tugasan 1 ilmu2 quran

17
MARKAH PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014 HIQ 3013 – ILMU-ILMU AL-QURAN KERJA KURSUS TUGASAN 1 NAMA PELAJAR : MOHAMMED KHOUDREY ABD HAMID NO. MATRIK : D20112055735 PUSAT PEMBELAJARAN : GROUP UPSI03 (A131 PJJ) NAMA TUTOR E- LEARNING : DR. AZMIL BIN HASHIM TARIKH SERAH : 11 NOVEMBER 2013

Upload: khudrey-hamid

Post on 09-Dec-2014

415 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 Ilmu2 quran

MARKAH

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014

HIQ 3013 – ILMU-ILMU AL-QURAN

KERJA KURSUS

TUGASAN 1

NAMA PELAJAR : MOHAMMED KHOUDREY ABD HAMID

NO. MATRIK : D20112055735

PUSAT PEMBELAJARAN : GROUP UPSI03 (A131 PJJ)

NAMA TUTOR E- LEARNING : DR. AZMIL BIN HASHIM

TARIKH SERAH : 11 NOVEMBER 2013

Page 2: Tugasan 1 Ilmu2 quran

Huraikan Maksud Tafsir Al-Quran dan sumber-sumber tafsir. Dan jelaskan

bagaimana tafsir dilakukan dengan mengikut syarat-syarat pentafsiran al-

Quran?

MUKADDIMAH.

Al-Quran yang merupakan kalam Allah swt adalah panduan yang lengkap kepada

orang-orang yang beriman sesuaian dengan firman Allah swt :

“ Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai

Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-

gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang

Maha Kuasa lagi Maha Terpuji”.

(Surah Ibrahim :1)

Penegasan ini dinukilkan lagi oleh Allah swt tentang risalah (al-quran) yang

dibawa oleh rasul-Nya. Firman Allah SWT dalam surah Yasin ayat 69:

“ (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair

kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami

Page 3: Tugasan 1 Ilmu2 quran

wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci

yang memberi penerangan”

( Surah Yasin: 69)

Imam Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT berfirman menyatakan tentang Nabi-Nya

Muhammad SAW bahawa Dia tidak mengajar syair kepada baginda." Sesuai dengan

kedudukannya sebagai bahan rujukan yang utama dalam islam, sepatutnya al-quran

dijadikan sebagai panduan dan ikutan setiap tingkah laku kita dalam kehidupan.

Malangnya tidak semua orang mampu dan berusaha memahami akan isi kandungan

Al-Quran. Dalam hal ini, penelitian yang baik merupakan cabaran kepada umat

manusia kerana al-quran diturunkan dalam bahasa arab. Oleh yang demikian, untuk

memahami al-quran kita memerlukan ahli ilmu tafsir dan para ulamak tafsir.

MAKSUD TAFSIR AL-QURAN.

Dari sudut bahasa ialah tafsir al-quran ialah sesuatu penjelasan, penerangan dan

menyingkap sesuatu, menjelaskan sesuatu atau menyingkap sesuatu ayat yang

tidak jelas maknanya. Dalam al-Quran juga Allah swt berfirman:

“ Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk

menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan

yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu)”.

(Surah Al-Furqan : 33).

Page 4: Tugasan 1 Ilmu2 quran

Ibn Abbas mengatakan وأحسن تفسيرا ialah bermaksud “Penjelasan”. Dari sudut

istilah tafsir ialah bidang ilmu tentang maksud dan lafaz ayat dalam Quran, hukum

dan hakam serta pengajaran dan manfaat yang diperolehi dari al Quran.

Pandangan Imam Zarqasyi pula mengatakan tafsir bermaksud ilmu untuk

memahami kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw serta

menjelaskan maknanya dan mengeluarkan hukum-hakam dan pengajaran.

Selaras dengan sunnah Allah swt, Rasulullah saw ditugaskan untuk menerangkan

ayat-ayat al quran kepada seluruh umat manusia sesuai dengan firmanNya dalam

ayat keempat dalam surah Ibrahim.

“Dan tidaklah kami mengutuskan rasul melainkan dengan lisan kaumnya sendiri

untuk memberi penerangan kepada mereka.”

(Surah Ibrahim :4).

Selain ayat tersebut di atas, Allah swt menegaskan lagi dalam firmannya iaitu

“ Dan sesungguhnya kami telah turunkan Qur’an itu dalam bahasa arab moga-moga

kamu memikirkan (memahaminya).”

(Surah Yusuf : 2).

Page 5: Tugasan 1 Ilmu2 quran

Disebabkan Al-Quran ini diturunkan dalam bahasa arab maka ianya

merupakan satu kewajipan kepada umat Islam untuk mengetahui ilmu tafsir agar ia

dapat menjelaskan maksud-maksudnya yang tidak difahami oleh orang yang bukan

arab.

Susunan ayat-ayat al quran benar-benar menjadi cabaran kepada sesiapa

yang tidak beriman untuk mentafsirnya. Sebagaimana cabaran Allah swt kepada

hamba-Nya dengan berfirman :

“ Dan jika kamu meragui akan apa yang kami turunkan (Al-Quran) kepada

hamba kami (Muhammad), maka buatlah satu surah sepertinya “

(Surah Al-Baqarah : 23).

Contoh jelas adalah kenyataan yang disebut oleh Abu Ubaidah dari riwayat

Mujahid dari Ibn Abbas ra bahawa katanya “ Aku tidak mengetahui apakah itu

‘fathirul Samawatul wal Ardh’ sehinggalah datang 2 orang arab yang bersumpah di

tepi telaga dan seorangnya mengatakan , Ana fathiruha : yang bermaksud akulah

yang membuatnya (memulakan penciptaannya).”

Para ulamak telah menetapkan panduan dan kaedah khusus dalam membuat

penafsiran pada ayat-ayat Quran. Sepertimana disebut oleh Imam Ibnu Khatsir yang

mengatakan sebaik-baik tafsir ialah tafsir dengan menggunakan Al-Quran bagi

menafsirkan Al-Quran.

Beliau melihat pentafsiran Al-Quran dengan ayat Al-Quran ialah tafsiran yang

benar kerana hanya Allah mengetahui apa yang dimaksudkannya dan lafaz tertentu

dalam Al-Quran.

Page 6: Tugasan 1 Ilmu2 quran

Terdapat contoh yang dilakukan sendiri oleh para sahabat contohnya seperti

firman Allah swt :

“Bagi kamu dihalalkan memakan binatang ternak kecuali yang akan didatangkan

kepada-mu selain itu.”

(Surah Al-Mai’dah :1)

Perintah dan kebenaran memakan binatang sangatlah umum kerana tidak

disebut binatang yang bagaimanakah pula yang tidak boleh dimakan. Justeru, para

sahabat mentafsirkannya dengan ayat 3 Surah Al-Mai’dah iaitu;

Page 7: Tugasan 1 Ilmu2 quran

"Diharamkan kepada kamu memakan bangkai , darah, daging khnzir (babi) dan

binatang yang tidak disembelih dengan nama Allah….”

(Surah Al-Maidah :3).

Kaedah tafsir tersebut berdasarkan kefahaman iaitu sebaik-baik tafsir bagi Al-Quran

selepas Al-Quran itu sendiri. Sebagaimana firman Allah swt yang berbunyi :

“ Dan kami turunkan kepada kamu Al-Zikr (Al-Quran) sebagai memberi penerangan

kepada manusia.”

(Surah An-Nahl : 44).

Page 8: Tugasan 1 Ilmu2 quran

Imam As syafie ra juga pernah mengatakan “ Setiap yang dihukumkan oleh

rasulullah merupakan apa yang hasil dari Al-Quran.” Antara contoh tafsir dengan

sunnah Nabi saw adalah seperti perbuatan sahabat bertanyakan kepada baginda

maksud ayat-ayat wahyu atau wujud penerangan dari baginda saw.

Demikianlah juga halnya dalam Surah Al-Kausar ketika ditanya kepada

baginda apakah itu tafsiran berkaitan surah Al-Kausar maka baginda menjawab

Al-Kausar itu ialah sungai yang diberikan oleh “الكوثر نهر أعطانيه ربي فى الجنة

Tuhanku di Syurga”

(Riwayat Muslim).

Kaedah pentafsiran lain ialah quran boleh ditafsirkan dengan menggunakan

perkataan dan riwayat dari salaf soleh kerana mereka memahami Al-Quran dengan

kefahaman yang diwarisi dari rasulullah. Sebagaimana kata Abdullah ibn Mas’ud, “

Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya, tidaklah turun satu ayat pun dalam Al-Quran

melainkan aku tahu pada siapa diturunkan dan di mana diturunkan dan tidaklah aku

mengetahui ada orang yang lebih alim kitab Allah dari aku melainkan aku segera

menunggangi kenderaan mendatanginya.

Pada zaman itu mereka juga terkenal sebagai ulamak dan pentafsir Al-Quran

seperti Ibnu Abbas yang digelar sebagai “Penterjemah Al-Quran” lantaran berkat doa

Rasulullah padanya saw (اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل ) “Ya Allah fahamkanlah

dia dalam agama dan alimkanlah dia akan tafsir.” (Riwayat Bukhari).

Walaupun begitu kita hendaklah berhati-hati dalam menerima makna dan

pentafsiran berdasarkan riwayat dengan hanya memilih dan mengambil yang sahih

sanadnya. Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab sebagai menunjukkan kemuliaan

Page 9: Tugasan 1 Ilmu2 quran

bangsa arab dan penghormatan kepada keturunan baginda saw. Selaras dengan

riwayat dari Mujahid yang berkata “Tidak halal bagi sesiapapun yang beriman

kepada Allah dan hari akhirat untuk berkata sesuatu perihal Al-Quran sedang dia

tidak menguasai bahasa arab.”

Allah swt mencela orang-orang yanmg membuat tafsiran al quran berdasarkan

kefahaman akal semata-mata melalui firman-Nya:

“ Nanti akan ada orang yang akan mengatakan jumlah mereka (Ashab kahfi) adalah

tiga orang dan ke-empatnya ialah anjing dan juga akan mengatakan yang lainnya

jumlah mereka itu (Ashab kahfi) ialah lima dan ke-enamnya ialah anjingnya sebagai

tekaan dan menyangka perihal ghaib manakala yang lain pula mengatakan mereka

itu tujuh orang dan kelapannya ialah anjingnya. “ Katakanlah sesunguhnya tuhanku

Page 10: Tugasan 1 Ilmu2 quran

mengetahui bilangan sebenar mereka dan tidaklah kamu ketahui perihal itu

melainkan sedikit. Kerana itu janganlah kamu bertengkar kerana hal mereka itu dan

kecuali kamu mengambil pengajaran dari apa yang zahir dan janganlah bertanya

perihal mereka itu sesiapa pun.” (Surah Al-Kahfi : 22).

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa “ Tafsir itu terbahagi kepada empat

bahagian, iaitu perkara yang dapat diketahui oleh orang arab akan maknanya, tafsir

dan perkara yang tidak ada keuzuran bagi sesiapa pun untuk mengetahuinya

lantaran terlalu jelas dan tafsir yang hanya diketahui oleh para ulama’ serta tafsir dan

perkara yang hanya diketahui oleh Allah swt.” (Mabahis Fi Ulum Quran m/s 320).

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

Islam pada zaman Rasulullah saw berperanan sebagai penerang dan pembimbing

serta pentafsir kepada Al-quran.

“Sesungguhnya kamilah yang mengumpulkan Quran itu bagi kamu dan jika kami

membacanya maka ikutlah dan kepada kamilah yang meneranginya.”

(Surah Al-Qiyamah :17).

Semasa proses penurunan Al-Quran, para sahabat dapat mempelajarinya

dengan mudah kerana disisi mereka ada Rasulullah saw selain bahasa arab yang

memudahkan mereka menguasai kandungannya. Adalah sangat mudah kerana

setiap permasalahan dirujuk terus kepada Rasulullah saw. Ini diterangkan dalam

riwayat Abu Dzar r.a bahawa baginda saw bersabda “Tidaklah tertinggal sesuatu

Page 11: Tugasan 1 Ilmu2 quran

yang dapat membawa ke syurga dan menjauhkan dari neraka melainkan telah

diterangkan kepada kalian. (Riwayat Thabrani)

SEJARAH TAFSIR ZAMAN SAHABAT

Kehadiran para sahabat membantu dalam mentafsirkan ayat-ayat al quran.

Keupayaan tinggi mereka dalam memahami Al-quran menjadi panduan umat Islam

seluruhnya dalam mengatasi masalah yang dihadapi berkaitan tafsir al quran. Para

ulamak tafsir yang masyhur antaranya ialah Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Zaid Ibnu

Thabit, Abu Musa Al-asya’ari, Abdullah ibnu Zubair, Anas Ibnu Malik, Abdullah Ibnu

Umar, Jabir ibnu Abdillah dan Abdullah ibnu Amru bin Al-Ash.

Para sahabat tidak menghadapi sebarang masalah dengan kefahaman

mereka yang mendalam dan sikap mereka yang teguh serta tegas dalam

mempertahankan sunnah menyebabkan masyarakat ketika itu masih mengikut Al-

Quran dan As-Sunnah hasil didikan mereka.

Dalam kalangan sahabat yang empat itu saidina Ali abi Tholib sangat banyak

diambil ilmu berkaitan tafsir al qurannya. Hal ini kerana Ali ialah sahabat yang paling

Page 12: Tugasan 1 Ilmu2 quran

muda dan khalifah yang terakhir dalam kalangan empat khalifah islam.

ZAMAN TABIEN (SELEPAS ZAMAN KHALIFAH)

Mereka yang hidup pada zaman ini merupakan pewaris ilmu yang juga ilmu-ilmu

peninggalan para sahabat sebelumnya. Kebanyakan ilmuan dalam zaman tabien

yang mengambil ilmu dari sahabat secara umum. Pada saat-saat akhir pemerintahan

akhir Bani Umaiyah dan zaman kemunculan pemerintahan Abasiyah yang banyak

berlaku masalah pertumpahan darah, masalah kewujudan kumpulan-kumpulan

akibat perpecahan seperti kemunculankumpulan ajaran menyeleweng dan sesat

seperti Khawarij, Syiah dan Qadariah serta Murjiah dan Muktazilah.

Dengan kekuasaan Allah swt yang menjaga agama maka lahirlah ramai

ilmuan tafsir di antaranya ialah Sa’ad Ibn Jubair, Mujahid, Hasan Al-Basri, Qatadah,

Zaid Ibn Aslam, Muhammad Ibn Ka’ab dan lain-lain yang mana ilmu dalam bidang

tafsir al quran terus terpelihara sehingga ke hari ini.

Pada zaman tabien juga ramai orang Ajam (bukan arab) memeluk islam, selain

pembukaan kota-kota besar serta penaklukan dan perluasan wilayah Islam menjadi

faktor menyebabkan para tabien terpaksa berusaha keras untuk berusaha

membanteras kemasukan fahaman asing yang cuba dijadikan sebagai sebahagian

dari Islam demi memelihara keaslian dan kesucian agama Islam.

PERMULAAN PEMBUKUAN ILMU TAFSIR AL QURAN.

Berakhir zaman tabien dan empayar islam yang terkenal iaitu Bani Umaiyah,

ulamak mulai sedar kepentingan unutk membukukan ilmu tafsir iaitu pada zaman

Bani Abbasiyah.antara ulamak yang menjadi pelopor dalam penulisan tafsir ialah;

Page 13: Tugasan 1 Ilmu2 quran

1.Sufyan Ibn Uyainah (160 Hijrah)

2. Waqi ibn Jarah (197 Hijrah)

3. Syu’bah Bin Hajjaj (160 Hijrah)

4. Yazid Ibn Harun (117 Hijrah)

5. Rauhah Ibn Ubadah (205 Hijrah)

Zaman ini dilihat banyak mempengaruhi proses penafsiran Al-Quran kerana

Al-Quran ditafsirkan menurut pegangan mazhab seperti Tafsir Jami’ Ahkam oleh

imam al Qurtubi. Lahir juga pada zaman ini juga tafsir lain seperti Tafsir Al-Baghawi “

Ma’alim At-Tanzil, tafsir Syaukani “ Fathul Qadir” dan Tafsir ibn Katsir “Tafsir Al-

Quran Azim”.

SYARAT DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN

Sesuai dengan kesucian ayat-ayat al-Quran yang merupakan kalam Allah swt

Tuahan semesta alam ini, adalah menjadi tugas berat bagi ahli tafsir untuk

merungkai isi atau makna tersirat dalam sesuatu ayat yang ingin ditafsirkan. Hal ini

dikhuatiri memesong daripada makna atau tujuan sebenar ayat al quran diturunkan.

Justeru, ulamak tafsir meletakkan beberapa syarat serta kelayakan individu

membuat tafsiran terhadap al-Quran iaitu;

1. KEKUATAN PEGANGAN AHLI TAFSIR TERHADAP AGAMA.

Syarat utama ini adalah penting kerana jika seseorang itu tidak benar iktikadnya

terhadap agama Islam, kepada Allah swt dan Rasulullah saw sudah tentu ia tidak

boleh dipercayai pendapatnya mengenai Kalamullah.

Page 14: Tugasan 1 Ilmu2 quran

2. SUCI HATI DAN PERASAANNYA SERTA FIKIRANNYA.

Pentafsir al quran mestilah tidak terpengaruh dengan keadaan atau pengaruh

keduniaan. Fahaman-fahaman baru yang terdapat selepas zaman sahabat seperti

golongan Muktazilah, Qadariyah dan Jabariyah tidak memungkinkan pentafsir

membuat tafsiran dalam lingkungan yang benar.

3. MEMULAKAN TAFSIRAN TERHADAP SESUATU AYAT AL-QURAN DENGAN

AL-QURAN JUGA.

Syarat utama dalam proses mentafsir ialah mentafsir ayat al quran dengan ayat al

quran yang lain. Ayat yang diturunkan lebih awal akan dituruti oleh ayat yang lain

yang lebih khusus.

4. MENTAFSIR AYAT DENGAN HADIS DAN SUNNAH RASULULLAH SAW

SEKIRANYA TIDAK ADA AYAT LAIN DARI AL-QURAN YANG

MENERANGKANNYA.

Sebagai contoh, ayat mengenai seruan mengerjakan solat. Dalam hadis, Rasulullah

saw menerangkan “Solatlah kamu sebagaiman kamu melihat aku solat”.

5. SEKIRANYA TIDAK TERDAPAT HADIS YANG MENERANGKAN HENDAKLAH

MENTAFSIRKAN BERDASARKAN PENDAPAT SAHABAT.

Perkara ini mesti diambil perhatian kerana dikalangan sahabat Nabi saw, merekalah

yang berdamping rapat dengan baginda dan mendapat maklumat secara langsung

daripada mulut Rasulullah saw sendiri.

Page 15: Tugasan 1 Ilmu2 quran

6. JIKA TIDAK ADA TERDAPAT TAFSIRAN DARIPADA SAHABAT, MAKA

PENTAFSIR HENDAKLAH MERUJUK KEPADA PENDAPAT TABIEN.

7. MEMILIKI ILMU-ILMU YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA ARAB.

Al quran diturunkan dalam bahasa arab, maka penguasaan dalam bahasa arab

sangat penting kerana gaya bahasa yang amat tinggi berbeza dengan bahasa lain di

dunia.

8. PENGETAHUAN TINGGI DALAM BIDANG ILMU LAIN MISALNYA ILMU

TENTANG QIRAAT, TAJWID, FEKAH DAN TAUHID.

9. MEMILIKI KEFAHAMAN YANG TAJAM TERHADAP SESUATU PERKARA

Tahap ilmu dan IQ yang tinggi terutama dalam hal yang berkaitan dengan akidah al-

Quran selain syariat yang diterangkan di dalam al-Quran membolehkan pentafsir

membuat gambaran dan keputusan tentang makna sebenar sesuatu ayat.

Page 16: Tugasan 1 Ilmu2 quran

PENUTUP

Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa)

perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara

yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat,

aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada

Page 17: Tugasan 1 Ilmu2 quran

mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu

mahu berfikir?"

(Surah Al An am : 50)

Untuk menutup perbincangan tajuk tafsir ini eloklah kita renungkan firman Allah swt

di atas yang mana ia jelas perbezaan orang yang berfikir dengan orang yang tidak

mahu berfikir. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan umat yang bukan hanya

menumpukan perhatian kepada al quran dari sudut luaran sahaja iaitu dari segi

bacaan. Akan tetapi perlu ada usaha untuk memahami serta mendalami makna dan

maksud tersirat dalam ayat-ayat al Quran melalui pembacaan kitab-kitab tafsir yang

ditinggalkan untuk kita teladani.

Wallahu a’lam.