08 isi pelajaran

120
PIM3143 PENGAJIAN FIQH Tajuk 1 PERBINCANGAN ILMU USUL FIQH Pengenalan Ilmu Usu Fiqh 1.0 SINOPSIS Dalam unit ini, beberapa aspek penting yang hendak disentuh untuk perbincangan, khususnya mengenai konsep dan definisi, Sejarah pertumbuhan,Kaedah penulisan,Sumber ilmu usul Fiqh dan faedah mempelajarinya. 1.0.1 HASIL PEMBELAJARAN 1 Dapat menghuraikan konsep ilmu Usul Fiqh,sejarah pertumbuhannya. 2 Supaya mengetahui sejarah perkembangan ilmu Fiqh dan usul Fiqh secara mendalam. 3 Mengetahui faedah mempelajari ilmu Usul Fiqh dan mengamalkannya. 1.0.2 KERANGKA TAJUK 1 Pengenalan Ilmu Usul Fiqh Defini si Sejarah perkembanga n Fiqh Cara Penulisan Sumber Ilmu Fiqh

Upload: fazidahhanum

Post on 25-Jan-2016

261 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Tajuk 1 PERBINCANGAN ILMU USUL FIQH

Pengenalan Ilmu Usu Fiqh

1.0 SINOPSIS Dalam unit ini, beberapa aspek penting yang hendak disentuh untuk perbincangan, khususnya mengenai konsep dan definisi, Sejarah pertumbuhan,Kaedah penulisan,Sumber ilmu usul Fiqh dan faedah mempelajarinya.

1.0.1 HASIL PEMBELAJARAN 1 Dapat menghuraikan konsep ilmu Usul Fiqh,sejarah pertumbuhannya.2 Supaya mengetahui sejarah perkembangan ilmu Fiqh dan usul Fiqh secara

mendalam. 3 Mengetahui faedah mempelajari ilmu Usul Fiqh dan mengamalkannya. 1.0.2 KERANGKA TAJUK

1

Pengenalan Ilmu Usul Fiqh

Definisi

Sejarah perkembangan Fiqh

Cara Penulisan

Sumber Ilmu Fiqh

Faedah mempelajari Ilmu Usul Fiqh

Page 2: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

1.0.3 Konsep dan Pengertian

Pengertian Fiqh

Fiqh pada bahasa bererti faham atau tahu. Menurut istilah, fiqh bererti

ilmu yang menerangkan tentang hukum-hukum syara’ yang berkenaan dengan

amal perbuatan manusia yang diperoleh dari dalil-dali tafsil (jelas).Orang yang

mendalami fiqh disebut dengan faqih. Jama’nya adalah fuqaha, yakni orang-

orang yang mendalami fiqh.

Dalam kitab Durr al-Mukhtar disebutkan bahwa fiqh mempunyai dua

makna, yakni menurut ahli usul dan ahli fiqh. Masing-masing memiliki pengertian

dan dasar sendiri-sendiri dalam memaknai fiqh.

Menurut ahli usul, Fiqh adalah ilmu yang menerangkan hukum-hukum

shara’ yang bersifat far’iyah (cabang), yang dihasilkan dari dalil-dalil yang tafsil

(khusus, terinci dan jelas). Tegasnya, para ahli usul memberi pengertian fiqh

adalah mengetahui fiqh adalah mengetahui hukum dan dalilnya.

Menurut para ahli fiqh (fuqaha), fiqh adalah mengetahui hukum-hukum

shara’ yang menjadi sifat bagi perbuatan para hamba (mukallaf), iaitu: wajib,

sunnah, haram, makruh dan mubah.

Lebih lanjut, Hasan Ahmad khatib mengatakan bahawa yang dimaksud

dengan fiqh Islam ialah sekumpulan hukum shara’ yang sudah dibukukan dari

berbagai mazhab yang empat atau mazhab lainnya dan dinukilkan dari fatwa-

fatwa sahabat dan tabi’in, baik dari fuqaha yang tujuh di madinah mahupun

fuqaha makkah, fuqaha sham, fuqaha mesir, fuqaha Iraq, fuqaha Basrah dan

lain-lain.

2

Page 3: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

 Pengertian Usul Fiqh

Ditinjau dari sisi kedua kata (yang menyusunnya), iaitu kata ushul dan

kata fiqh. Adapun ushul (أصول), merupakan jama’ dari ashl (أصل), iaitu apa-apa

yang menjadi pondasi bagi yang lainnya. Oleh kerana itu, ashl jidar ( الجدار (أصل

dan ashl syajarah ( الشجرة .ertinya akar pohon (أصل

“Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan

yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke

langit” (QS Ibrahim : 24).

Sementara fiqh, secara bahasa ertinya pemahaman, berdasarkan firman

Allah ta’ala, “dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka memahami

perkataanku” (QS Thoha: 27-28)

Fiqh secara istilah ertinya pengenalan terhadap hukum-hukum syar’i, yang

sifatnya amaliyah, dengan dalil-dalilnya yang detail.

Maksud perkataan kami “pengenalan” iaitu secara ilmu (yakin) dan zhon

(dugaan), kerana pengenalan terhadap hukum-hukum fiqh terkadang

menyakinkan dan terkadang bersifat dugaan sebagaimana yang terdapat di

banyak masalah-masalah fiqh.

Maksud perkataan kami “hukum-hukum syar’i” iaitu hukum-hukum yang

didatangkan oleh syari’at seperti wajib dan haram, maka tidak merangkumi

hukum-hukum akal (logika) seperti mengetahui bahwa keseluruhan itu lebih

besar dari sebagian, dan juga tidak merangkumi hukum-hukum kebiasaan,

seperti mengetahui bahwa gerimis biasanya akan turun di malam yang dingin

jika cuacanya cerah.

Maksud perkataan kami “amaliyah” adalah perkara-perkara yang tidak

berkaitan dengan keyakinan (akidah), contoh “amaliyah” tersebut iaitu solat dan

zakat, maka fiqh tidak merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan

keyakinan seperti mentauhidkan Allah, ataupun mengenal nama dan sifat-Nya,

3

Page 4: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

yang demikian itu tidak dinamakan fiqh secara istilah.

Maksud perkataan kami “dengan dalil-dalilnya yang detail” adalah dalil-dalil

fiqh yang berhubungan dengan masalah-masalah fiqh yang terperinci. Berbeza

dengan usul fiqh, kerana pembahasan di dalam usul fiqh tersebut .

1.0.4 Sejarah perkembangan Fiqh

Zaman Rasulullah S.A.W.

Pada zaman Rasulullah S.A.W., hukum-hukum diambil dari wahyu (al-

Quran) dan penjelasan oleh baginda (as-Sunnah). Segala masalah yang timbul

akan dirujuk kepada Rasulullah S.A.W. dan baginda akan menjawab secara

terus berdasarkan ayat al-Quran yang diturunkan atau penjelasan baginda

sendiri. Namun, terdapat sebagian Sahabat yang tidak dapat merujuk kepada

Nabi lantaran berada di tempat yang jauh daripada baginda, misalnya Muaz bin

Jabal yang diutuskan ke Yaman. Baginda membenarkan Muaz berijtihad dalam

perkara yang tidak ditemui ketentuan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W., sebarang masalah yang timbul dirujuk

kepada para Sahabat. Mereka mampu mengistinbat hukum terus dari al-Quran

dan as-Sunnah kerena:

1. Penguasaan bahasa Arab yang baik;

2. Mempunyai pengetahuan mengenai sebab an-nuzul sesuatu ayat atau sabab

wurud al-hadis;

3. Mereka merupakan para Perawi Hadis.

Hal ini menjadikan para Sahabat mempunyai kepakaran yang cukup untuk

mengistinbatkan hukum-hukum. Mereka menetapkan hukum dengan merujuk

kepada al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya mereka tidak menemui sebarang

ketetapan hukum tentang sesuatu masalah, mereka akan berijtihad dengan

menggunakan kaedah qias. Inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dalam

4

Page 5: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

kalangan para Sahabat seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar bin

al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abu Talib. Sekiranya

mereka mencapai kata sepakat dalam sesuatu hukum maka berlakulah ijma’.

Pada zaman ini, cara ulama’ mengambil hukum tidak jauh berbeza

dengan zaman Sahabat kerana jarak masa mereka dengan kewafatan

Rasulullah S.A.W. tidak terlalu jauh. Yang membezakannya ialah sekiranya

sesuatu hukum tidak terdapat dalam al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijma’, mereka

akan merujuk kepada pandangan para Sahabat sebelum berijtihad. Oleh sebab

itu, idea untuk menyusun ilmu Usul al-Fiqh belum lagi muncul ketika itu. Inilah

cara yang digunakan oleh para mujtahid dalam kalangan tabi’in seperti Sa’id bin

al-Musayyib, ‘Urwah bin az-Zubair, Al-Qadi Syarih dan Ibrahim an-Nakha’i.

Pada akhir Kurun Kedua Hijrah, keadaan umat Islam semakin berubah.

Bilangan umat Islam bertambah ramai sehingga menyebabkan berlakunya

percampuran antara orang Arab dan bukan Arab. Kesannya, penguasaan

bahasa Arab dalam kalangan orang-orang Arab sendiri menjadi lemah. Ketika itu

timbul banyak masalah baru yang tiada ketentuan hukumnya dalam al-Quran

dan as-Sunnah secara jelas. Hal ini menyebabkan para ulama’ mulai menyusun

kaedah-kaedah tertentu yang dinamakan ilmu Usul al-Fiqh untuk dijadikan

landasan kepada ijtihad mereka.

Ilmu Usul al-Fiqh disusun sebagai satu ilmu yang tersendiri di dalam

sebuah kitab berjudul ar-Risalah karangan al-Imam Muhammad bin Idris as-

Syafie. Kitab ini membincangkan tentang al-Quran dan as-Sunnah dari segi

kehujahan serta kedudukan kedua-duanya sebagai sumber penentuan hukum.

Sejarah Perkembangan Fiqh

Terdapat perbezaaan zaman fiqh di kalangan ulama fiqh. Muhammad

Khudari Bek (ahli fiqh dari Mesir) membagi periodisasi fiqh menjadi enam

periode. Menurut Mustafa Ahmad az-Zarqa, periode keenam yang dikemukakan

Muhammad Khudari Bek tersebut sebenarya bisa dibagi dalam dua periode,

5

Page 6: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

karena dalam setiap periodenya terdapat ciri tersendiri. Periodisasi menurut az-

Zarqa adalah sebagai berikut:

Zaman risalah.

Periode ini dimulai sejak kerasulan Muhammad SAW sampai wafatnya

Nabi SAW (11 H./632 M.). Pada periode ini kekuasaan penentuan hukum

sepenuhnya berada di tangan Rasulullah SAW. Sumber hukum ketika itu adalah

Al-Qur'an dan sunnah Nabi SAW. Pengertian fiqh pada masa itu identik dengan

syarat, kerana penentuan hukum terhadap suatu masalah seluruhnya terpulang

kepada Rasulullah SAW.

Periode awal ini juga dapat dibahagi menjadi periode Makkah dan periode

Madinah. Pada periode Makkah, risalah Nabi SAW lebih banyak tertuju pada

masalah aqidah. Ayat hukum yang turun pada periode ini tidak banyak

jumlahnya, dan itu pun masih dalam rangkaian mewujudkan revolusi aqidah

untuk mengubah sistem kepercayaan masyarakat jahiliyah menuju

penghambaan kepada Allah SWT semata. Pada periode Madinah, ayat-ayat

tentang hukum turun secara bertahap. Pada masa ini seluruh persoalan hukum

diturunkan Allah SWT, baik yang menyangkut masalah ibadah maupun

muamalah. Oleh kerananya, periode Madinah ini disebut juga oleh ulama fiqh

sebagai periode revolusi sosial dan politik.

Zaman al-Khulafa Ar-Rasyidin.

Periode ini dimulai sejak wafatnya Nabi Muhammad SAW sampai

Mu'awiyah bin Abu Sufyan memegang tampuk pemerintahan Islam pada tahun

41 H./661 M. Sumber fiqh pada periode ini, disamping Al-Qur'an dan sunnah

Nabi SAW, juga ditandai dengan munculnya berbagai ijtihad para sahabat. Ijtihad

ini dilakukan ketika persoalan yang akan ditentukan hukumnya tidak dijumpai

secara jelas dalam nas. Pada masa ini, khususnya setelah Umar bin al-Khattab

menjadi khalifah (13 H./634 M.), ijtihad sudah merupakan upaya yang luas dalam

memecahkan berbagai persoalan hukum yang muncul di tengah masyarakat.

6

Page 7: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Persoalan hukum pada periode ini sudah semakin kompleks dengan semakin

banyaknya pemeluk Islam dari berbagai etnik dengan budaya masing-masing.

Pada periode ini, untuk pertama kali para fuqaha berbenturan dengan budaya,

moral, etika dan nilai-nilai kemanusiaan dalam suatu masyarakat majemuk. Hal

ini terjadi kerana daerah-daerah yang ditaklukkan Islam sudah sangat luas dan

masing-masing memiliki budaya, tradisi, situasi dan komdisi yang menentang

para fuqaha dari kalangan sahabat untuk memberikan hukum dalam persoalan-

persoalan baru tersebut. Dalam menyelesaikan persoalan-persoalan baru itu,

para sahabat pertama kali merujuk pada Al-Qur'an. Jika hukum yang dicari tidak

dijumpai dalam Al-Qur'an, mereka mencari jawabannya dalam sunnah Nabi

SAW. Namun jika dalam sunnah Rasulullah SAW tidak dijumpai pula

jawabannya, mereka melakukan ijtihad..

Zaman awal pertumbuahan fiqh.

Masa ini dimulai pada pertengahan abad ke-1 sampai awal abad ke-2 H.

Periode ketiga ini merupakan titik awal pertumbuhan fiqh sebagai salah satu

disiplin ilmu dalam Islam. Dengan bertebarannya para sahabat ke berbagai

daerah semenjak masa al-Khulafaur Rasyidin (terutama sejak Usman bin Affan

menduduki jabatan Khalifah, 33 H./644 M.), munculnya berbagai fatwa dan

ijtihad hukum yang berbeza antara satu daerah dengan daerah lain, sesuai

dengan situasi dan kondisi masyarakat daerah tersebut.

Di Irak, Ibnu Mas'ud muncul sebagai fuqaha yang menjawab berbagai persoalan

hukum yang dihadapinya di sana. Dalam hal ini sistem sosial masyarakat Irak

jauh berbeda dengan masyarakat Hedzjaz atau Hijaz (Makkah dan Madinah).

Saat itu, di Irak telah terjadi pembauran etnik Arab dengan etnik Persia,

sementara masyarakat di Hedzjaz lebih bersifat homogen. Dalam menghadapi

berbagai masalah hukum, Ibnu Mas'ud mengikuti pola yang telah di tempuh

Umar bin al-Khattab, iaitu lebih berorientasi pada kepentingan dan kemaslahatan

umat tanpa terlalu terikat dengan makna harfiah teks-teks suci. Sikap ini diambil

7

Page 8: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Umar bin al-Khattab dan Ibnu Mas'ud karena situasi dan kondisi masyarakat

ketika itu tidak sama dengan saat teks suci diturunkan. Atas dasar ini,

penggunaan nalar (analisis) dalam berijtihad lebih dominan. dari perkembangan

ini muncul madrasah atau aliran ra'yu (akal) (Ahlulhadits dan Ahlurra'yi).

Sementara itu, di Madinah yang masyarakatnya lebih homogen, Zaid bin Sabit

(11 SH./611 M.-45 H./ 665 M.) dan Abdullah bin Umar bin al-Khattab (Ibnu Umar)

bertindak menjawab berbagai persoalan hukum yang muncul di daerah itu.

Sedangkan di Makkah, yang bertindak menjawab berbagai persoalan hukum

adalah Abdullah bin Abbas (Ibnu Abbas) dan sahabat lainnya. Pola dalam

menjawab persoalan hukum oleh para fuqaha Madinah dan Makkah sama, iaitu

berpegang kuat pada Al-Qur'an dan hadits Nabi SAW. Hal ini dimungkinkan

kerana di kedua kota inilah wahyu dan sunnah Rasulullah SAW diturunkan,

sehingga para sahabat yang berada di dua kota ini memiliki banyak hadits. Oleh

kerananya, pola fuqaha Makkah dan Madinah dalam menangani berbagai

persoalan hukum jauh berbeda dengan pola yang digunakan fuqaha di Irak.

Cara-cara yang ditempuh para sahabat di Makkah dan Madinah menjadi cekal

bakal bagi munculnya aliran ahlulhadits. Ibnu Mas'ud mempunyai murid-murid di

Irak sebagai pengembang pola dan sistem penyelesaian masalah hukum yang

dihadapi di daerah itu, antara lain Ibrahim an-Nakha'i (w. 76 H.), Alqamah bin

Qais an-Nakha'i (w. 62 H.), dan Syuraih bin Haris al-Kindi (w. 78 H.) di Kufah; al-

Hasan al-Basri dan Amr bin Salamah di Basra; Yazid bin Abi Habib dan Bakir bin

Abdillah di Mesir; dan Makhul di Suriah. Murid-murid Zaid bin Tsabit dan

Abdullah bin Umar bin al-Khattab juga bermunculan di Madinah, diantaranya

Sa'id bin Musayyab (15-94 H.). Sedangkan murid-murid Abdullah bin Abbas

diantaranya Atha bin Abi Rabah (27-114 H.), Ikrimah bin Abi Jahal, dan Amr bin

Dinar (w. 126 H.) di Makkah serta Tawus, Hisyam bin Yusuf, dan Abdul Razak

bin Hammam di Yaman. Murid-murid para sahabat tersebut, yang disebut

sebagai generasi thabi'in, bertindak sebagai rujukan dalam menangani berbagai

persoalan hukum di zaman dan daerah masing-masing. Akibatnya terbentuk

mazhab-mazhab fiqh mengikuti nama para thabi'in tersebut, diantaranya fiqh al-

Auza'i, fiqh an-Nakha'i, fiqh Alqamah bin Qais, dan fiqh Sufyan as-Sauri.

8

Page 9: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Zaman keemasan

Periode ini dimulai dari awal abad ke-2 sampai pada pertengahan abad

ke-4 H. Dalam periode sejarah peradaban Islam, periode ini termasuk dalam

periode Kemajuan Islam Pertama (700-1000). Seperti periode sebelumnya, ciri

khas yang menonjol pada periode ini adalah semangat ijtihad yang tinggi di

kalangan ulama, sehingga berbagai pemikiran tentang ilmu pengetahuan

berkembang. Perkembangan pemikiran ini tidak saja dalam bidang ilmu agama,

tetapi juga dalam bidang-bidang ilmu pengetahuan umum lainnya.

Dinasti Abbasiyah (132 H./750 M.-656 H./1258 M.) yang naik ke

panggung pemerintahan menggantikan Dinasti Umayyah memiliki tradisi

keilmuan yang kuat, sehingga perhatian para penguasa Abbasiyah terhadap

berbagai bidang ilmu sangat besar. Para penguasa awal Dinasti Abbasiyah

sangat mendorong fuqaha untuk melakukan ijtihad dalam mencari formulasi fiqh

guna menghadapi persoalan sosial yang semakin kompleks. Perhatian para

penguasa Abbasiyah terhadap fiqh misalnya dapat dilihat ketika Khalifah Harun

ar-Rasyid (memerintah 786-809) meminta Imam Malik untuk mengajar kedua

anaknya, al-Amin dan al-Ma'mun. Disamping itu, Khalifah Harun ar-Rasyid juga

meminta kepada Imam Abu Yusuf untuk menyusun buku yang mengatur

masalah administrasi, keuangan, ketatanegaraan dan pertanahan. Imam Abu

Yusuf memenuhi permintaan khalifah ini dengan menyusun buku yang berjudul

al-Kharaj. Ketika Abu Ja'far al-Mansur (memerintah 754-775) menjadi khalifah, ia

juga meminta Imam Malik untuk menulis sebuah kitab fiqh yang akan dijadikan

pegangan resmi pemerintah dan lembaga peradilan. Atas dasar inilah Imam

Malik menyusun bukunya yang berjudul al-Muwaththa' (Yang disepakati).

Pada awal periode keemasan ini, pertentangan antara ahlulhadits dan

ahlur ra'yi sangat tajam, sehingga menimbulkan semangat berijtihad bagi

masing-masing aliran. Semangat para fuqaha melakukan ijtihad dalam periode

ini juga mengawali munculnya mazhab-mazhab fiqh, iaitu Mazhab Hanafi, Maliki,

Syafi'i, dan Hambali. Upaya ijtihad tidak hanya dilakukan untuk keperluan praktis

9

Page 10: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

masa itu, tetapi juga membahas persoalan-persoalan yang mungkin akan terjadi

yang dikenal dengan istilah fiqh taqdiri (fiqh hipotetis).

Pertentangan kedua aliran ini baru mereda setelah murid-murid kelompok

ahlurra'yi berupaya membatasi, mensistematisasi, dan menyusun kaedah ra'yu

yang dapat digunakan untuk meng-istinbat-kan hukum. Atas dasar upaya ini,

maka aliran ahlulhadits dapat menerima pengertian ra'yu yang dimaksudkan

ahlurra'yi, sekaligus menerima ra'yu sebagai salah satu cara dalam

mengistinbatkan hukum.

Upaya pendekatan lainnya untuk meredakan ketegangan tersebut juga

dilakukan oleh ulama masing-masing mazhab. Imam Muhammad bin Hasan asy-

Syaibani, murid Imam Abu Hanifah, mendatangi Imam Malik di Hijaz untuk

mempelajari kitab al-Muwaththa' yang merupakan salah satu kitab ahlulhadits.

Sementara itu, Imam asy-Syafi'i mendatangi Imam asy-Syaibani di Irak. Di

samping itu, Imam Abu Yusuf juga berupaya mencari hadits yang dapat

mendukung fiqh ahlurra'yi. Atas dasar ini, banyak ditemukan literatur fiqh kedua

aliran yang didasarkan atas hadits dan ra'yu. Periode keemasan ini juga ditandai

dengan dimulainya penyusunan kitab fiqh dan usul fiqh. Diantara kitab fiqh yang

paling awal disusun pada periode ini adalah al-Muwaththa' oleh Imam Malik, al-

Umm oleh Imam asy-Syafi'i, dan Zahir ar-Riwayah dan an-Nawadir oleh Imam

asy-Syaibani. Kitab usul fiqh pertama yang muncul pada periode ini adalah ar-

Risalah oleh Imam asy-Syafi'i. Teori usul fiqh dalam masing-masing mazhab pun

bermunculan, seperti teori kias, istihsan, dan al-maslahah al-mursalah.

Zaman tahrir, takhrij dan tarjih dalam mazhab fiqh.

Periode ini dimulai dari pertengahan abad ke-4 sampai pertengahan abad

ke-7 H. Yang dimaksudkan dengan tahrir, takhrij, dan tarjih adalah upaya yang

dilakukan ulama masing-masing mazhab dalam kritikan, memperjelas dan

mengulas pendapat para imam mereka. Periode ini ditandai dengan

melemahnya semangat ijtihad dikalangan ulama fiqh. Ulama fiqh lebih banyak

10

Page 11: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

berpegang pada hasil ijtihad yang telah dilakukan oleh imam mazhab mereka

masing-masing, sehingga mujtahid mustaqill (mujtahid mandiri) tidak ada lagi.

Sekalipun ada ulama fiqh yang berijtihad, maka ijtihadnya tidak terlepas dari

prinsip mazhab yang mereka anuti. Ertinya ulama fiqh tersebut hanya berstatus

sebagai mujtahid fi al-mazhab (mujtahid yang melakukan ijtihad berdasarkan

prinsip yang ada dalam mazhabnya). Akibat dari tidak adanya ulama fiqh yang

berani melakukan ijtihad secara sendirian, muncullah sikap at-ta'assub al-

mazhabi (sikap fanatik buta terhadap satu mazhab) sehingga setiap ulama

berusaha untuk mempertahankan mazhab imamnya.

Mustafa Ahmad az-Zarqa mengatakan bahwa dalam periode ini untuk

pertama kali muncul pernyataan bahwa pintu ijtihad telah tertutup. Menurutnya,

paling tidak ada tiga faktor yang mendorong munculnya pernyataan tersebut.

o Dorongan para penguasa kepada para hakim (qadi) untuk menyelesaikan

perkara di pengadilan dengan merujuk pada salah satu mazhab fiqh yang

disetujui khalifah saja.

o Munculnya sikap at-taassub al-mazhabi yang berakibat pada sikap kejumudan

(kebekuan berpikir) dan taqlid (mengikuti pendapat imam tanpa analisis) di

kalangan murid imam mazhab.

o Munculnya gerakan pembukuan pendapat masing-masing mazhab yang

memudahkan orang untuk memilih pendapat mazhabnya dan menjadikan buku

itu sebagai rujukan bagi masing-masing mazhab, sehinga aktiviti ijtihad terhenti.

Ulama mazhab tidak perlu lagi melakukan ijtihad, sebagaimana yang dilakukan

oleh para imam mereka, tetapi mencukupkan diri dalam menjawab berbagai

persoalan dengan merujuk pada kitab mazhab masing-masing. Dari sini muncul

sikap taqlid pada mazhab tertentu yang diyakini sebagai yang benar, dan lebih

jauh muncul pula pernyataan haram melakukan talfiq.

Persaingan antara pengikut mazhab semakin tajam, sehingga persoalan

mazhab lebih menonjol dibandingkan sikap ilmiah dalam menyelesaikan suatu

11

Page 12: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

persoalan. Sikap ini amat jauh berbeza dengan sikap yang ditunjukkan oleh

masing-masing imam mazhab, kerana sebagaimana yang tercatat dalam sejarah

para imam mazhab tidak menginginkan seorang pun mentaqlidkan mereka.

Sekalipun ada upaya ijtihad yang dilakukan ketika itu, namun lebih banyak

berbentuk tarjih (menguatkan) pendapat yang ada dalam mazhab masing-

masing. Akibat lain dari perkembangan ini adalah semakin banyak buku yang

bersifat sebagai komentar, penjelasan dan ulasan terhadap buku yang ditulis

sebelumnya dalam masing-masing mazhab.

Zaman kemunduran fiqh.

Masa ini dimulai pada pertengahan abad ke-7 H. sampai munculnya

Majalah al-Ahkam al-'Adliyyah (Hukum Perdata Kerajaan Turki Usmani) pada 26

Sya'ban l293. Perkembangan fiqh pada periode ini merupakan lanjutan dari

perkembangan fiqh yang semakin menurun pada periode sebelumnya. Periode

ini dalam sejarah perkembangan fiqh dikenal juga dengan periode taqlid secara

membabi buta.Pada masa ini, ulama fiqh lebih banyak memberikan penjelasan

terhadap kandungan kitab fiqh yang telah disusun dalam mazhab masing-

masing. Penjelasan yang dibuat boleh berbentuk mukhtasar (ringkasan) dari

buku-buku yang muktabar (terpandang) dalam mazhab atau hasyiah dan takrir

(memperluas dan mempertegas pengertian lafal yang di kandung buku mazhab),

tanpa menguraikan tujuan ilmiah dari kerja hasyiah dan takrir tersebut.

Setiap ulama berusaha untuk menyebarluaskan tulisan yang ada dalam

mazhab mereka. Hal ini berakibat pada semakin lemahnya kreativiti ilmiah

secara sendiri untuk kesesuaian perkembangan dan tuntutan zaman. Tujuan

satu-satunya yang boeh dikesan dari gerakan hasyiah dan takrir adalah untuk

mempermudah pemahaman terhadap berbagai persoalan yang dimuat kitab-

kitab mazhab. Mustafa Ahmad az-Zarqa menyatakan bahawa ada tiga ciri

perkembangan fiqh yang menonjol pada periode ini.

12

Page 13: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

o Munculnya upaya pembukuan terhadap berbagai fatwa, sehingga banyak

bermunculan buku yang memuat fatwa ulama yang berstatus sebagai pemberi

fatwa resmi (mufti) dalam berbagai mazhab. Kitab-kitab fatwa yang disusun ini

disistematisasikan sesuai dengan pembahagian dalam kitab-kitab fiqh. Kitab-

kitab fatwa ini mencerminkan perkembangan fiqh ketika itu, iaitu menjawab

persoalan yang diajukan kepada ulama fiqh tertentu yang sering kali merujuk

pada kitab-kitab mazhab ulama fiqh tersebut.

o Muncul beberapa produk fiqh sesuai dengan keinginan penguasa Turki

Usmani, seperti diberlakukannya istilah at-Taqaddum (kedaluwarsa) di

pengadilan. Disamping itu, fungsi ulil amri (penguasa) dalam menetapkan hukum

(fiqh) mulai diakui, baik dalam menetapkan hukum Islam dan penerapannya

maupun menentukan pilihan terhadap pendapat tertentu. Sekalipun ketetapan ini

lemah, namun kerana sesuai dengan tuntutan kemaslahatan zaman, muncul

ketentuan dikalangan ulama fiqh bahawa ketetapan pihak penguasa dalam

masalah ijtihad wajib dihormati dan diterapkan. Contohnya, pihak penguasa

melarang berlakunya suatu bentuk transaksi. Meskipun pada dasarnya bentuk

transaksi itu dibolehkan syara', tetapi atas dasar pertimbangan kemaslahatan

tertentu maka transaksi tersebut dilarang, atau paling tidak untuk melaksanakan

transaksi tersebut diperlukan pendapat dari pihak pemerintah. Misalnya,

seseorang yang berhutang tidak dibolehkan mewakafkan hartanya yang

berjumlah sama dengan hutangnya tersebut, kerana hal itu merupakan indikator

atas sikapnya yang tidak mahu melunaskan hutang tersebut. Fatwa ini

dikemukakan oleh Maula Abi as-Su 'ud (qadi Istanbul pada masa kepemimpinan

Sultan Sulaiman al-Qanuni [1520-1566] dan Salim [1566-1574] dan selanjutnya

menjabat mufti Kerajaan Turki Usmani).

o Di akhir periode ini muncul gerakan kodifikasi hukum (fiqh) Islam sebagai

mazhab resmi pemerintah. Hal ini ditandai dengan prakarsa pihak pemerintah

Turki Usmani, seperti Majalah al-Ahkam al-'Adliyyah yang merupakan kodifikasi

hukum perdata yang berlaku di seluruh Kerajaan Turki Usmani berdasarkan fiqh

Mazhab Hanafi

13

Page 14: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

1.0.6 Cara Penulisan Ilmu Usul al-Fiqh

Selepas al-Imam as-Syafi'e, terdapat ramai ulama' yang menulis ilmu Usul

al-Fiqh. Cara penulisan ini terbahagi kepada tiga, iaitu Tariqah al-Mutakallimin (

المتكلمين ,(طريقة Tariqah al-Ahnaf ( األحناف ,(طريقة dan Tariqah al-

Muta'akhirin ( المتأخرين .(طريقة

Tariqah al-Mutakallimin

Cara penulisan Tariqah al-Mutakallimin juga dikenali sebagai Tariqah

Syafi'iyyah ( شافعية .kerana cara ini dipelopori oleh ulama' Mazhab Syafi'e (طريقة

Di dalam cara ini, mereka membuat kaedah-kaedah Usul al-Fiqh dan

mengukuhkannya dengan dalil-dalil naqli dan 'aqli. Kemudian, kaedah-kaedah ini

dibuat dasar dalam menyelesaikan masalah fiqh yang timbul. Namun, mereka

tidak memasukkan masalah fiqh dalam penulisan mereka, sebaliknya dibiarkan

berasingan dalamk kitab-kitab fiqh.

Antara kitab yang ditulis menurut cara ini ialah:

1. Al-Burhan (البرهان) oleh al-Imam al-Haramain 'Abd al-Malik bin 'Abdullah

al-Juwaini.

2. Al-Mu'tamad (المعتمد) oleh Abu al-Husain Muhammad bin 'Ali al-Basri.

3. Al-Mahsul (المحصول) oleh Fakhr ad-Din Muhammad bin 'Umar bin al-

Husain ar-Razi.

4. Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam ( األحكام أصول في -oleh Saifuddin al (اإلحكام

Amidi.

Tariqah al-Ahnaf

Cara penulisan Tariqah al-Ahnaf turut dikenali sebagai Tariqah al-Fuqaha'

( الفقهاء .(طريقة Menurut cara ini, kaedah-kaedah Usul al-Fiqh dibuat

berdasarkan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh Imam-Imam mazhab

mereka. Kaedah-kaedah tersebut akan dipastikan selaras dengan apa yang

telah diputuskan dan sekiranya tidak, kaedah-kaedah tersebut akan diubah suai

14

Page 15: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

oleh mereka. Disebabkan itu, didapati banyak masalah fiqh yang dimasukkan

dalam kitab-kitab yang ditulis mengikut cara ini.

Antara kitab yang ditulis menurut cara ini ialah:

1. Al-Usul (األصول) oleh Abu Bakr Ahmad bin 'Ali atau dikenali sebagai al-

Jassas.

2. Al-Usul (األصول) oleh Abu Zaid 'Abdullah bin 'Umar ad-Dabusi.

3. Al-Usul (األصول) oleh Fakhr al-Islam 'Ali bin Muhammad al-Bazdawi.

4. Kasyf al-Asrar ( األسرار .oleh 'Abd al-'Aziz bin Ahmad al-Bukhari (كشف

Tariqah al-Muta'akhirin

Cara penulisan Tariqah al-Muta'akhirin menggabungkan cara penulisan Tariqah

al-Mutakallimin dan Tariqah al-Ahnaf. Cara ini kemudiannya diikuti oleh ulama'

dari berbagai-bagai mazhab seperti Mazhab Maliki, Mazhab Syafi'e dan Mazhab

Hanbali.

Antara kitab yang ditulis mengikut cara ini ialah:

1. Badi' an-Nazam ( النظام oleh Muzaffar ad-Din Ahmad bin 'Ali as-Sa'ati (بديع

al-Hanafi.

2. At-Tanqih (التنقيح) dan syarhnya at-Taudih (التوضيح) oleh Sadr as-Syari'ah

'Abdullah bin Mas'ud al-Mahbubi al-Hanafi.

3. Jam' al-Jawami' ( الجوامع oleh al-Imam Taj ad-Din 'Abd al-Wahhab (جمع

bin 'Ali as-Subki as-Syafi'e.

1.0.6 Sumber Ilmu Fiqh

Sumber – sumber fiqh ada yang disepakati dan ada yang diikhtilafi (berbeza

pendapat). Sesuai dengan definisinya dapat diketahui sumber pokok dari fiqh

ada dua, iaitu: kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Dan ada sumber yang

dipautkan kepada sumber – sumber pokok yang disepakati oleh jumhur fuqaha’,

15

Page 16: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

yakni: ijma’ dan qiyas. Sedangkan yang sumber – sumber fiqh diikhtilafi yaitu

istihsan ,uruf, mashlahah mursalah dan lain sebagainya.

1.0.7 Faedah mempelajari ilmu Usul Fiqh

Mempelajari dan meneliti ilmu Usul Fiqh dapat memberi faedah yang besar,

antaranya ialah:

      1. Untuk mengetahui cara dan bagaimana ulama dan mujtahid mengeluarkan

hukum dan menggunakan ilmu Usul Fiqh dalam menetapkan hukum bagi

sesuatu masalah.

2. Dapat mengetahui bagaimana cara ulama menetapkan sesuatu hukum dan

menetapkan sesuatu hukum dengan berdasarkan dalil-dalil syarak.

3. Mengeluarkan hukum baru yang sentiasa berubah-ubah mengikut

perkembangan zaman dan keperluan masyarakat.

4. Untuk mengetahui asas-asas bagi hukum syarak dan hikmat-hikmatnya.

5.      Dapat mengetahui cara mengeluarkan hukum daripada dalil sehingga dapat

menentukan hukum terhadap perbuatan mukallaf.

6.      Melalui ilmu Usul Fiqh juga boleh mengetahui hukum syarak yang telah

dikeluarkan oleh para mujtahid melalui kaedah usul dan dipadukan dengan

pendapat ulamak yang berselisih di antara mereka untuk mencari yang kukuh

dan pendapat yang berpegang dengan dalil yang paling kuat untuk beramal

dengan hukumnya.

7.       Melalui ilmu Usul Fiqh, ulamak yang bertugas mengeluarkan hukum atau

fatwa menjadi mudah bagi mereka untuk mengeluarkan hukum kerana ada

landasan dan panduan. (Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali 2009:10)

16

Page 17: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

1.0.8 Rumusan

Sebagai kesimpulannya, ilmu usul fiqh adalah ilmu yang menghuraikan

tentang method yang dipakai oleh para imam mujtahid dalam menetapkan

hukum syara dari nas. Berdasarkan nas pula, mereka mengambil illah yang

menjadi landasan hukum serta mencari maslahah yang menjadi tujuan hukum

syar’I yang dijelaskan dan diisyaratkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Ilmu usul

Fiqh juga bererti suatu kumpulan kaedah metodologi yang menjelaskan bagi

seorang mujtahid bagaimana cara mengambil hukum dari dalil-dalil syarak.

Kaedah itu, boleh bersifat lafziyyah seperti dilalah suatu lafaz terhadap erti

tertentu dan boleh bersifat maknawiyah seperti mengambil dan suatu illah dari

nas serta cara yang paling tepat untuk penetapannya. Maka jelaslah bahawa

ilmu usul fiqh merupakan pedoman yang tepat untuk memahami teks-teks

perundangan di mana ilmu itu sendiri sangat mendalam dan boleh menjadi

method bagi seorang ahli hukum di samping dapat melatih dan mengembangkan

kemampuannya dalam pengistinbatan hukum.

1.0.9 ISU SEMASA

Bayi Tabung Uji

Benih suami isteri HARUS dikandungkan oleh isteri sendiri sekiranya suami

masih hidup. Benih suami isteri HARAM dikandungkan oleh wanita lain. Benih

suami isteri yang telah ditabung ujikan HARAM dimasukkan kedalam rahim isteri

sekiranya suami telah meninggal dunia terlebih dahulu kerana perbuatan ini

boleh membawa kepada fitnah. HARUS menghapuskan telur-telur yang telah

disenyawakan di dalam tabung uji dengan menyelamatkan satu telur sahaja,

untuk dikandungkan kerana telur-telur tersebut masih belum bernyawa.

Gugur Kandungan

Anak yang dikandung yang berkemungkinan cacat HARUS digugurkan

atas nasihat doktor pakar. Sekiranya sudah bernyawa, hukumnya HARAM

digugurkan.

17

Page 18: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Merawat Benih

Benih yang dikenal pasti oleh doktor pakar sebagai cacat/down syndrome

HARUS dirawat oleh doktor supaya bila lahir menjadi anak yang normal.

HARUS menghentikan kelahiran anak yang jika dilahirkan diadapati cacat

yang tidak boleh berfungsi sebagai manusia biasa.

HARUS memakan ubat yang mengeluarkan banyak telur untuk kesuburan

sekiranya tidak menjejaskan kesihatan.

Masalah Merancang Keluarga

HARUS memakan pil perancang keluarga sekiranya tidak menjejaskan

kesihatan serta dipersetujui suami isteri.

HARUS mengikat rahim sekirannya dalam keadaan darurat. HARAM

memotong rahim kecuali dalam keadaan darurat atas nasihat doktor

pakar.

HARUS meletakkan IUD dalam rahim sekiranya dipersetujui suami isteri.

Perempuan yang baru dirogol HARUS mendapatkan ubat pencegah hamil

bagi menjaga maruah wanita tersebut.

Bagi ibu yang mengandung yang didapati kandungannya itu boleh

membahayakan kesihatan dirinya setelah mendapat pengesahan

daripada doktor pakar, HARUS menggugurkan kandungannya bagi

menyelamatkan si ibu.

Rawatan Bagi Penggantian Hormon

HARUS menerima rawatan penggantian hormon bagi wanita yang telah

monopouse untuk kesejahteraan keluarga.

HARAM melakukan mercy killing/ pembunuhan belas kasihan kepada

pesakit yang sedang koma.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

18

Page 19: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

19

Soalan latihan.

1. Berikan pengertian Fiqh dan Usul Fiqh pada bahasa dan istilah Syarak.2. Nyatakan kepentingan umat Islam yang mempelajari ilmu Fiqh dan Usul Fiqh.

TUGASAN

Page 20: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Tajuk 2 KAEDAH FIQH

Pengenalan Ilmu Usul Fiqh

2.1 SINOPSIS

Qawa’id ialah bahasa Arab dari Qa’idah yang memberI erti asas rumah.

Dalam istilah undang-undang lebih dikenali sebagai principal. Ianya mempunyai

keistimewaan iaitu terbentuk dalam beberapa kalimah yang ringkas dan padat

dalam lafaz yang umum tetapi mempunyai makna yang sangat luas mencakupi

cabang-cabang masalah yang terperinci.Walau bagaimanapun Qai’dah fiqh

tidaklah merangkumi kesemua masalah yang tertentu cuma kebanyakannya

aghlabiyyah ( majoriti).

Qawa’id adalah amat penting dalam pengajian ilmu fiqh dan kefaqihan

seseorang itu boleh diukur melalui sejauhmana penguasaannya ke atas Qawa’id

fiqh ini.Qawa’id fiqh ini mula berkembang sekitar kurun ketiga dan keempat

Hijrah oleh tokoh-tokoh ulama dari beberapa mazhab. Para fuqaha’ yang

menggubal qa’idah fiqh ini kadangkala mengambil teks hadis sendiri untuk

dijadikan qa’idah fiqh seperti contoh qa’idah ضرارو الضررال dan ada juga yang

dipetik dari kalam atau ungkapan sebahagian Imam mazhab seperti Abu Yusuf

sahabat Abu Hanifah dalam kitabnya al-Kharaj yang ditulis untuk Khalifah Harun

al-Rasyid.

2.2 HASIL PEMBELAJARAN

2.2.1 Pelajar dapat menjelaskan konsep fiqh dan usul fiqh.

2.2.2 Pelajar dapat menerangkan Qawa’id Fiqhiyyah yang asas dengan betul.

2.2.3 Pelajar dapat menganalisis isu semasa dalam menentukan pemilihan

Qawa’id Fiqhiyyah yang yang betul.

20

Page 21: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

2.3 KERANGKA TAJUK

2.4 ISI KANDUNGAN

2.4.1 Pengertian Kaedah Fiqh

Apabila dirujuk kepada kitab-kitab qawa‘id fiqhiyyah yang ditulis oleh

ulama silam atau penulis semasa, pelbagai definisi dibuat dapat ditemui.

Kebanyakan mereka mempunyai definisi yang tersendiri sehingga menjangkau

lebih daripada dua puluh definisi dikemukakan.

Banyaknya definisi sama ada kerana keluasan ilmu yang mereka miliki

atau kerana luasnya perbincangan ilmu qawa‘id fiqhiyyah atau berbezanya

pemahaman mereka terhadap ilmu ini. Apabila dibuat penelitian secara

mendalam tentang definisi yang dikemukakan, ada di kalangan ulama yang

memberi definisi kaedah secara umum yang meliputi semua jenis kaedah, sama

ada kaedah usul, kaedah fiqh dan kaedah bahasa.

Ada pula yang memberikan definisi khusus untuk kaedah fiqh sahaja. Di

samping itu ada juga di kalangan ulama yang mengatakan bahawa kaedah fiqah

bukan bersifat kulli dan ada pula yang berpendapat sebaliknya.

2.4.2 Kepentingan Kaedah Fiqh

Memang tidak dinafikan kaedah fiqh mempunyai kepentingan yang amat

besar kepada umat Islam lebih-lebih lagi kepada para ulama yang berkecimpung

dalam bidang yang berkaitan dengan pengeluaran hukum hakam dan fatwa,

21

Kaedah Fiqh

Setiap Perkara Bergantung Niatnya

Yakin Tidak Dihalang Dengan Syak

Kesukaran Mengandungi Kemudahan

KemudharatanHarus Dihilangkan

Adat itu boleh dijadikan hukum

Page 22: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

seperti para mufti dan hakim. Kepentingan dan faedah mempelajari ilmu ini, telah

banyak diperkatakan oleh ulama-ulama silam dalam karangan mereka dan juga

oleh penulis-penulis semasa. Bagi meringkaskan apa yang telah diperkatakan

oleh mereka, rasanya lebih baik kita perhatikan apa yang pernah disebutkan oleh

ulama silam tentang ilmu ini:

Imam al-Sayuti pernah menyebut dalam kitabnya al-Ashbah wa al-Naza’ir:

اعلم أن فن األشباه والنظائر فن عظيم، به يطلع على

حقائق الفقه، ومداركه ومآخذه وأسراره، ويتمهر فى فهمه

واستحضاره، ويقتدرعلى اإللحاق والتخريج، ومعرفة األحكام

والمسائل التى ليست بمسطورة، والحوادث والوقائع التى

.التنقضى على ممر الزمانMaksudnya: Sesungguhnya Ilmu al-Ashbah Wa al-Nazair suatu ilmu yang agung,

dengannya dapat diketahui hakikat fiqah, tempat pengambilan dan rahsia-

rahsianya mahir dalam memahami fiqh dan menghadirkan masalah, mampu

untuk menyamakan dan mengeluarkan hukum, dapat mengetahui hukum-hukum

dan masalah-masalah yang tidak habis persitiwa dan kejadian yang tidak habis

dengan perjalanan masa.

Manakala al-Zarkashi pula berkata:

ومن ضبط الفقه بقواعده استغنى عن حفظ أكثر الجزئيات

. .………الندراجها في الكلياتMaksudnya: Sesiapa yang mengawal fiqh dengan kaedah–kaedah fiqh maka dia

tidak perlu untuk menghafal banyak cabang kerana cabang tersebut telah

terangkum dalam kuliyyat. . . . . .

Manakala ulama dari mazhab Maliki pula menyebut dalam al-Furuq:

ويشرف الفقيه قدر يعظم بها اإلحاطة وبقدر النفع، عظيمة الفقه، في مهمة القواعد ،وهذه

Maksudnya: Kaedah ini penting bagi fiqh, besar manfaatnyadengan

mendalaminya akan hebat seseorang faqih dan ia akan mulia….

22

Page 23: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Kepentingan ilmu ini dapat dibahagikan kepada empat aspek:

1. Membentuk Gambaran Umum Tentang Fiqh

a)      Pengajian kitab fiqh di Malaysia untuk masyarakat awam kebanyakannya

tidak sempat untuk dikhatamkan dengan bermacam-macam alasan. Dengan

adanya pengajian kaedah fiqh ini akan membuka peluang kepada masyarakat

awam untuk mendapat gambaran umum tentang fiqh dari kesemua bab.

b)      Islam ialah agama yang mudah dan tidak membebankan umatnya dengan

perkara-perkara yang sukar. Dengan adanya kaedah fiqh, maka ia dapat

menarik umat Islam untuk mendalami ilmu fiqh dengan lebih mudah dalam

bentuk baru.

2. Mengeluarkan Hukum Isu-Isu Semasa

a)      Setiap mukmin yang mengambil berat masalah halal haram dalam

kehidupannya akan merujuk kepada mereka yang berkelayakan untuk

menyelesaikan persoalan yang timbul dalam kehidupannya. Dengan adanya

kaedah fiqh, akan memudahkan untuk mencari jawapan bagi persoalan yang

dikemukakan.

b)      Orang yang mengusai kaedah fiqh lebih mudah untuk mencari jawapan

tanpa perlu merujuk kepada kitab-kitab fiqh.

3. Menjaga dan Menghadkan Furu’ Fiqh Yang Berterabur

Salah satu kesukaran yang dilalui ketika mempelajari ilmu fiqh ialah untuk

mengingati masalah-masalah fiqh yang tidak terhitung banyaknya, bahkan ia

bertambah dari setahun ke setahun kerana bertambahnya persoalan-persoalan

yang menimpa manusia. Dengan mengusai ilmu ini kesukaran untuk mengingati

masalah-masalah ini dapat diatasi iaitu dengan cara menghafal kaedah-kaedah

fiqh.

4. Melahirkan Ahli Fiqh yang Muktabar

23

Page 24: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

a)      Untuk melahirkan seorang ahli fiqh yang hebat bukannya suatu yang

mudah, tetapi dengan mempelajari kaedah fiqh dan dawabit fiqhiyyah, jalan ke

arahnya lebih terbuka.

b)      Ahli fiqh juga semestinya dikehendaki menguasai maqasid syariah yang

agak rumit, tetapi dengan mempelajari kaedah fiqh kandungannya memberi

gambaran yang jelas tentang maqasid dan tujuan syarak.

Sesetengah ulama mutakhir mazhab Syafie mengatakan ada lima kaedah, maka

kelima-lima ini dikira sebagai ibu segala kaedah fiqh iaitu :

Kaedah 1- setiap perkara mengikut niatnya.

Kaedah 2- yakin tidak dihilangkan dengan syak.

Kaedah 3- kesukaran mengandungi kemudahan.

Kaedah 4- kemudaratan harus dihilangkan.

Kaedah 5- adat itu boleh dijadikan hukum.

2.5 KAEDAH-KAEDAH FIQH

2.5.1 Kaedah Pertama (األمور بمقاصدها) 

Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang terpenting dari kaedah

fiqh.Maksud kaedah ini ialah setiap amalan dan tindakan seseorang itu samada

perbuatan mahupun perkataan, maka natijahnya dan hukum syara’ berbeza

dengan sebab berbeza tujuan amalan seseorang itu.

Dalil kaedah ini ialah hadis Nabi SAW :

]و]ى aل ام_رئ\ م]ا ن bم]ا لك bات و]إن ]ع_م]الa بالني bم]ا األ إن

“Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap

orang dinilai dengan niatnya”.

Kepentingan Niat Dalam Islam

Berbicara tentang kepentingan niat para ulama telah menggariskan kepada dua

perkara iaitu ;

2 Tujuan utama disyariatkan niat ialah untuk membezakan perbuatan yang

dilakukan sama ada ianya kerana ibadah ataupun adat.

24

Page 25: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Contohnya:

a. Seseorang yang megambil wuduk atau meratakan air keseluruh

tubuhnya ,perbuatan tersebut sama ada untuk membersihkan tubuhnya

yang kotor atau menyejukkan tubuhnya dihari yang terik atau

kemungkinan juga kerana kerana tujuan ibadah.

b. Seseorang yang tidak menjamah makanan sejak dari pagi kemungkinan

kerana untuk diet, atau untuk menjaga kesihatannya atau kemungkinan

dia sedang berpuasa.

c. Seseorang yang sedang berada dalam masjid kemungkinan ia masuk

untuk merehatkan tubuhnya atau kemungkinan juga untuk beribadah.

d. Seseorang yang menyerahkan sesuatu kepada seseorang sama ada

wang atau berupa makanan sama ada dia memberikan sedekah atau

hibah atau zakat.

e. Seseorang yang sedang menyembelih binatang kemungkinan untuk

menikmati dagingnya memakan dagingbinatang tersebut atau

kemungkinan juga untuk tujuan lain.

Beberapa contoh perbuatan yang disebutkan di atas tidak dapat dibezakan

kedudukannya sama ada kerana kebiasaan atau kerana menurut apa yang

diperintahkan oleh Allah s.w.t. Maka untuk membezakan perbuatan tersebut

memerlukan kepada niat daripada pelakunya.

3 Membezakan kedudukan suatu ibadah dengan ibadah yang lain. Seseorang

yang berwuduk atau mandi , sembahyang ,puasa dan lain-lain lagi kadang –

kadang ia melakukannya kerana status fardu ,nazar atau sunat.

5. Untuk membezakan antara fardu dengan sunat maka disyariatkan niat.

2.5.2 Kaedah Kedua ( اليقين ال يزال بالشك) Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu yang telah diyakini tidak akan

hilang dengan kedatangan syak (keraguan) ke atasnya tetapi ia boleh hilang

25

Page 26: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

dengan yakin sepertinya juga. Dalam ertikata lain, pada prinsipnya, yakin tidak

akan diketepikan hukumnya semata-mata dengan syak.

Dalil kepada kaedah ini ialah :

a. Al-Quran

_ح]ق` aغ_ني من] ال ] ي ]نb الظbنb ال d إ eا b ظ]ن هaم_ إال aر[ _ث ك[ bبعa أ ]ت و]م]ا ي

d _ئا ي ش]Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan

sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi

kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad)

Al-Haq itu memberi erti hakikat yang sebenar samalah seperti yakin.

b. Al-Sunnah

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا وجد أحدكم في

بطنه شيئا فأشكل عليه أخرج منه شيء أم ال فال يخرجن

من المسجد حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا

Kaedah ini menerbitkan pula kaedah-kaedah yang lain, antaranya:-

a.    (األصل بقأ ما ك�ان على م�ا ك�ان)Asal Sesuatu

Perkara Kekal Mengikut Keadaan Sebelumnya.

Kaedah ini menunjukkan kekal sesuatu hukum masa selepasnya

atau akhir dengan mengikut sabit hukum pada masa lampau. Daripada

kaedah ini terbentuk beberapa masalah, contohnya:

i. Barangsiapa yang yakin bersuci kemudian ia syak terkeluar

hadas maka dihukumkan dia masih bersuci atau seorang yang

26

Page 27: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

yakin berhadas dan ia syak bersuci maka dikira masih

berhadas.

ii. Orang yang makan dan minum pada akhir malam dan ia syak

tentang naik fajar (subuh) maka puasanya sah sebab asalnya

malam masil kekal dan jika ia syak tentang jatuh matahari atau

tidak maka terbatallah puasanya sebab yang asal hari siang

masih kekal.

b.      ( Asal sesuatu perkara bebas daripada ( برأة الذمة األصل

tanggungjawab.

Berlaku kaedah ini memandangkan seseorang manusia pada

permulaannya dilahirkan dengan ketiadaan zimmah dari sebarang

kewajipan atau tanggungjawab dan keadaan ini berterusan hingga datang

ke atasnya sebab-sebab atau faktor yang membawa ia kepada

bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara. Oleh kerana terlepas

daripada tanggungjawab itu merupakan asal dan terikat dengan hak itu

adalah perkara yang mendatang, maka tidak diterima dakwaan orang

yang mendakwa bahawa seseorang yang lain itu memikul tanggungjawab

(melakukan sesuatu perkara) bahkan mestilah ia mendatangkan saksi

atau dengan sumpah daripada pihak yang mendakwa. Di antara masalah

fekah yang terbit daripada kaedah ini ialah:·  

2.5.3 Kaedah Ketiga (المشقة تجلب التيسير )  

Kaedah ini juga merupakan salah satu asas utama dalam syara’ kerana

ianya adalah kaedah yang umum yang meliputi sifat keseluruhan hukum Islam.

Masyaqqah atau kesukaran yang akan menjadi penyebab kepada keringanan

dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini ialah masyaqqah yang melampaui

had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya,

bahkan boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya dari melakukan

kerja amal yang berguna seperti masyaqqah yang berpunca dari puasa tanpa

berbuka atau berterusan berjaga malam melakukan ibadat sunat tanpa rehat.

27

Page 28: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Disyaratkan masyaqqah yang berlaku itu bersifat umum adapun yang

yang jarang-jarang berlaku tidak diambilkira.

Dalil bagi kaedah ini ialah:-

a. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah: 185

ر] _عaس_ aمa ال aريدa بك ] ي ر] و]ال aس_ _ي aمa ال eهa بك aريدa الل يMaksudnya : Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak

menghendaki kamu menanggung kesukaran.

b. Al-Sunnah.Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayat oleh Bukhari dan

Muslim :

c.إنما بعثتم ميسرين, ولم تبعثوا معسرينTerjemahan : Sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan dan bukan

diutus untuk menyusahkan.

Sebab-sebab Keringanan Dalam Syariat Islam.

1. Kekurangan : Contohnya seperti gila, kanak-kanak dan orang tertidur,

sepertimana dalam hadis nabi SAW

2. Jahil : Contohnya, harus fasakh perkahwinan kerana ‘aib pada salah

seorang suami isteri yang disembunyikan oleh salah seorang dari mereka

sedangkan seorang lagi tidak mengetahui perkara yang sebenarnya.

3. Sakit : Islam membenarkan tayammum menggantikan air pada wudhu’

kerana sakit. Begitu juga doctor memandang aurat wanita kerana berubat.

4. Safar : Diharuskan berbuka, jama’ dan qasar sembahyang empat rakaat

bagi orang yang bermusafir.

5. Terlupa : Tidak dianggap berdosa dengan sebab terlupa seperti makan

atau minum siang hari pada bulan ramadhan.

28

Page 29: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

6. Ikrah ( Paksaan) : Dimaafkan melafaz kalimah kufur kerana terpaksa

untuk menyelamatkan nyawa. Begitu juga memakan bangkai ( yang mati

atau disembelih tidak mengikut hokum syara’) dan minum arak.

7. Umum al-Balwa : Dimaafkan gharar yang sedikit dalam urusan jual beli,

percikan najis dan tanah di jalan raya.

Rukhsah (Keringanan Syara’) Merangkumi Tujuh Jenis Hukum

1. Pengguguran : seperti digugurkan hukum sembahyang jumaat, puasa,

haji dan jihad disebabkan keuzuran tertentu.

2. Pengurangan : seperti dikurangkan sembahyang empat rakaat kepada

dua rakaat.

3. Penggantian : seperti digantikan wudhu’ dengan tayammum ketika

ketiadaan air.

4. Pendahuluan (taqdim): seperti didahulukan solat Asar dalam waktu

Zohor ( jama’ taqdim) dan dahulukan zakat sebelum cukup haul.

5. Penangguhan ( ta’khir): seperti ditangguhkan sembahyang Zohor ke

waktu Asar ( jama’ ta’khir).

6. Kelonggaran ( tarkhis): diharuskan minum arak bagi orang yang tercekik

kerongkong ketika ketiadaan air halal, berlafaz kalimah kufur ketika

dipaksa sedangkan hati tetap beriman.

7. Perubahan : seperti mengubah kelakuan sembahyang yang ma’ruf ketika

ketakutan dalam peperangan.

2.5.4 Kaedah Keempat ( الضرر يزال )

Asas kepada kaedah ini ialah melalui hadis nabi SAW ( ضرار ال

الضررو ).Kaedah ini antara kaedah yang meliputi kebanyakan fiqh Islami dan

pengaplikasiannya di dalam beberapa bidang fiqh. Sesungguhnya sifat hukum-

29

Page 30: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

hukum Islam adalah meraikan manfaat kepada manusia dan menghalang apa

jua bentuk kemudharatan. Bila membincangkan soal kemudharatan, tak dapat

tidak untuk membincangkan bersama maqasid syari’yyah iaitu menjaga agama,

jiwa, keturunan, harta dan maruah.

Dharar ertinya melakukan kerosakan terhadap orang lain, sedangkan

Dhirar bererti bertindak balas dengan melakukan kemudharatan yang sama

dengan kemudharatan tehadapnya. Hadis ini membawa maksud tidak harus

seseorang melakukan kemudharatan terhadap saudaranya sama ada

memulakan atau membalas. Maka kaedah ini meletakkan hakim apabila hendak

menjatuhkan hukuman tidak harus melebihi kemudharatan yang menimpa

seseorang itu. Ulama’ sepakat kaedah ini tidak termasuk perkara yang diizinkan

oleh syara’ seperti Qisas, Hudud dan segala jenis hukuman ta’zir.

Masalah-masalah yang termasuk di bawah kaedah ini ialah:-

a. Boleh dipulangkan barang yang dibeli kepada penjual kerana terdapat

kecacatan padanya.

b. Dihajar ( ditahan dari mengurus harta sendiri) ke atas Safih, dilarang Mufti

yang tidak bersopan daripada mengeluarkan fatwa kerana amalan mereka

boleh mendatangkan kemudharatan ke atas orang lain.

c. Fasakh nikah kerana ‘aib, kepapaan dengan nafkah dan sebagainya.

d. Qisas, hudud dan ta’zir.

Kaedah-kaedah Yang Terbit daripada kaedah ini ialah:-

a. Kemudaratan-kemudaratan itu ) الضرورات تبيح المخظورات

dapat mengharuskan keharaman)

b. kemudaratan) الضnnرر ال يnnزال بالضnnرر tidak boleh dihilangkan

dengan kemudaratan)

30

Page 31: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Ini bermakna umat Islam tidak boleh menolak sesuatu kemudaratan

dengan menggunakan mudarat yang lain. Sebagai contohnya, seseorang itu

tidak boleh merosakkan kehidupan orang lain demi menyelamatkan

kehidupannya. Namun begitu, mudarat ini boleh ditolak dengan mengambil

mudarat yang lebih ringan. Ini berlaku apabila berlaku pertembungan di

antara dua mudarat. Maka, kita perlu memilih mudarat yang lebih ringan atau

kecil. Ini terkandung di bawah kaedah pecahan 'Apabila Terdapat

Pertentangan Di Antara Dua Kemudaratan, Dihindarkan Yang Lebih Berat

Dengan Mengambil yang Lebih Ringan'.

Dalam bidang muamalat Islam, para ulama dan sarjana ekonomi Islam

banyak mengguna pakai kaedah fiqh keempat ini dalam berhadapan dengan

situasi yang ada pada hari ini. Dalam perbankan Islam dan Takaful, kaedah

ini terpakai ketika perbincangan Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara

Malaysia terhadap isu Profit Equalisation Reserve (PER) dalam akaun

deposit.

Ia juga terpakai dalam bab perkongsian risiko dengan reinsurans

konvensional, mengambil modal daripada sumber yang haram, mekanisme

caj ke atas kelewatan bayaran, mewajibkan institusi perbankan Islam

memberikan ibra' kepada penerima biaya yang melunaskan hutang lebih awal

bagi pembiayaan berdasarkan kontrak jual-beli (seperti bai' bithaman ajil atau

murabahah) dan sebagainya.

2.5.5 Kaedah Kelima ( العادة محكمة ) Merupakan kaedah yang kelima daripada kaedah-kaedah fiqhiyyah yang

utama. Di dalamnya terkandung pula beberapa kaedah furu’ yang lain.

Definisi al-’adah

Sekiranya dilihat di dalam kamus-kamus bahasa Arab, al-’adatu

bermaksud sesuatu yang berulang-ulang . Ia sesuai diterjemahkan ke dalam

bahasa Melayu sebagai kebiasaan. Ab Latif Muda mentakrifkan adat

sebagaimana yang difahami daripada perkataan Arab itu “sesuatu perbuatan

31

Page 32: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

atau perkataan yang terus menerus dilakukan oleh manusia. Apa yang penting ia

dapat diterima oleh akal manusia dan ia dilakukan secara berulang-ulang” .

Definisi al-’urf

Kamus-kamus Arab menyatakan maksud ‘urf sebagai seerti dengan

ma’ruf iaitu sesuatu yang diketahui manusia daripada segala kebaikan dan

mereka menerimanya dengan itmi’nan . Manakala di dalam bahasa Melayu, ia

sesuai diterjemahkan sebagai sesuatu yang difahami sebagai adat seperti adat

resam, adat pepatih, adat Melayu dan sebagainya. Kerana adat-adat tersebut

dikenali dalam kalangan orang-orang Melayu, Minangkabau dan lain-lain.

Kaedah ini amat berkait rapat dengan proses penetapan hukum-hakam dalam

kehidupan manusia yang bersumberkan kepada uruf dan adat kebiasaan ketika

mana dalam keadaan ketiadaan nas atau dalil.Maka dengan ini , tidak boleh

diambil atau diangkat sesuatu urf atau adat kebiasaan itu sebagai hukum

terhadap sebarang perkara yang mempunyai dalil-dalil atau nas tertentu dalam

menetapkan hukum perkara tersebut.

Malah , apabila urf atau adat itu bercanggah dengan nas dan dalil maka

ianya tertolak.Ini kerana menetapkan sesuatu hukum bersandarkan kepada urf

dan adat kebiasaan dengan mengenepikan nas atau dalil adalah betentangan

sekali dengan kaedah syarak.

Justeru, melihat kepada adat sebagai salah satu faktor penyumbang

kepada ketentuan hukum, maka para ulama telah menggagaskan sebuah

kaedah fiqh iaitu 'Al-'Adatu Muhakkamah yang bermaksud, adat dijadikan hakim.

Kaedah ini berdasarkan beberapa dalil. Salah satunya adalah hadis yang

diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud yang bermaksud: Apa yang dinilai oleh kaum

muslimin sebagai baik, maka ia adalah baik di sisi Allah, dan apa yang dinilai

buruk oleh kaum muslimin, maka buruklah ia di sisi Allah (riwayat Bukhari).

Walaupun terdapat perbincangan di kalangan ulama tentang kedudukan

Hadis ini sebagaimana yang ditakhrijkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam

musnadnya, tetapi maksud hadis tersebut bertepatan dan tidak bertentangan

dengan akal. Justeru, banyak permasalahan fikah yang mengambil kira adat

32

Page 33: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

atau uruf di sesuatu tempat khususnya perkara yang tidak dinyatakan secara

jelas dalam al-Quran dan hadis.

Perkara yang paling penting dalam memahami adat serta uruf yang

diiktiraf di sisi para ulama adalah ia perlu bertepatan dengan Al-Quran dan

Hadis. Jika ia bertentangan dengan kedua-dua sumber utama berkenaan, maka

ia tertolak.

Sebagai contoh, keadaan masyarakat di sebuah tempat yang menerima

riba sebagai suatu kebiasaan dalam urusniaga. Apabila memberikan pinjaman,

mereka akan meminta bayaran yang lebih dan ia diterima oleh masyarakat

berkenaan.

Ia tidak dianggap zalim dan mereka yang terlibat dalam transaksi tersebut bebas

melakukan riba. Adat ini tidak boleh diterima kerana bertentangan dengan al-

Quran, hadis dan ijmak ulama.

Demikian juga apabila masyarakat telah menganggap tarian yang

mendedahkan aurat sebagai seni dan adat yang perlu dikekalkan. Adat

seumpama ini juga tidak boleh dijadikan hukum kerana jelas bertentangan

dengan syariah. Adat yang boleh diambil kira sebagai hukum juga hendaklah

menepati maslahah iaitu ia membuka ruang kebaikan dan menolak

kemudaratan. Maslahah ini hendaklah meliputi kesemua umat Islam bukan

hanya berkaitan individu-individu tertentu sahaja.

Pertimbangan para ulama berkenaan dengan masa, orang dan suasana

juga dikenali sebagai fiqh waqi'. Beberapa hukum yang pernah diputuskan oleh

cendekiawan yang pakar dalam syariah mempunyai kaitan dengan adat dan uruf

sebagai pertimbangan hukum. Antaranya, hukum berkaitan had umur baligh,

penentuan masa haid dan sebagainya.

2.5.6 Rumusan

Sebagai kesimpulannya, qawa’id fiqhiyyah(kaedah fiqh) ialah suatu kaedah

dalam undang-undang Islam yang disusun oleh para ulama’ untuk menjadi asas

untuk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah

hukum. Kalau tidak wujud kaedah ini, maka hukum-hukum fiqh akan merupakan

33

Page 34: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

hukum-hukum furu’ yang terpisah-pisah dan kadang-kadang pada zahirnya boleh

menimbulkan pertentangan antara satu sama lain tanpa dasar-dasar yang

dipegang dalam pemikiran, yang menerangkan alasan-alasan konkrit, yang

menentukan arah perundangan.

Walaubagaimanapun, kaedah fiqh tidak merangkumi semua masalah,

dalam situasi tertentu kaedah fiqh ini tidak sesuai dipakai. Justeru itu, para

ulama’ mentakrifkan kaedah fiqh ini sebagai kaedah yang bersifat majoriti atau

aglabiyyah. Atas dasar itulah, para fuqaha’ tidak mengharuskan para hakim

ketika membuat penghakiman bergantung atau berpegang sepenuhnya kepada

kaedah-kaedah yang dinyatakan tanpa merujuk kepada nas lain yang bersifat

khas atau ‘am yang mencakupi kes itu, ini kerana kaedah fiqh ini

walaubagaimana bernilai dan diambil pakai dalam perlaksanaan hukum

sekalipun, ia tetap mempunyai masalah-masalah yang dikecualikan.

Dalam erti kata lain, kaedah fiqh ini mestilah disokong dengan nas-nas

lain bagi menentukan sesuatu perkara itu, sama ada ia dibolehkan atau tidak.

Sungguhpun kaedah fiqh ini sifatnya tidak menyeluruh, namun ia tidak bererti

akan mengurangkan nilai ilmiyahnya. Ini kerana terdapat di dalam kaedah-

kaedah itu suatu gambaran-gambaran yang menarik berkaitan prinsip-prinsip

fiqh yang umum yang membuka landasan-landasan prinsip itu daripada segi

teorinya,

Bahkan, kaedah fiqh ini memantapkan hukum-hukum cabang yang amali

dengan beberapa kaedah yang menjelaskan illah atau sebab hukum pada setiap

kelompok hukum furu’ ini. Kaedah ini juga mengumpulkan hukum-hukum cabang

di bawah satu kaedah walaupun berlainan tajuk dan babnya.

2.6 ISU SEMASA DALAM BIDANG FIQH

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah

34

Page 35: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah

membuat keputusan seperti berikut:-

  Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada

Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti

perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara

mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha

terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan

generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan

bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap

shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti.

 

a. Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah

berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah

Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang

terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal,

keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana

Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan

masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji,

berdasarkan nas-nas berikut:-

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :

ن� ن�ي ن� ح� م ح� ٱ م� ن� م� ن� �� ن ٱ� ن�� ن�� � ا�‌ و� م� ن� ح� ن�� �ن �‌�ن �ن م� ح� � ن ٱ� ن�ى ن�� ح" �م ن#� ح� ن�$ ن% ا� م&� ح� م' ن(ا �ن ن� �� ن ٱ� ن* ن+ي ن, ن-ى ا� م&� ن. ن��ن �ن

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam

bahaya kebinasaan .”

Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;

35

Page 36: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

م� نن �م# ن0 ن� ن2ى �� ن ٱ ن�ى م3 م�ا ح( ٱ ن�ى ن+ �� ن ٱ� ن5 م,� 6� ن ٱ� ن� م�7 ن+ � ن ن� ن� ن�2 �� ن م8"  ٱ م6 م3 $� ح ن� ن* ن0ي ن�ان ح( ن�ٱ �ن ٮ9 ن; ح� � ن ٱ� ن-ى ح" م8 ن# ن>� ب%$ م � �ح ن3 ۥ

ح" م? ح� ن> م@ Aن ن� �ن Bن Cن� Dٮ و ن+ Eن ح� ٱ م" ن? حي ن� ن> Fم م6 ن� م� �ن Gن Dٮ ن+ مي Hن� ٱ� م" م? ن� م�* ن� م� �ن ن6 Iن م� ح� ٱ ن� ن> ح" م? Cٮ ن� ح� ن� �ن Jن �م6 ح7 ن ح� ن%ٱ وى ن2 �� ن ٱ ن; م��� ٱ� ا� م�7 ن+ '� ن ن�ٱ Lم �م6 Mن نن �ن Lم �م; Nن� ن> �ن ن�ۦ ن% ا� م�� ن3 �Pن ن� ن�2 �� ن ن-ٱ ح"‌� ن? حي ن� ن> Gح نن $Rن ن ى �� ن ٱ ن* Dٮ ن� Sح ن�ا ح( ن�ٱ ح" م8 ن6 Tح ن��

م� ن7 ن3 ن5 Nن ن�  م��ن م�� ن� ح. م ح� ٱ م" م8 Uن Cن� Dٮ و ن� �ا م�� � ۥ‌

ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan

mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

b. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan

(kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan

al-Daraqutni)

 

c. Kaedah Usul Fiqh:

 ”iaitu “Menutup pintu kerosakkan - سد الذريعة

المصاح جلب على مقدم المفاسد iaitu – درء “menolak

kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

36

Soalan latihan.

1. Apakah kaedah-kaedah yang terdapat dalam Ilmu Fiqh..2. Nyatakan Sebab-sebab keringanan dalam Syariah Islam..

TUGASAN

Page 37: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Tajuk 3 SEMBELIHAN DALAM ISLAM

Pengenalan Sembelihan Dalam Islam

3.0 SINOPSIS

Dalam unit ini, beberapa aspek penting disentuh untuk perbincangan,

khususnya mengenai Konsep, Definisi dan Hukum, Rukun dan Alat Sembelihan,

Hikmah Sembelihan Cara Islam dan Isu-Isu Semasa berkaitan Sembelihan.

37

Page 38: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

3.1.1 Menjelaskan perkara-perkara asas berkaitan sembelihan yang dibenarkan

dalam Islam.

3.1.2 Menghurai hikmah pensyariatan sembelihan dalam Islam.

3.1.3 Menganalisis isu-isu berhubung dengan sembelihan dalam Islam.

3.2 KERANGKA TAJUK

3.3 ISI KANDUNGAN (SEMBELIHAN DALAM ISLAM)

3.3.1 Konsep, definisi dan hukum sembelihan

Binatang yang hendak dimakan hendaklah dimatikan terlebih dahulu

dengan cara disembelih. Dengan cara ini, binatang tersebut dapat dimakan

dengan selamat. Sembelihan dalam bahasa Arab disebut sebagai zabihah

bererti potong atau belah manakala dari segi istilah, ia bermaksud menyembelih

binatang yang halal dimakan mengikut lunas-lunas syarak dan syarat-syarat

tertentu. Sembelihan bertujuan menghilangkan nyawa binatang yang halal

38

Sembilan Dalam Islam

Larangan Ketika Sembelihan

Hukum dan Hikmah Sembelihan

Peratutran dan Rukun

Syarat Sah dan Sunat Sembelihan

Konsep dan Pengertian

Page 39: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

dimakan dengan menggunakan benda yang tajam selain kuku, gigi dan tulang

dengan tujuan memakan dagingnya.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :

Maksudnya:

“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”

(Riwayat Ibnu ‘Abbas)

Hukum sembelihan adalah wajib kecuali ikan dan belalang. Semua

binatang yang halal dimakan hendaklah disembelih terlebih dahulu sebelum

dimakan kecuali ikan dan belalang tidak perlu disembelih.

Firman Allah subhanahu wata‘ala:

Maksudnya:“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”(Surah Al-An‘am, 6:118)

Maksudnya:“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)” (Surah Al-Ma’idah 5:3)

39

Page 40: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Syariat Islam telah mengecualikan beberapa binatang dari bangkai yang

diharamkan, iaitu ikan, ikan paus dan binatang-binatang laut lain yang

seumpamanya. Ketika Nabi s.a.w. ditanya mengenai laut, baginda s.a.w.

bersabda: “Airnya suci lagi menyucikan dan bangkai binatangnya adalah halal”,

(HR Ahmad & Ashab al-Sunan).

Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Dihalalkan bagi kamu binatang

buruan laut dan makanannya" (al-Maidah. 96). Saidina Umar r.a. berkata,

“bahawa buruannya bermaksud binatang yang diburu dan makanannya

bermaksud apa yang dicari.” Ibnu Abbas r.a. pula mengatakan: “Makanannya

bermaksud bangkainya.”

Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menyebutkan, dari Jabir r.a., bahawa

Nabi s.a.w. telah mengutuskan angkatan perang dari kalangan para sahabatnya.

Mereka ini mendapat seekor ikan paus besar yang telah mati (menjadi bangkai).

Mereka memakannya selama 20 hari. Kemudian mereka kembali ke Madinah

dan menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w., lalu Baginda s.a.w. bersabda:

“Makanlah rezeki yang telah Allah berikan kepada kamu. Berilah kepada kami

jika kamu masih ada lagi.” Kemudian salah seorang dari mereka memberikannya

kepada baginda s.a.w. dan dimakannya, (HRBukhari).

Belalang samalah hukumnya seperti bangkai binatang laut. Rasulullah

s.a.w. telah memberi rukhsah (keringanan) memakan bangkai belalang. Kerana

belalang tidak mungkin dapat disembelih. Ibnu Abi Aufa r.a. telah berkata: “Kami

berperang bersama Rasulullah s.a.w. sebanyak tujuh peperangan. Kami

bersama baginda s.a.w. memakan belalang.” (HR al-Jamaah kecuali Ibnu

Majah).

Maka berdasarkan surah al-Maidah ayat 96 di atas, maka hidupan laut

termasuklah ketam, kerang, ikan dan seumpamanya walaupun telah menjadi

bangkai adalah halal dimakan tanpa perlu disembelih terlebih dahulu.

40

Page 41: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

3.3.2 Rukun dan Alat Sembelihan

Sembelihan mempunyai tiga rukun, iaitu:-

a. Penyembelih

b. Binatang yang disembelih

c. Alat menyembelih

Rukun yang pertama, penyembelih. Bagi menyempurnakan sesuatu

sembelihan, orang yang melakukan sembelihan tersebut perlu memenuhi

beberapa syarat yang tertentu, iaitu:-

a. Islam samada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang

mumayiz (perempuan-makruh).

b. Ahli Kitab Yahudi atau Nasrani.

c. Berakal – Berfikiran waras.

d. Tidak dalam Ihram Haji.

Rukun yang kedua adalah binatang sembelihan. Binatang yang hendak

disembelih mestilah halal, iaitu semua jenis binatang yang baik dan tidak

mendatangkan mudharat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik,

lembu dan sebagainya. Binatang yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada

dua kumpulan, iaitu samada haiwan laut atau haiwan darat.

Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam, kecuali seperti

berikut:-

a. Babi,anjing dan keturunannya.

b. Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syara‘.

c. Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar dan

membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang,

gajah dan seumpamanya.

41

Page 42: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

d. Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara

menyambar seperti burung helang, gagak, dan sebagainya.

e. Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya, iaitu

seperti tikus, lipan, lipas, kala jengking, dan seumpamanya.

f. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti

semut dan lebah.

g. Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu, lalat,

ulat, dan seumpamanya.

h. Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti katak,

buaya, kura-kura, dan sebagainya.

Bagi haiwan laut pula, pada hakikatnya meliputi haiwan yang hidup

dalam air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam, kecuali:-

a. Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun.

b. Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika dimakan.

c. Semua jenis haiwan laut yang boleh mendatangkan kemudharatan

atau bahaya kepada kesihatan manusia.

Rukun yang ketiga pula adalah alat sembelihan. Alat sembelihan yang

hendak digunakan untuk menyembelih binatang perlulah memenuhi syarat-

syarat yang berikut:-

a. Alat yang tajam, boleh melukakan dan mengalirkan darah binatang

tersebut seperti pisau, parang dan sebagainya.

b. Alat itu tidak diperbuat dari gigi, tulang atau kuku.

3.3.3 Kaifiat dan Syarat Sah Sembelihan

Kaifiat sembelihan yang dianjurkan adalah seperti yang berikut:-

42

Page 43: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

a. Memutuskan HALKUM (saluran pernafasan) dan urat MARIH (saluran

makanan dan minuman) serta kedua-dua urat leher (saluran darah)

bagi binatang yang mudah diselenggarakan untuk sembelihan.

b. Manakala bagi binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya

seperti binatang buruan atau berada dalam keadaan darurat, ia boleh

disembelih pada mana-mana bahagian anggotanya untuk

mematikannya dengan syarat niat menyembelih.

Syarat Sah Sembelihan adalah seperti yang berikut:-

a. Hendaklah dilakukan oleh orang Islam.

b. Hendaklah dengan niat sembelihan.

c. Hendaklah putus urat halkum dan urat marih.

d. Hendaklah benda tajam kecuali kuku, gigi dan tulang.

e. Binatang yang halal dimakan.

f. Binatang itu masih hidup.

g. Hendaklah mati sekali sembelihan sahaja.

h. Tujuan sembelihan kerana Allah SWT bukan dengan tujuan yang lain.

i. Tidak dalam Ihram haji atau Umrah bagi binatang buruan.

Perkara-perkara sunat ketika menyembelih adalah seperti yang berikut:-

a. Membaca bismilah untuk memulakan sembelihan.

b. Menghadap binatang itu ke arah kiblat.

c. Membaca selawat ke atas Nabi.

d. Dibaringkan binatang itu di atas rusuk kirinya.

e. Menggunakan pisau yang tajam supaya kurang sakitnya.

f. Memutuskan urat mareh di kiri dan kanan leher supaya segera mati.

g. Menyembelih dengan segera.

h. Semasa menyembelih hendaklah dilakukan dengan pantas dan

cepat.Jangan diputuskan lehernya.

i. Janganlah disiang kulitnya sehingga dia telah mati.

43

Page 44: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

j. Menyembelih sebelah bawah jika lehernya panjang seperti unta dan

menyembelih sebelah atas jika lehernya pendek seperti lembu.

3.3.4 Hikmat Menyembelih Binatang

a. Supaya menjadikan binatang itu halal dimakan.

b. Bagi mematikan binatang itu dengan cara yang cepat dan segera.

c. Supaya tidak menyeksakan binatang itu.

d. Supaya keluar kuman-kuman penyakit yang ada dalam darah

binatang itu kerana kuman-kuman ini boleh mendatangkan keburukan

kepada kesihatan manusia.

e. Bagi mematikan binatang itu dengan cara yang sah.

3.3.5 Rumusan

Syariat Islam menetapkan setiap binatang yang hendak dimakan perlu

disembelih bukanlah semata-mata untuk membezakan cara hidup orang-orang

Islam, malahan ia mengandungi hikmah yang tertentu yang menjadikannya

sebahagian peraturan hidup yang indah dan penuh makna. Sebagai umat Islam,

kita seharusnya bersyukur dan cuba menyempurnakan semua peraturan yang

ditetapkan oleh Allah SWT, khususnya dalam perkara-perkara yang berhubung

dengan sembelihan binatang ini.

3.4 ISU SEMASA BERKAITAN SEMBELIHAN

Beberapa masalah yang berkaitan dengan sembelihan seperti yang berikut:-

a. Muzakarah Khas Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia  yang

bersidang pada 29 Sep 2005 telah membincangkan Kaedah Thoracic

Stiking Dalam Sembelihan Haiwan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Majlis Kebangsaan telah memutuskan bahawa Kaedah Thoracic

Stiking iaitu prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan

44

Page 45: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

adalah dibenarkan dan daging haiwan tersebut adalah halal tertakluk

kepada syarat-syarat yang berikut:

i. Telah berlaku sembelihan yang sempurna (iaitu telah putus

keempat-empat urat Mari', halkum dan wadajain;

ii. Kaedah tersebut dijalankan selepas berlaku pendarahan

sempurna(complete bleding) atau selepas 30 saat

penyembelihan berlaku;

iii. Binatang tersebut disahkan mati akibat sembelihan dan

kaedah Thoracic Stiking hanya sekadar membantu

mempercepatkan kematian; dan

iv. Kaedah ini perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang

bertauliah.

b. Boleh memakan sembelihan Ahli Kitab dari kalangan Yahudi dan

Kristian dengan dua syarat:-

i. Penyembelihan dilakukan seperti sembelihan muslim,

diputuskan urat halqum dan mari’ sehingga menumpahkan

darah. Jika binatang tersebut mati kerana dijerut atau

dikenakan kejutan elektrik, dibenam ke dalam air atau

seumpamanya, maka binatang tersebut tidak halal dimakan.

ii. Tidak disebut nama selain dari Allah ketika penyembelihan,

seperti nama al-Masih dan seumpamanya. Hal ini

berdasarkan firman Allah SWT:

_ه^ ]ي ع]ل bه^ الل aم اس_ ]ر^ aذ_ك ي ]م_ ل ممbا aوا aل _ك ]أ ت و]ال]

Mafhumnya: “Dan jangan kamu semua makan apa-apa yang

tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya.” (al-

Anaam: 121)

Di dalam surah lain, Allah SWT berfirman:

bه^ الل _ر^ لغ]ي به^ bهلa أ و]م]ا _زير^ _خن ال ]ح_م] و]ل و]الدbم] ]ة] _ت _م]ي ال aمa _ك ]ي ع]ل م] bح]ر bم]ا إن

Mafhumnya: “Hanyasanya yang diharamkan ke atas kamu

semua (umat Islam) adalah bangkai, darah dan daging babi,

45

Page 46: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

demikian juga yang disembelih kerana selain Allah.” (al-

Baqarah: 173)

Berdasarkan penjelasan di atas, maka sesiapa yang berada di

Negara bukan Islam, kebanyakan yang melakukan penyembelihan pula adalah

orang kristian atau Yahudi, maka halal memakan sembelihan mereka. Melainkan

jika diketahui mereka melakukan perkara yang menjadi sembelihan itu haram

seperti menyebut nama selain Allah ketika melakukan sembelihan seperti yang

telah dijelaskan di atas. Jika yang menyembelih itu penyembah berhala, maka

HARAM memakan sembelihan mereka.

TAHUKAH ANDA?

Mengikut kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan penyembelihan Islam

adalah yang terbaik. Seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan

kebersihan serta kesihatan. Pemilihan makanan yang halal dan bersih adalah

penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang

memuaskan agar memperolehi tenaga yang secukupnya untuk beribadah. Oleh

itu orang Islam perlu menilai dan meneliti sumber pemakanannya agar datang

dari sumber yang halal dan bukan meragukan terutamanya disembelih secara

Islam.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

46TUGASAN

TUGASAN

Page 47: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Tajuk 4 EKONOMI ISLAM

47

Soalan:Senaraikan nama haiwan dan serangga yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran?

Nyatakan hikmah disyariatkan sembelihan cara Islam?Anda sebagai guru ingin mengadakan kursus amali sembelihan kepada murid-murid anda. Terangkan persediaan perlu dilakukan sebelum mengendalikan kursus tersebut?

Page 48: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Ekonomi Islam

4.0 SINOPSIS

Islam adalah agama yang menyediakan penduan cara hidup yang

universal dan menyeluruh dalam pelbagai aspek kehidupan. Bukan sekadar

garis panduan dalam bab ibadah khusus seperti solat, puasa dan haji, malah

dalam urusan ekonomi, Islam telah menetapkan beberapa konsep yang umum

sebagai panduan Umat Islam. Perkataan ekonomi dalam istilah islam diambil

daripada perkataan iqtisad yang bermaksud mengatur urusan dengan berusaha

mencapai sasaran yang tepat, tanpa membazir. Sasaran yang tepat bermakna

bukan bersifat individualistik dengan mengoptimumkan manfaat sosial dan

individu secara berhemah. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat turut merasa

kenikmatan dan kekayaan ekonomi islam dengan keupayaan dan kemampuan

masing-masing tanpa dianiayai.

Unit ini membincangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang

ekonomi Islam khususnya dalam urusan sewaan, gadaian, perbankan Islam dan

takaful yang mengikut prinsip-prinsip dan dasar-dasar syariat Islam di samping

satu isu semasa berkaitan.

4.1 HASIL PEMBELAJARAN

4.1.1 Pelajar dapat mengenalpasti bentuk-bentuk kegiatan ekonomi dalam

Islam seperti Sewaan, Gadaian, Perbankan Islam dan Takaful.

4.1.2 Pelajar dapat menghuraikan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah

berkaitan dengan kegiatan ekonomi dalam Islam.

4.1.3 Pelajar dapat menganalisis isu semasa berkaitan sistem ekonomi Islam.

48

Page 49: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

4.2 KERANGKA TAJUK

4.3 ISI KANDUNGAN (EKONOMI ISLAM)

4.3.1 Sewa (Ijarah)

Sewa menurut pengertian bahasa ialah ‘upah kepada barang atau sewa

barang’. Sewa menurut pengertian Syara’ pula ialah ‘aqad untuk menyewa

manfaat barang’. Dalam pengertian lain ialah ‘pertukararan manfaat dan faedah

terhadap sesuatu benda atau harta sebagai perkhidmatan dan tukaran ganti

dengan nilai’.

Menurut pengertian istilah yang lebih luas, sewa ialah sesuatu

penyerahan manfaat dan faedah yang tertentu yang dikehendaki oleh orang lain

dan boleh diberikan serta barang tersebut sah di sisi Syara’ dengan imbuhan dan

imbalan pembayaran tertentu pula oleh penyewa. Sebagai contoh, tidak sah

menyewa pokok untuk tujuan mendapatkan buah.

Hukum Sewa

Kegiatan sewa adalah diharuskan dalam Islam selagi ia tidak bercanggah

dengan syariat Islam. Contohnya, seorang yang mempunyai sebidang tanah

telah menyewakan tanahnya kepada seorang yang bercucuk tanam, manakala

penyewa mesti membayar sewaan seperti yang telah diakadkan di antara

mereka. Hukum sewa adalah harus berdasarkan dalil al-Quran dan Hadith,

antaranya ialah:-

49

Ekonomi Islam

Sewaan Gadaian Perbankan Islam

Takaful

Page 50: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

a. Firman Allah SWT dalam Surah az-Zukhruf: 32

Terjemahan ayat:

“(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keagamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita) dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan”

b. Firman Allah SWT dalam (Surah at-Talaq : 6)

Terjemahan ayat:

“Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak

50

Page 51: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu) dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.”

c. Sabda Nabi SAW bermaksud:-

“Dari Aisyah RA; Rasullullah (SAW) dan Abu Bakar (RA) menyewa

seorang laki-laki dari Bani Dail. Ddia masih memeluk agama para

leluhurnya- yang ditugaskan sebagai penunjuk jalan, Nabi dan Abu Bakar

menyerahkan kendaraan dan perbekalan kepadanya untuk diserahkan

kembali setelah lewat tiga malam di gua Hira” (Riwayat Bukhari)

d. Sabda Nabi SAW bermaksud:-

“Dari ibnu Umar RA; Rasulullah (SAW) bersabda; Berilah upah sebelum kering

keringatnya” (Riwayat Ibnu Majah)

Rukun Sewaan

Sewa yang dijalankan juga mestilah mempunyai 5 rukun sewa yang berikut:

a. Tuan punya sewa atau orang yang memberi sewa

b. Penyewa

c. Sewa atau nilai

d. Manfaat

e. Sighah, iaitu lafaz ijab dan qabul

Pemberi Sewa dan Syarat Pemberi Sewa

51

Page 52: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Pemberi sewa merujuk kepada orang yang memiliki manfaat dan manfaatnya

diserahkan kepada penyewa dengan kadar bayaran tertentu. Antara syarat

pemyewa adalah:

a. Baligh

b. Waras

c. Pilihan sendiri

d. Ahli tasarruf

e. Islam dan bukan Islam

Syarat Bayaran Sewa

a. Bayaran hendaklah bersih dari segi syara’.

b. Hendaklah boleh dimanfaatkan

c. Boleh diserahkan pada bila-bila masa.

d. Milik sendiri, iaitu boleh diserahkan bayaran sewa itu sama ada

menyerahkannya sendiri atau mewakilkan kepada orang lain.

e. Bayaran itu hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh kedua belah pihak

Syarat-Syarat Manfaat

a. Barang yang disewakan hendaklah bernilai dari segi syara’ dan seimbang

dengan bayaran yang dikenakan. Seperti rumah dan kenderaan.

b. Barang itu boleh diserahkan oleh penyewa. Sebagai contoh; tidak boleh

menyewa barang yang dah dirampas atau kenderaan yang rosak.

c. Tidak boleh menyewa untuk tujuan mendapatkan bukan manfaat, tetapi

‘Ain barangan itu. Contohnya menyewa binatang kerana hendakkan

bulunya, atau susunya, atau anak dalam kandungannya.

52

Page 53: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

d. Tidak boleh menyewa sesuatu untuk kepentingan orang yang memberi

sewa agar melakukan sesuatu ibadat kepadanya. Seperti mengadakan

ibadat puasa atau sembahyang lalu niatnya ditujukan kepada orang yang

memberi sewa.

e. Barang yang hendak disewaitu hendaklah diketahui jenis, kadar dan

sifatnya

Ijab dan Qabul

Ijab dan Qabul bermaksud kedua-dua pihak saling meredai. Antara syarat Ijab

dan Qabul adalah:

a. Ijab diikuti dengan Qabul tanpa diselangi dengan perkataan lain.

b. Ijab dan Qabul didengar oleh orang yang hampir.

c. Ijab dan Qabul sama maksud dan maknanya.

d. Tidak ada taklik atau sebarang syarat.

e. Ijab tidak berubah sebelum ada Qabul.

Sebab-sebab yang membatalkan sewaan

Muamalat sewa itu akan terbatal dengan sebab yang berikut:

a. Berlaku kerosakan kepada barangan yang disewa sebab penyewa atau

terdapat kecacatan lama yang baru diketahui oleh penyewa.

b. Selesai atau memenuhi manfaat yang diakadkan.

Hikmah Sewa dalam Islam

a. Manusia perlu kepada sewa dan keperluan lain yang tidak dimilikinya,

seperti alat cucuk tanam, tanah, dan sebagainya.

b. Pemilik barang dapat memperolehi keuntungan dari sewaan.

53

Page 54: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

c. Dapat mengeratkan hubungan Silaturrahim sesama manusia melalui

urusan sewa.

d. Sesuatu bentuk pertolongan kepada mereka yang berhajat daripada

pemilik barang.

4.3.2 Gadaian (ar-Rahnu)

Pengertian

Gadaian menurut bahasa ialah ‘tahan’.

Menurut pengertian istilah pula menjadikan sesuatu barangan sebagai cagaran

bagi sesuatu hutang dan ia akan menjadi bayaran sekiranya tidak dapat

dijelaskan hutang itu nanti

Hukum

Jumhur ulama bersependapat muamalat gadaian adalah diharuskan, baik ketika

seseorang itu bermastautin, bermukim atau dalam keadaan bermusafir.

Muamalat gadaian adalah diharuskan dalam Islam berdasarkan dalil nas al-

Quran dan Hadith.

Dalil al-Quran

a. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah: 283

“Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi

54

Page 55: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

b. Sabda Nabi SAW bermaksud:-

"Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya

masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan

makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya"

(Riwayat Tirmidzi)

Rukun Gadaian

a. Pemegang gadai dan penggadai.

b. Barang gadaian.

c. Hutang, iaitu sebab untuk berhutang dan untuk menggadai.

d. Sighah iaitu lafaz ijab dan kabul

Syarat Penggadai dan Pemegang Gadai

Kedua-dua penggadai dan pemegang gadai terikat kepada syarat berikut:

a. Mukallaf

b. Pilihan sendiri

c. Penggadai dan pemegang gadaian adalah harta masing-masing dengan

milik secara sah

Syarat Barang yang Digadai atau Dihutang

a. Yang digadaikan bukanlah manfaat, tetapi ‘ain (barangnya)

55

Page 56: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

b. Mestilah boleh dijual

Syarat Hutang untuk Barang Digadaikan

a. Hutang mestilah mempunyai nilai dan boleh digunakan, seperti wang,

emas dan perak.

b. Jumlah hutang diketahui oleh kedua belah pihak.

c. Hutang itu perlu tetap, tidak berubah nilainya dan tidak bertambah apabila

bayaran dilakukan.

d. Sighah, terdiri daripada ijab dan qabul.

Hikmah Gadaian dalam Islam

a. Pertolongan kepada mereka yang terdesak dan memerlukan.

b. Dapat menjamin wang yang dihutangkan kepada seseorang.

c. Memudahkan orang yang memerlukan hutang mendapatkan wang apabila

terdesak.

d. Lahirnya perasaan kasih sayang dan kasih mesra sesama manusia.

e. Menjaga kemaslahatan manusia ketika mengadakan muamalat gadaian.

4.3.3 Perbankan Islam

Pengertian Perbankan Islam

Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang

Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua

peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-

Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti

kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah

(ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan

56

Page 57: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai

melalui kaedah istinbat (ijtihad).

Sejarah Perbankan Islam di Malaysia

Pada asalnya Institusi Bank Islam yang pertama ditubuhkan di Malaysia

pada tahun 1983. Selepas sepuluh tahun beroperasi iaitu pada tahun 1993,

bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan menawarkan produk

dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (Bank SPI).

Oleh itu, Bank SPI ini perlu memisahkan dana dan aktiviti transaksi perbankan

Islam daripada perniagaan perbankan konvensional.

Pematuhan prinsip Syariah

Bank Islam dan Bank-Bank SPI perlu mewujudkan jawatankuasa Syariah

bertujuan membimbing mengenai hal-hal syariah bagi memastikan fungsi bank

adalah sentiasa mematuhi kehendak syariah Keseragaman dalam pendapat dan

amalan adalah berdasarkan Majlis Penasihat Syariah iaitu badan Syariah

tertinggi yang ditubuhkan di Bank Negara Malaysia. Ahli-Ahli Jawatankuasa

Syariah dan Majlis Penasihat Syariah adalah dilantik daripada kalangan

cendikiawan dan pakar Syariah dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.

Konsep Syariah dalam perbankan Islam

Konsep asas Syariah dalam Perbankan Islam meliputi perkara-perkara yang

berikut:-

a. Wadi`ah (Simpanan)

Wadi`ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta

sebagai amanah. Di dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang

tunai atau aset lain sebagai simpanan di bank. Bank akan menjamin

keselamatan barang yang disimpan oleh pelanggannya. Mekanisme operasi

57

Page 58: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Wadi’ah ialah pendeposit wang di bank akan dijamin wang tersebut akan

dipulangkan semula. Pendeposit boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa.

Bank akan mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit pelanggan dan

pelanggan dan membayar hibah (hadiah) jika perlu. Konsep ini lazimnya diguna

pakai dalam urusan penyimpanan deposit, khidmat pemegang amanah dan peti

simpanan deposit.

b. Mudarabah (Perkongsian keuntungan)

Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara dua pihak,

iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi

pengusaha untuk menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil

daripada jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan

nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah boleh

digunakan dalam operasi perbankan Islam dalam dua cara iaitu antara bank

(sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik

modal) dan pengusaha. Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik

modal.

c. Bai’ Bithaman Ajil – BBA (Penjualan dengan harga tertangguh)

Bai’ Bithaman Ajil merujuk kepada jualan barangan di mana penjual

membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu

margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara

ansuran. Mekanisme operasi Bai’ Bithaman Ajil ialah pelanggan dapatkan

pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada

harga jualan yang telah di termasuk keuntungan. Bank membeli aset tersebut

daripada pemilik secara tunai. Hak milik aset berpindah tangan kepada bank.

Bank menjual aset itu kepada anda dan menyerahkan hak milik aset kepada

anda pada harga jualan tertangguh yang telah termasuk keuntungan.

Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh

yang telah dipersetujui.

58

Page 59: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

d. Murabahah (Kos tambah)

Seperti mana BBA, transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan

di antara penjual dan pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin

keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bagaimanapun, dalam

Murabahah, penjual mesti memaklumkan kepada pembeli kos sebenar aset dan

margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.

e. Musyarakah (Usaha sama)

Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyarakah merujuk pada

perkongsian atau usaha sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.

Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah

yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya dengan jumlah pelaburan

yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun, kerugian yang dialami akan

dikongsi berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi.

f. Ijarah Thumma Bai’ (Sewa beli)

Ijarah Thumma Bai’ lazimnya digunakan dalam membiayai barangan

pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan.Terdapat dua kontrak

berasingan yang terlibat: kontrak Ijarah (pajakan/penyewaan) dan kontrak Bai’

(jual beli). Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara berasingan.

Mekanisme operasi Ijarah Thumma Bai’ ialah pelanggan memilih kereta yang

ingin dibeli. Pelanggan memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut,

membayar deposit kereta dan berjanji akan memajak kereta tersebut daripada

bank setelah bank membeli kereta tersebut. Bank menjelaskan pembayaran

kereta berkenaan kepada penjual. Penjual kereta memberi hak milik kereta

kepada bank. Bank memajakkan kereta tersebut kepada pelanggan. Pelanggan

akan membayar sewa Ijarah untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Pada

akhir tempoh pajakan, bank menjual kereta tersebut kepada pelanggan pada

harga yang telah dipersetujui.

59

Page 60: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

g. Wakalah (Agensi)

Wakalah merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik

pihak lain bagi bertindak mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan

tugas-tugas khusus. Pihak yang menerima tugas itu adalah ejen yang biasanya

dibayar fi atas perkhidmatannya. Misalnya seorang pelanggan meminta bank

membuat pembayaran kepada pihak lain di bawah syarat-syarat tertentu. Dalam

hal ini, bank ialah ejen yang diberikan kuasa untuk melaksanakan transaksi

kewangan bagi pihak pelanggan dan bank akan dibayar fi atas perkhidmatannya.

h. Qard (Kontrak hutang)

Di bawah Qard, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas

semangat ihsan dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman

yang sebenar sahaja.Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membayar

lebih berdasarkan budi bicaranya (tanpa ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai

tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman.Contohnya pemberi pinjaman

meminjamkan sebanyak RM5,000 kepada peminjam berdasarkan Qard akan

mengharapkan peminjam memulangkan sebanyak RM5,000 kepadanya kelak

pada masa yang dipersetujui.

i. Hibah (Ganjaran)

Hibah merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai

balasan kepada manfaat yang diterima. Contohnya dalam simpanan yang

beroperasi di bawah Wadi`ah, bank lazimnya membayar kepada penyimpan

Wadi`ah hibah walaupun pemegang akaun hanya ingin membuat simpanan

mereka di bank.

4.3.4 Takaful (Insurans)

60

Page 61: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Insurans boleh ditakrifkan sebagai satu faedah, iaitu apabila satu

kumpulan manusia berikrar untuk mengumpul tenaga dan sumber bagi

mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama apabila ditimpa musibah atau

kesusahan.

Amalan Insurans sebegini diharuskan dalam Islam berdasarkan firman Allah

SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:-

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”

Jenis-Jenis Insurans

a. Insurans Nyawa:

-Memberi perlindungan risiko kepada pemegang polisi ke atas kematian dan

hilang upaya.

-Syarikat insurans juga memberi pinjaman kepada pembeli insurans yang

mencagarkan polisinya.

b. Insurans Am:

-Memberi perlindungan kepada pemegang polisi yang mengalami kerugian harta

atau pendapatan.

Prinsip dan konsep Insurans

61

Page 62: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

a. Insurans merupakan satu perjanjian bantu-membantu di kalangan

pemegang polisi bagi meringankan kerugian yang ditanggung oleh ahli.

b. Tiada unsur gharar atau ketidakpastian pada bayaran sumbangan

dan manfaat.

c. Bertujuan memberi keuntungan yang saksama di kalangan ahli.

d. Sentiasa menjamin dan melindungi antara satu sama lain daripada

kerugian atau kehilangan akibat ditimpa musibah atau bencana.

e. Menggunakan konsep tabarru’ yang bererti menderma.

f. Mengamalkan konsep mudharabah yang bermaksud berkongsi

keuntungan yang telah dipersetujui di dalam perjanjian.

Ciri-Ciri Insurans Islam

Secara amnya insurans atau takaful dalam Islam adalah diharuskan selagi mana

tidak terdapat unsur-unsur berikut:-

a. Gharar: Iaitu ketidakpastian atau kekaburan, terutamanya jika melibatkan

akad, perjanjian atau kontrak. Sebagai contoh, dalam polisi isurans

nyawa, pemegang polisi bersetuju untuk menjelaskanbayaran tertentu

bagi sesuatu tempoh. Pihak insurans pula bersetuju untuk membayar

sejumlah pampasan tertentu apabila berlaku sesuatu bencana, tetapi

syarikat insurans tidak menjelaskan secara terperinci bagaimanakah

pampasan tersebut akan dihasilkan.

b. Judi: Iaitu apabila pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia

sebelum perjanjian atau hanya membayar sebahagian daripada premium

yang dijanjikan dan kemudiannya diberikan pampasan yang tidak

diketahui asal-usulnya. Keuntungan daripada perniagaan insurans juga

dilihat sebagai hasil daripada perjudian kerana keuntungan tersebut

62

Page 63: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

berpunca dari penangguhannya. Syarikat insurans boleh mendapat

untung atau rugi disebabkan tuntutan yang bergantung pada nasib.

c. Riba: Iaitu melalui aktiviti pelaburan syarikat di dalam syarikat atau

institusi kewangan yang mengamalkan riba.

4.4 Rumusan

Sebagai kesimpulannya, sistem ekonomi Islam adalah suatu kaedah dalam

perekonomian Islam yang disusun oleh para ulama’ untuk menjadi asas untuk

memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah bermuamah

dengan sistem yang adil. Kalau tidak wujud sistem ini, ini, maka mesyarakat

Islam terdedah kepada sistem kapitalis yang bersifat menindas dan tidak adil.

4.5 ISU SEMASA DALAM BIDANG FIQH

Saham

Aktiviti spekulasi yang disebut ramai orang itu selalunya bersifat short term.

Sama ada intraday trading, contra trading, daily swing trading dan seterusya.

Oleh kerana aktiviti spekulasi dan kegiatan jual beli di Bursa Malaysia tidak dapat

dipisahkan, maka para ulama telah pun duduk berbincang mengenai isu

spekulasi.

Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC), menerusi dua

mesyuarat pada 16-17 Oktober dan 26 November 1997 telah mengesahkan

aktiviti spekulasi ini adalah dibenarkan. Asas utamanya adalah aktiviti spekulasi

adalah berbeza dengan berjudi. Hujah lanjut adalah seperti berikut:

Spekulasi adalah tindakan beli pada harga rendah dan jual pada harga

tinggi. Ambil untung dari perbezaan dua harga itu tadi. Tujuannya untuk

mendapatkan capital gain. Sedangkan itulah cara buat bisnes dalam

mana-mana bidang sekalipun. Bai’ Muzayadah atau jual beli lelong pun

berlaku aktiviti yang sama. Bai’ Murabahah juga begitu. Islam tidak

melarang kegiatan ambil untung melalui aktiviti jual beli.

63

Page 64: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Nabi Muhammad saw sendiri tidak pernah membuat kawalan harga (price

control) termasuk ketika ada orang ramai mengadu harga barang mahal.

Justeru, apabila ada pihak yang untung apabila harga naik maka tu

adalah dibenarkan. Pada masa yang sama, pihak peniaga perlu

mengambil risiko sekiranya membeli pada harga tinggi dan harga

kemudiannya jatuh pula. Apa yang utama adalah tidak ada penipuan dan

manipulasi.

Walaupun aktiviti spekulasi dan perjudian nampak macam sama tapi ia

tidak serupa. MPS menasihatkan agar pelabur mempunyai pengetahuan

secukupnya sebelum melakukan sebarang transaksi jual beli saham dan

bukan bertindak seperti seorang kaki judi.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

UNIT 5 PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

Tajuk 5 PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

Pengenalan Konsep Harta Pusaka

64

Soalan latihan.

1. Bincangkan istilah-istilah yang telah dipelajari dalam ekonomi Islam.

2.Huraikan dengan terperinci maksud takaful dalam Islam

TUGASAN

Page 65: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

5.1 SINOPSIS

Dalam unit ini, beberapa aspek penting yang membincangkan mengenai

konsep harta pusaka, pensyariatan harta pusaka di dalam Islam, harta pusaka

dan hak-haknya, harta pusaka yang tidak boleh diwarisi,hak-hak harta pusaka,

pembahagian harta pusaka dan juga prinsip pembahagian pusaka dalam Islam.

5.2. HASIL PEMBELAJARAN

5.2.1 Menghuraikan konsep pengurusan harta pusaka dalam Islam.

5.2.2 Mengaplikasi teori pembahgian harta pusaka dalam situasi sebenar.

5.2.3 Memahami konsep keadilan pembahagian harta pusaka menurut ajaran

Islam.

5.3 KERANGKA TAJUK

5.4 ISI KANDUNGAN (PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM)

5.4.1 Konsep Harta Pusaka (Pewarisan)

65

Pengurusan Harta Pusaka

Definisi Sejarah Sumber Hukum

Syarat Penghalang dan sebab

Prinsip Rukun

Waris dan penyelesaian harta

Page 66: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Ilmu pewarisan merupakan cabang ilmu yang diturunkan Allah SWT

khusus mi membincang akan persoalan berkaitan harta pusaka dan kaedah

pembahagiannya menurut ketetapan syara’ , dimana ia bertujuan memberi

keadilan, kemaslahatan dan kepentingan kepada ahli-ahli waris yang berhak

mendapat bahagian dari harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati. Ilmu

pewarisan juga disebut ilmu mirath, ilmu harta pusaka dan ilmu Faraid.

Pusaka atau al-mirath dari segi bahasa pada makna al-masdar (المصدر)

bermaksud al-baqa’ (البقاء) iaitu kekal dan perpindahan sesuatu daripada

seseorang kepada seseorang yang lain. Al-mirath pada makna ism maf’ul (اسم

(المفعول pula bermaksud asal atau baki . Dari segi istilah pula pusaka

bermaksud sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda dan

hak-hak yang akan diwarisi oleh ahli-ahli waris disebabkab kematian pewaris .

Ada pendapat yang lain menyatakan bahawa pusaka atau al-mirath pada istilah

ialah perpindahan pemilikan daripada si mati kepada para warisnya yang masih

hidup, sama ada yang ditinggalkan itu berbentuk harta yang boleh dipindah,

harta yang tidak boleh dipindah, ataupun sesuatu hak yang ditetapkan oleh

syarak (seperti hak khiyar dalam jual beli, hak syuf’ah, dan hak qisas).

Menurut istilah ilmu faraid, harta pusaka juga dikenali sebagai al-tarikah.

Dari segi bahasa, al-tarikah bermaksud segala apa yang ditinggalkan atau

dibiarkan oleh si mati . Manakala definisi al-tarikah dari segi istilah syarak pula

berlaku perselisihan dalam menentukan maknanya. Perselisihan tersebut dapat

dilihat seperti berikut iaitu menurut jumhur fuqaha’ mendefinisikan al-tarikah

ialah segala sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati termasuklah harta benda,

hak-hak kebendaan dan hak-hak yang mempunyai unsur kebendaan ke atas

hak-hak persendirian. Kesemuanya ini akan diwarisi sama ada oleh waris atau

bukan waris .

Para Fuqaha mempunyai takrifan yang berbeza mengenai harta pusaka

atau pewarisan antaranya :

66

Page 67: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

1. Prof. Dr. Wahbah Az Zuhaili mengatakan bahawa harta pusaka ialah

sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati samaada dalam bentuk harta atau hak

yang akan diwarisi oleh waris yang berhak menerimanya selepas kematiannya

mengikut hukum syarak.

2. Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni mendefinisikan harta pusaka bermaksud

perpindahan sesuatu dari seseorang kepada orang lain atau dari satu kaum

kepada kaum yang lain.

3. Menurut Imam Ramli iaitu ulama mazhab Syafi’I di dalam kitab Nihayah

Al-Muhtaj telah mendefinisikan harta pusaka sebagai “apa-apa yang ditinggalkan

untuk orang kemudian daripadanya sesuatu hak seperti jenayah, tuduhan zina,

atau ikhtisas, atau mal seperti arak yang telah menjadi cuka setelah matinya,

diyat yang diambil dari pembunuhnya kerana diyat termasuk di dalam miliknya.

Begitu juga apa yang termasuk ke dalam pukatnya yang telah dipasangnya di

masa hidupnya”.

4. Ibnu Qudamah al-Maqdisi mentakrifkan pewarisan (harta pusaka) sebagai

pembahagian harta pusaka kepada ahli waris di kalangan ashab al-Furud, al-

Asobah dan Zu- Arham.

5.4.2 Pensyariatan Pusaka Di Dalam Islam

Pensyariatan pusaka di dalam undang-undang pusaka Islam adalah terkandung

di dalam Al-Quran. Ia dapat dilihat di dalam surah an-Nisa’ ayat 11, 12, 176 yang

dikenali sebagai al-mawarith. Ketiga-tiga ayat tersebut telah menjelaskan secara

terperinci (yang juga merupakan ayat mufassal) tentang pusaka di dalam Islam

termasuklah ahli waris, bahagian-bahagian mereka, dan sebab perwarisan.

Contohnya firman Allah di dalam ayat 11, 12, 176 surah an-Nisa’ iaitu:

aنbي ] ف]إن ك ]ي نثa أ لa ح]ظ ]ر م a للذbك qدڪ n[ ل [ bهa فىr أ لل aمa �وصيك ن�‌ ح� ح5 ٱ Xح �‌Fح �ح ٱ

` لن ]ه]ا حد] ف]ل ] و] ]ان ]ر] و]إن ك ]ا م]ا ت aث aل ]هaنb ث ن ف]ل [ ]ت ن ق] آ ف] �نس] ‌Zم Tح ٱ ب] ة ٲ ح � ن_‌ ح Xح ٱ �ح Pب ة

67

Page 68: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

aه[ ]ان] ل ك] إن ك ]ر] لسvدaسa ممbا ت م]ا ح م aل و] ه لك ]و] ب[ ٱو]أل aم حن bc ة ٲ ] ف]إن ح � و]ل ‌bd ة ۥ

aهb aن ل ]ك b ي ]هa حFل ] و]و]رث bd و]ل ة ]هa ۥ ]ان] ل a ف]إن ك vل لث aمه ]و]اهa ف]أل ب[ � أ ‌Xم ٱ و] ۥ ^ d] إ ة eح ۥ

a ال] ]آؤaك ن [ a و]أ ]آؤaك ] د] ء]اب آ أ ^ aوصى ب b ي د و]صي [ دa م ب vلس aمه حFف]أل fح Fح �‌�c ح� �ح hن [c ة iح ن� �‌kم ٱ ]ان] ع]ليمdا bه] ك لل bإن b لل ] ف]ريض] من] a ن ]ك بa ل ر]

[ vهa أ ي[ ون] أ aر [ ٱت �‌Lن ٱ ب] ة � ب$7‌ ة ح- Fح lح Fح bح

بFح]كي اةAn-Nisa’ : 11

Maksudnya:Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang Yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya Yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti Yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana :

]ان] ] ف]إن ڪ bهaنb و]ل aن ل ]ك b ي a إن ل جaڪ و][ ك] أ ]ر] فa م]ا ت ^ a ن �و]ل]ڪ ‌bd ة Fح Fح ٲ mح nح Fح

] د] aوصين] به]آ أ b ي د و]صي [ ]ر] م ب aعa ممbا ت ب vلر aمa ] ف]ل]ڪ ]هaنb و]ل �ل ‌�c ة ح� �ح [c ة iح ن� ن�‌� oح ٱ bd ة [ a و]ل ]ان] ل]ڪ ] ف]إن ڪ a و]ل bك aن ل ]ڪ b ي a إن ل ت ]ر] aعa ممbا ت ب vلر bنaه[ bdو]ل ة Fح �‌bd ة Fح Fح Fح ح_ ٱ ] د] و]إن aوصaون] به]آ أ b ت د و]صي [ a م ب ت ]ر] vمaنa ممbا ت لث bنaه[ �ف]ل ‌�c ة ح� �ح [c ة iح ن� �‌F pح ٱ

aه[ ] و]ل أ ر] ]و ]ةd أ qل n[ ]ل ثa ڪ aور] جa ي ]ان] ر] d]ك ة Fح ٱ 5d ح ة aل و] a ف]لك ] أ ]خ} أ bc أ ة ٲ Gd ة qح �ح ۥ ]آءa فى ڪ ر] aش aلك] ف]ه ]ر] من ذ] ث

[ _ أ aوrا ]ان دa ف]إن ڪ vلس هaم]ا حFم ٲ pح �‌kم ٱ ح� b لل b من] ر] مaض]آ و]صي ن\ غ] ] د] آ أ ^ aوص]ىq ب b ي د و]صي [ a م ب vل �لث ‌Lن ٱ ب] ة � ‌;r ة ح ح �ح hن [c ة iح ن� �‌Xن ٱ

لي bهa ع]ليم} ح] لل Fdو] ة ٱ

Annisa’ :12

68

Page 69: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Maksudnya:Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. jika Isteri-isterimu itu mempunyai anak, Maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. jika kamu mempunyai anak, Maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), Maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. tetapi jika Saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, Maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris) . (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyantun.

Selain daripada nas-nas Al-Quran di atas, terdapat beberapa hadis Rasulullah S.A.W yang menerangkan tentang waris-waris dan bahagian masing-masing, antaranya hadis daripada Abdullah Ibnu Mas’ud, Rasulullah S.A.W bersabda

:

لإلبنة النصف وإلبنة اإلبن السدس وما بقي فلألخت

Maksudnya:“Bagi seorang anak perempuan 1/2 , seorang anak perempuan kepada anak

lelaki (cucu perempuan) 1/6 dan baki (asabah) itu untuk seorang saudara perempuan ”

Hadis yang daripada Abdullah Ibnu Abbas, sabda Rasulullah S.A.W:

ألحقوا الفرائض بأهلهما فما بقي فهو ألولى رجل ذكر

Maksudnya:“Berikanlah harta pusaka kepada orang-orang yang berhak, sesudah itu bakinya adalah untuk waris lelaki yang lebih utama” .

69

Page 70: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Di samping itu juga, ijma’ ulama saling bersepakat mengenai pensyariatan

pusaka. Jika terdapat masalah pembahagian pusaka yang tidak jelas di dalam

Al-Quran dan As-sunnah, maka ia akan dapat diselesaikan melalui ijma’ ulama

dan ijtihad mereka. Contohnya seperti tentang kedudukan saudara-saudara yang

mewarisi bersama datuk. Hal ini tidak dijelaskan di dalam Al-Quran dan As-

sunnah. Oleh itu, kebanyakan sahabat-sahabat dan imam-imam mazhab

berpendapat saudara-saudara itu mendapat pusaka secara muqasamah

(bersama-sama mewarisi) dengan datuk. Ini adalah mengikut pendapat Zaid bin

Thabit, Umar Al-Khattab, Ali bin Abi Talib, dan Ibnu Mas’ud. Pendapat tersebut

diikuti oleh Imam Malik, Al-Auza’I, Abu Yusuf, As-syafi’I, dan Ahmad bin Hanbal.

Di zaman permulaan Islam sebagaimana yang diceritakan oleh Jabir

Radhiallahu 'anhu, bahawa seorang perempuan Uanda) iaitu isteri kepada Sa'ad

bin Al-Ruba'i, datang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam

mengadukan perihal dua orang anak perempuannya hasil perkongsiannya

dengan Sa'ad. Perempuan Uanda) ini berkata: "Wahai Rasulullah, dua orang ini

adalah anak perempuan Sa'ad bin Al-Ruba'i, bapa mereka telah mati syahid

semasa berperang bersamamu wahai Rasulullah di Uhud.

Kemudian bapa saudara mereka berdua telah mengambil harta mereka,

dia tidak memberikannya kepada mereka walau sedikitpun dan kedua mereka ini

tidak akan dapat berkahwin tanpa harta." Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi

wasallam bersabda: "Allah akan memberi keputusan hukum mengenainya."Tidak

berapa lama kemudian turunlah ayat 11, surah AI-Nisa' yang telah disebutkan

sebahagiannya di atas.

Setelah itu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengirim utusan

kepada bapa saudara kedua anak perempuan itu untuk memaklumkan pesanan

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: "Berikan kepada dua

anak perempuan Sa'ad 2/3 dan kepada ibunya 1/8, manakala bakinya untukmu."

(Hadis Jabir ini diriwayatkan oleh ahli hadis yang lima kecuali Nasa'i).

70

Page 71: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Berdasarkan ayat dan hadis Jabir di atas, adalah wajib membahagikan

harta waris mengikut bahagian yang telah ditetapkan dalam fara'idh dan cara

inilah yang paling baik bagi mencapai keadilan yang sebenar.Setiap yang wajib

itu akan mendapat pahalajika dilakukan dan mendapat seksa jika ditinggalkan.

Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa hukum fara'idh hanya

membicarakan harta pusaka yang ditinggalkan oleh orang yang meninggal,

maka yang dikira sebagai harta pusaka ialah semua harta yang dimilikinya

secara sah sehingga dia meninggal.Sebaik saja dia meninggal, semua harta

peninggalannya sudah dikira sebagai hak milik para ahli warisnya.

Tetapi sebelum menjadi milik ahli waris secara sah dan sempurna, ada

lima perkara yang perlu dilakukan, yakni harta waris akan diproses menerusi

hukum fara'idh melalui cara berikut:

(1) Yang mula sekali perlu (bahkan wajib) diperhatikan ialah tentang kedudukan

harta waris itu sendiri daripada segi hak dan kaitannya dengan perkara-perkara

lain seperti zakat, nazar, kaffarah, haji, gadaian, denda hukum, hutang kepada

Allah dan sebagainya.Dengan demikian, jika zakatnya belum dikeluarkan, maka

wajib dikeluarkan. Jika sebahagiannya juga ada diperuntukkan untuk nazar oleh

si mati, maka wajib ditunaikan.

Jika antara harta itu terdapat gadaian juga wajib ia diasingkan. Jika ada

hutang si mati kepada Allah, maka bayarlah hutang itu. Jika semasa hidupnya

sudah wajib dia menunaikan haji, tetapi dia tidak pergi menunaikannya, maka

wajib juga diasingkan untuk keperluan menghajikannya, begitulah seterusnya.

(2) Setelah cara pertama yang di atas dapat disempurnakan, maka baki harta itu

diperuntukkan pula untuk perbelanjaan perlaksanaan fardhu kifayahnya, seperti

membeli kain kafan dan keperluan pengkebumiannya menurut yang selayaknya.

71

Page 72: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

(3) Kemudian bakinya yang masih ada dikeluarkan untuk melunaskan segala

hutangnya kepada orang lain, iaitu hutang yang sabit mengikut pengakuannya

semasa hidup atau yang sabit melalui bukti-bukti yang diperakui kerana hutang

itu wajib dibayar bagi pihak si mati.

(4) Daripada baki harta itu lagi dibayarkan (diasingkan) pula untuk keperluan

wasiatnya jika ada, iaitu tidak lebih daripada 1/3 (sepertiga) daripada baki harta

yang ada setelah perkara-perkara di atas diselesaikan.

Sekiranya dia mewasiatkan semua atau sebahagian hartanya, maka wasiat ini

tidak diterima, tetapi cukup dikeluarkan 1/3 (sepertiga) sahaja untuk wasiatnya

itu.

(5) Baki harta yang masih ada selepas empat perkara di atas dilakukan, maka

itulah dia harta waris yang menjadi milik semua ahli waris yang berhak.Itulah

juga harta yang dimaksudkan di dalam hukum faria'id yang wajib dibahagi-

bahagikan kepada semua ahli waris yang berhak, sesuai dengan kadar bahagian

masin masing. (Nihayah AI-Zain ms.281)

5.4.3 HARTA PUSAKA DAN HAK-HAKNYA

1. Menurut Jumhur Fuqaha’ , antara jenis harta dan hak-hak yang termasuk

di dalam harta pusaka yang boleh diwarisi ialah :

2. Jenis-jenis harta:

i) Harta yang boleh dialih seperti wang ringgit , kereta,

barang-barangan dan sebagainya.

ii) Harta yang tidak boleh dialih seperti rumah, kebun, ladang,

kilang dan sebagainyai .

iii) Harta yang seharusya menjadi hak milik si mati tetapi

belum sempat menerimanya.

72

Page 73: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Contohnya: seseorang berhutang dengan si mati, tetapi belum

membayar hutang tersebut kepadanya, diyat yang wajib diterima oleh

waris si mati disebabkan berlakunya pembunuhan, secara tersalah atau

sengaja dan dimaafkan oleh keluarga si mati atau bertukar hukuman

qisas kepada pembayaran.

Harta pusaka terbahagi kepada yang boleh diwarisi dan yang tidak boleh

diwarisi.

a. Harta Pusaka yang boleh diwarisi

Adapun pusaka dan jenis-jenis hak yang boleh diwarisi ialah:

i) Hak-hak yang berbentuk harta atau hak yang bersangkutan

dengan harta si mati. antaranya:

ii). Hutang puitang si mati, menjadi tanggungjawab ahli waris untuk

melunaskan semua hutang puitang si mati.

iii) Hak pemilikan manfaat bersama(Hak al-Irtiqaq) seperti hak

minuman, hak lalulintas, dan hak saliran. Oleh itu hak-hak bersama ini

boleh diwarisi kerana fizikalnya berbentuk harta.

iv). Hak pembayaran diyat kepada mangsa jenayah. Oleh itu, sekiranya

penjenayah tersebut mati, maka hak diyat tersebut perlu dilunaskan

warisnya.

v) Hak menahan barang gadaian sehingga hutang gadaian

dilunaskan. Oleh itu sekiranya pemegang gadai meninggal dunia,

sedngkan barang gadaian itu masih belum ditebus, maka ahli warisnya

berhak menahan barang tersebut hinggalah penggadai melunaskan

hutangnya dan mengambil semula barangnya.

3. Hak-hak yang bentuk harta, di mana ia bersangkutan dengan kehendak

dan keinginan si mati yang bukan bersifat peribadi, antaranya:

a. i.Hak Khiyar dalam proses jual beli, iaitu khiyar syarat, khiyar rukyah,

khiyar ta’yiin, dn khiyar ‘aib. Namun menurut mazhab Hanafi, hanya

73

Page 74: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

khiyar ‘aib sahaja boleh diwarisi, kerana kecacatan barangan yang

dibeli boleh mengurangkan nilai harga barangan yang dibeli dan

tidak menyenangkan ahli waris, bahkan si mati juga menginginkan

barangan tersebut dalam keadaan elok dan sempurna, namun dia

meninggal dalam tempoh khiyar.

b. ii. Hak Syuf’ah. Menurut Jumhur Fuqaha’, hak Syuf’ah boleh diwarisi

kerana ia bersangkutan dengan hak tanah, atau rumah yang menjadi

hak milik si mati. Namun bagi Mazhab Hanafi hak Syuf’ah tidak

boleh diwarisi kerana ia bersifat peribadi yang lahir dari diri si mati

sendiri.

4. Benda yang berkaitan dengan hak orang lain sebelum si mati meninggal

dunia.

a. Contohnya si mati telah menggadai sesuatu barang kepada

pemegang gadai dan dikira telah berhutang dengannya, maka

barang gadaian tersebut telah menjadi hak pemegang gadai, ketika

si mati masih hidup. Oleh itu jika si mati meninggal dunia sebelum

sempat melunaskan hutang gadaiannya, maka barang gadaian

tersebut adalah hak pemegang gadai.

b. Mengikut Jumhur Fuqaha’, brang gadian tersebut adalah harta

pusaka dan boleh diwarisi setelah ditebus kembali. Berbeza dengan

Mazhab Hanafi yang menyatakan barang tersebut tidak dikira

sebagai harta pusaka kerana menjadi hak milik orang lain sebelum si

mati menebus hutangnya.

5. Hak untuk mengambil manfaat dari sesuatu yang telah diwasiatkan

kepada penerima wasiat, tetapi penerima tersebut meninggal dunia,

sebelum wasiat dilaksanakan, maka hak tersebut boleh diwarisi oleh

warisnya secara Jumhur Fuqaha’. Namun bagi Mazhab Hanafi hak

mengambil manfaat tersebut bukan dinamakan harta pusaka. Oleh itu ,

ia tidak boleh diwarisi.

74

Page 75: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

6. Manfaat dari harta benda. Contohnya jika seseorang itu telah menyewa

sebuah rumah, lalu dia meninggal dunia selepas beberapa tahun

mendiami tersebut, maka ahli waris boleh meneruskan sewaan

tersebut, bahkan tidak terbatal sewaannya, kerana mengikut Jumhur

Fuqaha’. manfaat dikira sebagai harta. Oleh itu ia termasuk harta yang

boleh diwarisi.

a. Harta Pusaka yang tidak boleh diwarisi.

b. Menurut Jumhur Fuqaha’ terdapat beberapa jenis hak yang tidak

boleh diwarisi, bahkan ia dikira hak individu sahaja. iaitu:

1. Hak yang bukan berbentuk harta seperti hak penjagaan ke atas diri. atau

harta seseorang(wilayah), hak hadhanah ibu terhadap anaknya, hak

perwakilan (wakalah ) dan sebagainya. Oleh itu hak-hak ini tidak boleh

diwarisi sekiranya hak-hak ini bersangkutan dengan si mati ketika dia

masih hidup.

2. Hak berbentuk harta di mana ia bersangkutan sifat peribadi si mati

sahaja. Antaranya:

i. Hak untuk memulang hibah kepada pemberi hibah.Hak ini hany

lahir dari sifat peribadi si mati, maka ia tidak boleh diwarisi,

bahkan akan hibah tersebut akan terbatal dengan kematian si

mati.

c. ii.Hak untuk mengguna manfaat dari harta benda yang dimiliki

seseorang seperti menaiki kenderaan seseorang, menggunakan

tanah orang lain untuk tanaman atau menumpang bilik seseorang

untuk didiami. Oleh itu hak-hak seperrti ini tidak boleh diwarisi. jika

penggunanya mati.

d. iii.Hak menangguhkan bayaran hutang. Orang yang berhutang

mempunyai hak untuk menangguhkan atau melewatkan pembayaran

75

Page 76: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

hutangnya dan dikira sebagai hak peribadinya. Kerana mengambil

kira kesempitan hidup yang dialaminya . dan hubungannya dengan

pemberi hutang. Oleh itu jika orang yang memberi hutang itu mati,

maka hak melewatkan pembayaran hutang itu tidak boleh diwarisi

oleh waisnya, bahkan hutang tersebut perlu dilunaskan dengan

segera dari harta peninggalan si mati.

e. Setelah seseorang itu jelas dan diyakini kematiannya, maka harta

pusakanya tidak boleh dibahagikan atau diagih-agihkan kepada

ahli warisnyikan dahulu sebelum diselesaikan terlebih dahulu hak-

hak yang bersangkutan dengan harta pusaka si mati Oleh itu,

terdapat empat hak harta pusaka yang perlu disempurnakan

mengikut tertibnya, iaitu :

Pertama : Hak untuk mengurus segala perbelanjaan pengurusan

jenazah si mati

Kedua : Hak untuk melunaskan dan melangsaikan segala hutang

puitang si mati.

Ketiga : Hak untuk melaksanakan segala wasiat yang diberikan

oleh si mati sebelum kematiannya.

Keempat : Hak untuk membahagi dan mengagihkan harta pusaka

si mati kepada ahli waris yang berhak menerimanya.

5.4.4 PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Sebelum harta pusaka dibahagikan kepada ahli waris , beberapa perkara

di bawah perlu diambil kira , iaitu :

PERTAMA : RUKUN HARTA PUSAKA

a. Al-muwarrits, iaitu orang yang telah mati dan meninggalkan harta yang

berlalih kepada orang yang masih hidup.

76

Page 77: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

b. Al-mawruts, iaitu harta yang beralih dari orang yang mati kepada yang masih

hidup yang disebut harta warisan.

c. Al-warits, iaitu orang yang berhak menerima harta yang ditinggaIkan oleh

yang mati tersebut yang disebut ahli warits

KEDUA : SYARAT PUSAKA .

a. Pewaris

Pewaris adalah orang yang telah mati dan meninggalkan harta warisan

untuk diwariskan. Untuk dapatnya harta tersebut diwarisi, pewaris itu

disyaratkan betul telah jelas kematianya, atau terdapat yang boleh

membuktikan kematiannya

b. Harta Warisan

Yang dimaksud dengan harta warisan adalah harta peningalan orang yang

telah mati yang secara hukum syara' telah berhak dan sah beralih kepada

ahli warisnya. Harta peninggalan itu berhak untuk diwarisi bila telah

memenuhi Syarat-syarat berikut :-

i. Harta tersebut adalah milik dari pewaris secara sempurna dalam arti

dia tuan punya dan juga memiliki manfaatnya.

ii. Harta tersebut telah murni dan terlepas dari terkaitnya hak orang lain

di dalamnya. Untuk maksud memurnikan dan melepaskan

keterkaitannya dengan hakorang lain di dalamnya, ada beberapa

kewajipan yang berkenaan dengan harta tersebut iaitu :

- Biaya penyelenggaraan jenazah pewaris wajib ditanggung oleh ahli

waris.

- Hutang-hutang yang belum dilunasi pewaris sewaktu hidupnya, baik

hutang kepada Allah dalam bentuk kewajipan agama dalam bentuk

77

Page 78: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

harta seperti zakat; atau hutang kepada sesama manusia.

Sebagaimaa Allah menjelaskan dalam surat al-Nisa' ayat 11:

“(pembagian yang demikian) adalah setelah mengeluarkan wasiat yang

diwasiatkan dan hutang..”

iii. Wasiat-wasiat yang telah dilakukan oleh pewaris semasa hidupnya

dalam batas yang tidak melebihi sepertiga dari harta yang tinggal

setelah biaya jenaz hutang-hutangnya.

c. Ahli Waris

Ahli waris adalah orang yang berhak menerima harta warisan dari

pewaris. Untuk berhaknya dia menerima harta warisan itu disyaratkan dia masih

hidup saat terjadinya kematian pewaris. Antara yang dapat menerima harta

pusaka ialah:

Pembahagian Ahli Waris

Dilihat dari ke wujudan nnya , Pembahagian ahli waris terbagi kepada:-

a. Ahli waris nasabiyah, yaitu ahli waris yang hubungan kekeluargaannya

terjadi karena hubungan darah

b. Ahli waris sababiyah, yaitu hubungan kewarisan yang terjadi karena

suatu sebab tertentu, iaitu:

i. Perkawinan yang sah

ii. Memerdekakan hamba sahaya atau karena adanya perjanjian

tolong menolong .

Apabila dilihat dari segi bahagian-bahagian yang diterima mereka, ahli

waris dapat dibahagikan menjadi :

78

Page 79: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

a. Ahli waris ashab al-furudh, yaitu ahli waris yang menerima bagian yang

besar kecilnya telah ditentukan dalam al-Qur'an, seperti 1/2, 1/3 atau 1/6.

b. Ahli waris as h abah , yaitu ahli waris yang bagian yang diterimanya adalah

sisa setelah harta warisan dibagikan kepada ahli waris ashab al-furudh.

c. Ahli waris Zawi al-arham, yaitu ahli waris yang sesungguhnya memiliki

hubungan darah, akan tetapi menurut ketentuan al-Qur'an, tidak berhak

menerima bagian warisan.

Adapun macam-macam ahli waris as h abah ada tiga macam, iaitu:

a. Asabah bi nafsih (ABN), iaitu ahli waris yang karena kedudukan dirinya

sendiri berhak menerima asabah. Ahli waris ini kelompok ini semuanya

lelaki, kecuali mu’tiqah (orang perempuan yang memerdekakan hamba

sahaya).

b. Asabah bi al-ghair (ABG), iaitu ahli waris yang menerima bahagian sisa

karena bersama-sama dengannya adaahli waris lain yang telah

menerima bagian sisa. Apabila ahli waris penerima sisa tidak ada, maka

ia tetap menerima bagian tertentu (furud al-muqaddarah).

c. Asabah ma’a al-ghair (AMG), iaitu ahli waris yang menerima bagian sisa

karena bersama-sama dengan ahli waris lain yang tidak menerima bagian

sisa. Apabila ahli waris lain tidak ada, maka ia menerima bagian tertentu

(al-furud al-muqaddarah).

Ahli Waris Yang Terhijab terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:-

a. Hijab nuqsan , iaitu menghalangi yang menyebabkannya, mengurangi

bagian ahli waris yang mahjub, seperti seorang suami, yang seharusnya

menerima bagian ½ , karena bersama anak baik itu laki-laki maupun

perempuan, bagiannya berkurangan menjadi ¼. Ibu yang sedianya

menerima bagian 1/3, karena bersama dengan anak, atau saudara dua

orang atau lebih,bterkurangan bahagiannya menjadi 1/6.

79

Page 80: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

b. Hijab Hirman , iaitu menghalangi secara . Akibatnya hak-hak ahli waris

yang tertutup sama sekali dengan adanya ahli waris yang menghalangi.

Misalnya, saudara perempuan sekandung yang pada mulanya berhak

menerima bagian ½, tetapi karena bersama anak laki-laki, tiada mendapat

apa-apa bahagian sama sekali .

Al-Furud Al-Muqaddarah yang terdapat di dalam al-Quran :

Bagian yang telah ditentukan secara rinci di dalam Al Qur’an ada 6 yaitu :

Setengah/separuh (1/2 = al-nisf)

Sepertiga (1/3 = al-sulus)

Seperempat (1/4 = al-rubu)

Seperenam (1/6 = al-sudus)

Seperdelapan (1/8 = al-sumun)

  Dua pertiga (2/3 = al-sulusain)

Berikut ini ialah Bahagian pembagian pusaka dalam Islam :

الفروض صحاب أ

1 Suami

½Apabila pewaris tidak

meninggalkan keturunan

¼Apabila pewaris ada meninggalkan

keturunan

2 Isteri

¼Apabila pewaris tidak

meninggalkan keturunan.

1/8Apabila pewaris ada meninggalkan

keturunan

3 Bapa1/6

Apabila pewaris ada meninggalkan keturunan laki-laki

1/6 + Sisa Apabila pewaris ada meninggalkan

80

Page 81: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

keturunan perempuan

AshabahApabila pewaris tidak

meninggalkan keturunan

4 Ibu

1/3

Apabila pewaris tidak meninggalkan keturunan

Apabila pewaris hanya mempunyai 1 orang saudara/saudari

1/6

Apabila pewaris ada keturunan

Apabila pewaris mempunyai lebih dari 1 orang saudara/saudari

5Anak

Perempuan

½ Apabila tunggal

2/3 2 orang atau lebih

Ashabah Apabila bersama anak laki-laki

6Cucu

Perempuan

Terhijab oleh

Anak Laki-laki pewaris

2 orang atau lebih anak perempuan pewaris

½ Apabila tunggal

2/3 2 orang atau lebih

1/6Apabila bersama 1 orang anak

perempuan pewaris

Ashabah Apabila bersama cucu laki-laki

7 Saudara perempuam

seibu sebapaTerhijab oleh

Keturunan pewaris laki-laki

Bapak pewaris

½ Apabila tunggal

2/3 2 orang atau lebih

Ashabah/ "ABG" Apabila bersama dengan saudara

81

Page 82: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

seibu

Ashabah/"AMG"Apabila bersama dengan keturunan

pewaris perempuan (anak perempuan atau cucu perempuan)

8Saudara

Perempuan Sebapa

Terhijab oleh

Keturunan pewaris laki-laki

Bapak pewaris

Saudara sebapak seibu

Saudari sebapak seibu yang kedudukannya sebagai "ashabah

(AMG)" bersama keturunan pewaris perempuan

2 orang orang atau lebih saudari sebapak seibu

½ Apabila tunggal

2/3 2 orang atau lebih

1/6Apabila bersama 1 orang saudari

sebapak seibu

Ashabah/"ABG"Apabila bersama dengan saudara

sebapak

Ashabah/"AMG"Apabila bersama dengan keturunan

pewaris perempuan (anak perempuan atau cucu pewaris)

9

adik beradik lelaki dan

perempuan seibu

Terhijab oleh Keturunan pewaris

Bapak, kakek pewaris

1/6Apabila tunggal (laki-laki atau

perempuan)

1/3Lebih dari 1 orang (laki-laki dan perempuan dibagi sama rata)

10 Datuk Terhijab oleh Bapak

82

Page 83: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

1/6Apabila pewaris ada meninggalkan

keturunan laki-laki

1/6 + SisaApabila pewaris ada meninggalkan

keturunan perempuan

AshabahApabila pewaris tidak

meninggalkan keturunan

11

Nenek dari bapa

Terhijab oleh Bapak dan ibu

Nenek dari ibu

Terhijab oleh Ibu

1/6 Sendiri atau lebih (dibagi sama)

Harta Pusaka juga boleh terhalang daripada dibahagikan kepada ahli waris di atas sekiranya terdapat beberapa halangan syarak. Halangan kewarisan tersebut adalah sebagai berikut:

a. Halangan disebabkan berbezaa agama

Iaitu apabila orang yang mati beragama Islam dan yang berhak menjadi ahli warisnya hanyalah orang yang beragama Islam juga. orang bukan Islam tidak berhak untuk mewarisi harta tersebut . Hal ini dijelaskan dalam hadits Nabi dari Usamah bin Zaid menurut riwayat yang muttafaq` alaih :

“Orang Islam tidak dapatt mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak daptat mewarisi orang islam”.

b.Halangan karena pembunuhan

Iaitu seseorang yang membunuh orang yang berhubungan kewarisan dengannya tidak berhak mewarisi orang yang dibunuhnya itu. Sebaigaimana sabda Nabi dari 'Amru bin Syueb menurut riwayat al-Nasa’ei dan Daroquthniy :

83

Page 84: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

“Si pembunuh (terhadap pewaris) tidak berhak sama sekali menerima warisan (dari yang dibunuhnya)”

5.4.5 PRINSIP PEMBAHAGIAN PUSAKA DALAM ISLAM

Pembahagian pusaka dalam Islam mempunyai prinsip keadilannya yang tersendiri. Antaranya

Keadilan terhadap anak lelaki.

•Keadilan terhadap waris-waris perempuan.

•Keadilan terhadap dua ibubapa.

•Keadilan terhadap suami atau isteri.

•Keadilan terhadap waris terdekat.

•Keadilan terhadap datuk dan nenek.

•Keadilan terhadap janin dalam kandungan.

•Keadilan terhadap khunsa.

•Keadilan terhadap al-mafqud

Dari sisi yang lain kita melihat bahawa pembahagian harta pusaka dalam Islam adalah berasaskan asas-asas di bawah ini, iaitu:

Al-Wasatiyyah

•Al-Tawazun

•Al-Adalah

•Al-Ijbar

•Perwarisan di kalangan waris terdekat

•Penetapan bahagian untuk ahli waris

•Ahli waris yang syumul

84

Page 85: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

•Hak wanita dan kanak-kanak

•Keutamaan kaum kerabat yang lebih hampir

•Berlebih kurang kadar antara waris

•Bersifat tetap/thabat

5.4.6 Rumusan

Sebagai kesimpulannya, Ilmu Faraid ialah suatu kaedah dalam pembahagian

harta pusaka yang merupakan satu ilmu yang sangat penting dalam Islam. Hari

ini penguasaan ilmu ini sangat terhad di kalangan umat Islam. Hal ini yang

menyebabkan timbulnya banyak masalah timbul ketika pembahagian harta

pusaka di kalangan umat Islam.

PERMASALAHAN DALAM MENYELESAIKAN PUSAKA DI MALAYSIA

Firman Allah S.W.T.:

كل نفس ذاءقة الموت ونبلوكم با لشر والخير فتنة         والينا ترجعون

Maksudnya:      Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji  kamu dengan            kesusahan dan  kesenangan sebagai cubaan;    dan kepada Kamilah

kamu   semua akan dikembalikan.                                                                                    (Surah al-Anbiya’ 21 : 35)

a) Setiap yang hidup akan mati.  Begitulah kesudahan hidup manusia

di dunia sebagaimana yang telah ditakdirkan oleh Allah. Apabila jenazah si mati

selamat dikebumikan, tanggungjawab waris-waris seterusnya ialah:

    b) Membahagikan harta peninggalan si mati kepada waris-waris yang berhak

dengan syarat terlebih dahulu.

85

Page 86: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

    c) Menyelesaikan bayaran urusan pengebumian

   d) Menjelaskan hutang-hutang si mati.

   e) Menunaikan wasiatnya jika ada. 

    Segerakan pembahagian pusaka kerana apabila seseorang itu meninggal

dunia, secara automatik harta kepunyaan si mati berpindah hak kepada waris-

waris. Barang siapa yang mengambil atau memakan harta-harta pusaka tersebut

tanpa persetujuan semua waris yang berhak, mereka boleh terjerumus kepada

penguasaan harta secara haram atau batil, termakan harta anak yatim dan

sebagainya .

  Justeru, uruskan harta pusaka dengan sebaik mungkin dan segerakan

pembahagian kepada waris-waris yang berhak berpandukan kepada hukum

Faraid. Tentukan siapakah pemilik sebenar harta pusaka tersebut dan tentukan

hak masing-masing.

Mengapa berlakunya kelewatan pembahagian harta pusaka di Malaysia :

1. Salah tanggapan

     Terdapat di kalangan masyarakat masih berpegang kepada ungkapan

“berdosa jika terlalu awal membahagikan harta pusaka ketika ‘tanah kubur masih

merah’. Ini tanggapan salah. Tiada nas atau dalil. Hanya perbualan dikedai kopi.

     Sepatutnya segerakan pembahagian kerana selepas kematian, harta si mati

menjadi hak waris.

    Sayidina ‘Umar r.a. pernah memadamkan pelita seorang sahabatnya yang

meninggal dunia kerana dikhuatiri minyak pelita tersebut habis digunakan tanpa

mendapat persetujuan waris.

2. Menjaga adat

86

Page 87: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

 Bimbang untuk bersuara, takut dikatakan tamak / hendakkkan harta. Justeru

harta     dibiarkan tanpa pengurusan. Hal ini menyebabkan kelewatan dalam

pembahagian harta pusaka. Sikap seperti ini perlu diubah. Semua patut

berfikiran positif.

    Menuntut pusaka bukanlah bermakna seseorang itu mempunyai sifat

tomak dan haluba. Akan tetapi ia adalah untuk menuntut hak yang disyariatkan

dalam agama.. Menunaikan tanggungjawab terhadap agama adalah lebih patut

diutamakan. Kelewatan pembahagian akan menimbulkan fitnah kepada keluarga

dan agama Islam. Dalam adat-adat tertentu   terdapat penafian hak kepada ahli

waris dengan meninggalkan hukum pusaka Islam dan digantikan dengan hukum

adat .Hinggakan wanita diberikan nisbah yang lebih berbanding lelaki..

3. Tiada pengetahuan

      Ilmu berkaitan pengurusan dan pembahagian harta pusaka makin

diabaikan. Tidak hairanlah   jika kita lihat dewasa ini jika berlaku kematian dan

waris perlu melakukan pembahagian harta pusaka, tidak ramai yang

berkebolehan dalam urusan pembahagian pusaka. Ianya menimbulkan

kesukaran untuk membuat rujukan / khidmat nasihat.Waris tidak tahu apa yang

hendak dilakukan

4. Sikap tidak prihatin

     Dengan menganggap penyelesaian pusaka suatu yang remeh temeh, ramai

yang tidak mengambil berat untuk menyelesaikannya. Tidak mengambil peduli

tentang harta pusaka dantidak memberikan kerjasama ketika ada pihak yang

berusaha untuk menyelesaikanya.

Ada juga yang membiarkan harta beku / terbiar / terbengkalai sehingga

ada sesuatu yang menguntungkan seperti berhajat untuk menjualnya,

menggadai atau terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan.

 

5. Menaruh harapan kepada anak sulung

87

Page 88: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

    Anak sulung lelaki sewajarnya menggantikan tempat orang tua. Oleh itu

sepatutnya bertanggungjawab ke atas adik-adik dan berusaha menyelesaikan

pusaka.Terkadang anak sulung tidak tahu apa yang patut dilakukan sedangkan

Adik beradik yang takut bersuara, manakala anak sulung tidak cuba

mengadakan perbincangan atau meminta adik-adik menguruskan pembahagian

     Sebenarnya sesiapa juga di kalangan waris boleh menguruskan

pembahagian tetapi adat menghormati anak sulung lebih diutamakan.

6. Tidak mahu harta berpindah kepada orang lain.

        Ada yang selesa mendudukki / memilikki / mengusahakan tanah si mati.

      Sekiranya dibahagikan, takut kalau waris lain menuntut hak masing-masing.

Oleh itu lebih baik dibiarkan sahaja dengan nama si mati.

    Ketika waris-waris lain berdiam diri, elok tidak dibahagi untuk menjaga

hubungan mesra di kalangan waris.

  Sekiranya tidak mendapat persetujuan semua waris, bermakna seseorang itu

mendudukki, memilikki atau mengusahakan harta pusaka secara batil.

Hukumnya berdosa.

7. Wujud pertelingkahan di kalangan waris

        Pusaka tidak diselesaikan kerana waris-waris bertelingkah sesama sendiri

samada sebelum kematian atau selepas kematian.

         Bagaimana hendak mengadakan perbincangan sekiranya tidak dapat bersua

muka?

8. Tiada persefahaman

     Masing-masing dengan pendapat dan kemahuan sendiri. Tiada tolak ansur.

Pentingkan diri. Terdapat kalangan ahli keluarga yang tamak, ingin membolot

harta pusaka untuk diri sendiri. Hal ini menyebabkan timbulnya kelewatan dalam

pembahagian harta pusaka.

88

Page 89: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Cadangan Penyelesaian Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia.

Masalah pembahagian harta pusaka boleh dielakkan dengan si mati

sebelum kematiannya, menamakan satu badan yang boleh menyelia dan

mengelola pembahagian harta pusaka yang ditinggalkannya. Di Malaysia

terdapat beberapa badan yang boleh diyakini sebagai pemegang amanah

kepada harta pusaka seperi “ Amanah Raya “ dan As-Solehen Trusty”

Selain itu untuk mengelakkan persengkatan dikalangan ahli waris si mati

sebelum kematiannya boleh menhibahkan hartanya. Para waris tidak lagi boleh

memprotes pembahagian yang dilakukan, Hal ini pembahagian tersebut dibuat

atas kerelaan si mati semasa hidupnya.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

89

Soalan latihan.:

1. Sebutkan pengertian ilmu Faraid ?

2: Nyatakan Harta Faraid yang boleh diwarisi dan yang tidak

boleh diwarisi ?

TUGASAN

Page 90: 08 Isi Pelajaran

PIM3143 PENGAJIAN FIQH

90