08 isi pelajaran tajuk 2

38
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II TAJUK 2 AKTIVITI PENULISAN BERFORMAT SINOPSIS Tajuk 2 menjelaskan perihal aktiviti penulisan berformat serta contoh- contoh aktiviti komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu kepada pelajar. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat; 2. ; 3. KERANGKA TAJUK-TAJUK AKTIVITI PENULISAN BERFORMAT TEMU BUAL Jenis-jenis Temu Bual Format Temu Bual Contoh Temu Bual MEMO Ciri-ciri Memo Format dan Contoh Memo SURAT RASMI DAN TIDAK RASMI Jenis-jenis Format Surat Contoh Surat TEKS UCAPAN Jenis-jenis Teks Ucapan Format Teks Ucapan Contoh Teks Ucapan PENGUMUMAN Jenis-jenis Pengumuman Format Pengumuman Contoh Pengumuman MINIT MESYUARAT Jenis-jenis Mesyuarat Format Minit Mesyuarat Contoh minit mesyuarat TEKS PENGACARAAN MAJLIS Jenis-jenis Pengacaraan Majlis Format Teks Pengacaraan Majlis Contoh Teks Pengacaraan Majlis LAPORAN Jenis-jenis Laporan Format Laporan Contoh Laporan

Upload: nazif-huzaini

Post on 17-Feb-2015

114 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ppg module 2

TRANSCRIPT

Page 1: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

TAJUK 2 AKTIVITI PENULISAN BERFORMAT

• SINOPSIS

Tajuk 2 menjelaskan perihal aktiviti penulisan berformat serta contoh-

contoh aktiviti komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu kepada pelajar.

• HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat;

2. ;

3.

• KERANGKA TAJUK-TAJUK

AKTIVITI PENULISAN BERFORMAT

TEMU BUAL

• Jenis-jenis Temu Bual

• Format Temu Bual

• Contoh Temu Bual

MEMO

• Ciri-ciri Memo

• Format dan Contoh Memo

SURAT RASMI DAN TIDAK RASMI

• Jenis-jenis

• Format Surat

• Contoh Surat

TEKS UCAPAN

• Jenis-jenis Teks Ucapan

• Format Teks Ucapan

• Contoh Teks Ucapan

PENGUMUMAN

• Jenis-jenis Pengumuman

• Format Pengumuman

• Contoh Pengumuman

MINIT MESYUARAT

• Jenis-jenis Mesyuarat

• Format Minit Mesyuarat

• Contoh minit mesyuarat

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

• Jenis-jenis Pengacaraan Majlis

• Format Teks Pengacaraan Majlis

• Contoh Teks Pengacaraan Majlis

LAPORAN

• Jenis-jenis Laporan

• Format Laporan

• Contoh Laporan

Page 2: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• KANDUNGAN ISI

Pengenalan

...............

.......

1. Memo

Memo merupakan singkatan kepada memorandum, iaitu alat

komunikasi bertulis dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara

rasmi. Memori juga sejenis surat atau disebut sebagai surat edaran

dalaman atau kegunaan dalaman. Justru, memo ialah catatan yang

disampaikan dalam kalangan kakitangan disesebuah institusi atau

organisasi. Isi kandungan memo ringkas, bentuknya tidak terlalu

formal dan mempunyai catatan ,salinan kepada, contohnaa salinan

kepada ketua jabatan. Memo juga tidak terikat pada sesuatu bentuk

tertentu seperti surat rasmi, malahan ada memo yang tersedia dalam

bentuk borang

Tujuan memo

• Memberi maklumat dan fakta

• Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan

• Menghuraikan sesuatu prosedur atau tindakan

Ciri Memo

• Maklumat yang hendak disampaikan hendaklah jelas

• Terus kepada maksud

• Isi kandungan hendaklah ringkas, tepat dan padat

• Memo juga hendaklah lengkap dengan nombor rujukan, tarikh, perkara, tandatangan dan sebagainya.

• Secara umumnya, beberapa ciri tertentu yang terdapat pada surat rasmi boleh juga diaplikasikan untuk penulisan memo.

Page 3: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Bentuk Memo

Dari segi kaedah penulisannya, tidak terikat dengan sesuatu bentuk

yang tertentu seperti surat rasmi. Memo boleh ditulis dalam bentuk boring

dan boleh juga dalam bentuk surat. Hal ini terpulanglah kepada jabatan

masing-masing. Pada umumnya memo ini boleh dibahagikan kepada dua

bentuk, iaitu bentuk borang dan bentuk terbuka.

Memo Bentuk Borang

Memo jenis ini semua tajuk dan maklumat yang diperlukan telah

dicatat dalam borang. Penulis hanyak perlu, sarna ada mengisi atau

menandakan sahaja pada ruang yang telah disediakan. Di samping itu,

disediakan juga ruang kosong untuk catatan tambahan jika perlu.

Memo Bentuk Terbuka

Terdapat juga memo bentuk terbuka. Memo bentuk ini samalah

seperti surat tetapi ada antara jabatan yang telah membuat reka

bentuknya ynag tersendiri bagi tujuan memudahkan urusan.

Bahasa Memo

Gaya bahasa yang digunakan untuk menulis memo berbeza

dengan gaya penulisan surat rasmi. Memo lebih memberi tumpuan

kepada isi yang hendak disampaikan. Oleh sebab itu, bahasa yang

digunakan seharusnya:

• ringkas, padat dan jelas

• Lembut dan berdiplomasi

• Tidak menimbulkan sikap negatif kepada pembaca

• Tidak menimbulkan prasangka.

• Elakkan daripada membuat teguran berbentuk negatif.

Page 4: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Langkah Menulis Memo

Merancang:

• Tujuan penulisan memo tersebut • Mengenal pasti siapakah sasaran • Apa yang diharapkan • Apakah reaksi pembaca apabila membaca memo tersebut

Menulis

• Menepati tujuannya • Gunakan bahasa yang ringkas, jelas dan lembut • Satu isi satu perenggan Menyemak

• Maklumatnya adakah tepat dan betul • Tidak menuimbulkan sikap negatif pembaca • Konstruktif

Perbincangan

Membuat Nota

2. Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat merupakan satu rekod bertulis tentang perkara-

perkara yang dibincangkan di dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat

penting kerana akan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan.

Semasa mesyuarat di adakan, segala keputusan yang diambil akan

dicatatkan oleh setiausaha, manakala perbincangan yang meleret-leret

tidak akan dicatat dalam minit. Tegasnya, menulis minit mesyuarat

menjadi tugas setiausaha yang dilantik dan beliau juga

bertanggungjawab untuk mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli-ahli.

Draf minit mesyuarat yang telah ditulis oleh setiausaha hendaklah

diserahkan untuk semakan Pengerusi dalam masa tiga hari. Minit

Page 5: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

mesyuarat sebenar pula biasanya diedarkan kepada ahli yang terlibat

selewat-lewatnya tujuh hari selepas mesyuarat.

Mesyuarat dihadiri oleh individu yang mendapat jemputan sahaja.

Jemputan dbuat secara rasmi melalui surat panggilan mesyuarat.

Mesyuarat yang diadakan oleh sesuatu jabatan mempunyai tujuan

tertentu, antaranya:

• Bertukar-tukar fikiran antara ahli

• Mendapatkan idea-idea baharu

• Memberikan dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai

pihak

• Mencari penyelesaian kepada masalah bersama dan

mendapatkan persetujuan untuk bertindak atau

melaksanakan sesuatu perkara

Dalam hal ini minit mesyuarat merupak dokuman yang melaporkan

perkara yang berlaku dalam mesyuarat itu, iaitu agenda mesyuarat,

catatan keputusan perbincangan, dan tindakan susulan yang perlu diambil

oleh pihak tertentu berdasarkan persetujuan ahli-ahli yang menyertai

mesyuarat.

Jenis Minit Mesyuarat

Berdasarkan kepada keperluan minit mesyuarat dapat dibahagikan

kepada kepada beberapa jenis:

Mesyuarat Jawatankuasa

Biasanya diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat,

idea dan membuat keputusan tentang sesuatau perkara. Mesyuarat ini

dihadiri oleh individu yang menjadi ahli kepada jawatankuasa tersebut.

Page 6: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Mesyuarat Agong

Biasanya diadakan setahun sekali. Dalam mesyuarat ini akan

berlaku perlantikan ahli jawatankuasa yang baharu bagi menggantikan

jawatankuasa yang lama. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun

dan kewangan yang telah dibelanjakan sepanjang tahun tersebut akan

dibentangkan untuk makluman ahli. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua ahli

yang berdaftar. Sesuatu mesyuarat agung dikira sah jika kehadiran ahli

dua pertiga daripada keseluruhan ahli yang berdaftar. Dalam mesyuarat

agung, setiap ahli yang berdaftar mempunyai hak untuk bersuara,

membuat pengundian atau tidak menyatakan sokongan terhadap sesuatu

isu. Melalui mesyuarat agung, perlembagaan atau peraturan yang telah

ditetapkan dalam organisasi boleh dipinda dengan syarat mendapat

persetujuan majoriti ahli.

Mesyuarat Khas

Diadakan khas untuk sesuatu isu, bertujuan untuk mendapatkan

kata putus daripada ahli-ahli dalam satu-satu perkara tertentu sahaja.

Mesyuarat Tergempar

Diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu

perjara atau isu yang meruncing. Mesyuarat ini memerlukan keputusan

diperoleh dalam masa yang terhad supaya masalah yang meruncing itu

tidak merebak atau tersebar menjadi lebih teruk.

Mesyuarat Agung Luar Biasa

Diadakan untuk satu-satu tujuan yang khusus sahaja. Mesyuarat ini

biasanya diadakan atas desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentang

sesuatu perkara. Mesyuarat ini dikira sah sekiranya kehadiran ahli ialah

dua pertiga dan keputusan yang dibuat mendapat sokongan majoriti ahli.

Mesyuarat ini dinamakan mesyuarat agung luar biasa kerana diadakan

Page 7: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

di luar tempoh yang sepatutnya bagi sesuatu mesyuarat agung, dan

hanya bertujuan untuk mendapatkan keputusan majority bagi satu isu

sahaja.

Ciri Minit Mesyuarat Tulen:

• Ringkas dan padat.

• Tidak direka-reka.

• Bukan bentuk laporan.

• Kandungannya benar-benar rekod hasil perbincangan dan keputusan bersama ahli mesyuarat

Lengkap:

• Semua maklumat yang penting dan berkaitan disertakan

• Boleh memahamkan seseorang yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.

Tepat

• Butir-butir yang dicatatkan adalah tepat dan sama seperti perkara yang di bincangkan dalam mesyuarat.

• Fakta yang dicatat juga perlu menepati hal-hal yang diperkatakan dan bukanlah pandangan pencatat.

Sahih

• Bebas daripada keraguan dari segi isi kandungan dan maklumat-maklumat yang berkaitan.

• Tandatangan pencatat merupakan satu cara menandakan kesahihan minit mesyuarat.

• Boleh dirujuk semula kerana mempunyai catatan tarikh, bilangan, nama dan fakta-fakta lain.

Berstruktur

• Penulisan minit mesyuarat disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur.

• Setiap perenggan mempunyai tajuk atau subtajuk yang bernombor dan mengikut urutan.

Perbincangan

Page 8: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

3. Rencana

Pendahuluan

• Pada kebiasaannya, isu-isu yang disentuh di dalam sebuah

rencana ialah persoalan semasa yang menjadi perhatian umum. Rencana

ditulis berdasarkan pemikiran penulis,rujukan ,kajian, peristiwa semasa

dan sebagainya.

• Rencana biasanya lebih panjang daripada berita. Setiap fakta yang

dikemukakan akan dihuraikan dengan contoh-contoh yang konkrit.

Disamping itu, penulis rencana akan memberikan perhatian yang lebih

terhadap pendahuluan rencana.

Definisi

• Rencana ialah karangan yang mengandungi maklumat, ulasan,

huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang biasanya

berdasarkan fakta-fakta sebenar.

• Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan,

• tinjauan dan rujukan yang dilakukan oleh penulis rencana.

• Fakta–fakta yang berkaitan juga perlu berdasarkan berbagai-bagai

sumber yang mempunyai pertalian atau hubungan dengan topik

rencana.

• Buah fikiran daripada wawancara juga merupakan sumber bagi

mendapatkan fakta sebenar untuk penulisan rencana

• Rencana bukanlah bersifat cereka tetapi memberikan tumpuan

kepada sesuatu tajuk yang khusus.

Ciri-ciri Penulisan Rencana

Penulisan rencana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antaranya

adalah seperti yang berikut:

Page 9: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

1. Rencana digolongkan dalam bentuk esei formal.

• Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa baku yang

lebih konvensional berbanding dengan esei yang tidak formal dan

mempunyai struktur yang lebih terancang.

• Rencana mempunyai perenggan-perenggan pendahuluan dan

penutup yang rapi.

• Setiap perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan yang lojik.

• Ciri-ciri personal termasuk humor kurang diadakan dalam penulisan

rencana.

2. Tujuan penulisan rencana adalah serius.

• Melalui rencana terdapat maklumat yang merangsang minda

pembaca untuk turut berfikir dan menginterpretasikannya.

• Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh orang yang mahir dalam

sesuatu bidang dan pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan

kepada penyelidikan oleh penulis sendiri atau orang lain.

• Setiap fakta,ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya. Oleh itu,

nota kaki,bibliografi serta lampiran perlu disertakan sebagai sokongan

bagi sesuatu fakta.

3. Ada digniti.

• Penulisan rencana mempunyai martabatnya kerana mempunyai

nilai intelektual.

• Ciri ini penting kerana penulisan rencana mementingkan ketepatan

dan kejituan maklumat serta hujahan yang berdasarkan

penyelidikan ,rujukan dan tinjauan oleh penulisnya.

• Rencana yang berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnya

mempunyai digniti yang tinggi kerana tetap kekal dan dijadikan bahan

rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu.

• Bagi rencana-rencana yang berunsur sejarah pula dibuat koleksi

dan disimpan di Arkib Negara, Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan

Pustaka, Perpustakaan Negara dan sebagainya.

Page 10: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

4. Ada ukuran kepanjangan.

• Sesebuah rencana yang bermutu mempunyai ukuran kepanjangan

yang tertentu.

• Sebaik-baiknya lebih panjang daripada nota dan lebih pendek

daripada monograf jika dilihat dari segi ukurannya.

• Biasanya sesetengah editor majalah dan surat khabar mempunyai

ketentuan tentang panjang rencana yang akan disiarkan.

• Rencana kewartawanan misalnya mempunyai gaya penulisnya

yang langsung dan terus kepada isi kandungan mengikut skop yang dipilih.

• Dengan itu, sesebuah rencana tidak perlu terlalu panjang lazimnya

menjejaskan minat pembacanya terhadap rencana yang berkenaan.

5. Penulisan yang jelas dan jitu.

• Penulisan rencana padat dengan maklumat yang berupaya menarik

perhatian pembaca untuk terus membaca bagi mendapatkan maklumat.

• Rencana yang meleret-leret,longgar dan tidak ekonomi perkataanya akan

menghambarkan selera pembaca. Idea yang disampaikan dalam rencana

juga harus berturutan dan ada pertalian sambil dipertautkan dengan

hujahan penulis.

• Pada keseluruhannya,penulisan rencana menggunakan perkataan yang

konkrit,tepat untuk sesuatu idea,mudah difahami dan tidak menggunakan

perkataan secara berlebihan.

• Walau bagaimanapun,terdapat juga penulisan rencana yang

menggunakan perkataan-perkataan yang mengindahkan gaya bahasa,

menghidupkan dan memberikan tenaga kepada rencana tersebut.

6. Menyampaikan maklumat.

Page 11: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• Penulisan rencana dapat menyampaikan maklumat yang lebih banyak

dan jelas kapada para pembaca.

• Contohnya: Kepupusan Penyu Belimbing. Penulisan rencana boleh

melakukan wawancara dengan beberapa pihak yang terlibat dan

berdasarkan maklumat yang dikumpul maka ditulisnya sebuah rencana

yang memaparkan masalah tentang kepupusan haiwan tersebut.

• Dengan memberikan maklumat kepada masyarakat pembaca,mungkin

usaha untuk menyelamatkan penyu tersebut dapat diatasi.

• Masalah-masalah sosial yang lain seperti isu pendatang asing, setinggan,

budaya punk serta masalah para pekerja kilang merupakan tajuk rencana

yang menarik. Kadangkala, hasil daripada penulisan rencana seperti ini

dapat mendidik dan membantu proses perubahan dalam kalangan

masyarakat.

• Maklumat yang dimuatkan dalam sesebuah rencana biasanya bertujuan

untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikenali sebagai unsur 5W +

1H, iaitu who(siapa),when(bila), what(apa),why(mengapa),where(di mana)

dan how(bagaimana).

• Persoalan-persoalan ini dapat membantu penulis meneroka sesuatu

peristiwa secara menyeluruh. Jawapan bagi persoalan-persoalan ini juga

secara tidak langsung dapat membantu memberikan maklumat yang

diperlukan oleh pembaca.

7. Rencana bersifat ulasan subjektif.

• Melalui penulisan rencana,penulis dapat melahirkan perasaan dan

pandangan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan. Misalnya, sekiranya

para pembaca mendengar sesuatu peristiwa penting di radio atau

televisyen,maka keesokan harinya mereka boleh mengikuti rencana yang

lebih mendalam mengenainya di akhbar.

• Rencana seumpama ini biasanya memuatkan ulasan-ulasan yang

mengandungi pendapat dan perasaan penulis.

Page 12: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• Perasaan dan pendapat penulis ini mempunyai tujuan yang tertentu

seperti meminta pembaca berfikir dan membuat pertimbangan, membuat

rayuan untuk mendapat simpati pembaca terhadap sesuatu peristiwa dan

sebagainya.

• Ciri-ciri membezakan rencana daripada penulisan berita atau laporan

adalah berita atau laporan hanya memaparkan perkara-perkara yang

berlaku tetapi tidak dimuatkan pendapat penulis itu sendiri.

8. Tempoh tarikan tidak terhad.

• Ruang dan tempoh tarikan penulisan rencana tidak terhad sebagaimana

yang berlaku pada penulisan berita. Seseorang penulis rencana boleh

memilih sudut pandangan yang dikehendakinya untuk dibicarakan dalam

penulisannya. Tumpuan dari satu idea kepada idea yang lain merupakan

tugas penulis supaya isu yang ditimbulkan tetap menarik.

• Selain itu, penulis rencana tidak perlu mengejar tarikh akhir penerbitannya

dan rencana yang dihasilkan boleh disimpan untuk beberapa hari di dalam

fail dan akan digunakan apabila perlu.

• Sesuatu rencana itu tidak akan basi walaupun peristiwa yang berkenaan

hanyalah berupa imbasan kembali.

9. Organisasi penulisan yang logik.

• Maklumat yang disampaikan dalam rencana adalah logik dan berdasarkan

rujukan penyelidikan,tinjauan dan temu ramah dengan pihak-pihak yang

berkaitan.

• Rencana yang berdasarkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara

biasanya disokong dan dimantapkan dengan keterangan,data,jadual,peta

dan sebagainya bagi menjelaskan maksud penulisannya dan kesahihan

perkara tersebut.

Page 13: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

10. Pembatasan pembicaraan

• Rencana ditulis berdasarkan skop yang dipilih sahaja. Walaupun sesuatu

isu itu hangat dan besar,tetapi penulisan rencana biasanya cuba

menjuruskan sudut penulisannya kepada sesuatu aspek sahaja.

Bentuk-Bentuk Rencana

Bentuk rencana boleh dibahagikan kepada tiga jenis,iaitu:

• Rencana bentuk ilmiah

• Rencana bentuk separa ilmiah

• Rencana bentuk popular

1. Rencana bentuk ilmiah

• Rencana bentuk ilmiah biasanya ditulis oleh penulis yang pakar dalam

sesuatu bidang.

• Pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan sendiri

atau orang lain.

• Setiap fakta,huraian,ulasan serta pendapat mestilah ada dasarnya

sekiranya rencana itu tidak berdasarkan penyelidikan sendiri.

2. Rencana bentuk separa ilmiah

• Bentuk rencana separa ilmiah tidak memerlukan kajian dan rujukan yang

mendalam.

• Walau bagaimanapun, penulisan rencana bentuk ini juga mengandungi

data,jadual,rajah,peta dan sebagainya yang memerlukan maklumat tepat

untuk pembaca.

• Rencana separa ilmiah ini sering ditulis oleh wartawan akhbar harian dan

majalah-majalah. Penulisan bentuk ini tidak perlu disertakan bibliografi.

3. Rencana bentuk popular

• Isi yang diketengahkan oleh rencana bentuk popular biasanya tidaklah

berat.

Page 14: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• Rencana bentuk ini berkaitan dengan isu-isu semasa dan menjadi bahan

santapan rohani pembaca.

• Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa akan mendapat

maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya

bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu.

• Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar

harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan

sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar.

• Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa akan mendapat

maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya

bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu.

• Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar

harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan

sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar.

1. Rencana jenis penerangan

• Kebanyakan rencana dalam akhbar dan majalah mengetengahkan fakta

dengan lebih jelas dan menyeluruh.

• Segala aspek tentang topik tersebut diberi penerangan yang berupa

kumpulan fakta dari berita harian.

• Rencana jenis ini sering kali ditulis oleh sidang editor majalah semasa

timbulnya sesuatu isu atau perkara yang susah difahami umum.

2. Rencana jenis berita.

• Rencana jenis berita berasaskan kenyataan atau isu semasa dengan

memberi keutamaan terhadap sesuatu kejadian yang baru, luar biasa dan

bernilai beritanya.

• Biasanya, rencana berita mengandungi huraian lanjut tentang berita yang

hangat diperkatakan. Dalam penulisan berita,penulis dikehendaki

Page 15: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

melaporkan apa yang benar-benar berlaku di samping memberikan

pendapatnya.

3. Rencana jenis profil.

• Rencana jenis profil menceritakan hal-hal tentang pencapaian dan

kejayaan seseorang tokoh.

• Biasanya rencana ini memuatkan gambaran tentang diri,individu yang

menunjukkan keperibadian,keistimewaan dan ketokohan.

• Orang yang diprofilkan merupakan orang yang terkenal.

• Rencana jenis ini menceritakan latar belakang seseorang tokoh itu dan

apa yang dilakukannya serta bagaimana dia menjadi terkenal.

4. Rencana jenis penyiasatan.

• Rencana jenis penyiasatan ditulis untuk merangsang pihak-pihak tertentu

agar bertindak untuk memperbaiki dan mengubah keadaan,cara berfikir

serta pendapat orang ramai.

• Penulis rencana seumpama ini perlu menyediakan bukti-bukti dan contoh-

contoh yang sebenarnya.

• Sebagai contoh, dalam rencana tentang Ponteng Sekolah dalam

Kalangan Murid-murid Sekolah, penulis dapat memberikan sebab-sebab

berlakunya ponteng sekolah,tempat-tempatyang selalu dikunjungi oleh

murid-murid yang ponteng dan peratusan yang terlibat.

5. Rencana jenis pendapat.

• Rencana jenis pendapat menggunakan persembahan yang bersahaja,

iaitu pendapat disampaikan secara tepat dan jelas dengan

mengemukakan fakta dan data seperti peraturan yang dikenakan oleh

pihak berkuasa atau jadual bilangan nahas jalan raya dalam satu tempoh

tertentu.

• Rencana ini akan menjadi hambar jika pendapat penulis tidak

berdasarkan penyelidikan dan rujukan yang mendalam.

Page 16: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

6. Rencana jenis perbahasan

• Dalam rencana jenis perbahasan,penulis biasanya mengetengahkan teori

kemasyarakatan dan menyampaikan hujah-hujah dengan berasaskan

falsafah,politik,penyelesaian masalah ekonomi ataupun strategi dalam

permainan dan sukan.

• Melalui rencana jenis ini, penulis lebih berani memperkatakan

pendapatnya sama ada bersetuju atau menentang pendapat-pendapat

pihak lain.

8. Rencana jenis kritikan.

• Rencana jenis kritikan memberi peluang kepada penulis untuk

menyatakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan sesuatu isu atau

perkara dengan mengemukakan alasannya.

• Namun begitu, oleh sebab tidak mudah untuk menolak sesuatu secara

bulat-bulat,penulis biasanya menyediakan fakta-fakta yang menyokong

pendiriannya dan cara-cara bagaimana untuk menghadapi alasan-a;asan

lain kemudiannya.

• Kritikan dan penulisan rencana seumpama ini lazimnya bersikap adil dan

mengemukakan kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan yang

patut diberikan pujian.

9. Rencana jenis umum.

• Rencana ini berkaitan dengan perkara yang telah menjadi pengetahuan

umum seperti hal-hal tentang burung,peredaran bulan dan matahari.

Walaupun begitu, sudut penulisan yang digunakan oleh penulis dapat

menyegarkan maklumat tersebut untuk menarik minat pembaca.

Peringkat Penulisan

• Semasa menulis rencana terdapat dua aspek yang perlu diberi

perhatian,iaitu bahasa dan isi kandungan rencana.

Page 17: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Bahasa

• Bahasa rencana hendaklah ringkas,bernas dsan padat. Biasanya dalam

penulisan rencana ayat yang digunakan ialah ayat penyata. Ayat yang

terlalu panjang dan berbelit-belit hendaklah dielakkan kerana ayat

sedemikian akan menyukarkan kefahaman pembaca.

Kandungan

Kandungan rencana terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pendahuluan,

tubuh rencana dan penutup rencana.

Pendahuluan

• Pendahuluan merupakan bahagian pengenalan dalam

sesuatu rencana. Bahagian ini penting dan seharusnya dapat menarik

minat dan menimbulkan perasaan ingin membaca rencana itu sehingga

akhir.

• Untuk menarik minat pembaca,bahagian pengenalan

rencana boleh dimulakan dengan unsur-unsur yang menarik seperti

data,madah,peribahasa,persoalan,kecindan dan sedutan kata-kata.

• Pemilihan gaya pendahuluan haruslah dibuat dengan

berhati-hati supaya dapat menggambarkan tajuk rencana dan persoalan

umum yang akan dibincang dalam rencana tersebut. Selain itu, kenyataan

inti boleh ditulis sebagai kenyataan penutup dalam bahagian pengenalan.

Tubuh Rencana

• Tubuh rencana boleh dibahagikan kepada beberapa

perenggan yang dapat merangkumi keseluruhan tema rencana.

• Perenggan-perenggan ini merupakan perkembangan

kepada tema rencana.

• Perkembangan ini boleh dilakukan melalui ilustrasi seperti

menggunakan angka,fakta,carta,rajah dan sebagainya.

Page 18: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• Ilustrasi ini bertujuan menyokong idea dan pendapat penulis.

Ilustrasi ini juga menjadikan sesebuah rencana itu menarik dan mudah

difahami.

• Dengan menggunakan ilustrasi yang berkenaan, sesebuah

rencana boleh ditulis dalam bentuk gambaran,laporan,cerita atau ulasan.

• Namun begitu,tiga prinsip; iaitu kesatuan idea,urutan idea

dan penonjolan idea utama perlu diadakan pada setiap perenggan.

• Prinsip-prinsip ini perlu diberi perhatian untuk memastikan

peralihan idea berlaku secara lancar dan memudahkan pembaca

mengikuti perkembangan idea tersebut.

• Untuk mendapatkan kesatuan idea, penulis harus memilih

tema atau idea utama dan mengekalkan tema atau idea utama itu dari

awal hingga akhir penulisan.

• Bahan-bahan yang tiada hubungan dengan idea utama

haruslah diketepikan. Hubungan idea dari perenggan ke perenggan lain

hendaklah dikawal dan disusun mengikut urutan yang difikirkan logik

berdasarkan kerangka idea yang telah disediakan.

• Urutan idea pula boleh dikekalkan melalui pengulangan

perkataan dan rangkai kata yang sesuai dan berpautan atau penggunaan

penanda wacana yang tepat.

• Penonjolan idea utama dalam setiap perenggan boleh

dilakukan dengan cara memastikan huraian dalam setiap perenggan

dibicarakan dan mengukuhkan idea utama.

Penutup Rencana

• Bahagian ini memenuhi perasaan ingin tahu dan seterusnya

menimbulkan rasa puas hati dalam kalangan pembaca kerana semua

persoalan dan maklumat telah diketengahkan. Untuk mencapai tujuan ini

penulis biasanya boleh merumuskan isi-isi penting atau membuat

kesimpulan tentang penulisan yang berkenaan.

Page 19: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Kesimpulan

• Penulisan seperti rencana radio,rencana majalah,rencana

deskriptif,rencana akhbar,rencana sukan,rencana sejarah dan sebagainya

yang turut dikategorikan sebagai penulisan rencana merupakan satu seni

penulisan yang tersendiri.

• Walaupun rencana tersebut melalui berbagai-bagai alat

media seperti surat khabar,majalah,radio,televisyen dan buku tetapi

rencana tetap merupakan penulisan yang menarik sekiranya diolah

dengan baik.

Rehat

Perbincangan

Latihan

Page 20: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

4. Teks Ucapan

Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin

hanya mendengar perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap.

Ucapan biasanya terdapat dalam majlis-majlis perasmian, perhimpunan,

perpisahan, keraian, ulang tahun dan sebagainya. Oleh itu kandungan

ucapan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis majlis itu.

Ucapan menggambarkan seseorang yang bercakap tentang

sesuatu perkara di hadapan khalayak. Ucapan merupakan pelahiran idea-

idea secara lisan di hadapan hadirin. Ucapan disampaikan dalam upacara

tertentu seperti majlis rasmi atau peristiwa tertentu. Ucapan disampaikan

berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis. Ucapan memerlukan

kemahiran dalam aspek-aspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan.

Definisi Ucapan

Ucapan ialah kata-kata yang mengandungi isi bagi melahirkan berbagai-

bagai harapan dan perasaan kepada khalayak tertentu. Ucapan juga

merupakan kegiatan melafazkan kata-kata kesejahteraan, rasa terima

kasih, tahniah, takziah, dan sebagainya.

Ucapan juga dapat diertikan sebagai kata-kata yang dilafazkan,

sama ada berbentuk nasihat, pernyataan atau pemberitahuan secara

terbuka kepada khalayak.

Jenis Ucapan

Ucapan Rasmi

• Ucapan dalam majlis formal

• Dihadiri oleh tetamu khas atau orang-orang kenamaan

• Berbentuk komunikasi sehala

Page 21: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• Isi kandungan ucapan mestilah sesuai dengan konteks dan situasi

majlis tersebut.

• Teks ucapan yang dirancang akan digunakan sepenuhnya tanpa

mengubah isi yang ditetapkan

Ucapan Tidak Rasmi

• Ucapan yang disampaikan secara bebas tanpa terikat kepada

sebarang prosedur

• Ucapan jenis ini menggunakan bahasa yang lebih mudah, ringkas

dan terus kepada maksud.

• Ucapan jenis ini kadang kala merupakan komunikasi dua hala, iaitu

pendengar boleh menyampuk, bertanya atau membalas apa-apa

yang diujarkan oleh pengucap.

Contoh :

• Ucapan tahniah

• Ucapan takziah

• Ucapan alu-aluan

• Ucapan perpisahan

• Ucapan perasmian

Format Ucapan Umum

• Pendahuluan

• Isi Kandungan Ucapan

• Penutup/ Kesimpulan

Pendahuluan

• Dimulakan dengan kata-kata sambutan iaitu tidak banyak berbeza

daripada karangan jenis syarahan dan ceramah.

Page 22: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• Kata-kata sambutan hendaklah mengikut protokol atau tingkat

kedudukan masing-masing.

• Dimulakan dengan taraf kedudukan hadirin yang paling tinggi.

Isi Kandungan

• Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan,

pengetahuan, nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin.

• Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan

ucapan dan disusuli dengan isi-isi ucapan.

• Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti

hadirin yang dihormati sekalian.

• Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atau

peribahasa supaya ucapan itu menjadi lebih menarik.

Penutup/ Kesimpulan

• Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat .

• Penutup mengandungi kata-kata pujian dan

penghargaan,kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima

kasih dan salam kepada hadirin teristimewanya tokoh yang diraikan.

• Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun,puisi dan kata-kata

indah

Latihan

Page 23: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

CONTOH

Anda telah diminta untuk memberi sebuah ucapan pada hari persaraan salah seorang guru disekolah anda.Sediakan teks ucapan yang lengkap untuk disampaikan pada hari tersebut.

Pendahuluan • Kata alu-aluan kepada hadirin yang hadir • Contoh : Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada

Yang saya Hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Yang Berusaha Guru-Guru Penolong Kanan,Yang diraikanEEEEE..guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Isi

• Ucapan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan

ucapan kepada guru yang akan bersara. • Isi-isi ucapan merangkumi :

- Latar belakang guru yang akan bersara. - Pendidikan serta kursus-kursus yang pernah disertai. - Pengalaman

- Pencapaian selama menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru

• Kata-kata penghadapan hendaklah disertakan ketika ingin memulakan isi baru.

• Contoh : – Hadirin yang dihormati – Sudara-saudari sekalian – Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi

Penutup • Akhir sekali saya mendoakan agar Puan Ramlah Bahri sentiasa berjaya

dalam hidupnya dan mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukannya.Saya akhiri ucapan saya ini dengan dua rangkap pantun ;

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Kalau ada sumur diladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian,terima kasih.

Page 24: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Protokol Panggilan Hormat

PANGKAT/GELARAN Cara mengalamatkan

Yang di-Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang

Dipertuan Agong

Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Terutama

Raja Muda/Tengku

Mahkota Duli Yang Teramat Mulia

Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat

Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat

Menteri Besar/Ketua

Menteri Yang Amat Berhormat

Menteri/Timbalan Menteri Yang Berhormat

Wakil Rakyat/Adun Yang Berhormat

Ahli Dewan

Negara/Senator Yang Berhormat Senator

Pangkat/Gelaran Cara mengalamatkan

Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri

• Setiausaha Kerajaan

Negeri

• Pegawai Kewangan

Negeri

• Penasihat Undang-

undang Negeri

Yang Berhormat

Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Tun/Tan Sri/Datuk

Page 25: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Hakim Besar/Hakim Yang Amat Arif Tan Sri/Datuk

Mufti Sahibussamahah Tan Sri /Datuk

Kadi Sahibulfadilah Tuan Kadi

Haji/Hajjah Yang Mulia Tuan Haji/Hajjah

Ustaz/Ustazah Yang Berbahagia

Pengetua/Guru Besar Yang Berusaha

Profesor/Profesor Madya Yang Berbahagia

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Page 26: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

5. Surat Rasmi

Pendahuluan

Surat Rasmi merupakan teks yang berformat kerana surat rasmi

mempunyai peraturan dan gaya persembahan yang perlu dipatuhi. Surat

rasmi menyatakan atau menggambarkan sesuatu perkara untuk diketahui

oleh orang yang menerima atau membaca surat itu. Kandungan surat rasmi

berupa aduan, pemberitahuan, isu-isu tertentu, pemakluman, permohonan

dan sebagainya. Surat rasmi ditulis oleh sesuatu pihak kepada penerima

agar pihak penerima mendapat maklumat dan pengetahuan tentang

perkara tersebut. Surat rasmi merupakan dokumen yang bercetak yang

boleh dibaca berulang kali dan dirujuk kembali pada masa akan datang.

Definisi

Surat kiriman merupakan sesuatu proses atau aktiviti menyalurkan

maklumat, pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran karangan

berbentuk format yang menggambarkan suasana, khabar, berita dan

sebagainya yang akan dikirimkan atau diutuskan kepada orang yang

ditujukan. Dengan maksud pemberitahuan sesuatu hal atau perkara yang

dialami, dinikmati dan sebagainya oleh si pengutus surat berkenaan supaya

si penerima surat tersebut juga turut merasa dan berkongsi suasana sama

ada suka mahupun duka.

Apakah yang membezakan satu surat dengan surat yang lain?

Menurut Burton (1983) perbezaan ini wujud disebabkan oleh tiga perkara:

I.Orang yang akan menerima surat anda – penerima

II.Apa yang anda tulis – subjek

III.Mengapa anda menulis – tujuan

• Dengan mengambil kira tiga perkara di atas, surat-surat boleh

dikategorikan sebagai rasmi dan tidak rasmi.

Page 27: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• Surat rasmi boleh dikategorikan kepada rasmi peribadian

(formal-personal) dan rasmi tidak peribadian (formal-impersonal).

(Burton, 1983 dan Asmah, 1988).

Surat Rasmi Tidak Peribadian

• Memohon maklumat daripada firma, institusi organisasi

• Meminta bantuan atau kerjasama daripada firma-firma

• Menjawab panggilan temuduga

• Memesan barang

• Membuat aduan

• Membuat tempahan

Surat Rasmi Peribadian

• Mengucap tahniah atau takziah

• Jemputan (sosial)

• Jawapan kepada jemputan

• Ucapan terima kasih

Surat Tidak Rasmi (Surat Peribadi)

• Ditulis dalam pelbagai situasi tentang pelbagai subjek

• Antara rakan sebaya, sama status

• Dapat menyatakan pendapat dan perasaan

• Cara penulisanya lebih bersahaja

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

• memohon pekerjaan

• membuat aduan / bantahan / cadangan

• membuat rayuan

Page 28: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• membuat jemputan rasmi

• menempah barangan

• meminta kebenaran

• atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

Format Surat Rasmi

• Diperperkenalkan oleh Jabatan Perdana Menteri .

• Tujuannya supaya terdapat keseragaman di semua kementerian

dan agensi kerajaan.

• Arahan ini terkandung dalam surat Pekeliling Am Bil.8 tahun 1980

bertarikh 1 Oktober 1980.

• Lembaga Peperiksaan seterusnya melakukan beberapa

pengubahsuaian untuk para guru dan pelajar.

• Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran

Malaysia iaitu Pekeliling Am Bil.1 tahun 1987 bertarikh 22 Januari 1987.

Ciri-ciri Umum Format Surat Rasmi

• bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara peribadi.

• Bahasa yang digunakan mestilah mudah, tepat, padat, baku dan

betul dari segi ejaan dan tanda baca.

• Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan

peribahasa

Lembaga Peperiksaan Malaysia pula menyenaraikan ciri-ciri berikut :

• Alamat pengirim

• Garisan panjang melintang

• Nama dan alamat penerima

• Nombor telefon

• Nombor rujukan

• Tarikh

Page 29: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• Perkataan menghadapkan surat

• Kepala surat/perkara

• Pemerengganan

• Pecahan bagi perenggan

• Tandatangan

• Nama pengirim

Format Surat Kiriman rasmi

• Alamat pengirim.

- ditulis disebelah kiri di bahagian atas surat.

• Garis panjang melintang.

Alamat penerima.

- baris akhir alamat dibubuh garis.

• Tarikh .

- ditulis di sebelah kanan surat, sebaris dengan baris akhir alamat

penerima.

• Panggilan hormat.

- dibubuh koma di hujungnya.

• Perkara.

- huruf besar digunakan pada setiap awal kata, bergaris dan tiada noktah

dihujungnya.

• Isi-isi.

- perenggan pertama dan akhir tidak dibubuh nombor dan ditulis dari tepi

surat. Hanya perenggan kedua dan seterusnya dibubuh nombor dan ditulis

jarak sedikit dari nombor.

• Pengakuan dan tanda tangan pengirim.

- ditulis di bahagian kiri bawah surat.

• Nama dan jawatan pengirim.

- nama ditulis selepas tanda tangan dengan huruf besar sepenuhnya dan

dibubuh kurungan.

Page 30: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Format Surat Rasmi (Lembaga Peperiksaan Malaysia)

________________ Alamat Penulis

________________

________________

_____________________________( garisan panjang)__________________________

Jawatan / penerima

Alamat (pejabat, sekolah, dsb) Tarikh : (selari dengan nama negeri)

Tuan / Puan,

Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)

Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)

2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba

sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)

3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita

kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita

dipertimbangkan.)

(Penutup)

Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)

_________________

Nama Penuh ( HURUF BESAR)

Jawatan ( Huruf Kecil )

Latihan

Membuat Nota

Page 31: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

6. Laporan

Pendahuluan

Laporan ialah kertas kerja yang mengandungi maklumat atau khabar.

Laporan ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah

berlaku. Laporan merupakan maklumat tentang sesuatu perkara yang

hendak dilaporkan. Laporan ialah dokuman untuk menyampaikan

maklumat yang khusus kepada pembaca yang tertentu. Maklumat tersebut

disampaikan secara sistematik dan objektif dengan menitikberatkan

kejelasan dan ketepatan kandungannya.

Definisi

• Kamus Dewan (1996) – maklumat berkenaan sesuatu kedudukan.

• Ellis dan Hopkins (1985) – dokumen yang digunakan bagi

menyampaikan maklumat khusus kepada pembaca tertentu. Maklumat

yang dipaparkan harus mengambil kira aspek ketepatan dan kepadatan

disamping disusun dengan sistematik serta mencapai objektif yang

ditetapkan.

Tujuan

• Melaporkan atau merekodkan sesuatu peristiwa yang dilihat atau

didengar.

• Jenis-jenis laporan:

• Laporan umum

• Laporan kajian

• Laporan syarikat.

Page 32: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Jenis-jenis Laporan

Laporan Umum

• Laporan untuk bacaan atau pengetahuan umum sahaja

• Tentang sesuatu kejadian, perkara, isu

Laporan Kajian

• Juga disebut laporan ilmiah/penyelidikan

• Untuk memerihalkan sesuatu keadaan.

• Tidak dipengaruhi sebarang unsur emosi penulis.

• Memerlukan fakta yang tepat dan penyusunan rapi dan tersusun.

Laporan Syarikat

• Laporan tahunan untuk melaporkan aktiviti syarikat dalam tempoh

satu tahun.

• Kandungan – aspek kewangan, pemegang syer, senarai harta

syarikat, tanggungan dan lain-lain.

• Gaya bahasa – berbentuk huraian dan penjelasan, disusun secara

kronologi.

Format Laporan Umum

• Halaman judul muka surat – mengandungi nama penulis,

organisasi, tajuk laporan, tahun.

• Abstark – sinopsis keseluruhan kandungan.

• Kandungan – tajuk, subtajuk dan lampiran.

• Pengenalan – latar belakang, kaedah penyelidikan dan

penghargaan.

• Huraian data – disusun mengikut topik dan subtajuk khusus.

• Kesimpulan – rumusan & cadangan

• Rujukan & bibliografi

Page 33: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• Lampiran.

Format Laporan Kajian

• Halaman kulit

• Halaman tajuk (sebelah dalam)

• Abstrak

• Penghargaan

• Daftar kandungan

• Pengenalan iaitu penyataan masalah

• Tinjauan kajian berkaitan

• Kaedah penyelidikan

• Dapatan kajian

Rumusan dan cadangan

Format laporan Syarikat

• Halaman Kulit

• Misi Syarikat

• Notis Mesyuarat Agung Tahunan

• Jawatankuasa Audit

• Struktur Korporat

• Maklumat Korporat

• Lembaga Pengarah

• Ucapan Pengerusi

• Laporan Kewangan

• Analisis Pemegang Syer

• Senarai Harta

• Borang Proksi

Perbincangan

Page 34: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

7. Pengumuman

Definisi

Kertas pengumuman yang mengandungi khabar atau maklumat yang

disebarkan untuk bacaan atau perhatian kepada individu atau pihak

tertentu.

Ciri-ciri Pengumuman

• Mengandungi maklumat yang benar dan tepat.

• Keterangan daripada sumber yang dipercayai dan diperoleh

daripada pihak yang berkenaan dan bertanggungjawab.

• Penggunaan bahasa yang ringkas, tepat dan padat. (ayat aktif)

• Tajuk ditulis di sebelah atas dengan jelas dan

dapat menarik perhatian pembaca.

• Mesej yang ingin disampaikan tidak berbelit-belit.

• Pengumuman ditulis dengan jelas dan terang.

• Pengumuman yg tidak lancar , meleret-leret akan mengelirukan

pendengar.

Format Pengumuman

i. Tajuk

• Bahagian tajuk paling jelas dipaparkan.

• Ditulis dengan huruf besar dan berbentuk frasa.

• Diletakkan di atas atau di papan tanda.

• Dicatatkan perkara yang hendak diumumkan.

.

ii. Penjelasan

• Terdapat mesej yang hendak disampaikan.

• Mempunyai maklumat yang lengkap (tarikh,masa,tempat dan

sebagainya)

Page 35: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• Terdapat pelbagai jenis ayat yang diterapkan seperti ayat berita,

ayat suruhan, ayat larangan dan sebagainya.

iii. Kesimpulan

• Terdapat pesanan dan pemberitahuan penting.

Perbincangan

8. Pengacara Majlis

Definisi

Pengendalian perjalanan sesuatu majlis sama ada rasmi atau tidak rasmi

mengikut sesunan atur cara yang telah ditetapkan.

Tujuan

Untuk mengurus perjalanan majlis tanpa sebarang gangguan dan catatan.

Prosedur

meneliti dan memeriksa program.

*mengetahui tujuan majlis diadakan.

* meneliti senerai kehadiran.

* mengetahui dan peruntukan masa akan diadakan

Pengacara Majlis

• Sebagai ‘ nadi’ sesebuah majlis.

• Seorang pengacara majlis harus melengkapkan diri dengan

pelbagai kemahiran agar majlis yang dikendalikan berjalan dengan lancar

dan meninggalkan kesan yang baik dihati para tamu dan penonton.

Ciri-ciri Pengacara majlis

Page 36: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• Mempunyai personaliti yang menarik.

• Suara yang sedap didengar.

• Mempunyai keyakinan diri.

• Pandai bermain bahasa dan emosi.

• Mempunyai daya inteleksual yang tinggi.

Format Pengacaraan Majlis

• Memulakan majlis dengan salam.

• Kata-kata aluan.

• Menyatakan tujuan majlis diadakan.

• Mengendalikan atur cara yang ditetapkan.

• Menentukan kesinambungan aturcara.

Teknik Menulis Teks Pengacara majlis

penyediaan teks

* mengetahui nama majlis tersebut.

* mengetahui tujuan majlis dan atur cara.

* mendapatkan senerai nama jemputan terkini, terutamanya tetamu

kehormat.

* merancang teks yang bersesuian dengan majlis.

Perbincangan

Page 37: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 38: 08 Isi Pelajaran Tajuk 2

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II