hbis4303 v2

34
HBIS4303 V2 PENGAJIAN ADAB & AKHLAK ISLAMIYAH II SEMESTER SEPTEMBER 2014 1. Pengenalan Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A`araf, ayat 26 yang bermaksud; “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia melalui Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyelamat dan pembawa rahmat kepada mereka dan seluruh kehidupan mereka. Ia penyelamat manusia dalam setiap kegiatan dan kehidupan mereka di dunia dan memberi rahmat kepada manusia di saat bertemu kembali dengan Tuhan mereka di akhirat kelak. Dalam hal ini, Islam telah memperincikan secara jelas tentang adab dan peraturan dalam mengurus kehidupan manusia termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan pakaian dan perhiasan

Upload: issmart-fozee

Post on 25-Dec-2015

80 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh assignment oum

TRANSCRIPT

HBIS4303 V2

PENGAJIAN ADAB & AKHLAK ISLAMIYAH II

SEMESTER SEPTEMBER 2014

1. Pengenalan

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A`araf, ayat 26 yang bermaksud; 

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-

bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa

taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia)

Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan

bersyukur).”

Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia melalui Nabi

Muhammad s.a.w. adalah penyelamat dan pembawa rahmat kepada mereka dan seluruh

kehidupan mereka. Ia penyelamat manusia dalam setiap kegiatan dan kehidupan mereka di dunia

dan memberi rahmat kepada manusia di saat bertemu kembali dengan Tuhan mereka di akhirat

kelak.

Dalam hal ini, Islam telah memperincikan secara jelas tentang adab dan peraturan dalam

mengurus kehidupan manusia termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan pakaian dan

perhiasan untuk mereka. Oleh itu, kita sebagai umat Islam harus mengikut etika berpakaian yang

telah digariskan oleh Islam.

Selain daripada etika berpakaian, Islam juga mengajar umatnya supaya menjaga adab-

adab sebelum, semasa dan selepas memakai pakaian. Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya

berkenaan dengan semua adab ini di dalam sunnah baginda yang terbaik. Umat Islam kini

semakin jauh daripada sunnah baginda terutamanya dalam adab-adab berpakaian kerana lebih

mengutamakan fesyen-fesyen terkini yang kebanyakannya tidak menepati syarak. Mereka juga

beranggapan bahawa pakaian yang dianjurkan oleh Islam adalah kolot dan ketinggalan zaman.

Sekiranya pendapat tersebut daripada orang bukan Islam, tidaklah ia menjadi suatu yang

kita bimbangi. Akan tetapi sekiranya kenyataan tersebut keluar daripada mulut seorang yang

beragama Islam, sewajarnya kita perlu mengkaji mengapa masih terdapat umat Islam yang

berfikiran sempit sebegitu terhadapa agamanya sendiri.

Kini kesedaran dalam kalangan masyarakat di Malaysia terhadap cara pemakaian

berlandaskan ajaran Islam berada di tahap agak baik. Pelbagai busana-busana muslimah hasil

inspirasi daripada etika pemakaian Islam juga semakin mudah di dapati di kedai-kedai yang

menjual pakaian.

Hijrah daripada pihak artis juga sedikit sebanyak membantu masyarakat untuk lebih

terbuka dan mengkaji tentang pemakaian cara Islam. Ada yang mengatakan bahawa rezeki artis

akan tertutup apabila mereka mengambil keputusan untuk berhijab ataupun bertudung. Ternyata

dakwaan sebegitu hanyalah bersandarkan kepada hawa nafsu semata-mata tanpa menilai

daripada sudut agama. Artis yang berhijrah ternyata mendapat rezeki yang melimpah-ruah

kurniaan daripada Allah kerana mereka yakin bahawa rezeki bukan datang daripada manusia

tetapi daripada Allah yang bersifat Ar-Razzaq yang bermaksud pemberi rezeki.

Ini kesan positif daripada peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Walaupun begitu,

disebalik fenomena positif ini apabila dikaji kembali terdapat sesuatu perkara yang agak

membimbangkan juga berlaku. Perkembangan fesyen busana muslimah ini dilihat tidak

berpaksikan syarak sebenarnya. Sekiranya kita perhatikan, terdapat beberapa aspek dalam

pakaian muslimah ini tidak menepati kehendak syarak walaupun ianya adalah pakaian muslimah

yang seharusnya patuh syarak. Ini secara langsung telah menimbulkan kekeliruan dalam

kalangan masyarakat tentang fesyen muslimah sebenar yang mengikuti kehendak syarak.

Yang lebih membimbangkan apabila terdapat segelintir artis yang memperagakan fesyen

muslimah ini didapati tidak mematuhi syarak sekaligus sering menjadi ikutan masyarakat

berbanding etika pakaian yang telah ditetapkan oleh syarak. Setiap perkara yang dilakukan oleh

artis mudah untuk diikuti oleh masyarakat. Kebanyakan mereka tidak mengkaji dan meneliti

adakah fesyen yang diperagakan oleh artis tersebut bersesuaian dengan syarak. Mereka hanya

mengikut tanpa ada ilmu tentang perkara tersebut. Oleh itu, pengaruh daripada artis ini sangat

memberi kesan terhadap masyarakat di Malaysia.

Dalam tugasan ini, kita akan mengkaji berkaitan dengan adab-adab berpakaian yang telah

digariskan dalam Islam. Dalam tajuk ini, akan dirungkaikan semua persoalan berkaitan dengan

aurat lelaki dan perempuan serta adab sebelum dan selepas memakai pakaian. Selain itu, kita

juga akan mengkaji syarat-syarat berpakaian yang dituntut oleh syarak bagi menjelaskan

kekeliruan yang berlaku dalam kalangan masyarakat kini. Ulasan dan pandangan tentang fesyen

muslimah terkini yang berlandaskan syarat-syarat juga akan dikongsikan dan dibincangkan

dalam tugasan ini, insyaAllah.

2. Adab-adab berpakaian dalam islam

Sebelum mengkaji berkenaan dengan adab-adab berpakaian dalam Islam, kita terlebih

dahulu perlu melihat kepada batasan aurat bagi perempuan sebagai mana yang telah ditetapkan

syarak supaya kita lebih memahami perkaitan antara aurat tersebut dengan adab-adab berpakaian

dalam Islam.

Menurut jumhur ulama, aurat perempuan adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah

dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi iaitu

lelaki yang bukan mahram walaupun sehelai. Pendek kata, daripada hujung rambut sehingga

hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini

berlandaskan firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat

pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir

daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala

mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada

suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-

anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang

lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan

Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan

tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang

aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa

yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai

orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Yang dimaksudkan dengan ayat “janganlah mereka menampakkan perhiasannya”,

adalah “Janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan

perhiasan". [Lihat Abu Bakar Al Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. Selanjutnya,

kalimah “kecuali yang - biasa - nampak darinya”, ini pula bermaksud ada anggota tubuh yang

boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian

sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah.

Ibnu Jarir At Thobari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami' Al Bayan fi

Tafsir Al Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang dimaksudkan “kecuali yang (biasa)

nampak darinya”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang dimaksudkan

(dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al Qurtubi dalam kitab tafsirnya Al Jami' li

Ahkam Al Qur’an, Juz XII hal. 229. Oleh itu, apa yang biasa nampak daripadanya adalah wajah

dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak daripada kalangan

muslimah di hadapan Rasulullah s.a.w sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua-dua anggota

tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa

Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Quran.

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali

wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah s.a.w  kepada Asma’ binti Abu Bakar yang

bermaksud :

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak

boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan

telapak tangannya” – (Hadis riwayat Abu Daud)

Inilah antara lambang kesempurnaan dan ajaran bagaimana Islam mendidik umatnya

dalam berpakaian dan memilih pakaian yang melambangkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam dan selagi kita meyakini bahawa setiap ajaran Islam itu benar

dan meyakini bahawa Allah itu benar, maka kita akan dengan rela hati memilih dan berpakaian

menurut Islam dan menjulang tinggi pakaian yang menjadi syiar dan lambang keislaman dan

ketaqwaan kita. Melalui perbincangan tentang aurat tersebut, kita juga dapati ianya berkaitan

dengan adab berpakaian kerana pakaian yang kita pakai tentunya perlu menutup aurat dan juga

disertakan dengan adab berpakaian yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sunnah

baginda yang mulia.

Seterusnya, kita mengkaji tentang adab-adab berpakaian yang telah digariskan dalam

Islam.

i. Menutup aurat

Perkara pertama dalam adab berpakaian adalah aurat. Aurat tentang wanita telah kita

bincang secara teliti di atas. Aurat lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke

lutut. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Paha itu adalah aurat.” (Hadis riwayat Bukhari)

ii. Tidak menampakkan tubuh

PAKAIAN yang jarang atau nipis sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat

menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu

orang yang melihatnya. Pakaian sebegini kadangkala terdapat pada pakaian yang dipanggil

busana muslimah. Sudah tentu ianya melanggar adab-adab berpakaian dalam Islam dan tidak

seharusnya dipanggil busana muslimah kerana ianya akan mengelirukan umat Islam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 

“Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang

cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita

yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti

bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya

walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Hadis riwayat Muslim)

iii. Tidak menimbulkan riak

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan

memandangnya pada hari kiamat.” 

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan

pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan

Ibnu Majah)

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w menegah umatnya memakai

pakaian dengan niat atau perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk. Oleh itu, kita hendaklah

memperbetulkan kembali niat kita memakai pakaian supaya tiada terniat di hati untuk menunjuk-

nunjuk dan riak supaya kita terhindar daripada golongan yang tidak dipandang dan diberi

pakaian kehinaan oleh Allah di padang mahsyar nanti seperti dalam ancaman hadis Rasulullah

s.a.w dia atas.

iv. Pakaian tidak ketat

Tujuan Islam melarang untuk menggunakan pakaian yang ketat ialah supaya tidak

kelihatan bentuk tubuh badan. Pakaian seperti ini biasanya dipakai oleh perempuan. Kita juga

dapati busana muslimah yang diperagakan oleh model agak renggang dalam aspek ini. Mereka

memperagakan busana yang agak ketat dan ini sangat tidak bertepatan dengan syarak yang

mewajibkan muslimah untuk mengenakan pakaian yang labuh dan longgar. Pelbagai kesan

negatif sekiranya seseorang itu menggunakan pakaian yang ketat. Oleh itu, Islam sangat menjaga

maruah umatnya khususnya muslimah dengan melarang mereka menggunakan pakaian yang

ketat.

v. Lelaki dan wanita berbeza

Maksud adab pakaian dia atas ialah pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai

oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah s.a.w mengingatkan hal ini dengan tegas

menerusi sabdanya yang bermaksud : 

“Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru

pakaian dan sikap perempuan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, baginda juga bersabda yang bermaksud :

“Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki.” (Hadis riwayat

Abu Daud dan Al-Hakim)

Melalui hadis di atas, sudah jelas pengharaman terhadap perbuatan menggunakan pakaian

berlainan jantina dalam Islam. Oleh itu, umat Islam harus sedar akan hakikat ini kerana padah

yang akan menimpa kepada perbuatan ini adalah laknat daripada Allah. Sekiranya kita dilaknat

Allah, nerakalah yang akan menjadi tempat kita setelah diadili di padang mahsyar nanti.

vi. Melabuhkan pakaian

Contohnya seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi

menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah SWT berfirman dalam

surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :  

“Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta

perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh

tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal

(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah)

Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”

Menurut riwayat Imam at-Tirmidzi dan Nasai, dari Ummu Salamah r.a., “Ya Rasulullah,

bagaimana perempuan akan berbuat kain-kain mereka yang sebelah bawah?” Sabda Rasulullah

SAW, “Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan janganlah menambahkan lagi

ke atasnya.”

vii. Memilih warna sesuai

Contohnya warna-warna yang lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna

ini sangat disenangi dan menjadi warna kegemaran dan pilihan Rasulullah s.a.w. Baginda

bersabda yang bermaksud :

“Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya

(kain putih).”  (Hadis Riwayat an-Nasa'ie dan al-Hakim)

Warna yang terlalu menarik sehingga menarik perhatian berlainan jantina juga dilarang di

dalam Islam. Oleh itu, sebagai seorang umat Islam yang taat, kita juga seharusnya memilih

warna pakaian yang sesuai untuk digunakan.

viii. Larangan menggunakan perhiasan yang berbunyi

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud, 

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat

pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir

daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala

mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada

suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-

anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang

lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan

Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan

tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang

aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan

apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,

wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Wanita muslimah tidak dibenarkan menggunakan rantai kaki yang berloceng yang

melilitkan kakinya. Rantai berloceng ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap

bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki yang mempunyai

penyakit hati. Islam sangat menjaga umatnya khususnya muslimah kerana maruah wanita

diangkat setinggi-tingginya di dalam Islam berbanding dengan zaman sebelum datangnya Islam

apabila wanita dianggap hanya tempat untuk memmuaskan nafsu.

ix. Berlebih-lebihan dalam berwangi-wangian

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, 

“Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai

dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina.” (Hadis dari Abu Musa al-

Asy’ari)

Wanita muslimah tidak menggunakan minyak wangi yang baunya semerbak hingga

menusuk hidung orang yang dilintasinya. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau

yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya yang tinggi. Biasanya kekuatan bau ini

menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan utk membuat

pewangi itu. Wanita yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan

oleh Rasulullah s.a.w. Bukan tidak boleh berwangi-wangian, tetapi bersederhanalah dalam

pemakaian wangian tersebut.

x. Mulakan sebelah kanan

Apabila memakai baju, seluar atau apapun jenis pakaian, sebaiknya dimulakan dengan

sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.anha yang bermaksud : 

“Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan

kaki dan bersuci.”

Apabila memakai kasut, selipar atau alas kaki, sebaiknya dimulakan dengan sebelah

kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri. Rasulullah s.a.w bersabda

yang bermaksud : 

“Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila

menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama

memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya.” (Hadis riwayat Muslim).

xi. Selepas beli pakaian yang baru

Apabila memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah doa seperti yang telah diajarkan

Rasulullah s.a.w melalui riwayat oleh Abu Daud dan At-Tirmidzi yang bermaksud : 

“Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon

kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu

daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah

datang daripada Rasulullah.”

xii. Berdoa

Ketika menanggalkan pakaian, lafazkanlah doa seperti berikut : 

“Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat

mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.”

Sebagai seorang muslim, sewajarnya kita memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan

agama Islam iaitu selari dengan kehendak syarak kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan

menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.

3. Syarat-syarat berpakaian menurut islam

Sebelum menerangkan dengan lebih lanjut tentang syarat berpakaian menurut Islam, kita

perlu mengetahui mengenai tujuan berpakaian menurut Islam. Pakaian adalah nikmat Allah

untuk melindungi badan manusia, menutup aurat mereka dan juga sebagai perhiasan bagi

mereka. Fungsi-fungsi pakaian ini dijelaskan oleh Allah S.W.T di dalam surah AN-Nahlu, ayat

81 yang bermaksud :

“Dan Allah menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas

dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang.”

Selain itu, terdapat juga firman Allah S.W.T di dalam surah Al-A’raf ayat 26 yang

bermaksud :

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk

menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling

baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan

mereka selalu ingat.”

Dalam ayat 26 dari surah al-A’raf di atas, ada tiga jenis pakaian yang disebut oleh Allah

dalam ayat berikut;

a) Pakaian untuk menutup aurat

b) Pakaian untuk perhiasan

c) Pakaian takwa

Menurut ulamak; dalam ”اللباس“ ayat tersebut ialah pakaian untuk menutup aurat.

Adapun “الريش” ialah apa yang diambil/dipakai supaya nampak cantik pada luarannya, iaitu

untuk perhiasan. Yang pertama (iaitu “اللباس”) adalah keperluan asas, sementara yang kedua

adalah sampingan. Adapun pakaian takwa, menurut Ikrimah; maksudnya ialah pakaian orang-

orang bertakwa pada hari kiamat. Menurut Ibnu ‘Abbas pula; ia bermaksud amal soleh dan

kelakuan yang baik. Menurut Ibnu Aslam; ia adalah pakaian yang dipakai oleh seorang yang

takutkan Allah, lalu ia menutup auratnya. (menurut Tafsir al-Jalalain dan Tafsir Ibnu Kathir)

Syarat berpakaian dalam Islam khusus bagi kaum wanita adalah seperti berikut :

1) Hendaklah menutup aurat

Pertama, tujuan pakaian antaranya adalah untuk menutup aurat sebagaimana ayat di atas

tadi. Kedua, terdapat dalil yang cukup jelas dari al-Quran dan as-Sunnah yang memerintahkan

orang-orang Islam supaya menutup aurat. Ketiga, para ulamak telah sepakat atas kewajipan

menutup aurat ini.

2) Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan dan tidak ketat atau

sendat hingga menampakkan bentuk tubuh

Terdapat Hadis Rasulullah yang menerangkan tentang parangan memakai pakaian yang

jarang atau sendat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum

yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-

wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan

mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta

yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di

mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”. (Riwayat Imam

Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Di dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa salah satu golongan yang

akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, iaitu mereka

yang berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang

berikut. (Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 127)

i. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau

bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada

hakikatnya.

ii. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi

(yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).

iii. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.

3) Tidak menyerupai pakaian lelaki

Seterusnya, hadis Rasulullah s.a.w juga ada menyebut tentang larangan bagi orang lelaki

meniru wanita dan sebaliknya kerana Rasulullah s.a.w melaknat orang lelaki yang meniru wanita

dan wanita yang meniru lelaki sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu ‘Abbas r.a. yang

bermaksud :

“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru perempuan dan perempuan

yang meniru lelaki.” (Riwayat Imam Bukhari).

Melalui hadis di di atas, dapat difahami bahawa contoh meniru ialah setiap pakaian yang

khusus untuk lelaki iaitu diketahui oleh masyarakat bahawa ia sememangnya untuk lelaki, tidak

harus untuk wanita memakainya. Begitu juga, pakaian yang khusus untuk wanita iaitu diketahui

oleh orang ramai bahawa ia sememangnya untuk wanita, tidak harus lelaki memakainya. Untuk

memudahkan kefahaman kita ialah wanita yang memakai seluar lelaki dan lelaki yang memakai

kain wanita.

Di dalam hadis diceritakan bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w. masuk menemui isterinya

Ummu Salamah. Ketika itu Ummu Salamah sedang memakai tudungnya. Lalu Rasulullah s.a.w

berkata kepadanya yang bermaksud :

“Lilitlah dengan satu lilitan sahaja, bukan dengan dua lilitan”. (Riwayat Imam Abu

Daud dan al-Hakim. Menurut al-Hakim; hadis ini soheh. Tashih al-Hakim dipersetujui oleh

Imam az-Zahabi. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 7744)

Menurut ulamak, tegahan Nabi di atas bertujuan supaya cara pemakaian tudung oleh

perempuan tidak menyerupai cara pemakaian serban oleh kaum lelaki iaitu dengan melilit di

kepala dengan beberapa lilitan. (ulasan Imam Abu Daud dalam Sunannya (Kitab al-Libas, Bab Fi

al-Ikhtimar). Lihat juga; al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 186)

4) Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasik

Seterusnya, terdapat juga dalil daripada hadis Rasulullah s.a.w berkenaan dengan meniru

pakaian orang kafir dan orang fasik. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Sesiapa yang menyerupai suatu golongan, maka ia dari golongan tersebut.” (Riwayat

Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar r.a.).

Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan

meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya

yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Tafsir al-Quran al-Azim, surah al-Baqarah,

ayat 104.)

Meniru dalam maksud hadis di atas pula ialah setiap pakaian memberikan gambaran

kepada orang lain bahawa si pemakainya adalah kafir atau menunjukkan bahawa ia adalah fasik

(tidak menjaga agama, yakni suka melakukan maksiat). Oleh itu, ia termasuk dalam pengertian

meniru orang kafir atau golongan fasik. Contohnya ialah memakai pakaian yang mempunyai

lambing salib atau lambang-lambang agama lain. Saidina ‘Ali menceritakan bahawa pernah

mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Jauhilah kamu dari memakai pakaian para Rahib. Sesiapa memakai pakaian seperti

mereka atau menyerupai mereka, dia bukanlah dariku.” (Riwayat Imam ar-Rhabrani dalam al-

Mu’jam al-Ausat. Menurut Imam Ibnu Hajar; sanadnya adalah La Ba’sa Bihi. Lihat; Fathul-Bari,

bab al-Baranis).

5) Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan

Seterusnya adalah perbincangan mengenai syarat berpakaian iaitu tidak berlebihan dan

menzahir kesombongan. Allah berfirman dalam Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :

“…dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang

yang berlebih-lebihan….”

Juga firman Allah dalam surah Al-Hadid ayat 23 yang bermaksud :

“Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri”.

Sabda Rasulullah s.a.w juga yang bermaksud :

“Sesiapa yang melabuhkan pakaian/kainnya kerana sombong, nescaya Allah tidak akan

memandangnya pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Jelas melalui dalil-dalil di atas bahawa Islam sangat menegah perbuatan berlebih-lebih

dalam semua perkara juga menegah perbuatan membanggakan diri atau menggunakan pakaian

untuk menzahirkan kesombongannya. Terdapat ancaman di dalam hadis Rasulullah s.a.w

tersebut juga yang menegah perbuatan tersebut. Oleh itu, sebagai muslim sejati, kita hendaklah

sentiasa menjaga pakaian yang dipakai supaya tidak menyerupai mana-mana agama yang lain.

6) Bukan pakaian syuhrah

Pakaian Syuhrah bermaksud pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, iaitu

untuk menonjolkan perbezaan diri dengan orang lain. Tujuannya sama ada untuk berbangga-

bangga di hadapan orang lain dengan perasaan takjub dan besar diri (takbur) atau untuk

menunjuk-nunjuk kezuhudan dengan perasaan riyak dan nifaq (berpura-pura). Dalil larangan

pakaian Syuhrah ini ialah sabda Rasulullah s.a.w :

“Sesiapa memakai pakaian kemasyhuran, nescaya Allah akan memakaikan kepadanya

pakaian kehinaan pada hari kiamat nanti. Kemudian ia akan dibakar dengan pakaiannya ke

dalam neraka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah dari Ibnu ‘Umar r.a.)

Ada seorang lelaki bertanya Ibnu ‘Umar r.a.; “Apakah pakaian yang baik untuk aku

pakai?” Jawab Ibnu ‘Umar : “Pakailah pakaian yang sekira-kira kamu tidak akan diperlekehkan

oleh orang-orang bodoh (as-sufaha’) (kerana buruknya pakaian itu dan tidak ada nilai) dan tidak

dikeji oleh orang-orang cerdik (hukama’) (kerana melampaui had kesederhanaan)”. (Riwayat

Imam at-Thabrani).

Kita digalakkan bersederhana dalam Islam termasuk dalam berpakaian. Hadis baginda di

atas menunjukkan bahawa balasan yang sangat pedih disediakan buat orang-orang yang suka

untuk bermegah-megah dengan pakaian yang dipakai oleh mereka. Seharusnya umat Islam

mengambil iktibar daripada hadis ini dengan membetulkan niat kita ketika menggunakan apa-apa

pakaian.

7) Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.

Dalil daripada Al-Quran ada menyentuh tentang perkara di atas kerana ianya termasuk di

dalam pengertian tabarruj yang dilarang oleh al-Quran iaitu firman Allah S.W.T dalam surah Al-

Ahzah ayat 33 yang bermaksud :

“Dan hendaklah kamu (wahai isteri-isteri Nabi) tetap di rumahmu dan janganlah kamu

bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu ….”.

(al-Ahzab: 33)

Menurut ulama, at-Tabarruj bermaksud seorang wanita mendedahkan perhiasannya atau

kecantikannya yang mendorong syahwat lelaki. (Fathul-Qadier, Imam as-Syaukani) Pengertian

tabarruj tidak hanya mencakupi perbuatan yang mendedahkan aurat sahaja, tetapi amat meluas

iaitu merangkumi semua perlakuan untuk menarik perhatian lelaki termasuk stail berpakaian,

cara berjalan, cara bercakap, solekan dan sebagainya.

Apabila kita melihat kepada adab dan syarat dalam Islam tentang menggunakan pakaian

agak tegas, terbit juga persoalan adakah Islam melarang umatnya menggunakan untuk

menggunakan pakaian yang cantik? Sebenarnya Islam mengharuskan umatnya memakai pakaian

yang cantik dan lawa tetapi janganlah melanggar had-had yang ditetap Allah, jangan membazir

dan jangan takbur atau bongkak. Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahawa

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya walau sebesar biji

sawi”. Lalu berkata seorang lelaki : “Jika seorang lelaki suka memakai pakaian yang cantik

dan memakai kasut yang lawa, adakah dia juga dikatakan takbur?”.

Lalu jawab baginda s.a.w : “Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan kecantikan. Yang dikatakan

takbur itu ialah enggan menerima kebenaran (iaitu sombong terhadap kebenaran) dan

memandang rendah terhadap manusia.”

Begitu serba sedikit kajian mengenai syarat-syarat berpakaian yang telah digariskan

dalam Islam secara lengkap. Sebagai muslim yang bertaqwa, kita seharusnya menjaga adab

berpakaian dan memenuhi setiap syarat berpakaian yang telah ditetapkan oleh Islam. Selain kita

dapat mentaati perintah Allah, kita juga akan terpelihara daripada gangguan orang yang

berpenyakit hatinya khususnya bagi wanita kerana wanita yang tidak menjaga adab dan syarat

berpakaian akan menggunakan pakaian yang terdedah dan akan membahayakan keselamatan

mereka sendiri.

4. Ulasan / pandangan berkaitan fesyen muslimah terkini

Pelbagai ulasan dan pandangan disampaikan berkaitan dengan fesyen muslimah terkini.

Melalui ulasan dan pandangan ini, kita akan dapat menilai sejauh manakah fesyen muslimah

terkini bertepatan dengan syarak dan mengikuti segala adab dan syarat berpakaian dalam Islam

ataupun jelas percanggahannya dengan kehendak Islam.

Menurut Ustaz Haji Haslin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bollywood, merupakan

seorang penceramah bebas, beliau berpendapat bertudung pada asalnya adalah cara bagi seorang

wanita muslimah untuk menutup aurat. Namun kini, dilihat agak mengecewakan apabila pada

masa yang sama, mereka tidak menutup aurat yang sepatutnya. Tidak dapat dinafikan, sekarang

ini ciri-ciri menutup aurat sudah tidak ada pada fesyen yang dikatakan fesyen muslimah terkini.

Sebaliknya wanita kini bertudung adalah kerana ingin mengikut fesyen semata-mata.

Malah kita boleh nampak ada antara wanita muslimah yang memakai tudung tetapi masih

nampak telinga. Sudahlah begitu, ada pula subang untuk nampak lebih bergaya. Bukan itu

sahaja, tudung pula sudah semakin pendek dan tidak menutup dada. Adakah ini cara memakai

tudung yang betul? Sudah tentu tidak!

Menurut Ustaz Haslin lagi, wanita perlu sedar bahawa tujuan mereka bertudung bukan

kerana mengikut aliran fesyen tetapi untuk memenuhi tuntutan syariat. Sepatutnya setiap

perbuatan atau amalan seseorang itu berdasarkan pada niat masing-masing. Jika seseorang itu

bertudung atas alasan dan niat untuk mengambil hati orang lain dan bukannya kerana Allah

SWT, sudah pasti mereka tidak mendapat keberkatan menjalankan suruhan Allah.

Jadikan pemakaian tudung itu sebagai fesyen pakaian Islam, jangan jadikan ia sebagai

fesyen disebabkan orang lain pakai, kita pun tidak mahu ketinggalan. Jika mengenakan tudung,

pastikan ciri-ciri menutup aurat seperti tidak menampakkan telinga, leher dan menutup paras

dada.

“Apabila industri fesyen berkembang dengan memperkenalkan pelbagai tudung baru

yang menarik, perkara ini sebenarnya tidak boleh dianggap negatif semata-mata. Memang

sekarang ini banyak fesyen tudung krana mereka yang bergiat dalam industri fesyen sudah pasti

tahu mencari untung dengan menjual barang yang menjadi kesukaan ramai. Saya berterima kasih

dengan industri fesyen kerana memperkenalkan tudung sebagai salah satu cara untuk bergaya.”

“Penyampaian dan gaya kreatif industri fesyen dalam menjual tudung itu sebenarnya

amat baik. Tidak kiralah apa cara mereka lakukan, niat sebenar mereka adalah untuk menarik

minat wanita untuk bertudung. Jika ada wanita yang bertudung kerana fesyen itu menarik, maka

tidak salah mereka mula mengambil keputusan untuk bertudung. Mungkin daripada mengikut-

ikut, akhirnya seseorang wanita itu sudah pasti akan berubah sepenuhnya.”

“Jika ini berlaku, secara tidak langsung industri fesyen juga telah melakukan kebaikan

kerana telah menarik minat wanita yang tidak bertudung akhirnya menutup aurat seperti yang

digalakkan dalam Islam,” demikian ulasnya.

Menurut Norliza bt Bohari, merupakan seorang guru Pendidikan Islam, beliau melihat

perkembangan ramai muslimah memakai tudung adalah sesuatu yang baik apatah lagi mereka

terdiri daripada golongan muda. Kalau dahulu sekitar awal tahun 80-an, kita lihat tidak ramai

kaum wanita yang memakai tudung tetapi hari ini majoriti wanita memakai tudung dan ia seperti

menjadi satu kebiasaan kepada kaum wanita. Maka tidak hairanlah perniagaan butik-butik

tudung mendapat sambutan hangat di kalangan kaum muslimah.

Mungkin ada sebilangan kaum wanita yang menjadikan fesyen bertudung sebagai trend,

namun masih ramai juga wanita memakai tudung untuk memenuhi tuntutan syariat Islam yang

mewajibkan golongan muslimah memakai tudung, sekaligus menutup aurat.

Tentang gaya fesyen bertudung pula, terpulanglah kepada individu. Masing-masing

berhak untuk membuat pilihan. Cuma muslimah perlu bijak memilih fesyen tudung yang sesuai

kerana jika sekadar menutup rambut sahaja dan sebahagian lain tidak ditutup, itu bukanlah cara

menutup aurat seperti yang dituntut.

Kesimpulannya, pemakaian tudung secara berfesyen itu tidak salah, tetapi biarlah

bersesuaian dengan syariat Islam yang telah ditetapkan. Fitrah wanita suka kecantikan malah

fitrah untuk semua manusia suka melihat sesuatu yang cantik. Cuma jika ingin kelihatan cantik

dengan fesyen tudung terkini, tetapi biarlah bersederhana dan yang paling penting mengikut

tuntutan syarak.

Wan Norfarida bin Wan Nasri pula berpendapat muslimah perlu bijak memilih fesyen

tudung yang sesuai dengan diri. Kita perlu melihat perkembangan fesyen masa kini sebagai satu

yang sihat selain memberi pilihan kepada kaum muslimah untuk memlilh fesyen yang sesuai

untuk diri mereka. Namun dalam memilih fesyen tudung, mereka perlu lebih berhati-hati dan

bukan sekadar ingin mengikut arus peredaran fesyen.

Bukannya tidak ada fesyen tudung yang mengikut tuntutan syarak tetapi sebagai

muslimah, kita perlulah lebih selektif memilih fesyen tudung yang sesuai dengan diri kita. Selain

fesyen tudung, bajet juga memainkan peranan penting kerana tidak ada gunanya berhabis-

habisan membeli tudung berjenama yang sudah tentu mahal harganya sehingga akhirnya

terpaksa mengikat perut dan tudung tersebut juga tidak mematuhi syarak.

Di samping itu, jika hendak bertudung, biarlah ikhlas dan bukannya dengan tujuan untuk

menunjuk-nunjuk. Walaupun tidak semuanya begitu, tetapi wujud kaum muslimah yang

menjadikan jenama tudung yang dipakai sebagai lambang status diri mereka. Keadaan ini

sebenarnya menimbulkan riak di dalam hati sehingga menyebabkan tujuan untuk menutup aurat

itu lari daripada niat asal untuk menutup aurat.

Walau apa pun juga jenis fesyen tudung yang digayakan, biarlah si pemakai memakainya

dengan hati yang ikhlas dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Tidak salah untuk berfesyen

tetapi betulkan niat dalam hati selain pastikan fesyen tudung yang dipilih memenuhi tuntutan

seperti yang telah diwajibkan agama Islam terhadap golongan muslimah.

Menurut Nur Hazwani Mostapa pula, sememangnya semakin ramai muslimah yang

bertudung, namun pada masa yang sama, tuntutan menutup aurat ini tidak seperti yang

digariskan oleh syarak.

Fenomena ini berlaku apabila wujud konflik dalam diri wanita muslim iaitu antara

keinginan untuk kelihatan cantik dan menawan dan kewajipan untuk mematuhi tuntutan syarak.

Maka wujudlah jalan tengah yang diambil berdasarkan keperluan komersial dan mengelirukan.

Tidak dapat dinafikan, tidak semua fesyen tudung boleh dijadikan ikutan. Sebaliknya

pilihlah fesyen tudung yang bukan sahaja sesuai dengan penampilan diri, tetapi dalam masa yang

sama, memenuhi tuntutan menutup aurat.

Menurut komen Nor Ameera Zaini pula, wanita yang bertudung masa kini beruntung

kerana punya banyak pilihan untuk berfesyen. Apa yang penting, jangan jadikan tuntutan untuk

bertudung itu sebagai trend dan fesyen semata-mata kerana perlu diketahui bahawa bertudung itu

wajib ke atas semua wanita yang beragama Islam. Di samping itu juga, pengeluar tudung perlu

memikul tanggungjawab fardu kifayah untuk menghasilkan tudung yang mengikut tuntutan

syariat.

Menurut Rohaizam Osman pula, fesyen bertudung pada masa kini yang banyak yang

cantik, walau bagaimanapun biarlah tarikan untuk pakai tudung itu selari dengan tuntutan agama,

iaitu menutup aurat dengan sempurna bukan terikut-ikut dengan fesyen semata-mata.

Menutup aurat adalah wajib, Islam tidak menetapkan sesuatu fesyen, tapi mestilah

menurut tuntutan agama yang sebenar, melepasi paras dada, tidak menampakkan leher dan dada.

Tetapi malangnya, fesyen tudung sekarang tidak menitikberatkan hal ini.

Kebanyakan muslimah sekarang memakai tudung tanpa memahami konsep menutup

aurat yang sebenar, maka wujudlah pelbagai fesyen yang sudah songsang dan terpesong dengan

kehendak agama.

Namun tidak dapat dinafikan, dengan perkembangan fesyen tudung, sedikit sebanyak

mampu menarik muslimah untuk bertudung. Hal ini kerana tarikan tudung itu sendiri akhirnya

memberi hidayah untuk muslimah menutup aurat.

Melalui pelbagai pandangan dan ulasan di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa

fesyen bertudung terkini membawa pelbagai impak positif dan negatif dalam masyarakat kita.

Kesimpulan daripada ulasan dan pandangan di atas ialah fesyen muslimah terkini adalah hanya

bertudung sahaja tetapi tidak menutup aurat. Fesyen tersebut tidak mematuhi kehendak syarak

dan hanya untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu.

Selain itu, kita boleh berfesyen tetapi hendaklah mengikuti adab dan syarat berpakaian

yang telah digariskan oleh Islam. Ini perlu kepada kerjasama para pereka fesyen muslimah bagi

mengkaji lebih teliti berkaitan dengan adab dan syarat berpakaian yang patuh syariat supaya

masyarakat kita tidak terus keliru dengan fesyen muslimah seperti yang ditunjukkan.

Seterusnya, para wanita yang menggunakan tudung juga harus membetulkan niat mereka

dalam memakai tudung tersebut. Adakah mereka menggunakan tudung yang berfesyen itu untuk

menunjuk-nunjuk dan bangga diri ataupun atas tuntutan Islam untuk menutup aurat dengan

sempurna? Mereka juga harus memahami konsep bertudung dalam Islam. Bertudung adalah

untuk menutup aurat yang menjadi kewajipan bagi setiap wanita Islam untuk menutup aurat

mereka iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Walau begitu, terdapat juga impak positif dalam penyebaran fesyen muslimah terkini

dalam masyarakat kita. Dengan gaya tudung terbaru yang menarik, ini sedikit sebanyak akan

menarik muslimah untuk bertudung dan menukar anggapan mereka bahawa bertudung itu adalah

kolot dan tidak dapat tampil dengan lebih menarik. Walaupun bertudung, wanita juga masih

boleh untuk berfesyen tanpa melanggar batas-batas syarak yang telah ditetapkan dalam adab dan

syarat berpakaian yang telah termaktub dalam syariat Islam.

5. Kesimpulan (cadangan pemantapan)

Daripada kajian mengenai fesyen muslimah terkini yang telah dijalankan, terdapat

beberapa kesimpulan boleh dihasilkan berkenaan dengan tajuk ini. Kita dapat melihat

perkembangan fesyen muslimah ini dalam dua kesan yang berbeza kepada masyarakat kita.

Melalui kesan-kesan ini, saya dapat simpulkan cadangan untuk memantapkan lagi fesyen

muslimah yang terkini. Yang pertama, kita perlu fokuskan kepada diri kita sendiri. Sebagai

seorang yang beragama Islam, kita seharusnya mengkaji terlebih dahulu mengenai adab dan

syarat berpakaian dalam Islam supaya kita mampu untuk memilih pakaian yang sesuai dengan

kehendak syarak. Selain itu, kita juga harus memperbaiki niat apabila kita berpakaian. Niat kita

untuk berpakaian adalah untuk mengikut perintah Allah iaitu menutup aurat. Apabila kita berniat

untuk menunjuk-nunjuk dan berbangga diri, akan timbul perasaan riak dalam hati kita. Terdapat

ancaman daripada Rasulullah bagi sesiapa yang menggunakan pakaian untuk menyombongkan

diri. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga niat dalam berpakaian dan menjaga adab serta

syarat berpakaian supaya sentiasa mematuhi kehendak syarak.

Para pereka fesyen adalah pemberi impak terbesar dalam memantapkan perekaan fesyen

muslimah yang lebih patuh syariat. Semua karya para pereka fesyen ini adalah daripada idea dan

ilmu serta pengalaman mereka. Oleh itu, sebagai pereka fesyen yang beragama Islam, mereka

hendaklah menuntut ilmu agama terlebih dahulu khususnya dalam bidang pakaian kerana mereka

harus memastikan pakaian atau fesyen yang akan direka oleh mereka nanti adalah pakaian atau

fesyen yang menepati kehendak syarak dan layak untuk dipanggil fesyen muslimah.

Para pereka fesyen terkini agar sukar untuk mengikuti panduan berpakaian dalam Islam

berkemungkinan ada di antara mereka yang berkiblatkan pereka fesyen terkenal daripada barat.

Kita sedia maklum bahawa pengaruh fesyen daripada media dan pereka barat sangat kuat

menguasai dunia. Segala apa yang diperagakan oleh mereka akan menjadi ikutan bukan hanya di

barat, malahan menjadi fenomena di seluruh dunia walaupun kita tahu bahawa fesyen tersebut

tidak mengikuti kehendak syarak dan melanggar adab dan syarat berpakaian dalam Islam. Ini

memerlukan kekuatan jati diri para pereka fesyen yang beragama Islam untuk menaikkan

martabat wanita Islam dengan memperkenalkan fesyen muslimah yang patuh syariat supaya

masyarakat kita tidak terkeliru dengan fesyen muslimah terkini yang banyak terpesong dengan

gaya fesyen yang ditunjukkan sekarang.

Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan fesyen muslimah

terkini terpelihara daripada memanipulasikan wanita Islam. Kita sedia maklum bahawa negara

kita Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam. Sehubungan itu, kerajaan harus

memainkan peranan penting dalam penganjuran acara fesyen muslimah. Antara pertunjukkan

fesyen muslimah terbesar ialah yang pernah dianjurkan oleh Malaysia. Di sini, kerajaan harus

mengenakan peraturan yang ketat berhubung dengan fesyen yang akan diperagakan nanti supaya

ianya masih dalam kod etika pemakaian Islam. Sekiranya pereka fesyen membangkang peraturan

tersebut, mereka akan disenaraihitamkan daripada mengikuti pertunjukan fesyen tersebut. Semua

ini demi menjaga dan memelihara wanita Islam daripada terus dimanipulasi oleh pihak yang

hanya mengaut keuntungan atas nama Islam.

Semua ini bergantung atas kesedaran anggota masyarakat kita sebagai seorang umat

Islam yang bertaqwa. Kita seharusnya sedar bahawa setiap apa yang kita lakukan di dunia ini

akan dipersoalkan di akhirat nanti. Oleh itu, kita perlulah berhati-hati dalam memilih fesyen

terkini untuk digunakan supaya ianya tidak bercanggah atau berlawanan dengan syariat Islam

dalam adab dan syarat berpakaian.

6. Rujukan

- http://aminhusain85.blogspot.com/2013/03/2-adab-berpakaian-menurut-islam.html

- http://aidilomar.blogspot.com/2012/11/etika-berpakaian-menurut-pandangan-islam.html

- http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/207/-Adab-berpakaian-menurut-Islam

- http://imutokt.blogspot.com/2013/03/hukum-pakaian-dan-perhiasan-menurut.html

- http://fiqh-am.blogspot.com/2009/07/hukum-hakam-tentang-pakaian.html

- http://drmaza.com/home/?p=2439

- http://izzrawda.wordpress.com/category/fesyen-muslimah/

- http://alhafiz.net/soaljawabagama/apakah-pendapat-ulamabeserta-dalil-tentang-hukum-

berfesyen-dalam-mengenakan-tudung/

- http://halaqah.net/v10/index.php?topic=17775.0