tugasan 1 oll

5

Click here to load reader

Upload: rizal-abdullah

Post on 21-Jun-2015

46 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 oll

Tugasan 1

Berdasarkan kepada pengajaran dan pembelajaran KBSR pilih satu Kemahiran matematik dan

jelaskan. Apa yang anda faham dengan Pengajaran Mikro dan Makro.Muat turunkan satu

rancangan pengajaran yang sesuai untuk  bahan tersebut

Kemahiran Asas Matematik

Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat penting bagi

seseorang murid. Hal ini kerana matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan.

Banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang memerlukan kemahiran matematik untuk

menyelesaikannya. Contohnya, menentukan masa/waktu untuk melakukan sesuatu,

menentukan bilangan barang yang ingin diguna, urusan jual beli di kedai dan kantin, tambang

bas dan sebagainya. Oleh itu adalah sangat penting seseorang individu itu didedahkan dengan

kemahiran-kemahiran asas ini agar mereka boleh menjalani kehiduan dengan lebih terancang

dan selesa.

  Salah satu kemahiran Matematik ialah kemahiran Pranombor. Secara ringkasnya,

kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling awal diperkenalkan sebelum memperkenalkan

murid dengan konsep nombor.

Kemahiran pranombor ini melibatkan:

a) Pengkelasan

- Murid mempelajari kemahiran mengkelas sesuatu bahan konkrit dan semi konkrit

mengikut ciri-ciri padanya seperti saiz, warna dan sebagainya.

- Kemahiran ini membantu murid membezakan sesuatu benda dan membantu murid

membezakan nombor dan simbol-simbol matematik.

b) Turutan/serasi

- Murid didedahkan dengan kemahiran menagtur objek-objek mengikut saiz

kecil,besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut bilangan.

- Kemahiran ini akan membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan

objek yang lain

c) Perbandingan kuantiti

- Kemahiran ini membolehkan murid menyatakan kuantiti melalui perbandingan iaitu

banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak, lebih atau kurang.

- Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah :

Mengasingkan nombor

Mewarnakan kumpulan

Page 2: Tugasan 1 oll

Menamakan kumpulan

d) Konservasi

- Dapat diertikan sebagai pemeliharaan ilmu asas berkaitan dengan pranombor dalam

kalangan murid.

- Untuk memastikan ilmu ini telah dikuasai, aktiviti pengukuhan perlu dijalankan

secara berterusan.

Pengajaran Mikro dan pengajaran makro

Pengajaran mikro Pengajaran makro

Bilangan murid Kelas yang kecil ( antara 5 hingga 10 orang)

Kelas sebenar ( 30 orang atau lebih )

Peranan Guru pelatih berperanan sebagai murid

Perlu murid sebenar di sekolah

Kemahiran Tumpuan kepada satu kemahiran sahaja

Pelbagai kemahiran digunakan

Masa Waktu mengajar diringkaskan ( 5 – 10 minit )

Waktu mengajar sebenar ( 30 minit dan lebih )

Situasi Tidak perlu ke sekolah Dilaksanakan di sekolah sebenar

persekitaran Keadaan luar biasa kerana dilaksanakan di dalam makmal

Keadaan lebih biasa kerana dalam keadaan sebenar

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  PENGAJARAN MAKRO)

Mata Pelajaran          :    Matematik (KSSR)Kelas                         :    Tahun 1 AhsanTarikh                        :     4 Julai 2013Masa                          :    0930 – 1000 pagiBilangan murid          :    35 orangKandungan                 :   3)  PecahanStandard Kandungan :  3.1 Mengenal pasti konsep satu perdua dan satu perempatStandard Pembelajaran      :  (i) Mengenal pasti satu perdua dan satu perempat dengan menggunakan perkataan                                                        ”setengah”, ”separuh” dan ”suku” dengan menggunakan bahan konkrit, gambar  dan lipatan kertas.Hasil pembelajaran              :      Di akhir sesi pembelajaran ini, murid-murid akan dapat  : i)      Mengenal pasti  konsep ”setengah” dan ”suku”. ii)     Menggunakan perkataan  ”setengah” dan ”suku”. iii)    Menggunakan bahan konkrit, gambar dan lipatan kertas

Page 3: Tugasan 1 oll

untuk   menjelaskan konsep  ”setengah” dan ”suku”.Konsep/prinsip/hukum/teori    :    Pecahan, setengah, sukuBahan, peralatan dan bahan sumber  : Epal  -  1 biji Pisau   -  1 bilah Gambar     - menunjukkan ”setengah” dan ”suku” Kad nama   -  ”setengah”   dan ”suku”Langkah berjaga-jaga  :   -Pengetahuan sedia ada   : Murid telah mempelajari bahawa ”setengah” atau ”separuh” dihasilkan apabila satu benda itu dipotong dua.

Fasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran NotaAktiviti Guru Aktiviti Murid

Permulaan/Mengcungkil Idea (5 minit)

1. Guru mengambil sebiji buah epal dan menyoal murid.2. Guru menunjukkan sebiji limau dan bersoal-jawab dengan murid dan perkenalkan konsep ”setengah”.3. Guru menunjukkan sebiji limau dan bersoal-jawab dengan murid dan perkenalkan konsep ”suku”.

Murid memerhati dan menjawab soalan guru.

Strategi/Teknik   :Penyoalan ke seluruh kelas menggunakan demonstrasi guru.

Menstruktur/Menstrukur semula(15 minit)

1. Guru megedar potogan-potongan kertas kepada setiap murid. Setiap murid diminta melipat kertas untuk menunjukkan ”setengah”, mewarnakan bahagian tersebut dan melekatkan di atas kertas yang disediakan.2. Guru memanggil beberapa orang murid ke hadpan untuk menunjukkan  hasil kerja mereka.

Murid-murid melipat keratan kertas untuk menunjukkan ’setengah’, mewarnakan bahagian ”setengah’ dan melekatkan di atas kertas yang disediakan.

Beberapa orang murid datang ke hadapan dan menunjukkan hasil kerja mereka.

Aplikasi Idea(7 minit)

Guru menaksir kefahaman murid dengan memberikan

Murid-murid menyiapkan penaksiran secara

Page 4: Tugasan 1 oll

latihan sebagai penaksiran. 

individu

Penutup(3 minit)

Guru merumuskan pelajaran hari ini dengan menekankan konsep setengah dan suku

SYED ABDUL RAHIM B SYED MOHAMMAD

780411-01-5099

PPG PENDIDIKAN PEMULIHAN KUMPULAN 1