assgment tekno sem 1
TRANSCRIPT
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
HURAIAN PRINSIP-PRINSIP REKA BENTUK VISUAL BAHAN P&P
BERBANTUKAN KOMPUTER.
Pengenalan
Visual adalah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik
daripada pernyataan secara lisan atau bertulis.Ini bermakna,fungsi utama visual adalah
untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran.Justeru,peranan visual dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting.Oleh itu,visual yang berkualiti dan
dibantu pula dengan teknik penggunaan yang betul akan meningkatkan komunikasi
dalam pengajaran. Peningkatan komunikasi dalam pengajaran memungkinkan
keberkesanan pengajaran yang maksima.Visual berperanan membantu ingatan pelajar
dengan cara menarik perhatian,mengekalkan perhatian dan menghasilkan maklum balas
emosi.Visual hanya akan mempunyai fungsi komunikasi jika mempunyai ciri-ciri
berikut:
Mudah dan jelas dibaca / difahami.
Mesej mudah ditafsir.
Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar / pengguna .
Definisi Prinsip Reka Bentuk
Prinsip reka bentuk visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-
elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menjadi menarik dan berkesan.Ia adalah
konsep untuk menyusun maklumat visual. Prinsip reka bentuk akan membantu kita
membuat keputusan bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk.
Prinsip reka bentuk juga membantu menjadikan imej visual kelihatan lebih menarik dan
menyenangkan apabila dilihat.
Huraian Bahan P&P Berdasarkan Prinsip-Prinsip Reka Bentuk Visual.
1
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
Berikut adalah huraian reka bentuk mengenai bahan-bahan P & P berbantukan
komputer yang direka bentuk berdasarkan enam prinsip grafik di bawah:-
Simplisiti
Domain
Pola
Seimbang
Variasi
Harmoni
Simplisiti
Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat
dan jelas.Sesuatu hasil mestilah nampak mudah dibaca atau difahami tetapi masih boleh
menarik perhatian. Cara terbaik untuk mencapai maksud simplisiti ialah dengan
mempersembahkan hanya satu perkara pada satu masa. Visual di bawah menunjukkan
konsep ini.
Sumber:http//www.google images.buah-buahan tempatan
2
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
Visual ini sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Dua
di sekolah kebangsaan bagi tajuk Buah-Buahan Tempatan. Merujuk pada visual di atas,
ianya menepati prinsip grafik simplisiti iaitu gambarnya jelas dan murid dapat
memahaminya dengan cepat dan tepat. Murid tidak akan teragak-agak untuk
menamakan buah tersebut sebagai buah durian.Lebih-lebih lagi,visualnya hanya
menunjukkan sejenis buah sahaja iaitu buah durian. Ini menepati prinsip grafik
simplisiti iaitu mempersembahkan satu perkara pada satu masa.Visual ini juga mudah
difahami dengan warna sebenar bagi buah durian beserta isinya yang ditonjolkan amat
menarik perhatian.
Domain
Domain adalah titik fokus utama dalam sesuatu visual juga dijadikan pusat
penumpuanatau minat. Dalam sesuatu rekaan visual,objek atau item utama mestilah
ditonjolkan supaya dapat dilihat dan dibaca dengan mudah oleh penonton/pembaca.Ada
beberapa cara untuk mencapai domain iaitu:-
a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule Of Third)
b) Warna dan bentuk yang kontra
c) Saiz yang lebih besar
d) Menggunakan anak panah yang menunjukk ke arah item utama
e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item
f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual.
g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.
Berikut ialah visual yang menunjukkan konsep domain.
3
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
Sumber:http//www.linkury.com
Visual ini sesuai digunakan semasa P&P mata pelajaran Dunia Sains Dan
Teknologi Tahun Satu.Topik yang bersesuaian ialah Haiwan. Daripada visual ini,prinsip
domain dipaparkan pada saiz ibu itik yang lebih besar berbanding saiz anak-anak itik.
Saiz ibu itik yang besar dapat dijadikan titik fokus utama yang dapat dilihat dengan
mudah dan jelas.Berpandukan ibu itik sebagai titik fokus utama,guru boleh mengadakan
sesi soal jawab semasa P&P.Warna badan itik iaitu putih dan warna gelap dan biru bagi
air sebagai latar juga didapati kontras dan ini menjadikan konsep domain pada visual ini
dapat dicapai.
Pola
Pola atau corak adalah berkaitan dengan susunan item-item dalam sesuatu
rekaan visual.Aspek susunan mustahak diambil berat kerana ia dapat menarik
penglihatan mata ke arah item utama ,menggerakkan penglihatan mata kepada
keseluruhan visual dalam arah yang betul,dan mengekalkan penglihatan mata dan
seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga ke titik akhir.
Kesimpulannya,pola bermakna penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik dan
mengekalkan perhatian pembaca / penonton dan sekaligus menjadi panduan kepada
mereka bagi mengetahui apa yang terkandung dalam visual yang dipersembahkan.
4
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
Terdapat beberapa jenis pola yang digunakan dalam rekaan visual iaitu:
a ) pola bentuk geometri seperti bulat dan segi tiga.
b ) pola mengikut huruf seperti C,T Z dan lain-lain lagi.
Jelaslah bahawa bukan hanya gambar rajah atau ilustrasi yang harus
disusun,huruf dan perkataan juga perlu disusun kerana ia adalah sebahagian daripada
pola.Visual di bawah boleh digunakan dalam P & P untuk mata pelajaran Dunia Sains
Dan Teknologi Tahun Satu bagi tajuk Bentuk-Bentuk Asas.
5
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
Sumber:http://epkhas.ses.usm.my/sites/
Dalam rekaan visual ini, pola jenis geometri digunakan. Bentuk-bentuk geometri
seperti bulat,segi tiga dan empat segi disusun membentuk boneka manusia. Penyusunan
pola mengikut bentuk geometri yang teratur bagi membentuk boneka manusia ini boleh
menarik minat murid untuk mengikuti proses pembelajaran hingga ke akhir.Murid juga
akan dapat belajar mengenali bentuk-bentuk asas dalam situasi yang menyeronokkan.
Seimbang
Rekaan sesuatu visual perlulah seimbang.Jika tidak seimbang,sesuatu rekaan
visual itu akan kelihatan janggal dan tidak menarik.Oleh itu,elemen grafik perlu disusun
seimbang pada semua sisi samada antara bahagian kiri dengan kanan atau pun atas
dengan bawah.Dengan cara ini sesuatu rekaan visual akan mempunyai daya penarik dan
keselesaan mata memandang. Terdapat dua jenis seimbang iaitu seimbang formal dan
seimbang tidak formal.
Seimbang Formal
Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama bahagi(bisymmetrical)
antara dua bahagian;sama ada bahagian kiri dengan kanan atau bahagian atas dengan
bawah. Ianya boleh digambarkan oleh gambar Rajah 1 di bawah.
6
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
Gambar rajah 1
Seimbang formal mudah dicapai , kesannya masih menarik walaupun agak kurang
dinamik jika dibandingkan dengan seimbang tidak formal. Satu contoh seimbang formal
adalah seperti di bawah:
Sumber:http//www.google.images.belon udara.com
Visual di atas dapat digunakan untuk mata pelajaran Sains Tahun Lima bagi
tajuk Sifat-Sifat Udara dan Pembiasan Cahaya.Seimbang formal dicapai dalam visual
ini kerana pembahagiannya adalah sama rata pada bahagian atas dengan bawah serta
kiri dengan kanan.Elemen grafiknya yang tersusun indah secara menurun iaitu dari
objek besar kepada objek yang semakin kecil juga kelihatan cantik dan pasti menarik
minat murid untuk meneroka pelajaran sains dengan sepenuh perhatian.Kepelbagaian
warna yang ada pada gambar di atas juga mampu menjadi daya penarik dan keselesaan
mata memandang untuk jangka masa yang agak lama.Justeru itu,visual ini telah
mencapai prinsip reka bentuk seimbang formal.
Sembang Tidak Formal
Seimbang tidak formal bermaksud pembahagian yang tidak sama rata(asymmetrical)
antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan visual.Ianya boleh
digambarkan sebagai satu jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi mempunyai
7
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
bebanan yang berbeza antara kiri dan kanan sama ada dari segi jenis atau
bahan.Gambar rajah 2 di bawah menggambarkan maksud seimbang tidak formal.
Gambar rajah 2
Perlulah diketahui bahawa dalam rekaan visual,kita tidak boleh menyukat
berat dengan menggunakan timbangan. Kita hendaklah menggunakan penglihatan
untuk menentukan keseimbangan objek didalam rekaan sesuatu visual.Kita perlu
mengaplikasikan hukum graviti bagi mencapai maksud ini.Seimbang tidak formal
bersifat dinamik berbanding dengan seimbang formal dan lazimnya dapat mengekalkan
fokus seseorang terhadap mesej visual tersebut.Contoh visual seimbang yang tidak
formal adalah seperti di bawah:
Sumber:http:www//linkury.com
Visual ini sesuai digunakan untuk mengajar mata pelajaran Sains Tahun Tiga
bagi tajuk Tumbuhan Berbunga Dan Tumbuhan Tidak Berbunga.Konsep seimbang
tidak formal jelas kelihatan di dalam visual ini kerana ianya menampilkan pembahagian
kedudukan tumbuhan yang tidak sama rata antara kiri dengan kanannya dan atas dengan
bawahnya.
8
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
Variasi
Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.Penggunaan
elemen-elemen dalam sesuatu komposisi seharusnya dapat menjadikan visual seolah-
olah hidup dan bergerak.Kepelbagaian elemen dalam sesuatu rekaan visual akan
memberikan kesegaran dan menimbulkan minat .Penggunaan elemen kontra dalam reka
bentuk visual mampu mewujudkan variasi dari segi warna,bentuk dan komposisi
sesuatu hasil rekaan.Konsep variasi boleh dilihat dalam gambar di bawah:
Sumber:http//www.cikads.com
Visual yang dipilih ini sesuai digunakan untuk mata pelajaran Pendidikan
Seni Tahun 5 bagi Bidang A iaitu menggambar.Kewujudan objek-objek yang
bergabung di dasar laut iaitu ikan,tumbuhan,batu karang dan penyelam menjadikan
visual ini seolah-olah hidup.Elemen ini akan berjaya menarik minat murid untuk
mengikuti pembelajaran hingga ke akhir.Kepelbagaian elemen warna,corak dan bentuk
yang ada pada hidupan dan warna latarnya juga berjaya memberi suasana kesegaran
yang menepati konsep variasi.Penggunaan warna yang kontra antara hidupan dan air
laut berjaya mengekalkan perhatian murid untuk terus meneroka suasana dasar laut dan
seterusnya melakarkan idea tersendiri yang lebih mantap pada hasil karya mereka.
Harmoni
Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai. Harmoni wujud pada
benda-benda alam dan benda buatan manusia.Dari perspektif rekaan grafik, harmoni
9
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
diertikan sebagai semua elemen perlu menunjukkan kesinambungan idea atau buah
fikiran. Ini akan membolehkan mata dan fikiran penonton / pembaca mengikuti
perkembangan seluruh visual. Harmoni juga bermakna semua komponen imej visual
berhubungan dan melengkapi antara satu sama lain.
Harmoni dapat di capai melalui pengulangan dan ritma.Corak atau bentuk juga
dapat membantu mencapai ritma.Justeru, harmoni memberikan rasa yakin dan pasti
kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-
elemen,arah aliran persembahan,perspektif dan kesatuan mesej pada sesuatu visual.
Gambar di bawah menunjukkan konsep harmoni melalui kesatuan mesej yang ada
dalam pemandangan di pantai.
Sumber:http//www.google,com,my
Visual di atas boleh digunakan sewaktu p&p mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun
Empat untuk menulis karangan bertajuk”Pengalaman Berkelah Di Pantai”.Gambar ini
mencapai konsep harmoni kerana pemandangannya mendamaikan jiwa.Warna langitnya
yang membiru dan kelompok awan yang memutih kelihatan begitu harmonis dengan
deruan ombak yang menghempas pantai serta liuk-lintuk dedaun kelapa yang ditiup
angin.Kesemua elemen tersebut membentuk kesatuan mesej.Keindahan suasananya
membolehkan mata dan fikiran murid mengikuti perkembangan keseluruhan
visual.Murid juga akan merasa yakin untuk menggabungkan pengalaman sendiri dan
idea daripada visual untuk menghasilkan sebuah karangan yang mantap.
10
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
Penutup
Dalam era globasisi ini,kemahiran guru untuk menggunakan bahan P&P berbantukan
komputer dan internet amatlah diperlukan.Penggunaan bahan P & P berbantukan
komputer didapati dapat merangsang murid untuk belajar dan mengekalkan penumpuan
mereka terhadap aktiviti P&P.Kesannya objektif pengajaran akan dapat dicapai dan
murid dapat meningkatkan prestasi pencapaian mereka di dalam pelajaran.Justeru itu,
para guru haruslah seiring dengan kemajuan teknologi dan memanafaatkan kecanggihan
teknologi dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk visual dalam membina
dan memilih bahan P & P berbantukan komputer.
11
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
REKA BENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR.
Pengenalan
Dalam falsafah pendidikan Negara,perkembangan daya intelek individu diberi
penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani,emosi dan jasmani.Maka
objektif penguasaan kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum
sekolah iaitu KBSR(sekolah rendah),KBSM(sekolah menengah) dan kini KSSR bagi
sekolah rendah serta KSSM bagi sekolah menengah.Kemahiran berfikir amat
ditekankan kerana ia adalah penting dalam sistem pendidikan Malaysia demi
menghasilkan generasi yang berupaya menangani masalah dan cabaran yang
dihadapi.Pusat Perkembangan Kurikulum KPM telah mencipta model Kemahiran
Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK).Dalam model ini , kemahiran berfikir
dikategorikan kepada empat kategori yang saling berkait antara satu sama lain iaitu:-
1. Kemahiran Berfikir Kritis
2. Kemahiran Berfikir Kreatif
3. Kemahiran Membuat Keputusan
4. Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Sejajar dengan perkembangan teknologi,bahan-bahan pengajaran multimedia
turut dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti imej,animasi bergambar,CD,DVD dan
laman web.Para pendidik perlu merancang untuk mengendalikan pengajaran
berbantukan media bagi meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Bagi tujuan ini ,saya
memilih reka bentuk pengajaran ASSURE sebagai panduan untuk meningkatkan
kemahiran berfikir para pelajar.Saya mencadangkan laman web www.cocoon.org.
digunakan untuk P & P mata pelajaran Sains Tahun 4 di bawah tajuk Kitaran Hidup
Seekor Rama-Rama.
Model ASSURE.
Model reka bentuk pengajaran ASSURE sesuai digunakan dalam merancang proses
pengajaran yang berasaskan bilik darjah, Model ASSURE merupakan model yang
digubal oleh Heinch dan rakan-rakannya(1982).Model ini telah diperbaharui isi
12
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
kandungannya pada tahun 2002.Tujuan model ASSURE adalah untuk merancang dan
mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Media ini
berfokuskan kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah. Model
ASSURE merupakan ringkasan atau “neumonik” daripada beberapa perkataan iaitu:
A Analyze Learners General character Specific entry competencies Learning Style
S State Objectives Learning outcomes Conditions of performance Degree of acceptable performance
SSelect Methods, Media and Materials
Select available materials Modify existing materials Design new materials
U Utilize Media and Materials Preview the materials Prepare the materials, environment Provide the learning experience
R Require Learner Participation In-class and follow-up activities so
learner can process the information
E Evaluate and Revise Before, during and after instruction Assess learner, media methods
Ciri-Ciri Model ASSURE
1.Analyze Learner( Analisis Murid)
Ciri pertama bagi model ini adalah menganalisis pelajar.Guru perlu menganalisis
murid yang hendak diajar.Analisis ini merujuk kepada 3 item iaitu ciri-ciri
umum,kompetensi khusus masuk dan stail pembelajaran .
Guru perlulah mengenalpasti dari segi unur,tahap/tingkatan,latar belakang
sosioekonomi dan sebagainya.Dengan mengetahui ciri-ciri ini,guru dapat
menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan.Untuk mendapat
maklumat-maklumat ini,guru perlu meneliti rekod pelajar serta berinteraksi dengan
13
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
pelajar secara langsung.Melalui interaksi ini guru dapat meningkatkan kemahiran
berfikir murid dalam proses p&p dengan menggunakan kaedah soaljawab bersesuaian
peringkat umur mereka.Sebagai contoh,guru menggunakan visual di bawah:
Gambar Rajah 1
Berdasarkan visual ini,guru boleh meransang murid untuk meningkatkan
kemahiran berfikir secara kritis melalui soaljawab lisan.Pelbagi soalan boleh
dikemukakan seperti:
Mengapa haiwan ini boleh terbang?
Apakah fungsi sesungut pada haiwan tersebut?
Apakag fungsi warna yang ada pada haiwan ini?
Aras pengetahuan kemahiran dan pengetahuan sedia ada murid juga perlu diambil kira
ssebagai panduan untuk memilih media yang akan digunakan bagi memastikan objektif
p&p tercapai.
Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana
seseorang itu menganggap, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran.
Tegasnya,stail pembelajaran ini akan memberi kesan yang besar kepada murid ketika
mereka belajar melalui kaedah dan media.Justeru itu,pembelajaran yang mengaitkan
dengan persekitaran dan kegemaran murid akan dapat meningkatkan pencapaian
akademik murid. Berdasarkan gambar rama-rama yang cantik berwarna-warni
itu,ditambah pula dengan minat kanak-kanak berumur 10 tahun terhadap haiwan adalah
diyakini bahawa visual ini mampu meningkatkan kemahiran berfikir murid.
14
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
2.Menyatakan Objektif (State objektif)
Langkah berikutnya adalah menentukan objektif ataupun hasil pembelajaran yang
ingin dicapai.Sebelum memulakan sesuatu pengajaran,menyatakan objektif sangat
penting supaya guru dapat menetapkan apa yang sepatutnya murid dapat daripada media
yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran.Kenyataan ini turut disokong
oleh Nicholson (1996) didalam artikelnya yang menyatakan bahawa penetapan objektif
bagi sesuatu bahan bantu mengajar amat perlu bagi memastikan keberkesanan
“courseware” yang digunakan semasa P&P.
Objektif haruslah berkaitan dengan tajuk dan kemahiran yang akan diajarkan dan
berfokus kepada apakah pengetahuan,kemahiran dan sikap baru yang akan diperolehi
dan dipelajari.Berdasarkan tajuk kitaran hidup rama-rama bagi mata pelajaran Sains
Tahun Empat ini,objektif yang dipilih ialah murid dapat menamakan empat kitaran
yang dilalui oleh rama-rama.Maka media poster kitaran hidup rama-rama seperti di
Gambar Rajah 2 amat sesuai digunakan dan pasti dapat merealisasikan matlamat
pengajaran guru kerana ianya lengkap dengan gambar dan nama proses bagi setiap
kitaran hidup rama-rama.
Gambar Rajah 2
15
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
Rasionalnya,objektif pengajaran amat penting kerana ia memberi panduan kepada
guru cara untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan memilih media
yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
3.Select Method,media and material (Pilih kaedah,media dan bahan)
Pengajaran yang berkesan haruslah mempunyai bahan bantu mengajar yang
sesuai dan menarik.Oleh itu,memilih kaedah dan media yang sesuai juga merupakan
salah satu ciri model ASSURE.Terdapat tiga langkah proses pemilihan yang dilakukan.
Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran
Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih
Memilih,mengubahsuai atau merekabentuk media yang telah ditentukan.
Dalam menentukan kaedah yang paling sesuai untuk pengajarannya guru
perlulah perlulah mengambil kira ciri-ciri murid,pengetahuan sedia ada,gaya
pembelajaran serta objektif. Bagi pengajaran sains tahun empat dengan tajuk Kitaran
Hidup rama-Rama ini kaedah teka-teki, main peranan, sumbang saran,aktiviti
kumpulan,Perbincangan,latihan dan latih tubi boleh digunakan.Berpandukan kaedah
yang telah dipilih,sebagai contohnya untuk pengajaran Sains Tahun Empat bagi tajuk
Kitaran Hidup Rama-Rama guru boleh meningkatkan kemahiran berfikir murid melalui
aktiviti perbincangan kumpulan.Guru boleh menggunakan Gambar Rajah 3 di bawah
untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dikalangan murid.
16
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
Gambar Rajah 3
Aktiviti yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan terhadap murid-murid ialah mereka diminta
berbincang di dalam kumpulan untuk mengubah diagram Kitaran Hidup Rama-Rama
kepada satu susunan ayat secara bertulis.
Langkah yang kedua dalam menentukan kaedah ialah memilih media.Pemilihan
media adalah mengenai bentuk format yang digunakan seperti gambar,foto,slaid audio
dan video interaktif. Pemilihan media perlulah mengambil kira kumpulan
pelajar,keupayaan,objektif serta maklum balas yang diberi.
Langkah ketiga ialah mereka bentuk atau mengubahsuai bentuk media sekiranya
kita gagal untuk memilih media yang sesuai untuk P&P Pemilihan bahan sumber adalah
merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses P&P. Kita juga boleh
menyediakannya sendiri dengan mengambilkira 7 perkara berikut:
Objektif
Pelajar/murid
Kos
Kepakaran teknikal
Peralatan
Fasiliti dan
Masa
4.Utilize Media and Material (Gunakan Media dan Bahan)
Berdasarkan model ASSURE,terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media iaitu
melihat (preview),memastikan media yang akan digunakan tidabermasalah,
mengenalpasti persekitaran/lokas,/sediakan pelajar dan media yang digunakan mampu
memberi pengalaman baru kepada pelajar.
Bagi memaksimakan penggunaan media yang telah di pilih daripada laman web
www.cocoon,org ini,guru boleh menggunakan tayangan video untuk sesi perbincangan
kelas.Tayangan video daripada laman web ini memaparkan bagaimana setiap fasa
perubahan bentuk dan fizikal dalam kitaran hidup rama-rama.Guru boleh menyarankan
17
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
murid bercerita kepada rakan bagaimana rupa dan bentuk serta nama yang sentiasa
berubah bagi setiap fasa kitaran hidup rama-rama. Melalui aktiviti ini,murid dapat
meningkatkan kemahiran berfikir kreatif secara mencipta metafora.Kemahiran ini
membolehkan murid mengubah imej kepada hasil penulisan.
Melalui tayangan video ini juga,murid akan mendapat pengalaman baru iaitu
mereka dapat menyaksikan bagaimana perubahan bagi setiap fasa dalam kitaran hidup
rama-rama yang sebenar.Pengalaman baru ini akan meningkatkan kemahiran berfikir
kritis (mengklasifikasikan) dikalangan murid-murid.Kemahiran mengklasifikasikan
berlaku apabila murid berupaya melihat dan memahami perkaitan perubahan setiap fasa
kitaran hidup rama-rama yang telah disaksikan melalui tayangan video.
5.Require Learner Participant (Memerlukan penglibatan pelajar)
Pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif akan menghasilkan perubahan
tingkahlaku yang positif.Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dan menarik
dapat membantu mengekalkan penglibatan pelajar.Untuk memastikan proses
pembelajaran berlaku,pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui
laman web yang telah dicadangkan ini,pelbagai aktiviti pembelajaran boleh dijalankan
bagi memastikan pembelajaran berpusatkan murid berlaku
Aktiviti seperti kuiz akan meningkatkan kemahiran membuat keputusan
dikalangan murid-murid.Guru juga boleh menjalankan aktiviti pengayaan iaitu melukis
dan melabelkan bahagian badan rama-rama.Kemahiran Berfikir kreatif (menjana dan
menghasilkan idea) murid dapat ditingkatkan ketika melakukan aktiviti ini. Murid-
murid pasti seronok dan teruja ketika menjalankan aktiviti ini dan memungkinkan
objektif pengajaran pada hari itu akan tercapai.
Penggunaan bahan sumber yang kreatif dan mampu melibatkan murid secara aktif
secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir dalam kalangan pelajar. Justeru
itu,bahan sumber yang diguna/dibina berasaskan model ASSURE mampu merangsang
tingkah laku dan minda murid amatlah diperlukan dalam proses P&P
18
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
6.Evaluate and revise (Menilai dan menyemak )
Bagi ciri terakhir dalam model ASSURE iaitu menilai dan menyemak boleh
dilakukan setelah selesai pengajaran dan juga sepanjang proses p&p. Refleksi boleh
dinilai melalui latihan-latihan yang berbentuk lembaran kerja yang dijawab oleh murid-
murid.Soalan latih tubi dan soaljawab juga boleh dijalankan bagi menilai pemahaman
murid dan pencapaian objektif pengajaran guru.Aspek yang dilibatkan dalam penilaian
ialah:
a. Menilai pencapaian pelajar
b. Pembelajaran yang dihasilkan
c. Menilai media dan kaedah
d. Kualiti media
e. Penggunaan guru;dan
f. Penggunaan murid
Rumusan
Model ASSURE bukan sekadar memberi panduan krepada guru merancang dan
mengendalikan pengajaran yang memerlukan media,malah setiap ciri yang terkandung
di dalamnya boleh mengubah persepsi pelajar terhadap P&P yang selalu dianggap
membosankan.Sekiranya ciri-ciri model ASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya dalam
proses pra,pos dan pasca P&P,pastinya murid akan sentiasa tertunggu-tunggu
pengajaran guru .Bagi pihak guru pula,proses penyampaian maklumat akan menjadi
lebih mudah,menarik dan berkesan.Kepakaran guru dalam mempelbagaikan
kaedah,aktiviti dan pengajaran pula akan berupaya meningkatkan kemahiran Berfikir
Secara Kreatif dan Kritis di kalangan murid.
(3081 patah perkataan)
19
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
RUJUKAN
Heinich,R Molenda,M.,Russel,J.D./& Smaldino,S.E(2005).Instructional Media and
Technologies For Learning.(8thed.).New Jersey:Prentice Hall.
Ismail Md.Zain .(2002).Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran.Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.
Poh Swee Hiang.Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan.(1996). Pengurusan
sumber pengajaran pembelajaran.Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Safian bin Abd.Rashid (2002).Pengurusan Sumber:Komponen Teknologi Pendidikan.
Yusuf Hashim (1998).Teknologi Pengajaran:Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti.
http://epkhas,ses.usm.my/sites/
http://notapism.blogspot.com/2010/10/model-assure.html
http://www.cikads.com
http://www.google images.belon udara.com.
http://www.google images.buah-buahan tempatan.com
http://www.linkury.com
www.cocoon.org
20
ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN 690107115918001
.
21