tugasan sdp

4
SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073 1.0 Pengenalan Seni dalam pendidikan atau dikenali sebagai SDP diwujudkan bagi membantu perkembangan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seni dalam pendidikan turut memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan ketiga-tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membentuk insan yang bersepadu dan holistik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen utama dalam seni visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan warna tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud di sekeliling kita. Sebagai contohnya, warna hijau yang terdapat pada daun, warna- warni yang terdapat pada pelangi. Penggunaan warna juga turut memberi kesan kepada manusia. Warna yang digunakan memberi kesan terhadap personaliti, budaya dan juga psikologi seseorang. Sebagai contoh, warna merah dikategorikan dalam warna panas yang menggambarkan perasaan marah, semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang. Warna sejuk pula memberi kesan yang lebih tenang dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga menggambarkan emosi sedih

Upload: yiisiengling

Post on 09-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

fff

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Sdp

1.0 Pengenalan

Seni dalam pendidikan atau dikenali sebagai SDP diwujudkan bagi membantu

perkembangan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga

sosial sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seni dalam pendidikan turut

memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya

persepsi, estetika dan kreativitinya.

Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan

mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri

yang tinggi. Pengabungan ketiga-tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan

seni pergerakan akan membentuk insan yang bersepadu dan holistik. Dalam seni visual ianya

lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam

sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang

didengari.

Warna merupakan elemen utama dalam seni visual. Warna dapat dibahagikan kepada

tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan warna tertier. Kesemua warna ini

sebenarnya wujud di sekeliling kita. Sebagai contohnya, warna hijau yang terdapat pada daun,

warna-warni yang terdapat pada pelangi. Penggunaan warna juga turut memberi kesan kepada

manusia. Warna yang digunakan memberi kesan terhadap personaliti, budaya dan juga

psikologi seseorang. Sebagai contoh, warna merah dikategorikan dalam warna panas yang

menggambarkan perasaan marah, semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri

seseorang. Warna sejuk pula memberi kesan yang lebih tenang dan nyaman dalam sesuatu

hasil seni visual. Ianya juga menggambarkan emosi sedih dan juga sayu seseorang. Secara

keseluruhannya, dapat disimpulkan warna memainkan peranan yang penting dalam

menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka muzik

tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu atau rentak

yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar

muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk

mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan

menemui pelbagai irama. Sebagai contoh, bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi angin

dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud di sekeliling kita tanpa kita sedari dan

Page 2: Tugasan Sdp

kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan

menghasilkan muzik yang menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai

sesuatu susunan corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama

sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari,

melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk

memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah

semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu,

kehadiran irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-

kanak untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak

akan merasa lebih seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.

Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila

wujudnya tindak balas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar.

Pergerakan adalah perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku secara automatis,

spontan dan terurus yang melibatkan perancangan yang lebih tersusun melalui postur, gerak

isyarat dan pelbagai pergerakan badan. Pergerakan berhubungkait dengan penggunaan ruang.

Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau

dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kita memerlukan

ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang diri

dan ruang am. Ruang diri ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan.

Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.

Penggunaan ruang yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan dan

menjadikan ruang tersebut lebih selamat. Menurut Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang

melibatkan kebolehan melihat dunia “visual spatial” dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu

disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar

melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantu

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai

matlamat P&P tersebut.

Secara kesimpulannya, Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan

menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari

dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan

Page 3: Tugasan Sdp

guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan

aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai

bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak

menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam

pendidikan akan mambantu dan memudahkan guru dalam melaksanakan proses pengajaran

dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut

terutama di sekolah rendah.