda beri akan diambilkira dalam menentukan markah terhadap respond yang anda berikan. Berikut adalah soalan forum:

Soalan forum 1: Apakah yang dimaksudkan dengan “pendekatan proses” dalam pengajaran penyelesaian masalah matematik. Seterusnya, bincangkan bagaimana memastikan pembelajaran berkesan boleh dicapai melalui penyelesaian masalah.

Soalan forum 2: Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru untuk mengaplikasikan kemahiran komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik? Bincangkan.

Soalan forum 3: Dengan melihat kepada cabaran dalam pendidikan matematik masa kini, bincangkan isu “Sanggupkah guru melatih murid penaakulan matematik?”. Perbincangan adalah merujukkan kepada situasi di Malaysia.

Soalan forum 4: Bincangkan bagaimana prosedur kira tambah nombor bulat secara mengumpul semula boleh dijelas dalam pengajaran kelas agar menjdi lebih mudah difahami oleh murid-murid. Soalan forum 5: Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran melibatkan penggunaan teknologi atau media.

5 x 4 markah

JUMLAH MARKAH KERJA KURSUS 60

MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR 40

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN 100

Perhatian: Segala perkara yang berkaitan dengan tugasan adalah merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda.

Page 4: 1. krm3053 tugasan sem 2 2013 14 (1)

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS

KERJA KURSUS

A Menepati format penulisan folio, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

A- Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

B+ Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa.

B Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan).

B- Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan).

C+ Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan).

C Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara.

D Kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara.

E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

Page 5: 1. krm3053 tugasan sem 2 2013 14 (1)

SELAMAT BELAJAR DAN MENYELESAIKAN KERJA KURSUS

PERINGATAN!!!!!!!

i. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.

ii. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

iii. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan.

iv. Sentiasa rujuk pengumuman dari masa ke semasa.

v. Berhubung dengan tutor E-Learning anda.

vi. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

vii. Kegagalan anda melengkapkan tugasan adalah tanggungjawab anda

sendiri.

viii. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.

ix. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi

kumpulan masing-masing.