sahsiah,ponteng sek

25
1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK MANSOR 72100 BAHAU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS PROGRAM AMALAN TERBAIK HAK ASASI MANUSIA PROGRAM JOM KE SEKOLAH 1.0 PENGENALAN Program ATHAM ini telah diperkenalkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kepada SMK Datuk Mansor dalam Mesyuarat dan Taklimat yang diadakan di Hotel InternationaL Pearl pada 20 dan 21 Mei 2009 yang lalu. Hasil daripada perbincangan dalam kumpulan, Program Jom Ke Sekolah telah dipilih sebagai program rintis bagi pelaksanaan Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) di sekolah ini. Tujuan program Jom Ke Sekolah diadakan adalah untuk memastikan semua pelajar hadir ke sekolah. Perkara ini dapat dilaksanakan dengan mewujudkan suasana yang mesra dan persekitaran yang kondusif serta aktiviti-aktiviti yang dapat menarik minat pelajar ke sekolah. 2.0 RASIONAL Program Jom Ke Sekolah dirancangkan memandangkan kes murid yang ponteng kelas dan sekolah semakin meningkat dan perkara ini sangat membimbangkan pihak sekolah. Keadaan ini akan menjadi penghalang pihak sekolah untuk mencapai visi bagi melahirkan pelajar yang cemerlang. 3.0 MATLAMAT Melahirkan modal insan yang berdisiplin, bermotivasi tinggi, cemerlang dan berakhlak mulia melalui pendidikan yang berkualiti. 4.0 OBJEKTIF i. Mencapai matlamat kehadiran seratus peratus dengan mewujudkan suasana mesra, persekitaran yang kondusif dan aktiviti-aktiviti yang menarik minat pelajar. ii. Memastikan pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti. iii. Melahirkan perasaan cintakan sekolah dan sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar . iv. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan kehadiran ke sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan akhlak. 5.0 PEMBENTUKKAN AHLI JAWATAN KUASA Pihak sekolah telah menubuhkan satu jawatan kuasa untuk melaksanakan program Jom Ke Sekolah. Ahli Jawatan Kuasa yang telah dilantik adalah seperti berikut:

Upload: chiah-lay-hong

Post on 24-Jul-2015

250 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sahsiah,Ponteng Sek

1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK MANSOR 72100 BAHAU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

PROGRAM AMALAN TERBAIK HAK ASASI MANUSIA

PROGRAM JOM KE SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Program ATHAM ini telah diperkenalkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kepada SMK Datuk Mansor dalam Mesyuarat dan Taklimat yang diadakan di Hotel InternationaL Pearl pada 20 dan 21 Mei 2009 yang lalu. Hasil daripada perbincangan dalam kumpulan, Program Jom Ke Sekolah telah dipilih sebagai program rintis bagi pelaksanaan Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) di sekolah ini. Tujuan program Jom Ke Sekolah diadakan adalah untuk memastikan semua pelajar hadir ke sekolah. Perkara ini dapat dilaksanakan dengan mewujudkan suasana yang mesra dan persekitaran yang kondusif serta aktiviti-aktiviti yang dapat menarik minat pelajar ke sekolah.

2.0 RASIONAL

Program Jom Ke Sekolah dirancangkan memandangkan kes murid yang

ponteng kelas dan sekolah semakin meningkat dan perkara ini sangat membimbangkan pihak sekolah. Keadaan ini akan menjadi penghalang pihak sekolah untuk mencapai visi bagi melahirkan pelajar yang cemerlang.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan modal insan yang berdisiplin, bermotivasi tinggi, cemerlang dan berakhlak mulia melalui pendidikan yang berkualiti.

4.0 OBJEKTIF

i. Mencapai matlamat kehadiran seratus peratus dengan mewujudkan suasana mesra, persekitaran yang kondusif dan aktiviti-aktiviti yang menarik minat pelajar.

ii. Memastikan pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti. iii. Melahirkan perasaan cintakan sekolah dan sikap

bertanggungjawab dalam kalangan pelajar . iv. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan

kehadiran ke sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan akhlak.

5.0 PEMBENTUKKAN AHLI JAWATAN KUASA Pihak sekolah telah menubuhkan satu jawatan kuasa untuk melaksanakan program Jom Ke Sekolah. Ahli Jawatan Kuasa yang telah dilantik adalah seperti berikut:

Page 2: Sahsiah,Ponteng Sek

2

Penasihat : Pn.Hjh. Kamilah binti Saleh Pengetua, SMK Datuk Mansor Pengerusi : Tn. Hj. Juhari bin A. Hamid Guru Penolong Kanan Akademik Naib Pengerusi : Pn. Mek Paridah binti Abu Samah Guru Penolong Kanan HEM : En. Manickam A/L Letchuman Guru Penolong Kanan Kokurikulum Setiausaha : Pn. Aini Rozita binti Ahmad Guru Bimbingan dan Kaunseling Pen. Setiausaha : Pn. Anitha a/p Damodaran Guru Bimbingan dan Kaunseling Bendahari : Pentadbir sekolah JAWATAN KUASA KERJA

Unit Bimbingan dan Kaunseling

• En Vignweswaran Munusamy • En Azman Talib • Pelajar – Ahli Pembimbing Rakan Sebaya

Unit Disiplin

• En Zulkarnain Shariff • En Samsol Kamar Bidin • Pn Premalatha a/p See • Ust Abdul Rahman Abd Razak • Ust Ibnorazan Ibrahim • Pn Shobana a/p Arullapan • Cik Chong Kui Ee • Pelajar – Badan Pengawas

Unit HEM

• Pn Siti Jamilah Jamaluddin

1. Program Titian Kasih Penyelaras : • Pn. Nurul Aida Mohd Taib

Page 3: Sahsiah,Ponteng Sek

3

2. Program Perjumpaan Tiga Penjuru Penyelaras : • En. Hazri Tohar • Pn. Zalilah Daud

3. Program Mentor Mentee Penyelaras : • Pn. Anitha Damodaran

4. Program Motivasi Kecemerlangan Penyelaras : • En. Azman Talib

5. Program Sedarlah Sayang Penyelaras : • En. Vigneswaran a/l Munusamy

6. Program ’School Stay’ Penyelaras : • En. Ramesh a/l Muniandy

7. Program Gotong-Royong Penyelaras : • Pn. Sarimah Samsudin

8. LASBELA Penyelaras : • Panitia Mata Pelajaran

9. Karnival Jom ke Sekolah Penyelaras : • Pn. Siti Absah Kassim 10. Melukis Mural Penyelaras : • Pn. Anitha Damodaran

11.0 Perhimpunan Pagi Penyelaras : • Pn. Susila a/p Pavadai

Page 4: Sahsiah,Ponteng Sek

4

6.0 AKTIVITI-AKTIVITI AMALAN TERBAIK HAK ASASI MAN USIA DI SEKOLAH

Secara keseluruhannya program ini dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama mensasarkan keseluruhan warga sekolah manakala program peringkat kedua mensasarkan pelajar ponteng ke sekolah. Program Jom ke Sekolah ini telah dilancarkan pada 20 April 2009 namun program telah disisipkan dalam Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia mulai bulan Mei 2009.

6.1 Program umum

i. Perhimpunan Mingguan ii. Sudut Hak Asasi Manusia iii. Motivasi Kecemerlangan Pelajar iv. Perjumpaan 3 Penjuru v. Program Keceriaan Sekolah vi. Program ’School Stay’ vii. Prgoram ’LASBELA’

6.2 Program khusus

i. Mentor-mentee ii. Program Sedarlah Sayang iii. Sesi kaunseling individu dan kelompok iv. Majlis Penganugerahan

7.0 BUTIRAN PROGRAM AMALAN TERBAIK HAK ASASI MANUS IA

7.1 PENYEBARAN MAKLUMAT

a. Perhimpunan Mingguan b. Sudut Hak Asasi

Fokus UDHR dan CRC

Perkara 17 (UHDR) : Akses kepada maklumat yang se wajarnya Warga sekolah diberi maklumat tentang hak-hak asasi manusia sejagat dan hak-

hak kanak-kanak supaya mereka peka dengan hak-hak mereka serta dapat memberi faedah terhadap kesejahteraan hidup mereka.

Perkara 12 (CRC) : Pendapat Kanak-Kanak

Pelajar diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka supaya pandangan tersebut diambilkira oleh pihak sekolah dalam membuat keputusan.

a. Perhimpunan Mingguan

Page 5: Sahsiah,Ponteng Sek

5

i. Perhimpunan ini diadakan untuk semua guru dan pelajar pada setiap hari Isnin. Dalam perhimpunan ini seorang guru penyelaras telah dilantik untuk menerangkan tentang artikel-artikel yang terdapat dalam Hak Asasi Manusia dan Hak Kanak-kanak.

ii. Matlamat Memberi kesedaran tentang Hak Manusia dan Hak Kanak-Kanak kepada warga sekolah demi kesejahteraan mereka. iii. Objektif a. Menerangkan artikel yang terdapat dalam Hak Asasi Manusia

dan Hak Kanak-Kanak dalam setiap perhimpunan rasmi. b. Memberi peluang kepada pelajar untuk menyuarakan pandangan

terhadap artikel yang dibincangkan. iv. Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan

Setiap hari Isnin dalam perhimpunan rasmi. v. Kumpulan Sasaran

Semua warga sekolah

vi. Strategi Aktiviti

a. Slot penerangan tentang artikel oleh penyelaras program b. Kuiz tentang Hak Asasi Manusia dan Hak Kanak-Kanak

b. Sudut Hak Asasi Manusia

Sudut maklumat bagi program ini ialah di kawasan kantin sekolah. Kawasan ini dipilih kerana kawasan ini merupakan tempat tumpuan semua warga sekolah pada waktu rehat. Warga sekolah akan dapat membaca dan menghayati beberapa artikel mengenai Hak Asasi Manusia dan Hak Kanak-Kanak serta dapat melihat gambar-gambar perlaksanaan program Aamalan Terbaik Hak Asasi Manusia yang telah dilaksanakan disekolah ini.

i. Matlamat

Menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran kepada warga

sekolah tentang Hak Asasi Manusia dan Hak Kanak-Kanak.

ii. Objektif

a. Mempamerkan artikel-artikel tentang Hak Asasi Manusia dan Hak Kanak-Kanak.

b. Mempamerkan aktiviti-aktiviti Program Jom ke Sekolah yang telah dilaksanakan di sekolah.

Page 6: Sahsiah,Ponteng Sek

6

c. Mempamerkan Ahli Jawatan Kuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini.

iii. Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan

Sepanjang tahun mulai Jun 2009

iv. Kumpulan Sasaran

Semua warga sekolah

v. Strategi Aktiviti

a. mempamerkan artikel melalui ’bunting’ b. mempamerkan maklumat program melalui gambar-gambar aktiviti

Page 7: Sahsiah,Ponteng Sek

7

7.2 Motivasi Kecemerlangan Akademik Pelajar

Program ini diadakan untuk 2 kumpulan iaitu program motivasi untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam (PMR, SPM dan STPM) dan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan sekolah. Program Motivasi Kecemerlangan diadakan untuk semua murid mengikut tingkatan. Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan semangat dan jati diri pelajar untuk terus belajar dan menimba seberapa banyak ilmu demi mencapai cita-cita yang diimpikan.

Fokus UDHR dan CRC

Perkara 1 (UDHR)

Pelajar dari semua kaum diberikan peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan tujuan mereka dapat memupuk semangat persaudaraan. Perkara 12 (CRC) : Pendapat Kanak-Kanak

Pelajar diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka supaya

pandangan tersebut diambilkira oleh pihak sekolah dalam membuat keputusan.

Perkara 17 (CRC) : Akses kepada maklumat yang sew ajarnya

Pelajar-pelajar diberi maklumat tentang bidang-bidang kursus dan ini membantu pelajar merancang dan memilih bidang kursus yang bersesuaian untuk masa depan mereka.

a. Program Motivasi PMR, SPM dan STPM

i. Matlamat

Melahirkan murid yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM dengan pencapaian kelulusan 100%.

ii. Objektif

a. Mendapat maklumat dan panduan tentang hala tuju selepas

peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Pelajar diberikan maklumat mengenai bidang kursus yang boleh diceburi selepas peperiksaan yang juga membantu para pelajar merancang masa depan mereka.

b. Meningkatkan motivasi diri murid dan keyakinan diri dalam

menghadapi cabaran.

iii. Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan

PMR : 16 Januari 2009 (Jumaat) – 7.30 – 10.00 pagi

Page 8: Sahsiah,Ponteng Sek

8

SPM : 22 Januari 2009 (Khamis) – 8.00 – 11.00 pagi STPM : 23 Januari 2009 (Jumaat) – 8.00 – 11.00 pagi

iii. Kumpulan Sasaran

Semua Murid Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas

iv. Strategi Aktiviti

a. Ceramah

- Pelajar diberikan maklumat seperti kaedah pengurusan masa yang

berkesan, penentuan matlamat, persediaan belajar dan sistem meritokrasi serta dasar pemilihan pelajar ke program selepas SPM dan STPM di Institut Pengajian Tinggi Awam.

b. Bengkel

- Pelajar berbincang dalam kumpulan dan membentangkan hasil

perbincangan. Pelajar juga diberi peluang untuk menyuarakan pandangan mereka. Mengikut amalan sekolah ahli kumpulan mesti terdiri daripada pelbagai kaum serta lelaki dan perempuan.

b. Program Motivasi Kecemerlangan bagi pelajar-pel ajar

yang akan menduduki peperiksaan di peringkat sekola h - tingkatan 1,2,4,dan 6 bawah

i. Matlamat

Melahirkan murid yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun

dengan pencapaian kelulusan 100%.

ii. Objektif a. Meningkatkan motivasi diri murid dan keyakinan diri dalam

menghadapi cabaran. b. Menerapkan kemahiran pengurusan masa, kemahiran belajar, ciri-ciri

pelajar yang positif dan penetapan matlamat diri untuk membantu meningkatkan preatasi akademik mereka.

c. Membentuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar yang pelbagai kaum, bangsa, budaya dan agama.

iii. Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan a. 5 – 9 Januari 2009 – Tingkatan 1 b. 21 Januari 2009 – tingkatan 2 c. 12 – 13 Januai 2009 – Tingkatan 4 d. 11-15 Mei 2009 – Tingkatan 6 Bawah iv. Kumpulan Sasaran

Page 9: Sahsiah,Ponteng Sek

9

Semua pelajar tingkatan peralihan, tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 4 dan tingkatan 6 bawah.

v. Strategi Aktiviti a. Taklimat b. Sesi soal-jawab c. Latihan dalam kumpulan

Page 10: Sahsiah,Ponteng Sek

10

7.3 Program Keceriaan Sekolah

Pihak sekolah telah merancang program keceriaan sekolah bagi memastikan pelajar dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan persekitaran yang bersih serta ceria. Terdapat 2 peringkat program keceriaan iaitu keceriaan kelas dan keceriaan kawasan persekitaran.

Fokus UHDR dan CRC

Perkara 25 (UHDR)

Setiap orang berhak ke atas suatu taraf kesihatan yang memuaskan

untuk menjamin kesihatan yang baik. Taraf kesihatan dapat ditingkatkan melalui penjagaan kebersihan termasuk kebersihan diri dan persekitaran pelajar.

Perkara 27 (CRC)

Setiap pelajar perlu mendapatkan taraf hidup yang selesa untuk

memastikan mereka dapat berkembangan secara positif dari segi fizikal, mental, kerohanian, kemoralan, dan sosial.

Perkara 29 (CRC)

Pendidikan dapat membantu dan membimbing pelajar supaya

bertanggungjawab, mempunyai semangat persefahaman dan bertoleransi sama ada dalam kalangan warga sekolah mahu pun masyarakat luar.

a. Keceriaan Kelas

Setiap kelas melantik Ahli Jawatan Kuasa untuk melaksanakan program

keceriaan kelas. Ketua kelas menyediakan jadual waktu bertugas setiap hari untuk memastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria. Suasana seperti ini dapat mewujudkan ’mood’ pelajar yang baik untuk menghadapi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

i. Matlamat Melahirkan pelajar yang bertangungjawab dan cintakan persekitaran yang bersih. ii. Objektif

a. Menerapkan rasa tanggung jawab pelajar terhadap diri, harta benda

sekolah dan persekitaran tempat belajar. b. Memupuk semangat bekerjasama dan bertoleransi dalam kalangan

pelajar. c. Meningkatkan taraf kesihatan yang baik dalam kalangan pelajar

melalui penjagaan kebersihan diri dan persekitaran.

Page 11: Sahsiah,Ponteng Sek

11

iii. Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan

- Sepanjang tahun - Majlis penganugerahan sijil dan piala pusingan diadakan dalam

perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin kepada Johan Kebersihan dan Keceriaan Kelas bagi 2 kategori iaitu menengah rendah (kelas peralihan, tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3) dan menengah atas (tingkatan 4, tingkatan 5, tingkatan 6 Bawah dan tingkatan 6 Atas)

iv. Kumpulan Sasaran

Semua kelas dan semua pelajar v. Strategi Aktiviti

- Jadual bertugas kelas - Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas

b. Keceriaan Persekitaran Sekolah

1. Aktiviti gotong-royong perdana

Aktiviti ini dijalankan dengan melibatkan semua warga sekolah dan PIBG

sekolah. Semua pelajar, guru dan ibu bapa yang ikut serta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan kawasan tertentu untuk dibersihkan dan diceriakan. Program ini telah dilaksanakan oleh Panitia Mata Pelajaran Sejarah dan Panitia Mata Pelajaran Sivik. Semua warga sekolah terlibat dengan aktiviti ini. i. Matlamat

Melahirkan perasaan cintakan sekolah dalam kalangan pelajar

ii. Objektif

a. Mewujudkan suasana yang kondusif dan persekitaran yang bersih dan

ceria bagi menarik minart pelajar hadir ke sekolah. b. Menanamkan rasa cintakan sekolah dengan ini pelajar akan rajin hadir

ke sekolah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan kokurikulum.

iii.Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan

11 Julai 2009 iv. Kumpulan Sasaran

Semua warga sekolah dan PIBG sekolah

Page 12: Sahsiah,Ponteng Sek

12

v. Strategi Perlaksanaan

a. Majlis perasmian b. Taklimat aktiviti c. Gotong royong pembersihan kawasan dan aktiviti keceriaan kawasan d. Pertandingan kawasan terbersih dan terceria e. Penyampaian hadiah kepada pemenang

2. Program Keceriaan Tapak Perhimpunan

Program ini telah dilaksanakan pada 9 Julai 2009 yang lalu. Seramai 19 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum telah terlibat bagi menjayakan program ini. Pelajar-pelajar didapati sangat seronok dan bersungguh-sungguh membantu menceriakan kawasan tapak perhimpunan sekolah. Jamuan diadakan selepas aktiviti gotong-royong

Perkara 1 (UDHR)

Pelajar dari semua kaum diberikan peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan tujuan mereka dapat memupuk semangat persaudaraan.

Perkara 6 (UHDR)

Pelajar berhak diberi pengiktirafan terhadap sumbangan mereka kepada sekolah.

Perkara 12 (CRC) : Pendapat Kanak-Kanak

Pelajar diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka supaya pandangan tersebut diambilkira oleh pihak sekolah dalam membuat keputusan.

Perkara 17 (CRC) : Akses kepada maklumat yang sew ajarnya

Pelajar-pelajar diberi maklumat tentang bidang-bidang kursus dan ini membantu pelajar merancang dan memilih bidang kursus yang bersesuaian untuk masa depan mereka. i. Rasional Aktiviti Mengecat Tapak Perhimpunan dirancangkan dengan tujuan pelajar-pelajar mencapai matlamat pendidikan. Aktiviti ini secara langsung dan tidak langsung akan memberi peluang pelajar-pelajar memperkembangkan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal pada tahap yang cemerlang.

ii. Matlamat

Memastikan semua pelajar mencapai matlamat pendidikan pada peringkat awal, teknikal serta profesional berdasarkan kebolehan masing-masing.

iii. Objektif

Page 13: Sahsiah,Ponteng Sek

13

a. Memastikan semua pelajar mencapai matlamat pendidikan. b. Mewujudkan suasana mesra, persekitaran yang kondusif dan

aktiviti-aktiviti yang menarik minat pelajar. c. Melahirkan perasaan cintakan sekolah dan sikap

bertanggungjawab dalam kalangan pelajar .

iv. Pelaksanaan

Tarikh : 09 Julai 2009 Hari : Khamis Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang

Tempat : Tapak Perhimpunan

v. Kumpulan Sasaran

Semua murid yang terlibat dengan masalah ponteng

vi. Strategi Aktiviti

a. Taklimat Taklimat diberi oleh penyelaras sebelum aktiviti bermula. Pelajar-pelajar akan diberitahu tujuan dan kesan aktiviti ini terhadap pelajar dan sekolah. Pelajar-pelajar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ketua kumpulan dipilih oleh ahli kumpulan masing-masing. Program ini telah dilaksanakan pada 9 Julai 2009 yang lalu. Seramai 19 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum telah terlibat bagi menjayakan program ini. Pelajar-pelajar didapati sangat seronok dan bersungguh-sungguh membantu menceriakan kawasan tapak perhimpunan sekolah. Jamuan diadakan selepas aktiviti gotong-royong ini.

b. Aktiviti Keceriaan Tapak Perhimpunan

Pelajar-pelajar yang terdiri daripada semua kaum ini akan mengecat tapak perhimpunan . Aktiviti ini dijangka siap dalam masa lebih kurang 5 jam. Pelajar-pelajar ini diharap boleh memberi kerjasama yang baik kepada guru-guru dalam menjayakan program ini.

c. Jamuan dan Penghargaan

Jamuan akan diadakan selepas aktiviti gotong-royong ini. Pelajar –pelajar ini juga akan diberi ucapan tahniah dan terima kasih dalam majlis jamuan ini.

Page 14: Sahsiah,Ponteng Sek

14

7.4 Program ”School stay”

Program ‘School Stay’ telah diadakan dalam bentuk perkhemahan pada 17, 18 dan 19 Julai 2009 yang lalu. Seramai 180 orang pelajar yang terdiri daripada persatuan/kelab, badan beruniform dan permainan/ sukan telah terlibat dalam program ini. Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para pelajar. Antara objektif program ini dilaksanakan ialah untuk mempraktikkan penyertaan pelajar dalam bentuk kumpulan dan bagi menjelaskan kepentingan hak atas kebebasan berpersatuan dalam usaha melaksanakan sesuatu projek. Selain itu, sikap yakin diri, berani, tidak mudah putus asa dan semangat berpasukan juga dapat diterapkan.

i. Rasional

Program ” School Stay” telah dirancang dengan tujuan akan memberi peluang

kepada pelajar-pelajar mengembangkan bakat dan kebolehan serta memiliki jiwa dan keperibadian mulia. Di samping itu, aktiviti ini juga diharap dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dengan semangat persaudaraan.

ii. Matlamat

Memastikan semua pelajar menikmati dan mencapai matlamat pendidikan yang

menjurus kepada perkembangan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal pada tahap yang cemerlang.

iii. Objektif

a. Memastikan semua pelajar mencapai matlamat pendidikan. b. Memberi peluang dalam perkembangan mental dan fizikal pelajar-pelajar. c. Memupuk nilai-nilai murni seperti kepimpinan, kerjasama, empati dan

menyayangi diri sendiri, rakan-rakan dan juga alam sekitar.

iv. Pelaksanaan

Tarikh : 17 Julai 2009 hingga 19 Julai 2009 Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad Tempat : Padang SMK Datuk Mansor

v. Kumpulan sasaran

180 orang pelajar (Pelajar-pelajar dari 60 unit kokurikulum yang terdiri daripada persatuan/kelab, badan beruniform dan permainan/sukan)

Page 15: Sahsiah,Ponteng Sek

15

vi. Strategi Aktiviti

i. Taklimat / Persiapan perkhemahan Pelajar-pelajar dan guru-guru diberikan penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan selama 3 hari nanti. Pelajar-pelajar juga diingatkan kepentingan berdisiplin sepanjang tempoh proram ini. Pelajar-pelajar mendirikan perkhemahan mengikut kumpulan masing-masing.

ii. Ice breaking Pelajar-pelajar diberi peluang untuk mengenal dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru-guru dan pelajar-pelajar. Bagi tujuan tersebut, aktiviti-aktiviti seperti mencari kawan yang sama tarik lahir, hobi yang sama, warna kegemaran dan lain-lain aktiviti yang menarik telah dijalankan.

iii. Ceramah / LDK Satu ceramah kepimpinan telah diadakan dimana dalam program ini, pelajar-pelajar telah didedahkan dengan aspek-aspek kepimpinan bagi memudahkan mereka melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab mereka di sekolah, rumah dan masyarakat pada masa akan datang. Latihan Dalam Kumpulan juga telah diadakan bagi tujuan membina sikap yakin pada diri sendiri, berani, sentiasa mencuba dan tidak mudah putus asa. iv. Aktiviti Survival Pelajar-pelajar terlibat dalam aktiviti-aktiviti survival seperti merempuh halangan, latihan kawat kaki, Aktiviti Lasak, dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan memberi kemahiran serta pengetahuan dan pengalaman berguna bagi menempuh situasi serta cabaran yang mendatang.

vi. Fokus UDHR dan CRC

Perkara 1 (UDHR)

Pelajar dari semua kaum diberikan peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan tujuan mereka dapat memupuk semangat persaudaraan.

Perkara 15 (CRC) : Hak Kepada Kebebasan Berpersatu an

Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada kebebasan berpersatuan dan kebebasan berhimpun secara aman. Tiada sekatan boleh diletakkan mengenai penggunaan hak ini selain sekatan yang dikenakan bagi menepati undang-undang dan yang perlu dalam masyarakat demokratik demi kepentingan keselamatan

Page 16: Sahsiah,Ponteng Sek

16

negara atau keselamatan awam, ketenteraman awam, perlindungan kesihatan awam atau kemoralan atau perlindungan hak dan kebebasan orang lain.

Perkara 29 : Matlamat pendidikan

Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Pendidikan hendaklah menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan dewasa yang aktif dalam satu masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, bahasa dan nilainya sendiri, dan bagi latarbelakang kebudayaan dan nilai orang

Page 17: Sahsiah,Ponteng Sek

17

7.5 Program Tititan Kasih

Program Titian Kasih dilaksanakan dalam 2 fasa iaitu fasa pertama pelajar-pelajar dari ”feeder school’ dijemput hadir ke sekolah ini untuk melihat sendiri segala prasarana sekolah, perkhidmatan yang disediakan dan persekitaran sekolah. Manakala dalam fasa kedua wakil dari sekolah ini akan pergi ke ’feeder school’ untuk memberi maklumat yang perlu kepada pelajar-pelajar tahun 6 supaya mereka dapat membuat persediaan diri sebelum memasuki tingkatan 1.

Fokus UHDR dan CRC

Perkara 26 (UHDR) Setiap pelajar berhak berhak untuk mendapatkan pelajaran secara percuma pada peringkat awal. Pelajar juga berpeluang untuk mengikut mata pelajaran yang berbentuk teknikal mengikut kebolehan mereka. Perkara 17 (CRC) : Akses kepada maklumat yang sew ajarnya

Pelajar-pelajar diberi maklumat tentang prasarana yang terdapat di sekolah, perkhidmatan=perkhidmatan yang ditawarkan, peraturan-peraturan sekolah serta maklamat pendidikan. Perkara 28 (CRC) : Hak Kepada Pendidikan Pelajar wajib dan berhak untuk mendapatkan pendidikan secara percuma dan menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh setiap pelajar. Disiplin sekolah juga selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. i. Matlamat Melahirkan pelajar-pelajar yang bersedia, bersemangat dan mempunyai keyakinan diri yang teguh untuk merealisasikan visi, misi serta matlamat sekolah. ii. Objektif

a. Merapatkan hubungan antara sekolah ini dengan sekolah-sekolah rendah yang menjadi sekolah bekalan.

b. Menyampaikan maklumat terkini, keperluan sekolah, matlamat serta harapan sekolah ini terhadap pelajar-pelajar yang bakal menjadi warga sekolah ini pada tahun berikutnya.

c. Membantu mengurangkan masalah disiplin dan kejutan budaya dalam kalangan pelajar-pelajar peralihan dan tingkatan 1.

iii. Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan

Page 18: Sahsiah,Ponteng Sek

18

Fasa 1 : 5 Februari 2009 Fasa 2 : 20 Ogos 2009

iv. Kumpulan Sasaran

Semua pelajar tahun 6 dari sekolah-sekolah berikut : - SK Tunku Muda Serting - SJKC Bahau - SK Jempol - SK St Aidan -

v. Strategi Perlaksanaan

- Taklimat/perbincangan - Sesi soal jawab - Lawatan persekitaran sekolah - Slot motivasi

Page 19: Sahsiah,Ponteng Sek

19

7.6 Sesi Kaunseling Individu dan Sesi Kaunseling Ke lompok Sesi Kaunseling Individu dan Sesi Kaunseling Kelompok telah diadakan sepanjang tahun kepada pelajar-pelajar yang bermasalah dan juga terlibat dengan ponteng ini serta pelajar-pelajar yang inginkan khidmat bimbingan dan nasihat berkaitan dengan sesuatu perkara. Sesi kaunseling diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan pendidikan, juga membantu mereka berkembang dengan sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pelajar-pelajar juga berpeluang meluahkan perasaan mereka kepada kaunselor pelajar. Fokus UHDR dan CRC Perkara 1 (UHDR) Pelajar diberi layanan yang samarata untuk melauhkan pemikiran, pendangan dan perasaan mereka dalam sesi bimbingan dan kaunseling yang diberikan. Perkara 12 (CRC) Pelajar diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka secara bebas dan pandangan mereka diambil kira dalam apa-apa perkara atau tatacara yang menyentuh pelajar.

i. Matlamat

Menyediakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara terbuka kepada semua pelajar bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta boleh meluahkan pemikiran, pandangan dan perasaan mereka.

ii. Objektif

a. Pelajar dapat berkongsi pemikiran, pandangan serta perasaan mereka bagi perkembangan dan kesejahteraan diri mereka.

b. Pelajar rasa dihargai tentang kewujudan mereka oleh warga sekolah.

iii. Tarikh dan tempoh perlaksanaan

Sepanjang tahun mengikut kesesuaian waktu pelajar

iv. Kumpulan sasaran

Terbuka kepada semua pelajar yang memerlukan khidmat bimbingan dan kaunseling

v. Strategi perlaksanaan

Page 20: Sahsiah,Ponteng Sek

20

- membuat promosi tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui taklimat dan edaran bahan cetak.

- Menyediakan borang temujanji - Menyediakan jadual berjumpaan mengikut kesesuaian waktu pelajar - Mengadakan pertemuan bersama pelajar

7.7 Perjumpaan 3 Penjuru

Pengenalan

Perjumpaan Tiga Penjuru dan Program Mentor mentee dirancangkan memandangkan kes murid yang ponteng kelas dan sekolah semakin meningkat dan perkara ini sangat membimbangkan pihak sekolah. Perjumpaan Tiga Penjuru adalah di antara 3 pihak iaitu guru-guru, ibu bapa dan para pelajar. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu pendidikan termasuklah matlamat pendidikan dan peranan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah mencapai visi dan misi pendidikan. Manakala dalam Program Mentor Mentee seorang murid yang terlibat dengan masalah ponteng di anak angkatkan oleh seorang guru. Guru yang bertanggungjawab akan mengawasi, mengenalpasti punca ponteng sekolah dan seterusnya memberi dorongan untuk hadir ke sekolah seperi pelajar-pelajar yang lain. Fokus UDHR dan CRC

Perkara 1 (UDHR)

Pelajar dari semua kaum diberikan peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan tujuan mereka dapat memupuk semangat persaudaraan.

Perkara 27 (CRC)

Ibu bapa perlu menyediakan keperluan asas untuk menjamin perkembangan fizikal, mental dan emosi anak-anak pada tahap yang seimbang.

Perkara 12 (CRC) : Pendapat Kanak-Kanak

Pelajar diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka supaya pandangan tersebut diambilkira oleh pihak sekolah dalam membuat keputusan.

Perkara 17 (CRC) : Akses kepada maklumat yang sew ajarnya

Pelajar-pelajar diberi maklumat tentang bidang-bidang kursus dan ini membantu pelajar merancang dan memilih bidang kursus yang bersesuaian untuk masa depan mereka.

Rasional

Perjumpaan Tiga Penjuru dan Program Mentor mentee dirancangkan memandangkan murid- murid mempunyai hak kepada pelajaran. Pelajaran juga membolehkan seseorang berkembang secara menyeluruh dari segi jasmani,

Page 21: Sahsiah,Ponteng Sek

21

emosi, rohani, intelek dan sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Dalam usaha ini, Ibu- bapalah menjadi orang pertama dalam menentukan anak- i. Matlamat

Memastikan semua pelajar mendapat hak pelajaran pada peringkat awal, teknikal serta profesional berdasarkan kebolehan masing-masing. ii. Objektif

a. Memastikan semua pelajar mendapat hak pelajaran b. Memberi kesedaran kepada pelajar, ibu-bapa dan guru

bahawa setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. c. Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa pelajaran

membantu dalam perkembangan keperibadian manusia.

iii. Pelaksanaan

Tarikh : 18 Jun 2009 Hari : Khamis Masa : 10.00 pagi

Tempat : Dewan SMK Datuk Mansor iv. Kumpulan sasaran

Semua murid yang terlibat dengan masalah ponteng (Rujuk Lampiran)

v. Strategi Aktiviti

a. Ceramah

Pelajar dan ibu bapa diberikan maklumat seperti Kesan ponteng sekolah terhadap pencapaian akademik, Peraturan sekolah dan masalah ponteng sekolah, Perkembangan Psikososial dan emosi remaja dan Peranan dan tanggungjawab ibu bapa.

b. Mentor-mentee

Pelajar-pelajar ponteng sekolah akan memilih mentor (Guru) yang

disenangi oleh masing-masing. Dalam program ini, mentor akan memberi nasihat, dorongan dan motivasi untuk hadir ke sekolah. Program ini juga membantu mentor untuk mengetahui punca pelajar ponteng sekolah dan cuba mengatasi masalah mereka dan seterusnya membantu pelajar tersebut untuk datang ke sekolah.

Page 22: Sahsiah,Ponteng Sek

22

Perkara 28 (CRC) : Hak Kepada Pendidikan Kanak-kanak mempunyai hak terhadap pendidikan, dan kewajipan negara untuk memastikan bahawa pendidikan untama percuma dan wajib, menggalkkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh setiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.

Perkara 29 : Matlamat pendidikan

Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Pendidikan hendaklah menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan dewasa yang aktif dalam satu masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, bahasa dan nilainya sendiri, dan bagi latarbelakang kebudayaan dan nilai orang

Page 23: Sahsiah,Ponteng Sek

23

7.8 Program Sedarlah Sayang Program ini dilaksanakan sepanjang tahun. Peserta program terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah tersenarai dalam rekod disiplin murid dari semasa ke semasa. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi perhatian dan tumpuan yang lebih kepada pelajar-pelajar ini dari pelbagai aspek. Pengisian program lebih memfokuskan kepada pembangunan diri pelajar. Pelajar-pelajar yang didapati meningkat dari segi sahsiah, disiplin diri dan akademik akan diberi anugerah. Fokus UHDR dan CRC Sumber : Hak Untuk Dilindungi Perkara 33 (CRC) : Penyalahgunaan Dadah Pihak sekolah mengambil langkah mengambil langkah yang wajar untuk melindungi pelajar daripada penggunaan dadah narkotik dan bahan psikotropik secara haram dengan memberikan maklumat dan pendidikan berkaitan dengan bahaya penyalahgunaan dadah. Perkara 39 (CRC) : Jagaan Pemulihan Negara mempunyai obligasi untuk memastikan mangsa kanak-kanak dalam konflik bersenjata, penyeksaan, pengabaian, penganiayaan atau pengeksploitasian menerima rawatan yang sewajarnya bagi pemulihan fizikal dan psikologikal dan integrasi semula.

i. Matlamat

Melahirkan pelajar yang berdisiplin, bermotivasi tinggi untuk berjaya, cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta berakhlak mulia.

ii. Objektif

a. Meningkatkan motivasi diri pelajar melalui ceramah perkembangan diri remaja, kemahiran belajar dan aktiviti-aktiviti keagamaan.

b. Memberikan peluang kepada pelajar berbincang bersama pihak pentadbir tentang masalah-masalah yang dialami oleh pelajar.

c. Membimbing pelajar supaya dapat hidup dengan lebih gembira, harmoni dan bermaruah dalam situasi sekolah dan juga dalam masyarakat di luar.

iii. Tarikh dan tempoh pelaksanaan

Sepanjang tahun - Sekali dalam setiap bulan

iv. Kumpulan sasaran

Page 24: Sahsiah,Ponteng Sek

24

- Pelajar-pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin

v. Strategi aktiviti - Taklimat - Ceramah - Perbincangan - Tayangan video yang bersesuaian dengan topik perbincangan

Page 25: Sahsiah,Ponteng Sek

25

3.0 Penutup Pihak sekolah berharap agar Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak. Program ini akan terus dilaksanakan dan menjadi amalan dalam kalangan warga SMK Datuk Mansor. Pihak sekolah juga berharap agar objektif program untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan berdaya saing, demokratik, cinta akan kebebasan, prihatin terhadap negara dan dunia, kepekaan terhadap isu-isu wanita serta kanak-kanak, perlindungan alam persekitaran dan pembangunan terus-menerus akan tercapai serta memberi banyak manfaat kepada perhubungan sesama manusia dan menghasilkan pandangan yang positif terhadap dunia. Disediakan oleh Disemak oleh AINI ROZITA BINTI AHMAD MEK PARIDAH ABU SAMAH Setiausa Program ATHAM Penyelaras Program ATHAM Disahkan oleh HAJJAH KAMILAH SALEH Pengetua, SMK Datuk Mansor