tutorial sejarah awal v2

39
Menggalurkan sejarah awal dan kedaulatan Negara serta pembinaan patriotik dalam kalangan warganegara

Upload: shin-yei

Post on 12-Nov-2015

249 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Tutorial Sejarah Awal SJH3033E

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Menggalurkan sejarah awal dan kedaulatan Negara serta pembinaan patriotik dalam kalangan warganegaraDalam negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum, semangat patriotisme sangatlah penting bagi memastikan negara dan rakyatnya berada dalam suasana aman, harmoni dan stabil serta dapat menikmati kekayaan di bumi bertuah ini secara adil. Patriotisme berperanan penting dalam pembentukan bangsa Malaysia. Ia juga penting untuk mengukuhkan ketahanan nasional. Ini kerana patriotisme adalah semangat kenegaraan yang melangkaui batas-batas bangsa, agama, bahasa dan budaya. Semestinyapatriotisme ini lebih mudah diterima oleh rakyat yang terdiri daripada masyarakat majmuk seperti Malaysia.Sejarah Awal Malaysia Kesultanan Melayu MelakaMelaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal dari Palembang, Sumatera.Melaka ditadbir secara sistematik berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan.Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah,empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura dan sebahagian besarSumatera.Sejarah Awal Malaysia Kegemilangan Kesultanan Melayu MelakaSULTANBERPANDANGAN JAUHBERTANGGUNGJAWABMEMENTINGKAN PERPADUANMelihat potensi Melaka dan berkembang sebagai pusat perdaganganSebagai pusat pengembangan agama IslamMenjalinkan hubungan antarabangsaMemastikan keselamatan dan kebajikan rakyatPondok pengawal dibinaPembesar Melaka bersatu paduSejarah Awal Malaysia Kegemilangan Kesultanan Melayu MelakaBENDAHARABIJAKSANATAAT SETIAJUJUR DAN AMANAHMenyusun strategi mempertahankan kedaulatan MelakaMeluaskan kekuasaan Kesultanan Melayu MelakaMenenteramkan keadaan pengikutnyaMelaksanakan tugasSejarah Awal Malaysia Kegemilangan Kesultanan Melayu MelakaLAKSAMANAMAHIR ILMU SILATTAAT SETIABERANIBIJAKSANASejarah Awal Malaysia Kejatuhan Kesultanan Melayu MelakaPemerintahan Sultan Mahmud Shah mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap.Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah.Orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan. Sejarah Awal Malaysia Kejatuhan Kesultanan Melayu MelakaPada10 Ogos 1511, sebuaharmada lautPortugis yang besar dari India diketuai olehAlfonso de Albuquerquekembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.DOL SAID (NANING)

Sejarah Awal Malaysia Perjuangan Tokoh TempatanDol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan.Kemenangan perang Naning pertama disebabkan wujudnya perpaduan di kalangan orang Melayu. Tetapi kekalahan dalam perang Naning kedua kerana tidak wujud lagi perpaduan di kalangan orang Melayu malah mereka sanggup membantu Inggeris menyerang Naning.ROSLI DHOBY (SARAWAK)

Sejarah Awal Malaysia Perjuangan Tokoh TempatanRosli Dhoby yang berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada Inggeris berakhir ke tali gantung pada2 Februari 1950, selepas menikamGabenor Duncan Stewart, diSibu, pada 3 Disember 1949. Semangat kental yang mahu melihat negeri kelahirannya berkerajaan sendiri masih diingati sehingga kini.Kenapa Rosli Dhoby ingin menikam Gabenor Duncan Sterwart?DATO MAHARAJA LELA (PERAK)

Sejarah Awal Malaysia Perjuangan Tokoh TempatanDato Maharaja Lela menentang British keranaMengambil hak mengutip cukaiMencabar ketuanan MelayuMemperkenalkan cukai baruMencabuli adat resamKegagalan penentangan orang Melayu di Perak menunjukkan British lebih kuat. Terdapat juga orang Melayu Perak bekerjasama dengan British. Tanpa penyatuan semua pembesar Melayu dan penduduk Perak, perjuangan menentang kuasa penjajah berakhir dengan kegagalanYAMTUAN ANTAH (NEGERI SEMBILAN)

Sejarah Awal Malaysia Perjuangan Tokoh TempatanYamtuan Antah menentang penempatan seorang Penolong Residen British di Sungai Ujong. Apabila perlantikan Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti tidak diiktiraf, Yamtuan Antah turut bertindak balas dengan tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Satu pergaduhan berlaku antara Yamtuan Antah dengan Dato' Kelana.Yamtuan Antah telah menandatangani perjanjian denganSir William Jervois. Yamtuan Antah telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. Perjanjian telah memberi peluang kepada British untuk meluaskan pengaruhnya ke seluruh Negeri Sembilan.Sejarah Awal Malaysia Kedudukan JepunKedudukan JepunDasar Diskriminasi KaumKesan SosialMemberi layanan baik kepada kaum MelayuMemberi peluang kepada pemimpin Melayu.Mengamalkan dasar anti-China (kesan peperangan China-Jepun)

Kesan : pemusuhan antara orang Melayu dan orang Cina

Mempelajari Bahasa JepunPenyebaran Propaganda JepunPenghasilan perasaan curiga antara kaum

Kesan : pemusuhan antara orang Melayu dan orang Cina

Dato Onn Jaafar telah memimpin orang Melayu membantah pelaksanaan Malayan UnionMalayan Union (1946 - 1948)PKM malakukan pelbagai keganasanAncaman Komunis (1948)- Dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC- Menuntut untuk mengadakan pilihanrayaParti Perikatan- Parti Perikatan menang- Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (1955)Berjaya menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di LondonRundingan London 1956Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957KemerdekaanSemangat Patriotisme dalam Usaha Pengekalan Kedaulatan NegaraKedaulatan NegaraKedaulatan merupakan perkara asas dalam sesebuah negara. Kedaulatan amat penting untuk sesebuah negara.Ia dianggap satu aset bagi mempertahankan kemerdekaan dan ketuanan negara untuk tidak terus dijajah.Sebagai unit-unit dalam konteks negara, peranan rakyat dalam erti mempertahankan kedaulatan negara amat penting, kerana ia akan membawa implikasi terhadap memperkasa soal ketaatan yang tak berbelah demi menjamin keselamatan terhadap negara. Peranan ini penting dalam usaha membawa konsep perpaduan yang lebih jitu ke arah pembentukan sebuah negara bangsa yang benar-benar utuh.Oleh hal demikian, soal mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara merupakan tanggungjawab kolektif seluruh rakyat.Dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara menerusi semangat patriotisme, semua pihak harus berganding bahu ke arah pembentukan dan pembinaan negara bangsa yang bersatu padu.

PIHAK YANG TERLIBAT DALAM USAHA PENGEKALAN KEDAULATAN NEGARAKerajaanMasyarakatIndividuMemperkukuh sistem pertahanan & keselamatan negara.Menganjur program atau aktiviti untuk menanam semangat patriotik dalam kalangan rakyat.Memperkukuh ekonomi negara.Mewujudkan sistem sosial dan pendidikan yang boleh melahirkan modal insan bertaraf dunia.

Menjaga & mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum.Membantu menjayakan usaha-usaha kerajaan dalam bidang keselamatan, ekonomi& sosial.

Cinta akan negara, bersemangat patriotik&sanggup berkorban untuk negara.Menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi semasa.Menjaga akhlak supaya tidak terlibat dalam gejala sosial atau jenayah.

Semangat PatriotismePatriotisme adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Usaha mengekalkan semangat juang yang tinggi, mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara seharusnya dimulakan di peringkat sekolah rendah dan menengah.Patriotisme juga memerlukan komitmen pemimpin dan semua golongan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara.Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar merupakan tanggungjawab setiap rakyat.

Kepentingan Semangat PatriotismeDapat mempertahankan kedaulatan negaraDapat membentuk identiti negara dengan bebas Dapat menikmati kemajuan negara Dapat menjamin keharmonian negara Dapat mengekalkan perpaduan nasional

USAHA-USAHA MEWUJUDKAN SEMANGAT PATRIOTISMEKesetiaan pada raja dan negaraPenghayatan Rukun Negara, Bendera Kebangsaan, Lagu Negaraku & Bahasa KebangsaanPeringatan Jasa-jasa Tokoh Pejuangan KemerdekaanPengekalan Identiti Budya BangsaPemupukan Jati DiriPenekanan Mata Pelajaran SejarahKesetiaan kepada raja dan negaraKesetiaan kepada raja dan negara yang ditunjukkan oleh setiap warga melalui sumbangan serta pengorbanan, merupakan unsur patriotisme yang sangat penting. Perkara ini membolehkan semangat taat setia kepada raja & negara terus sebati dalam diri pelajar, bak kata, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya perasaan bangga dengan institusi raja yang merupakan warisan kita dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Unsur ini perlu disemai dan ditanam dalam jiwa generasi muda, khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Penghayatan Rukun NegaraRukun Negara

Di negara kita, kerajaan menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak dan untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.

Rukun NegaraRukun Negara harus dihayati oleh semua lapisan masyarakat: warganegara Malaysia.Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai dan amalan yang perlu dilakukan. Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.

Bendera KebangsaanBendera adalah sebahagian daripada identiti dan lambang kedaulatan negara. Dalam konteks mendidik generasi muda, aktiviti kibar Jalur Gemilang dapat menerapkan perasaan bangga dan patriotik terhadap negara. Ia sekali gus dapat menjadikan generasi muda kita tahu menghormati dan mencintai bendera. Justeru, perlu lebih banyak usaha dilakukan untuk menerangkan dan menjadikan mereka lebih peka dan menghargai serta menghayati erti sebenar kemerdekaan.

Lagu KebangsaanPeranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat patriotik terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta mempaparkan cita-cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui lebih dalam mengenai Negaraku supaya lebih bersemangat patriotik.Contohnya menghayati lirik lagu Negaraku dan bersyukur terhadap limpah kurnia Tuhan atas tanah ini.Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Di samping itu lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia.Bahasa KebangsaanPatriotisme terhadap negara bersangkutan juga dengan identiti bangsa dan identiti ini subur melalui bahasa kebangsaan yang berfungsi penuh, termasuk sebagai pengantar pendidikan di sekolah.Kerajaan sentiasa tegas dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan akan memastikan bahasa tersebut menjadi bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa pentadbiran dalam usaha membina sebuah negara bangsa yang kukuh dan bersatu padu. Melalui penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan, rakyat di negara kita bukan sahaja dapat menguasai bahasa kebangsaan dengan lebih baik, tetapi juga menghayati nilai-nilai perpaduan dan jati diri nasional yang ingin diterapkan.Peringatan Jasa-jasa Tokoh Pejuangan Kemerdekaan

Generasi muda perlulah mengetahui serba sedikit perjuangan para pemimpin negara terdahulu yang banyak berkorban untuk memerdekakan negara sehingga kita dapat hidup dengan senang hari ini.Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang penjajahan Barat malah memperjuangkan kemerdekaan untuk negara kita sewajarnya dijadikan teladan dan patut kita contohi. Selain Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra yang gigih serta mempunyai semangat cintakan negara terdapat tokoh lain yang turut berjuang ke arah kemerdekaan.

Sebagai contoh, Pendeta Zaba adalah pejuang kemerdekaan yang berjuang memimpin orang Melayu pada zamannya. Beliau menyatakan: Saya telah diminta memimpin orang-orang Melayu yang ketika itu tidak ada pemimpin, saya menerima permintaan itu. Dengan semangat, saya ingin menentang Malayan Union dan tidak ada orang memimpin orang-orang Melayu, tanpa sebarang bantahan saya terus berikhtiar menegakkan politik Melayu.Semangat setia kepada negara dan sifat bekerjasama juga amalan permuafakatan dalam kalangan pemimpin serta pengikutnya, telah menyumbang kepada faktor kejayaan menentang penjajah dan memperoleh kemerdekaan dari tangan penjajah. Dalam penentangan ini, jelaslah bahawa sikap berdisiplin, gigih berusaha dan pengorbanan diri-sendiri dapat membuahkan hasil yang cemerlang.Penekanan Mata Pelajaran SejarahPenerapan kesedaran patriotisme mestilah melalui pendidikan dan kesedaran terhadap tanah air. Pendidikan sejarah menjadi nadi dan akar umbi kepada perkembangan semangat jati diri, patriotisme dan perjuangan dalam diri sesebuah masyarakat. Penekanan kepada aspek ini sudah pasti menjadi agenda bagi sesebuah negara yang berdaulat. Malah tidak keterlaluan dikatakan pendidikan sejarah menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah bangsa dan tamadun. Pendidikan Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang dianggap relevan dalam menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum dalam masyarakat multietnik di negara ini

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid mulai Tahun Empat di Tahap II dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air, para pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan semangat patriotisme dan kekitaan terhadap masyarakat dan negara Pengekalan Identiti Budaya BangsaCara mengekalkan kedaulatan negara dalam konteks patriotisme ialah dengan mempertahankan identiti bangsa melalui budaya sendiri . Identiti bangsa sendiri perlu dipertahankan dan diperkenalkan . Penularan budaya liar dan pengaruh budaya songsang perlu dicegah kerana ia boleh membawa kepada kehancuran budaya dan masyarakat negara kita .

Pemupukan Jati DiriPemupukan jati diri mestilah bermula daripada rasa cinta dan sayangkan negara. Negara ini adalah tanah tumpah darah yang mesti dipertahankan kedaulatannya sepanjang masa. Cara memupuk semangat patriotisme mestilah melalui kesedaran dan ilmu.Patriotisme juga tidak dapat dipisahkan daripada jati diri negara iaitu sifat negara merdeka serta berdaulat itu benar-benar dikotakan. Nilai patriotisme yang patut diterapkan dalam hati dan jiwa generasi muda seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa serta negara perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan rakyat yang patriotik lagi bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.SEKIAN, TERIMA KASIH