sahsiah remaja islam

21
SAHSIAH REMAJA ISLAM Bersama: PN HJH NORAZINAH BT YA’ACOB

Upload: norazul89

Post on 14-Jun-2015

1.114 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sahsiah remaja islam

SAHSIAH REMAJA ISLAM

Bersama:PN HJH NORAZINAH BT YA’ACOB

Page 2: Sahsiah remaja islam

SAHSIAH / AKHLAK

Akhlak remaja mencerminkan dimana tahap kemajuan peribadi sesuatu umat. Oleh yang demikian pembentukan akhlak remaja perlu dilandaskan kepada nilai-nilai murni menurut kacamata Islam.

Page 3: Sahsiah remaja islam

REMAJA PEREMPUAN ISLAM

Perkembangan fizikal remaja boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu masa awal remaja (umur antara 13 hingga 18 tahun) dan masa akhir remaja (umur antara 18 hingga 24 tahun).

Lingkungan baligh ialah mencapai umur 15 tahun atau kanak-kanak lelaki sudah bermimpi bersetubuh dan kanak-kanak perempuan pula telah keluar haid dalam tempoh umur antara 9 hingga 15 tahun. Batasan usia remaja menurut WHO adalah 12 sampai 24 tahun.

Page 5: Sahsiah remaja islam

Dr Fathi Yakan telah menggariskan beberapa sifat yang perlu ada pada setiap Muslim dan sudah

tentu wajib dimiliki oleh remaja Islam.

1. Bersifat warak dari melakukan / menghindari perkara-perkara haram & syubhat.

Page 6: Sahsiah remaja islam

2. Menundukkan pandangan: remaja mestilah menutup pandangannya daripada perkara-perkara yang diharamkan Allah, kerana pandangan itu akan menimbulkan syahwat dan mendorong seseorang terjatuh ke dalam maksiat dan dosa.

Allah SWT telah berfirman:“Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan” [An-Nur: 30]

Rasul SAW bersabda:“Pandangan itu satu dari panah-panah iblis”

Page 7: Sahsiah remaja islam

3. Memelihara lidah: remaja hendaklah memelihara lidahnya daripada perkataan yang tidak memberi faedah, percakapan yang kotor, kalimah dan ibarat-ibarat yang keji dan cakap kosong mengumpat dan menghasut.

Sabda Rasul SAW berkenaan bahaya lidah:“Siapa yang banyak cakapnya banyaklah salahnya, siapa yang banyak salahnya banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka neraka adalah paling utama baginya” [Baihaqi]

Page 8: Sahsiah remaja islam

4. Malu: Remaja mestilah bersifat malu dalam semua keadaan, tetapi sifat malunya itu tidak menghalang beliau daripada memperkatakan kebenaran.

Para ulama mengatakan. “Sifat malu pada hakikatnya ialah suatu sifat yang mendorong seseorang meninggalkan perkara yang buruk dan menghalang beliau daripada mencuaikan hak orang lain.

Page 9: Sahsiah remaja islam

5. Lemah lembut dan sabar.

6. Pemaaf. Usia remaja adalah masa untuk menguji kesabaran dan mengetahui tahap keikhlasan diri seseorang,

7. Bersifat benar dan jujur: remaja hendaklah bersifat benar, tidak berdusta, mengatakan sesuatu yang hak sekalipun terhadap dirinya dengan tidak merasa takut kepada celaan manusa demi kapatuhan kepada Allah. Sifat dusta adalah sifat yang paling hina.

Page 10: Sahsiah remaja islam

8. Tawaduk, remaja mestilah bersifat tawaduk, terutamanya di kalangan saudara seIslam: tidaksombong @ rendah diri

9. Menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat, mengejek keburukan orang lain, semua sifat-sifat ini mesti dijauhi

10.Pemurah, remaja mestilah menanam sifat bermurah hati, mengorbankan diri dan hartanya pada jalan Allah

Page 11: Sahsiah remaja islam

11. Menjadi contoh ikutan: remaja mestilah menjadi qudwatun hasanah bagi rakan- rakan dan masyarakat sekeliling.

Page 12: Sahsiah remaja islam

Tuntutan Menutup Aurat

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS 33:59)

Page 13: Sahsiah remaja islam

Larangan Melihat Aurat Wanita

Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda, “Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita”.

Page 14: Sahsiah remaja islam

Hukum Bercumbuan Tanpa Zina

• Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).

• Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Sunan at-Tirmizi).

Page 15: Sahsiah remaja islam

3. Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.

Page 16: Sahsiah remaja islam

4. Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi.

Page 17: Sahsiah remaja islam

5. Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).

Page 18: Sahsiah remaja islam

6. Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” (Surah al-Mukminun, ayat 5-7).

Page 19: Sahsiah remaja islam

Kelebihan Remaja Perempuan

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )

Page 20: Sahsiah remaja islam

Hadis riwayat Shaikhan Rasul SAW bersabda:“Tujuh golongan dilindungkan Allah dibawah lindungannya pada hari tiada perlindungan melainkan lindungan Allah: salah satunya adalah pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah..”

Page 21: Sahsiah remaja islam

Rasul SAW telah bersabda:“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin” [Hakim]

Hadis Rasul SAW:“Tidak berlalu bagi seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia ditanya tentang empat perkara, tentang umurnya bagaimana dihabiskan, tentang masa remajanya dimana diluangkan, tentang hartanya dimana didapati dan dimana dibelanjakan, tentang ilmunya bagaimana diamalkan.”