09 isi pelajaran bmm3108

Upload: joen-medona

Post on 04-Apr-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    1/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    TAJUK 1 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    SINOPSIS

    Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

    Konsep fonetik dan fonologi

    Matlamat sebutan baku

    Pelaksanaan Sebutan baku

    Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melaluimulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik

    dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya,

    daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi

    yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada

    masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang

    ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita.

    Di Barat, kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800

    apabila para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasadengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa

    yang berkaitan. Namun demikian, penumpuan bidang fonologi moden lebih

    menekankan aspek sebutan, dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi

    sebutan yang sebenarnya.

    1

    FONETIK

    FONEMIK

    FONOLOGI

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    2/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

    1.menjelaskan konsep fonetik dan fonologi;

    2.membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi;3.menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu;

    4.menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu.

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    1.0 KANDUNGAN ISI

    Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep fonetik dan

    fonologi, matlamat sebutan baku bahasa Melayu dan pelaksanaan sebutan baku

    bahasa Melayu.

    1.1 Definisi

    Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi? Fonologi (daripada Greek: ,

    phn, "suara, bunyi" dan , lgos, "perkataan, pertuturan, subjek

    perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu

    2

    Fonetik dan Fonologi

    Konsep fonetik danfonologi sertaperbezaannya

    Matlamatsebutan baku bahasa

    MelayuPelaksanaan sebutanbaku bahasa Melayu

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Greekhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Greek
  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    3/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank

    Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi

    sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam

    tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200

    tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para

    ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan

    cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang

    berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang

    perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli

    bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa

    direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh

    manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.

    Fonetik (daripada perkataan Yunani (phon) "bunyi" atau "suara") ialah

    kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat

    fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan

    persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India

    purba, berikutan catatan P ini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan

    bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa

    Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut

    klasifikasi P ini .

    Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi

    mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi

    sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan the

    study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken

    form of individual language has variously been called phonology.

    Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, phonology is the study

    of the function and patterning of speech soundsyang bermaksud fonologi ialah

    kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang

    diucapkan oleh manusia.

    3

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Yunanihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fon&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Subbenua_Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Subbenua_Indiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=P%C4%81%E1%B9%87ini&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=P%C4%81%E1%B9%87ini&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tempat_penghasilan_bunyi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kelakuan_penghasilan_bunyi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kelakuan_penghasilan_bunyi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-5_SMhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Sanskrithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Sanskrithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Keluarga_Brahmikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Yunanihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fon&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Subbenua_Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Subbenua_Indiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=P%C4%81%E1%B9%87ini&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tempat_penghasilan_bunyi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kelakuan_penghasilan_bunyi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kelakuan_penghasilan_bunyi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-5_SMhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Sanskrithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Sanskrithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Keluarga_Brahmik
  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    4/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar.

    Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan

    memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan

    pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif

    dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan

    pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

    Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang

    diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa,

    mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap

    bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).

    Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik

    ditafsirkannya sebagai the study of the sounds human beings employ when

    speaking a language is phoneticsyang bermaksud pengkajian tentang bunyi-

    bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik.

    Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketikamenjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada

    bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang

    diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan

    diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi

    fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring.

    Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang

    tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan

    mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji

    secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan

    bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran

    atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi

    seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik

    4

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    5/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan

    pengelasan. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi,

    fonetik akustik dan fonetik auditori.

    1.1.1 Fonetik Artikulasi

    Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-

    bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang

    ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi

    itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras,

    lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya.

    1.1.2 Fonetik Akustik

    Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di

    sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang

    bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan

    osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik

    termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.

    1.1.3 Fonetik Auditori

    Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar

    melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah

    proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan

    kajian yang bersifat mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah

    cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik

    di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak

    kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang

    menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.

    5

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    6/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    1.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi

    Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang

    diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah

    difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonetik pulabermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh

    alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi

    tersebut. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan

    menerusi jadual berikut:

    Fonetik Fonologi

    Fenomena bunyi atau pertuturan

    manusia seluruhnya.

    Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu

    dalam pertuturan bagi sesuatu

    bahasa.

    Asas kepada kajian fonologi.

    Input kepada kajian linguistik tinggi,

    iaitu morfologi dan sintaksis.Tidak dapat memerikan seluruh

    bunyi yang dihasilkan oleh manusia,

    tidak dapat menghalusi segala

    variasi bunyi tersebut dan tidak

    dapat menghuraikan sistem bunyi

    semua bahasa yang dituturkan oleh

    manusia dengan sempurna.

    Dapat merumuskan, menghuraikan

    dan menjelaskan segala bentuk bunyi

    dalam sesuatu bahasa secara teliti

    dan terperinci dengan tujuan untuk

    menentukan peraturan dan bentuk

    bunyi secara spesifik.

    (Siti Hajar Abd. Aziz, 2008: 90)

    1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk

    mendapat bahan tentang fonetik artikulasi, fonetik akustik, danfonetik auditori.

    2. Banding beza bahan tersebut, kemudian bentangkan di

    dalam kelas anda.

    1.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu

    6

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    7/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah,1999). Jika

    dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai

    bahasa yang mantap dan kukuh. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai

    bahasa rasmi bagi negara kita, alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak

    rasmi. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu

    dipertikaikan lagi, ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan

    negara. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa

    ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti

    ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail, 2008 bahawa:

    Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem,dengan asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah

    diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh .

    Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang, bahasa Melayu

    khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman

    kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. Kini, bahasa Melayu baku

    menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi.Penggiat bahasa risau, pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang

    melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Kegagalan meletakkan bahasa

    Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa

    Melayu baku dengan jayanya.

    Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan

    sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu

    baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi,

    morfologi, sintaksis dan semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi

    sahaja. Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah

    ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956)

    yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan

    7

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    8/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor.

    Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan

    serentak dengan KBSM (1988). Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah

    seperti yang berikut:

    i. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang

    dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.

    ii. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan

    pengguna bahasa.

    iii. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu,

    supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan

    pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaankata umum dan istilah), sistem ejaan, dan laras bahasa.

    iv. Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta

    mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta

    menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan

    pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah

    1.4

    Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu

    Menurut Awang Sariyan (1988:6), ahli- ahli bahasa telah bersependapat tentang

    dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu

    hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan.

    Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike dalam bukunya

    Phonemics (1943:57) iaitu Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan

    diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap.

    Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah

    seperti berikut :

    8

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    9/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi

    perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang

    dilambangkan.

    Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan

    dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar

    atau kata terbitan.

    Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu

    bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam

    Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.

    Huruf dan fonem vokal a

    Sebutan Baku

    Vokal a dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada

    terbuka, tertutup, di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal a disebut

    seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan.

    Contoh:Huruf Vokal Fonem/ bunyi Ejaan Sebutan

    a [a] saya

    berapa

    apa

    [sa ya]

    [be ra pa]

    [a pa]

    Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf i.

    Mengikut sebutan baku fonem vokal i perlu dibunyikan dengan [ i ], sama adaterletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud

    vokal i perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem

    vokal i pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e].

    Contoh:

    9

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    10/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor Riau

    Alih

    Mukim

    Hasil

    [a lih]

    [mu kim]

    [ha sil]

    [ a leh]

    [mu kem]

    [ha sil]

    Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf u.

    Mengikut sebutan baku fonem vokal u perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada

    terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud

    vokal u perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem

    vokal u pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o].

    Contohnya:

    Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-RiauBetul

    Lanun

    tutup

    [be tul]

    [la nun]

    [tu tup]

    [ be tol]

    [la non]

    [tu top)

    Penyebutan Kata Terbitan

    Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku

    Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV ,

    KVK , KVK + KVK.

    Kata terbitan dengan imbuhan awalan

    Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-Riau

    Pengajar

    Pengedar

    Terasa

    Berlari

    terangkat

    [pe nga jar]

    [pe nge dar]

    [te ra sa]

    [ber la ri]

    [ter ang kat]

    [pe nga ja]

    [pe nge da]

    [te ra s]

    [ber la ri]

    [ter ang kat]

    Kata terbitan bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris

    10

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    11/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan

    bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.

    Ejaan Standard Sebutan baku Sebutan Johor-Riau

    i) Bahasa Indonesia

    Sama bunyi

    Anda

    Merdeka

    Berbeza bunyi

    Bangsa

    ii) Bahasa Arab

    Sama bunyi

    Fatwa

    Takwa

    Beza bunyi

    Makna

    iii) Bahasa Inggeris

    Frasa

    drama

    [an da]

    [mer de ka]

    [bang sa]

    [fat wa]

    [tak wa]

    [mak na]

    [fra sa]

    [dra ma]

    [an da]

    [mer de ka]

    [bang s]

    [fat wa]

    [tak wa]

    [mak n]

    [fra sa]

    [dra ma]

    1.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu

    11

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    12/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap

    dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa

    Melayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik

    atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu

    dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai

    dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan

    angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada

    3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan

    yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat.

    Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa

    yang pelbagai jenis dan bentuknya.

    Ada beberapa fungsi intonasi. Antaranya:

    i. Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap, seperti

    kegembiraan, kebosanan, kemarahan, kekejutan, keakraban,

    kekecualian, ketakutan dan ratusan sikap yang lain.

    ii. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa

    terhadap sesuatu ujaran, sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa

    pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif dan seumpamanya.iii. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru

    berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran

    iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut.

    iv. Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik

    bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang

    membezakan satu berita dengan berita yang lain.

    v. Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit

    ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang

    panjang atau ungkapan dalam ucapan.

    vi. Fungsi indexical: Untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantu

    mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau

    pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat atau sarjan tentera.

    12

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    13/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Sebutan bagi Nama Khas

    Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan

    orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan

    antarabangsa. Contohnya:

    Ejaan Sebutan

    Muhammad Hatta [mu.ham.mad hat.ta]James Bond [jms bnd]Nelson Mandela [nl.sen man.d.la]Lim Keng Yaik [lim kng yk]Boutros Boutros-Ghali [but.ros but.ros gha.li]

    Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan

    sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:

    Ejaan Sebutan

    Selangor Darul Ehsan [se.la.ngor da.rul h.san]Bosnia-Herzegovina [bos.nia her.ze.go.vi.na]Pyongyang [pyong.yang]New Zealand [niu zi.lnd]

    Sunway Lagoon [sun.wi le.gun]

    13

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    14/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang

    atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu.

    Contohnya:

    Ejaan Sebutan

    Bank Bumiputera [bangk bu.mi.pu.te.ra]Radio Televisyen Malaysia [ra.dio t.l.vi.syen me.l.sia]Universiti Teknologi Malaysia [u.ni.ver.si.ti tk.no.lo.gi me.l.sia]

    Agensi Pengiklanan Multimedia [a.gn.si pe.ngi.la.nan mul.ti.m.dia] atau

    [a.gn.si peng. ik.la.nan mul.ti.m.dia]

    Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu

    atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan

    akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan, atau (ii) cara sebutan

    ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:

    Ejaan Sebutan

    Felda [fl.da] atau (Federal Land Development Authority)

    (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)UNESCO [yu.ns.ko] atau (United Nations Educational, Scientific and

    Cultural Organization)UMNO [am.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan

    Kebangsaan Melayu Bersatu)tadika [ta.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak)

    ADUN [a.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri)Plus [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan)

    Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan

    Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi

    huruf Rumi, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:

    Ejaan Sebutan

    DBP [di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka)TLDM [ti.l.di.m] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia)JKKK [j.k.k.k] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan

    14

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    15/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Kampung)RTM [ar.ti.m] atau (Radio Televisyen Malaysia)PLO [pi.l.o] atau (Palestinian Liberation Organization)

    (Pertubuhan Pembebasan Palestin)

    BACAAN TAMBAHAN

    Asmah Hj Omar. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Awang Sariyan. (1988). Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya:

    Agensi Penerbitan Nusantara.

    Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara

    majmuk seperti Malaysia? Apakah halangan yang akan timbul

    sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau

    loghat masing-masing?

    15

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    16/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    TAJUK 2 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

    SINOPSIS

    Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk

    menghasilkan ujaran. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal

    yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal.

    HASIL PEMBELAJARAN

    (i) Mengenal pasti definisi artikulasi dan artikulator.

    (ii) Mengenal pasti alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal

    (iii) Menghuraikan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1

    16

    ARTIKULASI

    DAN

    ARTIKULATOR

    DEFINISI

    ARTIKULASI

    DANARTIKULATOR

    ALAT-ALATARTIKULASI

    ALAT-ALAT

    ARTIKULASIVOKAL

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    17/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    2.0 KANDUNGAN ISI

    Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi dan jenis-jenis

    alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal.

    2.1 Definisi Artikulasi dan Artikulator

    Untuk pengetahuan anda, artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat

    yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini

    sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah makanan,

    menelan dan menghembus nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih

    termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

    Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah

    artikulasi. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-

    gerakkan seperti lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah

    rongga mulut. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan

    lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang

    tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalamproses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

    2.2 Alat-Alat Artikulasi

    Tahulah anda bahawa, alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah

    artikulasi?. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-

    gerakkan, iaitu lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah

    rongga mulut, manakala daerah artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras dan

    lelangit lembut. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga

    mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh

    dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Rajah 1 menunjukkan

    kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah), gigi,

    17

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    18/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    lelangit, anak tekak, lidah, dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin,

    1998:16-17)

    Kedudukan Artikulator Daerah Artikulasi

    1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit keras7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Lidah10. Epiglotis 11. Pita suara 12. Rongga tekak13. Rongga hidung 14. Rongga mulut 15. Tenggorok

    Rajah 2.2: Alat-Alat Artikulasi

    2.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal

    Anda perlu mengetahui bahawa, Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf

    vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal

    baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o, dan u. Alat-alat artikulasi vokal

    meliputi rongga mulut, iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir.

    Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui

    rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat

    ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah, ruang udara antara

    bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat

    dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh

    18

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    19/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    rendah dan rendah. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara

    dapat dibahagikan kepada empat juga, iaitu sempit, separuh sempit, separuh

    luas dan luas. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian,

    iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam

    linguagram (gambar lidah) yang berikut:

    ui

    D e p a n

    h a m p a r

    T e n g a h

    n e u tr a l

    e

    o

    a

    B e l a k a n g

    b u n d a r

    T i n g g i(s e m p it)

    S e p a r u h t i n g g i

    (s e p a ru h s e m p it )

    R e n d a h(lu a s)

    S e p a r u h r e n d a h

    ( s e p a r u h lu a s)

    Rajah 2.3: Bahagian Lidah

    Seterusnya, keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral,

    hampardan bundar. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal

    yang dapat dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, ] dan dua vokal tambahan dalam

    dialek Melayu, iaitu [] dan []. Bunyi-bunyi [] dan [] merupakan bentuk

    sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris,

    seperti beg dan bos. Layari internet untuk melihat pergerakan bibir ketika

    menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu.

    Keadaan Bibir semasa Keadaan bibir semasamenghasilkan vokal menghasilkan vokalhadapan, bibir terhampar. belakang, bibir bundar

    19

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    20/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Rajah 2.4: Keadaan Bibir

    AKTIVITI

    Secara berpasangan, berdasarkan rajah di bawah, labelkan alat-alat artikulasi

    yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa.

    i._______________________________ vii.__________________________

    ii._______________________________ viii.__________________________

    iii.______________________________ ix.___________________________

    iv.______________________________ x.___________________________

    v._______________________________ xi.___________________________

    vi.______________________________ xii.___________________________

    20

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    21/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    LATIHAN

    1. Nyatakan perbezaan antara artikulasi dan artikulator.

    2. Nyatakan alat-alat artikulasi yang terdapat untuk kedudukan artikulator dan

    daerah artikulasi.

    BAHAN BACAAN

    Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.

    Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

    Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan

    Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

    Penerbitan PTS

    Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Nor Hashimah Jalaluddin (1998).Asas Fonetik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya:

    Agensi Penerbitan Nusantara.

    TAJUK 3 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

    21

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    22/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    SINOPSIS

    Tajuk ini membincangkan artikulasi diftong dan konsonan yang berfungsi untuk

    menghasilkan bunyi diftong dan konsonan. Perbincangan turut ditumpukankepada definisi dan jenis diftong serta konsonan dalam Bahasa Melayu.

    HASIL PEMBELAJARAN

    (i) Mengenal pasti definisi diftong dan konsonan

    (ii) Mengenal pasti jenis-jenis diftong dan konsonan Bahasa Melayu

    (iii) Menghuraikan artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    Rajah 3.1: Kerangka Tajuk 3

    3.0 KANDUNGAN ISI

    22

    DIFTONG

    DAN

    KONSONAN

    DEFINISI DAN

    JENIS

    DIFTONG

    SERTA

    KONSONAN

    ARTIKULASI

    DIFTONG

    ARTIKULASI

    KONSONAN

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    23/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis diftong

    dan konsonan serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu.

    3.1 Definisi Diftong dan Konsonan

    Tahukah anda, menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak

    Abdullah,1997:63), diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang

    disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya,

    [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au] dalam [pulau] pulau?. Konsonan pula ialah

    semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap

    arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan

    dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-

    sekejap (Abdullah Hassan,2006:44).

    3.2 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu

    Anda perlu mengetahui bahawa, Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong,

    iaitu [ai], [au] dan [oi]. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam

    perkataan [# tupai #], [# panau #] dan [# amboi #]. Keadaan sebegini

    membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya, mengenai (Abdullah

    Hassan, 2006:42).

    Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya,

    sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik

    artikulasi atau daerah sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras,

    lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain.

    3.3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu

    23

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    24/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Tahukah anda bahawa, bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan

    alat artikulasi lidah?. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa, iaitu

    gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan

    kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai]pandai, dan [a ] dalam [pula ]

    pulau, (ii) diftong lebaryang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan

    lidah contohnya, [ai] dalam [pantai], (iii) diftong menurun, iaitu diftong yang

    puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya, [ai] dalam [pandai]

    pandaidan (iv) diftong sempit, iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang

    sempit pada kedudukan lidah contohnya, [oi] dalam [sepoi] sepoi. Kedudukan

    alat artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut:

    Rajah 3.2: Kedudukan Lidah Untuk Bunyi Diftong

    Seterusnya, anda juga perlu mengetahui bahawa, konsonan Bahasa

    Melayu meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran, malaran dan

    getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara

    yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya

    sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara.

    Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyiletupan.

    Bunyi Letupan

    24

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    25/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Fon Awal Akhir [p] [pulau] [atap][b] [bumi] [rbab][t] [talam] [liat]

    [d] [datu ] [kad][k] [kata] *[g] [garau] [bg][] ** [ana]

    *bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu.**bunyi [] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam Bahasa Melayu.

    Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini

    dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh

    paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga

    pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi,

    iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [] untuk menghasilkan bunyi [],

    manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [] untuk mendapatkan

    bunyi [j].

    Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan

    bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak

    (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang

    dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi

    nasal [m], [n], [], dan [].

    Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian, geseran

    (frikatif) dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan denganmelakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di

    bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui

    kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].

    25

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    26/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya

    udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran

    dalam bahasa Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [], dan [h].

    Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti

    menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu

    lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan

    sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran

    dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y].

    Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini

    menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat

    dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu

    hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].

    Bunyi Letusan

    [] [cawan] [ma]

    [j] [jam] [caj]

    Bunyi Sengauan[m] [muda] [cium][n] [niat] [jalan][] [aa] [buja][] [ai] *

    *Bunyi [] tidak dapat hadir pada akhir suku kata

    Bunyi Sisian[l] [lalu] [awal]

    26

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    27/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Bunyi Geseran[f] [faseh] [alaf][v] [vn] *[s] [sarat] [awas][z] [zat] [lafaz]

    [] [arat] [skua][h] [harta][sah]

    Bunyi Getaran[r] [rasa] [siar]

    Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak

    bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti

    bunyi [b], [d], [g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidakdigetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f],

    [s], dan [h].

    Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibir-

    gigi tak bersuara, (ii) Geseran bibir-gusi bersuara, (iii) Geseran gigi tak

    bersuara, (iv) Geseran gigi bersuara, (v) Geseran lelangit lembut tak

    bersuara dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara.

    Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara, bibir bawah

    dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar.

    Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara

    dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di

    daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara.

    Contoh sebutan: [fiker] fikir, [hafal] hafal, dan [maaf] maaf. Cara

    mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara

    mengeluarkan geseran [f]. Perbezaannya ialah, pita suara tidak digetarkan.

    Contoh sebutan: [vkal] vokal, [vrsi] versi, dan [univrsiti] universiti.

    27

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    28/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada

    di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada

    belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut

    dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara.

    Contoh sebutan: [alaa] Selasa (thalatha), [inen] Isnin (Ithnin), dan [hade]

    hadis (hadith). Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula, sama dengan

    cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika

    mengeluarkan bunyi [] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [alem] zalim

    (dzalim), dan [haer] hadir (hadzir).

    Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidahdirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri

    dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-

    paru dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa

    menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [xabar] khabar, [axbar] akhbar, dan

    [axer] akhir.

    Akhirnya, penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkanpersamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara.

    Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [] pita suara digetarkan.

    Contoh sebutan: [aeb] ghaib, [loat] loghat, dan [bale] baligh. Menurut

    Raja Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan

    orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang

    [a] dan [baa] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r].

    28

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    29/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    AKTIVITI

    Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiapjenis diftong Bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh

    perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. Berikan juga sepuluh

    contoh perkataan yang mengandungi diftong dialek Melayu yang berbeza. (Beri

    contoh daripada beberapa dialek yang berbeza.

    LATIHAN

    1. Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris

    berikut:

    (i) ghairah (vi) balai

    (ii) cabar (vii) laut

    (iii) masyhur (viii) sepoi(iv) dekad (ix) tekukur

    (v) pulau (x) sarat

    2. Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman

    yang telah anda pelajari.

    BAHAN BACAAN

    29

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    30/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.

    Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

    Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik danFonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. KualaLumpur: Penerbitan PTS

    Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan PembelajaranBahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

    Asmah Hj Omar. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Lutfi Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. ShahAlam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

    Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih MaktabPerguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

    TAJUK 4 HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU

    30

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    31/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    SINOPSIS

    Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam

    Bahasa Melayu. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal, konsonan dan diftong.

    Huruf konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal, pinjaman, gandingan

    dan rangkap.

    HASIL PEMBELAJARAN

    (i) Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu

    (ii) Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal, konsonan dan diftong dalamBahasa Melayu

    (iii) Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu, iaitu

    konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap.

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    Rajah 4.1: Kerangka Tajuk 44.0 KANDUNGAN ISI

    31

    HURUF-HURUF

    DALAM BAHASA

    MELAYU

    DEFINISI HURUF

    VOKAL,

    KONSONAN DAN

    DIFTONG DALAM

    BAHASA MELAYU

    JENIS-JENIS

    HURUF VOKAL,

    KONSONAN DAN

    DIFTONG

    BAHASA MELAYU

    KONSONAN ASAL,

    PINJAMAN,

    GANDINGAN DANRANGKAP

    BAHASA MELAYU

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    32/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis huruf

    vokal, konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu. Perbincangan juga turut

    ditumpukan kepada jenis-jenis konsonan dalam Bahasa Melayu, iaitu konsonan

    asal, pinjaman, gandingan dan rangkap serta artikulasi diftong dan konsonanBahasa Melayu.

    4.1 Definisi Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu

    Tahukah anda bahawa huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang

    daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak

    Abdullah, 1977:42).

    Seperti yang telah dipelajari, bunyi vokal terhasil apabila udara keluar

    daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga

    dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.

    Konsonan pula ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatanterhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat

    dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian

    sekejap-sekejap. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. Dengan

    perkataan lain, diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi

    vokal, iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain

    (Abdullah Hassan,2006:44).

    4.2 Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu

    Anda perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf

    vokal, iaitu huruf a, i, u, e pepet, e taling dan o. Rajah 4.2 di bawah menunjukkan

    huruf dan fonem (bunyi bahasa) dalam Bahasa Melayu.

    Huruf Vokal Fonem / Bunyi Ejaan Sebutan

    32

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    33/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    ae talinge pepet

    io

    u

    [a][][e][i][o]

    [u]

    adasemakselakbilikbotol

    duduk

    [a.da][s.mak][se.lak][bi.lik][bo.tol]

    [du.duk]

    Rajah 4.2: Huruf dan Fonem Vokal Bahasa Melayu

    Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga, terdapat 27 fonem atau bunyi

    konsonan yang ditunjukkan dalam rajah 4.3 di bawah.

    Huruf Konsonan Fonem / Bunyi Ejaan Sebutan

    bcdfgghhjk

    khl

    mnngnypqrs

    sytvwx

    y

    [b][c][d][f][g]

    [gh][h][j]

    (1)[k](2) ?(3)

    (4)[q][kh][l]

    [m][n]

    [ng][ny][p][q][r][s]

    [sy][t][v][w][z]

    [y]

    bolacatatdadafakir

    gabusghazalhargajagakala

    kapaknikmat

    kadikhairat

    lalaimadahnafkahngerinyalapaparqari

    rapatsaham

    syiriktajamviruswajahxylem

    yuran

    [bo.la][ca.tat][da.da][fa.kir]

    [ga.bus][gha.zal][har.ga][ja.ga][ka.la]

    [ka.pa?][ni mat]

    [qa.di][khai.rat]

    [la.lai][ma.dah][naf.kah][nge.ri][nya.la][pa.par][qa.ri]

    [ra.pat][sa.ham]

    [syi.rik][ta.jam][vi.rus][wa.jah][zi..lem]

    [yu.ran]

    33

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    34/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    z [z] zapin [za.pin]

    Rajah 4.3: Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu

    Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong, iaitu ai, au dan oi

    yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4 di bawah.

    Huruf Diftong Fonem / Bunyi Ejaan Sebutan

    aiau

    oi

    [ai][au]

    [oi]

    pantaipulau

    sepoi

    [pan.tai][pu.lau]

    [se.poi]

    Rajah 4.4: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu

    4.3 Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu

    Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam

    Bahasa Melayu? Konsonan tersebut ialah konsonan asal, pinjaman, gandingan

    dan rangkap. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf

    gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et.al. 2006). Bacalah modul

    ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut.

    Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat

    19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku

    kata. Daripada segi cara sebutan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5 di

    bawah, konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh, iaitu letupan,letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.

    34

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    35/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Cara

    Sebutan

    Daerah Sebutan

    Bib

    ir

    Gu

    si

    Gusi-L

    Keras

    Lelangit

    Keras

    LelangitLembut

    PitaS

    uara

    1 2 3 4 5 6

    Letupantb

    p t k

    b b d g

    Letusantb

    b jSengauan b m n

    Geserantb

    f s xh

    b v zGetaran b r

    Sisian b l

    SeparuhVokal b w y

    Rajah 4.5: Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan

    Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang

    berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. Konsonan v dipinjam

    daripada Bahasa Inggeris. Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada

    Bahasa Arab, digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa

    Inggeris contohnya, skuasy. Huruf ain seperti dalam perkataan mana,

    digantikan dengan hurufkmenjadi makna. Pada tempat lain, huruf i (ilmu), a

    (alam), u (umur) digugurkan. Ejaan nama seperti Abdullah, Saodah, Nor Aini

    sudah ditiadakan. Selain itu, huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat

    dalam perkataan seperti Dato, sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh

    Sultan atau Yang Dipertuan Negeri.

    35

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    36/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Seterusnya, dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu, terdapat sembilan

    konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch,

    dz, dh dan th. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini, iaitu

    kh, gh, nydan ng.Akan tetapi, konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai

    menjadi sy. Selain itu, empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi

    konsonan tunggal, iaitu ch menjadi c, dzmenjadi z,dh menjadi ddan th menjadi

    s. (Abdullah Hassan, 2006:95-96).

    Sebenarnya jika anda peka, tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem

    Ejaan Rumi Baharu. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan

    daripada sembilan kepada lima, iaitu empat kekal, manakala satu berubah satuhuruf. Empat lagi konsonan gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal

    untuk memudahkan ejaan. Namun, walaupun huruf berubah, bunyi sebutannya

    tetap sama.

    AKTIVITI

    Secara berpasangan, teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan

    rajah di bawah. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal

    yang ditunjukkan.

    36

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    37/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    LATIHAN

    1. Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah.

    Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah

    tersebut.

    CaraSebutan

    Daerah Sebutan

    Bibir

    Gusi

    Gusi-L

    Keras

    LelangitKera

    s

    LelangitLemb

    ut

    PitaSuara

    1 2 3 4 5 6

    Letupan t d G

    Letusan b j

    Sengauan b

    Geseran h

    Getaran

    Sisian lSeparuh b w

    37

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    38/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Vokal

    BAHAN BACAAN

    Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

    Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik danFonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. KualaLumpur: Penerbitan PTS

    Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan PembelajaranBahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

    Lutfi Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. ShahAlam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

    Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

    Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab

    Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

    38

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    39/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    TAJUK 5 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU

    SINOPSIS

    Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonologi dalam bahasa

    Melayu. Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal, simbol konsonan,

    simbol konsonan rangkap dan simbol diftong.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mengenal simbol-simbol fonologi bahasa Melayu.

    2. Menggunakan simbol-simbol fonologi untuk mentranskripsikan bahan yang

    diperdengarkan oleh rakan mahupun pensyarah.

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    39

    Simbol Fonologi

    Vokal

    Konsonan Diftong

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    40/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    5.0 KANDUNGAN ISI

    Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang simbol fonologi yang

    meliputi simbol vokal, simbol konsonan, simbol konsonan rangkap, dan simbol

    diftong.

    5.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu

    Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur

    sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam

    bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal initumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja.

    Huruf Simbol bunyi

    a [a]e (pepet) [e]e taling []

    i [i]o [i]u [u]

    Jadual 5.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu

    40

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    41/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    5.2 Simbol Konsonan

    Huruf Simbol bunyi

    b [b]

    c []d [d]g [g]h [h]j [j]k [k], [/], [Q]l [l]

    m [m]n [n]p [P]q [q]

    r [r]s [s] []t [t]v [v]w [w]x [z]y [Y]z [z]

    Jadual 5.2: Simbol Konsonan

    Huruf Gabungan Vokal Simbol bunyi

    ai [ai]

    au [au]

    oi [oi]

    Jadual 5.3: Simbol Diftong

    Berdasarkan senarai dalam jadual 1, 2, dan 3, kita dapati ada simbol-simbol

    bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf

    dalam bahasa Melayu.

    41

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    42/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    5.4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap

    Konsonan Rangkap Simbol bunyi

    gh [ ]ny [ ]ng [ ]sy [ ]th [ ]dz [ ]akh [ x ]

    Rajah 5. 4: Konsonan Gandingan dan Rangkap

    42

  • 7/31/2019 09 Isi Pelajaran BMM3108

    43/43

    BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    BACAAN TAMBAHAN

    Radiah Yussoff dan Nor Aini Ismail. 2005. Linguistik Pengenalan. Selangor: Prentice

    Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.

    Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya:

    Agensi Penerbitan Nusantara.

    Secara individu, anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek

    yang panjangnya antara 30 perkataan hingga 50 patah perkataan,

    kemudian transkripsikan petikan tersebut dengan menggunakan

    simbol-simbol fonologi yang telah anda pelajari?