tugasan2&3 sahsiah

Upload: hui-nee-tan

Post on 09-Jul-2015

729 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

GROUP: EL-W 08 PENSYARAH: ENCIK Che Anuar bin Che Abdullah TAJUK TUGASAN 2: Huraikan lima (5) aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara.

NAMA: TAN HUI NEE

NO. MATRIK: D20102044386

2 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

KERJA KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) TUGASAN 2 (20%) - Huraikan lima aspek cirri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara. 1.0 Pengenalan Nilai-nilai Bitara Kemajuan dan kecemerlangan sesebuah organisasi amat bergantung kepada prestasi pekerja-pekerja yang menganggotai organisasi tersebut.Kegemilangan sesebuah organisasi bukan terletak pada satu kompleks bangunan tetapi amat bergantung kepada bakat kebolehan dan kemampuan manusia sebagai pekerja. Pembinaan modal insan di sesebuah organisasi yang cemerlang atau sebaliknya. Modal insan ini boleh diklasifikasikan dalam dua keadaan, pertama ialah wujud dalam bentuk pemilikan oleh individu melalui kemahiran dan ilmu yang dikuasai. Ini bermakna orang yang berpendidikan atau berkemahiran yang tinggi secara dasarnya memiliki modal insan yang lebih besar atau lebih bernilai berbanding dengan orang yang lebih rendah tahap pendidikan atau kemahirannya. Kedua, individu itu sendiri boleh dilihat sebagai modal insan yan berguna untuk persekitarannya. Penjana modal insan perlu menggabungkan dimensi kerohanian, akhlak, nilai, dan unsur jati diri yang sesuai dnegan keperluan organisasi. Faktor-faktor dalaman inilah yang menjadi asas kepada falsafah modal insan yang disebut oleh YAB. Perdana Menteri insan akan memiliki modal atau menjadi aset kepada organisasi adalah insan yang sedar akan amanah dan tanggungjawab, yang bekerja bersungguh-sungguh dengan ikhlas, dan yang sentiasa menggunakan akal fikiran dan kudrat yang ada padanya untuk memajukan dirinya, jabatannya dan juga organisasinya. Bagi merealisasikan hasrat YAB. Perdana Menteri, Datuk Naib Canselor UPSI dalam syarahan khas 2004-2005 Melestari Pendidikan Gemilang Ke Arah Penjana Modal Insan, UPSI menyatakan bahawa pekerja yang cemerlang tidak boleh dipisahkan dengan nilai-nilai yang baik dan murni seperti mana yang ditekankan dalam Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran(1985), Tonggak 12, Pelan Integriti

3 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

Nasional (PIN, 2004) di peringkat kebangsaan dan Sistem Pengurusan Akauntabiliti dan Integriti (SPAI) di peringkat jabatan dan kementerian. Pelaksanaan visi, misi, dan cabaran UPSI baru ini diterap melalui program nilai bersama (shared-values) BITARA UPSI supaya menjadi budaya dan diamalkan semasa menjalankan tugas harian di universiti (attitude, behaviour, practices). Pada 23 April 2006, ahli-ahli pengurusan tertinggi universiti sebagai Kumpulan Leading telah meluluskan enam nilai budaya kerja iaitu berintegriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif. Ini merupakan salah satu usaha universiti dalam membina modal insan UPSI yang cemerlang untuk mencapai misi dan visi universiti. Program BITARA UPSI diperkenalkan kepada seluruh warga UPSI mulai Jun 2006. Dalam konteks ini, sebuah institutsi persekolahan tidak akan maju sekiranya barisan gurunya tidak mempunyai kecekapan dan kemahiran yang diperlukan. Guru mestilah menanamkan nilai-nilai yang tinggi di dalam diri mereka supaya profesionalisme dan kredbiliti mereka sebagai warga akademik dapat dikekalkan dan dimantapkan. Nilai-nilai tinggi ini juga mampu membantu menaikkan tahap kreativiti dan inovasi guru dengan melahirkan idea baru sama ada dalam sistem, adat, kaedah, dan sebagainya. Bitara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingannya dari yang lain. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menggariskan 6 nilai yang membentuk personaliti Bitara yang mesti dimiliki oleh staf dan juga para pelajarnya. Enam nilai dan 24 penunjang atau diskriptor BITARA UPSI sebagai nilai bersama (shared-values) universiti diperkenalkan untuk menjadi amalan di kalangan staf akademik dan staf bukan akademik iaitu; i. ii. iii. Berintegriti Amanah, Telus, Akauntabiliti, dan Adil Beretika, Iltizam, Cinta Ilmu, dan Kompenten Muafakat, Fokus Matlamat, Hormat-Menghormati, dan Bangga UPSI Profesional Semangat Berpasukan

4 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

iv. v. vi.

Berorientasikan Pelanggan Responsif, Proaktif, Mesra, dan Berkualiti Prihatin Kebajikan Anggota Empati, penghargaan, Keselesaan Persekitaran, dan Peluang Untuk Maju Kreatif dan inovatif Penambahbaikan Berterusan, Nilai Tambah, Rebut Peluang, dan Berdaya Cipta 2.0 Aspek ciri-ciri guru yang berkesan berdasarkan nilai-nilai Bitara Apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seseorang guru yang berkesan? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut: 1. Bersikap profesional 2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori 3. Kaya ilmu 4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja 5. Bermoral teguh 6. Sentiasa berusaha meningkatan kualiti hasil pengajaran 7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa 8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid 9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa 10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.11. Memastikan situasi Guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas

12. Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh 13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik 14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu)

5 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya 16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi 17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah Guru yang berkesan adalah guru yang berjaya melahirkan murid menjadi insan yang seimbang baik dari segi emosi, rohani, jasmani, dan intelek. Guru yang berkesan juga harus dapat menyepadukan ilmu duniawi dan ilmu akhirat agar dapat membentuk dan mengembangkan anak didik menjadi insan yang bersepadu agar anak didik kita dapat memahami peranan mereka terhadap diri, terhadap masyarakat dan seterusnya terhadap negara. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang? Untuk menjadi guru yang berkesan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku The One Minute Manager menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau mengatakan bahawa setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi. Plato berkata, Kecemerlangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri. Garfield pula berkata, Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya. Oleh itu, untuk mencapai status orang-orang yang paling berkesan kita perlu memenangi peribadi dan memenangi publik. 2.1 Aspek Petunjuk Adil, Amanah, Telus dan Akauntabiliti berdasarkan nilai

Bitara Integriti Integriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendorong prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisme. Ia merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. Sebagai seroang guru, personaliti

6 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

Bitara memainkan peranan yang penting untuk menjamin masa depan yang cemerlang sama ada diri kita ataupun anaki murid kita. Dalam membentuk personaliti Bitara ini, nilai integriti mempunyai empat petunjuk iaitu bersikap adil, amanah, akauntabiliti, dan telus. Adil membawa maksud tidak berat sebelah atau tidak memihak kepada seseorang. Sebagai seorang guru, kita sepatutnya memulakan dan menamatkan waktu pengajaran dan pembelajaran kita tepat pada masanya dan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sebagai seorang guru yang berkesan guru tidak sepatutnya menggunakan masa yang sepatutnya untuk mencuri tulang atau membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yng tidak berkaitan dengan hal akademik. Contohnya, guru tidak harus menandakan buku-buku dan latihan murid dalam kelas sedangkan waktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru haruslah menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran dengan sepenuhnya untuk mengajar, mendidik dan membimbing murid. Guru sepatutnya menghabiskan kesemua sukatan pelajaran mengikut rancangan tahunan yang telah ditetapkan agar anak murid kita dapat mempelajari apa yang mereka sepatutnya belajar. Bersikap amanah tentunya adalah denga menyampaikan fakta yang benar dalam pembelajaran. Guru juga menjalankan perundingan dengan murid-murid mengikut jadual yang ditetapkan. Sebagai seorang guru yang berkesan, guru digalakkan supaya membuat jadual waktu mengandungi masa konsultasi yang telah ditetapkan dan memaklumkan masa tersebut kepada murid-murid. Dengan demikian guru dan murid dapat megaturkan sistem perundingan denga lebih berkesan melalui perancangan yan gtelah ditetapkan. Sebagai seorang guru yang berkesan, guru juga tidak menciplak harta intelek orang lain dan menjaga serta menyayangi harta dan kemudahan sekolah dengan amanah. Sebagai seorang guru yang berkesan, guru tidak seharusnya menyalahgunakan kedudukan demi kepentingan diri sendiri. Sebagai contoh, guru diamanahkan sebagai bendahari sesuatu program. Guru tersebut telah menyalahgunakan jawatannya sebagi seorang bendahari dengan menggunakan wang program tersebut untuk membelikan sesuatu yang tidak berkaitan dengan program tetapi demi peribadinya sendiri. Kelakuan ini telah melanggar pentunjuk amanah atau etika perguruan. Petunjuk seterusnya untuk nilai integriti ialah bersikap telus. Ketelusan ialah suatu sikap berterus terang, jujur dan ikhlas daripada diri sendiri terhadap seseornag atau sesuatu

7 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

perkara. Sebagai seorang guru yang berkesan, guru mestilah melaksanakan proses pelaksanaan (kursus dan praktikum) secara adil dan telus mengikut skema dalam tempoh yang ditetapkan. Konsep sikap telus ini sangat penting bagi seseorang manusia kerana ketelusan mambawa sifat ikhlas dan jujur. Sebagai seorang guru yang berkesan, kita harus bersedia mengakui bahawa sikap hidup kita mesti berubah, ilmu pengetahuan yang bermanfaat perlu dicari, kemampuan mengimbang antara idealisme dan realiti kena ada, ketangkasan untuk mengatur strategi dan kebijaksanaan untuk melakukan perlu dikuasai supaya kejayaan kita bukan kerana wujudnya dasar-dasar yang memihak, tetapi kecemerlangan kita ialah disebabkan ketelusan yang tinggi untuk bersaing dan juga menghasilkan hasil kerja yang terbaik. Sebagai seorang guru yang berkesan, kita juga harus mempamerkan sikap akauntabiliti dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut instruksi yang ditetapkan. Contohnya guru diarahkan menjalankan penyelidikan, ianya haruslah disempurnakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Segala arahan dan peraturan daripada pihak sekolah haruslah dipatuhi dan kita sepatutnya bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.2.2 Aspek Petunjuk Beretika, Iltizam, Cinta Ilmu, dan Kompeten berdasarkan nilai Bitara Profesional

Profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan. Nilai ini membawa maksud melatih diri agar mecapai tahap kompetensi yang dikehendaki. Sebagai seorang guru yang berkesan, kita haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikut sesi pembelajaran dan pengajaran dengan sepenuhnya. Hasil tugasan perlu meningkat secara berterusan. Sebagai seorang guru yang berkesan, kita sepatutnya melengkapkan diri kita dengan setiap tugasan. Kita juga harus mengajar dan melatih rakan sejawat kita yang belum mahir. Kita harus sentiasa meningkatkan kemahiran kita untuk memperkemaskan diri kita dalam mengahrungi dunia yang globalisasi kini. Sekiranya hasil tugasan kita masih di bawah standard, hentikan dengan segera dan cuba memperbaiki kesilapan dan kelemahan yang telah kita lakukan. Kita diajar supaya tidak

8 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

iri hati terhadap kelebihan orang lain. Tetapi, perasaan iri hati secara positif boleh meningkatkan kemahiran dan kecekapan kita. Tiada apa yang mustahil pada masa kini, semuanya dapat dicipta dengan berbekalkan usaha yang lebih dan semangat yang jitu. Nilai profesional mempunyai empat petunjuk iaitu beretika, iltizam, cinta ilmu, dan kompeten. Berdasarkan konteks pentunjuk beretika, guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi iaitu sekolah kita. Maruah guru yang lain sebagai rakan sejawat dan murid-murid juga mesti dijaga. Contohnya, tidak mengaibkan markah murid-murid kepada umum dan tidak bercakap sumbang di belakang mereka. Bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan tugasan denga penuh bersemangat dan berdedikasi. Sebagai seorang guru yang berkesan, kita haruslah merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kita dengan terperinci dan teliti. Guru perlu melaksanakan tugasan dan tangggungjawab dengan sepenuh hati tanpa mengira masa. Misalnya, jika kita diarahkan menjalankan aktiviti pada hujung minggu sebagai seorang guru yang beriltizam, kita usahlah menganggapkannya sebagai suatu beban yang berat tetapi berfikir adalah sebahagian daripada tugas kita untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid kita. Oleh itu, jadikan diri kita sebagai contoh dan teladan kepada rakan sejawat dan anak murid kita. Guru pada zaman moden ini dikehendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas mereka. Maka penyelidikan tersebutu haruslah dijalankan dengan sempurna di samping menghadiri sekurang-kurangnya dua wacana ilmu setahun untuk menghasilkan tugasan dalam pelbagai bentuk. Kaedah tugasan yang digunakan haruslah mengutamakan sumber maklumat. Berdasarkan cara ini, kita akan dapat melaksanakan strategi yang boleh membangunkan minda murid-murid dan diri sendiri. Pada era globalisasi ini, kita sebagai guru adalah life-long learner ataupun pelajar sepanjang hayat. Sebagai seorang guru yang berkesan, kita perlu menerapkan amalan ini dalam setiap langkah pekerjaan yang kita dilakukan. Kita perlu meningkatkan kualiti pencapaian kita dan menganggap tempat kita mengajar sebagai tempat yang sempurna dalam mencari ilmu pengetahuan. Mempunyai sikap kompeten adalah dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti dan efisyen serta mencapai tahap kecekapan dalam jangka masa yang ditetapkan. Contohnya

9 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

sebagai sorang guru yang berkesan, kita haruslah memastikan pengajaran yang disampaikan kepada murid-murid dapat difahami denga nbaik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Kita juga digalakkan menyampaikan ilmu dan kemahiran yang baharu kepada rakan sejawat dan murid-murid kita. Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran kita adalah bersifat kontemporari dan sepanjang zaman, kita harus meningkatkan dan memperkemas diri kita dengan ilmu dan kemahiran baharu yang relevan dengan tajuk pembelajaran kita. 2.3 Aspek Petunjuk Responsif, Proaktif, Mesra , Penghargaan dan Berkualiti

berdasarkan nilai Bitara Berorientasikan Pelanggan Perkataan responsif memberikan gambaran tentang tindakan yang cepat dan segera. Guru yang responsif adalah guru yang cepat mencari maklumat, segera bertindak dan tidak menunggu arahan. Proaktif sangat penting dalam diri setiap individu sama ada individu tersebut seorang pelajar, guru, staf sokongan, jurutera, pekerja teknikal dan sebagainya. Individu yang proaktif akan sentiasa berjaga-jaga, menyediakan strategi atau perancangan bagi menghindari sebarang halangan dalam setiap tindakan dan tugas yang dilakukan. Contohnya sebagai seorang guru, kita telah merancang dan merangka keperluan murid kita berdasarkan apa yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan. Selain itu, sistem maklumat yang sistematik dapat membantu kita dan anak murid kita dalam memberi petunjuk kepada mereka dalam merangka dan merancang kerjaya dan masa depan mereka. Responsif dan proaktif sangat penting dalam melakukan sesuatu tugas sama ada tugas ketika sebagai sebagai pelajar di universiti, guru di sekolah atau pekerja dalam sesebuah organisasi. Dalam menjalankan tanggungjawab kita tidak kira berada di universiti mahupun sekolah, kita perlu sentiasa berjaga-jaga dalam menjalankan tugasan. Kita perlu memperbaiki kelemahan tugasan yan gkita lakukan. Kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan kelemahan kita dalam sesuatu tugasan berterusan. Seperti yang dikatakan oleh Garfiel, Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya.

10 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

Semangat yang tinggi juga perlu ada sebagai seorang bakal guru dan modal insan yang unggul. Semangat yang tinggi perlu ditunjukkan dalam proses pembelajaran, mendidik anak bangsa dan memperkasakan bidang di negara kita. Semangat yang kuat mampu memberi kekuatan kepada murid iaitu pelanggan utama kita dalam bidang pendidikan. Semangat yang membara dapat membantu diri kita dalam menimba ilmu di universiti seterusnya menyampaikan ilmu kepada anak bangsa dalam kerjaya sebagai guru. Semangat yang tinggi perlu disusuli dengan tenaga yang mantap agar apa sahaja yang kita lakukan akan berjalan dengan lancar. kemesraan merupakan satu aspek penting untuk menjadi seorang guru. Guru yang mesra akan mewujudkan persekitaran yang mesra dan menimbulkan suasana yang gembira di sekolah. Sentiasa mengamalkan senyuman, mengangguk kepala apabila berjumpa rakan sejawat, menyapa rakan-rakan dan murid apabila berjumpa dan perlu mengamalkannya secara konsisten. Jika kita merupakan seorang yang mudah mesra, murid dan rakan sejawat juga akan mesra dengan kita. Kita perlu sentiasa sentiasa menunjukkan expresi positif seperti senyum, kontak mata yang baik, berjabat tangan dengan rakan-rakan yang mempunyai jantina yang sama dan duduk dengan cara yang menyandar ke hadapan. Melakukan sesuatu kerja atau tugasan dengan berkualiti adalah petunjuk terakhir dalam nilai Bitara berorientasikan pelanggan. Kerja yang berkualiti merupakan kerja yang telah dilakukan dan memberi kepuasan kepada pelanggan kita dan menepati kehendak pelanggan. Kerja atau tugasan tersebut dikatakan berkualiti apabila kita menepati kriteria sesuatu kerja atau standard tertentu. Contohnya, ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, maklumat yang diberikan perlulah tepat, sumber yang dibekalkan betul dan lengkap. Jangan sesekali memberikan maklumat yang tidak betul dan tidak tepat kerana ia akan memberikan kesan buruk dan mendatangkan salah faham kepada anak murid kita terhadap maklumat tersebut. Dengan adanya teknologi yang semakin canggih seperti komputer riba, kemudahan internet, telefon bimbit dan media massa yang pelbagai, kita boleh memberi maklumat dalam bentuk pelbagai media. Standard yang tepat perlu diambil kira dalam kualiti sesuatu kerja atau tugasan. Jika dalam bidang pendidikan, standard ISO perlu diikuti agar selari dengan standard

11 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

yang disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, kita perlu mengikuti kehendak ISO dalam menyampaikan maklumat kepada anak murid kita. Petunjuk-petunjuk yang ada dalam nilai berorientasikan pelanggan penting bagi seseorang guru bagi memastikan keperluan dan kepuasan anak muridnya sebagai pelanggan mereka dan seterusnya memastikan kita sebagai guru mempunyai personaliti yang baik dan unggul. 2.4 Aspek Petunjuk Peluang untuk Maju, Empati, Penghargaan, dan Persekitaran berdasarkan nilai Bitara Prihatin Kebajikan Anggota Prihatin terhadap kebajikan anggota juga boleh dikatakan seperti mengambil berat tentang rakan kita di persekitaran kita. Sebagai seorang guru pula, kita perlu mengambil berat tentang hal rakan-rakan guru yang lain dan murid-murid kita. Empati adalah perasaan murni yang perlu ada dalam diri kita sebagai seorang guru. Jika rakan sejawat kita mempunyai masalah keluarga dan kita tahu bagaimana ingin membantunya, kita boleh menjadi pendengar yang baik dengan mendengar luahan rakan serta cuba merasai perasaan dan masalah yang dialami sudah memadai bagi rakan tersebut. Rakan kita akan merasa lega kerana masalahnya didengari. Cara ini boleh membantu kita bagi menunjukkan empati kita terhadap rakan yang sedang dalam kesusahan dan tertekan dengan masalah mereka. Selain itu, jika rakan kita mengalami musibah, kita boleh bertanya khabar dan melawatnya untuk mengetahui keadaannya. Rakan kita akan merasakan diri mereka diambil berat dan mungkin rakan tersebut akan rasa lebih bersemangat untuk cepat sembuh. Penghargaan juga merupakan aspek yang penting dalam nilai Bitara prihatin kebajikan anggota. Penghargaan sangat penting bagi individu. Apabila rakan kita mendapat sesuatu anugerah seperti mendapat anugerah dekan, kita boleh menunjukkan penghargaan kepada mereka denga nmengucapkan tahniah kepad amereka. Ucapan tersebut sangat bermakna kepada rakan tersebut dan rakan kita akan berasa dirinya dihargai. Sebagai seorang guru, kita perlu mengamalkan penghargaan kepada rakanrakan sejawat kita. Budaya mengucapkan terima kasih, mengucapkan tahniah dan memperingati tarikh-tarikh penting rakan sejawat perlu kita amalkan. Ini disebabkan

12 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

amalan tersebut akan menunjukkan kita mengambil berat kepad aorang di persekitaran kita. Pada anak murid kita pula, kita boleh menunjukkan penghargaan dengan mengucapkan tahniah jika mereka mendapat markah yang tinggi, mengucapkan terima kasih jika murid telah membantu kita, dan sering senyum kepada mereka jika ternampak murid kita. Penghargaan kepada murid juga penting bagi mewujudkan rasa ambil berat kita kepada murid. Keselesaan terhadap persekitaran sangat penting kerana suasana persekitaran yang selesa boleh memberi motivasi kepada kita melakukan sesuatu tugasan atu pekerjaan. Kita haruslah kerap menyertai aktiviti yang diadakan oleh rakan-rakan kita seperti berlatih di padang, berjumpa dengan rakan-rakan setiap petang dan sebagainya. Kita akan berasa lebih rapat, mesra dan tidak janggal dengan rakan-rakan kita lagi. Sebaliknya jika kita pendiam, suka lakukan kerja bersendirian, tidak suka melibatkan diri dengan aktiviti rakan-rakan dan sering mengelak mengahardiri apa-apa majlis bersama rakan-rakan. Sikap sebegini akan menyebabkan hubungan kita dengan rakan-rakan kita semakin jauh dan tidak rapat dan secara tidak langsung akan mewujudkan suasana yang tidak selesa sama ada kita berada di sekolah atau universiti. Kalau kita hanya berdiam diri di rumah dan menunggu peluang datang kepada kita, ia amat sukar untuk mendapatkan peluang untuk memajukan diri dan ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Kita perlu berusaha untuk memajukan diri contohnya melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti bersama rakanrakan kita, mencari maklumat yang boleh membantu meningkatkan potensi diri seperti mengikuti seminar, program motivasi dan sebaginya bagi menambahkan lagi semangat dan mengembangkan potensi diri kita. Contohnya Persatuan Guru-guru Sekolah Rendah Cina di zon saya akan mengadakan pelbagai jenis pertandingan seperti pertandingan menyanyi dan pertandingan bowling untuk guru, bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru sekolah cina. Saya akan menyertai pertandingan tersebut setiap tahun, kita dapat bersemuka dengan guru-guru dari pelbagai buah sekolah di setiap zon dan kita akan membincangkan kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan yang dapat kita aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita.

13 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

2.5 Aspek Petunjuk Berdaya Cipta, Penambahbaikan Berterusan, Rebut Peluang dan Nilai Tambah berdasarkan nilai Bitara Kreatif dan Inovatif. Adakah anda pernah terfikir untuk menjadi individu yang kreatif? Kreatif tidak semestinya mencipta barang yang kreatif tetapi memikirkan sesuatu idea yang bernas juga adalah sesuatu yang dikatakan kreatif. Kreatif membawa maksud kebolehan seseorang individu untuk mengembangkan sesuatu idea baru daripada sumber yang asli serta kebolehan untuk mencipta serta menghasilkan sesuatu idea sama ada dalam sesuatu kaedah, sistem, adat, dan lain-lain lagi. Kreatif dibahagikan kepada beberapa petunjuk iaitu berdaya cipta, penambahbaikan berterusan, rebut peluang dan tambah nilai. Sebagai seorang guru, kita perlu mempunyai daya cipta yang kreatif dan inovatif agar kita dapat sentiasa mengakseskan ilmu baharu. Kita perlu sentiasa meneroka ilmu dari semasa ke semasa. Jangan kita terlalu selesa dengan ilmu yang diajar di kelas sahaja dan kita perlu mencari pelbagai ilmu untuk menambah ilmu yang dipelajari di kelas. Sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa bijak dan kreatif untuk meneroka dan mencari ilmu tambahan bagi menyampaikan maklumat yang betul, terkini, dan mantap kepada murid-murdi kita di kelas. Kita juga boleh mengambil bahagian dalam pertandingan, peraduan dan sebagainya bagi merangsang kreativiti kita dan daya rekacipta dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan. Kita juga digalakkan untuk mencari peluang untuk membuat penyelidikan dan menerbitkan hasil penyelidikan atau penemuan baru kita bagi membantu pihak sekolah atau universiti untuk memperbaharui penemuan yang sedia ada. Selain itu, penemuan atau hasil cipta kita perlu didaftar hak cipta bagi mengiktirafnya sebagai reka cipta kita yang asli bagi menglakkan berlakunya peniruan atau plagiarism. Sudah semestinya kita akan merasa jemu dan bosan apabila kita melakukan sesuatu kerja yang sama sahaja setiap hari. Oleh itu, kita perlu melakukan penambahbaikan secara berterusan. Sebagai seorang guru, penambahbaikan berterusan merangkumi cara mengajar, pendekatan baharu untuk mengajar, campuran pelbagai teknik pengajaran, latihan dan kerja secara berkumpulan. Kita perlu sentiasa memperbaiki teknik dan kaedah mengajar kita agar anak murid kita tidak berasa jemu atau bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, penambahbaikan secara berterusan

14 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

juga boleh dilihat dari segi penyelidikan di mana penyelidikan sentiasa memperbaharui penemuan yang sedia ada. Jika kita selalu mengemaskini dan membuat penambahbaikan, kita akan mengetahui perkembangan sesuatu bidang khususnya bidang penyelidikan dari semasa ke semasa. Dalam bidang pendidikan, kita sentiasa merebut peluang yang ada bukanlah bermakna kita tamak untuk mendapatkan sesuatu tetapi peluang yang ada sudah semestinya untuk diambil, bukannya dibiarkan sahaja. Sebagai seorang guru yang berkesan, kita perlu bijak merebut peluang yang ada terutamanya apabila berkaitan dengan cara mendapat dan menyebarkan ilmu. Sebagai contoh, jika terdapat iklan mengenai seminar yang berkaitan dengan bidang pendidikan untuk kita, kita perlku merebut peluang yang ada untuk menimba ilmu baharu. Peluang tidak selalu datang dan kejayaan tidak akan datang bergolek, kita perlu bijak merebutnya. Di sekolah, seringkali terdapat banyak tawaran hebat untuk kita menunjukkan kreativiti kita. Ambillah peluang yang ada sebagai meningkatkan kreativiti kita sebagai seorang guru. Sebagai contoh, jika terdapat tawaran untuk kita berkursus di luar daerah, jangan kita anggapkan tawaran tersebut sebagai beban tugas kita sebaliknya kita harus anggaplah peluang tersebut sebagai cara kita meluaskan jaringan kita denga pihak guru di sekolah lain atau menambahkan kenalan dengan jabatan lain. Peluang tidak akan datang jika kita hanya berada di sekolah dan mengajar. Nilai tambah dalam petunjuk Bitara kreatif dan inovatif bermaksud kita menggunakan kemudahan media dan teknologi seperti kemudahan internet tanpa wayar, kemudahan sistem portal pelajar di universiti, kemudahan teledon dalam proses pembelajaran di universiti sebaik mungkin. Di sekolah, kita sebagai guru yang berkesan haruslah menyebarkan ilmu baharu hasil pembacaan kita kepada anak murid kita dan juga rakan sejawat kita. Pendekatan thinking outside the box juga perlu kita kerap gunakan. Pendekatan ini menerangkan kita sebagai guru tidak terikat dengan kepercayaan dan pengetahuan yang dimiliki. Kita perlu mempunyai kemampuan untuk melihat masalah dari segi perspektif baru bebas daripada segala tanggapan preconceptions yang kita sedia miliki.

15 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

Nilai Bitara kreatif dan inovatif seumpama ini secara eksplisit dapat meluaskan persepsi dan paradigma kita dalam sesuatu penyelesaian masalah. Persepsi yang sempit da nparadigma yang tertutup menyukarkan kita mancari suatu cara penyelesaian yang kreatif. Permainan yang dapat mendalamkan ufuk pemikiran kita dalam menerbitkan idea, pendekatan dan metodologi baharu bagi menyelesaikan masalah. Lazimnya, kita diajar menyelasaikan masalah berdasarkan rules of thumb, dan fix functional, selain pengalaman lalu. Ketiga-tiga pendekatan ini sangat konservatif dan tidak membenarkan seseorang berfikir di luar kotak atau thinking outside the box. Akibatnya, paradigma kita hanya terdorong mencari hanya satu jawapan yang pasti dan tepat. Sedangkan dalam dunia realiti ini sesuatu masalah itu boleh diselesaikan dengan banyak cara dan pendekatan.

RUMUSAN Sebagai seorang guru yang berkesan, kita haruslah sentiasa meluaskan cara kita berfikir tidak hanya kepada persekitaran kita tetapi juga membandingkan dengan persekitaran di luar seperti di luar negara. Untuk menjadi seorang guru yang berkesan, kita harus mempunyai sahsiah dan personaliti yang tinggi. If they arent learning...then you arent teaching.~ Anon. Guru yang berkesan pasti akan merealisasikan pendidikan yang cemerlang. Kita perlu inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan, dan kegemilangan seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi ataupun kejayaan kelompok dan komuniti. Sikap adalah kekunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak. Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-individu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka

16 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

memiliki sikap, kehendak, dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya. Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat, dan budaya yang diamalkan dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang murid, guru, kakitangan bukan guru, dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini ialah guru-guru sendiri. Oleh itu, untuk menjadi seorang guru yang berkesan kita haruslah merealisasikan atau mempamerkan nilai-nilai Bitara yang digariskan oleh pihak UPSI. Dengan adanya nilai Bitara dapat membantu kita menjaga dan mengekalkan personaliti yang bersahsiah tinggi dari semasa ke semasa.

Bibliografi 1. Ketelusan - Asas Pembinaan Pekerti http://sepaku.net/nur-addin/5994-ketelusanasas-pembinaan-pekerti.html#ixzz1MZW4PNgr 2. Hussein Mahmood (1993) Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. 3. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur(1999) Program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan (Edisi Kedua) 4. Noor Shah Saad (2007). Program Pembinaan Insan Dalaman Universiti Pendidikan Sultan Idris (BITARA) : Konsep, Pelaksaaan dan Persepsi Amalan Staf Akademik, Persidangan Kecemerlangan Modal Insan Dalam Sektor Awam 57 November 2007, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. 5. Muhammad Rais Abd. Karim (2006). Melestari Pendidikan Gemilang ke Arah Penjanaan Modal Insan, Tanjong Malim: Pencetakan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

17 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

6. Ahmad Shukri Abd. Hamid (2006,3 Mac). Modal Insan Pelengkap Pembangunan. Berita Harian, muka surat 13.

TAJUK TUGASAN 3 : 1( a ) Huraikan satu isu yang melanggar etika profesion perguruan.1.0 PengenalanGuru dianggap sebagai satu profesion yang paling murni. Ia juga dikatakan satu profesion yang paling unik. Namun berbeza daripada profesion yang lain seperti doktor, peguam dan arkitek, guru tidak mempunyai satu badan khas yang mengawal profesionalisme pengamal-pengamalnya selain daripada Unit Tatatertib Jabatan Negeri.

18 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

Di Malaysia, adakalanya guru yang dianggap melanggar etika perguruan tidak akan diambil tindakan pecat atau lesen mengajar guru berkenaan ditarik balik. Etika Profesional adalah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu mengikut profesional masing-masing. Ia menjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari. Tujuan etika diadakan adalah untuk mengekalkan integrity moral seseorang profesional itu. Etika membawa maksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Seseorang anggota perkhidmatan awam berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam kerajaan. ( Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam-INTAN, 1991 ) Menurut Shukri Ahmad dan Razali Mat Zin (2001) dalam buku yang berjudul Adab dan Etika Kerja dalam Organisasi, menyatakan bahawa etika merupakan prinsip moral atau nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh dicapai oleh seseorang tanpa menjalin penghubungan sosial dengan orang lain. Terdapat banyak lagi definisi dan kaitan-kaitan yang dibuat kepada etika.Sebagai contohnya etika didefinasikan sebagai sains moral dan prisip-prisip moral, etika adalah falsafah tingkah laku manusia dilihat dari aspek Lahiriah dan Batiniah, etika adalah disiplin dan peraturan yang menentukan semua perbuatan itu baik atau jahat, etika biasanya dikaitkan dengan nilai moral dan estetika. Etika Kerja Keguruan hendaklah diamalkan oleh semua guru dengan diterajui oleh pihak pemimpin. Semua pihak hendaklah bertekad dan berusaha untuk mempertingkatan kualiti peribadi dan perfesional keguruan. Adalah amat penting setiap personal di KPM tanpa mengira jawatan yang disidang memahami serta menghayatnya setiap masa sebagai budaya kerja harian . Sebagai seorang guru yang berprofesion, mereka terikat dengan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia. Mereka memulakan perkhidmatan dengan ikrar seperti dibawah: Kami guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan kewarganegaraan yang berilmu, yang taat setia, yang

19 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demoklasi, kebebasan perseorangan dan pronsip-prinsip Rukun Negara. Dengan melalui pendidikan, guru dapat membantu muridnya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman den menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak murid untuk mencapai kemajuan sepernuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyerpurnakan profesion kami ke tahap kesusilaan yang setinggi-tingginya Isu yang melanggar etika profesion perguruan yang dipilih adalah tidak berintegriti dalam perkhimatan. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamad( 1991) dinyatakan bahawa integriti dalam perkhidmatan awam adalah sesuatu yang sering dihubungkan dengan nilai amanah, jujur,kebolehpercayaan dan juga sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Takrif integriti menurut buku Pelan Integriti Nasional pada muka surat 18 dinyatakan bahawa integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang diberi untuk kepentingan umum. Tidak menyalahgunakannya untuk kepentingan diri sendiri. Memberi keutamaan kepada kepentingan awam apabila berlaku sesuatu konflik. Walaupun kajian mengenai golongan atau kerjaya mana yang paling dipercaya oleh rakyat Malaysia (Who Do Malaysian Trust Most) yang pertama di Malaysia meliputi sebanyak 2704responden pada tahun 2005 memaparkan daripada 15 jenis pekerjaan , guru menduduki tenpat kedua selepas doktor, tidak bermakna guru terlepas daripada masalah atau isu tidak berintegriti. Berasaskan masalah-masalah yang dihadapi inilah, maka satu Pelan Integriti National ( PIN) telah dilancarkan pada 23 April 2004. Pelan Induk ini bersifat holistic bagi memantapkan lagi integrity di kalangan penjawat awam termasuk guru. PIN juga bermatlamat untuk menjadikan integriti sebagai satu budaya kerja masyarakat Malaysia. Secara khususnya pula, PIN akan mengisi cabaran keempat dalam wawasan membina masyarakat bermoral dan beretika.

20 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

Dewasa ini tidak berintegriti di kalangan penjawat awam banyak dilihat dalam konteks rasuah. Seseorang guru juga tidak terkecuali daripada nilai buruk ini, terutama apabila guru tersebut memegang sesuatu jawatan yang tinggi dalam aspek pengurusan seperti menjadi guru besar, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah,Pejabat Pendidikan Negeri dan sebagainya. Kuasa yang ada pada mereka seperti menentukan pembelian, pemerolehan dan pembangunan membuka ruang kepada pelakuan rasuah. Pelakuan rasuah boleh berlaku dalam berbagai segi seperti penyalahgunaan kuasa, pelibatan wang ringgit, perkhimatan seks dan sebagainya. Daripada sekecil-kecil rasuah yang berbentuk imbuhan daripada pembekal buku kerja dengan komisen yang dipersetujui sehinggalah kepada yang besar seperti sogokan bagi mendapatkan tender-tender besar dalam pembangunan ataupun sesuatu perkhidmatan dalam dunia pendidikan. Ekoran daripada kemelut rasuah yang berleluasa, TEKAD 2008 telah mengantur langkah-langkah untuk mengurangkan gejala rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan secara lebih berkesan. Pengurusan kepada integriti perkhimatan awam mencakupi guru juga perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh kerana masyarakat mempunyai ekspektasi tinggi terhadap kecekapan, keberkesanan dan produktiviti pelaksanana kerja anggota perkhimatan awam termasuklah guru tadi. Isu rasuah penyelewengan dan salah guna kuasa akan menjejaskan segala bentuk pelaksanaan kerja dalam semua aspek. Ranai bersetuju untuk menggunakan istilah najis bagi rasuah bersamaan dengan istilah yang sama digunakan kepada dadah. Seseorang guru yang terlibat dengan najis ini sudah tentu akan mengganggu segala tugas-tugas rasmi ataupun tidak rasmi yang lain. Secara asasnya, pendapatan berasaskan rasuah itu sendiri sudah pasti akan membentuk nilai diri yang tidak baik kepada individu itu. Beliau sudah pasti menjadi seorang insan yang tidak takut kepada Allah sebagai maha pencipta. Lantaran tiada nilai ketakwaan tidak mustahil dia akan melakukan lebih banyak lagi perkara-perkara yang melanggar nilai atau etika perguruan. Mathama Gandhi iaitu seorang tokoh dan bekas Menteri Perdana India pernah menyatakan ungkapan The world has enough for everyones needs, but never enough for even one mans greed. Berkisar tentang soal rasuah ini, perlulah juga rasanya diperincikan dengan detil perihal rasuah itu sendiri. Terdapat bentuk-bentuk tingkah laku

21 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

rasuah yang merujuk kepada peringkat-peringkat. Peringkat tersebut adalah peringkat pra, peringkat permulaan, peringkat pertengahan dan peringkat kritikal. Perbincangan akan diteruskan berdasarkan peringkat-peringkat berkenaan. Pada peringkat pra, klient atau pelanggan akan memberi sumbangan yang didakwa sebagai sumbangan ikhlas. Kebiasaannya sumbangan ini dianggap sebagai satu konsep untuk menabur bidi, tanda ucapan terima kasih, tanda ingatan dalam nilai persahabatan dan berunsur puji pujian kepada yang telah berjasa. Peringkat seterusnya ialah peringkat permulaan. Pada peringkat ini pemberi atau klient akan membelanja makan minum, member baucher, menghadiahkan cenderamata dan sebagainya di atas konsep keterhutangan atau termakan budi. Pada peringkat ini rasuah telah mencapai satu tahap peringkat yang telah menjadi amalan dan budaya. Peringkat seterusnya pula ialah peringkat pertengahan. Pada peringkat ini, rasuah atau suapan dibuat secara bayaran tunai. Rasuah atau suapan telah mencapai satu aras iaitu perlakuan ini terlaksana atas konsep keterbiasaan. Dakam erti kata lain satu perlakuan meneruskan keterlanjuran sehingga menjadi suatu amalan. Manakala peringkat terakhir pula dikenali sebagai Peringkat Kritikal. Pada peringkat ini telah wujud elemen demand. Dalam peringkat ini rasuah atau suapan telah berlaku secara agak terbuka atas konseo terpaksa. Pelaku telah ditanam dalam dirinya konsep penghalalan kepada hal-hal atau perkara yang haram. Terbenam dalam minda dan menjadi pegangan terhadap corruption mindset Terdapat juga berbagai-bagai persepsi di kalangan pembeli rasuah. Mereka mempunyai satu tanggapan yang seakan-akan telah sebakti dalam diri mereka. Mereka sangat yakin bahawa semua manusia suka dirai dan dihargai. Pembeli rasuah juga berpendapat bahawa amalan rasuah adalah perkara biasa yang telah menjadi tradisi di sesebuah jabatan kerajaan dan swasta. Mereka juga akan sentiasa memastikan pihak tertentu sedia bekerjasama dahulu sebelum menghulurkan umpan atau suapan. Kenyakinan bahawa manusia mudah tunduk kepada wang amat tebal dalam diri mereka. Sikap tidak putus asa juga seolah-olah satu amalan mulia pula tetapi sikap ini berlaku dalam konteks rasuah iaitu sekali penerima menolak, pembeli rasuah akan mencuba lagi. Pendekatan juga dilakukan dalam konteks berbaik-baik pada hari ini, hari esok mungkin mengena. Pembeli rasuah juga memegang konsep hutang budi dibalas budi. Konsep ini

22 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

kelihatan suci pada kaedahnya tetapi tidak benar pada batilnya seperti pandangan ilmuan sesuatu kaedah tidak akan menghalalkan cara. Secara amnya, segala persepsi pemberi rasuah ini merujuk kepada nilai moral yang rendah dan dalam masa yang sama mereka mudah terpengaruh dengan gejala rasuah ini. Perbincangan juga akan melihat pandangan terhadap rasuah daripada persepsi penerimaan rasuah. Oleh kerana rasuah yang diterima sama ada daripada mata wang atau harta benda itu mendatangkan kegembiraan, maka penerima rasuah akan mudah menghalalkan tingkah lakunya. Berdasarkan amalan rasuah dalam organisasinya, penerima rasuah juga akan rasa tersisih jika tidak mengikut norma yang biasa itu. Penerima rasuah juga akan beranggapan apa yang saya dapat setelah penat bekerja? mereka juga akan menganggap peluang hanya boleh datang sekali dan dengan mudah akan mendakwa pihak atasan juga buat apatah lagi pihak bawahan sepertinya. Penerima rasuah juga sering menganggap rasuah itu bukan nijis tetapi satu keistimewaan sering dianggap keraian itu adalah merupakan fitrah dalam perundingan. Dalam konteks kerjaya guru pula akan ada sesetengah yang beranggapan bahawa agensi kerajaan lain lebih teruk mengamalkan rasuah dan sedikit rasuah dalam bidang keguruan tentu tidak menjejaskan apa-apa. Para pentadbir dalam dunia perguruan juga segelintirnya beranggapan sesiapa yang ada kuasa boleh mendatangkan kekayaan. Secara berjenaka mereka akan berkata imam yang kuat pun belum tentu dapat menggelak rasuah. Terdapat juga ungkapan-ungkapan berbaur ejekan dan sindiran seperti seseorang itu tidak akan bersalah melakukan rasuah selagi belum tertangkap. Di antara pelanggaran integriti dalam kes lain di kalangan guru, sering juga didapati guru menggunakan kemudahan pejabat atau sekolah untuk kepentingan peribadi, makan dan minum melebihan waktu yang ditetapkan, ponteng selepas panch in , membuat kerja sendiri, memakai pakaian tidak sesuai, datang lambat dan balik awal dan berbagai-bagai lagi kesalahan.

23 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

1( b ) Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru.1.0 Penganalan Terdapat banyak kesan buruk kepada pembangunan sahsiah guru terlibat dalam kancah amalan rasuah. Kesan buruk ini boleh berlaku pada diri sendiri, keluarga, hubungan sosial, kerjaya, organisasi dan juga masyarakat. Perbincangan seterusnya akan dilaksanakan berdasarkan perkara-perkara berikut yang diagihkan kepada sub-sub topik. 2.0 Kesan Buruk Kepada Diri Sendiri Kesan buruk kepada diri sendiri adalah dalam bentuk keabadian diri. Orang sekeliling atau masyarakat umum juga akan memandangan negatif kepada pelaku rasuah. Bahkan pelaku rasuah sering dipandang hina dan dipandang rendah. Dalam konteks perguruan pula, pesalah rasuah yang merupakan seorang guru mempunyai kesan impak negatif yang lebih tinggi berbanding seseorang dari kerjaya lain. Apabila seorng guru yang sememangnya insan yang disanjungi dan dihargai terlibat dengan amalan rasuah, maka prestasinya seolah-olah menjunam setinggi awan ke bumi. Guru yang selama ini menjadi role model kepada murid akan juga menjadi contoh dalam aspek yang negatif pula iaitu pengamal rasuah. Seseorang pelaku rasuah juga sama ada sedang menunggu hukuman atau telah pun dihukum akan hilang keyakinan diri untuk terus hidup dalam masyarakat. Mereka seolah-olah telah sampai ke penghujung hidup dan telah menemui jalan buntu. Tidak hairanlah apabila kita selalu didapatkan dengan berita-berita kisah orang bunuh diri lantaran tidak sanggup menanggung malu atau kerugian besar. Label yang diberikan oleh anggota masyarkat kepada pelaku rasuah juga akan menambahparahkan lagi keadaan tersebut. 3.0 Kesan Buruk Kepada Keluarga

24 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

Manakala dari aspek keluarga pula, bagi pengamal rasuah keluarga mereka akan dipandang hina dan dipandang rendah oleh ahli masyarakat. Manakala dalam konteks agama dan kepercayaan pula seperti dalam konteks persepsi Islam, kehidupan pengamal rasuah tidak berkat. Ketidakberkatan secara tidak langsung akan melibatkan keluarganya kerana mungkin beliaulah satu-satunya sumber pendapatan keluarga. Segala bentuk harta benda milik keluarga akan sentiasa dipersoalkan walaupun bukan semuanya terlibat denagn amalan rasuah. Dalam masa yang sama juga, amalan rasuah si pelaku akan meninggalkan kesan yang tidak baik kepada pasangannya sama ada suami atau isteri dan juga zuriatnya seperti anak, cucu, cicik dan sebagainya. Secara langsung dan tidak langsung amalan buruk seperti rasuah ini akan terus diperkatakan melewati keturunan kepada anak, cucu, cicik, cuit dan tidak keterlaluan adakalanya sehingga tujuh keturunan. Keadaan ini juga bertepatan deng an adat manusia jahil yang sememangnya suka mengumpat keji dan mengatakan mengenai keburukkan orang lain seolah-olah kunci pintu taubat mereka yang memegangnya .

4.0

Kesan Buruk Kepada Kerjaya Selain daripada melibatkan diri manusia itu sendiri, amalan rasuah juga memberi

kesan dari aspek kerjaya. Seseorang pengamal rasuah yang tertangkap sudah pasti menjejaskan kerjayanya. Mengikut undang-undang, seseorang penjawat awam seperti guru akan dipecatkan daripada jawatannya apabila didapati bersalah atas tuduhan mengamalkan rasuah. Sekiranya tidak sampai kepada tahap pemecatan jawatan kesan buruk juga terhasil dalam rekod perkhimatan seseorang yang terlibat dalam amalan rasuah. Dari satu sudut lain pula, amalan rasuah yang dilakukan akan memberi imej buruk kepada sesuatu kerjaya atau bidang pekerjaan. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa yang berbunyi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Terdapat satu lagi peribahasa yang juga membawa maksud yang sama iaitu seekor kerbau yang membawa lempur, habis terpalik semua kerbau yang lain. Maksudnya, apabila hanya mungkin seorang atau segelintir yang melakukan rasuah tetapi yang mendapat nama buruk adalah keseluruhan

25 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

bidang kerjaya itu. Apatah lagi jika berlakunya adalah seorang guru. Akan terkeluarlah kata-kata ejekan seperti guru pun rasuah, bagaimana acuan begitulah nanti kuihnya. 5.0 Kesan Buruk Kepada Hubungan Sosial Pelaku rasuah juga akan menghadapi masalah dalam konteks sosial. Rakan-rakan sudah tentu akan semakin menjauh diri kerana tidak mahu terpalit sama dengan najis rasuah tersebut. Berbalik kepada konteks dunia keguruan,seseorang guru yang terlibat dengan rasuah akan menimbulkan kesan keterhakisan nilai kebolehkepercayaan. Dalam erti kata yang lebih mudah, murid, ibu bapa dan masyarakat akan mula hilang keyakinan dan kepercayaan kepada kredibiliti sesorang guru itu. Apabila keadaan ini berlaku secara tidak langsung akan turut memburukkan elemen-elemen lain dalam pendidikan seperti sesi pengajaran dan pembelajaran. Akibat kelunturan tahap kenyakinan murid terhadap guru, sudah tentu segala ilmu dan juga kemahiran-kemahiran serta didikan yang guru cuba sampaikan kepada murid akan terjejas. Terdapat juga kesan yang berada pada tahap yang membimbangkan dan menakutkan. Senario ini telah pun berkembang dengan pesat di negara-negara membangun termasuklah Negara kita Malaysia. Telah banyak dipaparkan di akhbar keskes bunuh diri yang diakibatkan oleh gejala rasuah. Keadaan ini berlaku retetan daripada rasa malu yang amat sangat ataupun rasa tertekan yang amat tinggi di kalangan pelaku rasuah. Apabila tertangkap pelaku rasuah seolah-olah merasa kehilangan segala-galanya kerana dia sedar akan hukuman yang perlu dilaluinya yang juga merupakan hukuman yang berat seperti buang kerja. Pembekuan aset dan hukuman penjara. Hukumanhukuman yang menghantui fikiran ini juga mambawa kepada kehilangan kewarasan untuk berfikir dan menimbangkan baik buruk tindakan susulan berikutnya. Dalam keadaan ini, pelaku rasuah sudah tidak mempunyai harga diri lagi sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh diri. Tindakan ini diambil dengan anggapan bahawa segalanya akan selesai. Namun pada hakikatnya itu bukannya cara penyelesaian malah menjadi satu lagi masalah baru yang lebih besar. Maka bertambah-tambah lagi kesan buruk retetan daripada asalnya hanyalah amalan najis rasuah.

26 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

6.0

Kesan Buruk Kepada Masyarakat dan Negara Apabila guru pun boleh terlibat dalam amalan rasuah, secara mudahnya boleh

diandaikan bahawa agensi-agensi kerajaan yang lain tentu akan juga terlibat. Ini bermaksud bahawa Negara kita dipenuhi oleh pengamal-pengamal rasuah terutama dalam agensi kerajaan. Agensi kerajaan lebih bersifat member perkhidmatan dan menjaga kebajikan masyarakat. Marilah sama-sama kita bayangkan apakah kesan dan akibat apabila sesuatu Negara penuh dengan amalan rasuah kepada kebajikan masyarakatnya. Sudah pasti masyarakat akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan. Terpaksa melakukan suapan seperti menghjulur duit di bawah meja bagi mendapatkan sesuatu perkhidmatan. Amalan rasuah juga menimbulkan kesan ketidakadilan dalam masyarakat. Siapa yang menyogok lebih banyak akan dapat sesuatu perkhidmatan atau tender-tender bagi sesuatu projek. Ekoran daripada terpakse member sogokan atau suapan, bujet untuk perbelanjaan sesuatu projek telah tersasar dan akibatnya berlakulah pemotongan kos kepada harga dan mutu barangan atau perkhidmatan. Sudah pasti kesannya akan diterima terus oleh masyarakat melalui aspek gunaan sesuatu barangan, bangunan atau perkhidmatan. Walaupun kita melihat kesan ini lebih ke arah agensi-agensi yang banyak terlibat dengan projek kerajaan, namun kesan yang sama juga boleh dilihat apabila guru yang terlibat dengan rasuah. Sebagai contoh paling hampir, apabila seseorang pentadbir dalam institusi pendidikan menerima rasuah daripada pembekal buku kerja, maka buku itu mungkin dipilih tidak berasaskan nilai kesesuaian atau atas dasar kebaikan kepada murid. Jadi kesannya tertimpalah kepada murid yang sememang merupakan satu kumpulan ahli masyarakat. Kemungkinan juga pembekal buku mengenakan harga yang sedikit mahal atau tanpa diskaun. Hal ini pula akan menimbulkan ketidakadilan pula kepada ibubapa atau penjaga. Jika suapan atau rasuah tidak diberikan sudah tentu keuntungan dapat dikecapi secara sama rata di kalangan ibubapa atau penjaga kerana diskaun yang diberikan dapat dinikmati secara sama rata.

27 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

1( C ) Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah.1.0 Pengenalan Isu yang dipilih akan dikaitkan dengan Teori Hierarki Keperluan tingkah laku manusia.( Hierarhy of Need Theory) yang dikemukakan oleh Abraham Maslow. Teori Maslow ini menghuraikan lima keperluan asas manusia yang seterusnya akan mempengaruhi tingkah laku manusia. Keperluan-keperluan asas tersebut adalah keperluan fisilogi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri. Isu rasuah yang dibincangkan merujuk terus kepada lima keperluan yang disarankan oleh Abraham Maslow. Seterusnya perbincangan akan menjelaskan terlebih dahulu tentang ciri-ciri keperluan mengikut Maslow. Keperluan yang diletakkan paling hujung dalam senarai merukan keperluan yang paling perlu diberikan keutamaan, manakala keperluan yang disebutkan paling awal adalah keperluan yang paling lemah. Penjelasan kepada ciri-ciri bagi keperluan asas tersebut dan kaitannya dengan isu yang dibincangkan akan dibuat berdasarkan sub-sub topik berikut. 2.0 Keperluan fisiologi Keperluan fisiologi adalah keperluan peringkat pertama yang perlu dipenuhi. Merupakan keperluan asas bagi setiap individu seperti keperluan untuk makan, keperluan untuk minum, keperluan untuk tidur, keperluan untuk pakaian, keperluan untuk seks dan sebagainya. Keperluan fisiologi ini bersifat biological dan merupakan keperluan asas yang sangat penting serta sekiranya tidak dipenuhi maka keperluan-keperluan lain akan menjadi tidak penting. Merujuk kepada kaitannya dengan isu rasuah, apabila permintaan terhadap keperluan fisiologi melebihi daripada yang sepatutnya maka keadaan ini cenderung untuk melahirkan rasuah. Setiap orang perlu ada pakaian, makan minum, rehat dan sebagainya. Secara asas cukuplah sekadar berpatutan dan sederhanaan. Namun apabila seseorang itu

28 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

sentiasa menurut hawa nafsunya yang sentiasa menginginkan keperluan fisiologi yang melebihan seperti makan makanan yang sedap dan mahal, tidur di tempat mewah seperti di hotel 7 bintang, minum minuman yang mahal dan sebagainya. Lantaran itulah kecenderungan untuk melakukan rasuah sangat tinggi. Lebih-lebih lagi jika pendapatan seseorang itu tidak dapat menampung serakah hawa nafsunya. 3.0 Keperluan keselamatan Menurut Maslow, keperluan keselamatan merupakan keperluan kepada

kestabilan, pergantungan, perlindungan bebas daripada rasa takut dan bimbang. Bagi Maslow, keperluan ini sangat penting pada peringkat kanak-kanak dan golongan dewasa yang mengalami masalah kejiwaan. Bagi kanak-kanak, mereka akan menunjukkan ketakutan kepada orang yang tidak dikenali dan memaparkan rasa gelisah apabila ketiadaan ibunya bersama. Bagi menyesuaikan diri seperti pada tahun pertama, kanakkanak memerlukan rutin harian, kestabilan dan persekitaran yang aman. Manakala bagi golongan dewasa pula, keperluan ini dapat dipenuhi dengan mewujudkan undang-undang di dalam masyarakat. Keadaan ini akan membantu orang dewasa bagi memenuhi keperluan mendapat ketenteraman, kedamaian, bebas dari perasaan resah , gelisah dan sebagainya yang boleh mengancam nyawa dan fizikal serta emosi. Bagi orang dewasa, kegagalan bagi memenuhi keperluan ini akan menimbulkan keadaan yang membahayakan manusia. Dalam konteks kaitan dengan amalam rasuah, kecenderungan seseoarang itu untuk mendapatkan wang yang lebih bagi memastikan keperluan keselamtannya terjamin maka terjebaklah dia dengan gejala rasuah. Semakin banyak wang yang dimiliki semakin banyak peluang untuk memenuhi keperluan keselamatan. Semua orang akan rasa selamat jika mempunyai wang yang banyak. Mereka rasa wang yang mereka ada itu dapat membeli segala keperluan keselamatan yang seterusnay akan menjamin agar mereka mendapat ketenteraman, kedamaian, bebas dari perasaan resah dan sebagainya. 4.0 Keperluan kasih sayang

29 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

Menurut Maslow keperluan kasih sayang merupakan keperluan setelah terlaksana keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan. Sebagai contohnya, bagi kanak-kanak mereka telah berasa selamat dalam persekitarannya akan mula mengalih perhatiannya kepada orang lain. Dalam bentuk memerlukan kasih saying daripada ibu bapa atau ahli keluarganya. Sementara pada peringkat remaja pula, keperluan kasih sayang perlu dipenuhi untuk mendapatkan penerimaan daripada sahabat atau rakan. Berkaitan dengan isu yang diperbincangkan, pada zaman sekarang semua perlukan wang termasuklah kasih sayang. Dunia kini serba materialistik sehingga kasih sayang pun boleh diberi. Seseorang yang berlakukan rasuah sememangnya mempunyai tanggapan yang salah tentang kehidupan sehinggalah sanggup melakukan gejala rasuah. Pelaku rasuah ini lebih- lebih lagi akan bersetujui dengan pandangan Maslow yang menyatakan hubungan seks adalah sebagai pernyataan rasa kasih sayang. Ekoran itu, penglibatannya dengan ekonomi berasaskan rasuah akan sentiasa meningkat dari sehari ke sehari demi mendapatkan wang yang banyak dengan cara mudah. Di dalam keperluan kasih sayang ini mencakupi juga keperluan untuk merasai diri dihargai. Keadaan ini sukar untuk dicapai terutama dalam masyarakat yang sering berubah seperti perubahan tempat tinggal, tempat kerja, tempat belajar dan sebagainya. Kesukaran akibat perubahan-perubahan ini, menyebabkan seseorang itu terpaksa memenuhi keperluan kasih sayang dengan berbagai-bagai cara. Sebagai contoh yang spesifik seseorang itu akan menganggotai sesuatu persatuan atau kelab kerana melalui cara itu dia dapat mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti atau acara yang diwakilinya. Bagi Maslow, keperluan kasih saying ini juga termasuk keperluan memenuhi keinginan seks. Maslow juga berpendapat keperluan untuk memenuhi keperluan seks juga adalah satu cara untuk menyatakan kasih sayang. Apabila keperluan ini tidak dapat dipenuhi, manusia akan menjadi gelisah, kecewa dan tidak tenteram sehingga menyebabkan berlaku gangguan emosi. Pandangan Maslow ini lebih bersifat pandangan peribadi dan tidak semestinya kita mesti terima bulat-bulat. Jika diteliti dari sudut agama dan kepercayaan maka pandangan Maslow ini kita boleh diketepikan kerana tidak selari dengan nilai-nilai ketimbulan .

30 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

5.0

Keperluan penghargaan kendiri Keperluan ini adalah keperluan untuk mendapatkan pengikhtirafan diri sendiri,

penghormatan daripada orang lain, rasa dikenali dan mendapat kejayaan sosial. Bagi keperluan penghargaan kendiri itu pula terbahagi kepada dua jenis iaitu penghargaan terhadap diri sendiri dan penghargaan yang diberikan oleh orang lain. Dalam konteks perguruan, pelaksanaan sambutan hari guru adalah salah satu contoh penghargaan yang diberikan kepada guru. Dalam masa yang sama juga, murid-murid akan turut serta menunjukkan penghargaan mereka terhadap guru. Keperluan penghargaan kendiri yang dapat dipenuhi dengan baik akan membuatkan seseorang itu memiliki keyakinan diri dan lebih berdikari seterusnya akan menyebakan seseorang itu lebih produktif. Manakala keperluan mendapatkan penghargaan daripada orang lain akan berdarutan kepada keperluan untuk mendapatkan kemasyhuran, pengikhtirafan,penghormatan, pengangungan dan sebagainya. Sebaliknya jika keperluan ini tidak dapat dicapai, akan timbul pula masalah-masalah. Sebagai contohnya tidak bermotivasi, tidak redha sentiasa mengharap pertolongan orang lain. Rasa rendah diri, rasa takut, tidak bermaya,takut dikritik orang dan suka melihat kelemahan diri sendiri. Dari sudut perkaiatannya dengan amalan rasuah, apabila seseorang itu mempunyai wang dan harta yang banyak, dia akan mudah memenuhi keperluan penghargaan diri yang merupakan keperluan yang kedua tertinggi dalan hieraki Maslow. Orang yang mempunyai wang yang banyak akan cuba pula mendapat kuasa. Kekuasaan yang dimiliki akan membawa kepada pemeolehan penghargaan daripada orng lain pula. Dalam masa yang sama wang yang banyak sehingga lebih-lebihan sehingga mendatangkan kemasyhuran dan penganggungan yang melampau. Untuk mendapatkan wang yang banyak dengan cara yang mudah itulah ramai yang terlibat dengan rasuah. 6.0 Keperluan kesempurnaan kendiri Menurut Maslow, keperluan ini berada pada tingkat paling atas dalam hieraki. Dalam mencapai keperluan kesempurnaan kendiri, setipap orang mempunyai cara yang

31 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

berbeza untuk memenuhinya. Keperluan ini dinyatakan merangkumi dua elemen iaitu kebolehan menggunakan sepenuhnya potensi yang dimiliki dan bakat serta kebolehan. Digariskan ciri-ciri manusia yang mencapai kesempurnaan. Ciri-ciri tersebut adalah mempunyai persepsi yang jelas tentang realiti penerimaan terhadap diri sendiri, orang lain dan persekitaran serta suka mempermudahkan, berdedikasi terhadap sesuatu sebab menikmati pengalaman hidup, minat untuk bersosial, toleransi, kreativiti dan menolak terhadap tekanan sosial. Berkaitan dengan isu yang dibincangkan, saya melihat ciri-ciri yang mencapai kesempurnaan dalam era moden ini sering dikaitkan dengan nilai material dan kebendaan. Dalam erti kata yang lebih mudah, seseorang yang kaya raya itu akan dilihat lebih sempurna berbanding orang lain. Maka di sinilah gejala rasuah memainkan peranannya meresap kesanubari insan-insan yang tidak beriman.

7.0

Kesimpulan Secara rumusannya, dapatlah disimpulkan bahawa kecenderungan manusia untuk

melakukan amalan rasuah adalah bagi memenuhi keperluan-keperluan dalam hidupnya yang lebih bersifat memenuhi kehendak dan bukan lagi hanya untuk memenuhi keperluan. Ini bertepatan dengan teori humanlistik Maslow yang memberi penekanan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan keperluan-keperluan tertentu yang membolehkan seseorang itu terus membesar dan mencapai kesempurnaan.

32 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

BIBLIOGRAFI Allen, B.P.(2000). Personality theories: development, growth and

diversity( 3rd Ed.).USA:Allyn & Bacon. Burger, J.M. (2001). Personality and integrative approach theories:Basic assumptions, research and applications( 4th Ed.) new Jersey:Prentice Hall, Inc. Gillman , S (2005). Innovation: Thinking noutside The Box. Dimuat turun daripada http://ezinearticles.com/?Innovation:-Thinking-Outside-The Box&id=74268 pada 10 Februari 2011. Human Metrics (1998). Jung Typology Test. Dimuat turun daripada http://www.humanmetrics.com/cgi-win/JTypes2.asp pada 10 Februari 2011. Nilai Bitara UPSI. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dimuat turun daripada http://www.upsi.edu.my/index.php/ms/halaman/upsi-sepintas-lalu/nilaibitara.html pada 10 Febuari 2011. Oregon Small School Initiative ( 2010 ). Tuckmans Team Developmental Model. Dimuat turun daripada http://www.esmallschools.org/ pada 10 Februari 2011

33 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

Universiti Pendidikan Sultan Idris ( 2011 0. Visi, Misi dan Matlamat. Dimuat turun daripada http://www.upsi.edu.my/ pada 10 Februari 2011

34 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386

35 PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 TAN HUI NEE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI ) D20102044386