laporan pembangunan sahsiah

20
LAPORAN AKTIVITI EXPERIENTIAL PEMBANGUNAN SAHSIAH(KKD 2063) NAMA PELAJAR : MUHAMMAD SYAHMI BIN ABD RAHMAN NO.KAD PENGENALAN : 920319065327 NO.MATRIK : D20121058128 BIDANG PENGAJIAN : BAHASA INGGERIS DENGAN PENDIDIKAN(TESL) FAKULTI : FAKULTI BAHASA & KOMUNIKASI (FBK)

Upload: syahmi-rahman

Post on 14-Dec-2014

1.999 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ini laporan daaa...

TRANSCRIPT

Page 1: laporan pembangunan sahsiah

LAPORAN AKTIVITI EXPERIENTIAL PEMBANGUNAN SAHSIAH(KKD 2063)

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD SYAHMI BIN ABD RAHMANNO.KAD PENGENALAN : 920319065327NO.MATRIK : D20121058128BIDANG PENGAJIAN : BAHASA INGGERIS DENGAN PENDIDIKAN(TESL) FAKULTI : FAKULTI BAHASA & KOMUNIKASI (FBK)KUMPULAN : KUMPULAN I

Page 2: laporan pembangunan sahsiah

NAMA PENSYARAH :ENCIK CHE ANUAR BIN CHE ABDULLAH

1.0 PENGENALAN

Program Experiantial merupakan program yang dijalankan di bawah subjek

Pembangunan Sahsiah. Program ini diwajibkan untuk semua pelajar Universiti Pendidikan

Sultan Idris yang mendaftar kursus di bawah subjek Pembangunan Sahsiah.Program ini telah

diadakan pada 9 dan 10 November 2012 bersamaan dengan hari jumaat dan

sabtu.Berlangsung selama dua hari bertempat di Dewan SITC Universiti Pendidikan Sultan

Idris.Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melatih pelajar-pelajar Universiti

Pendidikan Sultan Idris yang khususnya bakal menjadi guru dilatih untuk menjadi seorang

guru yang mempunyai jati diri yang tinggi dan mempunyai sahsiah guru yang berkualiti.

Selain itu,program ini mempunyai matlamat yang tersendiri.Antara matlamat

program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang unggul dan

mampu memberikan kerjasama antara ahli kumpulan.Sikap untuk menghargai kawan

ataupun sahabat ingin dipupuk sepanjang program ini dijalankan memandangkan setiap

pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan yang kecil.Bukan itu sahaja,aspek

kepimpinan juga ingin dipupuk dalam jiwa pelajar kerana sikap kepimpinan yang ada dalam

diri dapat membantu pelajar untuk memahami erti kehidupan yang sebenar di mana kita

kadang kala perlu berjuang untuk mencapai sesuatu perkara.Matlamat yang seterusnya

adalah untuk melahirkan guru yang aktif,kreatif dan inovatif kerana guru juga berperanan

untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,rohani,intelektual dan

Page 3: laporan pembangunan sahsiah

emosi.Matlamat lain adalah mendidik pelajar agar menjadi seorang yang menghargai sesuatu

terutamanya menghargai pengorbanan ibu bapa dan menghargaiUniversiti Pendidikan

Sultan Idris yang merupakan tempat pelajar mendapat pendidikan.

PERJALANAN PROGRAM

2.1 PROGRAM YANG DILAKSANAKAN

Program ini bermula pada hari jumaat iaitu 8.00 malam 9 November 2012 bertempat di

Dewan SITC Universiti Pendidikan Sultan Idris.Aktiviti bermula dengan pendaftaran peserta

mengikut kumpulan.Setelah pendaftaran peserta selesai,aktiviti ‘ice-breaking’ bermula.Aktiviti

ini dikendalikan oleh fasilitator Kolej Zaba yang telah dilantik.Pengisian aktiviti ini adalah

pelbagai.Antaranya,peserta dikehendaki untuk membentuk kumpulan yang mempunyai

persamaan dari segi saiz kasut,warna stoking dan juga warna baju.Pengisian ini dapat menguji

kepekaan para peserta.Seterusnya adalah permainan yang dipanggil “chi kam dai”.Permainan ini

amat menghiburkan dan dapat membantu kami mengenali para peserta dari kursus yang berbeza

iaitu seperti dari kos Sejarah, Bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sains Sukan .Pengisian

aktiviti ‘ice-breaking’yang menguji kepantasan,kepekaan dan juga memaksa peserta

berkomunikasi dengan yang lain adalah aktiviti di mana peserta dikehendaki untuk

menyelesaikan 8 soalan.Peserta dibekalkan dengan sehelai kertas dan mencari peserta yang sama

dengan soalan yang diberikan antara contoh soalan yang diberi ialah cari rakan anda yang

‘single’, yang mempunyai kekasih, yang memakai cermin mata, memakai kasut jenama

power, memakai jam tangan, lahir pada bulan yang sama, asal dari negeri yang sama, dan

anak bongsu.Selesai sahaja aktiviti ‘ice-breaking’,pembahagian kumpulan dilakukan dan

terdapat 15 kumpulan. Kami diminta untuk menetapkan ketua kumpulan dan penolong ketua

Page 4: laporan pembangunan sahsiah

sendiri, kami telah sepakat untuk memilih ‘Teh’ iaitu seorang pelajar kos sains sukan untuk

menjadi ketua dan Aida dari kursus Bahasa Melayu penolong ketua. Tugasan pertama yang

diberi adalah dikehendaki untuk membuat kad nama.Setiap kumpulan dibekalkan sehelai kad

manila dan bentuk kad nama yang perlu dibuat mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

Pada hari kedua pula,semua pelajar berkumpul tepat jam 8.00 pagi di Dewan

SITC.Aktiviti pertama ialah senaman pagi yang juga dikendalikan oleh fasilitator.Senaman pagi

ini boleh dikatakan unik kerana senamannya bukanlah seperti senaman yang biasa

dilakukan.Muzik senaman yang digunakan merangkumi muzik zaman tahun 60-an dan juga

muzik moden yang membolehkan peserta bersemangat lagi untuk melakukan senaman.

Selesai sahaja senaman, tugasan yang mencabar menanti kami.Tugasan yang diberikan

kepada kami ialah, kami dikehendaki untuk melakukan khidmat masyarakat di kawasan Tanjung

Malim dan kami juga harus mengumpul dana berjumlah RM 100. Tugasan ini agak mencabar

kerana kami dikendaki mengumpul dana sambil melakukan kerja amal.kami menganggap

bahawa tugasan ini agak sukar untuk dilakukan kerana ianya bukan mudah untuk mengunpul rm

100, tambahan lagi kami tidak berapa kenal dengan kawasan sekitar Tanjung Malim.Namun

begitu ,kami menganggap bahawa tugasan yang diberikan ini sebagai satu cabaran.Tambahan

lagi,sepanjang tugasan ini dilakukan,kami hanya dibenarkan untuk membawa wang RM 5.00

bagi setiap kumpulan dan sebuah telefon bimbit.Kira-kira jam 9.30 pagi,kami bertolak

meninggalkan Dewan SITC untuk melaksanakan tugasan tersebut.Tempoh masa yang diberikan

untuk melaksanakan tugasan ini adalah sehingga jam 2.00 petang.

Destinasi pertama yang kami tuju ialah di Restoran Nasi Kandar, di restoran tersebut

kami telah menjadi pelayan dan juga menjadi tukang buat air. Kami melakukan kerja di restoran

Page 5: laporan pembangunan sahsiah

tersebut selama hamper 1 jam dan tuan kedai tersebut dengan ikhlasnya telah memberi kumpulan

kami sebanyak rm 10 sebagai upah atas pekerjaan yang telah kami lakukan. Selepas itu kami

memulakan perjalanan kami untuk mencari apa saja kerja amal yang boleh kami lakukan untuk

mendapat dana.kerja kedua yang kami lakukan ialah di sebuah kedai yang menjual kereta Proton.

Disini golongan lelaki telah membasuh sebuah kereta Proton Exora manakala perempuan pula

akan membersihkan bahagian dalam kedai tersebut.setelah selesai melakukan tugas tersebut

kamitidak mendapat apa-apa sumbangan dari pihak proton, tetapi ianya tidak apa kerna kami

melakukan tugas tersebut dengan ikhlas semuanya demi kebajikan.Sesudah itu, kami

mengadakan perbincangan kumpulan untuk menentukan arah tuju kumpulan kami selepas

ini.Ahli kumpulan kami mencadangkan supaya kami mencuba nasib di pakan tanjung malim

pula.Semua ahli kumpulan bersetuju dan kami terus memulakan perjalanan kami ke

pekan.Dalam perjalanan ke pekan kami sempat singgah di balai bomba Tanjung Malim, disini

kami telah mengemas kawasan sekitar balai bomba tersebut.Apabila tiba di pekan kami

memulakan tugas untuk mencari apakah pekerjaan yang dapat kami lakukan semasa berada di

pekan Tanjung malim. Tugas pertama yang kami lakukan ialah di sebuah kedai menjahit baju, di

sini golongan perempuan melakukan kerja-kerja mengemas kedai tersebut dan telah mendapa

rm10 sebagai sumbangan daripada tuan kedai tersebut. Kemudiannya kami telah singgah di

sebuah kedai gunting rambut dan disitu kami juga mengambil kerja mengemas kedai gunting

itu.Tukang gunting itu juga telah menyumbangkan kami rm 10. Jam telah menunjukkan pukul

1.15 tengah hari, kumpulan kami hanya dapat mengumpul rm 30. Kami perlu mengumpul rm

100 bagi menepati syarat yang telah ditetapkan oleh fasilitator. Oleh kerana kami telah

kesuntukan masa, ketua kumpulan kami iaitu ‘Teh’ mencadangkan supaya kami pulang ke

dewan SITC kerana kumpulan yang lewat akan dikenakan denda. Dalam perjalanan pulang

Page 6: laporan pembangunan sahsiah

seorang daripada ahli kumpulan kami ingin mencuba nasib untuk meminta untuk melakukan

kerja di sebuah kedai makan iaitu Abuya. Setelah tiba di sana, kami telah bercakap dengan tuan

kedai abuya, beliau memberitahu bahawa kami boleh membuat kerja-kerja membersihkan

kawasan sekitar kedai itu. Kami menyapu sampah di kawasan kedai itu dan membuang sampah-

sampah yang harus dibuang. Setelah selesai semua itu, tuan kedai tersebut telah memberikan

kami makan mee goreng dan memberikan sumbangan sebanyak rm 20. Kami tiba di dewan SITC

pada pukul 1.55.kami dibenarkan solat dan berehat serta makan tengah hari. Kemudian kami

diberi tugasan baru iaitu membina struktur kenderaan menggunakan semua ahli kumpulan serta

sedikit prop. Kumpulan kami mendapat tugasan untuk membentuk sebuah jengkaut, kami cuba

memikirkan cara untuk membentuk jengkaut yang diminta oleh fasilitator. Hasil daripada

perbincangan kumpulan kami Berjaya membentuk badan jengkaut dan menggunakan penyodok

sampah sebagai jengkaut.Apabila fasilitator meminta semua kumpulan untuk mempersembahkan

tugasan mereka, kumpulan kami menawarkan diri utuk menjadi kumpulan yang pertama untuk

mempersembakannya. Persembahan kami agak baik kerana peserta lain dapat meneka bentuk

kenderaan yang kami lakukan.Selepas itu, En.Che Anuar memanggil wakil setiap kumpulan

memberi refleksi program dan beliau menerangkan matlamat serta objektif program teresebut

diadakan. Peserta program dibenarkan pulang pada jam 6.30 petang.sebelum itu kami

memberikan wang dana yang kami kumpul sebanyak RM50.00 kepada pihak penganjur untuk

diberikan kepada rumah anak yatim Tanjung Malim.

Page 7: laporan pembangunan sahsiah

2.2 KELEMAHAN DIRI SEBELUM IKUTI PROGRAM TERSEBUT

Sebelum sertai program tersebut, terdapat banyak kelemahan dalam diri saya. Antaranya

tidak menghargai pengorbanan ibu bapa dalam mencari wang untuk perbelanjaan anak-anak.

Saya juga seorang insan yang tidak sabar dan tidak mementingkan semangat setia kawan

sebelum menyertai program tersebut. Saya juga seorang yang agak pemalas dan tidak suka

berfikir secara keatif dan inovatif untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan apabila

menghadapinya dan banyak lagi kelemahan diri yang dapat dipastikan dalam diri saya sebagai

insan yang biasa dan sering melakukan kesalahan.

2.3 KEKUATAN YANG DAPAT DIPEROLEHI SETELAH MENGIKUTI PROGRAM

Terdapat banyak kekuatan yang dapat diperolehi setelah mengikuti program tersebut.

Contohnya, sya kini sedar betapa susahnya untuk berjuang demi meneruskan dan manjayakan

sesuatu amanah dan memupuk semangat kerjasama antara ahli pasukan serta memupuk semangat

tidak kenal erti kalah. Program ini juga mengajar saya untuk terus berjuang dan jangan mengaku

kalah dipertengahan jalan, saya juga kini mula mementingkan semangat setiakawan dan lain-lain

lagi.

2.4 SEJAUH MANA MINAT SAYA DALAM BIDANG PERGURUAN?

Page 8: laporan pembangunan sahsiah

Sebelum saya mengikuti program ini,saya sememangnya mempunyai minat dalam bidang

perguruan.Sememangnya pekerjaan ini pekarjaan yang dianggap mulia tetapi itu bukanlah faktor

utama untuk saya memilih perguruan sebagai bidang kerjaya saya.Saya memminati bidang

perguruan ini kerana saya minat untuk berkongsi pengetahuan yang saya ada dengan orang lain

dan mempunyai sikap yang ingin mendidik seseorang itu ke arah kebaikan.Semasa mengikuti

program ini pula,saya dapat menilai bahawa kemahiran yang saya ada untuk menjadi seorang

guru yang bersahsiah tinggi masih kurang.Masih terdapat banyak kelemahan dalam diri saya

yang perlu diperbaiki.Selepas saya mengikuti program ini,saya masih meminati bidang

perguruan dan sebenarnya bidang ini memerlukan ketabahan dan sesungguhnya bidang kerjaya

ini bukanlah bidang yang mudah.Bidang ini sebenarnya memerlukan kekuatan emosi,mental dan

juga rohani.Saya dapat menilai bahawa untuk menjadi seorang guru,bukan sahaja minat yang

diperlukan tetapi akademik yang cemerlang dan keseimbangan dari segi emosi,mental dan juga

rohani diperlukan.

2.5 SEJAUH MANA SEMANGAT UNTUK MENJADI GURU YANG BAIK?

Sememangnya saya mempunyai semangat yang tinggi untuk menjadi seorang guru yang

baik.Saya percaya bahawa dengan adanya semangat yang tinggi ini secara tidak langsung dapat

mendidik saya untuk membentuk guru yang bersahsiah tinggi.Masih ada masa lagi untuk saya

berubah ke arah kebaikan dan menepati ciri-ciri guru yang bersahsiah. Dengan adanya kursus

Pembangunan Sahsiah ini,sudah pasti dapat membantu saya untuk menjadi seorang guru yang

baik dan mempunyai ahlak yang tinggi.

Page 9: laporan pembangunan sahsiah

2.6 CADANGAN DAN TINDAKAN

Cadangan dan tindakan yang dapat membantu meningkatkan sahsiah bakal guru ialah

menerapkan semangat cinta akan profession keguruan sebelum membenarkan mereka

bertugas.hal ini kerana banyak masalah sahsiah yang berlaku sekarang yang melibatkan guru

kerana mereka tiada minat dalam bidang keguruan sebagai pendidik, sebaliknya hanya mengajar

untuk mendapatkan gaji.

Yang kedua pula, program-program yang melibatkan sahsiah perguruan perlu diadakan

dengan lebih banyak dan perlu di pantau dari masa ke semasa.

3.1 KESIMPULAN

Pada pandangan saya, program ini relevan dilakukan tetapi slot dalam program banyak

yang mengajar kita menari bukan kepada sahsiah perguruan. Sepatutnya pihak penganjur

perlu membuat suatu slot yang lebih mendekatkan diri peserta dengan sahsiah. Tambahan

pula pergaulan antara peserta lelaki dan wanita terlalu rapat. Hal ini tidak manis dilihat

kerana program ini dilakukan bawah nama Pembangunan Sahsiah.

Kesimpulannya,program ini sangat relevan dilaksanakan untuk meningkatkan sahsiah guru.

Hal ini kerana,nilai-nilai dan kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang guru ada

diterapkan sepanjang aktiviti. Program ini mengajar seseorang itu untuk menghadapi

Page 10: laporan pembangunan sahsiah

cabaran hidup dengan penuh cekal. Walaupun pengalaman yang diperolehi itu tidak

digunakan sekarang, tetapi pengalaman tersebut penting apabila pelajar berada di dalam

dunia kerjaya pada masa akan datang. Program ini banyak memberikan faedah sekiranya

diwajibkan untuk semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris tidak kira mereka

mendaftar kursus Pembangunan Sahsiah ataupun tidak kerana program ini menyentuh

tentang aspek kehidupan. Diharapkan agar pengalaman yang ditimba sepanjang program

ini dilaksanakan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan juga kemahiran guru

yang diajar digunakan apabila sudah bergelar guru yang sebenar. Diharapkan juga guru-

guru kelahiran Universiti Pendidikan Sultan Idris mempunyai sahsiah guru yang unggul di

samping mempunyai pemikiran yang seimbang dari segi emosi, jasmani, mental dan

intelek.

Page 11: laporan pembangunan sahsiah
Page 12: laporan pembangunan sahsiah
Page 13: laporan pembangunan sahsiah
Page 14: laporan pembangunan sahsiah
Page 15: laporan pembangunan sahsiah

GROUP 13

THE EPITOME