tugasan 1

9
Hamizan Bin Ibrahim (S-PM0299/15) PLG 521-Pengekalan Inovasi Kurikulum TUGASAN 1: ESEI BERKAITAN ISU TERKINI. Tajuk: Bincangkan dan berikan pandangan anda sekiranya guru wajib mendapat lesen sebelum dibenarkan mengajar. Perbincangan serta pandangan anda haruslah disokong dengan bahan rujukan ilmiah terkini. Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu, perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengubahsuaian dalam misi dan visi pendidikan. Selari dengan itu, guru merupakan elemen yang paling penting dalam mencorakkan stail pengajaran yang berkesan agar segala matlamat dalam dunia pendidikan dapat dicapai secara optimum. Ledakan dunia sains dan teknologi pada masa kini menambahkan lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam menentukan mod pengajaran yang baik. Sekiranya satu ketika dahulu tugas utama guru adalah sebagai penyampai pengajaran namun pada masa kini guru lebih bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu juga seseorang guru itu mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan pembentukan sahsiah pelajar yang cemerlang. Guru perlu sentiasa menonjolkan model tingkahlaku yang baik kepada para pelajar. Dalam aspek pengajaran pula, seseorang guru itu perlu sentiasa mengamalkan sikap keterbukaan dalam menerima segala kritikan dan pendapat dari orang sekeliling. Hal ini penting bagi memastikan usaha untuk memperkasakan martabat profesion perguruan dapat dicapai. Sehubungan itu, adalah amat penting untuk seseorang yang memilih kerjaya sebagai guru menjalani latihan sebelum memulakan perkhidmatan. 1

Upload: cipanz80

Post on 04-Jan-2016

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

esei lesen guru

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 1

Hamizan Bin Ibrahim (S-PM0299/15)PLG 521-Pengekalan Inovasi Kurikulum

TUGASAN 1:

ESEI BERKAITAN ISU TERKINI.

Tajuk: Bincangkan dan berikan pandangan anda sekiranya guru wajib mendapat lesen

sebelum dibenarkan mengajar. Perbincangan serta pandangan anda haruslah disokong

dengan bahan rujukan ilmiah terkini.

Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu,

perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan

dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengubahsuaian dalam

misi dan visi pendidikan. Selari dengan itu, guru merupakan elemen yang paling penting

dalam mencorakkan stail pengajaran yang berkesan agar segala matlamat dalam dunia

pendidikan dapat dicapai secara optimum. Ledakan dunia sains dan teknologi pada masa

kini menambahkan lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam menentukan mod

pengajaran yang baik. Sekiranya satu ketika dahulu tugas utama guru adalah sebagai

penyampai pengajaran namun pada masa kini guru lebih bertindak sebagai fasilitator atau

pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada itu juga seseorang guru itu mempunyai tanggungjawab yang besar

dalam memastikan pembentukan sahsiah pelajar yang cemerlang. Guru perlu sentiasa

menonjolkan model tingkahlaku yang baik kepada para pelajar. Dalam aspek pengajaran

pula, seseorang guru itu perlu sentiasa mengamalkan sikap keterbukaan dalam menerima

segala kritikan dan pendapat dari orang sekeliling. Hal ini penting bagi memastikan usaha

untuk memperkasakan martabat profesion perguruan dapat dicapai. Sehubungan itu, adalah

amat penting untuk seseorang yang memilih kerjaya sebagai guru menjalani latihan sebelum

memulakan perkhidmatan.

Untuk menjadi seorang guru yang profesional dan mencapai standard yang baik,

program latihan intensif merupakan peluang terbaik bagi bakal-bakal guru menggilap

kemahiran yang diperlukan sebelum memasuki dunia perguruan yang sebenar. Sepanjang

menjalani Program Latihan Mengajar, guru pelatih berpeluang untuk meningkatkan

kecekapan penyampaian pengajaran, meluaskan pengalaman serta mendapatkan wawasan

dan teori serta amali pengajaran dan pembelajaran kerana program ini mengandungi

beberapa komponen yang dapat membentuk golongan guru yang berkualiti.

Latihan mengajar atau juga dikenali sabagai latihan praktikal bagi pelajar institusi-

institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta merupakan antara bentuk latihan yang

perlu dijalani oleh para pelajar sebagai salah satu latihan amali yang komprehensif. Program

1

Page 2: TUGASAN 1

Hamizan Bin Ibrahim (S-PM0299/15)PLG 521-Pengekalan Inovasi Kurikulum

latihan mengajar ini secara umumnya memberi latihan kepada bakal-bakal guru untuk

mengajar di sekolah dengan mempraktikkan segala ilmu serta kemahiran asas mengajar

yang telah dipelajari sepanjang pengajian di institusi masing-masing dalam suasana sekolah

yang sebenar. Sepanjang menjalani program latihan ini, bakal-bakal guru akan didedahkan

realiti sebenar berkenaan profesion perguruan serta tanggungjawabnya. Matlamat ini amat

penting untuk dicapai agar guru-guru pelatih ini mendapat pengalaman sebenar serta tidak

mengalami kejutan budaya apabila masuk ke dalam dunia kerjaya yang sebenar kelak.

Pembangunan profesionalisme guru adalah bertujuan untuk mengekal dan

mempertingkatkan kualiti guru dan peranan kepemimpinan mereka. Pembangunan

profesionalisme juga usaha-usaha kearah penimbaan pengalaman melalui kursus-kursus

yang relevan untuk menjadikan guru lebih berkeupayaan dari segi kompetensi dan

seterusnya dapat membangun dalam laluan kerjaya mereka. Penimbaan pembelajaran itu

termasuklah pembangunan secara tidak formal di sekolah dan juga melalui peluang-peluang

pembelajaran secara formal yang wujud melalui latihan dalam perkhidmatan yang

dikendalikan di dalam sekolah dan di luar sekolah.

Pada pandangan saya, latihan perguruan merupakan suatu bentuk lesen sebelum

dibenarkan mengajar. Pelbagai saluran dan peluang yang disediakan untuk bakal-bakal

guru dalam merealisasikan cita-cita untuk berkecimpung dalam bidang perguruan.

Antaranya ialah Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Kursus Perguruan Lepasan

Ijazah (KPLI), Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI), Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan (PISMP) dan banyak lagi kursus-kursus yang ditawarkan oleh institut-institut

pengajian tinggi awam dan juga swasta.

Sebagai golongan profesional, adalah perlu bagi seseorang guru agar sentiasa peka

kepada aspek peningkatan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Terdapat beberapa elemen dalam meningkatkan kualiti tersebut. Antaranya ialah elemen

Akademik. Semua guru perlu memiliki Ijazah pertama (sebagai guru siswazah terlatih), wajib

meneruskan pengajian sehingga keperingkat Sarjana. Menjelang 2020, semua guru perlu

memiliki Ijazah Sarjana. Mereka yang sudah memiliki Sarjana bolehlah meneruskan

pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Kedoktoran.

Seterusnya ialah elemen pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru wajib mengikuti

kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan bagi mengasah bakat sebagai guru yang

profesional. HaI ini boleh dilakukan melalui program-program perkembangan

profesionalisme yang berterusan (Continuing Professional Development Programmes).

2

Page 3: TUGASAN 1

Hamizan Bin Ibrahim (S-PM0299/15)PLG 521-Pengekalan Inovasi Kurikulum

Elemen seterusnya ialah pentadbiran dan pengurusan. Selain dari bidang

pembelajaran dan pengajaran, semua guru perlu dilatih untuk menjadi pengurus yang

berwibawa. Ilmu pengurusan dan pentadbiran amat berguna bagi seseorang guru untuk

mengembangkan karier keperingkat yang lebih tinggi dan menggalas tugas sebagai

pentadbir di sekolah iaitu pengetua atau guru besar, Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah

atau Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri seterusnya pentadbir di Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Elemen penyuburan diri juga merupakan suatu elemen yang penting. Guru-guru

perlu dilatih untuk menguasai kemahiran-kemahiran generik secara berterusan agar

personaliti mereka dapat dipupuk untuk menjadi individu yang berkebolehan dalam semua

bidang. Antara aspek dalam kategori ini, termasuklah semangat patriotisme, perpaduan,

pengurusan stress, kecerdasan pelbagai dan pembangunan personaliti kendiri. Elemen

terakhir ialah elemen keagamaan dan moral. Aspek ini perlu dibimbing supaya guru-guru

berakhlak, bernilai dan bermoral. Seseorang guru perlu memiliki akhlak dan moral yang

tinggi kerana mereka merupakan “role model” kepada murid dan masyarakat sekeliling.

Adalah amat penting bagi seseorang guru memelihara akhlak dan moral agar tahap

profesionalisme mereka terpelihara.

Disertakan juga di sini berkenaan kandungan Akredetasi dan Pelesenan Guru:

Seksyen 104-114 Akta Pendidikan 1996 menetapkan perkara-perkara yang berkaitan

pendaftaran dan pelesenan guru. Berdasarkan akta tersebut, guru perlu mengikuti kursus

ikhtisas bagi melayakkan mereka memperoleh lesen mengajar dari satu peringkat ke

peringkat yang lain. Bagi guru-guru permulaan yang baru ditempatkan di sekolah, mereka

wajib mengikuti program induksi sebelum memperoleh lesen mengajar. Tempoh sah laku

bagi satu-satu sijil pentauliahan ialah selama 5 tahun. Syarat untuk mendapatkan lesen

mengajar untuk kali pertama dan seterusnya perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut:

a). Boleh mengajar dengan baik ( hasil daripada pencerapan di bilik darjah );

b). Tahap keberhasilan murid ( berdasarkan kepada keputusan ujian dan

peperiksaan murid );

c). Kualiti portfolio;

d). Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib dan;

e). Mempunyai hubungan yang baik dengan kalangan pentadbir, rakan sejawat dan

murid.

3

Page 4: TUGASAN 1

Hamizan Bin Ibrahim (S-PM0299/15)PLG 521-Pengekalan Inovasi Kurikulum

Bahagian III Seksyen 10 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan Majlis Penasihat

Pendidikan Kebangsaan yang berfungsi menasihati Menteri Pelajaran berhubung apa-apa

perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Bahagian IX PENDAFTARAN GURU (Bab 1),

menetapkan perkara-perkara yang termasuk dalam pendaftaran guru. Seksyen 103

menetapkan bahawa “……tiada seorang pun boleh mengajar di sesuatu institusi pendidikan

melainkan jika dia telah didaftarkan sebagai guru di bawah Akta Pendidikan 1996”. Seksyen

104 – 113 menetapkan prosedur berkaitan pendaftaran guru. Bahagian IX Bab 2 Seksyen

114 pula menetapkan perkara-perkara berkaitan permit mengajar guru. Justeru,

penguatkasaan undang-undang di bawah Akta Pendidikan 1996 perlu diperhalusi supaya

guru yang mengajar adalah telah mengajar mengikut kehendak Akta.

Berikut merupakan sorotan laporan akhbar berkenaan tajuk lesen perguruan:

Syarat Mengajar bagi Pelihara Integriti Profesion

KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen

perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion itu

serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia. Timbalan Menterinya, berkata

lesen perguruan itu telah dilaksanakan di Kanada dan sudah tiba masanya Malaysia

menimbangkannya secara serius.

“Isu integriti menjadi perhatian kementerian saya dan perlu dicari satu kaedah bagaimana

hendak mengekalkan integriti perguruan. Oleh itu, ada cadangan kita kaji atau lihat sama

ada guru perlu ada lesen perguruan seperti doktor, peguam atau akauntan”.

"Mereka perlu ada lesen, kalau langgar peraturan profesion mereka, lesen berkenaan akan

ditarik balik dan tidak boleh membuat amalan pekerjaan itu,” katanya semalam.

Timbalan Menteri berkata demikian ketika mengulas kes seorang guru mencabul lima murid

perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di Sibu, Sarawak, ketika isterinya sedang

menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka. Perbuatan guru berusia 32 tahun itu

dikatakan bermula Mac lalu, tetapi semua mangsa termasuk seorang murid Tahun Enam

yang juga adik iparnya, hanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, Rabu

lalu.

Timbalan Menteri berkata, kementerian memandang serius kejadian seumpama itu kerana

sekiranya integriti guru tercemar, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada guru.

Beliau bagaimanapun berkata, cadangan memperkenalkan lesen perguruan masih di

peringkat awal dan belum dikemukakan ke Kabinet. “Kajian juga belum dibuat kerana benda

ini bukan mudah, ia membabitkan 390,000 guru di negara ini. Namun, kementerian sedang

berusaha untuk menerokainya demi menjaga kepentingan profesion perguruan,” katanya.

[sumber: adaptasi Berita Harian Online. 22 Mei, 2010]

4

Page 5: TUGASAN 1

Hamizan Bin Ibrahim (S-PM0299/15)PLG 521-Pengekalan Inovasi Kurikulum

Cadangan untuk guru mempunyai lesen mengajar tidak dilaksanakan sehingga kini.

Pada pendapat saya, lesen perguruan tidak perlu dilaksanakan seperti cadangan menteri

terbabit. Ini kerana, seseorang guru telah mengikuti pengajian pendidikan sama ada di

universiti atau di institut-institut perguruan sebelum memulakan kerjaya sebagai seorang

pendidik. Di samping itu, guru-guru juga didedahkan kepada kursus dalam perkhidmatan

yang pelbagai. Maka, pada pandangan saya, lesen mengajar telah para guru perolehi dalam

bentuk latihan secara professional dan intensif sejak zaman dahulu lagi. Para guru sentiasa

peka dan bersedia dengan perubahan-perubahan kurikulum yang sentiasa berubah

mengikut peredaran masa. Seorang guru yang telah menyertai dunia pendidikan merupakan

seorang guru yang telah dilatih untuk mengajar. Mereka telah dipersiapkan dengan segala

ilmu pengajaran dan pembelajaran yang sepatutnya. Maka, tahap profesionalisme

seseorang guru adalah sudah memadai untuk mereka bergelar seorang pendidik yang

berwibawa.

Lesen guru sebagaimana yang telah dicadangkan, hanya akan menambahkan

bebanan tugas seseorang guru. Tekanan kerja akan bertambah dan fokus utama guru untuk

mengajar juga pasti terganggu. Oleh itu, sekali lagi, pendapat peribadi saya cukuplah

sekadar takrifan lesen guru ini adalah dalam bentuk profesionalime seseorang guru itu

sendiri. Itu sudah melebihi memadai. Akhir kata, saya berharap agar semua guru di

Malaysia atau di mana sahaja dapat mempersiapkan diri dengan ilmu keguruan dan

mencintai profesion perguruan dengan sesungguhnya. Ianya pasti akan memberikan

kepuasan dan keberkatan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

5

Page 6: TUGASAN 1

Hamizan Bin Ibrahim (S-PM0299/15)PLG 521-Pengekalan Inovasi Kurikulum

RUJUKAN.

Mok, Song Sang. 2011. Pendidikan di Malaysia Untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman.

Mok, Song Sang. 2008. Psikologi Pendidikan. Ipoh: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn.

Bhd.

Maszura Bt A. Ghani. 2014. Guru dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Freemind Horizons

Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid. 2014. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.

Bhd.

Abd. Rahman Daud. 2014. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN): Ke Arah

memartabatkan Profesion Perguruan. Universiti Pendidikan sultan Idris.

Noriati A. Rashid. 2010. Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Kuala

Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Donatus Justin. 2013. Etika Profesion Keguruan. Rujukan Ilmiah. IPG Kampus Keningau.

6