tugasan ulum quran

Upload: syeirazi

Post on 05-Oct-2015

98 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN___________________________________________________________________________

1. PENGENALAN : AYAT MUHKAM & MUTASYABIH21.1 Surah Ali Imran (Ayat 7), Terjemahan & Huraian/ Keterangan Ayat21.2 Pengertian Muhkam & Mutasyabih41.3 Perbezaan Antara Ayat Muhkam Dengan Ayat Mutasyabih6

2. AYAT-AYAT MUTASYABIH 72.1 Pembahagian Mutasyabih72.2 Metodologi Penerangan Ayat Mutasyabih (Ali Imran: 7) : 8 Metodolog Salafi & Metodologi Khalafi 2.3 Kaedah Rasulullah s.a.w. Mentafsir Ayat Mutasyabih102.4 Hikmat-hikmat Mutasyabih102.5 Hikmat-hikmat Muhkamat12

3. AYAT MUTASYABIH DALAM BIDANG AKIDAH KETUHANAN 13 MENGIKUT TAKWILAN MAZHAB SALAFI & MAZHAB KHALAFI

RUMUSAN 16

BIBILIOGRAFI 17

1. PENGENALAN : AYAT MUHKAM & MUTASYABIH

Allah menurunkan Al-Quran kepada hambaNya sebagai panduan, pegangan dan pemberi peringatan semesta alam. Ia juga menggariskan kepada hambaNya akidah yang benar. Melihat kepada Ulum Al-Quran, mengetahui ayat-ayat Muhkam dan Mutasyabih merupakan salah satu daripada bidang nya iaitu mempelajari ayat-ayat Al-Quran adalah terdiri daripada ayat-ayat yang Muhkam dan ayat-ayat yang Mutasyabih. Ayat-ayat yang muhkam adalah ayat-ayat yang jelas dan terang pengertiannya. Manakala ayat-ayat yang Mutasyabih adalah ayat-ayat yang tidak jelas pengertiannya. Pengertiannya hanya dapat difahami oleh golongan yang mengadakan pengkajian yang mendalam atau pun pengertiannya hanya dapat diketahui oleh Allah s.w.t. Ilmu ini menjelaskan mana ayat yang dipandang Muhkam dan mana pula yang dikatakan Mutasyabihat.Kandungan Al-Quran ada yang terdiri daripada ayat yang menunjukkan bahawa kesemuanya adalah Muhkam yang mana kesemua ayatnya tidak terdapat kelemahan dari sudut lafaz atau kecacatan pada maknanya. Contohnya Surah Hud, ayat 1 :

Maksudnya : Alif, Laam, Raa. Al-Quran sebuah kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuaanya.Selain itu, terdapat juga ayat yang menunjukkan kesemuanya Mutasyabih yang mana ia adalah Mutasyabih dari konse ia menyerupai antara satu ayat dengan ayat yang lain dalam susunan dan keelokannya. Kesempurnaan Mutasyabih ayat Al-Quran tersebut sampai ke tahap Ijaz pada lafaz-lafaz dan makna-maknanya. Sehinggakan kita tidak mampu melebihkan antara kalimah-kalimahnya atau ayat-ayatnya dari sudut tarikan, kehalusan mahupun Ijaz. Sebagai contoh Surah al-Zummar, ayat 23 :

Maksudnya : Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah Allah; Allah memberi hidayah dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.Manakala dalam ayat-ayat tertentu, terkandung didalamnya sebahagian Muhkam dan sebhagiannya Mutasyabih yang mana sebahagian ayat Al-Quran memberi makna petunjuk yang jelas mengikut kehendak Allah s.w.t. Manakala sebahagiannya lagi petunjuknya tersembunyi sebagai contoh Surah Ali Imran, ayat 7 :

Maksudnya: Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat " Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran & peringatan melainkan orang-orang yg berfikiran.

1.1 Surah Ali Imran (Ayat 7), Terjemahan & Huraian Maksud

Maksudnya: Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat " Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran & peringatan melainkan orang-orang yg berfikiran.

Huraian/ Keterangan Surah Ali Imran Ayat 7 :Surah Ali Imran ayat 7 adalah menjelaskan tentang pembahagian ayat-ayat Al-Quran. Dalam Tafsir Ibn Kathir, diterangkan bahawa Allah s.w.t. menyatakan di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat Muhkam, yang semuanya merupakan Ummul Kitab, yakni terang dan jelas pengertiannya. Tiada seorang pun yang mempunyai pemahaman yang keliru tentangnya. Manakala bahagian yang lain dari kandungan Al-Quran adalah ayat-ayat Mutasyabih (yang samar) pengertiannya bagi kebanyakan orang atau sebahagian daripada mereka. Namun sekiranya seseorang itu mengembalikan hal yang Mutasyabih kepada dalil yang jelas dari Al-Quran, serta memutuskan dengan ayat yang Muhkam ke atas ayat yang Mutasyabih, maka sesungguhnya orang tersebut mendapat petunjuk. Namun, sekiranya seseorang itu memutuskan yang Mutasyabih ke atas yang Muhkam, maka sesatlah dia. Mengenai ayat yang dikatakan Mutasyabih, maka tidak seorang pun yang mengetahui maksudnya yang hakiki kecuali Allah s.w.t sahaja mengetahuinya. Manakala orang yang tetap pendirian dan mempunyai pegangan ilmu yang mendalam mereka tetap beriman dengan ayat Mutasyabih. Namun ada di kalangan manusia sengaja mencari dan mengikut ayat Mutasyabih mengenai agama dengan tujuan menimbulkan fitnah, huru-hara dan mengelirukan pengikutnya. Hal seperti ini terjadi di kalangan masyarakat Nasrani yang memandai-mandai mentafsirkan kalam Allah s.w.t. Mereka mentafsirkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Isa a.s. itu ialah kalimah Allah s.w.t. yang dicampakkan kepada Maryam. Isa a.s. juga menurutnya adalah ruh kurniaan Allah. Mereka mentafsirkan bahawa Isa a.s. itu anak Allah s.w.t. dan Isa a.s. sebahagian daripada zat Allah s.w.t. Mereka telah meninngalkan ayat-ayat Muhkam yang jelas dan nyata sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Isa a.s. itu hanyalah hamba kami yang telah kami berikan nikmat kepadanya.Jelas kepada kita bahawa ayat ini menyatakan yang Isa a.s. itu hamba Allah s.w..t. dan seorang rasul.Dalam perkara ini, ayat Mutasyabih yang kemungkinan boleh mengelirukan orang ramai, perlulah ditolak kekeliruan itu dengan mencari penjelasan daripada ayat-ayat lain yang mana lebih jelas. Sebaliknya orang yang ada kecenderungan dalam hatinya iaitu ke arah kesesatan sudah tentu akan menolak kebenaran lalu menerima kesesatan. Oleh itu, mereka akan mengikut yang samar-samar tersebut sehingga mengakibatkan mereka sesat. Justeru, Allah s.w.t. berfirman menjelaskan doa orang yang mantap pengetahuannya dan memohon agar tidak terpesong daripada kebenaran.

Maksudnya : (Mereka berdoa dengan berkata) : Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya. (Surah Ali Imran :8)

1.2 Pengertian Muhkam & Mutasyabih Menurut etimologi Muhkam ialah sesuatu hal yang baik atau suatu ungkapan yang maksudnya tidak mungkin diganti atau diubah. Manakala Mutasyabih menurut etimologi ialah persamaan atau kesamaran yang mengarah kepada kerupaan.Menurut istilah (terminologi) pula, Muhkam adalah ayat-ayat yang boleh diketahui tafsirannya serta difahami maknanya sama ada melalui takwil (metafora) atau tidak.Manakala Mutasyabih menurut istilah (terminologi) ialah maksud sesuatu ayat itu hanya Allah yang mengetahuinya. Contohnya kedatangan hari Kiamat dan huruf-huruf Muqattaah.

1.3 Perbezaan Antara Ayat Muhkam Dengan Ayat MutasyabihTerdapat banyak perbezaan pendapat berkenaan dengan pengertian Muhkam dan Mutasyabih. Berikut adalah senarai pengertian tersebut :i. Muhkam adalah ayat yang mudah diketahui maksudnya, sedangkan Mutasyabih hanyalah diketahui maksudnya oleh Allah Taala sendiri.ii. Muhkam adalah ayat yang hanya mengandungi satu wajah, sedangkan Mutasyabih mengandungi banyak wajah.iii. Muhkam adalah ayat yang maksudnya dapat diketahui secara langsung, tanpa memerlukan keterangan lain, sedangkan Mutasyabih memerlukan penjelasan dengan merujuk kepada ayat-ayat lain.

2. AYAT-AYAT MUTASYABIH Secara umumnya berlakunya Mutasyabih adalah disebabkan kesamaran makna dalam lafaz atau kesamaran dalam makna atau kesamaran dalam kedua-dua sekali pada makna dan lafaznya.2.1 Pembahagian MutasyabihMenurut Al-Raghib Mutasyabih terbahagi kepada tiga perkara iaitu pertamanya perkara yang tidak dapat diketahui oleh manusia seperti waktu berlakunya hari Qiamat, keluar Rabbah dan sebagainya., kedua perkara yang diketahui oleh manusia seperti pada lafaz-lafaz yang pelik. Ketiga, perkara yang hanya diketahui oleh ulamak sebagai contoh doa Rasulullah s.a.w. kepada Ibn Abbas seperti berikut :

Maksudnya : Ya Allah fahamkannya dengan kefahaman agama yang mendalam dan ajarkannya ilmu tawil.

2.2 Ayat Mutasyabih (Surah Ali Imran , ayat 7) : Mazhab Salafi & Mazhab Khalafii. Mazhab SalafiTerdapat perselisihan mazhab yang mana ia terbahagi kepada mazhab Salafi dan mazhab Khalafi tentang terhadap ayat-ayat Mutasyabih antaranya : Mazhab Salafi iaitu ulama yang mempercayai dan mengimani ayat-ayat Mutasyabih dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah semata-mata. Ini merupakan pendekatan Tafwidh Ilallah. Mereka menyucikan Allah daripada pengertian-pengertian yang bertentangan atau yang mustahil bagi Allah s.w.t. dan sebaliknya mengimani Mutasyabih sebagaimana yang terkandung atau sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Quran. Selain daripada mazhab Salaf ini, mazhab Ahli al-Sunnah Wal-Jamaah kalangan Mutakallimin turut berpendapat bahawa nash Mutasyabih tersebut tidak memerlukan tafsiran secara qati atau zanni. Sebaliknya mereka hanya menyerahkan pentafsiran ayat Mutasyabih tersebut sepenuhbya kepada Allah s.w.t.. Demikian juga yang dilakukan oleh majoriti Salaf seperti Abu Hassan Al-Asyarid Al-Maturidi telah menyerahkan pengertian/maknanya kepada Allah s.w.t. Ini adalah pendekatan Tafwidh sebagaimana firman Allah s.w.t. : Tidak ada yang tahu takwilnya kecuali Allah. (Surah Ali Imran :7)Namun terdapat juga ulama Salafi yang terdiri daripada sahabat, tabiin dan tabi tabiin r.a. yang mengambil langkah untuk mentafsirkannya. Allah s.w.t memberi peluang kepada hambaNya yang memiliki katajaman fikiran, fitrah yang bersih, akal yang cerdas, lughoh yang baligh dan memiliki kekuatan mujahadah untuk mentafsirkan ayat-ayat Mutasyabih dengan petunjuk daripada Allah s.w.t. sebagaimana Allah berfirman : Maksudnya :Dan tidak ada yang tahu takwilnya kecuali Allah dan orang-orang yang rusukh ilmunya(Surah Ali Imran :7)Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa Allah memberi petunjukNya kepada mereka yang dikehendakiNya untuk memahami makna yang layak bagi Allah dan memahami makna yang dikehendaki Allah melalui kaedah takwil. Sebagai contoh Ali, Ibn Masud, Ibn Abbas dan Umm Slamah. Kebanyakan takwil yang mereka lakukan itu adalah bertujuan menjawab soalan yang ditimbulkan oleh orang ramai dan atas desakan suasana. Takwil tersebut adalah kebanyakan berpandukan kepada Sunnah sebagai rujukan. Sebagaimana kata-kata Umar berikut : Sesungguhnya pada hari muka, pasti akan lahir segolongan manusia yang akan berdebat dengan kamu tentang Mutasyabih al-Quran. Oleh itu, matikan hujah mereka dengan Sunnah. Sesungguhnya orang yang paling mengetahui Sunnah lebih mengetahui al-Quran.Jadi, kedua-dua aliran yang dipilih oleh ulama-ulama Salafi iaitu menyerahkan maknanya sepenuhnya kepada Allah (Tafwidh Ilallah) dan juga ulama-ulama Salafi yang lebih cenderung untuk mentawilnya dengan izin dan peluang daripada Allah s.w.t. adalah bersepakat untuk mengimani ayat-ayat Mutasyabih tersebut. ii. Mazhab KhalafiMazhab Khalafi merupakan golongan ulama yang berada pada selepas 3 abad pertama Hijrah. Ulama-ulama Khalafi pula menggunakan pendekatan Takwil iaitu memberikan makna tertentu kepada ayat-ayat Mutasyabih bagi menyucikan Allah daripada menyerupai sifat makhluk sebagai contoh berlokasi dan beranggota dengan berpandukan nash-nash Muhkam yang lain. Justeru, bagi mereka mengekalkan makna zahir ke atas ayat-ayat Mutasyabih adalah mustahil bagi mereka sebaliknya tawil atau merubah daripada makna zahir itu adalah wajib bagi mereka. Faktor utama kebangkitan mazhab ini adalah penyebaran Islam dan perkembangannya yang semakin meluas. Pertembungan bahasa-bahasa selain bahas Arab dan juga merosotnya kefasihan berbahasa Arab telah menyebabkan ulama-ulama Khalafi merasa bimbang dengan kesesatan atau condong hati ke arah kesesatan di kalangan orang ramai lalu memahami ayat-ayat Mutasyabih dengan makna yang salah. Ia berlaku bukan sahaja di kalangan orang bukan Arab (Ajam) tetapi turut berlaku di kalangan orang Arab sendiri. Oleh itu, ulama-ulama Khalafi telah memberi makna tertentu ke atas ayat-ayat Mutasyabih sebagaimana diantara aliran atau metod yang diaplikasi oleh mazhab Salafi. Dengan berpandukan ayat Muhkam, ualama-ulama Khalafi memberi makna yang bersesuaian kepada Ayat Mutasyabih. Mereka memberi makna yang benar dan boleh diterima sebagai ayat Mutasyabih. Namun wujud golongan yang enggan mentawilkan ayat-ayat Mutashabih. Ini kerana mereka berpendapat bahawa perkara ini akan cenderung kapada penjisiman Allah.Sungguhpun demikian, ulama-ulama Khalafi sangat berharap dengan adanya kaedah serta skop perbahasan tentang Mutasyabih tersebut mampu membantu uamt Islam untuk memahami ayat-ayat AL-Quran seterusnya mengamati kebesaran Allah s.w.t.Dengan itu kekeliruan dan salah faham terhadap pengertian ayat mUtasyabih telah mendorong kepada melusnya perbahasan dalam bidang Mutasyabi ini. Pendekatan Takwil mahupun Tafwid kedua-duanya bertujuan membuktikan kebesaran Allah s.w.t.

2.3 Kaedah Rasulullah s.a.w. Mentafsir Ayat MutasyabihKetika zaman Rasulullah s.a.w, semua kekeliruan dan persoalan yang berkaitan dengan lafaz dan makna yang terkandung dalam Al-Quran adalah dirujuk kepada Rasulullah s.a.w dan ini menyumbang kepada penghayatan makna ayat-ayat Al-Quran yang tinggi, teguh dan jelas. Apabila wujud kesamaran pada makna ayat, Baginda akan mentafsir ayat tersebut dengan ayat al-Quran yang lain. Kemudian barulah baginda beralih kepada Hadis Rasulullah untuk mentafsirkan ayat-ayat Mutasyabih. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Segala yang diperkatannya itu (sama ada Al-Quran atau Hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.(Surah al-Najm :4)

2.4 Hikmat-hikmat MutasyabihTerdapat beberapa hikmah kewujudan ayat-ayat Mutasyabih dalam Al-Quran berdasarkan kajian yang dilakukan oleh para Ulama antaranya :

i. Hikmah Mutasyabih untuk perkara yang hanya diketahui Allah s.w.t antaranya ialah rahmat Allah a.w.t. terhadap manusia yang daif, lemah serta tidak mampu mengetahui semua perkara. Sebagai contoh Allah s.w.t telah menyembunyikan bila berlakunya hari Kiamat sebagai rahmat kepada manusia agar sentiasa bersiap sedia menghadapinya. Selain itu sebagai ujian adakah manusia beriman dengan perkara-perkara ghaib. Orang yang mendapat petunjuk akan beriman dengannya walaupun tidak mengetahuinya secara tepat. Sebaliknya, orang yang berhati buruk kekal mengingkarinya. Seterusnya mutasyabih menjadi dalil dan bukti bahawa manusia adalah lemah dan jahil walaupun mempunyai ilmu. Mutasyabih juga menjadi bukti keesaan kudrat Allah s.w.t. dan hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Maksudnya : Malikat itu menjawab : Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Baqarah : 32)ii. Dengan adanya Mutasyabih, manusia menjalankan kajian dan pembelajaran tentangnya sehingga mampu mencapai dan mengetahui Mutasyabih tersebut.iii. Mutasyabih tersebut hanya diketahui di kalngan ulamak.iv. Sebagai ujian dan dugaan terhadap kekuatan keimanan umat Islam. Sebagaimana Allah berfirman ( Surah Ali Imran : 7) antaranya bermaksud : Sesungguhnya orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan maka mereka mengikuti ayat-ayat yang Mutasyabih untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya.

v. Membuktikan kepada manusia akan kekuasaan dan kebesaran Allah melalui ilmu ilmunya. Sedang manusia tergambar kekurangan dan kedaifannya. Walau hebat sekalipun usaha manusia itu, namun masih terdapat kekurangan dan kelemahan. Sedangkan malaikat pun tidak mengetahuinya. Buktinya dalam Surah AL-Baqarah : 32 yang bermaksud :Mereka menjawab Maha suci Engkau tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui dan maha bijaksana.

vi. Kewujudan Mutasyabih dapat mendorong uasaha-usaha mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Seterusnya dengan kewujudan Mutasyabih yang mempunyai makna dan pelbagai uslub, ia dapat menggalakkan umat Islam mengkaji pelbagai disiplin ilmu seperti bahan kimia, fizik, astronomi, teknik, geografi kedotoran dan lain-lain lagi.

vii. Kewujudan Mutasyabih juga menggalakkan penggabungan dalil-dalil Naqli dan Aqli. Mereka yang ingin mengkaji ayat-ayat Mutasyabih akan melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu pengetahuan umum dan ilmu-ilmu agama. Dengan penggabungan dalil Naqli dan Aqli tersebut, maka akan berkembanglah penafsiran yang lebih baik.

viii. Kewujudan Mutasyabih juga menggalakkan Ijaz Al-Quran. Ini menggalakkan manusia membuat kajian dan pengamatan terhadap setiap kalimat Mutasyabihat tersebut. Sehinnga memasuki bidang ilmu Balaghah iaitu ilmu yang membincangkan ketinggian sastera serta rahsia-rahsianya. Antara perbincangan yang berkaitan dengannya ialah ijaz, itnab, musawah, taqdim, takhir, al-dhikr, al-hazf, haqiqah, majaz dan lain-lain lagi.

2.5 Hikmat-hikmat MuhkamatAyat-ayat Muhkamat mempunyai beberapa hikmat atau kekuatan fungsinya iaitu menjadi rahmat kepada umat Islam. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang tidak mempunyai kemampuan bahasa Arab yang tinggi. Mereka akan mudah memahami sesuatu maksud dan pengertian sesuatu ayat. Ini adalah kerana ayat Muhkam mudah, terang dan jelas difahami kehendaknya.Selain itu, umat Islam mudah melaksanakan perintah Allah s.w.t. berdsarkan ayat yang sudah jelas dan nyata makna dan kehendaknya.Demikian juga ayat-ayat Muhkam tersebut mendorong manusia memahami dan menghayati perintah Al-Quran dan dengan kefahaman yang jelas mereka terus mengamalkan kandungannya.Seterusnya memudahkan kita mempelajari isi Al-Quran. Dengan maksud ayat yang jelas dan lafaz-lafaznya amat mudah difahami menyebabkan kita sebagai umat Islam tidak lagi menghadapi kesusahan dalam mempelajari isi kandungan Al-Quran.Tidak ketinggalan juga, ayat-ayat Muhkam tersebut memudahkan penafsiran. Para pentafsir tidak perlu bersusah payah untuk mencari takwilan kepada ayat-ayat tersebut ekoran jelasnya semua lafaz yang terkandung pada ayat tersebut. Ini memudahkan mereka mentafsir atau memberi penjelasan terhadap maksud ayat-ayat Al-Quran.Tidak lupa juga kepada para daei atau pendakwh dan barisan guru-guru. Ayat-ayat Muhkam membantu mereka menerangkan isi kandungan kitab suci Al-Quran kerana ia telah pun jelas dan terang maknanya.Hikmat seterusnya ialah mempercepat hafazan ayat-ayat Al-Quran. Kefahamana ayat-ayat yang sangat kuat dan ayat-ayat yang mudah difahami sudah tentu akan memudahkan proses hafalan ayat-ayat Al-Quran.

3. AYAT MUTASYABIH DALAM BIDANG AKIDAH KETUHANAN MENGIKUT TAKWILAN MAZHAB SALAFI DAN MAZHAB KHALAFI

Ayat-ayat Mutasyabih banyak menyentuh kepada bidang akidah antaranya : i. Surah Al-Fajr ayat 22 :

Maksudnya : dan (perintah) Tuhan mu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah).Ulama Salafi : Imam Ahmad mentakwil Surah al-Fajr ayat 22 dengan menyatakan makna datanglah pahala dari Tuhan.. Manakala Imam Malik pula mentakwilnya dengan rahmat yang Allah turunkan.

ii. Surah Al-Qalam ayat 42 :

Maksudnya: (Ingatkalah orang-orang yang yidak beriman) akan masa dideahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya.

Ulama Salafi : Ibn Abbas, Mujahid, Ibrahim an-NakhI, Qatadah, Said Ibn Jubayr dan jumhur Ulama yang lain telah mentakwilkan kalimah sebagai suatu kesulitan, jadi makna ayat menjadi hari yang penuh ketakutan dan kesulitan.

iii. Surah al-Baqarah ayat 115 :

Maksudnya : dan Allah jualah yang memiliki Timur dab Barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka disitulah arah yang diredai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmaynya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa mengetahui.

Imam Mujahid menyatakan bahawa pada makna membawa maksud Qiblat.

iv. Surah al-Baqarah : 29

Maksudnya : Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.Imam Sufyan Al-Thaurin mentakwilkan kalimah dengan maksud berkehendak menciptakan langit.

iv. Surah Taha ayat 5 :

Maksudnya : Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitab Fath al-Bari menyatakan bahawa bermaksud irtifa iaitu naik atau meninggi. Manakala menurut pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah bermaksud ala wa irtifaa (meninggi dan naik). Ini kerana sifat Allah Yang Maha Tinggi.

Mazhab Salafi dan Mazhab Khalafi merupakan mazhab yang benar dan sentiasa membuktikan kebesaran Allah s.w.t dan tidak menyamakan Allah dengan sesuatu yang tidak layak bagiNya. Mereka mentakwilkan ayat-ayat Mutasyabih dengan makna yang tidak bercanggah dengan kehendak dan perintah Allah s.w.t sebaliknya ia sesuai dari sudut bahasa dan agama Islam. Sebelum ini, ketika zaman Salafi, persoalan tentang ayat Mutasyabih tidak begitu banyak berbanding ketika zaman Khalafi yang lahir banyak aliran pemikiran serta meluasnya kewujudan pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu Balaghah yang banyak membincangkan ilmu majaz, tasybih dan istiarah. Tidak hairanlah ketika zaman Khalafi tersebut, pentakwilan menjadi suatu keperluan bagi menjawab propaganda yang dikemukakan oleh mereka yang menentang Islam.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa ayat-ayat Mutasyabih itu berada pada dua peringkat iaitu Mutasyabih yang tidak boleh diketahui maknanya dengan apa cara sekalipun dan ayat-ayat Mutasyabih yang boleh diketahui maknanya oleh Ulama melalui kaedah-kaedah yang tertentu seperti merujuk kepada Sunnah. Mutasyabih boleh dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu semua manusia tidak mengetahui perkara yang berkaitan dengan zat Allah kerana ianya tersimpan di sisi Allah dan seterusnya manusia hanya mampu mencapai dan mengetahuinya melalui kajian dan pembelajaran. Pendekatan Takwil mahupun Tafwid kedua-duanya bertujuan membuktikan kebesaran Allah s.w.t. dan tidak menyifatkan sesuatu yang tidak layak bagiNya. Kekeliruan dan salah faham terhadap pengertian ayat mutasyabih telah mendorong kepada meluasnya perbahasan dalam bidang Mutasyabih ini. Ayat Muhkam pula menjadi petunjuk yang jelas dan tidak mungkin ia nasakh. Ia juga boleh diketahui kehendaknya samada secara zahir atau takwil dan ianya memadai tanpa memerlukan keterangan lain. Allah s.w.t menjadikan ayat-ayat Al-Quran itu sebahagiannya Muhkam dan sebahagiannya Mutasyabih telah memberi ruang kepada setiap mazhab untuk berusaha dalam membenarkan mazhab masing-masing. Sesungguhnya golongan yang benar-benar mengambil pelajaran dan peringatan adalah golongan yang beriman dan berfikir.

BIBILIOGRAFI

Abdullah Yusuf Ali. (1991). Al-Quran al-Karim : Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman El- muhammady. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Ahmad Kamarudin Ibrahim et.al. (2011). HBQE1103 Ulum Al-Quran. Open University Malaysia (OUM).

Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar al-Asqalani. (2002). Fathul Baari Syarah : Sahih Al-Bukhari, Book 6. Jakarta : Pustaka Azzam.

Drs Abdul Ghani Azmi Haji Idris. (2003). Mengenal Al-Quran Dan Asas-asas Ulum Al-Quran. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers

Mohd Yusoh Ibrahim. (1992). Tafsir Al-Quran : Pertumbuhan Dan Perkembangan 1 150H. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Sayyid Quthb. (2001). Tafsir Fi Zhilalil Quran, Dibawah Naungan Al-Quran Jilid 2, Terjemahan Asad Yassin et.al. Jakarta : Gema Insani Press.

7 |