hbis4403 v2

29
HBIS4403 V2 PENGAJIAN HADIS SEMESTER SEPTEMBER 2014 1. Pendahuluan Makan dan minum adalah aktiviti seharian setiap makhluk hidup, khususnya manusia. Tidak ada satupun manusia yang tidak makan dan minum melainkan mereka pasti memerlukannya. Jadi makan dan minum adalah merupakan bahagian terpenting dalam hidup mereka. Di dalam Islam, makan dan minum adalah termasuk dari perbuatan manusia yang banyak disebutkan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w. Islam telah menerangkan pelbagai hal tentang perbuatan tersebut, dari cara mencarinya, jenis makanan atau minuman yang dihalalkan dan yang diharamkan untuk dimakan atau diminum, memilih makanan atau minuman yang baik untuk diri mereka, cara makan dan minum yang disyariatkan dan sebagainya. Para ulama telah banyak menerangkan tentang permasalahan ini dan memasukkan dalam pembahasan adab, iaitu adab makan dan minum. Dan termasuk dari perkara yang sangat penting adalah makan dan minum daripada sesuatu yang dihalakan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w. Hal ini sebagaimana telah diperintahkan di dalam dalil-dalil yang berikut ini,

Upload: issmart-fozee

Post on 25-Dec-2015

68 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh assignmet oum

TRANSCRIPT

HBIS4403 V2

PENGAJIAN HADIS

SEMESTER SEPTEMBER 2014

1. Pendahuluan

Makan dan minum adalah aktiviti seharian setiap makhluk hidup, khususnya manusia.

Tidak ada satupun manusia yang tidak makan dan minum melainkan mereka pasti

memerlukannya. Jadi makan dan minum adalah merupakan bahagian terpenting dalam hidup

mereka.

Di dalam Islam, makan dan minum adalah termasuk dari perbuatan manusia yang banyak

disebutkan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w. Islam telah menerangkan pelbagai hal

tentang perbuatan tersebut, dari cara mencarinya, jenis makanan atau minuman yang dihalalkan

dan yang diharamkan untuk dimakan atau diminum, memilih makanan atau minuman yang baik

untuk diri mereka, cara makan dan minum yang disyariatkan dan sebagainya.

Para ulama telah banyak menerangkan tentang permasalahan ini dan memasukkan dalam

pembahasan adab, iaitu adab makan dan minum.

Dan termasuk dari perkara yang sangat penting adalah makan dan minum daripada sesuatu

yang dihalakan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w. Hal ini sebagaimana telah diperintahkan

di dalam dalil-dalil yang berikut ini,

“Wahai manusia, makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa-apa yang

terdapat di bumi, dan janganlah kalian mengikuti jejak langkah syaitan, karena sesungguhnya

syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian.” (Al-Baqarah : 168).

“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada rezeki yang baik daripada apa

yang Kami berikan kepada kalian dan bersyukurlah kepada Allah, jika kalian benar-benar

mengabdikan diri kepada-Nya.” (Al-Baqarah : 172).

Islam telah mengajarkan umatnya untuk mencari makanan dan minuman yang halal lagi

baik yang diperoleh dengan cara yang halal. Di samping itu, Islam telah mengajarkan mereka

akan adab-adab makan dan minum yang terbaik. Namun sayangnya masih banyak kaum

muslimin yang memakan makanan dan minum minuman yang diharamkan oleh Allah S.W.T.

Dan juga banyak di antara mereka yang tidak mengetahui adab dan tata cara makan dan minum

yang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Makanan membawa pengaruh yang amat besar kepada rutin harian manusia sama ada dari

segi jasmani mahupun rohani. Pada zaman kini kita sering dilalaikan dengan memilih makanan

yang hanya berfokuskan kepada pertumbuhan jasmani semata-mata. Hakikatnya kita lupa untuk

mencari makanan yang memberikan kesan yang seimbang dalam pembentukan jasmani dan

rohani iaitu pembentukan akal yang cemerlang dan peribadi yang gemilang.

Makanan merupakan keperluan asas kepada manusia. Walaupun begitu, ia juga boleh

mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia. Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang

menyebut tentang penyakit yang berpunca dari perut, kini dibuktikan dengan penemuan sains.

Islam sejak dahulu telah mengajar manusia ke arah kebaikan melalui perantaraan Hadis dan Al-

quran. Seperti yang disebut dalam firman Allah s.w.t bahawa kerosakan adalah di sebabkan

tangan manusia itu sendiri. Islam mengajar manusia mengenai kebersihan dan tidak berlebihan

dalam pemakanan kerana ia mengundang pelbagai penyakit. Pengetahuan sains berlandaskan Al-

Quran dan sunnah mampu menarik keluar manusia dari lembah kerosakan.

Apabila kita melihat kepada keadaan masyarakat di Malaysia pada masa kini, pelbagai

wabak dan penyakit telah melanda kita. Antara punca terjadinya wabak dan penyakit ini ialah

daripada individu itu sendiri iaitu daripada tabiat pemakanan kita yang tidak dijaga dengan baik.

Kebanyakan daripada kita tidak menjaga makanan iaitu makan dengan mengikut hawa nafsu

sehingga terlampau kenyang. Pelbagai penyakit mudah untuk menghinggapi sekiranya kita

makan terlalu banyak. Oleh itu, Rasulullah menegur umatnya yang makan dengan terlalu

kenyang. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut; sedangkan orang kafir itu makan

dengan menggunakan tujuh buah perut.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa Rasulullah s.a.w melarang umatnya untuk

makan secara berlebihan kerana itu adalah tabiat daripada orang kafir. Selain itu, terdapat hadis

daripada baginda juga yang menyebut bahawa perut merupakan tempat yang terburuk untuk diisi

dan larangan makan secara berlebihan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Tidak ada bekas yang diisikan oleh anak Adam yang lebih keji daripada perut. Cukuplah

bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya. Dan

sekiranya ia terpaksa melakukannya juga maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga

untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya.”

Secara tegas Rasulullah s.a.w menyatakan di dalam hadis di atas bahawa bekas yang paling

buruk untuk diisi ialah perut. Oleh itu, sebagai seorang muslim yang sejati, kita seharusnya cuba

untuk mengikuti perintah Rasulullah yang terkandung di dalam hadis ini. Pelbagai keburukan

akan terjadi sekiranya kita makan dengan kuantiti yang begitu banyak. Antaranya ialah

menyebabkan kita berasa malas dan mengantuk. Ini akan menyebabkan seseorang muslim itu

menjadi seorang yang kurang produktif dan menjatuhkan maruah seorang muslim. Selain itu,

kita akan mudah dijangkiti penyakit contohnya obesiti. Penyakit ini akan membawa pelbagai lagi

penyakit berbahaya yang lain iaitu penyakit jantung dan kencing manis.

Justeru itu, di dalam tugasan kali ini, kita akan membincangkan mengenai pemakanan yang

diamalkan di Malaysia dan bagaimana cara pemakanan yang betul mengikut sunnah Rasulullah

s.a.w. Pelbagai kaitan antara pemakanan dan Islam akan dikaitkan dalam tugasan ini yang akan

menunjukkan bagaimana sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah itu merupakan ajaran yang

terbaik dalam semua aspek terutamanya pemakanan kita. Ternyata semua yang diajarkan dan

dilakukan oleh Rasulullah s.a.w merupakan semata-mata wahyu daripada Allah S.W.T yang

Maha Mengetahui segala, sebagaimana firman Allah Taala dalam Al-Quran, surah An-Najm ayat

3 dan 4 yang bermaksud :

“Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut

kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau

hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.”

2. Hubungan makanan dengan kesihatan menurut Islam

Makanan diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk membolehkan ianya berfungsi

dengan baik. Manusia hanya akan dapat bertahan untuk hidup dalam tempoh seminggu jika tiada

sumber makanan. Ini adalah disebabkan makanan memberi manusia tenaga bukan sahaja untuk

bekerja tetapi juga untuk membesar, membiak, dan melaksanakan segala proses kelangsungan

hayat. 

Pelbagai anggota badan terlibat di dalam pemprosesan makanan. Antara anggota badan

yang terlibat dalam pemprosesan makanan yang dimakan oleh seseorang individu itu ialah

seperti mulut, farinks, esophagus, gaster, usus kecil dan juga usus besar. Manakala organ

aksesori sistem pencernaan pula ialah gigi, kelenjar, air liur, pundi hempedu, dan pankreas.

Setiap organ ini mempunyai tugasnya yang tersendiri dalam memastikan setiap makanan yang

masuk ke dalam perut kita diproses dengan sebaiknya dan tidak membawa bahaya kepada perut

kita.

Oleh itu, makanan yang baik dan seimbang amatlah diperlukan untuk kelangsungan hayat

dan kesihatan tubuh badan. Namun begitu, makanan yang seimbang sahaja belum mencukupi

untuk mereka yang sangat mementingkan kesihatan, mereka juga perlu menjaga kuantiti

makanan yang diambil pada sesuatu masa itu. Seseorang yang makan terlalu banyak atau

mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak boleh menimbulkan pelbagai penyakit yang

memudaratkan tubuh badan, terutama pada bahagian perut. Sesungguhnya hal ini merupakan

faktor kemalasan, kuat tidur dan mengabaikan ibadah bagi sesetengah individu tersebut.

Firman Allah s.w.t.dalam Al-Quran pada Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :

“Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka

orang yang berlebih-lebihan.”

Kita mengetahui bahawa pengambilan makanan yang tidak terkawal dan berlebihan ini

akan membawa kepada pelbagai penyakit yang lebih serius. Ini berkaitan dengan hadis daripada

Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala

pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami).

Hadis ini sangat berkait rapat dengan hubungan makanan dengan kesihatan menurut Islam

yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis ini, Rasulullah menegaskan bahawa

perut manusia itu merupakan tempat segala penyakit. Oleh itu, baginda telah menasihati umatnya

supaya sentiasa menjaga pemakanan dan mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana.

Apabila kita tidak mengikuti sunnah baginda ini, kita akan terdedah kepada pelbagai jenis

penyakit termasuk penyakit malas.

Penyakit yang biasa terjadi kepada orang yang tidak mengawal dan berlebihan dalam

pemakanan ialah penyakit diabetes atau kencing manis. Penyakit ini terjadi apabila makanan

yang diambil kita mengambil jumlah karbohidrat berlebihan daripada makanan yang berlebihan,

sedangkan kalori diambil daripada karbohidrat tidak diguna disebabkan kurang bersenam atau

melakukan aktiviti fizikal. Pengambilan makanan hendaklah sama dengan tenaga yang

diperlukan. Seseorang yang perlu melaksanakan aktiviti berat perlu kepada makanan yang

mengandungi karbohidrat yang tinggi. Penyakit ini sangat berbahaya dan kita dapati ianya sering

berlaku dalam golongan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, saranan Rasulullah dalam sunnah

baginda seharusnya menjadi panduan bagi kita dalam mengambil dan mengawal pemakanan kita

seharian kerana ajaran Islam yang dibawa baginda sangat menjaga kesihatan umatnya serta

mempunyai kaitan rapat dengan kesihatan dan pemakanan.

Terdapat sesetengah individu gemar makan dengan menggunakan sudu dan garpu atas

alasannya yang tidak mahu mengotorkan tangan. Bayangkan anda makan nasi bercecah sambal

belacan pasti ‘harum’ mewangi baunya. Namun ramai mengatakan apabila menjamah hidangan

menggunakan tangan kenikmatannya sangat terasa. Rasulullah s.a.w menganjurkan kita untuk

makan menggunakan tangan sebagaimana hadis baginda yang bermaksud :

Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila

hendak minum, minumlah dengan tangan kanan,  kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan

minum dengan tangan kiri.” (Sahih Muslim).

Sudah menjadi adat kebiasaan masyarakat Timur untuk mendahulukan apa jua perbuatan

dengan tangan kanan, baik bersalaman, makan, menunjuk dan sebagainya. Apabila kita

mendengar hadis di atas, ia bukanlah menjadi sesuatu yang janggal. Tetapi rata-rata masyarakat

pada zaman berteknologi tinggi kini mula makan dengan tangan kiri, jelas kelihatan pada majlis

rasmi sehinggalah ke tempat ternama seperti di hotel besar.

Akan tetapi Rasulullah s.a.w berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan sesiapa

yang makan menggunakan tangan kiri, mereka adalah pengikut kepada amalan syaitan. Melihat

ketamadunan Barat yang menyuap makanan dengan tangan kiri malah itu juga diikuti golongan

elit bangsa kita dalam majlis high level. Tidak terfikirkah kita kenapa dalam Islam tidak

digalakkan untuk makan menggunakan tangan kiri?

Yang pastinya setiap cegahan terselit hikmah dan kebaikan untuk semua. Otak manusia

terbahagi kepada dua hemisfera kiri dan kanan. Bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian

kanan otak dan sebaliknya. Kajian sains menjelaskan mengenai aktiviti otak menunjukkan,

secara amnya lebih banyak aktiviti di bahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada

dalam keadaan yang positif contohnya mesra, riang dan gembira.

Sifat-sifat negatif seperti menyendiri lebih aktif dalam otak sebelah kanan. Mengapa

apabila kita dilanda masalah, meluahkan perasaan ataupun bercakap sama ada kepada diri sendiri

atau pun kepada manusia lain serba sedikit dapat mengurangkan tekanan di dalam diri kita?

Besar kemungkinan ianya disebabkan penggunaan otak kiri yang terlibat lebih aktif dalam

bahasa pertuturan, aktiviti berkomunikasi dengan tidak secara langsung membuat bahagian kiri

otak aktif lantas menimbulkan perasaan positif dan mengurangkan tekanan perasaan.

Jadi jika kita dikaitkan dengan aktiviti makan menggunakan tangan kanan yang mana akan

mengaktifkan bahagian kiri otak, bukankah ia akan menimbulkan wujudnya perasaan positif?

Lebih positif semasa kita menjamu selera, lebih mudah makanan dihadamkan serta makin

sihatlah tubuh badan ibarat kata badan sihat otak cerdas!.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging

yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak,

maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati.” (Hadis riwayat Bukhari). 

Jelas kepada kita dari sudut pandangan sains, makanan yang baik penting untuk menjaga

kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi antara lainnya ialah mempunyai dua kali ganda

bekalan darah, mengkumuhkan bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel

darah merah, menukar glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi

fungsi khusus lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia. 

Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk

keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah

terbilang. 

Dalam tafsir Al-Azhar, Prof Hamka mengingatkan supaya manusia tetap mencari makanan

dan mengatur makanan serta minumannya daripada sumber halal, bukannya daripada penipuan

yang sering berlaku sama ada rasuah, curi atau dipaksa.

Meskipun makanan itu baik, unsur halal perlu dititikberatkan supaya kita dapat menjaga

hati daripada dicemari makanan haram yang akan memberi kesan kepada keperibadian kita

keseluruhannya.

Batas yang baik itu sudah tentu dapat dipertimbangkan akal fikiran manusia kerana

makanan itu bukan saja halal, tetapi juga baik seperti fahaman halalan tayyiban yang dianjurkan

dalam agama.  

Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang

sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya

apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan.

 Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau,

nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa

Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu

suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh

hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan

riba, maka api lebih baik baginya.”  

Hadis ini sudah tentu menggerunkan hati kita menjauhi makanan haram dan makanan

daripada sumber haram. Seandainya ingin doa dimakbul Allah, maka kita perlu menjaga

makanan yang disuap ke mulut kita. 

Perut dipenuhi makanan yang haram akan mempengaruhi jiwa. Seharusnya pengajaran

hadis Rasulullah dijadikan iktibar untuk kita memperhalusi jika selama ini doa kita tidak

dimakbulkan oleh Allah. 

3. Tabiat pemakanan kaum melayu di Malaysia

Antara makanan yang sinonim dengan kaum Melayu contohnya ialah nasi lemak, ayam

masak lemak, kari kepala ikan dan daging masak merah. Ini hanya sedikit contoh daripada

pelbagai makanan yang menjadi menu wajib bagi kaum Melayu. Sebenarnya tabiat pemakanan

sebegini akan mengundang pelbagai masalah kesihatan. Para pengkaji pemakanan mengatakan

bahawa kini lemak merupakan kira-kira 40% dari jumlah makanan kita, sepatutnya 30% sahaja

sebagaimana yang disyorkan oleh Yayasan Jantung Kebangsaan.

Lemak yang berlebihan dalam darah akan melekat kepada dinding pembuluh darah,

menyempitkan ruangnya, dengan itu menghalang perjalanan darah dan mengurangkan bekalan

oksigen. Serangan-serangan lemah jantung ataupun kerosakan sendi adalah disebabkan oleh

serpihan lemak yang membeku dalam pembuluh darah. Lebihan lemak ini juga boleh

mengakibatkan masalah 'arteriosclerosis' dan barah usus besar. Tabiat pemakan sebegini amat

berbahaya untuk diamalkan. Kita perlu mengurangkan makanan yang berminyak dan berlemak

kerana kesannya sangat berbahaya kepada kesihatan.

Selain itu, antara tabiat pemakanan orang Melayu juga ialah makan menggunakan tangan

kanan. Seperti mana yang kita ketahui, ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w yang sangat

dituntut. Sewaktu kecil lagi, kita telah diajar untuk makan menggunakan tangan kanan.

Masyarakat Melayu dahulu sangat menitikberatkan adab-adab makan dan sangat teliti

memilih makanan. Selain itu, pelbagai makanan yang segar dapat diperolehi dengan mudah dan

murah. Bagaimanapun, pada masa kini budaya makan menggunakan tangan ini semakin terhakis

dalam kalangan masyarakat Melayu. Kita mudah terpengaruh dengan budaya yang dibawa oleh

masyarakat Barat iaitu makan dengan sudu dan menggunakan kedua-dua belah tangan untuk

makan. Budaya makan menggunakan tangan ini dianggap kolot dan tidak sesuai dengan zaman

sekarang. Oleh itu, kita harus mempertahankan dan mengamalkan budaya yang menepati sunnah

Rasulullah s.a.w ini.

Sering kita perhatikan bahawa di mana sahaja tempat yang menghidangkan makanan

semestinya akan menghidangkan buah-buahan setelah menghidangkan makanan berat seperti

nasi dan lauk-pauk. Tabiat ini juga kita dapat perhatikan juga dilakukan dalam masyarakat

Melayu. Setelah mengambil makanan berat seperti nasi, ikan dan ayam, menjadi kebiasaan kita

untuk memakan buah-buahan yang mana telah diberikan istilah iaitu ‘pencuci mulut’. Tidak

dapat dikenalpasti dari manakah kita mengambil tabiat ini tetapi yang pastinya ianya adalah

tabiat yang buruk dalam pemakanan. Hal ini demikian kerana buah-buahan yang kita makan

adalah mudah untuk dihadamkan dan memerlukan masa yang pendek untuk perut dan usus-usus

memprosesnya, manakala makanan berat pula memerlukan masa yang agak lama untuk diproses.

Apabila kita mengambil buah-buahan setelah makan makanan berat, khasiat daripadaa

buah-buahan yang kita makan tidak akan diperolehi kerana perut dan usus harus memproses

makanan terlebih dahulu dan khasiat daripada buah-buahan tersebut akan hilang. Oleh itu, kita

seharusnya menukar tabiat pemakanan ini supaya kita dapat memperolehi khasiat yang

maksimum daripada makanan yang telah kita ambil.

4. Tabiat pemakanan rasulullah

Antara tabiat pemakanan Rasulullah s.a.w ialah makan secara bersederhana. Seperti mana

yang kita ketahui, amalan makan berlebihan mendatangkan banyak keburukan dan sebab itu ia

ditegah dalam Islam yang sangat menganjurkan amalan bersederhana dan mengelak melakukan

perbuatan berlebihan yang banyak mendatangkan keburukan. Firman Allah SWT:

“Makanlah dan minumlah serta janganlah berlebih-lebihan.” (Surah al-Araf, ayat 31)

Dalam soal pemakanan, pelbagai sunnah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah yang

seharusnya menjadi ikutan bagi seluruh umat Islam. Antara tabiat pemakanan dan sunnah

Rasulullah s.a.w ialah makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Sabda Rasulullah

s.a.w. yang bermaksud: 

“Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami

makan tidak sampai terlalu kenyang.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Jelas diterangkan di dalam hadis ini bahawa tabiat pemakanan baginda adalah hanya akan

makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Oleh itu, harus kita ikuti sunnah baginda

yang mulia ini supaya kita mengawal pengambilan makanan kita dan jangan makan mengikut

hawa nafsu.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Hak anak ke atas bapa ialah bapa hendaklah memberi nama yang baik, mengasuhnya

dengan budi pekerti yang baik, mengajarnya menulis, berenang dan memanah. Janganlah

berikan kepadanya rezeki selain yang baik (halal) dan hendaklah mengahwinkannya apabila

telah layak berkahwin.” (Hadis Riwayat Hakim)

Melalui hadis ini dapat difahami bahawa Rasulullah s.a.w menganjurkan kita untuk

memilih rezeki yang baik. Rezeki yang baik itu sangat berkait rapat dengan kesihatan hati kita.

Hal ini demikian kerana hati kita akan menjadi hitam sekiranya kita mengambil makanan yang

haram ataupun daripada sumber yang haram.

Selain itu, adab yang biasa kita lakukan dalam kehidupan seharian juga sebenarnya adalah

sunnah Rasulullah s.a.w. Contohnya ialah membaca Bismillah, ambil dengan tangan kanan dan

makan makanan yang terdekat. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Bacalah Bismillah (jika kamu hendak makan), dan makanlah dengan tangan kananmu,

dan ambillah makanan yang terdekat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah S.W.T., maksudnya:

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali

kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan

jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang

melampaui batas.”

Maksud berlebih-lebihan dalam surah ini ialah janganlah melampaui batas dalam

mengambil makanan. Makanan perlu diambil berdasarkan keperluan tubuh badan dan kita perlu

dipastikan agar ianya halal.

Dari Ju’dah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. suatu ketika melihat seorang lelaki dengan

perut membuncit, kemudian baginda menunjuk (ke arah perut) dengan jarinya sambil bersabda:

“Seandainya ini (isi perut) berada tidak di tempat ini, maka tentunya akan lebih baik bagimu.”

Menurut Syaikh Sa’ad Yusuf Abdul Azis, pesanan yang tersirat di dalam hadis di atas ialah

agar kita hidup secara bersederhana terhadap makanan serta memberikan apa yang melebihi dari

keperluan kita untuk diberikan kepada fakir dan miskin atau kepada kegiatan sosial dimana

manfaat tersebut akan kembali semula kepada orang yang memberi bantuan tersebut baik di

dunia mahupun di akhirat.

Kenyang mengandungi banyak kemudaratan berbanding manfaat. Menurut Imam Ghazali

di dalam Ihya Ulumuddin, kekenyangan menyebabkan hawa nafsu bergelora dan akhirnya tubuh

badan diserang penyakit. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. tidak pernah kenyang melainkan

sekali-sekala sahaja dalam hidup mereka. Contohnya menurut Tirmizi, Imam Ahmad, Baihaqi

dan al-Hakim bahawa Abu Hurairah r.a. meminum susu di sisi Rasulullah s.a.w. sehingga beliau

akhirnya berkata, “Demi Dia yang mengutus kamu dengan hak, aku sudah tidak ada ruang lagi

bagi meminumnya.”

Selain itu, baginda juga melazimkan diri untuk banyak berpuasa. Puasa terbukti mampu

menghindarkan kita dari sebarang penyakit yang berbahaya kepada badan, berpunca dari

makanan dan minuman, seperti diabetes, sakit jantung, darah tinggi, obesiti dan lain-lain.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Berpuasalah kamu nescaya kamu menjadi sihat.” 

Jelas sekali puasa itu dapat menjadi ubat yang paling mujarab bagi penyakit fizikal yang di

alami sesetengah individu. Sebagaiman para doktor menasihatkan kepada mereka yang

mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya itu supaya berpuasa walaupun

tidak membuang semua penyakit yang dihidapi itu.

Sebenarnya kelebihan dan kebaikan berpuasa itu sudah diakui oleh para saintis, doktor-

doktor dan ahli bijaksana sejak dulu lagi. Puasa turut membersihkan rohani dan jasmani individu

yang melakukan amalan tersebut. Kerana dengan berpuasalah terbitnya kesedaran, keinsafan,

keadilan, dan sikap timbang rasa kepada sesama saudaranya. Kerana berpuasa jugalah dapat

mengelakkan seseorang dari banyak tidur dan sikap malas, serta dikhuatirkan kematian hati,

sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Jangan kamu makan banyak, nanti minum pun akan banyak, maka hati kamu akan

menjadi keras.

Disamping itu puasa dapat mengingatkan kita bahawa kita adalah hamba Allah yang hina,

kerana di saat berpuasa betapa berhajatnya kita kepada makanan dan minuman itu, serta dapat

menjaga kita dari terjatuh ke lembah jurang dosa dan maksiat.

Minuman kegemaran Rasulullah ialah susu. Susu kaya dengan protein, kalsium, vitamin A

dan B. Zat protein berkualiti tinggi penting untuk membina tisu badan serta sangat penting untuk

pembentukan antibodi melawan penyakit. Zat Kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh

badan dan kita semua tahu kalsium memang penting untuk pembinaan gigi dan tulang.

Kekurangan kalsium mengundang osteoporosis. Zat-zat lain yang terdapat dalam susu ialah

fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2 dan Vitamin D.

Selain itu, amalan Rasulullah s.a.w juga mengambil atau memakan buah-buahan dahulu

sebelum makanan yang berat. Makan buah sebelum makan iaitu 1/2 jam sebelum makan nasi.

Seperti kebiasaan kita akan makanan buah-buahan setelah kita makan makanan berat seperti

nasi. Sebenarnya mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah bertentangan sekali dengan adat

bebiasaan kita. Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi

serat atau fiber yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik

perut kita telah penuh dengan serat. Oleh itu, kita tidak akan makan nasi dalam kuantiti yang

banyak. Serat ini mudah untuk dihadam oleh perut manakala makanan seperti nasi memerlukan

masa yang lama untuk dihadam. Ini akan mendatangkan bahaya kerana serat tersebut perlu

dihadam dahulu untuk mengelakkannya daripada rosak. Oleh itu, sunnah Rasulullah s.a.w yang

mengambil buah-buahan sebelum makan adalah sangat bertepatan dari sudut kesihatan.

Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:

“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati.”

Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan

phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu

meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing

manis dan kegemukan melampau serta juga mampu mencegah kanser. Ini terbukti bahawa

pemakanan habbatus sawda yang menjadi sunnah baginda ini juga terdapat bukti

keberkesanannya dari sudut kesihatan.

Gandum sempurna mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia

mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit

jantung dan merendahkan kadar kolesterol. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana

setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan

tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan

kesihatan manusia. Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,

“Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-

turut dan (pada hari mereka tidak memperoleh roti) mereka memakan tamar.”

Kurma atau tamar memang tidak asing bagi masyarakat Melayu. Tetapi ianya hanya

terkenal ketika menjelang bulan Ramadhan. Pelbagai promosi serta jualan dan iklan tentang

kurma akan kelihatan. Tetapi setelah berlalunya Ramadhan, kita juga tidak mahu untuk

mengambil kurma dalam pemakanan seharian seiring dengan perginya Ramadhan.

Sememangnya sinonim dalam kehidupan Rasulullah s.a.w, ia dianggap sebagai makanan yang

sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.

Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang

terkandung di dalam buah kurma menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan

menjadi hidangan penting bagi baginda dan keluarga. Selain itu, ia juga mempunyai unsur- unsur

seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi

hidangan tersebut. Ada sejarah di mana, seorang wanita Yahudi telah meletakkan racun dalam

makanan Rasulullah s.a.w dan ternyata bisa racun itu dapat di neutralkan oleh khasiat yang

terdapat di dalam kurma yang dimakan oleh baginda. Sebab itulah Rasulullah s.a.w

mengibaratkan orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai orang miskin. Bukhari

dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,

“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk

dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada

kami sedikit daging.”

Baginda Rasulullah s.a.w mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu

setiap pagi. Ia menghindar daripada segala penyakit. Madu kaya dengan gula yang sihat, sedikit

air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan badan. Dari segi sudut kesihatan, madu

dikatakan berfungsi untuk membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit

dan keradangan. Firman Allah di dalam surah Al-Quran :

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di

dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu

benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan.” (An-Nahl : 68-69)

Pengambilan air kosong juga merupakan tabiat baginda. Oleh itu, terdapat adab-adab

ketika meminum air. Kita perlu meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan

tangan kanan  dan dilarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana

udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang

berbahaya kepada kesihatan.

Masa untuk kita minum adalah sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika

sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam

sesudah makan. Hal ini akan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit

kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat

mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian

wajah dan awek muda.

5. Cadangan menu makanan harian tempatan yang menepati sunnah

Sunnah Rasulullah s.a.w adalah contoh ikutan yang terbaik. Sebagai umat baginda,

seharusnya kita cuba untuk mengamalkan sunnah yang ditunjukkan baginda dalam seluruh

kehidupan kita, insyaAllah. Antara cadangan menu makanan harian tempatan yang menepati

sunnah ialah :

- Sarapan Pagi

o Makan kurma tujuh biji

o Makan kismis sebanyak tujuh biji

o Minum madu yang dicampurkan dengan air dingin

Madu yang diminum ini bertujuan untuk mencairkan lender dan

membersihkan sistem pencernaan.

Kurma juga terbukti baik untuk kesihatan kerana ianya mengandungi

gula yang sihat untuk dimakan dan merupakan serat yang baik untuk

sistem penghadaman.

Kismis merupakan makanan yang mampu untuk memperbaiki

kemampuan ingatan seseorang.

- Makanan tengahari

o Makan buah-buahan terlebih dahulu

o Nasi yang merupakan makanan ruji masyarakat Melayu

o Ayam atau daging iaitu makanan darat yang dimasak menggunakan

menggunakan minyak zaitun atau masakan stim

o Atau makanan laut seperti ikan, udang dan ketam

o Sayur-sayuran segar yang dimasak tidak terlalu lama

o Ulam-ulaman sekiranya ada

Buah-buahan seharusnya dimakan sebelum kita makan makanan berat

iaitu setengah jam sebelum makan kerana buah-buahan merupakan

makanan yang mudah untuk dihadam.

Kuantiti nasi yang diambil juga tidak terlalu banyak kerana baginda

melarang kita untuk makan dengan terlalu kenyang.

Perlu kita ketahui bahawa makanan darat dan laut adalah tidak

digalakkan untuk dimakan bersama di dalam satu menu makanan. Ini

berdasarkan larangan Rasulullah s.a.w yang menegah kita untuk makan

makanan darat dan laut dalam menu yang sama. Sebenarnya terdapat

hikmah dalam larangan baginda ini. Terbukti dalam kajian yang

dilakukan oleh pakar-pakar kesihatan yang menunjukkan bahawa

makanan darat mengandungi ion positif (ion+) manakala makanan laut

seperti ikan mengandungi ion negatif (ion-). Oleh itu, sekiranya kita

mengambil makanan darat dan laut bersama-sama dalam satu menu,

reaksi tindakbalas biokimia yang berlaku dapat merosakkan usus kita.

Kita disyorkan untuk menggunakan minyak zaitun kerana pelbagai

khasiat menggunakan minyak ini untuk memasak makanan kerana ianya

dapat menghalang penghasilan plak pada dinding arteri dan

mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Sayur-sayuran tidak perlu dimasak terlalu lama. Ini kerana sayur yang

dimasak terlalu lama boleh menyebabkan khasiat di dalam sayur

tersebut hilang.

Ulaman sememangnya sangat terkenal dalam kalangan masyarakat

Melayu. Selain itu, orang-orang dahulu menjadikan ulaman ini sebagai

makanan utama mereka dan kita dapati umur mereka lebih panjang serta

kesihatan mereka juga lebih terjaga.

- Makanan malam

o Makan buah-buahan terlebih dahulu

o Nasi dalam kuantiti yang sedikit ataupun roti daripada gandum

o Makanan darat atau laut dalam kuantiti sedikit

o Sayuran hijau dalam kuantiti yang sedikit

Waktu makan malam yang paling sesuai adalah daripada jam 6 petang

hingga 8 malam.

Makan malam ini seharusnya dalam kuantiti yang sedikit. Hal ini kerana

tiada aktiviti berat yang akan kita lakukan pada malam hari. Sekiranya

kita makan dalam kuantiti yang banyak, kesemua tenaga yang

berlebihan daripada makanan yang diambil ini akan ditukarkan oleh

badan menjadi lemak untuk disimpan oleh badan. Lemak yang

berlebihan ini sangat merbahaya kepada kesihatan kerana ianya antara

penyebab kepada terjadinya penyakit berbahaya seperti tekanan darah

tinggi dan sakit jantung.

6. Kesimpulan / penutup

Kita sebagai makhluk hidup memerlukan makanan dan minuman untuk meneruskan

kelangsungan hidup dan membantu organ-organ untuk berfungsi dengan baik. Kesihatan akan

terjejas sekiranya kita kekurangan makanan yang berkhasiat. Walaupun begitu, sekiranya

makanan ini diambil dalam kuantiti yang berlebihan, kita juga akan mudah dijangkiti oleh

penyakit. Oleh itu, sebaik-baik perkara adalah yang sederhana. Hadis Rasulullah s.a.w yang

bermaksud :

“Sebaik-baik perkara adalah yang palin sederhana” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Juga terdapat dalam Al-Quran bahawa Allah S.W.T tidak suka kepada orang yang

berlebih-lebihan. Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah (setiap) memasuki masjid, makan dan

minumlah, dan jangan berlebihan, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebih-

lebihan.”

Jelas melalui dalil-dalil di atas bahawa sifat sederhana adalah sangat dituntut dalam Islam

lebih-lebih lagi dalam bab pemakanan. Terdapat hadis baginda s.a.w yang menjelaskan mengenai

cara yang terbaik untuk memenuhi perut iaitu, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang

sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah sepertiga

untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya.” (Hadis

Riwayat At-Tirmizi)

Ini menjadi panduan bagi kita untuk mengambil makanan kerana kita tidak perlu untuk

makan terlalu banyak sehingga kekenyangan dan seterusnya kita menjadi malas untuk beribadah.

Perut kita bukan hanya untuk diisi oleh makanan dan minuman semata-mata. Ia perlukan ruang

untuk udara. Selain itu, kita juga perlu memastikan yang kita makan adalah daripada sumber

yang bukan sahaja halal tetapi juga perlu baik iaitu “halalan thoiyyiban”.

Terdapat banyak hubungkait antara makanan dengan kesihatan menurut kacamata Islam.

Antaranya ialah Islam melalui sunnah Rasulullah s.a.w melarang kita untuk makan terlalu

banyak kerana perut adalah tempat bermulanya punca segala penyakit. Sabda baginda s.a.w yang

bermaksud :

“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala

pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami).

Melalui hadis ini, kita dapat fahami bahawa baginda menjelaskan kepada kita bahawa perut

manusia merupakan punca segala penyakit. Oleh itu, kita seharusnya mengikut sunnah baginda

iaitu makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang serta makan hanya untuk memberikan

tenaga iaitu sekadar menegakkan tulang belakang. Sekiranya sunnah baginda ini tidak mampu

kita ikuti, kita akan mudah dijangkiti penyakit berbahaya seperti kencing manis, obesity dan

sakit jantung. Oleh itu, sunnah yang baginda tunjukkan ini adalah merupakan pencegahan awal

bagi kita untuk mengelakkan penyakit berbahaya tersebut.

Tabiat pemakanan Rasulullah s.a.w juga harus kita contohi. Baginda mengamalkan

makanan yang semestinya memberikan khasiat yang banyak dan terbaik contohnya seperti

kurma, kismis, madu, dan sebagainya. Makanan ini diakui akan khasiatnya oleh pakar-pakar

kesihatan. Selain itu, adab-adab dan tata cara makan Rasulullah s.a.w juga wajar kita contohi

kerana terkandung pelbagai hikmah di dalamnya. Antaranya Rasulullah makan menggunakan

tangan kanan. Dibukti oleh pakar-pakar kesihatan bahawa setiap jari mempunyai enzim-enzim

untuk mencerna makanan. Oleh itu, makan menggunakan tangan akan membantu melancarkan

lagi proses penghadaman dan mengelakkan berlakunya penyakit berkaitan dengan perut dan

usus.

Kita boleh menghasilkan menu yang sesuai dipraktiskan oleh masyarakat Melayu yang

berlandaskan sunnah Rasulullah s.a.w setelah kita mengkaji tabiat pemakanan terbaik yang

ditunjukkan oleh baginda s.a.w. Contohnya baginda akan memakan buah-buahan terlebih dahulu

sebelum makan makanan yang berat. Kita seharusnya cuba untuk menukar tabiat pemakanan kita

selaras dengan tabiat pemakanan Rasulullah s.a.w ini.

Diharap semua rakyat Malaysia dan masyarakat Melayu secara khususnya mengkaji

dengan teliti tabiat pemakanan baginda Rasulullah s.a.w bagi mengambil manfaat dan kelebihan

daripada sunnah baginda serta mampu untuk menukarkan tabiat buruk pemakanan masyarakat

yang sedia ada. Seterusnya dengan tabiat pemakanan baru yang diinspirasikan daripada sunnah

Rasulullah s.a.w ini akan mampu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang sihat, cergas,

cerdas dan terhindar daripada penyakit dan wabak yang semakin menular dewasa ini, insyaAllah.

7. Rujukan

- http://hwansha-hwansha.blogspot.com/2011/04/larangan-memenuhi- perut-dan-kaitannya.html

- http://ppim.org/portal/index.php? option=com_content&view=article&id=935:makanan-halal-pengaruhi-kesihatan-tubuh-badan&catid=64:kongsi-ilmu&Itemid=302

- http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7486-pemakanan- sihat-mampu-lahir-generasi-cemerlang

- http://wahdatulummah.blogspot.com/2011/09/islam-mementingkan- penjagaan-kesihatan.html

- http://lhakim-suarahati.blogspot.com/2011/01/ketahui-tabiat-dan-cara-makan.html