tugasan hbms1203 pengajaran muzik 1- s. norhafidzah ahmat 801025145346001 sem mei 2012

24
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBMS1203 PENGAJARAN MUZIK 1 NO. MATRIKULASI : 801025145346001 NO. KAD PENGENALAN : 801025-14-5346 NO. TELEFON : 012-2701934 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SHAH ALAM

Upload: ctnorhafidzah-ahmat

Post on 31-Jul-2015

314 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2012

HBMS1203

PENGAJARAN MUZIK 1

NO. MATRIKULASI : 801025145346001

NO. KAD PENGENALAN : 801025-14-5346

NO. TELEFON : 012-2701934

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SHAH ALAM

Page 2: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

PRAKATA

Alhamdulillah dengan kehendakNya, saya dapat menyempurnakan tugasan HBMS 1203

(PENGAJARAN MUZIK 1) ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Terima kasih yang

tidak terhingga saya ucapkan kepada Pensyarah Penasihat Kursus HBMS 1203 ini iaitu

En. Hafiz Ridhuan bin Md Daud yang telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar

kepada saya dalam menyempurnakan tugasan ini.

Sokongan daripada rakan-rakan sekuliah turut dihargai, segala bahan-bahan rujukan yang

disumbangkan cukup bermakna bagi diri saya kerana tanpa kerjasama rakan-rakan sudah tentu

tugasan saya tidak seperti ini.

Sebagai seorang pelajar yang baru, banyak perkara yang masih perlu dipelajari.

Bimbingan dan sokongan daripada pensyarah kepada saya dalam kursus ini amat-amat saya

harapkan. Segala kelemahan yang terdapat di dalam tugasan saya ini adalah datangnya daripada

kelemahan saya. Tunjuk ajar daripada tuan sudah tentunya dapat mempertingkatkan lagi mutu

tugasan ini.

Harapan saya agar tugasan ini dapat mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua

pihak. Semoga usaha kecil ini akan dapat keberkatan daripadaNya.

Sekian, terima kasih.

SITI NORHAFIDZAH BT AHMAT

801025145346001

2

Page 3: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Prakata 2

2. Pengenalan 4

3. Lima sebab mengapa lagu anak ikan sesuai digunakan semasa kelas nyanyian

5-6

4. Kaedah Mengajar 7-8

5. Konsep muzik & Rancangan mengajar nyanyian tahap I 9-15

6. Analisis skor lagu 16-17

7. Corak irama alat perkusi tanpa pic (Kastenet, Kayu Tik Tok, Tamborin) 18

8. Rumusan 19

9. Bibliografi 20

10. Lampiran 22

3

Page 4: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

PENGENALAN

Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi murid-murid sekolah

rendah khususnya. Hal ini kerana, aktiviti nyanyain boleh digunakan untuk meluahkan perasaan,

memberikan hiburan serta dengan secara tidak langsung dapat memberikan pengalaman belajar

yang baik sekali kepada murid-murid. Menurut Nani Menon (2008), menyatakan bahawa suara

adalah alat muzik semula jadi di mana kanak-kanak dapat menggunakannya bagi meluahkan

perasaan mereka melalui nyanyian. Pendapat ini juga turut disokong oleh Kamus Dewan Edisi

ke-4 (2007), telah menyatakan bahawa nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan

suara. Oleh itu, nyanyian dan suara merupakan dua komponen yang tidak dapat dipisahkan

seperti laut dengan pantai terutama sekali didalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan

muzik. Ini kerana aktiviti nyanyian seringkali dikaitkan dengan suara. Tambahan pula, nyanyian

juga memerlukan kaedah-kaedah yang sesuai agar murid-murid dapat belajar nyanyian dengan

baik dan sekaligus memjadikan pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik dengan lebih

berkesan.

Selain itu, permainan alat perkusi juga adalah penting didalam pengajaran dan

pembelajaran pendidikan muzik kerana alat perkusi mampu menghasilkan bunyi-bunyian yang

unik dan sekaligus menarik perhatian murid untuk belajar menggunakan alat perkusi ini.

Permainan alat perkusi memerlukan teknik dan kemahiran yang tersendiri kerana alat perkusi

dapat dikategorikan dengan pelbagai jenis seperti goncangan, ketukan, pukulan, paluan dan

sebagainya. Oleh hal yang demikian, alat perkusi ini dapat dimainkan sekali dengan aktiviti

menyanyi untuk memberi kesan yang baik serta menarik perhatian murid-murid untuk

melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Di samping itu, alat

perkusi ini juga boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu alat perkusi berpic dan tidak berpic.

Alat perkusi yang tidak berpic seperti kayu tik tok, kastenet, loceng, tamborin, kerincing, dram

getar, dram tenor dan simbal manakala, alat perkusi berpic adalah seperti glokenspiel, tone block

dan xylophone.

4

Page 5: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

Lirik Lagu Anak Ikan

Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan,

Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan,

Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya,

Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya.

Marilah kitalah kita bersuka ria,

Marilah kitalah kita bersuka ria,

Sambil menyanyi menyanyi gelak ketawa,

Sambil menyanyi menyanyi gelak ketawa.

1. Lima sebab mengapa lagu Anak Ikan sesuai digunakan semasa kelas nyanyian.

Dalam tugasan ini, saya telah memilih lagu rakyat, iaitu lagu Anak Ikan sebagai salah satu

lagu yang digunakan untuk mengajar aktiviti nyanyian semasa kelas nyanyian kepada murid-

murid. Pemilihan lagu Anak Ikan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang dicadangkan dapat

memberi manfaat kepada murid-murid dan juga guru terutama sekali dalam pengajaran dan

pembelajaran pendidikan muzik.

Pertama sekali, pemilihan lagu Anak Ikan ini adalah disebabkan oleh penggunaan perkataan

berulangan ataupun lirik yang berulangan. Misalnya, lirik lagu Anak Ikan pada baris pertama dan

baris kedua dalam rangkap pertama, perkataan yang digunakan adalah sama dan berulang-ulang.

Begitu juga dengan rangkap kedua pada lirik baris pertama dan kedua adalah sama dan berulang

juga. Jadi, murid-murid akan lebih mudah untuk belajar menyanyi dan juga mengingati lirik lagu

Anak Ikan ini kerana lirik lagunya yang sentiasa berulang-ulang.

Selain itu, lagu Anak Ikan ini mempunyai lirik lagu yang sederhana, iaitu tidak terlalu

panjang dan tidak terlalu pendek. Murid-murid akan lebih mudah menguasai nyanyian lagu Anak

Ikan ini kerana lirik lagunya yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Walaupun lirik

5

Rangkap pertama

Rangkap kedua

Page 6: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

lagu ini mempunyai dua rangkap tetapi, lirik lagunya berulang-ulang yang menyebabkan lagu

Anak Ikan ini adalah mudah dan singkat apabila dinyanyikan.

Seterusnya, lagu Anak Ikan ini juga mengandungi nada yang tidak terlalu tinggi dan juga

tidak terlalu rendah. Contohnya, dalam skor lagu Anak Ikan (rujuk muka surat 18), not yang

paling tinggi ialah not C menaik dalam bar kedua manakala, not yang paling rendah ialah not C

menurun dalam bar keenam dan bar kelapan. Malah, jarak antara not ke not dalam skor lagu ini

juga adalah agak rapat serta sesuai dengan tahap suara murid-murid.

Di samping itu, pemilihan lagu Anak Ikan ini juga disebabkan oleh senikatanya yang

mempunyai unsur-unsur kegembiraan. Misalnya, senikata yang terdapat pada rangkap kedua

yang jelas menunjukkan perasaan dan emosi yang gembira, ceria dan bersuka ria. Senikata ini

bersesuaian dengan naluri murid-murid yang menyukai lagu yang berunsurkan kegembiraan dan

boleh menarik perhatian mereka untuk belajar menyanyi.

Akhir sekali, lagu Anak Ikan ini juga mengandungi mud lagu yang riang sama seperti

senikata yang telah dinyatakan dalam rangkap kedua. Mud lagu Anak Ikan ini jelas

menggambarkan perasaan murid-murid ketika menyanyikan lagu ini. Oleh yang demikian, lagu

Anak Ikan ini dicadangkan bersesuaian dengan fitrah kanak-kanak yang sentiasa inginkan

hiburan dan kegembiraan dalam diri murid-murid.

6

Page 7: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

2. Kaedah mengajar

Untuk mengajar lagu Anak Ikan ini, saya akan menggunakan kaedah keseluruhan lagu.

kaedah kseluruhan lagu ini amat sesuai digunakan untuk mengajar lagu yang pendek. Oleh yang

demikian, saya memilih kaedah ini untuk mengajar lagu Anak Ikan kepada murid-murid. Antara

langkah-langkah pengajaran yang akan saya gunakan adalah seperti berikut:-

a) Langkah pertama:

Memperdengarkan lagu Anak Ikan secara keseluruhan dengan muziknya sekali. Saya

akan memainkan lagu Anak Ikan ini dengan muziknya sekali untuk beberapa kali.

Langkah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang lagu yang akan

dipelajari.

b) Langkah kedua:

Kemudian, saya akan menyanyikan lagu Anak Ikan secara keseluruhan dengan iringan

dan tanpa iringan muzik. Pertama sekali, saya akan menyanyikan lagu Anak Ikan ini

tanpa iringan muzik. Kemudian, saya akan menyanyi lagu Anak Ikan dengan iringan

muzik supaya murid-murid mengetahui tempo yang sesuai digunakan untuk

menyanyikan lagu ini.

c) Langkah ketiga:

Seterusnya, saya akan memberi bimbingan kepada murid-murid untuk membaca senikata

lagu Anak Ikan dengan sebutan yang betul. Oleh itu, saya akan sediakan satu carta lirik

lagu untuk mengajar murid-murid membaca senikata lagu Anak Ikan supaya murid-murid

lebih memahami lirik lagu itu disamping guru dapat memberikan penerangan yang jelas

berkaitan tentang lirik lagu Anak Ikan. Ini akan dapat memberikan murid-murid

penghayatan yang lebih mendalam tentang lirik lagu Anak Ikan ini nanti.

d) Langkah keempat:

Murid-murid akan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu Anak Ikan secara

‘humming’ atau sebutan vokal a, e, i, o, u berulang-ulang. Ini akan memberikan kesediaan

yang lebih kepada murid-murid terhadap nyanyian lagu Anak Ikan ini.

e) Langkah kelima:

Seterusnya, murid-murid akan menyanyi keseluruhan lagu Anak Ikan dengan iringan

muzik. Apabila murid-murid telah didedahkan dengan teknik nyanyian yang betul maka,

7

Page 8: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

murid-murid akan mampu menyanyi lagu Anak Ikan ini dengan tempo yang betul serta

mennyanyi dengan penuh ekspresi.

8

Page 9: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

3. Konsep muzik dan rancangan mengajar nyanyian tahap 1

Terdapat dua konsep muzik yang akan saya terapkan dalam pengajaran dan pembelajaran

nyanyian lagu Anak Ikan ini nanti, iaitu konsep irama dan warna ton. Konsep irama

mengandungi aspek-aspek seperti detik, tempo, tekanan, tempoh masa dan nilai not, meter dan

corak irama. Manakala, warna ton pula ialah dihasilkan daripada pelbagai sumber bunyi seperti

suara, alat muzik, perkusi badan, bahan improvisasi dan bunyi alam sekitar. Tetapi, untuk konsep

irama saya akan tekankan dengan aspek tempo cepat dan lambat manakala, warna ton pula saya

akan fokuskan dengan suara lelaki dan suara perempuan. Rancangan pengajaran nyanyian lagu

Anak Ikan bagi murid-murid Tahun 1 adalah seperti di bawah ini:-

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Muzik Tahap 1 Tahun 1

Mata Pelajaran Pendidikan Muzik

Tahun Satu (1)

Tarikh 12 Julai 2012

Hari Khamis

Masa 30 minit (8.00 – 8.30 pagi)

Fokus Pengalaman Muzikal :- suara perempuan dan lelaki

Apresiasi Muzik:- tempo cepat dan lambat

Standard Kandungan

Pengalaman Muzikal

1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan

Apresiasi Muzik

3.1 Menghayati muzik daripada repertoir

Standard Pembelajaran Pengalaman Muzikal

1.1.1 Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul

(suara lelaki dan perempuan)

Apresiasi Muzik

9

Page 10: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

3.1.2 Mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada

muzik yang didengar (tempo cepat dan lambat)

Objektif Pengajaran

Pada akhir pengajaran murid dapat:

1. Menyanyi lagu Anak Ikan mengikut tempo.

2. Menghasilkan suara lelaki atau suara perempuan mengikut

kad gambar orang lelaki atau orang perempuan yang

ditunjukkan dengan betul.

Pengalaman Sedia Ada Murid pernah menyanyi lagu rakyat atau lagu kanak-kanak

Bahan Bantu Mengajar Carta lirik lagu, kad gambar, CD lagu Anak Ikan

Penerapan Nilai Berdisiplin - mendengar arahan

Kemahiran BerfikirMembezakan tempo cepat dan lambat, membezakan suara lelaki

dan perempuan

EMK (Elemen Merentas

Kurikulum)

Kreativiti

Menyanyi dengan mengubah tempo secara kreatif

Masa/Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Strategi

P&P/ABM/Nilai

Set Induksi

(5 minit)

- Tempo cepat dan

lambat

- Suara perempuan

dan suara lelaki

1. Guru menunjukkan kad

gambar kereta api sedang

bergerak kepada murid-

murid.

2. Guru meminta murid-murid

membunyikan kereta api

yang sedang bergerak.

3. Guru menunjukkan kad

gambar kereta lumba kepada

murid-murid.

4. Murid-murid membunyikan

bunyi kereta lumba kepada

Kad gambar

kereta api

Kad gambar

kereta

10

Page 11: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

guru.

5. Guru meminta murid

perempuan membunyikan

kereta api manakala, murid

lelaki membunyikan kereta

lumba secara bergilir-gilir

mengikut arahan guru.

6. Guru menyoal murid-murid

dengan soalan berikut:

Apakah perbezaan antara

kereta lumba dan kereta api

apabila bergerak?

Andaian jawapan: kereta

api bergerak lambat. Kereta

lumba bergerak laju.

Kemahiran

berfikir:

membanding

beza

Langkah 1

(10 minit)

Menyanyi mengikut

tempo

Lirik lagu Anak

Ikan

Anaklah ikanlah

ikan dimakan ikan

(2x)

Ikanlah kecil

tulangnya banyak

tulangnya (2x)

Marilah kitalah kita

bersuka ria (2x)

Sambil menyanyi

menyanyi gelak

1. Guru memainkan lagu Anak

Ikan kepada murid-murid

dengan menggunakan CD

lagu untuk beberapa kali.

2. Kemudian, guru

menampalkan carta lirik

lagu Anak Ikan di atas

papan putih.

3. Guru membmbing murid-

murid membaca lirik lagu

Anak Ikan kepada murid-

murid.

4. Guru menyanyikan lagu

Anak Ikan mengikut tempo

yang betul berdasarkan carta

CD lagu Anak Ikan

Carta lirik lagu

Anak Ikan

11

Page 12: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

ketawa (2x) lagu yang telah dipamerkan.

5. Murid-murid mengikut guru

menyanyi dengan tempo

yang betul lagu Anak Ikan.

6. Seterusnya, guru meminta

murid menyanyikan lagu

Anak Ikan mengikut kad

gambar yang ditunjukkan.

Misalnya, guru

menunjukkan kad gambar

kereta api maka, murid-

murid menyanyikan lagu

Anak Ikan dengan perlahan.

Sekiranya guru

menunjukkan kad gambar

kereta lumba maka, murid-

murid dikehendaki

menyanyikan lagu Anak

Ikan dengan tempo yang

cepat.

7. Langkah 5 diulang untuk

beberapa kali mengikut

arahan guru.

Kad gambar kereta

api

Kad gambar kereta

lumba

Langkah 2

(5 minit)

Menyanyi dengan

suara lelaki dan

perempuan

1. Guru membahagikan murid-

murid kepada dua

kumpulan, iaitu kumpulan

lelaki dan kumpulan

perempuan.

2. Guru meminta murid-murid

menyanyikan lagu Anak

Kad gambar

perempuan

12

Page 13: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

Ikan mengikut kumpulan

lelaki dan perempuan

dengan menggunakan kad

gambar jantina berlainan.

Misalnya, guru

menunjukkan kad gambar

perempuan maka, kumpulan

perempuan yang akan

menyanyi lagu Anak Ikan

mengikut arahan guru.

3. Guru menunjukkan lirik

lagu ketika murid-murid

menyanyi sambil

menunjukkan kad gambar

jantina berlainan mengikut

arahan guru.

4. Suara murid perempuan dan

murid lelaki menyanyi akan

bergilir-gilir kerana

mengikut kad gambar

jantina yang ditunjukkan

oleh guru.

5. Langkah 3 diulang untuk

beberapa kali.

Kad gambar

lelaki

Carta lirik lagu

Anak Ikan

Langkah 3

(8 minit)

Menyanyi mengikut

tempo

menggunakan suara

lelaki dan

perempuan

1. Murid-murid dibahagikan

kepada dua kumpulan, iaitu

kumpulan murid perempuan

dan kumpulan murid lelaki.

2. Guru meminta murid-murid

menyanyikan sekali lagi Kad gambar

13

Page 14: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

lagu Anak Ikan mengikut

tempo dan kumpulan yang

telah ditetapkan berdasarkan

kad gambar kereta api dan

gambar kereta lumba yang

telah ditunjukkan pada set

induksi tadi.

3. Kemudian, setelah memilih

tempo yang akan

dinyanyikan, guru juga akan

memilih kumpulan yang

akan menyanyikan lagu

Anak Ikan berdasarkan

tempo yang telah diberikan.

Contohnya, guru

mempamerkan kad gambar

kereta api sambil

menunjukkan jari ke arah

kumpulan perempuan maka,

kumpulan perempuan akan

menyanyi lagu Anak Ikan

dengan tempo yang

perlahan.

4. Langkah ini akan diulang

mengikut arahan guru.

lelaki dan kad

gambar

perempuan

Penutup

(2 minit)

Rumusan aktiviti

pengajaran dan

pembelajaran

1. Guru membuat

perbincangan bersama

dengan murid-murid tentang

perbezaan tempo yang telah

dipelajari dan perbezaan

14

Page 15: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

suara lelaki dan perempuan

melalui nyanyian yang telah

dilaksanakan.

2. Guru menekankan sekali

lagi nilai berdisiplin yang

perlu diikuti ketika

membuat aktiviti nyanyian.

15

Page 16: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

Skor Lagu Anak Ikan

4. Analisis skor lagu Anak Ikan

Berdasarkan kepada skor lagu Anak Ikan yang ditunjukkan di atas, nada lagu yang digunakan

ialah C major manakala, meter yang terdapat pada skor ini pula ialah 4/4. Lagu Anak Ikan ini

mempunyai 9 bar. Nilai semua not yang ada dalam satu bar ialah 4 kerana meter yang digunakan

adalah 4/4. Pic yang paling tinggi digunakan pada skor lagu ini ialah pic C. Not mendatar dalam

skor lagu ini dapat dikesan pada bar ke-1, ke-2 dan bar ke-5. Kebanyakan not yang digunakan

adalah sama seperti not yang terdapat pada bar pertama, kedua dan bar kelima menyebabkan not-

notnya adalah mendatar. Bagi penggunaan kord dalam skor lagu Anak Ikan ini menggunakan

kord C major yang mengandungi not (C, E, G) dan kord G7 pula ialah not (G, B, D). Kedudukan

kord C major pada papan kibod adalah seperti pada rajah 1 manakala kedudukan kord G7 pada

papan kibod ditunjukkan pada rajah 2 di bawah ini:-

16Rajah 1

C E G

Kedudukan kord C major (C, E, G)

Page 17: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

17

Kedudukan kord G7 (G, B, D)

G BD

Rajah 2

Page 18: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

5. Corak irama alat perkusi (kastenet, kayu tik tok, tamborin) lagu Anak Ikan

Anak Ikan

18

Page 19: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

RUMUSAN

Kesimpulannya, mata pelajaran pendidikan muzik ini amat penting sekali untuk diajarkan

kepada murid-murid walaupun mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran elektif sahaja di

sekolah rendah terutamanya kerana proses pembelajaran banyak berlaku ketika aktiviti

pendidikan muzik dijalankan khususnya aktiviti yang melibatkan nyanyian dan permainan alat

perkusi. Hal ini disebabkan oleh nyanyian dapat menarik perhatian murid-murid untuk belajar di

samping dapat menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsungnya dalam proses pengajaran

dan pembelajaran pendidikan muzik.

Oleh itu, guru hendaklah bijak dalam memilih kaedah-kaedah pengajaran untuk mengajar

pendidikan muzik kerana mata pelajaran ini juga mampu meningkatkan tahap kognitif,

psikomotor dan afektif murid-murid tanpa kita sedari. Selain itu, pemilihan lagu juga

mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik kerana lagu

dapat menarik perhatian murid, menghiburkan hati murid dan menjadi wadah kepada murid-

murid untuk meluahkan perasaan mereka. Jadi, guru hendaklah sentiasa bergerak ke hadapan

untuk mengubah cara pengajaran dan pembelajaran mengikut keinginan murid-murid demi untuk

bangsa dan negara pada masa akan datang.

( 2242 patah perkataan )

19

Page 20: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

BIBLIOGRAFI

Mohd. Azam Sulong. (2008). HBMS2603 Perkembangan Apresiasi dalam Nyanyian Kanak-kanak Prasekolah. Kuala Lumpur: Open University.

Nani Menon. (2008). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Open University. (2011). HBMS1203 Pengajaran Muzik 1. Kuala Lumpur: Open University.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Siri Nyanyian & Aktiviti Muzik Tahun 2. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Siri Nyanyian & Aktiviti Muzik Tahun 3. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dunia Muzik Tahun 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

20

Page 21: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

LAMPIRAN

21

Page 22: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

Anak Ikan

22

Page 23: Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

23