tugasan 2 sahsiah (1)

Upload: hasnah-halip

Post on 16-Oct-2015

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sahsiah

TRANSCRIPT

SGRN1013 PEMBANGUNAN SAHSIAH

ISU SEMASA BERKAITAN SAHSIAH GURUPPG 2011

NAMA

:WAN MOHAMAD AMINUDDIN B. WAN ALI

NO MATRIK

:210216

NO K/P

:840817-09-5043

TAJUK TUGASAN:ULASAN ISU SEMASA BERKAITAN

SAHSIAH GURU

NAMA PENSYARAH:ABDUL RAHIM B. ABDUL RAHMAN

EMAIL

:[email protected] ini, kita selalu dikejutkan dengan pelbagai isu dan berita yang membabitkan guru. Isu-isu yang timbul yang melibatkan sahsiah guru ini diberi perhatian dan liputan yang meluas oleh pelbagai agensi media masa seperti surat khabar, majalah, televisyen dan corong-corong radio. Berita-berita seperti guru memukul murid, guru terlibat dalam kes jenayah, guru mencabul dan merogol muridnya dan sebagainya sering berkumandang dan menjadi bahan berita di media masa dan juga buah mulut di warung kopi. Walaupun hanya segelintir atau sebahagian kecil sahaja daripada kelompok guru yang teribat dalam kes-kes jenayah tetapi secara tidak langsung imej profesion keguruan turut tercalar. Dalam tugasan ini, saya akan mengupas mengenai isu yang telah berlaku di negeri Pahang pada 9 Mei 2011 yang lalu yang melibatkan seorang guru lelaki yang mencabul serta merogol anak muridnya sendiri di sebuah kuarters guru sekolah menengah. Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku dan jika benar guru tersebut didapati bersalah oleh mahkamah, dia hendaklah dihukum dengan seberat-beratnya kerana telah menodai amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan mengenai isu ini serta faktor-faktor yang menyebabkan kejadian jijik ini berlaku. Selain itu, nilai-nilai yang berkaitan dengan sahsiah guru akan turut sama dibincangkan.Isu Semasa Berkaitan Sahsiah Guru

Pada 9 Mei 2011 yang lalu, satu Malaysia telah dikejutkan dengan satu kejadian jijik dan terkutuk yang membabitkan seorang guru lelaki mencabul dan merogol muridnya sendiri. Kejadian ini berlaku di Kuantan, Pahang. Menurut Harian Metro (10 Mei 2011) : Polis menahan seorang guru sekolah menengah di sebuah tanah rancangan Felda di Jengka, Jerantut, semalam kerana didakwa merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lepas.

Guru lelaki berusia 33 tahun itu didakwa merogol pelajar berusia 15 tahun itu di sebuah kuarters guru di tanah rancangan itu pada pukul 3.30 petang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata guru berkenaan telah menghubungi keluarga mangsa untuk mengajar mangsa di kuarters tersebut.

Mangsa dan seorang rakan sekolahnya pergi ke rumah guru berkenaan bagi menyiapkan kerja sekolah. Bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian rakan mangsa telah beredar dari rumah itu.

Selepas rakan mangsa keluar, guru berkenaan bertindak memeluk mangsa secara paksa dan merogolnya, katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini.

Mohd Haris berkata guru berkenaan telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak dan keluarganya tinggal di Kedah.

Katanya, mangsa yang mengalami kemurungan menceritakan perkara itu kepada salah seorang guru di sekolahnya sehari selepas kejadian sebelum dimaklumkan kepada keluarga.

Beliau berkata keluarga mangsa membuat laporan polis semalam Kejadian yang telah berlaku ini amatlah jijik dan terkutuk. Guru tersebut bukan sahaja telah melakukan satu kesalahan jenayah besar tetapi dia juga telah melanggar nilai dan juga etika keguruan. Sepatutnya sebagai seorang guru, dia hendaklah mempunyai sahsiah yang baik yang amanah dan mempunyai akauntabiliti terhadap murid, waris murid dan terhadap kerjayanya. Disebabkan kes-kes yang sebegini, maruah dan imej guru tercalar. Bak kata peribahasa Melayu kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Guru yang sebelum ini dipandang tinggi oleh masyarakat kerana mempunyai nilai dan sahsiah diri yang baik, sekarang dipandang rendah disebabkan oleh kes-kes yang sebegini. Pelbagai faktor yang menyumbangkan ke arah terjadinya kejadian yang menjijikkan ini. Dalam tugasan ini saya hanya akan mengulas mengenai faktor sikap atau sahsiah guru ini sendiri. Guru tersebut telah melanggar beberapa nilai bitara seperti yang digariskan oleh UPSI. Antara nilai-nilai bitara yang dilanggar oleh guru tersebut adalah seperti tidak amanah, tidak mempunyai sikap akauntabiliti terhadap muridnya, waris, diri sendiri dan profesion keguruan. Guru tersebut juga tidak mempunyai etika yang baik.Sebagai seorang guru, kita hendaklah mempunyai sifat dan sikap amanah terhadap murid atau pelajar kita. Sifat ini amatlah penting dalam menjadi seorang pendidik yang baik. Sifat amanah tidak semestinya hanya ditunjukkan dalam proses pengajaran sahaja tetapi sifat ini hendaklah ditonjolkan dalam kehidupan sosial kita sebagai guru. Sebagai guru yang bersifat amanah, kita hendaklah mendidik dan mendisiplin murid kita dengan sebaik-baik mungkin kerana mereka merupakan amanah ibu bapa mereka kepada kita. Guru yang mempunyai sifat amanah, tidak akan mengambil kesempatan terhadap muridnya seperti yang dilakukan oleh guru yang terbabit dalam isu ini. Apabila ibu bapa kepada mangsa telah menyampaikan amanah mereka untuk mendidik anak mereka, sepatutnya guru tersebut perlulah menjalankan dan menyempurnakan amanah yang diberikan dengan sebaik-baik mungkin. Dia hendaklah mengajar dan mendidik murid tersebut dengan baik tanpa cuba mengambil kesempatan atau berniat jahat walau sekelumit pun terhadap muridnya. Guru yang tidak mempunyai sifat amanah adalah diibaratkan seperti harapkan pagar, pagar yang makan padi. Nilai kedua yang patut ada pada guru tesebut adalah guru tersebut perlu mempunyai dan mempamerkan nilai akauntabiliti. Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti dihuraikan sebagai bertanggungjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Guru yang mempunyai sahsiah yang baik haruslah mempunyai akauntabiliti terhadap muridnya. Akauntabiliti terhadap muridnya bermaksud seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga diamalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang dihormati oleh pelajarnya. Oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak dibenci, dipandang serong dan tidak dihormati lagi oleh anak muridnya. Dalam kes ini, guru tersebut telah melanggar akauntabiliti terhadap muridnya kerana tidak menjaga keselamatan dan kebajikan muridnya. Dia telah menodai muridnya sendiri. Ini merupakan perkara yang tidak patut langsung berlaku. Dalam kes ini juga sepatutnya guru tersebut hendaklah menjaga batasan hubungan antara dirinya dan murid. Dia tidak sepatutnya berdua-duaan dengan muridnya sendiri yang berlainan jantina walaupun ketika mengajar. Ini kerana apabila perkara sebegini berlaku, pastinya guru tersebut terpengaruh dengan bisikan hawa nafsu dan seterusnya membawa kepada perkara yang tidak baik seperti kejadian merogol muridnya sendiri. Selain itu guru tersebut juga telah melanggar akauntabiliti terhadap ibu bapa murid tersebut. Ini kerana ibu murid tersebut telah memberikan kepercayaan penuh kepada guru tersebut untuk mengajar anaknya sebaliknya guru tersebut menodai anaknya.

Guru yang mempunyai nilai sahsiah yang tinggi juga perlu mempunyai akauntabiliti terhadap dirinya sendiri. Akauntabiliti seorang guru terhadap dirinya sendiri membawa maksud seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah dikawal oleh guru itu sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Guru juga digalakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan input yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. Dalam kes ini guru tersebut tidak berjaya mengawal emosi dan nafsunya dengan baik. Ketegangan jiwa yang dialami oleh guru tersebut akibat berjauhan dengan isteri dan anak-anaknya tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Sepatutnya sebagai seorang guru, dia hendaklah bijak dalam mengawal emosi dan menyelesaikan konflik emosi yang dialaminya. Seorang guru yang baik sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu agama yang tinggi supaya dia dapat mengawal nafsunya. Guru yang baik juga haruslah memupuk sahsiah yang baik dalam dirinya supaya dapat menjadi model yang baik untuk murid dan juga masyarakat. Selain daripada mempunyai akauntabiliti terhadap murid, waris dan diri sendiri, seorang guru juga hendaklah mempunyai akauntabiliti terhadap profesion keguruan. Seorang guru yang mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap profesion keguruan pasti tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh membuatkan imej dan maruah profesion keguruan tercalar. Guru yang terbabit dalam kejadian ini bukan sahaja telah menjatuhkan maruahnya sendiri sebagai seorang pendidik tetapi juga menyebabkan imej profesion keguruan tercalar di mata masyarakat. Seorang guru yang mencintai profesionnya pasti akan sentiasa mengamalkan ciri-ciri guru yang baik demi menjaga imej keguruan. Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah dihayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akauntabilitinya terhadap diri sendiri, murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh, amanah dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap muridnya dan kepada pihak yang berkaitan. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat dijalankan dengan baik dan akan akan terjadilah kejadian-kejadian jijik seumpama ini. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.

Guru yang mempunyai sahsiah yang baik haruslah mempunyai etika yang baik. Guru yang beretika hendaklah menjaga maruah guru, rakan sekerja yang lain dan juga murid-muridnya. Etika perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Antara kod etika keguruan yang telah dilanggar oleh guru tersebut adalah seperti guru tersebut telah melanggar batas perhubungan antara dirinya dan muridnya. Selain itu sikapnya yang membawa kepada kejadian rogol ini juga telah melanggar etika keguruan yang sepatutnya dipatuhi olehnya. Dalam etika keguruan ada dinyatakan secara jelas bahawa setiap guru hendaklah menghormati dan menjaga hak muridnya dan juga tidak melakukan sebarang tingkah laku yang boleh merosakkan muridnya. Jika seseorang guru berpegang teguh pada etika profesionalisme keguruan, pasti tiada kejadian buruk yang berlaku dan imej guru tentulah akan sentiasa dipandang tinggi oleh semua pihak.

Implikasi Isu Terhadap Bidang Pendidikan

Kejadian yang membabitkan seorang guru yang merogol muridnya sendiri ini bukan sahaja memberi kesan terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung tetapi turut memberi kesan yang amat-amatlah negatif terhadap dunia pendidikan. Antara kesan utama yang dapat kita lihat adalah kesan terhadap imej keguruan. Selepas berlakunya isu ini, rata-rata masyarakat menuding jari dan melabelkan guru dengan pelbagai kata-kata yang tidak elok. Hanya disebabkan oleh seorang guru, habis imej semua guru di Malaysia tercemar. Walaupun guru tersebut belum lagi dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman, tetapi kesan perbuatannya yang dimainkan oleh pelbagai agensi media masa membuatkan imej guru di Malaysia tercalar.Selain itu, kesan kejadian ini menyebabkan para ibu bapa kurang rasa yakin dan percaya pada guru. Berkemungkinan besar selepas berlakunya kejadian ini, para ibu bapa akan berfikir dua kali sebelum menghantar anak mereka ke kelas-kelas tuisyen yang diadakan secara persendirian. Jika ini yang berlaku, secara tidak langsung prestasi murid akan merosot. Tanpa kelas tambahan atau tuisyen, guru tidak dapat menjalankan proses pengajaran dengan baik terutamanya yang melibatkan proses pengayaan dan pengukuhan.

Kesan seterusnya yang dapat kita lihat adalah pada diri murid sendiri. Disebabkan kejadian yang seperti ini, murid akan menjadi kurang rasa percaya dan yakin kepada guru mereka. Apabila tiada rasa percaya dan yakin dalam hubungan antara guru dan murid, maka ini akan menyebabkan proses pendidikan tidak dapat berlaku dengan baik. Sebagai contoh, apabila guru ingin menasihati dan membentuk akhlak murid, pasti murid akan mempersoalkannya dengan menimbulkan isu-isu yang seperti ini. Ayat-ayat seperti Cikgu pun bukannya baik pasti akan kedengaran terbit dari mulut murid-murid. Dahulunya guru selalu dipandang tinggi oleh murid-murid dan akhlak serta sifat guru ingin ditiru oleh murid-murid. Akibat kejadian ini, pasti murid akan mempersoalkan akhlak guru walaupun hanya segelintir sahaja guru yang berakhlak tidak baik.Kejadian-kejadian seperti ini juga akan menyebabkan bidang pendidikan negara kita dipandang rendah oleh dunia luar. Negara-negara luar pasti akan mempersoalkan tahap kredibiliti guru-guru Malaysia kerana ada segelintir guru yang terlibat dengan kes-kes jenayah. Kerajaan amnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya haruslah mengambil tindakan dan inisiatif dalam membersihkan semula imej keguruan yang semakin tercalar ini.

Semoga kejadian-kejadian yang seumpama ini yang melibatkan sahsiah guru tidak akan berulang dan berlaku lagi. Guru-guru hendaklah mengambil langkah berhati-hati dalam melakukan apa jua perkara dan berpegang teguh pada prinsip sahsiah guru yang baik supaya imej guru sentiasa dipandang tinggi.Sajak Dirimu Amanahku

Duhai muridku,

Di saat kau berjalan memasuki kelas,

Berpimpinan tangan bersama ibu ayahmu,

Aku sahut tanganmu,

Dengan rasa tanggungjawab,

Dengan penuh rasa ikhlas,

Akan ku jaga amanah ini,

Aku ingin mengajarmu....mendidikmu,

Supaya dikau menjadi insan yang berguna.

Duhai muridku,

Dengarlah ajaranku,

Ubahlah sikapmu,

Terimalah tunjuk ajarku

Kerana dikau amanahku.Duhai muridku,

Ku ajarkan mu ABC dan 123

Ku bentuk dirimu,

Kau contohi diriku,

Aku bangga, aku bersyukur,

Andai dirimu menjadi insan.

PenutupKesimpulannya profesion perguruan amat mulia dipandang. Guru haruslah menanamkan dalam diri mereka sahsiah yang baik dan terpuji. Guru bertanggungjawab memimpin dan mendidik masyarakat. Tidak dinafikan, sehingga hari ini,gurutelah menyumbang khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Sebelum membentuk sahsiah pelajar,guruterlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh pelajar. Dalam hal ini, Prof. Mohd Kamal Hasan (1998) menjelaskan,"Contoh teladan guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Mereka seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri akhlak mulia, walaupun ada segelintir masyarakat kurang menghargai watak berbudi luhur ini."Kejayaan dan keberkesanan pendidikan berhubung rapat dengan kesedaranguruterhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmu dan keluhuran peribadinya. Panduan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi dan sahsiah yang baik adalah kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh berkesan. Dalam Islamguruadalahmurabbi, muallim, muaddib, mudarris atau ulama. Islam juga memberi penghormatan tinggi kepada guru. Mereka bukan sahaja menjadiQudwah Hasanah(contoh terbaik) kepada masyarakat. Oleh yang demikian, semuagurumesti menyedari tanggungjawab dan sentiasa menjaga nama baik selaku pendidik dan pemimpin masyarakat yang menjalankan tugas secara ikhlas dan jujur. Bibliografi1. Abd. Ghafar Md. Din (2003),Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan Publication & Distribution.2. Atan Long, Psikologi pendidikan, 1982, Kuala Lumpur, Penerbitan DBP.

3. Fathi Yakan, Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah, 1996, Shah Alam, Dewan Pustaka Fajar.

4. Harian Metro (10 Mei 2011)

5. http://www.geocities.com/kulanz_salleh/article/ilmu_pendidikan/perguruan_sebagai_satu_profesion.htm6. Kamus Dewan (2000), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

7. Lester D.Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

8. Mok Soon Sang(2003),Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah:Komponen 1&2 Psikologi Pendidikan & Pedadogi.Kumpulan Budiman,Subang Jaya.

9. Nilai Bitara UPSI. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dimuat turun daripada http://www.upsi.edu.my/index.php/ms/halaman-utama/upsi-sepintas-lalu/nilai-bitara.htm pada 15 Mei 2011Wan Mohamad Aminuddin B. Wan Ali

840817-09-5043

210216

SGRN 1013

2