tugasan 1 -panduan.docx

8
PANDUAN MELAKSANAKAN TUGASAN 1 Salam dan salam sejahteraBanyak soalan yang diterima berkaitan dengan Tugasan ini. Tugasan 1 adalah berkaitan dengan model promosi program kesihatan. Ianya bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang bagaimana latar belakang sesuatu program tersebut dirancang dan dilaksanakan. Dengan kata lain, kita beroleh kefahaman mengenai kepentingan sesuatu program kesihatan, mengapa ianya dilaksanakan, apakah bentuk intervensi atau saranan yang sesuai, pemantauan dan penilaian program tersebut, kesan atau hasil yang dikehendaki dan sebagainya. Pertama sekali anda harus faham apa kehendak soalan. SOALAN: Bersumberkan daripada model-model utama dalam Promosi Program Kesihatan, jelaskan perkara-perkara utama berdasarkan perancangan model yang digunakan bagi menerangkan secara berstruktur mengenai perubahan / penekanan yang telah / ingin dilaksanakan di institusi pendidikan yang menjelaskan mengapa dan bagaimana model tersebut telah / mampu untuk membuat perubahan terhadap masalah tingkah laku kesihatan. Jadi jelaslah di sini bahawa kita perlukan satu model. Model ini boleh anda pilih berdasarkan modul ataupun model-model lain. Kenapa perlu adanya model? kerana adalah sangat berguna apabila sesuatu model promosi kesihatan dijadikan rujukan / guideline dalam merancang sesuatu program atau untuk mempromosikan program kesihatan. Ini kerana terdapat kelebihan dan kelemahan yang tertentu dalam sesebuah model yang digunapakai, serta terdapatnya kesesuaian dari segi konteks penggunaannya. Kemudian fikirkan mengenai perubahan atau penekanan yang ingin dilaksanakan di sekolah. Misalnya, kita telah dikejutkan dengan situasi terdapat ramainya pelajar sekolah yang mengalami obesiti. Jika tidak ditangani dengan segera, akan ramailah pelajar kita yang akan terdedah dengan gejala kegemukan. Cadangan organisasi penulisan laporan. 1.0 Pengenalan 2.0 Latar belakang laporan 2.1 Obesiti (penyakit kulit, sakit jantung, denggi, dadah, dll) - apa maksud obesiti - situasi yang berlaku sekarang - bahaya/kesan obesiti 2.2 Model yang dipilih (cth: PRECEDE-PROCEED) - ringkasan tentang model yang dipilih - masukkan rajah model - justifikasi kenapa model tersebut dipilih - dll 1

Upload: claire-syaria

Post on 18-Jul-2016

33 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 1 -PANDUAN.docx

PANDUAN MELAKSANAKAN TUGASAN 1

Salam dan salam sejahtera…

Banyak soalan yang diterima berkaitan dengan Tugasan ini.

Tugasan 1 adalah berkaitan dengan model promosi program kesihatan. Ianya bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang bagaimana latar belakang sesuatu program tersebut dirancang dan dilaksanakan. Dengan kata lain, kita beroleh kefahaman mengenai kepentingan sesuatu program kesihatan, mengapa ianya dilaksanakan, apakah bentuk intervensi atau saranan yang sesuai, pemantauan dan penilaian program tersebut, kesan atau hasil yang dikehendaki dan sebagainya.

Pertama sekali anda harus faham apa kehendak soalan.

SOALAN: Bersumberkan daripada model-model utama dalam Promosi Program Kesihatan, jelaskan perkara-perkara utama berdasarkan perancangan model yang digunakan bagi menerangkan secara berstruktur mengenai perubahan / penekanan yang telah / ingin dilaksanakan di institusi pendidikan yang menjelaskan mengapa dan bagaimana model tersebut telah / mampu untuk membuat perubahan terhadap masalah tingkah laku kesihatan.

Jadi jelaslah di sini bahawa kita perlukan satu model. Model ini boleh anda pilih berdasarkan modul ataupun model-model lain. Kenapa perlu adanya model? kerana adalah sangat berguna apabila sesuatu model promosi kesihatan dijadikan rujukan / guideline dalam merancang sesuatu program atau untuk mempromosikan program kesihatan. Ini kerana terdapat kelebihan dan kelemahan yang tertentu dalam sesebuah model yang digunapakai, serta terdapatnya kesesuaian dari segi konteks penggunaannya.

Kemudian fikirkan mengenai perubahan atau penekanan yang ingin dilaksanakan di sekolah. Misalnya, kita telah dikejutkan dengan situasi terdapat ramainya pelajar sekolah yang mengalami obesiti. Jika tidak ditangani dengan segera, akan ramailah pelajar kita yang akan terdedah dengan gejala kegemukan.

Cadangan organisasi penulisan laporan.

1.0 Pengenalan

2.0 Latar belakang laporan2.1 Obesiti – (penyakit kulit, sakit jantung, denggi, dadah, dll)

- apa maksud obesiti- situasi yang berlaku sekarang- bahaya/kesan obesiti

1

Page 2: TUGASAN 1 -PANDUAN.docx

2.2 Model yang dipilih (cth: PRECEDE-PROCEED)- ringkasan tentang model yang dipilih- masukkan rajah model- justifikasi kenapa model tersebut dipilih- dll

3.0 Perancangan Program Promosi Kesihatan Bahagian ini bolehlah dibuat ulasan berdasarkan kepada fasa-fasa yang terdapat dalam model yang dipilih.

Contoh: yang ini ulasan untuk penyakit kulit iaitu kudis buta dan obesiti.

PROCEDE – (predisposing , reinforcing , and enabling causes in educational diagnosis and evaluation)

3.1 FASA 1 - Penilaian Sosial

Masih terdapat murid-murid sekolah yang menghidap penyakit kudis buta. Jangkitan kudis buta telah menjadi satu masalah kesihatan bagi murid-murid sekolah kerana ia masih menular dan menjangkiti mereka. Masalah ini telah dikesan di sekolah dan didapati seramai _____ murid mengalami jangkitan kudis buta. Penghidap scabies jarang tahu bahawa mereka mempunyai

2

Page 3: TUGASAN 1 -PANDUAN.docx

keadaan sehingga beberapa minggu selepas jangkitan awal, ini bermakna serangan kudis boleh merebak dengan cepat.

Mereka seringkali menyendiri dan tidak bergaul dengan rakan-rakannya yang lain. Mereka juga sering didapati tidak hadir ke sekolah. Apabila di tanya adakah mereka mempunyai masalah, mereka hanya suka mendiamkan diri. Memandangkan cara pemakaian yang tidak bersih, mereka berasa malu untuk berjumpa dengan guru. Mereka juga sering meletakkan tangan di dalam poket apabila berjumpa dengan guru. Guru meminta murid untuk mengeluarkan tangannya dan melihat keadaan tangannya. Didapati murid tersebut dijangkiti kudis buta yang agak serius di tangannya. Apabila ditanya, beliau menceritakan bahawa dia mengalami masalah kudis buta sejak sebulan yang lalu.

3.2 FASA 2 - Penilaian EpidemiologiSarcoptes Scabies

Scabies atau dikenali sebagai kudis buta adalah keadaan kulit berjangkit yang disebabkan oleh hama kecil dipanggil Sarcoptes Scabiei. Lubang hama ini ditanam ke dalam kulit, kemudian membiak dan bertelur, menyebabkan gatal-gatal ruam dan sengit.

a) Tanda-tanda Kudis Buta - huraikan

b) Punca Kudis Buta- huraikan

c) Rawatan kudis buta-huraikan secara ringkas

3.3 FASA 3 - Penilaian Tingkahlaku dan persekitaran

Punca Masalah Kesihatan

Berdasarkan kepada temu ramah antara guru dan murid, terdapat punca terhadap berlakunya masalah-masalah ini. Ia berpunca daripada tingkah laku dan persekitaran murid-murid.

a) genetik- Obesiti berpunca daripada pelbagai faktor termasuk genetik. Murid Melayu obes meningkat daripada 19.1 peratus pada 2002 kepada 26.1 peratus enam tahun kemudian, peningkatan 7.1 peratus; Cina pula daripada 25.6 peratus kepada 27.6 peratus, manakala murid India daripada 16.9 peratus kepada 26.1 peratus.

3

Page 4: TUGASAN 1 -PANDUAN.docx

b) tingkahlaku

- Pakaian murid itu sendiri dapat melambangkan bagaimana ibu bapa mereka memberi perhatian kepada mereka. Ada dikalangan murid yang ditemu bual berpakaian kotor dan kasut yang tidak pernah dibasuh. Apabila ditanya, mereka berkata baju sekolah tersebut hanya dibasuh sekali seminggu oleh mereka sendiri. Murid tidak ambil berat tentang penjagaan kebersihan diri. Di dapati hanya 25 orang sahaja yang mandi tiga kali sehari. Manakala selebihnya hanya mandi dua kali sahaja sehari. Ini menyebabkan kuman mudah merebak pada diri mereka terutama sekali selepas mereka bermain. Murid yang didapati mengalami masalah kudis buta lambat mendapatkan rawatan daripada pegawai perubatan. Mereka beranggapan penyakit itu hanyalah masalah gatal-gatal sahaja yang boleh hilang apabila diletak ubat. Ini menyebabkan masalah kudis buta ini lambat untuk pulih.

c) persekitaran

- Faktor persekitaran juga mempengaruhi keseimbangan tenaga (kalori). Ia dapat dilihat melalui pilihan dan jumlah makanan yang diambil. Malaysia mewah dengan makanan dan banyak pilihan termasuk makanan segera, makanan ringan dengan harga murah tetapi mengandungi kalori, lemak dan gula tinggi selain pelbagai saiz hidangan daripada kecil hingga besar. Di bandar, berat badan berlebihan bertambah daripada 22.4 peratus kepada 28.1 peratus, manakala di luar bandar meningkat daripada 17.6 peratus kepada 24.2 peratus. Kesimpulannya kedua-dua kawasan menunjukkan peningkatan, namun kadar peningkatan di luar bandar lebih tinggi

3.4 FASA 4 - Penilaian Pendidikan dan Organisasi

Tiga kumpulan faktor yang menyebab penyakit:

a) Faktor kecenderungan (huraikan)- industri makanan yang menjadikan kanak-kanak sasaran pemasaran dengan menampilkan iklan serta label makanan yang menarik golongan itu.- kebudayaan dan kepercayaan yang diwarisi-pengetahuan

b) Faktor Pemungkin (huraikan)

4

Page 5: TUGASAN 1 -PANDUAN.docx

- Keluarga berpendapatan rendah tidak mampu untuk membeli peralatan menjaga kebersihan diri. Ibu bapa hanya memberi tumpuan terhadap pemakanan anak-anak sahaja. Ini menyebabkan anak-anak tidak mempunyai alatan kebersihan diri seperti sabun mandi, shampoo, ubat gigi dan berus gigi. -kemudahan

c) Faktor Pengukuh (huraikan)- Pengaruh iklan kepada kanak-kanak sudah banyak dikaji dan banyak negara mengharamkan kempen atau pengiklanan pemasaran makanan untuk mereka. Di Malaysia pula, kadar pertumbuhan dan pembukaan cawangan baru restoran makanan segera tumbuh seperti cendawan lepas hujan dan harga makanan terendah di dunia. Lebih hebat kini ada pula sistem pesanan dan penghantaran makanan terus ke pintu rumah.-pengaruh media massa

3.5 FASA 5 - Penilaian Polisi & Pentadbiran

PROCEED – (policy, regulatory and organizational constructs in educational and environtmental development)

Permulaan bahagian PROCEED. Dalam Fasa 5 iaitu perlaksanaan, dengan sumber-sumber yang sesuai, perancang memilih kaedah dan strategi intervensi dan perlaksanaan bermula. Dalam penilaian polisi dan pentadbiran, perancang mengandaikan bahawa jika terdapat sumber dan keupayaan, maka ia boleh membangunkan dan melaksanakan program.

a) Program KesihatanPerancangan Program Promosi Kesihatan- Perancangan digunakan untuk semua tujuan dan berguna sebagai

panduan dan menentukan hala tuju, sesuai untuk semua peringkat dan masa. Program pula merupakan sesuatu persiapan yang terancang yang merangkumi matlamat, polisi,prosedur, peraturan, tugas, langkah yang perlu dibuat dan unsur-unsur lain yang perlu dalam melaksanakan tindakan. Ia merupakan satu kenyataan yang jelas berkaitan masalah, isu, objektif, sasaran, aktiviti, sumber, jadual, tindakan jangka masa dan proses pemantauan. Antara komponen sesuatu program: Latar belakang program Kenyataan masalah Penentuan masalah Polisi/ peraturan berkaitan Objektif Strategi Aktiviti/ tugas

5

Page 6: TUGASAN 1 -PANDUAN.docx

Contoh:

Dengan mengadakan program kesedaran bahaya obesiti di sekolah seperti ceramah kesihatan, tayangan video, mengadakan minggu kesihatan pastinya dapat membantu kanak kanak sekolah mengenali dan memahami betapa pentingnya mengamalkan makanan seimbang serta mengajar mereka tentang kepentingan mengambil makanan sihat. Pemilihan makanan yang bijak dan gaya hidup aktif hendaklah dipupuk di kalangan kanak-kanak sejak kecil lagi supaya mereka terus mengamalkan tabiat positif ini apabila dewasa.

Program ini juga menggalakkan perubahan tingkah laku yang sihat agar murid-murid dapat mencapai tahap kesihatan yang lebih baik melalui 3 elemen asas iaitu makan secara sihat, mengendali stress dan aktiviti fizikal.

Oleh itu, pihak sekolah telah mencadangkan beberapa aktiviti yang bersesuaian dengan objektif untuk memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya dan kesan ke atas pengambilan minuman yang mempunyai banyak gula. Sasaran dan tindakan yang akan diambil di mana dalam perancangan program ini, sasarannya adalah kepada murid-murid, melalui aktiviti yang menyihatkan badan seperti bersenam, beriadah, berjoging,mendapat khidmat kaunseling,mendengar taklimat, pameran, poster dan pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh pegawai perkhidmatan kesihatan, guru-guru dan tindakan dari pengusaha kantin sekolah, ibubapa dan masyarakat setempat.

b) Strategi Pendidikan

Bagi aktiviti khidmat kaunseling dan taklimat kesihatan, pihak sekolah akan memanggil wakil dari pihak hospital bahagian perkhidmatan kesihatan sekolah hadir memberi ucapan tentang bahaya obesiti kepada semua murid. Dengan adanya program ini sedikit sebanyak akan membuka minda murid supaya mengurangkan pengambilan yang mempunyai kadar gula yang tinggi seperti air tin berkarbonat, kek, coklat dan sebagainya.

Di samping itu, pameran dan poster juga akan ditampalkan di dalam kawasan sekolah seperti di kantin, di laluan pejalan kaki, di kelas dan di papan kenyataan. Guru-guru juga akan memberikan peringatan kepada murid pada setiap minggu ketika waktu perhimpunan tentang betapa kesan dan bahaya obesiti.

Komponen dan unit program dicipta berdasarkan kepada kumpulan populasi utama, objektif yang dicadangkan, sasaran intervensi dan tahap, penetapan dan struktur unit atau saluran intervensi yang digunakan. Rancangan yang dipilih boleh berdasarkan kurikulum yang sedia ada atau membangunkan rancangan baru. Bagi menjayakan program ini, pihak sekolah telah memilih

6

Page 7: TUGASAN 1 -PANDUAN.docx

untuk mengadakan ceramah kesihatan mengenai obesiti kepada semua murid.

c) Polisi Peraturan- apakah polisi yang berkaitan dengan masalah yang hendak

diselesaikan- peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan bagaimanakah

ianya diimplementasikan.

3.6 FASA 6 Perlaksanaan

Pelaksanaan perlu dirancang selepas pelan projek program disediakan yang menerangkan secara terperinci cara untuk menjayakan dan menjalankan aktiviti.

Contoh:

Objektif Aktiviti Tarikh/Masa Tempat

Sumber Kaedah PenilaianTenaga

Manusia Kewangan Bahan

90% pelajar sekolah tahap 2 akan dapat mengurangkan 5% daripada berat badan mereka di akhir program selama 6 bulan

Orientasi Pemakanan Sihat Kepada Ibu Bapa dan Guru

Sabtu8.00 pg–5.00 ptg

Dewan Sekolah

Ibu bapa Guru Pegawai

Zat Makanan

Pegawai Jabatan kesihatan

Jurulatih Jabatan Belia Sukan

Geran MYSIHAT

RisalahPoster

Rekod KehadiranQ & A

Senamrobik 3x seminggu

Jumaat5.00 ptg

Sabtu & Ahad8.00 pg

Dataran Sekolah

Jurulatih Jabatan Belia Dan Sukan

GuruPenyelaras

Geran MYSIHAT

RisalahPosterBuku NotaKecil

BMIRekod KehadiranRekod KaunselingQ & A

Nasihat Pemakanan Sihat

Sabtu9.00 pg

Dewan Sekolah

Guru Pegawai

Zat Makanan

Pegawai Jabatan kesihatan

Geran MYSIHAT

RisalahPosterBuku NotaKecil

BMIRekod KehadiranRekod KaunselingQ & A

7

Page 8: TUGASAN 1 -PANDUAN.docx

3.7 FASA 7 Proses Penilaian

3 bentuk penilaian yang digunakan untuk mengukur keberkesanan sesuatu program :

i. Penilaian Proses Penilaian yang digunakan untuk mengukur kemajuan dan pelaksanaan program. Pada peringkat pelaksanaan, penilaian proses amat berguna dalam mengesan jangkauan dan pencapaian program serta tahap pelaksanaannya. Penilaian ini juga membantu dalam mengesan kekuatan dan kelemahan program, termasuklah dalam mengenal pasti masalah yang berpotensi atau sedang berlaku. (huraikan berdasarkan program yang dirancang /telah dilaksanakan).

ii. Penilaian ImpakPenilaian yang digunakan untuk mengukur kesan program secara langsung atau dalam kadar segera yang boleh digunakan pada sesuatu peringkat program yang selesai dilaksanakan. (huraikan berdasarkan program yang dirancang /telah dilaksanakan).

iii. Penilaian Hasil Penilaian yang digunakan untuk mengukur hasil atau perubahan yang dapat dicapai dalam jangka masa panjang yang dapat dinilai dari segi peningkatan kualiti hidup, ekuiti atau keadan persekitaran. (huraikan berdasarkan program yang dirancang /telah dilaksanakan).

3.8 FASA 8 Kesan Penilaian

- Huraikan mengenai kesan atau perubahan yang dijangkakan akan / telah berlaku hasil daripada program yang dirancang tersebut.

Contoh :

Dalam fasa ini, kesan penilaian difokuskan kepada tingkah laku kesihatan yang berjaya diubah seperti peningkatkan pengetahuan mengenai kesihatan, sikap positif terhadap kesihatan kendiri dan pengamalan gaya hidup sihat.

Pemantauan dilaksanakan melalui pemerhatian dan tinjauan guru terhadap perubahan tingkah laku murid yang banyak meminum air

8

Page 9: TUGASAN 1 -PANDUAN.docx

kosong Selain itu, mendapati ramai murid tidak mengambil makanan yang boleh mengundang penyakit dan mengundang ke arah kegemukan. Kebanyakan murid sebelum ini minum minuman air yang bergula tetapi selepas beberapa aktiviti yang dilaksanakan di sekolah tentang bahayanya obesiti ,murid-murid telah kurang mengambil minuman yang bergula contohnya seperti milo,air kotak,air tin dan sebagainya.

Selain itu,kerjasama daripada pihak kantin sekolah dengan menjual makanan-makanan berkhasiat telah sedikit sebanyak membantu menangani masalah penyakit di kalangan pelajar sekolah.

Perhimpunan mingguan persekolahan pada hari Isnin menjadi tumpuan uatama pihak pentadbiran dan guru untuk sentiasa mengingatkan murid-murid tentang bahayanya dan kesan negatif obesiti. Guru bertugas mingguan akan memberi ulasan tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan selalu mengingatkan murid supaya mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Bilangan pemantauan dari guru yang ditugaskan akan terus dilaksanakan agar amalan ini berterusan sehingga masa depan.

4.0 Cadangan - Cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan program yang dijalankan.- Cara masalah boleh diatasi- Bagaimana program tersebut boleh diteruskan / disemak semula/ diberhentikan dll.

5.0 Penutup

Jika anda memilih masalah yang lain dan juga berpandukan kepada model selain daripada yang dibincangkan, ANDA boleh mengulas atau menghuraikan mengikut cara yang sama seperti di atas atau mengikut kreativiti dan kefahaman masing-masing.

Harap menjawab persoalan anda.

TQ

9